You are on page 1of 100

RANCANGAN PERNIAGAAN

PROJEK PENANAMAN CILI MENGGUNAKAN KAEDAH SISTEM FERTIGASI

Disediakan Oleh : Mohd Fadzli Bin Nordin


Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

JADUAL KANDUNGAN

TAJUK 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Ringkasan Eksekutif Pengenalan Tujuan


Penyediaan Latar Belakang Perniagaan / Syarikat Latar Belakang Pemilik Rancangan
Organisasi / Pengurusan Rancangan Pengeluaran / Operasi Rancangan Pemasaran
Rancangan Kewangan Jadual Perlaksanaan Projek Rumusan

MUKA SURAT 3 4 5 6 9 11 12 47 83 94 98

2
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

1.0

RINGKASAN EKSEKUTIF Syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Disember 2005.
Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi bidang pertanian secara
eksklusif dan lebih khusus dalam memajukan teknologi pertanian.

Ini adalah selaras dengan wawasan kerajaan dan juga menyahut cabaran Rancangan
Malaysia Ke-9 (RMK-9) di mana pihak kerajaan mengalu-alukan penglibatan sektor
swasta dalam memajukan bidang pertanian.

Tapak projek ini akan dijalankan di atas tanah seluas 5 ekar di kawasan Pontian,
Johor di mana pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah menyewa secara pajak bagi tempoh
5 tahun. Sebagai permulaan, pihak kami akan mengusahakan tanaman cili merah
sebanyak 5,000 pokok dalam 10 buah struktur Rumah Pelindung Tanaman yang
dilengkapi dengan sistem fertigasi.

Dari segi kewangan, pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. memerlukan pinjaman Tabung 3F
dari Bank Pertanian sebanyak RM 275,000 untuk membiayai sebahagian dari kos
permulaan projek ini. Dalam perancangan yang teliti dan prospek yang berdaya maju,
kami berharap pihak Bank Pertanian dapat meluluskan permohonan kami bagi
merealisasikan projek ini.

3
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

2.0

PENGENALAN Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah mengalami /


melalui pelbagai perubahan daripada sistem penanaman secara konvensional kepada
pengeluaran yang memerlukan teknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluaran
makanan yang semakin kompetitif.

Bagi memesatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersialisasi, pendekatan yang


lebih sistematik dan tersusun perlu dibangunkan untuk diguna pakai oleh pengusaha
bagi peningkatan hasil

pengeluaran dan pendapatan.

Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan tenologi terkini yang semakin
meluas penggunaannya dikalangan pengusaha bidang pertanian, di mana ia
menggabungkan pembajaan dan pengairan dalam satu sistem di bawah struktur
pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi serta berkualiti dan
merupakan alternatif kepada sistem penanaman konvensional.

4
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

3.0

TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah


khusus untuk memohon pembiayaan dari pihak Bank Pertanian bagi membiayai
sebahagian kos permulaan projek yang akan dijalankan oleh pihak syarikat ABCD Sdn.
Bhd. ini.

Pinjaman sebanyak RM 275,000 diperlukan dari Tabung Untuk Makanan (3F) bagi
menampung kos permulaan projek ini.

Kertas kerja ini juga disediakan untuk memberi gambaran projek fertigasi dan
analisis sebagai sokongan daya maju projek ini.

5
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

4.0 4.1

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN / SYARIKAT Maklumat Syarikat Nama Syarikat No.


Pendaftaran : : ABCD Sdn. Bhd. 0123456789 12-B, Tingkat 5, Wisma XXX, Jalan Sinar
Maju 2/21, 51000 Kuala Lumpur 03-98765432 03-45678900 Pertanian dan industri asas
tani. Sendirian Berhad RM 1,000,000 RM 1,000,000 100% Bumiputera 1) Ali bin Abu 2)
Ahmad bin Abu 3) XXXX 4) YYYY

Alamat Perniagaan :

No. Telefon No. Faks

: :

Bidang Perniagaan : Jenis Perniagaan Modal Dibenar Modal Berbayar Taraf Syarikat :
: : :

Lembaga Pengarah :

Setiausaha Syarikat : Alamat Setiausaha : Juru Audit Syarikat : Alamat Juru


Audit :

DEFGH Management Sdn. Bhd.

IJKLM Public Accountant

6
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

4.2

Objektif, Visi Dan Misi Objektif  Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti
dengan mengamalkan amalan pertanian yang baik dan sistematik.  Menggunapakai
teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan penjimatan
tenaga buruh.

Visi Visi kami adalah untuk menggunakan pendekatan teknologi terkini di dalam
sektor pertanian dan seterusnya mampu membimbing petani lain.

Misi Misi kami adalah untuk memberi pulangan yang besar kepada pemegang syer
syarikat, pelabur dan pelanggan kami dengan menghasilkan produk yang berkualiti
dan sistematik.

4.3

Strategi Perniagaan Syarikat ABCD Sdn. Bhd. akan mengadakan persekitaran yang
lebih kompetitif dengan strategi berikut :  Agro-Teknologi : Menggunapakai
teknologi terkini dalam sektor pertanian bagi menghasilkan produk yang berkualiti
dan dijamin peningkatan pengeluarannya.  Fokus Pelanggan : Mengambilkira
keperluan pasaran semasa dan kehendak pelanggan.

7
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

K-Ekonomi : Penumpukan kepada ilmu pengetahuan melalui internet dan R&D.

4.4

Maklumat Asas Projek Nama Projek : Penanaman Cili Merah Secara Kaedah Sistem
Fertigasi Lokasi Keluasan Tanah : : Pontian, Johor 5 Ekar 5,000 Pokok 10 buah
Rumah Pelindung Tanaman Pengairan Titis Automatik Syarikat ABCD Sdn. Bhd. RM
275,000

Kapasiti Tanaman : Struktur Sistem Pengairan : :

Nama Pengusaha : Anggaran Kos Permulaaan Anggaran Hasil Pengeluaran Anggaran Kasar
Pendapatan Tempoh Pulang Balik Modal : : : :

75,000 kg setahun

RM 300,000 setahun

2 Tahun

8
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

5.0 5.1

LATAR BELAKANG PEMILIK Ahli Lembaga Pengarah 1) Ali Bin Abu

Gambar

Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan kewangan dan


sumber manusia. Mendapat

pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia


(UKM), Bangi .

2)

Ahmad Bin Abu

Gambar

Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan kewangan dan


sumber manusia. Mendapat

pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia


(UKM), Bangi

9
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

3)

YYYYYY

Gambar

Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan kewangan dan


sumber manusia. Mendapat

pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia


(UKM), Bangi

4)

XXXXX

Gambar

Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengurusan kewangan dan


sumber manusia. Mendapat

pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia


(UKM), Bangi

10
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

6.0

RANCANGAN PENGURUSAN Bahagian ini menerangkan struktur organisasi dalam syarikat


ABCD Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab terhadap perjalanan syarikat secara
keseluruhannya. Manakala bagi pengurusan projek , pihak syarikat akan menggaji
kakitangan dan buruh secara kontrak bagi tempoh selama projek itu berjalan.

Bagi pengurusan syarikat, diketuai oleh seorang Pengarah Urusan, 3 orang Kerani, 3
orang Pengurus Bahagian dan Pengurus Projek bagi setiap projek yang dilaksanakan.

Bagi pengurusan projek, diketuai oleh seorang seorang Penyelia Projek dan 4 orang
Buruh Am bagi melaksanakan projek yang telah dirancangkan.

6.1

Carta Organisasi

Pengarah Urusan

Lembaga Pengarah

Pentadbiran & Kewangan

Jualan & Pemasaran

Teknikal & Operasi

Projek Tanaman Fertigasi

Lain-Lain Projek Pertanian

11
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.0 7.1

RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI Sistem Fertigasi Fertigasi adalah berasal dari


cantuman dua perkataan ”fertilization” dan ”irrigation”. Proses pembajaan dan
pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem
pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production system).
Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti tomato, cili merah,
timun, zukini, terung, melon dan strawberi sahaja yang sesuai menggunakan kaedah
ini.

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti
penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium,

Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah oleh tanah.
Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah
mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan
(SPH).

Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di Malaysia.
Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus cahaya.
SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti
oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang disebabkan
oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap berbahaya ialah penyakit
Hawar Pucuk dan Antraknos.

12
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk


mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena
air hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan.

Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir dust’ atau yang
dikenali sebagai ’coco peat’. Dalam bahasa mudah ia ialah habuk sabut kelapa.
’Coco peat’ mudah diperolehi jika dibandingkan dengan meduim tanaman komersil lain
seperti ’perlite’ , ’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah
lain yang boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu
kerikil granit (bukan batu kapur).

Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai
pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan
air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk
mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik
menjamin keberkesanannya.

7.1.1 Kelebihan Sistem Fertigasi Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri


berbanding kaedah konvensional lain. Di antara kelebihannya ialah : 1. Nutrient
lengkap yang diberi, boleh dikawal dari segi jumlah dan kehendak tanaman mengikut
peringkat umur pertumbuhan.

13
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

2. Media dan persekitaran yang bersih, menjamin dan menghindarkan masalah


penyakit. 3. Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan perosak. 4.
Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima nutrient yang
secukupnya. 5. Tiada masalah merumpai/ merumput. 6. Kualiti yang lebih baik. 7.
Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi. 8. Penjimatan tenaga buruh
dengan sistem automatik. 9. Kurang penggunaan racun. 10. Jarak tanaman rapat dan
diurus secara sistematik. 11. Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok.

7.1.2 Kelemahan Sistem Fertigasi Kaedah fertigasi juga mempunyai kelemahan


tersendiri, antaranya ialah : 1. Kos permulaan yang tinggi kerana 70% daripada kos
adalah pembinaan Rumah Pelindung Tanaman (Struktur Pelindung Hujan + Kalis
Serangga). 2. Perlu pengetahuan mendalam tentang teknologi ini. 3. Perlu
pengurusan dan pemeriksaan yang berterusan. 4. Kerosakan pada sistem boleh
mengakibat kerugian yang besar.

14
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Perbandingan Antara Sistem Fertigasi Dan Konvensional Perbandingan Jenis Tanaman


Struktur Pelindung Hujan Jaring Kalis Serangga Sistem Pengairan Varieti Tanaman
Air Modal Tapak Tanah Elektrik Pengetahuan Teknikal Keadaan Tanah Kos Operasi
Risiko Penyakit Risiko Kekeringan Keseragaman Pokok Fertigasi Tanaman jenis dan
buah Wajib ada Wajib ada Tanah sayur Semua jenis tanaman Tidak perlu Tidak perlu

Titis dan baja Bebas Jenis hybrid Sebarang jenis Air bersih Bebas Tinggi Rendah
Mesti rata Tidak perlu rata Mesti ada Tidak perlu Sangat perlu Perlu Tidak penting
Perlu subur Rendah kerana sistem Tinggi untuk baja, automatik racun, merumput dsb.
Rendah Tinggi Sederhana Tinggi Seragam Tidak seragam

7.1.2 Tanaman Cili Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan
penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi
sekarang ditanam di semua negara beriklim tropika. Nama saintifik bagi cili ialah
’capsicum annum’.

Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai, kebanyakannya
ditanam di kawasan tanah rendah. Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan utama
pengeluar cili adalah Perak, Johor dan Kelantan. Keluasan tanaman di semua negeri
adalah seperti tercatat di Jadual 1.

15
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Cili mengandungi zat pemakanan seperti dalam jadual 2. Di antara zat pemakanan
yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5 gram).

16
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telah
diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili dan sos cili.

Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’ , sayur ini
sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakkan jenis
makanan terutama ’sambal belacan’.

Terdapat beberapa jenis kultivar cili yang disyorkan iaitu MC 4, MC 5, MC 11, MC


12 dan Kulai. Ciri-ciri kultivar tersebut adalah seperti dalam jadual 4.

7.2

KEPERLUAN OPERASI

7.2.1 Pembangunan Infrastruktur Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluaan


infrastruktur kawasan perlu dibangunkan terlebih dahulu. 1) Penyediaan Kawasan 
Kerja-kerja awalan melibatkan permbersihan kawasan dari tumbuhan seperti semak
samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan dibersihkan.  Kawasan tapak
untuk pembinaan Rumah Pelindungan Tanaman perlu diratakan terlebih dahulu. 
Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk

mengelakkan kawasan tapak projek ditenggelami air apabila hujan.

17
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Pemagaran

kawasan

untuk

keselamatan

dari

haiwan

perosak tanaman dan mengelakkan kecurian.  Penyediaan jalan ladang untuk


memudahkan laluan untuk tujuan penyelenggaraan dan sebagainya.

2) Sumber Air dan Elektrik  Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik
adalah penting dalam operasi sistem fertigasi ini. 3) Bangunan Bangunan yang perlu
disediakan adalah untuk tujuan pengurusan tanaman.     Teduhan tempat
meletak tangki nutrient. Stor simpanan baja fertigasi dan perlatan ladang. Pusat
pengumpulan hasil ladang. Pejabat pengurusan projek.

7.2.2 Penyediaan Sistem Fertigasi Untuk membina sistem fertigasi, terdapat


beberapa komponen yang diperlukan untuk menjayakan sistem ini. a) Rumah Pelindung
Tanaman

18
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah : 1. Besi G.I. ½ ”  Besi ini yang
panjang 20 kaki, digunakan untuk membentuk asas struktur.  Besi ini digunakan
sebagai sokongan kepada struktur Rumah Lindungan Tanaman.  Setiap sokongan adalah
berukuran 4 kaki panjang dan ditebuk di tengah dengan skru untuk memegang struktur
utama.

2. Besi G.I. 1”  Besi ini digunakan sebagai kaki pada tiang yang menyokong
struktur yang diperbuat dari besi GI ½ ” tadi.  Biasanya, panjang adalah 4 kaki.

3. Klip Besi ½ ” (Long Hook)  Klip besi ini digunakan untuk memegang / mengikat
tiang besi.

19
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

4. Klip PVC Hitam  Klip ini digunakan untuk memegang plastik lut sinar.

5. Plastik UV Lut Sinar  Plastik UV lut sinar ini digunakan sebagai bumbung pada
struktur rumah pelindung tanaman. 6. Jaring Kalis Serangga  Jaring kalis serangga
bersaiz 32 mesh dipasang disekeliling struktur pelindung tanaman sebagai

penghalang kemasukan serangga perosak .  Ada juga yang menggunakan plastik UV lut
sinar menggantikankan jaring kalis serangga.

20
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

b) Sistem Pengairan Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini
adalah dari jenis titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat pemasa yang
akan berfungsi secara automatik mengikut sela masa yang telah ditetapkan. Bahan
keperluan bagi sistem pengairan ini adalah : 1. Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm) 2.
Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm) 3. Paip Tertier (Microtubing 6mm) 4. Penitis
(Pen Dripper 6mm) 5. Elbow PVC 1” 6. Socket Valve 1 ½ ” 7. Socket Valve 16mm 8.
Ball Valve 1 ½ ” 9. Ball Valve 1” 10. Nripper / Adapter 11. Rubber Gromet Set 16mm
12. Tangki Nutrient 200/600 gelen 13. Pam Air 1.5 HP 14. Timer (Pemasa) 15. PH
Meter 16. EC Meter 17. Penapis Air

21
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

c) Bahan Input Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman dan
keperluan ini berulang setiap musim. Berikut adalah senarai keperluan bahan
input : 1. Benih Tanaman – Cili 2. Tray Semaian ’Plug’ 3. Polibeg 14” x 16” 4.
Media Semaian 5. Media Tanaman 6. Plastik ’Silver Shine” 7. Baja Fertigasi (set A
& B ) 8. Racun Serangga 9. Racun Kulat 10. Kayu Penyokong 11. Dawai 12. Batu Simen
/ Bata

22
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.2.3 Tenaga Buruh Memandangkan operasi sistem fertigasi ini dilaksanakan secara
automatik menggunakan alat pemasa maka keperluan bagi kerja-kerja penyelenggaraan
dan pengurusan projek adalah minimum. Bagi melancarkan operasi projek ini, tenaga
kerja yang diperlukan adalah seperti berikut :

BIL 1.

TENAGA KERJA Penyelia

JUMLAH 1 Orang

FUNGSI Bertanggunjawab melaksana dan menyelia kerja-kerja harian dan jadual


tanaman Melaksana kerja-kerja mengikut arahan penyelia.

2.

Buruh Am

4 Orang

7.3

PERLAKSANAAN Untuk melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi ini,

pengurusan segala gerak kerja perlu dilakukan secara teratur dan sistematik.
Langkah perlaksanaan projek ini adalah seperti beikut :

23
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

1) Penyediaan biji benih 2) Semaian Anak Benih 3) Membuat Larutan Stok 4)


Penyediaan Beg Tanaman 5) Penanaman 6) Pembajaan 7) Pengurusan Sistem Pengairan 8)
Kawalan serangga perosak dan penyakit 9) Penyelenggaraan tanaman 10)Penuaian
11)Pengendalian Lepas Tuai

7.3.1 Penyediaan Biji Benih Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan
biji benih yang digunakan bebas dari sebarang penyakit dan tiada kesan serangan
serangga. Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang dari 90%.

Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan lama di dalam
stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya, biji benih
perlu diganti dengan benih baru. Dalam keadaan tertentu, rawatan biji benih perlu
dibuat.

24
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.2 Semaian Anak Benih Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak
benih tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50% kejayaan. Peat
moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikan medium percambahan. Dengan
menggunakan biji benih yang

diperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai, peat moss pasti dapat
memberi pertumbuhan anak benih yang baik.

Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plug polistirena boleh
digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan akar pokok. Dulang
semaian diisi dengan peat moss dan pastikannya tidak padat atau terlalu longgar.
Buatkan lubang dengan mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 cm.

Masukkan biji benih yang telah dirawat denga racun kulat thiram atau captan ke
dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu plug. Siram biji-biji
benih ini dengan air bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan
biji-biji benih basah dan dapat bercambah. Lubang-lubang terlalu padat. biji benih
ini jangan dikambus

Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan di bawah
teduhan. Biarkan beberapa hari untuk biji benih bercambah, biasanya 4 – 6 hari .
Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan dedahka dulang semaian pada cahaya
matahari di dalam takung

25
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok tumbuh tegap dan tidak
kurus.

Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT dengan larutan bajanya
berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32 – 40 watt). Anak-anak benih
diberikan larutan baja dengan kepekatan EC=1.6 μS dan ditingkatkan kepekatannya
seminggu kemudian sehingga EC = 2.5 μS. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini
sedia untuk diubah ke beg-beg tanaman.

7.3.3 Membuat Larutan Stok Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda
daripada yang diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x
ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok. Kalsium Nitrat,
Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara berasingan daripada sebatian yang mengandungi
tindak balas PO4 kimia dan dan SO4 untuk

mengelakkan pemendakan.

berlakunya

terjadinya

Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan
daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 dan zat ferum dilabelkan
dengan LARUTAN ’A’ manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3,
KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natrium
molibdat dilabelkan dengan LARUTAN ’B’. Perlu diingat bahawa

26
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan
serentak. Larutan stok hendaklah dituang satu persatu bagi mengelakkan berlakunya
sebarang tindak balas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.

7.3.4 Penyediaan Beg Tanaman Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 30 cm
panjang dan 45 cm lebar. Sebaiknya plastik putih bagi mengurangkan peningkatan
suhu di dalam coco peat. Beg-beg tanaman ini setelah diisi dengan coco peat,
dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baring bagi membentuk bantal-
bantal kecil. Untuk memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat dan
menyusun), gunakan satu bantal untuk satu pokok.

Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam
bantal-bantal plastik untuk mengelakkan masalah hidung atau mata berair. Sebanyak
2 – 2.5 kg coco peat lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3 – 4
lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan begbeg
tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5 – 5 cm dari aras tanah. Kerja ini
dilakukan pada hari atau sehari selepas menanam.

27
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.5 Penanaman Anak benih yang berumur 10 – 16 hari selepas cambah sedia untuk
diubah ke atas bantal-bantal berisi coco peat. Pada peringkat ini ketinggian pokok
10 – 12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan
pertumbuhan pokok. Beg-beg tanaman ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentuk
X.

Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan ke dalam lubang yang dikorek
pada-pada bantal-bantal tanaman dan dipadatkan pangkalnya. Tali lanjaran (tali
bagi pokok memanjat atau melilit ke atas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan
ke batang pokok. Dawai penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang
atau melintangi struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari. Dawai ini
mestilah cukup tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan

pengudaraan yang baik.

Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan ke pangkal


pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap
kali pam dihidupkan. Pemriksaan seniasa dilakukan pada setiap pokok untuk
memastikan kesemuanya

menerima titisan larutan baja.

7.3.6 Pembajaan Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi yang
dikenali sebagai ’Glasshouse Grade’ . Baja-baja yang digunakan mengandungi

28
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

unsur-unsur atau nutrient mikro dan makro. Sebanyak 14 jenis unsur dalam bentuk
sebatian (nitrogen, phosphorus, kalium, kalsium, sulfat, magnesium, mangan,
ferumi, kuprum, zink, boron, ammonium, molibdenum dan natrium) diperlukan sebagai
asas bagi memdapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok
yang baik (unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada
udara). Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu formulasi Larutan
Wyne dan formulasi Larutan Cooper. Larutan Wyne : SET A 1. Kalsium Nitrat SET B 1.
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Kalium Nitrat Mono Kalium Fosfat Magnesium Sulfat Ferum
EDTA Mangan Sulfat Kuprum Sulfat Zink Sulfat Asid Borik Natrium Molibdat

Larutan Cooper :

SET A 1. Kalsium Nitrat 2. Ferum

SET B 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kalium Nitrat Mono Kalium Fosfat Magnesium Sulfat


Mangan Sulfat Kuprum Sulfat Zink Sulfat Asid Borik Natrium Molibdat

29
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Formulasi

baja

tersebut

kemudiannya

dilarutkan

mengikut

kuantiti/kadar yang diperlukan oleh tanaman.

Kadar Baja Fertgasi Bagi Tanaman Cili Bagi bancuhan larutan 100 liter air :

BAJA SET A 1. Kalsium Nitrat 2. Ferum EDTA SET B 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kalium


Nitrat Mono Kalium Fosfat Magnesium Sulfat Mangan Sulfat Kuprum Sulfat Zink Sulfat
Asid Borik Natrium Molibdat

KADAR (GRAM)

11,300 164

11,100 1,750 5,640 15.4 0.78 2.2 30 0.18

7.3.7 Pengurusan Sistem Pengairan Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa
yang ditetapkan dengan bantuan alat pengatur masa (timer). Kekerapan dan tempoh
masa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman.

Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan
baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan
melebihi kemampuan bagi coco peat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan
selama 5 – 6

30
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk tanaman yang
ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini, tiap-tiap pokok menerima lebih kurang
100 – 150 ml larutan baja. Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat
timbunan garam galian dan juga lumut. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk
mengesan mana-mana penitis yang tersumbat.

Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan mana-mana
pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis
tersumbat, pokok akan layu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk.
Cabut penitis dari tiub dan bersihkan.

Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangka masalah ini. Walaubagaimana pun


perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa bersih dari semasa ke semasa untuk
menjamin keberkesanannya. Kejadian penimbunan sisa garam galian di dalam medium
tanaman sering berlaku di kawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan kejadian
ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali sebelum
pengisian semula tangki larutan baja dilakukan.

31
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.8 Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit 1) Kawalan Serangga Perosak Oleh
kerana sistem fertigasi ini menggunakan jaring kawalan serangga, maka kawalan
adalah dilakukan apabila perlu sahaja.

Maksudnya, apabila terdapat kebocoran pada jaring kalis serangga dan membolehkan
serangga menyerang tanaman maka kawalan dilaksanakan mengikut pengesyoran seperti
di dalam jadual di bawah. Serangga yang biasa menyerang pokok cili adalah :

Nama Perosak Kutu Daun (Aphis spp.)

Bahagian Diserang Daun, bunga dan buah muda

Peringkat Pokok Diserang Semua peringkat

Simptom

Kawalan

Daun menjadi  Sembur dengan racun chlorphyrifos kerekot, atau imidachloprid bunga
gugur dan buah pada peringkat terbantut. awal selepas menanam.  Sembur racun
permethrin, cypermethrin atau dimethoate jika serangan pada pokok berumur lebih 60
hari. Daun menjadi  Sembur dengan racun chlorphyrifos kerekot dan atau
imidachloprid bunga gugur. pada peringkat awal selepas menanam.  Sembur racun
chlorphyrifos atau malathion jika serangan pada pokok berumur lebih 60 hari.

Kutu Thrips (Thrips spp.)

Daun dan bunga

Semua peringkat

32
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Ulat Pengorek Buah (Helionthis armigera spp.) Lalat Buah (Bactocera)

Daun dan buah

Peringkat berbuah

Daun dan buah berlubanglubang

 Sembur dengan racun chlorphyrifos jika serangan melebihi tahap 5%

Buah

Peringkat berbuah

Terdapat lorong-lorong kecil di dalam buah dan buah gugur. Daun berkerekot, bunga
gugur dan pokok terbantut.

 Sembur dengan racun chlorphyrifos apabila pokok mula berbuah.  Sembur dengan
racun amitraz, dicofol, malathion atau prothiofos

Hamama Merah (Tetranychus spp.)

Daun dan bunga

Pokok Matang

2) Kawalan Penyakit Kawalan penyakit adalah elemen kawalan yang paling utama dalam
penanaman cili kerana cili bersifat amat sensitif dan mudah terkena serangan
penyakit.

Walaupun kaedah penanaman menggunakan sistem fertigasi yang bebas tanah untuk
mengelakkan ’soil borne pathogen’ tetapi ia mudah dijangkiti dari tanah di
persekitaran tapak projek. Penyakit yang biasa menyerang tanaman cili adalah :

Penyakit Antraknos Buah

Penyebab Colletotrichum capsici

Bahagian Diserang Buah

Cara Merebak Biji benih, angin

Simptom Bintik-bintik lekok dan berpusar, berwarna keperangan terdapat di luar


kulit buah. Lekoklekok ini akan membesar,

Kawalan  Rawatan biji benih denga racun kulat captan atau thiram.  Musnahkan
pokok yang diserang. 33
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

menjadi kehitaman dan akhirnya buah busuk dan gugur. Bintik Daun Cercospora
capsici Daun dan tangkai daun. Angin Terdapat bintikbintik kecil bulat berwarna
perang pada daun.

 Sembur dengan racun kulat mancozeb  Musnahkan bahagian yang kena serang. 
Sembur racun benomyl  Rawatan awal diperingkat biji benih.  Musnahkan pokok
yang diserang.

Hawar Pucuk

Choanephora cucurbitarum

Pucuk

Angin

Terdapat sporaspora hitam pada pucuk yang kena penyakit. Pucuk menjadi layu dan
berwarna hitam

Reput Pangkal

Sclerotium rolfsii

Pangkal pokok

Tanah

Daun layu, terdapat maisilia putih dan skelerotia seperti biji sawi pada pangkal
pokok. Pangkal pokok menjadi hitam dan mereput. Di pangkal anak benih seakanakan
lecuh. Serangan yang teruk menyebabkan anak benih tumbang.

 Cabut, bakar dan musnahkan keseluruhan pokok yang kena penyakit.

Lecuh Anak Pythium sp., Batang Rhizoctonia sp. anak benih Benih

Tanah dan air

 Rawatan benih di peringkat awal.  Elak siraman berlebihan  Pastikan tapak


semaian mempunyai saliran yang baik.  Cabut dan bakar pokok berpenyakit. 
Tentukan saliran baik di kawasan tapak projek.

Layu Bakteria

Pseudomonas solanacearum

Daun dan batang

Tanah, air dan sentuhan akar

Daun layu dan kuning. Empulur berwarna perang kehitaman dan berair. Jika akar atau
batang direndam dalam air, ianya mengeluarkan

34
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

cecair jaluran putih. Mozek Daun Mosaic virus Semua bahagian pokok Biji benih,
kutu daun sebagai pembawa penyakit. Daun berbintik Cabut dan bintik dan bakar
pokok berkerekot. Urat berpenyakit. daun  Tentukan membengkak . saliran baik di
Pokok bantut dan kawasan tapak kurang berbuah. projek. Buah menjadi  Elak guna
biji kecil dan berubah benih yang bentuk. berpenyakit.  Kawal serangga pembawa
virus iaitu kutu daun dan thrips dengan menyembur racun chlorpyrifos.  Kawal
rumpai yang menjadi perumah serangga pembawa virus.

7.3.9 Penyelenggaraan Tanaman Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang


dilaksanakan sepanjang masa proses penanaman cili secara fertigasi. Kerja-kerja
ini dijadualkan secara teratur mengikut perkembangan tanaman. Berikut adalah
kerja-kerja penyelenggaraan tanaman yang perlu dilakukan :

35
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

GERAK KERJA

HARI / MASA

AKTIVITI     Mengira keperluan baja dan coco peat. Membuat pesanan pembelian
baja mengikut keperluan. Membuat pesanan pembelian coco peat. Membuat pesanan
pembelian beg tanaman berwarna putih bersaiz 45 cm x 15 cm bertebuk di tepi
sahaja. Membuat pesanan pembelian keperluan lain seperti biji benih, medium
semaian peat moss, dulang semaian ’plug’, kayu pancang, tali rafia, bilah buluh,
dawai bersalut, hand sprayer, racun serangga dan kulat yang biasa digunakan dan
keperluan lain.

PERSEDIAAN AWAL

25 Hari Sebelum Tanam

     PENYEMAIAN BENIH 20 Hari Sebelum Tanam   

Menyediakan dulang semaian. Mengisi dulang semaian dengan medium percambahan peat
moss. Melembapkan medium percambahan. Merawat anak benih dengan racun kulat
’Thiram’. Membuat lubang kecil 1 – 2 cm dalam (1 lubang 1 plug). Menyemai biji
benih (1 biji dalam 1 lubang). Menutup lubang berisi biji benih. Menyembur dulang
semaian berisi biji benih dengan air bersih menggunakan hand sprayer. Menutup
dulang semaian dengan helaian plastik hitam untuk memberi haba dan mengawal
lembapan medium percambahan supaya tidak 36
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

kering.    PENYEDIAAN TAKUNG PEMBESARAN 19 Hari Sebelum Tanam  Membersihkan


takung pembesaran. Mengisi tangki pengumpul dengan air bersih. Memastikan pam
kecil akuarium berfungsi dengan baik. Menetukan alat pengatur masa pam akuarium
boleh dihidupkan dengan menjadualkan 4 – 6 kali sehari (boleh berubah mengikut
keadaan, jenis dan umur tanaman). Menimbangkan baja menggunakan formulasi yang
betul. Membancuh baja stok. Gunakan tong biru (tebus guna) muatan 100 liter.

 18 Hari Sebelum Tanam  

PENIMBANGAN BAJA

   16 Hari Hingga 1 Hari Sebelum Tanam    

PEMBESARAN ANAK BENIH

Membuka plastik yang menutup dulang semaian. Memindahkan dulang semaian ke dalam
takung pembesaran. Memasang alat pengatur masa dan pam akuarium dihidupkan.
Melarutkan baja pada bacaan EC 2.5 Memerhatikan pertumbuhan anak pokok. Memeriksa
sebarang tanda jangkitan penyakit atau serangga perosak. Membuat kawalan segera
sekiranya terdapat tandatanda kerosakan. Membilas coco peat. Mengetoskan coco
peat. Menimbangkan coco peat 2 – 2.5 kg untuk setiap beg ( basah dan telah
ditoskan).

PENYEDIAAN BEG TANAMAN

20 Hari Hingga 5 Hari Sebelum Tanam

  

37
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

  

 

Mengisi coco peat ke dalam beg tanaman. Mengangkut beg-beg berisi coco peat ke
dalam rumah tanaman. Menyusun beg-beg tanaman mengikut baris yang telah
ditentukan. Satu baris bagi setiap paip tertier. Jarak tanaman untuk cili ialah 75
cm dalam baris dan 150 cm antara baris. Mencucuk alat penitis ke dalam setiap beg.
Menghidupkan pam dan memeriksa semua paip pengagihan termasuk alat penitis untuk
memastikan tidak ada mana-mana paip tertier yang bocor atau alat penitis
tersumbat. Menghidupkan pam untuk membasahkan medium tanaman di dalam beg-beg
tanaman.

  

PENANAMAN

0 Hari

 

Mengangkut dulang-dulang semaian ke dalam rumah tanaman. Mengorek lubang 4 cm x 4


cm x 4 cm untuk dimasukkan anak benih. Mencabut anak benih dengan cermat dengan
memicit bahagian bawah plug dahulu sebelum mencabut anak benih. Dengan cara ini
ketulan tanah yang dipegang akar tidak tertinggal di dalam lubang plug. Memasukkan
ketulan tanah bersama akar ke dalam lubang tanaman yang telah disediakan. Kemaskan
lubang bersama akar anak benih supaya tidak longgar. Mencucuk penitis

38
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

 

berhampiran dengan pangkal anak pokok. Mencucuk bilah-bilah buluh hampir kepada
anak benih. Mengikat anak benih pada bilah buluh bagi memastikan pokok tumbuh
tegak. Memeriksa semua pokok. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau
serangan perosak seperti belalang, cengkerik atau siput. Jika terjumpa, musnahkan.
Memastikan tidak ada pokok yang tercabut disebabkan oleh binatang. Memastikan
tidak ada penitis yang tercabut atau tidak dicucukkan berhampiran pangkal pokok.
Menghidupkan pam sekali pada awal pagi. Pastikan bahawa medium tanaman tidak
terlalu basah sehingga air bertakung di dalam beg-beg tanaman. Sekiranya ini
berlaku, tebuk beberapa lubang di sisi beg (bukan di bawah beg tanaman)
menggunakan pisau kecil untuk mengalirkan air keluar dengan segera. Jika air
bertakung, pokok akan mati. Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Mana-mana pokok
yang masih layu atau mati perlu diganti. Sebaiknya diganti dengan beg tanaman yang
baru keran ditakuti pokok yang mati tersebut telah dihinggapi penyakit. Melarutkan
baja stok ke dalam tangki larutan baja. Bacaan EC ialah 2.5 Menghidupkan pam,

  1 Hari Dan 2 Hari Selepas Tanam

PENYELIAAN SELEPAS MENANAM

 

3 Hari Selepas Tanam

 

39
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

memberi baja kali pertama kepada pokok. Masih diberikan sekali sehari.  
Menghidupkan pam pada awal pagi. Pemberian larutan baja masih 1 kali sehari.
Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit
atau serangan serangga perosak. Sekiranya terdapat pokok yang layu pada awal pagi,
periksa medium tanamannya. Sekiranya kering, kemungkinan alat penitisnya telah
tercabut atau tersumbat. Jika tersumbat, cabut alat penitisnya dan cuci saambil
mengetukkannya pada benda keras agar bahan-bahan yang menyekat pengaliran larutan
baja akan terkeluar. Menambah kekerapan pemberian larutan baja kepada 2 kali
sehari, pada awal pagi dan lewat petang. Tetapi sekiranya keadaan cuaca sepanjang
minggu redup atau berjerebu, penambahan kekerapan pemberian baja ini boleh
ditangguhkan. Membuang tunas air atau tunas ketiak supaya pokok kekal mengeluarkan
satu batang utama sahaj sehingga cabang utama keluar. Membuat rawatan pencegahan
penyakit akar ’Pythium’. Larutkan racun kulat Previcur N sebanyak 10 ml atau
FoliR-Fos sebanyak 13 ml ke

 4 Hari Hingga 7 Hari Selepas Tanam 

7 Hari Selepas Tanam

 10 Hari Hingga 35 Hari Selepas Tanam  PENGURUSAN PENYAKIT DAN SERANGGA PEROSAK

7 Hari Dan 17 Hari Selepas Tanam

40
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

dalam 10 liter air. Siram 100 ml bancuhan ini ke pangkal tiap-tiap pokok. Pastikan
bahawa pam tidak dihidupkan sebelum rawatan ini. Larutan baja boleh diberikan 2
jam selepas rawatan ini dilakukan.

8 Hari Hingga 180 Hari Selepas Tanam

Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda serangan penyakit
atau serangga perosak. Memeriksa pucuk-pucuk pokok untuk mengesan serangan hama
dan juga kutu trips. Lihat di bawah daun-daun di bahagian pertengahan ( 2/3
bahagian pokok) untuk mengesan kehadiran afid, dan lalat putih (white fly).
Serangan ulat pelombong daun jelas nampak serangannya pada daun-daun separa tua.
Memeriksa sistem fertigasi agar sentiasa berfungsi dengan baik. Memacak dua batang
panjang, 180 cm kayu (2.5cm x 2.5cm) atau besi galvani 1.25 cm, di sepanjang baris
paip pembahagi (membentuk X) bagi mengikat dawai atau tali penyokong pokok cili.
Mengikat dahan-dahan pokok cili pada tali atau dawai penyokong bagi mengelakkan
dahan-dahan daripada patah disebabkan berat buah (dilakukan mengikut keperluan).
Ia dilakukan berterusan apabila perlu.

 20 Hari Selepas Tanam

MENGIKAT POKOK 30 Hari Selepas Tanam Hingga 150 Hari

41
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

25 Hari Selepas Tanam Dan Seminggu Sekali MEMBILAS MEDIUM TANAMAN

Membilas medium tanaman dengan air bersih iaitu dengan memberikan air tanpa baja
kepada semua pokok mengikut kekerapan yang sedia ada. Ini bertujuan untuk
membersihkan timbunan garam-garam galian dan meningkatkan pH medium tanaman bagi
mengelakkan proses air keluar dari pokok (deplasmolisis) yang boleh menyebabkan
pokok mati. Menambahkan kekerapan penitis larutan baja kepada 4 kemudian menjadi 5
seterusnya menjadi 6 kali sehari mengikut pertumbesaran pokok. Bunga-bunga cili
mesti menjalani proses pendebungaan sebelum menjadi buah. Pendebungaan sendiri
sukar berlaku kerana ketiadaan agen pendebungaan seperti seranggan atau angin jika
menggunakan Rumah Tanaman dengan dinding kalis seranggan ini. Pendebungan berbantu
boleh dilakukan dengan menepuk perlahan dahan-dahan pokok cili yang telah
berbunga. Ia dilakukan sekurang-kurannya sekali bagi setiap 2 hari. Cara ini
terbukti berkesan dapat meningkatkan pengeluaran hasil cili. Alat penggetar bunga
(pollen vibrator) yang digerakkan menggunkan bateri juga boleh digunakan.
Penggetaran tangkai-tangkai bunga hanya akan berkesan sekiranya dilakukan antara

 28 Hari Selepas Tanam 

MEMBANTU PENDEBUNGAAN

25 Hari Selepas Tanam Hingga Tamat Projek

42
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang. 55 Hari Selepas Tanam Dan Selang 3 Hari  
  150 Hari Selepas Tanam Atau Apabila Sesuai   Memetik buah cili masak.
Membuat penggredan buah cili Memasarkan buah cili Memetik buah cili yang masak
termasuk juga yang hijau. Mengasingkan yang masak dengan yang hijau. Mencabut
semua pokok bersama akar dan memusnahkan semuanya.

MEMETIK BUAH

MENAMATKAN TANAMAN

7.3.10 Penuaian Cili boleh dipetik 60 – 70 hari selepas menanam. Buah akan masak
30 – 35 hari selepas berbunga. Buah yang masak akan berwarna merah dan biasanya
dipungut secara manual setiap empat hari sekali. Tempoh pengeluaran hasil adalah 3
– 6 bulan. Hasil cili bergantung kepada jenis kultivar yang ditanam.

Peringkat yang sesuai untuk memungut hasil cili untuk kegunaan segar ialah bila
buah berwarna hijau tua kemerahan. Manakala bagi cili untuk diproses atau cili
kering, peringkat yang sesuai untuk dipetik ialah apabila buah berwarna merah
sepenuhnya. Cili dipetik dengan tangan bersama tangkainya sekali. Sebaik-baiknya
kerja-kerja mengutip hasil dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu
rendah.

43
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.11 Pengendalian Lepas Tuai Selepas memetik, operasi pengendalian pasca tuai
cili dilakukan termasuklah pemilihan, pembersihan, pengeringan, penggredan dan
pembungkusan. Disamping itu, operasi tambahan yang mungkin perlu dilakukan adalah
penyahhijauan dan perawatan air panas.

Penyahhijauan Penyahhijauan dilakukan pada cili yang cukup matang dengan cara
mendedahkannya kepada gas etilina (500 bpi) selama 24 jam pada suhu 20º – 25º
celicius dengan kelembapan relatif di antara 80 – 95 %. Cara ini akan menghasilkan
warna merah cili yang seragam. Penggredan Penggredan cili dilakukan secara
subjektif berdasarkan warna, saiz, tahap kesegaran, tahap kecederaan mekanik dan
seranga penyakit atau perosak. Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh pihak
FAMA, penggredan berdasarkan warna kulit cili untuk menggambarkan tahap kematangan
ini boleh dilakukan menggunakan 6 Indeks Kematangan, iaitu :

INDEKS KEMATANGAN

KETERANGAN  Kulit berwarna hijau muda.  Dipasarkan sebagai cili hijau

GAMBARAN

Indeks 1 (Tidak Matang)

44
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Indeks 2 (Matang)

 Kulit berwarna hijau tua.  Keadaannya berkilat  Dipasarkan sebagai cili


merah.  Kulit kelihatan berwarna hijau dan merah ataupun hijau merah. 
Dipasarkan sebagai cili merah.  Kulit berwarna merah kehitaman (hampir masak). 
Keadaan ini masih boleh diterima oleh pasaran pada peringkat runcit.  Kulit cili
berwarna merah sepenuhnya.

Indeks 3 (Cukup Matang)

Indeks 4 (Cukup Matang)

Indeks 5 (Cukup Matang)

 Kulit cili berwarna merah kehitaman. Indeks 6 (Cukup Matang)

Pembungkusan Bagi pembungkusan pukal, bahan yang kukuh seperti bakul plastik yang
muatannya tidak melebihi 20 kg boleh digunakan. Sementara bagi pembungkusan
runcit, bahan pembungkus seperti beg politilin (plastik) , jaring plastik, beg
kertas dan dulang polistirifom berbalut filem polivinil klorid adalah sesuai.

45
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Penyimpanan Pra-penyejukan dengan udara dingin pada suhu 10º C boleh menurunkan
suhu asal cili ke suhu penyimpanan dalam masa 1.5 – 2.5 jam. Cili segar dapat
disimpan selama 3 – 6 minggu pada suhu 5º - 8º Celcius dengan kelembapan relatif
90 – 95 % .

7.4

CARTA ALIRAN PERLAKSANAAN

46
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.0

RANCANGAN PEMASARAN Bagi mendapatkan pendapatan yang maksimum dari projek yang
dilaksanakan, aspek pemasaran merupakan elemen penting yang perlu diurus dengan
cekap dan berkesan. Perancangan dan analisa semasa penting untuk memastikan
perlaksanaan sesuatu projek menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha.
Perkaraperkara yang terlibat dalam rancangan pemasaran ini adalah :

1) Analisa Pasaran 2) Analisa Pesaing 3) Analisa Persekitaran 4) Analisa SWOT


(Strenghten, Weekness, Oppurtunity and Threat) 5) Strategi Pemasaran 6) Pemilihan
Strategi 7) Faktor-faktor Kritikal Kejayaan

8.1 8.1.1

ANALISA PASARAN Takrif Dan Informasi Pemasaran Definisi : Pemasaran ”Adalah satu
daripada komponen sistem ekonomi keseluruhannya di mana ia melibatkan penggunaan
hasil-hasil pertanian yang

mendatangkan manfaat kepada semua.”

Definisi : Jualan ”Adalah satu proses yang melibatkan aktiviti jualan atau
urusniaga.”

47
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.2

Proses Pemasaran HIMPUNAN SETEMPAT Kawasan Pengeluaran HIMPUNAN PUSAT Kawaan


Pengumpulan PEMPROSESAN / PENGILANGAN Perubahan Bentuk PEMBORONGAN Pasaran Borong
PERUNCITAN

8.1.3

Saluran Pemasaran PENGELUAR

EJEN / BROKER

PEMBORONG

PEMBORONG

PERUNCIT

PERUNCIT

PERUNCIT

48
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.4

Penetapan Harga Sistem Hantaran  Sayur dihantar pemborong.  Harga tidak


diketahui.  Semua jenis gred kepada

PENGELUAR

PEMBORONG

 Persetujuan hantaran.  Tiada apa-apa bayaran

AKTIVITI JUALAN

 Jualan secara tunai.  Pengeluar – menanggung kerosakan, susun.  Pemborong –


ambil upah dan kos yang terlibat.

PENGELUAR

 Pembayaran pemborong.

yang

dibuat

oleh

8.1.5

Sistem Pemborongan Di Peringkat Borong Sasaran : Peruncit, Pengedar, Pengguna dan


lain-lain.

Hasil pertanian yang dikeluarkan akan dipasarkan mengikut sistem pemborongan di


mana sasaran utama ialah bagi peruncit, pengedar dan pengguna sasaran. Penetapan
harga adalah dipengaruhi oleh : 1) Masa 2) Kualiti 3) Kuantiti 4) Permintaan 5)
Persaingan

49
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.5 Kedudukan Harga Ladang (Purata) Harga ladang (purata) bagi cili Kulai dari
tahun 1996 – 2000 mengikut negeri : TAHUN NEGERI 1996 (RM) 3.16 1.30 4.45 2.79
2.27 2.74 2.56 4.38 2.43 3.40 3.53 2.83 NIL 3.16 1997 (RM) 2.70 4.32 4.30 2.87
2.53 2.19 1.70 3.43 3.30 5.07 3.32 3.36 NIL 3.30 1998 (RM) 3.58 5.89 5.32 4.80
3.38 NIL 1.80 5.10 4.11 5.65 4.63 4.35 2.8 4.48 1999 (RM) N/A N/A N/A N/A N/A N/A
N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A 2000 (RM) 3.45 4.41 3.79 4.57 3.14 NIL 7.50 3.53
5.06 5.75 NIL 3.46 NIL 3.95

KEDAH PERAK JOHOR KELANTAN TERENGGANU PERLIS SELANGOR PAHANG SARAWAK MELAKA
P.PINANG N.SEMBILAN SABAH PURATA

50
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.6 Kedudukan Harga Borong (Purata) Harga borong (purata) bagi cili Kulai dari
tahun 1996 – 2000 mengikut negeri : TAHUN NEGERI KEDAH PERAK JOHOR KELANTAN
TERENGGANU PERLIS SELANGOR PAHANG SARAWAK MELAKA P.PINANG N.SEMBILAN SABAH WILAYAH
PURATA 1996 (RM) 4.16 1.40 5.31 3.28 3.36 4.65 6.13 5.62 4.29 5.29 4.45 4.05 2.56
5.04 4.54 1997 (RM) 4.00 5.12 5.51 3.53 3.44 4.62 5.48 5.30 5.20 5.21 4.49 4.85
2.66 4.83 4.73 1998 (RM) 5.53 6.56 6.61 4.89 4.76 NIL 7.92 7.26 5.53 6.47 5.89
5.65 2.83 6.05 6.13 1999 (RM) N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A
N/A N/A 2000 (RM) 5.03 5.12 5.21 5.09 4.25 NIL 6.43 6.01 6.93 5.59 4.86 4.99 6.05
5.74 5.46

51
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.7 Kedudukan Harga Runcit (Purata) Harga runcit (purata) bagi cili Kulai dari
tahun 1996 – 2000 mengikut negeri : TAHUN NEGERI 1996 (RM) 5.71 1.90 6.34 4.31
4.65 5.77 7.06 6.68 6.20 6.51 5.54 6.03 4.33 6.84 5.88 1997 (RM) 6.30 6.59 6.92
4.89 4.92 5.76 7.41 6.30 7.58 6.33 5.83 6.73 6.65 7.52 6.53 1998 (RM) 7.82 7.59
8.67 6.07 6.99 NIL 8.87 8.83 7.39 7.77 7.91 8.35 NIL 8.74 7.92 1999 (RM) N/A N/A
N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A 2000 (RM) 7.20 6.78 6.99 6.09
6.19 NIL 7.55 8.00 8.91 6.99 6.17 6.19 8.31 7.57 7.20

KEDAH PERAK JOHOR KELANTAN TERENGGANU PERLIS SELANGOR PAHANG SARAWAK MELAKA
P.PINANG N.SEMBILAN SABAH WILAYAH PURATA

52
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.8 Kuantiti Penggunaan Cili (Metrik Tan) Peringkat Kilang, Institusi Dan Isi
Rumah. TAHAP PENGGUNAAN TAHUN INSTITUSI (MT) 5,282.30 5,431.70 4,252.10 5,203.90
5,984.50 6,882.20 7,914.50 9,101.70 ISI RUMAH (MT) 21,684.40 22,248.20 22,826.70
23,420.20 24,029.10 24,653.90 25,294.90 25,952.50 KILANG (MT) 2,037.00 1,963.00
13,215.00 15,197.30 17,476.80 20,098.40 23,113.10 2,658.10

1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998

8.1.9 Saiz Dan Bahagian Pasaran Sayur cili dapat tumbuh dikebanyakan negara di
dunia, namun begitu negara Asia merupakan kawasan penanaman cili paling luas
berbanding benua lain iaitu seluas 688,710 hektar, manakala benua Afrika mempunyai
kawasan tanaman seluas 204,890 hektar. Jumlah Keluasan (Hektar) Bagi Tahun 1998
Amerika Tengah 119,730 Afrika 204,890 Asia 688,710 Eropah 145,411 Amerika Latin
149,350 Amerika Selatan 28,438 Amerika Utara 29,620

53
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Keseluruhan pasaran bagi cili didapati banyak kepada cili segar, tetapi bagi
pasaran luar, bentuk cili yang dikeluarkan adalah cili kering. Namun yang
demikian, terdapat pelbagai jenis cili yang dapat diterima pasaran ini termasuklah
cili Bangi, cili Kulai, cili merah dan cili api.

Pengeluar utama cili dunia adalah negara China, ia berdasarkan sumber The Chilli
Pepper Institute yang mana negara tersebut meliputi 46% pengeluaran dunia iaitu
sebanyak 7,025,360 metrik tan pada bulan Disember 2002 .

Negara pengeluar utama cili dunia adalah : NEGARA PENGELUAR JUMLAH PENGELUARAN ( 1
MT = 1000 KG)

China 7,025,360 Turkey 1,390,000 Mexico 1,181,924 Nigeria 970,000 Sepanyol 888,400
USA 760,810 Egypt 369,500 Korea 322,341 Indonesia 274,022 Italy 245,800
Netherlands 240,000 Tunisia 210,000 Yugoslovia 209,000 Morocco 203,700 Romania
191,376 Algeria 190,000 Bulgaria 185,000 Japan 165,000 Hungary 140,000 Macedonian
110,676 Greece 110,000 JUMLAH 15,382,909 Sumber : The Chili Pepper Institute,
Disember 200

54
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.10 Pendekatan Pemasaran Di Dalam Menjamin Daya Maju Pendekatan utama yang di
kenal pasti bagi menjamin daya saing pasaran cili ialah pasaran domestik dan
pasaran eksport . Maka aktiviti pemasaran akan dilaksanakan bersesuaian dengan
segmen yang terlibat .

1) Pasaran Domestik Pertumbuhan ekonomi, pertambahan penduduk, trend pengguna dan


gaya hidup mempengaruhi permintaan cili dalam negara. Faktor menggalak seperti
promosi, memainkan peranan penting bagi menimbulkan kesedaran perlunya sayur-
sayuran , contohnya dalam pemakanan harian.

”Kempen

Makan

Sayur-Sayuran”

perlulah

dilihat

kepada

kepentingan sayur-sayuran yang dikeluarkan di dalam negara. Usaha ini akan dapat
mengurangkan bil import, seterusnya mengurangkan kadar tukaran wang asing. Di
samping itu, galakan perlu diberi kepada institusi-institusi seperti hotel,
sekolah, pusat latihan menggunakan sepenuhnya sayur-sayuran tempatan.

Insentif juga perlu diberi kepada industri yang menggunakan sayursayuran tempatan
terutamanya cili bagi tujuan pemprosesan.

2) Pasaran Eksport (Segmen Luar Negara) Pasaran eksport utama cili Malaysia ke
Singapura, Brunei, Hong Kong dan EU, perlulah dikekalkan. Cili varieti baru perlu

55
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

diperkenalkan

dan

hantaran

percubaan

akan

dibuat

bagi

memungkinkan cili Malaysia dapat diterima di pasaran luar negara khususnya pasaran
baru di negara-negara EU.

Pendekatan pemasaran secara ’niche market’ serta disokong dengan program promosi
perlu dilaksanakan secara berkesan. Sayur-sayuran organik jenis berbuah, seperti
cili dan berdaun dikenal pasti sebagai peluang pasaran ke negara-negara

pengimport utama sayur-sayuran Malaysia.

8.1.11 Masalah Pemasaran a) Harga Tidak Stabil Kedudukan harga yang tidak stabil
di mana harga ditetapkan mengikut keadaan semasa.

b) Kurang Saluran Pemasaran Kedudukan pasaran yang luas melibatkan adanya saluran
yang efektif dan berkesan. Ini akan melibatkan pemilihan saluran yang betul bagi
memastikan hasil-hasil pertanian dapat disalurkan pengguna, pemborong dan
peruncit.

c) Kurang Maklumat Pasaran Pengusaha, pengeluar atau petani yang ingin memasarkan
hasilhasil pertanian, mereka perlu memastikan mendapat maklumat pasaran yang
lengkap dan terkini. Mereka perlu mendapat

56
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

maklumat yang lengkap mengenai sasaran utama dan kedudukan pasaran semasa.

d) Kurang Prasarana Wujudnya masalah kekurangan kemudahan seperti saluran

pengakutan, bekalan elektrik, bekalan air, dan sebagainya.

e) Bekalan Tidak Terjamin Wujudnya saluran pemasaran yang tidak terjamin di mana
berlakunya pasaran tidak ada kawalan dan sumber yang baik.

f) Tidak Memenuhi Kehendak Pasaran Terdapat juga hasil pertanian yang tidak
memenuhi kehendak pasaran semasa. Ini menyebabkan berlakunya lambakan dan
mengakibatkan pembaziran.

g) Perlaksanaan Peraturan Tertentu Wujudnya peraturan-peraturan tertentu yang


menghadkan

pengagihan pemasaran.

h) Sistem Pembungkusan Ramai pengeluar yang mempunyai sistem pembungkusan yang


tidak menarik dan juga tidak sesuai untuk digunakan.

57
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

i) Persaingan Persaingan yang hebat di kalangan negara-negara pengeluar cili yang


lain.

j) Kurang Pendedahan Pengusaha kurang pendedahan dalam pemasaran terutamanya di


luar negara.

8.1.12 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah i) Pendekatan konsep ”Pasaran 


Pengeluaran  Pemasaran” ii) Penyebaran maklumat pasaran iii) Mempertingkatkan
promosi iv) Penggunaan teknologi terkini v) Pengwujudan industri hiliran cili vi)
Memperbanyakkan prasarana pemasaran vii) Perlaksanaan penguatkuasaan

8.1.13 Strategi Pemasaran Yang Berkesan i) Berkualiti ii) Jaminan pengeluaran iii)
Pengendalian yang sempurna iv) Kos pengeluaran yang minima v) Pembungkusan yang
baik vi) Kecekapan operasi ladang kontrak vii) Memenuhi citarasa pembeli

58
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

viii)Keberkesanan aktiviti promosi ix) Rangkaian pemasaran yang terjamin x)


Berdaya saing xi) Bijak mencari peluang

8.1.14 Kedudukan Pasaran Eksport Dan Import Cili Malaysia Cili merupakan salah
satu sayuran berbuah yang cukup popular di Malaysia. Berdasarkan jadual eksport
import cili Malaysia, kita boleh merumuskan bahawa eksport cili berada dalam
kedudukan agak statik dari tahun 1995 – 2001. Namun begitu, nilai import terus
meningkat dari tahun 1995 – 2001 itu.

59
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

60
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.13 Pasaran Domestik Pasaran domestik cili boleh dibahagikan kepada 3 kategori
utama iaitu institusi, isi rumah dan kilang. Penggunaan cili pula boleh
dibahagikan kepada 4 kategori iaitu cili hijau, cili kering, cili merah dan cili
padi. Jangkaan penggunaan cili adalah untuk penggunaan cili tahun 2008, 2009 dan
sehingga tahun 2010. Jangkaan bagi 6 tahun akan datang, penggunaan cili akan terus
meningkat berikut pertambahan bilangan penduduk di Malaysia, dan ini akan
menambahkan peningkatan permintaan terhadap cili segar dan juga yang telah
diproses cili sos atau cili giling.

61
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Manakala penggunaan kilang juga akan terus bertambah dengan wujudnya perhubungan
di antara permintaan cili dengan penggunaan isi rumah.

8.2

ANALISA PESAING

8.2.1 Analisis Dayasaing Tanaman Cili Analisis dayasaing dilaksanakan bagi


menentukan kedudukan

Malaysia dalam perusahaan tanaman cili berbanding negara-negara pesaing utama


iaitu Thailand, Indonesia, China dan India yang merupakan sumber import negara.

Dayasaing tanaman cili di Malaysia dapat dinilai menggunakan kaedah ’Peta


Dayasaing’ yang memperlihatkan dayasaing tanaman ini dari segi perniagaan,
teknologi dan strategi yang perlu diambil bagi meningkatkan atau mengekalkan daya
saing di pasaran terbuka ( rujuk Peta 1).

62
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Dayasaing dan teknolgi, masing-masing dibahagikan kepada 3 tahap : i) Dominan ii)


Berdaya Maju iii) Lemah

Pengkelasan ini berasaskan kepada perbandingan relatif bagi angkubah kos


pengeluaran (atau lain-lain angkubah yang sesuai) dan penghasilan (atau lain-lain
angkubah yang sesuai) di antara negaranegara pesaing.

Angkubah-angkubah kos pengeluaran (RM/tan), harga cili apabila tiba di pasar


borong Selayang (RM/tan) , harga import (RM/tan) dan kos

63
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

pemasaran (RM/tan) diguna bagi menilai dayasaing perniagaan dan angkubah hasil
(tan/ha) diguna bagi menilai dayasaing teknologi.

Berikut dibincangkan tahap dayasaing perniagaan dan dayasaing teknologi bagi


tanaman cili berasaskan harga import cili segar dan disejukkan.

8.2.2 Dayasaing Tanaman Cili @ Angkubah Harga Import Dan Hasil Persaingan di
pasaran tempatan boleh dinilai dengan membandingkan harga cili yang di import
(harga borong bagi cili bagi Malaysia) dan penghasilan cili se hektar bagi negara-
negara pesaing (rujuk Peta 2).

64
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Malaysia berada pada kedudukan dominan daripada aspek dayasaing teknologi


memandangkan penghasilan se hektar tertinggi (19.0 tan/ha) berbanding negara-
negara pesaing. Indonesia pula berada pada kedudukan terkebelakang dalam dayasaing
teknologi dengan

penghasilan terendah iaitu 2.97 tan/ha. Pesaing terhampir pula ialah China dengan
kadar penghasilan 18.5 tan/ha dan Thailand dengan kadar hasil 14.44 tan/ha.

Bagi dayasaing perniagaan pula, Malaysia berada dalam kedudukan lemah kerana harga
borong yang tinggi berbanding harga import dari negara-negara pesaing.

Harga import cili segar dan disejuk beku dari Thailand adalah paling rendah,
diiukuti oleh China, Indonesia dan India. Dengan mengambil kira dayasaing
teknologi dan dayasaing perniagaan, Malaysia berada pada kedudukan dominan dalam
dayasaing teknologi dan lemah.

Dalam dayasaing perniagaan, strategi yang perlu diambil ialah ”breakout-


strategies” , dengan mempelopori penggunaan teknologi baru bagi meningkatkan
produktiviti dan kecekapan pengeluaran di ladang dan pemasaran hasil.

Kos pengeluaran di Malaysia dianggarkan kira-kira RM 0.95 / kg. Harga cili di


peringkat ladang dianggarkan pada RM 3.00 / kg dan harga borong pula adalah RM
4.15 / kg. Wujud ketidakcekapan dalam

65
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

pemasaran cili dengan margin yang tinggi bagi peringkat ladang, borong dan runcit.

8.3

ANALISA PERSEKITARAN Cili dikategorikan di antara produk pertanian yang mendapat


beberapa insentif kerajaan di dalam pelaburannya. 1) Insentif Bukan Cukai 2)
Insentif Potongan Cukai 3) Insentif Mengikut Projek Naungan

8.3.1

Insentif Bukan Cukai i) Export Credit Refinancing (ECR) Scheme Diuruskan oleh
Export-Import Bank Berhad bermula 01/01/1998. Pelaburan cili mendapat kemudahan
secara langsung atau tidak langsung daripada pinjaman jangka pendek untuk tujuan
eksport seperti berikut :

a) Kemudahan Pasca Penghantaran Boleh memohon pinjaman semula maksimum RM50 juta
ataupun 100% daripada jumlah pinjaman dan minimum hanya RM10 juta.

b) Kemudahan Sebelum Penghantaran Maksimum pinjaman semula sebanyak RM50,000


ataupun 80% daripada pinjaman asal.

66
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

ii) Export Credit Insurance And Guarantee Schemes Skim ini ditubuhkan pada tahun
1977 dan equitinya dipegang oleh Bank Industri Malaysia. Objektifnya adalah untuk
menolong mempromosikan eksport dan pelaburan.

iii) Industrial Technical Assistance Fund (ITAF) Dana ini ditubuhkan oleh Kerajaan
Malaysia dengan pembiayaan permulaan RM50 juta untuk memberi geran kepada Industri
Kecil dan Sederhana (IKS). Sebanyak RM70 juta lagi telah ditambah untuk skim
berikut : a) Business Planning And Development Scheme b) Process Improvement And
Product Development Scheme c) Productivity And Quality Certification Scheme d)
Market Development Scheme

iv) Fund For Food Dana ini telah ditubuhkan pada Januari 1993. Bank Negara
Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM1,000 juta dan Bank Pertanian Malaysia
pula memperuntukkan sebanyak RM300 juta.

8.3.2

Insentif Potongan Cukai Pelaburan di dalam pengeluaran cili telah digariskan


sebagai produk yang boleh diberi potongan cukai di bawah ”The Promotion Of
Investment Act, 1986” dan ”Income Tax Act, 1967”. Potongan boleh dibuat secara
sepenuhnya ataupun sebahagian sahaja. Tambahan

67
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

kepada potongan cukai tersebut, insentif secara potongan cukai jualan dan duti
juga boleh diminta di bawah ”Customs Act, 1967”, “Sales Tax Act, 1972” dan “Excise
Duty Act, 1976”.

i) Promotion Of Investment Act, 1986 Adalah dibawah kawalan Kementerian


Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI). Permohonan untuk perkara ini boleh
dipohon daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan perkara-
perkara yang boleh dipohon adalah : a) Pioneer Status b) Invesment Tax Allowance
c) Infrastructure Allowance d) Double Deduction On Expenses For Promotion Of
Exports

ii) Income Tax Act, 1967 Adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF) dan permohonan boleh dipohon daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Insentif-insentif yang boleh dipohon di bawah akta ini adalah seperti berikut : a)
Agriculture Allowance b) Reinvestment Allowance c) Double Deduction On Research
And Development d) Double Deduction For Training e) Double Deduction For Insurance
Premiums f) Double Deduction For Promotion Of Local Brand Name

68
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

g) Single Deduction On Pre-Operating Expenses h) Industrial Building Allowance i)


Deduction For Capital Expenditure On Approved Agriculture Projects j) Special Tax
Treatment For Gift k) Tax Exemption Of Increased Exports l) Special Capital
Allowances

iii) Customs Act, 1967, Sales Tax Act, 1972 dan Excise Duty Act, 1976 Adalah
dibawah kawalan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Pengecualian cukai boleh
dipohoon kepada perkara-perkara berikut : a) Sektor Pertanian b) Aktiviti
Penyelidikan c) Aktiviti Latihan d) Kawalan Alam Sekitar

8.3.3

Insentif Mengikut Projek Naungan Beberapa insentif di bawah Pekeling Kementerian


Pertanian adalah seperti berikut : i) Taman Kekal Pengeluaran Tanaman (TKPM) ii)
Kualiti Dan Standard iii) Skim Akreditasi Tanaman Ladang iv) Projek Perdana

69
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

v) Khidmat Nasihat Dan Bimbingan

Taman Kekal Pengeluaran Tanaman Makanan (TKPM) Satu kemudahan yang disediakan khas
dengan kemudahan asas untuk pengeluaran jangka pendek secara berterusan di mana
pihak MOA Inc. (agensi di bawah Kementeri Pertanian) telah diarahkan untuk
menyediakan prasarana kawasan ini. Kerja-kerja secara intergrasi oleh agensi
pertanian (Kementerian Pertanian) seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Parit Dan
Saliran dan lain-lain, adalah termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan dan
pembekalan sistem pengairan yang bernilai RM10,000 / hektar, telah dijalankan.

Kualiti Dan Standard FAMA menerusi SIRIM telah melaksanakan satu sistem berasaskan
CODEX , menyediakan satu program kawalan gred dan standard untuk pasaran domestik
dan antarabangsa. Enakment Dan PeraturanPeraturan Pemasaran Sayur-Sayuran, 1975
adalah berkaitan.

Skim Akreditasi Tanaman Ladang Skim di bawah Kementerian Pertanian ini


menggalakkan golongan pengeluar untuk menyertainya. Beberapa kriteria dan
pemeriksaan perlu dilalui untuk mendapatkan sijil ini.

70
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Projek Perdana Projek di bawah satu agensi Kementerian Pertanian membuat secara
intergrasi di mana urusan berkaitan pemasaran dan tanaman disokong oleh badan
tersebut. Projek digalakkan dikalangan ahli-ahlinya dengan bantuan.

Khidmat Nasihat Dan Bimbingan Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian


mempunyai tugas memberi nasihat di dalam bidang masing-masing seperti khidmat
pemasaran dan motivasi oleh FAMA, khidmat tanaman dan subsidi oleh Jabatan
Pertanian dan MARDI.

8.4 8.4.1

ANALISA SWOT Analisis Matrik TOWS Matrik TOWS (rujuk Peta 3) adalah satu alat
analisis (analysist’s tool) yang digunakan bagi memaparkan kekuatan (S), kelemahan
(W), peluang (O) dan ancaman (T) bagi sesuatu projek, seperti perusahaan tanaman
cili di Malaysia. Peta 3 : MATRIK TOWS BAGI TANAMAN CILI KEKUATAN (S) 1. Mempunyai
tanah subur, iklim sesuai dan kemudahan infrastruktur untuk pengeluaran. 2.
Teknologi pengeluaran dan pengendalian lepas tuai yang cekap. 3. Penggunaan dalam
negeri bertambah. KELEMAHAN (W) 1. Benih import. 2. Kebun kecil dan berselerak. 3.
Kurang pekerja. 4. Kos pengeluaran yang tinggi. 5. Mudah rosak. 6. Harga tidak
stabil. 7. Kurang maklumat pasaran. 8. Tidak memenuhi

71
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

4. Rantaian pasaran kukuh. 5. Khidmat sokongan agensi kerajaan. PELUANG (O) 1.


Insentif dan galakan kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran. 2. Penggantian
import. 3. Kesan WTO peluang eksport terbuka. 4. Kontrak pasaran dengan syarikat
multinasional (contoh: pasaraya besar Giant, TESCO dll , Nestle

kehendak pasaran. 9. Sisa toksik yang tinggi.

Stretegi – SO Strategi – WO 1. S1/S2, O1/O2 /O3 – 1. W2, O1/O2/O3/O4 tingkat


pengeluaran – tumpuan bagi memenuhi penanaman permintaan dalam ekstensif di tanah
negeri. rendah 2. S1/S2, O5 – tingkat menggunakan pengeluaran untuk teknologi
teroka pasaaran persekitaran eksport baru dan terkawal (seperti bangunkan pasaran
sistem fertigasi) tradisi. atau organik bagi 3. S1/S2, O4 – tingkat mengurangkan
sisa kecekapan dan kimia. produktiviti secara 2. W3/W4/W5, O1/O2/ ekstensif bagi
O3/O4 – pengeluaran di pengeluaran secara tanah rendah. berkelompok / besar-
besaran dengan mekanisasi persekitaran terkawal bagi meningkatkan kecekapan dan
mengurangkan kos. 3. W1, O1/O2 – bangunkan teknologi pengeluaran biji benih .
Strategi – WT 1. W6, T1 – insentif galakan bagi menerokai pasaran eksport baru dan
membangunkan pasaran tradisi. 2. W5, T2 – penggunaan cili import oleh institusi
dan memproses. 3. W4, T2/T2 – teknologi baru bagi meningkatkan

ANCAMAN (T) Strategi – ST 1. WTO dan AFTA 1. S3, T1/T2 – membuka peluang
pendidikan dan bagi negara lain promosi pengguna mengeksport ke tentang kelebihan
Malaysia. cili Malaysia. 2. Kemasukkan cili 2. S1/S2, T3 – harga murah dari
wujudkan insentif Thailand, Indonesia, galakkan eksport China dan India. terutama
3. Tahap kesedaran kemudahan pengguna terhadap pengendalian lepas kesan makanan
tuai dan pedas dan bertoksik pengangkutan.

72
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

tinggi meningkat.

3. S1/S2, T1/T2 – teknologi mengurangkan kos pengeluaran dan kos pemasaran.

kecekapan, produktiviti dan menurunkan kos pengeluaran.

Strategi SO Menggunakan peluang luaran. kekuatan dalaman bagi mengambil kesempatan

Strategi WO Bertujuan memperbaiki kelemahan dengan mengambil peluang luaran.

Strategi ST Menggunakan kekuatan industri bagi mengelakkan / mengurangkan kesan


ancaman luaran.

Strategi WT Adalah taktik bertahan bertujuan mengurangkan kelemahan dalaman dan


mengelakkan ancaman persekitaran.

8.4.2 Pemilihan Strategi 1) Meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan


dalam negeri dan eksport. 2) Tumpuan pengeluaran cili di tanah rendah di bawah
persekitaran terkawal bagi mengurangkan penggunaan bahan kimia.

73
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

3) Meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengeluaran tanaman cili dengan


pengeluaran yang dilaksanakan secara berkelompok menggunakan mekanisasi dan
automasi bagi mengurangkan kos pengeluaran. 4) Membangunkan teknologi pengeluaran
biji benih yang toleran kepada penyakit. 5) Pendidikan dan promosi pengguna
tentang kelebihan cili tempatan.

8.5

STRATEGI PEMASARAN

8.5.1 Strategi Beberapa strategi boleh dirangka untuk meningkatkan dayasaing


tanaman cili bagi pasaran tempatan dan eksport :

1) Strategi Produk Bekalan yang berterusan menjadi faktor penting dalam pemasaran
cili domestik dan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat pemasaran, strategi
produk perlu berkualiti, menitikberatkan

kepada pembungkusan, penggredan dan pelabelan. Untuk pasaran jangkamasa panjang,


cili Malaysia perlu melepasi standard piawaian bagi membolehkan perluasan pasaran
ke negara-negara seperti Jepun, Taiwan, Korea, Australia, EU dan USA.

2) Strategi Harga Bagi pasaran domestik, harga hendaklah mampu bersaing dengan
produk-produk yang diimport daripada negara jiran. Contohnya,

74
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

kedudukan harga cili Thailand agak rendah di pasaran. Maka bagi menyaingi harga
tersebut, kita terpaksa menurunkan harga di pasaran tempatan. Bagi pasaran
eksport, strategi harga perlulah mengambil kira pasaran ”niche market” yang
bercirikan produk yang unik, berkualiti tinggi dan pembungkusan yang menarik.

3) Strategi Promosi Pendekatan promosi yang lebih aggresif dan berkesan perlu
dilaksanakan di dalam dan luar negara. Kempen galakan memakan sayur-sayuran
tempatan dan produk-produk pertanian tempatan hendaklah diprogramkan secara
berjadual sepanjang tahun. Bagi pasaran luar negara, aktiviti promosi perlu
melihat kepada memperkenalkan produk dari segi uji rasa, khasiat dan cara
penggunaannya.

4) Strategi Pengedaran Sistem pengedaran yang cekap amat penting bagi memastikan
semua hasil-hasil pertanian dapat dipasarkan secara meluas. Oleh itu, kaedah
mengurangkan kadar kerosakan selepas tuai dari segi pemprosesan, penggredan,
pembungkusan dan penyimpanan,

perlu ditingkatkan. Pemasaran sayur-sayuran harus dilihat kepada kaedah


pemborongan melalui pasar borong, institusi dan

pengilangan.

75
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.5.5 Strategi-Strategi Sokongan Pemasaran i) Rangkaian pemasaran pemborongan dan


peruncitan perlu

diperbanyakkan. Sistem komisyen perlu ditukarkan kepada sistem yang lebih telus
seperti sistem lelongan. Perlaksanaan ini boleh dipraktikkan melalui rangkaian
pesaran FAMA seperti penubuhan Terminal Makanan Negara (TEMAN) dan pasar borong
baru yang telah diprogramkan dalam Rancangan Malaysia Ke-8.

ii) Rangkaian jualan terus seperti Pasar Tani perlu diperbanyakkan bagi
membolehkan pengguna mendapatkan produk.

iii) Mewujudkan persaingan yang sihat. Peruncitan secara ’fanchais’ bagi


penjualanbarang segar juga boleh diperkenalkan terutamanya dikawasan bandar.

iv) Penguatkuasaan sistem penggredan,pembungkusan dan pelabelan yang dilaksanakan


sejak tahun 2001, membolehkan sayur-sayuran keluaran Malaysia mempunyai standard
yang tersendiri.

v) Pemasaran sayuran segar cili misalnya dikuasai oleh satu terma disebabkan ciri
mudah rosak dan kecekapan barangan tersebut tiba di pasaran. Perlindungan yang
rapi dan sesuai perlu dipraktikkan bergantung kepada jenis sayur-sayuran yang
dikeluarkan.

76
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

vi) Pembungkusan pukal (bulk packaging) yang diamalkan sekarang menggunakan bakul
buluh, guni dan lain-lain yang tidak sesuai, perlu diubah. Trend permintaan
pasaran yang memerlukan pembungkusan yang lebih kecil menggunakan kotak, nilon bag
dan bakul plastik, merupakan kaedah pembungkusan yang terbaik. Cara ini lebih
sesuai, mudah dikendalikan dan mengurangkan peratus kerosakan.

vii) Dasar menyekat kemasukkan barangan yang tidak berkualiti bagi mengelakkan
lambakan sayur-sayuran di pasaran yang

menjejaskan pendapatan petani perlu dikuatkuasakan.

viii)Bagi pasaran eksport, sektor udara dan laut perlu efisyen serta menawarkan
kos perkhidmatan yang kompetitif. Penyediaan ruang kargo yang mencukupi bagi
pengeksportan barangan segar dan mudah rosak perlu dikhaskan.

ix) Sistem bayaran rebet perkhidmatan kargo udara perlulah dikaji bagi
mengimbangkan tanggungan kos ejen penghantaran. Galakan pelaburan kepada syarikat
luar yang melabur dalam sektor sayursayuran untuk tujuan eksport perlulah
diadakan. Di samping itu, galakan untuk pelaburan semula (reverse investment)
kepada syarikat Malaysia yang melabur di luar negara untuk sayur-sayuran gantian
import perlu diperkenalkan.

77
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

x) Pendekatan ke arah mewujudkan lebih ramai usahawantani dalam bidang


pengeluaran, pembekalan input, pemasaran, pengangkutan dan penggredan boleh
dilaksanakan melalui cara berikut :      Mengadakan latihan usahawantani
Mengadakan insentif-insentif kepada usahawantani Mewujudkan dana dan modal
pusingan Menyediakan rangkaian premis-premis perniagaan Menyediakan peluang-
peluang perniagaan pelbagai bidang seperti pembekalan input, pemprosesan dan lain-
lain.  Menyediakan teknologi yang terkini bagi bidang-bidang yang berkesan dengan
keperluan input pertanian.

xi) Kemajuan teknologi masa kini memerlukan perubahan cara pengedaran. Pengedaran
seperti e-dagang akan menjadi

pendekatan terbaru yang memenuhi keperluan pengguna yang mementingkan keselesaan


dan gaya hidup.

8.6

PEMILIHAN STRATEGI i) Berpandukan kepada penetapan hala tuju baru komoditi cili,
satu strategi bersepadu perlu diwujudkan. Strategi tersebut haruslah berpandukan
kepada kecekapan pemasaran yang strategik di mana ia boleh didefinasikan seperti
berikut :

Kecekapan Pemasaran : Kecekapan Faktor Luaran + Kecekapan Faktor Dalaman

78
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Kecekapan Faktor Dalaman : Kecekapan Pengeluaran + Kecekapan Pasaran

Kecekapan Faktor Luaran = Penyelasaian kepada faktor berkaitan

ii) Faktor-faktor pengeluaran adalah amat penting untuk tujuan berdaya saing dan
berdaya maju dalam sesuatu kemajuan pemasaran. Perkara ini boleh berhubungkait
dengan kos

pengeluaran yang rendah dan pengeluaran yang berterusan. Faktor penyesuaian tanah
tidak menjadi halangan kepada penanaman cili disebabkan semua tanah di Malaysia
mempunyai tahap kesuburan yang baik.

iii) Dalam penyelidikan menunjukkan pengeluaran per hektar Malaysia adalah di


antara yang terbaik di rantau Asia tetapi ”keeping quality” yang mencacatkan
rantaian pengeluaran (supply chain).

iv) Pusat jualan di Malaysia meliputi beberapa tempat yang agak strategik di mana
tedapat beberapa buah pasaraya hypermarket, supermarket, kedai runcit, pasar
malam, pasar awam serta lebih 280 buah gerai pasar tani. Saluran pasaran adalah
agak baik dengan adanya jalan perhubungan darat yang sempurna dan pelabuhan yang
efisyen.

79
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

v) Faktor keamanan dan kestabilan sosio politik negara amat penting kepada
perkembangan pemasaran. Malaysia boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang
selamat. Sekatan tarif akan dikurangkan dengan adanyan perjanjian WTO dan
perlaksanaan AFTA, Malaysia boleh diancam oleh lambakan dari negara persekitaran
terutama dari Thailand dan Indonesia.

vi) Maka, Malaysia perlu memperkukuhkan prosedur ”phytosanitary” untuk kemasukkan


komoditi dari negara asing. Faktor bukan tarif ini adalah senjata terbaik Malaysia
untuk mengelakkan komoditi yang tidak dikelaskan untuk dimakan. Faktor ini dapat
menstabilkan harga komoditi cili dan akhirnya dapat menceriakan petani dan
pengguna di Malaysia.

vii) Oleh itu, strategi yang perlu dijelaskan ialah negara Malaysia dapat
mengeluarkan komoditi cili dengan kos pengeluaran yang efisyen dan kehilangan
lepas tuai yang rendah serta kualiti penyimpanan (keeping quality) yang baik.
Dengan ini, bolehlah dijadualkan rantaian penyaluran pengeluaran kepada pengguna.

80
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.7

FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN i) Isu dan masalah yang mempengaruhi dalam


rancangan pemasaran cili adalah : BIL. 1. ISU / MASALAH Harga yang tidak stabil 
   2. Kurang saluran pasaran         PEMANTAUAN Pengeluaran
tidak konsisten Maklumat pasaran terhad Jadual penanaman/pemasaran lemah Cuaca
tidak stabil Maklumat terkini lambat Prasarana canggih di Malaysia

3.

Kurang maklumat pasaran Kurang prasarana

Penyebaran terhad Tidak menepati sasaran Tidak menggunakan prasarana secara


berkesan. Tidak menggunakan secara optima. Mengikut musim dan selera petani Masih
mengutamakan pengeluaran daripada pilihan pasaran. Perubahan akta dan peraturan
undang-undang. Mengikut selera penjual dan keadaan komoditi Perkara biasa dalam
pasaran Kebanyakan petani buta maklumat. Genetik baru / genetik ubahsuai.

4.

5.

Bekalan tidak terjamin

6.

Tidak memenuhi pasaran

7.

Perlaksanaan peraturan tertentu Sistem pembungkusan

    

8.

9. 10.

Persaingan Kurang pendedahan

11.

Kualiti Penyimpanan

81
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

ii) Pengguna dan petani selalu merungut tentang faktor harga yang selalunya tidak
stabil. Pengguna mahu nilai ringgit yang dibayar dan petani mahu nilai tenaga yang
disumbangkan untuk

membangunkan industri cili dan titik perseimbangan perlu dicari.

iii) Faktor utama kepada harga tersebut adalah pengeluaran yang tidak konsisten
kerana faktor cuaca yang tidak kondusif sepanjang tahun. Oleh itu, faktor tersebut
dan faktor-faktor lain seperti di dalam jadual di atas dapat di atasi dengan
melahirkan produk cili yang boleh disimpan selepas tuai dengan tempoh tidak kurang
daripada 6 bulan.

iv) Dengan penyimpanan 6 bulan ke atas, produk cili dapat distabilkan harga
sepanjang tahun dan pelan pemasaran dapat dijadualkan. Untuk melahirkan kualiti
penyimpanan yang ini perlulah ada genetik baru yang boleh ditanam. Genetik ini
diperolehi pengubahsuaian genetik atau dari penemuan baru. sama ada dari

82
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.0

RANCANGAN KEWANGAN Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat
serta pulangan (hasil) yang diramal daripada projek ini iaitu penanaman 5,000
pokok cili menggunakan sistem fertigasi di dalam 10 unit rumah pelindung tanaman
(berukuran 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang) di atas tapak seluas 5 ekar.

9.1

ANGGARAN KOS PERMULAAN Projek ini melibatkan kos pembangunan yang tinggi terutama
kos pembinaan struktur rumah pelindungan tanaman. Kos-kos permulaan yang terlibat
adalah : 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran

9.1.1

Kos Pembangunan i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan BIL 1. PERKARA


Meracun rumpai dan tumbuhan secara kontrak bagi keluasan 5 ekar tanah untuk
mematikan tumbuhan supaya mudah dibersihkan. Kadar upah : RM 500 / ekar x 5 ekar
KOS (RM) 2,500

2.

Pembersihan kawasan secara kontrak menggunakan jentolak / JCB untuk keluasan 5


ekar tanah.

5,000

83
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Kadar upah : RM 1,000 / 5 ekar x 5 hari kerja 3. Kerja-kerja merata dan memadatkan
tanah secara kontrak bagi keluasan 5 ekar tanah. Kadar upah : RM 500 / ekar x 5
ekar Jumlah Kos 10,000 2,500

ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. PERKARA


Jalan Ladang Perparitan Pagar Kawasan Sumber Air Sumber Elektrik Bangunan Pejabat
Operasi Rumah Pam Sistem Fertigasi Stor Peralatan dan Bahan Input Pusat
Pengumpulan Hasil Jumlah Kos KOS (RM) 5,000 5,000 5,000 2,500 2,000 15,000 10,000
7,500 7,500 60,000

iii) Pembinaan Struktur Rumah Pelindung Hujan Untuk memuatkan 5,000 pokok cili
yang bakal ditanam, sebanyak 10 buah rumah pelindung tanaman yang perlu dibina
dengan keluasan strukturnya adalah 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang.

84
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Besi GI 1”

PERKARA

KOS (RM) 50,000 20,000 15,000 10,000 5,000 5,000 10,000 115,000

Besi GI 1 ½ ” Klip Besi Long Hook 1” Klip PVC (hitam) 1” Plastik Politena UV Lut
Sinar Jaring Kalis Serangga Upah Pemasangan Jumlah Kos

iv) Pembinaan Sistem Fertigasi BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. PERKARA


Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm) Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm) Paip Tertier
(Microtubing 6mm) Start Joiner 4/6mm (2 way) Pen dripper Off Take Valve Rubber
Gromet Barb End Line Digital Timer Disc Filter 50mm Pam Air Tangki Air 2,700 Liter
KOS (RM) 1,000 2,000 3,500 1,500 2,000 500 500 500 500 1,000 1,000 1,500

85
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tangki Air 200 Liter Fitting pH Meter EC Meter Penebuk Lubang Efektif 4mm Penebuk
Lubang 16mm (Drill Bit) Plastik Tutup Bumi (Silvershine) 1.2m x 250m Upah
Pemasangan Jumlah Kos

500 500 500 500 500 500 1,500 5,000 25,000

9.1.2

Anggaran Kos Pembangunan BIL 1. 2. 3. 4. PERKARA Kerja-Kerja Awalan Dan


Pembersihan Kawasan Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana Pembinaan Struktur Rumah
Pelindung Hujan Pembinaan Sistem Fertigasi Jumlah Kos Pembangunan KOS (RM) 10,000
60,000 115,000 25,000 210,000

86
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.1.3

Kos Operasi ( 4 Bulan @ 1 Musim) Kos ini adalah perbelanjaan pengurusan projek
meliputi perbayaran gaji, elaun, bil-bil utiliti, sewa dan lain-lain bayaran yang
diperlukan setiap bulan bagi tempoh 4 bulan atau 1 musim. i) Gaji Pengurusan /
Kakitangan / Buruh BAYARAN BULANAN (RM) 2,000 3,000 KOS BAGI 4 BULAN (RM) 8,000
16,000

BIL 1. 2.

PERKARA Penyelia (1 orang) Buruh Am (4 orang) Jumlah Kos

5,0000

24,000

ii) Utiliti Dan Pengendalian (api, elektrik, telefon, sewa dan lain-lain) BIL 1.
PERKARA Sewa tanah (5 ekar) Kadar : RM 500.00/ ekar / bulan Air JBA Elektrik
Telefon dan Faksimili Alat Tulis dan keperluan pejabat Petty Cash Jumlah Kos
BAYARAN BULANAN (RM) 2,500 KOS BAGI 4 BULAN (RM) 10,000

2. 3. 4. 5. 6.

500 250 250 500 1,000 5,000

2,000 1,000 1,000 2,000 4,000 20,000

87
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.1.4

Anggaran Kos Operasi ( 4 Bulan @ 1 Musim) BIL 1. 2. PERKARA Gaji Pengurusan /


kakitangan Utiliti Dan Pengendalian Jumlah Kos Pembangunan BULANAN (RM) 5,000
5,000 10,000 1 MUSIM (RM) 20,000 20,000 40,000

9.1.5

Kos Pengeluaran ( 4 Bulan @ 1 Musim) Kos ini merangkumi perbelanjaan pembelian


bahan input seperti baja, benih, racun kimia dan lain-lain. Perbelanjaan ini
adalah keperluan bagi satu pusingan tanaman dan berulang pada setiap pusingan
(musim).

9.1.6

Anggaran Kos Pengeluaran (4 Bulan @ 1 Musim) BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.


PERKARA Benih Cili (5,000 pokok) Polybeg 16" x 16" x 0.12mm Tray Semaian 'Plug'
Peat Moss Cocopeat (Sabut Kelapa) Sekam Bakar Baja Fertigasi (Set A & Set B) Racun
Kimia Lain-lain keperluan Jumlah Kos KOS BELANJA 1 MUSIM (RM) 500 2,000 500 500
3,000 4,000 12,000 1,500 1,000 25,000

88
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.1.7

Jumlah Keseluruhan Kos Permulaan Jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi


memulakan projek ini awal kerja-kerja pembersihan kawasan, penanaman hingga
penuaian hasil, iaitu bagi tempoh selama 4 bulan adalah : BIL 1. PERKARA KOS
PEMBANGUNAN i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan ii) Pembinaan
Infrastruktur Dan Prasarana iii) Pembinaan Struktur Rumah Pelindung Hujan 20’
lebar x 100’ panjang (10 buah) iv) Pembinaan Sistem Fertigasi Jumlah Kos
Pembangunan 2. KOS OPERASI ( 4 BULAN) i) Gaji Pengurusan / Kakitangan ii) Utiliti
Dan Pengendalian Jumlah Kos Operasi 3. KOS PENGELUARAN (4 BULAN) i) Benih Cili
(5,000 pokok) ii) Polybeg iii) Tray Semaian 'Plug' iv) Peat Moss v) Cocopeat
(Sabut Kelapa) vi) Sekam Bakar vii) Baja Fertigasi (Set A & Set B) viii)Racun
Kimia ix) Lain-lain keperluan Jumlah Kos Pengeluaran JUMLAH KESELURUHAN KOS
PERMULAAN KOS (RM) 10,000 60,000 115,000

25,000 210,000 20,000 20,000 40,000 500 2,000 500 500 3,000 4,000 12,000 1,500
1,000 25,000

275,000

89
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.2

HASIL DAN PULANGAN i) Jumlah hasil yang diperolehi dianggarkan daripada bilangan
pokok yang ditanam x hasil sepokok . Bilangan Pokok Ditanam Anggaran Hasil Semusim
Jumlah Hasil Semusin = = = = = Bilangan Musim / Tahun Jumlah Hasil Setahun = = = =
5,000 pokok 5 kg / pokok 5 x 5,000 25,000 kg 25 tan / musim (4 bulan) 3 musim
25,000 kg x 3 musim 75,000 kg / tahun 75 tan

ii) Pulangan pendapatan dikira pada harga ladang. Harga jualan di ladang = RM 4.00
/ kg RM 4.00 x 25,000 kg RM 100,000.00 / musim RM 100,000.00 x 3 musim RM
300,000.00 / tahun

Jumlah Pendapatan Semusim = = Jumlah Pendapatan Setahun = =

90
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.3

ALIRAN TUNAI Aliran Tunai Musim 1 : PERKARA BULAN 1 0 210,000 10,000 25,000
245,000 ( 245,000) 2 0 10,000 10,000 (255,000) 3 0 10,000 10,000 (265,000) 4
25,000 100,000 RM 100,000 10,000 10,000 (175,000)

PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan ( RM 4 / kg) Jumlah Pendapatan


PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran Jumlah
Perbelanjaan Lebihan / Defisit

Aliran Tunai Musim 2 : PERKARA PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan ( RM


4 / kg) Jumlah Pendapatan PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos
Pengeluaran Jumlah Perbelanjaan Lebihan / Defisit BULAN 5 0 10,000 25,000 35,000 (
210,000) 6 0 10,000 10,000 (220,000) 7 0 10,000 10,000 (230,000) 8 25,000 100,000
RM 100,000 10,000 10,000 (140,000)

91
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Aliran Tunai Musim 3 : PERKARA PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan ( RM


4 / kg) Jumlah Pendapatan PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos
Pengeluaran Jumlah Perbelanjaan Lebihan / Defisit BULAN 9 0 10,000 25,000 35,000 (
175,000) 10 0 10,000 10,000 (185,000) 11 0 10,000 10,000 (195,000) 12 25,000
100,000 RM 100,000 10,000 10,000 (105,000)

Aliran Tunai Satu Tahun : PERKARA PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan (
RM 4 / kg) Jumlah Pendapatan PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos
Pengeluaran Jumlah Perbelanjaan Lebihan / Defisit MUSIM 1 25,000 100,000 100,000
210,000 40,000 25,000 275,000 (175,000) MUSIM 2 25,000 100,000 100,000 40,000
25,000 75,000 35,000 MUSIM 3 25,000 100,000 100,00 40,000 25,000 75,000 35,000
JUMLAH 75,000 300,000 300,000 210,000 120,000 75,000 405,000 ( 105,000)

9.4

DAYA MAJU PROJEK Kedayamajuan projek ini diukur dengan menggunakan 3 petunjuk: 1)
Nilai Kini Bersih (Net Present Value) / NPV 2) Kadar Pulangan Dalaman (Internal
Rate Of Return) / IRR 3) Jangka Masa Pulang Balik Modal

Dari

unjuran

aliran

tunai

seperti

dalam

jadual

dibawah

ini,

kedayaanmajuan projek ini dapat diukur.

92
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Jadual : Unjuran Aliran Tunai Bagi Tempoh 5 Tahun TAHUN PENDAPATAN KASAR
Pengeluaran (kg) Jualan @ RM4 / kg PERBELANJAAN Kos Pembangunan Kos Pengeluaran
Kos Operasi Dan Penyelenggaraan Jumlah Kos Pendapatan Bersih Jumlah Pendapatan
Bersih Terkumpul 1 75,000 300,000 2 75,000 300,000 3 75,000 300,000 4 75,000
300,000 5 75,000 300,000

210,000 120,000 75,000 405,000 (105,000) (105,000)

120,000 75,000 195,000 105,000 0

120,000 75,000 195,000 105,000 105,000

120,000 75,000 195,000 105,000 210,000

120,000 75,000 195,000 105,000 315,000

NPV @ 10% IRR (%) Tempoh Pulang Modal

= = = 2 tahun

93
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

10.0 10.1

JADUAL PERLAKSANAAN Kalender Perlaksanaan BULAN 678

AKTIVITI LADANG 1) Pembersihan Kawasan 2) Penyediaan Tapak 3) Penyediaan Semaian


4) Penanaman 5) Pembajaan 6) Kawalan Perosak 7) Kawalan Penyakit 8) Penyelengaraan
Tanaman 9) Penuaian 10) Aktiviti Lepas Tuai 11) Jualan Dan Pemasaran

10 11 12

10.2

Jadual Kerja  CATATAN Bagi projek yang baru bermula, kerja-kerja seperti membina
jalan, perparitan, infrastruktur dan prasarana. Bagi pusingan musim seterusnya,
kerja-kerja membuang sisa polibeg tanaman, membetulkan sistem fertigasi dan
lainlain. Memusnahkan rumpai perumah serangga perosak dan penyakit dan lain-lain.
Membersihkan bumbung rumah pelindung tanaman dari kulat, lumut atau sebarang
kekotoran. Membaiki apa-apa kerosakan pada struktur rumah pelindung tanaman dan
lain-lain.

MINGGU AKTIVITI -4 Penyediaan Kawasan

-3

Penyediaan Tapak

94
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

-2

Penyediaan Media Tanaman

        

Menggaul dan mengisi media tanaman. Menyediakan campuran media dan lain-lain.
Menyemai benih tanaman dalam tray semaian plug. Semburan baja dan kawalan serangga
dan penyakit. Kawalan suhu, haba dan air pada media semaian. Memindahkan ke
ladang. Menyusun polibeg ikut barisan. Agihan baja melalui sistem fertigasi.
Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga
perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar
tidak tersumbat. Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit.
Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Agihan
baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat.

-1

Penyediaan Semaian

Penanaman

  

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

  

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

 

  

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

 

95
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

      

Buang sulur air. Penyediaan kayu / tali / dawai penyokong tanaman. Agihan baja
melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk
mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Buang sulur air. Penyediaan kayu /
tali / dawai penyokong tanaman. Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan
rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan
penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak
tersumbat. Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari
terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan
rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Agihan baja
melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk
mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

       

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

  

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

 

  

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

 

96
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

agar tidak tersumbat. 8    Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga


dan Penyakit.   Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit.
Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Agihan
baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Mula menuai hasil, selepas 60 hari
cili mula masak. Memetik cili Membersih, membungkus, menggred. Pengedaran kepada
pemborong. Jualan terus. Memetik cili Membersih, membungkus, menggred. Pengedaran
kepada pemborong. Jualan terus. Memetik cili peringkat akhir Membersih,
membungkus, menggred. Pengedaran kepada pemborong. Jualan terus.

   

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit. Mula Menuai Hasil

 

         11    Menuai Hasil, Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran 


   12    Menuai Hasil, Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran    

10

Menuai Hasil, Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran

97
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

11.0

RUMUSAN Secara keseluruhannya, projek tanaman cili secara kaedah fertigasi ini
mampu memberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahannya dalam jangka masa
panjang.

Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur kenaikkan kos
bahan input seperti baja dan racun dan kenaikkan kos operasi disebabkan oleh
kenaikkan harga bahan api baru-baru ini, namum ia dapat diseimbangkan dengan
peningkatan harga bagi cili di pasaran.

Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah dan institusi
serta faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran, masih menunjukkan
kedayamajuan yang relevan bagi projek ini walaupun adanya pertambahan pesaing
domestik oleh sebab peningkatan bilangan pengusahan tanaman cili di Malaysia.

Dengan mengambilkira faktor semasa di bantu oleh kakitangan pengurusan yang mahir
dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak kami yakin dan percaya bahawa projek ini
adalah berdaya maju dan mampu memberi keuntungan yang lumayan dalam jangka masa
panjang.

98

You might also like