You are on page 1of 4

LAPORAN PERNIAGAAN

Perniagaan Roti John.

1. Perancangan Perniagaan
1.1 Merancang membuka perniagaan menjual Roti John pada bulan Ramadhan.
Perniagaan secara perkongsian ini telah dirancang sebelum bulan Ramadhan lagi iaitu
Julai 2009. Perniagaan ini akan dijalankan bertujuan untuk mengisi wang saku
disamping untuk mengisi masa lapang dalam bulan Ramadhan iaitu pada akhir bulan
Ogos sehingga September. Perniagaan ini diusahasama oleh tiga orang ahli
perkongsian. Perniagaan Roti John ini bertapak di Bazar Ramadhan yang
berhampiran dengan Stadium Kota Bharu. Hasil perbicangan antara rakan kongsi,
Roti John dipilih untuk dijual kerana ia tidak memerlukan modal yang tinggi dimana
setiap rakan kongsi hanya mengeluarakan RM100 seorang. Selain itu Roti John
senang untuk dihasilkan dan tidak memerlukan banyak bahan serta kos untuk
menghasilkan 1 unit Roti John hanya mencecah RM2 hingga RM3 sahaja. Sasaran
penjualan Roti John ini setiap hari antara 9 hingga 10 bungkus dimana setiap bungkus
mengandungi 16 biji roti.
1.2 Sebelum membuka perniagaan ini, beberapa kajian telah dibuat untuk memestikan
perniagaan Roti John yang akan diuasahakan tidak mati separuh jalan. Antara kajian
yang telah dibuat adalah:
i. Memandangkan saiz pasaran yang di ceburi tidak terlalu besar, kajian hanya
dibuat di beberapa tapak perniagaan iaitu antaranya tapak perniagaan pasar
malam Pengkalan Chepa (Airport, Hypermark, dan Taman Perindustrian).
Kijian ynag dibuat adalah untuk melihat sejauh mana sambutan pelanggan
terhadap Roti John ini.
ii. Disamping itu, idea baru diperlukan untuk menghasilkan Roti John yang
sedap dan mempunyai rasa yang luar biasa. Hal ini penting karana pelanggan
inginkan sesuatu yang lain daripada yang lain. Sebagai contoh Roti John yang
mempunyai inti sambal(serunding daging, ayam atau ikan). Inti Roti ini jarang
dibuat oleh peniaga lain. Oleh itu dengan idea-idea baru daripada kajian yang
dibuat dan hasil sumbangan rakan-rakan kongsi yang lain dapat membantu
perniagaan Roti John berkembang dan terus mendapat sambutan pelanggan
pada bulan ramadhan nanti.
iii. Sasaran perniagaan Roti John ini adalah dari peringkat kanak-kanak hinggalah
dewasa.

1. Perlaksanaan Perniagaan
1.1 Hasil perancangan yang dibuat, perniagaan bermula pada awal bulan ramadhan.
Segala kelengkapan perniagaan seperti dapur, kuali, gas dan meja talah disediakan
oleh salah seorang rakan kongsi yang sebelum ini telah menjalankan pernigaan
menjual Burger. Manakal bahan-bahan lain diperolehi daripada pasaraya yang
berdekatan. Kenderaan untuk mengangkut barang-barang adalah menggunakan
kenderaan sendiri.
1.2 Teknik pengeluaran adalah secara manual dan manjualnya secara langsung kepada
pelanggan mengikut permintaan yang dibuat. Waktu perniagaan kami bermula pukul
2.00 petang hingga 7.00 malam. Bagi meningkatkan lagi kentungan penjualan Roti
John ini, promosi telah dibuat antara rakan-rakan lain di kolej. Selain itu perniagaan
ini juga sedia menerima tempahan daripada mana-mana pelanggan. Antaranya
dikalangan pelajar-pelajar kolej.
1.3 Roti John yang dijual mempunyai beberapa inti yang pelbagai antaranya ialah ayam,
daging, sardine dan sambal. Dalam melaksanakan perniagaan ini pendekatan 4P
digunakan iaitu product, price, promotion, place.

2. Masalah Perniagaan.
Seperti yang diketahui, setiap perniagaan yang dilaksanakan akan menhadapi masalah-
masalah tertentu. Bagi permulaan perniagaan yang dibuat ini, beberapa masalah dihadapi
antaranya ialah;
2.1 Cuaca – cuaca yang tidak menentu dalam bulan ramadhan telah mempengaruhi
palanggan yang datang ke bazar ramadhan. Cuaca hujan seringkali mempengaruhi
pelanggan. Kadang kala sasaran penjualan Roti John tidak mencapai tahap yang
diinginkan.
2.2 Ketiadaan surat cucuk daripada jabatan kesihatan turut menjadi masalah kepada
perniagaan ini. Syarat ini ditetapkan untuk setiap peniaga yang berniaga makanan dan
minuman. Dimana setiat surat ini mengesahkan bahawa perniaga tersebut terhindar
daripada kuman-kuman yang boleh membayakan.
2.3 Persaingan yang hebat dikalangan perniaga lain juga menjadi masalah kepada
perniagaan ini. Persaingan ini wujud apabila lebih daripada satu gerai yang menjual
Roti John.
2.4 Disamping itu juga, kelewatan penghantaran barang-barang daripada pembekal juga
menjadi masalah terhadap perniagaan ini dan menyebabkan pengeluaran roti menjadi
lambat serta perlahan.
3. Altenatif Penyelesaian
Masalah pertama diselesaikan dengan menyediakan kuantiti produk agak terhad
dam mengikut permintaan pelanggan. Tentang surat cucuk daripada pihak
kesihatan, setiap rakan kongsi dikenakan caj sebanyak RM30 untuk mendapat
suntikan dan sekali gus mendapat pengeseahan daripada pihak terbabit. Setiap
surat cucuk itu sah selama 3 tahun. Bagi menghadapi persaingan dikalangan
pejual Roti John yang lain, tindakkan menurunkan harga telah diambil. Penurunan
harga denagn cara dimana setiap satu dijual RM3 dan bagi yang membeli 2 buji
sekali gus, RM 5 sahaja yang dikenakan. Masalah kelewatan penghantaran barang
oleh pembekal pula diatasi dengan menyediakan barang dalam kuantiti yang
banyak sekali gus.

1. Laporan Kewangan

Pendapatan Jumlah
RM3.50 RM3.50
Perbelanjaan Tunai
Bahan Kuantiti Harga/Seunit
Mayonis 1 bungkus RM15 RM15
Sos Cili 2 bungkus RM7 RM14
Lada Hitam 2 bungkus RM9 RM18
Minyak 2 bungkus RM2.20 RM4.40
Daging kisar 6 bungkus RM4.20 RM25.20
Ayam kisar 4 bungkus RM5.50 RM22
Telur 60biji RM9 RM18
Planta 1 kg RM2 RM2
Palstik 5 bungkus RM2 RM10
Getah 1 kg RM6 RM6
Kertas 6 bungkus RM3.70 RM22.60
Gas 1 RM24 RM24
JUMLAH RM181.20
LEBIHAN/KEKURANGAN RM118.80

You might also like