P. 1
teori pertukaran sosial

teori pertukaran sosial

|Views: 6,889|Likes:
Published by abc7000
Pengajian Malaysia Upsi
Pengajian Malaysia Upsi

More info:

Published by: abc7000 on Oct 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2013

pdf

text

original

1.

0

PENGENALAN

Teori pertukaran sosial merupakan satu teori yang telah dikembangkan oleh pakar psikologi John Thibaut dan Harlod Kelley (1959),ahli sosiologi seperti George Homans (1961), Richard Emerson (1962), dan Peter Blau (1964). Berdasarkan teori ini, kita memasuki dalam hubungan pertukaran dengan orang lain kerana daripadanya kita dapat memperolehi sesuatu ganjaran Dengan kata lain hubungan pertukaran dengan orang lain akan menghasilkan sesuatu ganjaran.Bagi kita teori pertukaran sosial lingkungan hubungan yang saling melihat antara perilaku dengan (reciprocal). Pada mempengaruhi

umumnya,hubungan sosial terdiri daripada masyarakat, maka kita dan masyarakat lain di lihat mempunyai perilaku yang saling mempengaruhi dalam hubungan tersebut,yang terdapat unsur ganjaran (reward), pengorbanan (cost) dan keuntungan (profit).Ganjaran merupakan segala hal yang diperolehi melalui adanya pengorbanan,manakala pengorbanan merupakan semua hal yang dihindarkan, dan keuntungan adalah ganjaran dikurangi oleh pengorbanan.. Jadi perilaku sosial terdiri atas pertukaran paling sedikit antara dua orang berdasarkan perhitungan untung-rugi Misalnya, pola-pola perilaku di tempat kerja, percintaan, perkahwinan,dan persahabatan.Teori pertukaran sosial mencadangkan tabiat sosial itu adalah hasil satu proses pertukaran. Tujuan pertukaran ini adalah bagi memaksimumkan faedah dan meminimumkan koskos.Menurut teori ini, rakyat mempertimbangkan potensi faedah dan risiko bagi perhubungan sosial. Apabila risiko-risiko itu lebih berat untuk memberi ganjaran, rakyat akan menamatkan atau meninggalkan begitu sahaja hubungan.Teori pertukaran sosial ini juga digunakan untuk menjelaskan berbagai penelitian mengenai sikap dan perilaku dalam ekonomi (Theory of Economic Behavior). Selain itu, teori ini juga digunakan dalam penelitian komunikasi, misalnya dalam konteks komunikasi interpersonal, kelompok dan organisasi. Di samping itu, teori pertukaran sosial, menjelaskan mengenai sikap dalam ekonomi,ia juga menjelaskan mengenai hubungan dalam komunikasi.

1

2.0 TEORI PERTUKARAN GEORGE C. HOMANS 2.1 PERTUKARAN George C. Homan terkenal dengan teori pertukaran sosial pada peringkat mikro iaitu dalam konteks psikologi. Beliau percaya bahawa struktur manusia tidak berlaku secara semulajadi atau di luar jangkaan pemikiran manusia seperti mesin. Sesuatu yang berlaku itu merupakan perilaku ataupun tindakan manusia itu sendiri dimana ia dipengaruhi tindakan serta pemikiran seseorang. Didalam struktur sosial yang sedia ada, seseorang itu tidak dapat mengambarkan sesuatu kejadian itu dapat mempengaruhi perilaku atau tindakan orang lain dari segi tindak balas dan sebagainya. Jika pernyataan tersebut dikatakan oleh Homan terlalu bersifat struktur, maka ia dapat mengambarkan ciri-ciri atau sifat bagi seluruh kaum fungsionalisme. Misalnya Malinowski mengambarkan bahawa sesuatu benda yang berlaku itu bukan hanya menghubungkan antara satu dengan yang lain, tetapi juga memerlukan hubungan individu dengan anggota masyarakat tersebut. Selain itu, Homan juga menyatakan bahawa sesuatu ganjaran itu datangnya daripada linkungan masyarakat yang bersifat fungsionalisme iaitu masyarakat yang bersikap positif dalam memberi sumbangan samada dalam bentuk kelestarian, integrasi dan juga teladan yang boleh dijadikan panduan umum masyarakat. Disamping itu, Homan juga menyatakan bahawa ada suatu hubungan yang positif di antara ganjaran atau sumbangan yang diperolehi dengan pengekalan struktur masyarakat. Ini kerana sumbangan dan juga ganjaran merupakan sebahagian daripada keperluan dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat sejagat dimana ia penting untuk menilai perubahan masyarakat. Kebenaran yang bersifat sejagat digunakan dalam kehidupan seharian manusia untuk tujuan tertentu, yang pada umumnya mereka tidak menyedari adanya perkaitan antara sesuatu teori dengan penjelasannya. Homans berkeinginan untuk menyatakan kebenaran tersebut didalam suatu rangkaian atau kedudukan teori dan mengujunya. Hal ini mendorongnya bukan sahaja mengambarkan perilaku sosial yang bahkan juga membuat suatu eksplanasi terhadapnya. Tindakan perilaku sosial yang dimaksudkan

2

oleh Homans adalah tindakan yang berkenaan dengan suatu kemahuan atau keinginan yang mengakibatkan adanya suatu ganjaran dan hukuman dari orang lain. Dengan ini, maka tindakan yang mengakibatkan adanya ganjaran dan hukuman yang disebabkan oleh linkungan bukan manusia tidak dianggap sebagai suatu perilaku sosial. Misalnya, seorang anak petani menanam gandum dan jagung dengan cara tertentu, perilakunya atau tindakannya dianggap bersifat sosial sepanjang tindakannya itu diorientasikan terhadap potensi ganjaran dan hukuman dari orang lain, contohnya kepada ayahnya. Pada masa yang sama, tindakannya tidak dianggap bersifat sosial jika seorang anak petani yang menanam jagung itu hanya di orientasikan semata-mata untuk mendapatkan sumbangan ataupun ganjaran. Para syarat yang lebih jauh lagi adalah jika seseorang bertindak dengan cara tertentu terhadap yang lain, maka ganjaran dan hukuman itu harus datang dari pihak yang kedua dan bukannya dari pihak yang ketiga, baik yang bersifat individual mahupun organisasi. Akhirnya permasalahan yang utama menurut Homans adalah perilaku yang bersifat aktual, iaitu interaksi antara manusia dan bukan antara norma-norma atau hukum-hukum yang diterapkan di dalam keadaan atau kedudukan mereka. Ia juga menyatakan bahawa perlakuannya terhadap norma-norma yang ada bukanlah bererti mengabaikan kebenaran norma-norma tersebut tetapi ia menganggap bahawa norma-norma dan hukum-hukum tersebut tidak mampu membuat ekplanasi. Oleh kerana individu yang berinteraksi secara langsung dengan yang lain ia kenali sebagai perilaku yang mendasar. Hal ini kerana ia lebih relatif dan lebih mudah untuk dijadikan suatu penjelasan daripada alasan-alasan yang lain. Menurut Homans, nilai-nilai seperti memahami perilaku sosial yang ditunjukkan merupakan nilai yang bukannya semata-mata di tonjolkan dalam melakukan sesuatu tindakan. Sesuatu tindakan yang bernilai yang dilakukan menyebabkan seseorang itu akan menyebabkan seseorang itu mendapat ganjaran dan penghargaan terhadap pekerjaan yang dilakukan. Misalnya, ketika pihak kedua menolong pihak pertama, maka ini jelas mengambarkan nilai-nilai yang positif atau penghargaan, akan tetapi sekiranya pihak kedua menolak untuk menolong dan melakukan pekerjaan untuk dirinya sendiri, maka ini bererti ia telah menhilangkan ganjaran dari pihak pertama.

3

Sebaliknya jika dia menolong, maka ini bererti ia akan mendapat nilai dari perbuatannya sendiri. Pada masa yang sama, jika ia bekerja untuk dirinya sendiri, maka ia telah menghilangkan nilai-nilai seperti tolong-menolong apabila diperlukan. Rumusan yang timbul dari pertukaran ini adalah keuntungan dan ganjaran yang diperolehi daripada sumbangan nilai-nilai yang ditonjolkan dalam masyarakat. Homans menyatakan bahawa keuntungan adalah sebagai suatu ganjaran yang hasilnya daripada nilai-nilai yang dimiliki oleh seseorang individu. Beliau juga mengatakan bahawa ”pertukaran tidak akan berlaku sekiranya kedua-dua belah pihak tidak saling menguntungkan”. Disamping itu, beliau juga berpendapat bahawa, rahsia yang terbuka dari pertukaran menusia adalah dengan melakukan perbuatan atau perilaku yang baik kepada orang lain, dimana ia melebihi diri sendiri. Hal ini kerana jika seseorang itu membuat perlakuan baik kepada seseorang, maka orang tersebut akan mendapat balasan kebaikan yang berganda daripada apa yang telah dia lakukan. Secara umumnya Homan mengambarkan bahawa pertukaran yang adil adalah pertukaran yang saling mendapat keuntungan kedua belah pihak. Berdasarkan logikal, manusia akan berhubungan antara satu sama lain, sekiranya hubungan tersebut merupakan suatu hubungan yang adil dan jujur. Hubungan yang baik juga merupakan suatu keadilan kerana jika hubungan yang terjalin itu tidak berlaku dengan adil maka bahagian-bahagiannya akan berpecah-belah.Pada masa yang sama, Homans juga menyatakan bahawa penggunaan teori ini tidaklah begitu tepat diaplikasikan dalam dunia sosial yang luas, sebaliknya ketepatannya dapat dilihat atau diperhatikan dalam dunia sosial mikro kerana ia lebih spesifik serta mudah diaplikasikan. Homans juga manyatakan bahawa keadilan itu merupakan sesuatu yang bersifat relatif dan subjektif. Nilai-nilai seperti ganjaran dan juga keuntungan merupakan nilai yang sudah sebati dalam masyarakat seharian dimana setiap manusia akan sentiasa membuat sesuatu perkara yang boleh mendapatkan ganjaran dan juga keuntungan.

4

2.2 KEADILAN Menurut Homans, keadilan dalam setiap perilaku sosial boleh dicirikan oleh peraturan yang mendasarkan bagi setiap individu dalam perhubungan pertukaran untuk mendapat ganjaran yang bersifat lebih kepada nilai itu sendiri. Keadilan juga berkait dengan rasa keadilan yang menurut hak dan hukum alam. Keadilan biasanya ada, jika seseorang merasakan bahawa risiko antara hasil kemasukan berada dalam keseimbangan, baik secara dalam perhubungan diri sendiri mahu pun perhubungan dengan orang lain. Dalam hal ini dapat ditunjukkan tentang kisah dalam kehidupan seharian. Dalam satu team pemain bowling. Alec adalah salah seorang pemain yang menganggap dirinya sebagai pemain bowling yang tebaik. Kebetulan ia menganggu yang lain, termasuk Long Jhon, di mana ia merupakan seorang anggota yang paling dihormati, dan sahabat Doc iaitu ketua team tersebut. Doc mengadakan suatu percubaan untuk pemainnya, maka Alec tidak dapat mengetuai bola dengan cara yang baik. Bagi Homans mengamati bahawa “bermain bowling yang baik memerlukan keyakinan”. Kita lihat sedangkan Doc dan para sahabat telah mengetahui keadaan itu iaitu keyakinan Alec telah terganggu akibat permasalahan yang sederhana,iaitu Alec bersikap kurang baik terhadap anggota pemain maka demikian pula pertukaran yang telah diperolehi oleh Alec iaitu kehilangan sokongan dari anggota pemain.Dengan demikian, “keadaan mereka itu merupakan suatu tahap keadilan”. Peraturan keadilan yang ingin di kemukakan oleh Homans di sini adalah bahawa suatu nilai dari ganjaran yang diterima oleh seorang anggota dari kelompok tersebut di dalam suatu siri haruslah profesional terhadap nilai aktiviti yang disumbangkan kepada mereka pada siri yang lain. Jika Alec hanya menyumbangkan sedikit di dalam satu bidang dan akan merosak sejumlah norma-norma anggotanya itu, maka kelompok itu akan mengurangi ganjaran terhadap Alec. Mereka memberikan nilainilai tersebut dari apa yang ia dapatkan seimbang dengan apa yang diberikan.

5

Keadilan di dalam kehidupan seharian merupakan permasalahan yang komplek dan seseorang tidak akan dapat memulai untuk menghadapi kompleks tersebut dengan menyamakan keadilan dengan bentuk apa sekali pun dari kelompok yang menekankan adanya kesepakatan. Oleh itu, seseorang yang menjatuhkan cara penilaian yang lebih objektif tentang bagaimana hubungan keadilan tersebut, dan semata-mata bukan kriteria subjektif dari kelompok itu sendiri.

2.3 KEKUASAAN Jika ada dua atau individu memasuki suatu hubungan pertukaran, dan salah seorang di antara mereka mampu mengubah perilaku yang lain sesuai dengan keinginannya, maka dapat dikatakan bahawa orang itu mempunyai kekuasaan yang melebihi orang lain. Bagi Homans mengaitkan bahawa pihak pertama dan pihak kedua pada dasarnya mendapatkan hal yang sama dari pertukaran diatas kesepakatan dan nasihat. Dalam masa yang sama, dengan pelbagai alasan yang wujud, manakala nilai-nilai nasihat dari pihak kedua itu telah mendorong, mugkin ia terlalu banyak menghabiskan masa kerjanya sendiri. Pihak kedua sekarang mampu, apakah ia sedar atau tidak untuk mendapat penghargaan yang lebih dari setiap nasihatnya. Pada umumnya, terdapat perbezaan dalam kekuasaan iaitu bagi pihak yang kurang mendapat ganjaran maka ia juga kurang mampu untuk mengubah orang lain jika dibandingkan dengan orang yang mendapat ganjaran yang lebih. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui situasi di mana seorang yang mempunyai kekuasaan yang melebihi dari beberapa orang lain, sekaligus mendapat keuntungan yang besar dalam mempertahankan kekuasaannya di atas keseluruhan kelompok tersebut. Bagi orang yang mempunyai kepentingan yang lebih itu selalunya akan mengawal kelompok-kelompok tersebut, tetapi dengan pertukaran yang lain dan ia harus mengurangkan kepentingan sendiri. Pertukaran seumpama ini akan memberikan ganjaran kepada kelompok tersebut dan mereka akan bergabung dengannya atas dasar untuk mendekati persamaan. Tetapi yang sebenarnya terjadi pada masa ini adalah adanya pasangan hubungan baru yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya dari pertukaran ini adalah ada pada para pekerja yang cuba 6

mengorganisasikan diri mereka sendiri untuk memepertahankan dan mendorong kepentingan mereka dalam menghadapi para majikan mereka itu sendiri. Menurut Homans lagi, manakala keseimbangan praktis telah tercapai, maka kekuasaan itu mulai menghilang dan hubungan pertukaran tersebut menjadi suatu hubungan atas dasar persamaan. Pendapat ini sama dengan apa yang telah disanggah dalam “Social Behavior” , di mana Homans menyakinkan sepanjang hubungan itu berlangsung, maka hubungan itu adalah adil. Dalam konteks ini bererti ia bukan hanya membahas tentang ketidakadilan tetapi ia juga membahas persamaan. Dalam hal ini dapat dilihat apabila kekuasaan keatas pihak pertama kerana pihak kedua mempunyai pengetahuan yang lebih berbanding dengan pihak pertama yang sama sekali mempunyai kekurangan dari semua segi serta memerlukan bantuan darinya. Homans menyatakan bahawa kekuasaan itu merupakan akibat dari suatu perubahan situasi iaitu situasi di mana pihak kedua telah menerima penghargaan yang setanding dengan nasihat yang telah diberikan. Perubahan macam ini biasa terjadi kerana ada beberapa alasan, tetapi dalam keadaan ini perubahan itu terjadi akibat daripada campur tangan pihak ketiga. Sebagaimana pihak pertama, pihak ketiga ini juga relatif kerana tidak mempunyai kemahiran, oleh kerana itu ia juga menilai bahawa nasihat tersebut lebih penting dari apa yang dimiliki untuk mambalasnya. Pihak kedua sekarang menasihati dua orang dan nilainya semakin bertambah kerana dia harus menambah waktunya untuk pihak pertama dan pihak ketiga serta dapat mengurangkan waktu kerja sendiri. Walaupun pihak kedua ini telah mendapat penghargaan yang lebih, namun nilai penghargaan itu telah mengurangkan kepuasan pekerjaannya. Ini merupakan cara Homans untuk menjelaskan timbulnya suatu kekuasaan iaitu dari perubahan keadaan tersebut, khususnya apabila pihak ketiga masuk dengan automatiknya menambah keuntungan kepada pihak kedua.

7

3.0 TEORI PERTUKARAN DAN KEKUASAAN PETER BLAU

3.1 PERTUKARAN

Menurut ahli sosiologi dari Amerika iaitu Peter Blau.Beliau menempatkan dirinya pada permasalahan yang bersumberkan proses sosial yang mengatur struktur komuniti dan struktur sosial yang sangat kompleks, dari proses yang lebih meluas pada aktiviti seharian hubungan antara individu dan hubungan peribadi antara mereka.Berbeza dengan Homans,Blau lebih melihat pada peringkat dimensi kekuasaan di dalam pertukaran sosial.Transaksi dan kekuasaan adalah akibat daripada pertukaran yang membentuk tekanan sosial sehingga harus dipelajari daripada dimensi pertukaran itu sendiri dan bukan hanya daripada sudut pandangan nilai dan konteks normatif sehingga dapat membatasi atau menguat studi tersebut.Ketika seseorang menggunakan kekuasaannya terhadap orang lain,maka segala bentuk kepuasannya bererti ia telah menekan dan meminta wang daripada individu lain,iaitu orang yang dibebani oleh kekuasaan tersebut.Hal ini tidak bererti bahawa hubungan sosial tidak semestinya dalam permainan yang sama.Tetapi mungkin kekuasaaan itu bermaksud setiap individu-individu dapat memperolehi keuntungan daripada kumpulan mereka.Namun mereka tidak mungkin dapat memperolehi keuntungan yang sama.Beberapa individu mungkin mendapatkan keuntungan yang melebihi jika dibandingkan dengan individu yang lain,kerana potensi individu yang dapat mengeluarkan wang yang lebih banyak berbanding dengan individu lain.Menurut Blau juga, dengan adanya tarik-menarik di antara individu tersebut,maka akan menyebabkan berlakunya proses pertukaran sosial.Dengan menggunakan paradigma duaan yang ditemui dalam karya Homans,Blau tertarik dengan persoalan adanya ketimpangan kekuasaan.Ketimpangan kekuasaan merupakan kateristik pertukaran

8

yang telah diuji oleh Homans.Selain itu,Blau lebih menekankan tentang perbezaan berdasarkan dua jenis bentuk pertukaran,iaitu dunia mikro dan dunia makro yang mengariskan bahawa ketidakseimbangan kekuasaan akan menyebabkan wujudnya perbezaan pembahagian tugas.contohnya,jika pihak pertama membalas jasa pihak kedua dan kemudian pihak kedua tidak memberikan bantuan sebagaimana yang ia harapkan,maka pihak yang pertama mepunyai tiga alternatif”(1)ia akan menekan pihak kedua untuk memberikan bantuannya,(2)ia akan mendapatkan bantuan itu daripada sumber yang lain,(3)ia mungkin juga akan berusaha dengan menggunakan berbagai cara tanpa meminta bantuan”.Jika ketiga alternatif itu tidak dapat dilaksanakan,maka pihak pertama hanya mepunyai satu pilihan yang terakhir baginya iaitu ia harus menyerahkan dirinya kepada orang lain supaya dapat memenuhi keinginannya.

3.2 KEKUASAAN

Blau mengikuti Weber dalam mendefinisikan kekuasaan sebagai berikut,iaitu kemungkinan seseorang individu yang ada dalam hubungan sosial akan berada pada suatu kedudukan yang mampu melaksanakan kemahuannya walaupun terdapat pertahanan daripada individu lain.Dengan kekuasaan seseorang dapat mewujudkan dirinya di samping, individu lain yang bergantung untuk mendapatkan ganjaran positif yang diberikan olehnya dan mereka takut apabila disingkirkan.contohnya yang jelas dapat dilihat melalui kekuasaan majikan terhadap para pekerjanya.Dengan adanya pergantungan mereka terhadap majikan dan takut menerima persepsi kehilangan pekerjaan,maka mereka terpaksa mematuhi apa-apa perintah daripada majikan.Selain itu,Blau juga menyatakan bahawa kekuasaan merupakan sumber yang mungkin mengatur dan mengkoordinasikan aktiviti manusia.Tetapi kekuasaan itu bukanlah merupakan sumber yang sederhana,kerana ia akan melibatkan dominasi.Apabila adanya dominasi menyebabkan wujudnya konflik.Kepimpinan 9

merupakan suatu bentuk kekuasaan yang biasa mendapatkan legitimasi tetapi mungkin tidak mendapat legitimasi.Apapun bentuk kekuasaan itu memerlukan legitimasi.Kekuasaan pemimpin terletak pada sumbangan yang telah ia berikan kepada kelompoknya,dimana akhirnya ia mampu mengikat anggotanya dan menawarkan memerlukan kepada wang mereka.Dengan bagi mereka tidak yang adanya sumbangan sumber mereka alternatif,kekuasaan pemimpin tidak dapat dilaksanakan,Kepatuhan dan penyerahan mematuhinya.Sekiranya mematuhi,kedudukannya yang berada dalam keputusan yang dibuat oleh kelompok yang memerintah,dalam waktu yang masa mereka mematuhi juga pertimbangan sumbangan nilai kelompok yang memerintah berbanding penyerahan wangnya.Tuntutan kekuasaan itu di nilai dari sudut pandangan norma-norma kejujuran sosial.Apabila pihak bawahan ini menggangap bahawa tuntutan dari pihak penguasa sebanding dengan sumbangannya,maka sesuatu pihak akan menunjukkan kesepakatannya.Apabila pihak bawahan itu menggangap bahawa tuntutan itu berlebih-lebihan,maka pihak bawahan akan menunjukkan penentangan.Dengan adanya kekuasaan yang mencukupi,maka pihak penguasa dapat menekan supaya mereka patuh.Namun kesepakatan itu sendiri tidak dapat memaksa dengan kekuasaan yang dimiliki oleh mereka.peningkatan kesepakatan ini memiliki kecederungan untuk melegitimasikan kekuasaan dan hal ini jelas bahawa”efektiliti dan stabiliti kepepimpinan”bergantung kepada dukungan sosial dari pihak bawahan.Konsep yang memadai tentang kepimpinan haruslah diuji dengan suatu kenyataan bahawa manusia itu bukan semata-mata tanpa ada rasa penghormatan kepadanya.Mereka mentaati perintah-perintah pemimpin sebagai satu kewajipan.Kewajipan inilah yang akan memperkuatkan seseorang pemimpin dalam mengorganisasikan aktiviti anggota kelompok tersebut.dan hal ini melibatkan adanya perintah terhadap individu untuk membuat sesuatu yang bukan demi kepentingan diri individu itu secara langsung.

10

4.0 KESIMPULAN Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bukunya, Blau meletakkan kekuasaan, dominasi dan juga konflik sebagai suatu yang penting sebagai kajiannya. Hasil konsepnya (kajian) tentang realiti sosial lebih bermanfaat jika dibandingkan dengan Homans. Dengan mengabstrakkan hubungan kelompok-kelompok kecil dunia mikro yang diambil dari konteks yang lebih luas, ini bermakna Homans telah mengabaikan makna konteks kekuasaan dan dominasi yang lebih luas seperti pemerintahan birokrasi dan juga sepertimana perlakuan orang yang berkuasa terhadap orang yang dikuasai. Hal ini berbeza dengan Blau yang selalu menghubungkan tingkat mikro dan makro mengambarkan bagaimana prinsip tersebut digunakan. Beliau juga mengatakan bahawa pengawalan sumber atau jasa yang disumbangkan tidak menpunyai alternatif yang lain kerana ia merupakan sumber kekuasaan. Jika pihak kedua menpunyai kekuasaan seperti berikut dan pihak kedua menerimanya, maka pihak pertama harus mematuhi kehendak pihak kedua. Parson atau Homans tidak memberikan perhatian yang sistematik terhadap elemen ini, melainkan fakta-fakta yang penting dimana ia memerlukan penjelasan yang kukuh. Secara umumnya, Homans mengemukakan keadaan-keadaan yang berkaitan

dengan perilaku sosial dimana manusia banyak belajar membina nilai-nilai daripada masyarakat. Hal ini mengambarkan bahawa perilaku sosial berdasarkan sesuatu perbuatan ataupun nilai-nilai yang diperlakukan oleh individu itu sendiri. Pada masa

11

yang sama, sesuatu perlakuan atau perilaku yang subjek tidak dapat dinyatakan hanya dalam terminologi tetapi ia boleh diaplikasikan dalam diri individu itu sendiri. Sekiranya mereka memiliki sifat seperti tamak, meterial, ingin bersaing, maka mereka bukan daripada golongan yang akan menerima hukuman psikologi, tetapi ia merupakan hasil daripada usaha mereka sendiri samada ia hasil daripada sumber yang baik atau sebaliknya. Nilai-nilai yang dibentuk dalam masyarakat dijadikan panduan dan teladan dalam mendasari kehidupan seharian. BIBLIOGRAFI

George Homans, Social Behavior: Its Elementary Forms (New York:Harcourt, Brace & World, 1961) Irwing M. Zeitlin; ,1973(Anshori, Juhanda,Terjemah) Memahami kembali sosiologi: kritik terhadap teori sosiologi kontemporer;Indonesia,,Universitas Gadjah Mada(karya asli diterbitkan 1973) Peter M. Blau, Excahenge and Power in Social Life (Copyright 1964 by John Willey & Sons. Inc Diperoleh pada Mac 22,2009 daripada www.gumilarcenter.com/Makalah/SocialExchangeTheory.pdf http//blogs,unpard.ac/rsdarwis/?pz4

12

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->