You are on page 1of 13

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D –

DPLI’09

1.0 TAJUK KAJIAN


Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran
Matematik.

2.0 NAMA PENYELIDIK


1. Zulimah Binti Mukid
2. Noor Faizaliza Binti Mokhtar
3. Su Mou Jang
4. Amir Azros Bin Abdul Aziz

3.0 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran matematik telah mengalami perubahan ketara


bukan sahaja melibatkan perubahan sukatan bahkan dari segi pendekatannya.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang disemak semula oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2000 telah memberi penekanan terhadap aspek
pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah dalam usaha untuk mewujudkan
pembelajaran berkesan dan penguasaan pemahaman konsep matematik di kalangan
murid.

Murid perlu dibawa keluar dari kepompong pemikiran yang sempit terhadap
matematik kepada bentuk yang lebih praktikal dan analitik yang memerlukan
pemahaman konsep. Dalam usaha ke arah itu, murid perlu dikaji bukan sekadar tentang
cara mereka belajar dan menjawab soalan bahkan perlu mendalami cara mereka berfikir
serta berinteraksi dalam memahami sesuatu konsep matematik. Seperti kata Wood
(1988), “Satu-satunya cara untuk mengelakkan dari terbentuknya salah faham konsep
adalah melalui perbincangan dan interaksi. Suatu masalah yang dikongsi dalam
perbincangan matematik, boleh menyelesaikan suatu masalah”.

Menurut Biggs (1990), perbezaan ini berlaku kerana proses pembelajaran


melibatkan teknik yang kompleks, strategi dan pendekatan yang mana di arah oleh nilai
dan sikap yang relevan. Elemen-elemen yang terdapat dalam proses belajar
merangkumi motif, matlamat, sumber, kekangan, maklumat kemaskini, kebolehan,
strategi pemantauan dan ‘finalising’. Kesemua elemen ini memaparkan satu jaringan
kerja yang kompleks yang mana ia akan membawa kepada pendekatan pembelajaran

1
KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D –
DPLI’09

yang berbeza bagi individu. Suasana pengajaran yang sistematik dan harmoni juga
merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan pengajaran
dan pembelajaran. Ini dapat membantu murid meningkatkan pencapaian dalam
matematik.

Dalam konteks ini, Biggs mengusulkan tiga jenis pendekatan yang dapat dirujuk
sebagai pendekatan permukaan, pendekatan dalaman dan pendekatan mencapai.
Pendekatan permukaan adalah dari motivasi luaran dan pendekatan ini menggalakkan
murid belajar secara mekanikal melebihi belajar untuk pemahaman. Pendekatan
dalaman digunakan apabila seseorang murid adalah dimotivasikan secara dalaman dan
gemar menggunakan strategi untuk memaksimumkan pemahaman. Pendekatan
mencapai pula didorong oleh motif untuk mencapai kejayaan dan penggalakan
penggunaan strategi yang dapat meningkatkan kemahiran belajar yang efektif (Maznah
et all, 1998).

4.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan menengah


bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang
berkata bahawa matematik adalah mata pelajaran yang membosankan. Mengapakah
keadaan demikian terjadi?

Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana murid-
murid di sekolah rendah dan menengah mempelajari matematik. Sebagai contoh, pada
masa dahulu apabila mengajar operasi darab di sekolah rendah, guru cuma menulis sifir
darab pada papan tulis dan murid menyalinnya kedalam buku latihan. Kemudian, murid-
murid menghafaznya dan meluahkan semuanya tanpa berfikir langsung apabila disoal
oleh guru.

Selain itu, mereka juga diberi banyak latihan kira-mengira dalam topik
berkenaan. Akibatnya, murid-murid memang mahir dalam kira-mengira operasi darab
tetapi tidak mengerti apa yang dilakukannya. Oleh sebab matematik merupakan mata
pelajaran yang bertimbun dan memerlukan kefahaman pada pelajaran yang diajar
dahulu sebelum mempelajari topik baru dimulakan, pembelajaran matematik akan
bertambah susah kepada murid-murid apabila umur mereka meningkat sehingga
kehilangan minat terhadap mata pelajaran itu, akibat kurang faham pada peringkat awal.

2
KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D –
DPLI’09

Sebagai seorang guru matematik yang berkesan dan pendidik matematik yang
pakar, maka wajar bagi kita mengetahui perkembangan kognitif murid-murid dan cara-
cara bagaimana mereka memahami konsep matematik supaya pengajaran kita lebih
berkesan. Dengan mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak, pendidik-pendidik
matematik dapat memperbaiki kurikulum matematik lagi dengan memasukkan topik-
topik matematik yang sesuai dengan kebolehan kognitif dan psikologi murid dalam mata
pelajaran matematik.

5.0 PENYATAAN MASALAH

Di Malaysia, kajian yang dibuat oleh Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP)
mengenai pengajaran dan penguasaan fakta asas Matematik di kalangan 3569 orang
murid Tahun 3 sekolah-sekolah kebangsaan di 128 sekolah di seluruh negara pada
tahun 1994 menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid menjawab
secara spontan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70 %
ke atas daripada jumlah bilangan soalan (JNIP, 1996). Keadaan ini telah mendorong
kepada keperluan untuk membentuk suatu strategi penilaian dan pemulihan yang dapat
mengatasi masalah akademik yang dialami oleh murid.

Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan


kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal yang
mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal, program-program
pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap
matematik yang lebih tinggi lagi. Program pemulihan ini harus dimulakan apabila
kelemahan-kelemahan asas dikenalpasti agar pembelajaran Matematik dapat bermula
daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-murid
mengalami masalah pembelajaran dalam Matematik tidak dibantu dan tidak diberi
bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri akan menghadapi
kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-murid ini akan kehilangan motivasi
untuk belajar Matematik dan seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini.

3
KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D –
DPLI’09

Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan murid-murid bermasalah dalam


menjawab soalan Matematik terutama sekali bahagian penyelesaian masalah. Ini
kerana kebanyakan dari mereka lemah dalam penyusunan ayat terutama sekali apabila
mata pelajaran Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Baretta-Lorton (1997) juga
menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana penyelesaian masalah bercerita
memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia memerlukan kefahaman
teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya murid-murid dapat mengatasi masalah
tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah bercerita
disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah
mengira.

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat murid darjah 4 terhadap
mata pelajaran Matematik KBSR. Pemerhatian tingkah laku murid menghadapi proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik kelihatan tidak menyeronokkan,
mengharapkan semua jawapan dari persoalan aktiviti diberi oleh guru. Guru dan murid
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran seperti dalam keadaan terkongkong
dengan teks. Perancangan kajian tindakan difokuskan bagi meningkatkan minat murid
kepada mata pelajaran Matematik dengan menjalankan aktiviti “Kad Interaktif
Bernombor”.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

6.1 Objektif Umum

4
KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D –
DPLI’09

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar darjah 4 terhadap


mata pelajaran Matematik.

6.2 Objektif Khusus

i. Penggunaan Kad Interaktif dapat menarik minat murid terhadap


mata pelajaran Matematik dengan lebih berkesan.

ii. Murid dapat memahami dan meningkatkan tahap penguasaan


dan pemahaman asas mata pelajaran Matematik melalui Kad
Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

iii. Murid dapat menggunakan Kad Interaktif untuk menyelesaikan


kemahiran-kemahiran asas Matematik seperti tambah, tolak,
bahagi dan darab.

iv. Guru dapat menggunakan Kad Interaktif sebagai salah satu alat
bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

6.3 Soalan Kajian

i. Adakah penggunaan Kad Interaktif dapat menarik minat murid


terhadap mata pelajaran Matematik dengan lebih berkesan?

ii. Adakah dengan menggunakan Kad Interaktif murid dapat


meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman asas mata
pelajaran Matematik?

iii. Adakah Kad Interaktif dapat digunakan oleh murid untuk


menyelesaikan kemahiran-kemahiran asas Matematik seperti
tambah, tolak, bahagi dan darab?

5
KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D –
DPLI’09

iv. Adakah guru dapat menggunakan Kad Interaktif sebagai salah


satu alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik yang berkesan?

7.0 Definisi Konsep

7.1 Murid

Murid merujuk kepada 27 orang murid Darjah 4 Venus, Sekolah


Kebangsaan Balok, Kuantan yang telah dijadikan sampel untuk kajian
tindakan ini.

7.2 Guru Matematik


Merujuk kepada guru Matematik kelas tersebut yang akan menggunakan
kaedah Kad Interaktif Bernombor sebagai bahan & cara di dalam Proses
Pengajaran & Pembelajaran (P & P)

7.3 Guru Kelas


Merujuk kepada guru kelas Darjah 4 Venus yang menyokong tindakan
guru Matematik dalam meningkatkan kemahiran asas penguasaan
Matematik khususnya operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

7.4 Matematik
Carl Friedrich Gauss merujuk Matematik sebagai "ratu kepada sains (ilmu
pengetahuan)". Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran
atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau dalam
erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga

6
KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D –
DPLI’09

ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak


menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai
lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan dengan kosa
kata dan tatabahasa yang sangat jelas untuk menghurai dan mendalami
hubungan fizikal dan konsep.

7.5 Kad Interaktif

Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk


berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna
boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan
hala tuju masing-masing semasa berinteraksi.

Kad Interaktif merupakan kepingan kad-kad manila kecil yang di


depannya dilekatkan gambar untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan (Gambarajah 1).

Gambarajah 1: Contoh Kad Interaktif

8.0 METODOLOGI KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah yang akan digunakan bagi memastikan kajian ini
dapat dijalankan dengan sempurna.

8.1 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, beberapa kaedah akan digunakan dalam pengumpulan


data seperti:

7
KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D –
DPLI’09

a) Tinjauan Masalah

Salah satu kaedah yang akan digunakan untuk mengenalpasti


murid lemah dan tahap penguasaan asas matematik di kalangan mereka
ini ialah melalui kaedah tinjauan. Kaedah ini sangat membantu penyelidik
untuk fokus kepada kumpulan murid-murid lemah dan mengenalpasti
sikap dan mencari punca pelajar-pelajar tersebut gagal menguasai asas
matematik dengan baik. Samaada tinjauan dibuat sendiri oleh penyelidik
ataupun ia boleh dilakukan oleh guru-guru sekolah yang mengajar di
kelas tersebut.

b) Sesi Temubual

Dalam kajian ini, kaedah temubual akan dijalankan untuk


mengumpul maklumat secara terus daripada kumpulan sasar. Temubual
dijalankan secara tidak formal. Hasil maklumat daripada temubual akan
dijadikan panduan asas bagi merangka kaedah intrumetasi bagi kajian
ini. Pada kebiasaanya, temubual boleh dilakukan samaada terus kepada
kumpulan sasaran yang ingin dikaji atau terhadap faktor-faktor
persekitaran seperti guru yang mengajar, ibu bapa atau rakan-rakan.

c) Pemerhatian
Pemerhatian akan dijalankan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung untuk mengenalpasti tahap sebenar
penguasaan asas Matematik di kalangan pelajar-pelajar darjah 4. Selain
itu, kaedah ini akan dapat memberi gambaran tentang keberkenasan
kaedah pengajaran oleh guru di dalam kelas. Samaada minat terhadap
mata pelajaran Matematik tadi adalah kerana faktor guru atau faktor-
faktor lain.

d) Ujian Pra dan Pasca


Ujian Pra dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dalam
penguasaan asas Matematik. Ini secara tidak langsung akan dapat
membantu penyelidik menilai tahap penguasaan asas Matematik sebenar
di kalangan murid-murid yang lemah. Ujian Pasca pula dijalankan untuk
menguji tahap keberkesanan kaedah ini untuk kumpulan sasaran.

8
KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D –
DPLI’09

e) Soal Selidik
Set Dokotomus digunakan dalam soal selidik bagi mendapatkan
persetujuan responden terhadap pernyataan minat responden terhadap
aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor dengan menggunakan
skala pengukur “Ya” dan “Tidak”. Borang soal selidik akan disediakan dan
diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid
mengenai minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik sebelum
dan selepas aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor dijalankan.

f) Bahan-bahan dokumentasi
Dokumen-dokumen ini boleh membekalkan maklumat yang
berkaitan dengan isu atau masalah yang diselidiki. Ia merupakan bahan
yang penting untuk memahami tujuan, rasioal dan sejarah sesuatu
program atau sesuatu dasar. Contoh bahan-bahan dokumentasi seperti
kerja murid, jadual kedatangan sekolah, rekod keputusan peperiksaan,
rekod latarbelakang murid, kertas peperiksaan murid dan bab-bab dalam
buku teks yang yang dikaji.

8.2 Kumpulan Sasaran

Berdasarkan kepada refleksi dan penyataan masalah di atas, didapati


bahawa murid lemah dalam mata pelajaran Matematik disebabkan oleh
kegagalan menguasai kemahiran asas Matematik. Kemahiran asas Matematik
adalah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Penguasaan kemahiran asas
matematik adalah penting agar murid boleh menguasai kemahiran-kemahiran
lain dalam matematik dan menyelesaikan masalah matematik seperti pecahan,
perpuluhan dan gandaan nombor. Oleh itu, kajian ini berfokuskan kepada
kemahiran asas dalam matapelajaran Matematik seperti tambah, tolak, darab

9
KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D –
DPLI’09

dan bahagi. Sasaran kajian adalah 27 orang murid Darjah 4 Venus di Sekolah
Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang yang telah dikenalpasti mengalami
masalah tahap penguasaan asas Matematik yang lemah.

9.0 KESIGNIFIKANAN KAJIAN

Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam


sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian
antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan
seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran.
Bagi pendapat kami kaedah pengajaran guru Matematik tersebut boleh
diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam
kelas namun kehilangan minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat
merbahaya pada diri seorang murid khususnya dan sekolah amnya. Kami yakin
jika kami dapat membantu meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap
mata pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada.

Selain daripada itu, guru Matematik kelas tersebut dapat pula


meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) menggunakan
pelbagai pendekatan di dalam kelas dan seterusnya meningkatkan prestasi
akademik murid Darjah 4 Venus dalam mata pelajaran Matematik.

Jelaslah di sini bahawa kajian ini amat penting dari sudut pembelajaran
kerana ianya memberikan peluang kepada murid untuk lebih memahami dan
meminati mata pelajaran ini. Apabila murid dapat menguasai asas matematik ini,
maka teknik ini dapat membantu murid untuk menguasai ke peringkat yang lebih
tinggi. Bagi guru pula, kaedah ini dapat membantu dalam proses pengajaran
kerana kaedah ini memberi peluang untuk murid berinteraksi antara satu sama
lain. Lantaran itu, kaedah ini dapat menarik perhatian murid ketika proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dijalankan.

10
KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D –
DPLI’09

100 ANGGARAN PERBELANJAAN

Jenis Bahan Kegunaan Bil Kos Jumlah (RM)


Ketas A4 dan 1. Soalan kaji selidik 5 set 5X RM10.00 RM50.00
belanja 2. Tujuan percetakan soalan
percetakan kaji selidik, laporan kajian,
laporan membuat salinan laporan dan
tujuan penjilidan.
Permanent 1. Membuat carta yang 3 batang 3X RM 3.00 RM 9.00
Marker berkaitan
Kertas Modul 1. Untuk diberikan kepada 30 set RM 33.30 RM 33.30
Penyelesian murid-murid

11
KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D –
DPLI’09

masalah
Kos 1.Berjumpa dengan guru dan 4 kali RM 80.00 RM 80.00
pengangkutan penyelia
Laporan kajian 1.Dijadikan contoh 5 salinan RM 5.70 RM 5.70
Alat tulis dan 1. Penyedian soalan dan - RM 74.00 RM 74.00
dakwat peyedian untuk kajian
komputer
Gambar 1. Bukti kajian RM 10.00 RM10.00
Dokmentasi
Cenderahati 1. Sumbangan dan 2 buah 2X RM20.00 RM 40.00
kepada pihak peghargaan kepada pihak
sekolah sekolah
Lain-lain 1. Untuk menyiapkan - - RM 50.00
perbelanjaan penyelidikan
JUMLAH RM 351.70

11.0 JADUAL KERJA

Bil Aktiviti Tarikh

1. Menemubual guru 22 Julai 2009

2. Mengenalpasti masalah 28 Julai 2009

3. Menulis proposal kajian 28 Julai 2009


Perbincangan dan perbentangan proposal yang
4. 30 Julai 2009
hendak dijalankan
5. Pengesahan proposal 24 Ogos 2009

6. Analisis data 29 Ogos 2009

12
KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D –
DPLI’09

7. Merancang tindakan 4 September 2009

8. Perlaksanaan tindakan (a,b) 18 September 2009

9. Kumpul dan analisis data 20 September 2009

10. Laksana tindakan (c,d) 6 Oktober 2009

11. Kumpul dan analisis data 10 Oktober 2009

12 Laksana tindakan (e,f) 14 Oktober 2009

13. Kumpul dan analisis data 16 Oktober 2009

14. Refleksi kajian 17 Oktober 2009

15. Menulis laporan kajian 19 Oktober 2009

13

You might also like