You are on page 1of 17

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM

JALAN KULIM, BUKIT METAJAM

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

(PETA JEPUN)

Nama: Perreshina Shanmuganathan


Tingkatan: 2 Jemaah
Tahun: 2009
Kepentinga
n Jaringan
Sistem
Pengangkut
an di
Negara
Jepun
Senarai Kandungan

Bil Perkara M/S


1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif Kajian
4. Kawasan Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Dapatan Kajian
7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan
Penghargaan
Ucapan terima kasih ingin saya berikan kepada kedua ibu bapa saya
yang sanggup memberikan idea dan melaburkan modal untuk saya
menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-
rakan saya yang banyak memberi kerjasama supaya saya dapat menyiapkan
Kerja Kursus Geografi ini dengan lebih mudah dan lancar.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para


responden yang sudi meluangkan masa untuk mengisi borang kajian soal
selidik yang telah diedarkan kepada mereka.
Pendahuluan

Setiap tahun, semua pelajar tingkatan 2 dikehendaki menyiapakan sebuah


Kerja Kusrsus Geografi. Kerja kursus ini diberikan agar dapat menguji
kemahiran mengkaji dan menyelidik dalam kalangan pelajar. Ia selari
dengan matlamat Kementerian Pendidikan Negara, iaitu ingin menghasilkan
pelajar yang bukan sahaja bijak dari segi akademik, malahan juga cemerlang
dari segi kokurikulum dan sahsiah diri.

Tajuk Kerja Kursus Geografi yang telah saya pilih pada tahun ini
ialah Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan di Negara Jepun. Tajuk
ini dipilih berdasarkan beberapa faktor. Antaranya ialah, kawasan kajian,
iaitu Jalan Kulim, adalah hampir atau dengan lebih tepat berada dalam
lingkungan 3 kilometer daripada sekolah dan kediaman saya.
Hal ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian terhadap kawasan ini.

Kajian ini telah dijalankan selama 1 bulan, bermula dari bulan Ogos
hingga ke bulan September.
Objektif Kajian

Objektif-objektif Kerja Kursus Geografi ini


dijalankan adalah :

• mengkaji jenis-jenis sistem pengangkutan di Jalan Kulim dan negara


Jepun
• mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem
pengangkutan di Jalan Kulim dan negara Jepun
• mengkaji kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Jalan Kulim
dan negara Jepun
• mengetahui kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan
terhadap alam sekitar di Jalan Kulim dan negara Jepun
• mengkaji langkah-langkah penyelesaian masalah jaringan sistem
pengangkutan di Jalan Kulim dan negara Jepun

Penerapan Nilai: Meluahkan rasa kesyukuran terhadap sistem


pengangkutan yang terurus dan cekap dengan cara
mempelajari dan mengenalinya..
Kawasan Kajian
Kawasan kajian, iaitu Jalan Kulim, dahulunya merupakan sebuah
ladang kelapa sawit. Kawasan ini telah dibangunkan oleh kerajaan negeri
untuk dijadikan sebuah kawasan petempatan kira-kira pada 10 tahun yang
lalu. Kawasan Jalan Kulim amat dikenali sebagai kawasan elit di Bandaraya
Bukit Mertajam.

Bentuk muka bumi Jalan Kulim adalah tanah pamah dan kawasan
berbukit. Kebanyakan rumah teres dibina di kawasan tanah pamah,
manakala rumah-rumah banglo dibina di kawasan bukit.

Terdapat juga sebuah kolam tadahan banjir di Jalan Kulim. Ia juga


bertindak sebagai suatu pusat rekreasi bagi penduduk tempatan. Mereka
sering berjoging dan bersenam di sekeliling kolam tadahan banjir ini.

Selain itu, kawasan Jalan Kulim juga penting sebagai kawasan


pengajian. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kewujudan 1 buah institut
pengajian tinggi, iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM). Terdapat juga
beberapa buah sekolah yang dibina di sini, iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Convent (SMKCBM) & Sekolah Kebangsaan Convent.
Terdapat sebuah hospital bersebelahan dengan kawasan sekolah.
Kaedah Kajian
Kaedah-kaedah kajian yang telah digunakan dalam kerja kursus ini
ialah pemerhatian. Kaedah ini dijalankan dengan cara membuat kesimpulan
berdasarkan apa yang telah saya lihat.

Selain itu, saya menggunakan kaedah temu bual. Kaedah ini


dijalankan dengan cara menemu ramah beberapa orang responden untuk
mendapatkan penjelasan dan pendapat mereka.

Saya turut menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah ini dilakukan


dengan cara mengedarkan borang-borang soal selidik kepada beberapa orang
responden yang terdiri daripada penduduk tempatan kawasan kajian.
Responden diminta untuk mengisi borang tersebut berdasarkan apa yang
telah mereka lihat dan lalui.

Saya juga menggunakan beberapa rujukan laman web iaitu


• http://www.google.com.my

Seterusnya, saya menggunakan rujukan buku ilmiah seperti


• Chong Mui Sen, Azizan bin Hj. Abu Samah, 2003, Geografi Tingkatan 2,
Percetakan Saufi.
Dapatan Kajian

Jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di Seksyen 7 :

• Lebuhraya
• kebiasaannya, lebuhraya digunakan oleh pemandu lori, bas,
kereta,dan motosikal
• lebuhraya merupakan hak milik kerajaan
• contoh lebuhraya yang terdapat di kawasan Seksyen 7 ialah
Lebuhraya Persekutuan

• Komuter
• komuter digunakan oleh pekerja-pekerja dan pelajar universiti
• komuter merupakan hak milik Kereta Api Tanah Melayu
Berhad (KTM)

• Jalan Kuilm
• jalan persekutuan digunakan oleh penunggang motosikal, pejalan
kaki, motosikal, dan kereta yang terdiri daripada penduduk
tempatan dan kawasan yang berdekatan
• jalan persekutuan merupakan hak milik kerajaan
• contoh jalan persekutuan di Jalan Kulim ialah jalan raya yang
terdapat di kawasan-kawasan perumahan
Faktor-faktor yang mempengaruhi
jaringan
sistem pengangkutan

Faktor-faktor Maklum balas responden


Bentuk muka bumi 11
Kegiatan ekonomi 14
Kemajuan teknologi 8
Keselesaan pengguna 14
Kerajaan 2
Dasar pembangunan negara 5
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Jaringan Sistem Pengangkutan
Sumber daripada borang soal selidik

Berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada pihak responden, saya dapati bahawa
kegiatan ekonomi dan memainkan peranan yang sangat penting untuk memajukan jaringan
sistem pengangkutan di Jalan Kulim.

Jika diteliti, kegiatan ekonomi di Jalan Kulim ialah memberikan perkhidmatan. Sebagai
contoh, terdapat sebuah pejabat pos.

Selain itu, faktor keselesaan pengguna juga memainkan peranan yang amat penting dalam
mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan. Para pengguna lebih selesa memilih kawasan
kediaman yang terdapat di Jalan Kulim. Kawasan kediaman di sini sememangnya cantik dan
teratur. Jaringan pengangkutannya yang pelbagai dan tidak sesak juga merupakan di antara sebab
mereka memilih untuk berada di kawasan Jalan Kulim.

Penerapan Nilai: Berasa bangga kerana dapat hidup dalam suasana yang selesa dan
teratur.
Kepentingan Jaringan Sistem
Pengangkutan

Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pihak responden, saya dapati bahawa
mobiliti penduduk amat penting bagi para pengguna jaringan pengangkutan di Jalan
Kulim dan Jepun.

Kemudahan jaringan pengangkutan di Jalan Kulim yang pelbagai memudahkan


pergerakan para penduduknya. Kemudahan-kemudahan seperti perkhidmatan teksi, bas,
dan komuter sememangnya digunakan oleh semua lapisan masyarakat untuk menuju ke
destinasi mereka.

Sementara di Jepun pula, mereka sentiasa menggunakan kemudahan-kemudahan


awam seperti teksi dan bullet train yang dapat mengurangkan kesesakan jalan raya yang
sering berlaku pada waktu pergi ke kerja. Selain itu, penggunaan kemudahan-kemudahan
ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar yang semakin serius sekarang.

Lebuhraya-lebuhraya seperti Honshu – Shikoku Highway yang menghubungkan


Gonshu dengan Shikoku dapat menjimatkan masa penghantaran barang ke pelabuhan.
Hal ini juga dapat merangsang ekonomi negara Jepun.

Penerapan Nilai: Sentiasa bersyukur dengan pelbagai kemudahan yang


disediakan
Kesan-kesan Perkembangan Jaringan
Sistem Pengangkutan Terhadap Alam
Sekitar

Perkembangan jaringan sistem pengangkutan telah menyebabkan banyak pokok ditebang.


Hal ini telah mengakibatkan kekurangan tumbuhan hijau untuk melakukan proses
fotosintesis. Suhu setempat semakin tinggi, ditambah pula dengan jalan raya yang bertar
menyebabkan penduduk setempat merasa bahang tatkala mereka menyusuri jalan raya.
Jumlah kenderaan bermotor yang semakin bertambah hari demi hari juga mengakibatkan
pencemaran. Asap kenderaan yang sememangnya bahaya dan boleh mengakibatkan
pelbagai jenis penyakit.

Keadaan ini berbeza pula dengan negara Jepun. Penduduk Jepun sedar akan
masalah pencemaran ini dengan mengambil alternatiif lain seperti menaiki bas dan
komuter. Cara ini selain dapat mengurangkan pencemaran, ia juga dapat menjimatkan
masa.

Selain itu, kesan-kesa perkembangan jaringan pengangkutan bagi negara Jepun


pula ialah, ia dapat mengurangkan kesesakan lalu-lintas. Teknologi yang canggih di
Jepun telah banyak membantu mengurangkan kesesakan lalu-lintas di negara termaju di
dunia itu. Penciptaan sistem pengangkutan yang canggih seperti sistem pengangkutan 5
tingkat di Jepun merupakan suatu langkah bijak untuk menangani masalah kesesakan
lalu-lintas di negara itu.

Penerapan Nilai: Sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk membantu


mengurangkan masalah yang sering dihadapi setiap hari seperti kesesakan
lalu-lintas dan pencemaran
Langkah-langkah Penyelesaian

Langkah-langkah Penyelesaian Maklum balas responden


Penggunaan alat catalytic converter 1
Petrol tanpa plumbum 15
NGV (Neutral Gas Vehicle) 5
Penghijauan Bandar 16
Kempen 9
Kenderaan elektrik 1
Langkah-langkah Penyelesaian di Jalan Kulim
Sumber daripada borang soal selidik

Langkah-langkah Penyelesaian Maklum balas responden


Kereta hybrid 5
Pembinaan jalan raya 5 tingkat 8
Petrol tanpa plumbum 8
Penghijauan bandar 8
Kempen 6
Kenderaan elektrik 9
Langkah-langkah Penyelesaian di Jepun
Sumber daripada borang soal selidik

Penggunaan petrol tanpa plumbum merupakan salah satu langkah penyelesaian


yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah pencemaran di Seksyen 7 dan Jepun. Petrol
berplumbum boleh mencemarkan udara. Secara tidak langsung, ia akan mengakibatkan
masalah kesihatan kepada orang awam yang menghirup udara ini setiap hari.

Para responden juga telah bersetuju bahawa dengan melakukan penghijauan


bandar di Seksyen 7, masalah pencemaran boleh diselesaikan. Penanaman pokok-pokok
di tepi jalan boleh membantu untuk menyeimbangkan semula ekosistem yang terganggu
akibat perkembangan sistem jaringan pengangkutan.

Negara Jepun boleh mempertingkatkan lagi kualiti sistem jaringan pengangkutan


mereka dengan menggunakan kenderaan elektrik. Kenderaan elektrik sememangnya
mesra alam kerana tidak menggunakan sumber petroleum yang semakin berkurangan
pada masa kini. Ia juga dapat mengawal kualiti udara agar tidak dicemari oleh gas-gas
yang dekeluarkan oleh asap kenderaan yang boleh membahayakan kesihatan.
Penerapan Nilai: Bekerjasama sesama masyarakat untuk menangani
masalah yang dihadapi bersama.

Rumusan
Kerja Kursus Geografi ini dijalankan adalah untuk mengkaji jenis-
jenis sistem pengangkutan di Jalan Kulim dan negara Jepun. Selain itu, kerja
kursus ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian Jalan Kulim
dan Jepun. Seterusnya, kerja kursus ini dijalankan adalah untuk mengkaji
kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Jalan Kulim dan negara
Jepun. Akhir sekali, kerja kursus ini dijalankan untuk mencari langkah-
langkah penyelesaian untuk mengatasi masalah yang dihadapi akibat
perkembangan sistem jaringan pengangkutan di Jalan Kulim dan Jepun.

Penerapan Nilai: Mencintai tanah air sendiri.


Lampira
n
Rujukan
Laman Web
• http://www.google.com

Buku Ilmiah
• Chong Mui Sen, Azizan bin Hj. Abu Samah, 2003, Geografi
Tingkatan 2, Percetakan Sauf

You might also like