You are on page 1of 2

Vandalisme dalam Kalangan Remaja

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme


i. Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih
mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan
mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan
menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme
merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul
timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika
memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di
samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak
dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang
mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam
dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu
kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama
mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan
dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang
mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan
vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling
termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat

Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan
melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal
kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah
yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan
remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi
generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya
tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja
merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa
tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah
i. Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di


bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang
didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau
penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan
pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan
menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti
pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan
kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan
harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya
menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya
anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk
hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku
kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa
remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka
agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang
berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku
di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting
memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi
nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu
diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam.
Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau
dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak
memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga
seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan
dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan
menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang
terdapat dalam media massa.

Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar
masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya
iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan
keberkesanannya.

You might also like