P. 1
Penyeludupan Beras Siam Dan Duti Import Di Daerah

Penyeludupan Beras Siam Dan Duti Import Di Daerah

|Views: 1,526|Likes:
Published by izzwe

More info:

Published by: izzwe on Oct 10, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/15/2011

pdf

text

original

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SCHOOL OF SOCIAL SCIENCES

MASTER OF PUBLIC ADMINISTRATION
SPA504: ECONOMICS FOR THE PUBLIC SECTOR

DR. SAIDATULAKMAL MOHD

DUTI IMPORT MENJADI FAKTOR PENYELUDUPAN BERAS SIAM DI SEMPADAN MALAYSIA DAN THAILAND. (RANTAU PANJANG DAN PENGKALAN KUBUR KELANTAN, SUNGAI GOLOK DAN NARATHIWAT THAILAND) By : SARJANUDDIN (P-SM0123/09) MUHAMAD IZZWANDY BIN MAMAT (P-SM0081/09)

PENGENALAN DUTI IMPORT DAN EKSAIS

Maksud duti import ialah Cukai dikenakan keatas barangan import dari luar negara yang masuk ke Malaysia oleh pihak berkuasa Kastam dan Eksais Diraja Malaysia . Bertujuan untuk melindungi industri-industri domestik. Jumlah duti import yang di kenakan berbeza-beza , bergantung kepada jenis barang dan harganya dan juga bergantung kepada kawasannya ( Zon bebas cukai dan Zon bukan bebas cukai ). Duti import juga adalah cukai yang dikenakan terhadap semua barang yang diimport. Semua barang yang diimport sebelum boleh dijual ke pasaran tempatan harus membayar duti import terlebih dahulu. Barang yang diimport untuk keperluan sendiri juga harus dibayar duti import.

Duti Eksais pula ialah cukai yang dikenakan ke atas barang-barang yang dikilang dalam negeri dan duti eksais bermakna apa-apa duti yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan di bawah Seksyen 6 Akta Eksais 1976. Duti ini juga adalah cukai yang dikenakan terhadap pengeluaran barang yang dikeluarkan di negara sendiri. Ia lebih merupakan cukai atas pengeluaran. Pengeluar harus membayar duti eksais kepada kastam bergantung kepada jumlah pengeluaran barangnya setiap tahun. Cukai ini juga berkenaan dengan barang yang dikeluarkan dalam negara. Perbezaan utama antara duti import dan duti eksais ialah satu cukai untuk barang import dan satu lagi cukai untuk barang tempatan.

Boleh dikatakan penduduk, pemborong dan peruncit yang tinggal dikawasan sempadan Kelantan – Thailand menjalankan aktiviti perniagaan dan pengimportan barang secara haram. Mejoriti masyarakat disini tidak membayar cukai import mahupun eksais kerana mereka memilih jalan mudah dengan menyeludup beras dan barang keperluan lain melalui sungai golok. Hampir 80 peratus rakyat Kelantan menggunakan beras yang diimport secara haram atau yang diseludup dari negara jiran sebagai sumber makanan utama. Jumlah duti import yang dikenakan bagi setiap barang termasuk beras siam yang diambil dari Thailand adalah sebanyak 30% ( zon bukan bebas cukai ) dan 10% ( Zon bebas cukai ) daripada harga barang tersebut.

FAKTOR-FAKTOR DUTI IMPORT .

YANG

MENYEBABKAN

SESETENGAH

PEMBORONG,

PENGIMPORT DAN PEMBELI BERAS SIAM ENGGAN MEMBAYAR CUKAI ATAU

Penduduk dan perniaga

serta pemborong

beras di sempadan Malaysia Thailand

mengangap jumlah cukai import yang dikenakan kepada mereka terlalu tinggi dan tidak berpatutan. Mereka beranggapan cukai ini membebankan dan merumitkan. Jesteru itu mereka mengambil jalan mudah dengan menyeludup beras masuk tanpa membayar duti import dalam kuantiti yang banyak untuk dipasarkan diseluruh negeri Kelantan dan juga di seluruh pelusok Malaysia. Dengan cara ini mereka tidak perlu membayar cukai dan sekaligus mendapat keuntungan yang lumayan hasil daripada penjualan beras ter sebut. Proses permohonan import barang, birokrasi, dan pembayaran cukai yang rumit juga menyebabkan meraka tidak mahu membayar duti import. Sesetengah pemborong dan pembekal beras berangapan proses pembayaran dan permohonan import di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja amat merumitkan. Permohonan yang di buat mengambil masa yang lama dan menyebabkan mereka hilang pertimbangan kerana permintaan yang tinggi beras dari masa ke semasa. Mereka juga tidak mahu menuggu terlalu lama kerana risau kehilangan keuntungan akibat daripada proses tadi yang menyebabkan mereka hilang pembeli dan pelanggan mereka. Permintaan beras siam yang tinggi di kelantan dan di seluruh Malaysia juga menjadi factor-faktor yang mendorong mereka supaya tidak membayar cukai import dan memilih jalan menyeludup beras secara senyap di sempadan melalui perahu menyemberangi Sungai Golok dan terus ke daerah Kelantan. Dengan cara ini beras cepat sampai dan tidak perlu memakan masa yang lama serta menguntungkan mereka. Keuntungan yang didapati mereka adalah lumayan

kerana tidak perlu membayar cukai yang ditetapkan oleh pemerintah. Penyeludupan juga adalah jalan yang terbaik bagi mereka kerana dapat menjimatkan kos pengangkutan dan kos pembayaran cukai import keatas beras tersebut. Selain itu dengan mengelak pembayaran cukai, pemborong beras akan mendapat keuntungan yang tinggi dan berlipat kali ganda kerana terlepas dari pembayaran cukai import yang dikenakan keatas beras tersebut. Mereka menyeludup beras dalam kuantiti yang banyak berdasarkan permintaan semasa, terutamanye di musim perayaan. Walaubagaimana pun, bagi mereka yang membeli beras dalam kuantiti sedikit iaitu satu kapit beras tidak di kenakan cukai. Dengan alasan bukan untuk di jual tetapi untuk santapan kelurga atau persendirian. Beras siam mendapat permintaan yang tinggi kerana peratus hancur yang rendah, keputihan berasnya dan kerana kewangian semasa dimakan dan dimasak. Melalui penyeludupan juga, mereka yang tidak bertanggungjawap dapat membawa masuk kuantiti beras seludup dalam kadar yang banyak sesuka hati mereka. Berbanding dengan kelulusan kerajaan yang menyekat kemasukan beras siam yang banyak. Semakin banyak beras yang hendak dibawa masuk semakin tinggi cukai yang akan dikenakan. Ini tidak menyenangkan pemborong dan pembeli kerana tidak mendapat keuntungan yang tinggi Kewujudan orang tengah dan 'tentera semut' yang menawarkan khidmat penyeludupan dengan kos yang rendah berbanding kos cukai juga mendorong pemborong dan pembeli beras mengambil jalan mudah dengan tidak membayar cukai dan duti import yang di kenakan. 'Tentera semut' ialah penduduk Kelantan dan negara jiran yang terlibat sebagai penyeludup mengambil upah yang murah bagi menjalankan penyeludupan barang dan bertindak sebagai pembekal stor simpanan barang seludup.

Pemborong lebih suka memilih mengupah tentera semut daripada membayar cukai Di Jabatan Kastan dan eksais diraja. Terdapat lebih daripada 130 pangkalan haram tentera Semut dan penyeludup di sempadan sepanjang Pengkalan Kubor, Tumpat sehingga Rantau Panjang . PENDAPATAN CUKAI KERAJAAN BERKURANGAN Kesannya, Setiap tahun kerajaan kehilangan hasil cukai yang tinggi akibat daripada aktiviti penyeludupan. Misalnya, Baru-baru ini Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 menyatakan pihak mereka mencatatkan kejayaan dalam Ops Wawasan apabila menggagalkan pelbagai aktiviti penyeludupan berjumlah kira-kira RM2.6 juta dalam operasi yang dilakukan sepanjang tempoh tiga minggu. Kejayaan ini melibatkan rampasan 572 ekor lembu yang dianggarkan bernilai RM2.2 juta di beberapa lokasi berasingan di Rantau Panjang dan Tumpat dan pihaknya turut melakukan rampasan terhadap 46,000 kilogram beras yang dipercayai diseludup dari negara jiran dan dianggarkan bernilai RM117,000. Menurutnya Lagi rampasan beras pada bulan Januari lalu sebanyak RM168,643, sementara Februari RM145,00 dan sejak 1 Mac sehingga semalam RM35,000 berbanding tahun lalu rampasan beras bernilai RM3.2 juta. (BERNAMA, 9 SEPTEMBER 2009). Manakala pihak Kastam Kelantan menyatakan setiap hari ada sahaja rampasan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Jumlah di atas adalah berdasarkan satu serbuan yang dibuat. Bayangkan andai sepuluh kejayaan serbuan di buat mungkin akan melibatkan hasil rampasan dan cukai berjuta-juta ringgit.

Kerajaan bukan hanya kehilangan duti import beras sahaja, tetapi kehilangan pelbagai duti import barangan lain lagi seperti barang keperluan harian pakaian, gula, beras, minyak masak , gandum, haiwan ternakan, mercun bunga api, rokok, minuman keras, minyak petrol, diesel dan pelpagai jenis barang lagi. Semua barang diatas diseludup dan di import secara haram tanpa membayar cukai yang ditetapkan oleh kerajaan. PENYELESAIAN MASALAH Bagi mengatasi masalah ini supaya tidak terus berleluasa kerajaan haruslah mengambil tindakan drastik. Kerajaan bolehlah menurunkan cukai import dan eksais ataupun memberi sedikit kelonggaran kepada penduduk tempatan terutamanya dikawasan sempadan untuk mengimport beras dari negara jiran. Ini adalah untuk menarik penduduk dan orang ramai membayar cukai. Antaranya kerajaan mengecualikan cukai import beras keatas 5 kapit pertama dan 5 kapit seterusnya dikenakan cukai macam biasa. Dengan menggunakan langkah ini mungkin dapat menarik penduduk tempatan untuk datang membayar cukai seterusnya mengurangkan penyeludupan. Pihak berkuasa tempatan seperti Jambatan kastam dan Eksais Diraja, Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan Semua badan kejaan yang terlibat haruslah berkerja dengan lebih keras lagi untuk mengatasai masalah ini. Pendekatan dan strategi baru harus di buat dari semasa ke semasa supaya aktiviti pengimportan haram dapat di kurangkan. Selain itu, Tindakan undang-undang yang tegas juga boleh diambil terhadap pesalah dan penyeludup. Pesalah yang disabitkan dengan penyeludupan dikenakan hukuman penjara, denda yang maksimun dan merampas semua hasil dari pengimportan haram serta hasil seludup

pesalah. Pengkalan haram juga hendalah di hapuskan secara besar-besaran supaya mereka tidak lagi berani melakukan aktiviti penyeludupan. Kawasan sempadan hendahlah dikawal selia dengan ketat dan tegas. Pegawai atau anggota keselamatan yang menerima rasuah boleh di penjarakan atau terus di buang kerja. Langkah-langkah diatas adalah bertujuan untuk memastikan barang yang dimport mahupun yang di eksport melalui saluran yang betul, yan telah di tetapkan oleh kerajaan. Sekaligus cukai dapat dikutip dan di kuatkuasakan. KESIMPULAN Cukai adalah penyumbang yang tinggi kepada pendapatan negara dari semasa ke semasa. Oleh itu permasalah peyeludupan dan pengimportan beras haram di sempadan haruslah dikurangkan atau diatasai sepenuhnya. Dengan cara ini kerajaan akan mendapat pungutan cukai yang tinggi pada setiap tahun dan seterusnya meyumbang kepada ekonomi negara. Berdasarkan setiap rampasan yang dibuat jumlah duti import dan eksais setiap kali rampasan adalah tinggi, melibatkan ribuan ringgit. Jika masalah ini terus berlaku pendapatan dan sumber ekonomi akan terjejas. Jesteru itu semua pihak haruslah berkerjasama untuk mengatasi masalah ini. LAMPIRAN Sumber Utusan malaysia Seludup beras di Kelantan sukar dibendung KOTA BHARU 12 Mei - Aktiviti penyeludupan beras dari negara jiran ke negeri ini ternyata sukar dibendung oleh jabatan dan agensi penguatkuasaan walaupun usaha memperketatkan sempadan negara dipertingkatkan pada setiap masa.

Berbanding dengan negeri-negeri lain yang bersempadan dengan Thailand, Kelantan mencatatkan kes rampasan tertinggi selama ini berasaskan faktor geografi dan budaya masyarakat. Aktiviti tersebut dikatakan terus 'subur' di negeri ini disebabkan permintaan yang tinggi oleh penduduk tempatan, malahan beras Siam dikatakan terlalu sinonim dengan rakyat Kelantan. Dikatakan, hampir 80 peratus rakyat negeri ini menggunakan beras dari negara jiran itu sebagai sumber makanan utama. Walaupun mahal, rakyat negeri ini sanggup untuk mengeluarkan belanja yang lebih untuk mendapatkan bahan ruji itu kerana mereka beranggapan ia lebih sedap berbanding beras tempatan. Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, usaha untuk membanteras penyeludupan bukan dilakukan mengikut musim kerana pihaknya sentiasa membuat rampasan pada setiap masa sepanjang operasi.''Usaha untuk menghapuskan penyeludupan bukan saja terletak pada bahu pihak berkuasa semata-mata, tetapi juga melibatkan kerjasama termasuk daripada orang ramai dan jabatan-jabatan lain.''Kejayaan kami kali ini amat membanggakan, selain berjaya menyelesaikan 151 kes dan merampas beras bernilai RM2.04 juta dalam tempoh tiga minggu, kami juga menahan 93 lelaki dan enam wanita yang disyaki penyeludup,'' katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Untuk makluman, harga beras siam di pasaran kini RM4 sekilogram, berbanding hanya RM2.40 awal tahun lalu. Dalam pada itu, Pengarah Kastam Kelantan, Azis Yacub berkata, kegiatan penyeludupan beras semakin rancak sejak akhir-akhir ini disebabkan harga beras yang tidak menentu ekoran krisis kekurangan bekalan makanan termasuk beras dunia."Operasi

pencegahan dan penguatkuasaan akan ditingkatkan terutama ketika negara turut merasa tempias kekurangan bekalan makanan yang dijangka semakin meruncing. Namun, harus diingat walaupun pengawalan semakin diketatkan terutamanya di sempadan, penyeludup juga semakin arif dan bijak mengatur strategi, malah mereka sanggup bertindak agresif mencederakan anggota penguat kuasa,'' katanya. Kelmarin, seorang pegawai kastam dari cawangan Pencegahan Rantau Panjang tercedera ketika cuba menahan seorang penyeludup beras yang cuba melarikan diri.Turut cedera dalam kejadian itu ialah seorang penjaja ikan yang menggunakan motosikal roda tiga yang dilanggar oleh kereta penyeludup berkenaan. Bagaimanapun, penyeludup itu sempat melarikan diri, tetapi meninggalkan sebuah kereta yang diisi dengan 1,000 kilogram beras yang dianggarkan bernilai RM1,000.Sementara itu, beliau memberitahu, Kastam Kelantan berjaya menyelesaikan 85 kes penyeludupan beras bernilai RM51,094 yang dibawa masuk dari Thailand, sejak Januari lalu sehingga kelmarin.Namun, difahamkan aktiviti penyeludupan terus menjadi-jadi kerana prosedur untuk membawa masuk bekalan itu ke negara ini agak sukar.Selain itu, hukuman ringan yang dikenakan kepada penyeludup tidak memberikan pengajaran kepada mereka untuk berhenti daripada terus melakukan kegiatan haram itu .Justeru, biarpun beras bernilai RM2.04 juta berjaya dirampas dalam tempoh tiga minggu lalu, ia tidak mematahkan semangat para penyeludup bahan itu ke negeri ini atas faktor keuntungan yang lumayan.Ekoran daripada itu juga, trend penyeludupan turut berubah apabila pihak berkuasa mendapati beras tempatan diseludup ke negara jiran sebelum dicampur serta dibungkus semula dan diseludup ke negeri ini untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Dari segi geografi, sempadan negeri Kelantan dan Thailand hanya dipisahkan oleh jaluran sungai yang sempit dan panjang memudahkan penyeludup membawa bahan ruji itu masuk ke negeri ini. RUJUKAN KOSMO 8 September 2009,

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->