You are on page 1of 34

KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)

”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN


IDRIS
APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

(KPP 5022)

TUGASAN:

“PELAJAR-PELAJAR ANTISOSIAL DAN TABIAT AGRESIF:

PEMBANGUNAN DAN RAMALAN”

KUMPULAN D:

RABU (2.00 PTG – 4.00 PTG)

PROGRAM/SEMESTER:

PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN/1

DISEDIAKAN OLEH:

ZULIMAH BINTI MUKID L20092005565

NOOR FAIZALIZA BINTI


L20092005564
MOKHTAR

AMIR AZROS BIN ABDUL AZIZ L20092005563

SU MOU JANG L20092005562

DISEDIAKAN UNTUK:

1
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

DR. SUPPIAH A/L NACHIAPPAN


1.0 PENGENALAN

Alam remaja merupakan satu tahap kritikal dalam kehidupan kerana ianya
melibatkan tempoh peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada
peringkat ini seseorang itu akan mula bertindakbalas kepada tuntutan emosi untuk
mencari identiti dan penampilan tersendiri. Alam remaja diistilahkan sebagai ‘umur
emosi’ (emotional age) kerana di peringkat mencari identiti, mereka sering berhadapan
dengan konflik diri di mana wujud dua pertembungan iaitu antara sifat kanak-kanak dan
keinginan serta kebimbangan untuk menempuhi alam dewasa. Tetapi kini, remaja telah
terlalu jauh meninggalkan batas keperibadiannya serta melupakan nilai-nilai etika dan
moral yang sepatutnya tersemai di dalam diri mereka.

Tingkah laku pelajar remaja berkait rapat dengan sikap pelajar remaja tersebut
dan mempunyai norma dalam kehidupan manusia. Pada zaman kini, para remaja mula
terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran tersebut sudah menjadi
rumah kedua serta kebiasaan bagi mereka. Remaja telah mempelajari banyak perkara
yang tidak semuanya datang daripada ibu bapa tetapi kebanyakan daripada persekitaran
sosial mereka ketika mereka membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula
mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam
kanak-kanak kepada kepada alam yang lebih matang dan dewasa. Norma tingkah laku
dapat menjelaskan samada seseorang itu baik atau buruk. Tingkah laku baik ialah seperti
tidak bercakap semasa makan, menghormati orang tua, dan sebagainya. Contoh tingkah
laku buruk pula ialah seperti menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri, berkelakuan
tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, lari dari rumah, dan perhubungan
seks bebas turut juga dilakukan. Anak-anak, khasnya remaja pada abad ke-21 ini lebih
terdedah dengan pelbagai bentuk pengaruh.

Dalam dunia yang disebut “borderless world” ini banyak menerima pengaruh
positif mahu pun negatif. Anak-anak lebih mudah tertawan dengan program yang
menghancurkan sahsiah berbanding program yang menghidupkan peribadinya. Pelajar
yang sering melanggar disiplin atau salah laku ini dikenali pelajar devian. Masalah

2
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

pelajar-pelajar antisosial dan tabiat agresif bukan sahaja berlaku di sekolah bandar dan di
pinggiran bandar tetapi juga berlaku di sekolah luar bandar.

2.0 FAKTOR-FAKTOR ANTISOSIAL DAN TABIAT AGRESIF

2.1 FAKTOR INDIVIDU

Perlakuan pelajar yang agresif menimbulkan banyak masalah terutamanya


kepada pihak sekolah dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang lancar dan berkesan. Pelajar yang bertindak agresif di sekolah perlu
ditangani dan dikawal dari peringkat awal lagi supaya masalah ini tidak berlarutan
dan menjadi semakin parah seterusnya boleh mengakibatkan pelbagai masalah
disiplin dan mencabar kewibawaan sistem pendidikan sekarang ini.

Seperti sedia maklum, indivdu adalah faktor penting yang membentuk


tindakan dalam diri pelajar itu sendiri. Pelajar yang melakukan tindakan ini
sebenarnya lebih berpihak kepada menjaga kepentingan dan kebajikan diri
sendiri. Antara tindakan agresif pelajar yang sinonim dengan pelajar ialah buli,
gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah dan dadah. Tindakan agresif seperti
membuli pula banyak berlaku di kalangan pelajar sehingga telah membawa
kepada kematian. Didapati pelajar yang melakukan kegiatan ini lebih bersifat
melepaskan perasaan mungkin kerana dendam atau perasaan tidak puas hati dan
seterusnya mendorong mereka melakukan tindakan yang agresif.

Teori Kekecewaan Agressif menyatakan bahawa tingkah laku devian


agresif ialah salah satu tindak balas semula jadi terhadap kekecewaan yang
dialami oleh manusia. Menurut Sigmund Freud melalui teori psikoanalisisnya,
menyatakan bahawa setiap manusia secara semula jadinya menginginkan
keseronokan dan cuba untuk mengelak sebarang kesakitan. Sekiranya keinginan
untuk memperoleh keseronokan dan mengelak kesakitan terhalang maka
seseorang itu menjadi agresif. Seseorang yang agresif mempunyai dorongan
naluri dalaman yang berlainan dengan seseorang yang tidak agresif.

3
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

Berdasarkan teori psikoanalisis, Kenneth dan Moyer (1961) telah


mengemukakan hipotesis kekecewaan-agresif. Menurut teori kekecewaan-agresif,
tingkah laku agresif adalah disebabkan oleh kekecewaan. Setiap individu
mempunyai kecenderungan secara semula jadi atas faktor biologi akan menjadi
agresif bila kecewa.

Perasaan kecewa yang dialami oleh pelajar merupakan satu faktor


penyebab kepada perlakuan gangsterisme di sekolah. Tekanan yang dialami oleh
pelajar untuk mencapai gred yang baik dalam peperiksaan dan tindakan disiplin
yang keras membangkitkan perasaan kecewa dan seterusnya perlakuan
gangsterisme berlaku di sekolah.

Teori Psikososial yang dikemukakan oleh Erik Erikson (1963) adalah


mengenai perkembangan manusia yang lebih menjurus kepada perkembangan
identiti. Beliau menegaskan bahawa perkembangan personaliti manusia berlaku
secara berterusan sepanjang hayat. Menurut Erikson, pada setiap perkembangan
individu terdapat dua komponen iaitu komponen yang bersifat positif dan
komponen yang bersifat negatif. Perubahan daripada satu peringkat ke peringkat
seterusnya dapat dilihat melalui krisis yang dialami oleh individu itu. Erikson
telah mengenengahkan lapan peringkat perkembangan dan pembentukan manusia,
iaitu bermula dari lahir hingga ke akhir hayat.

Melalui Teori Perkembangan Psikososial Erikson (1963), beliau


menyatakan bahawa setiap individu melalui lapan peringkat perkembangan yang
dinamakan peringkat psikososial. Setiap peringkat digambarkan oleh pelbagai
krisis psikologikal yang mana perlu diselesaikan oleh individu sebelum ke
peringkat yang seterusnya. Jika individu menangani krisis tertentu dalam keadaan
yang tidak sesuai, maka individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk
menangani krisis tersebut pada masa akan datang.

4
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

Menurut Erikson (1963), krisis identiti keremajaan iaitu pengertian identiti


dengan kekeliruan peranan merupakan krisis yang penting dialami oleh individu
tersebut. Menurut beliau, setiap tahap mempunyai krisis yang tersendiri.
Sekiranya seseorang individu berjaya menangani krisis tersebut dengan baik,
maka individu tersebut akan berupaya membentuk identiti diri dan personaliti
yang berjaya. Sebaliknya, jika gagal menangani krisis tersebut, maka individu
akan berhadapan dengan kecelaruan dan mengalami konflik identiti. Ibu bapa,
rakan, guru dan orang-orang di sekeliling dengan remaja mempunyai pengaruh
yang kuat dalam pembentukan identiti remaja. Remaja pada ketika ini berusaha
untuk menyelesaikan krisis identiti mereka dengan menguji pelbagai peranan,
nilai dan perhubungan. Perkembangan keremajaan menjadi sinonim dengan
tugasan untuk membentuk pemilihan identiti kendiri yang unik. Jika remaja gagal
dalam pembentukan identiti ini maka akan mewujudkan kekeliruan dan
kekecewaan. Tanpa berupaya menilai yang mana baik atau buruk, remaja mula
melakukan pelbagai tingkah laku devian seperti tingkah laku agresif, memukul,
membuli, gangsterisme dan seumpamanya.

Kebanyakan ahli psikologi membahagikan dua jenis masalah yang dialami


oleh remaja iaitu kecelaruan dalaman dan kecelaruan luaran. Kecelaruan dalaman
ialah masalah-masalah remaja yang bersifat dalaman dan dimanifestasikan dalam
bentuk gejala emosi dan kognitif seperti kemurungan atau dalam bentuk
gangguan-gangguan psikosomatil. Kecelaruan luaran pula ialah masalah-masalah
remaja yang bersifat luaran dan dimanifestasikan dalam bentuk masalah-masalah
tingkah laku. Ianya seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol serta ponteng
sekolah.Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca berlakunya tindakan
agresif. Kekeliruan dan rasa tidak pasti dengan identiti diri menjadikan mereka
sukar dalam kehidupan seharian kerana tidak tahu tentang matlamat hidup.
Mereka tidak ada tujuan hidup dan tidak tahu ke mana hendak dituju. Remaja
yang berada dalam keadaan begini akan lebih mudah terpengaruh dengan unsur
luaran tanpa berfikir panjang. Mereka tidak risau akan akibat buruk yang boleh
berlaku sekiranya terlibat dengan perkara yang tidak wajar.

5
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

Oleh yang demikian, masalah yang dihadapi oleh remaja akan


menyebabkan remaja berada dalam ketegangan dan kebimbangan, keadaan ini
boleh membawa kepada berlakunya perlakuan mengasingkan diri, melanggar
peraturan, kenakalan dan masalah tingkah laku yang lain. Remaja mempunyai
sikap yang terlalu egoistik, menganggap diri mereka sebagai tumpuan seluruh
dunia. Mereka mementingkan diri sendiri dan bersifat kebendaan di samping
emosi yang sering kali berubah-ubah antara gembira dan sedih. Sesetengah
golongan remaja menganggap mereka tidak boleh lagi diperbudak-budakkan
kerana telah menjadi seorang yang mempunyai kematangan dari segi rohani,
jasmani, intelek dan sosial. Kematangan tersebut menyebabkan mereka ingin
mendapatkan kebebasan yang sebanyak mungkin dan seterusnya menunjukkan
identiti yang tersendiri. Justeru mereka sentiasa ingin tahu dan ingin mencuba
sesuatu. Konflik dalam diri inilah menyebabkan kehidupan golongan remaja
penuh dengan kegelisahan dan cabaran. Masa remaja juga merupakan waktu
remaja perlu berusaha mencari dan mendapatkan kebebasan sendiri. Usaha untuk
kebebasan ini kerap kali menjadikan mereka berani mencabar dalam tindakan-
tindakan kemasyarakatan.

Remaja adalah golongan yang mudah terpengaruh dan sentiasa melakukan


sesuatu mengikut gaya masa kini dan memberontak jika keseronokan dan
kebebasan mereka dihalang. Mereka sering berkhayal, ingin mencapai sesuatu
yang di luar kemampuan mereka dan sering membuat permintaan yang tidak
realistik. Memang wujud keadaan pelajar akur pada disiplin sekolah, mematuhi
arahan guru dan berbudi bahasa di dalam kelas tetapi mengisytiharkan
‘kemerdekaan’ atau kebebasan apabila berada di luar sekolah. Mereka
menganggap disiplin dan tingkah laku yang baik hanya di dalam pagar sekolah
atau apabila mereka memakai pakaian sekolah. Kesimpulannya di sini, jelaslah
bahawa faktor individu juga memainkan peranan penting dalam tindakan agresif
dan tingkah laku antisosial khusunya di kalangan remaja.

6
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

2.2 FAKTOR KELUARGA

Keluarga adalah satu unit (kumpulan) yang terdiri daripada ahli-ahli yang
mempunyai hubungan kekeluargaan. Freud (1953), pula merujuk keluarga sebagai
kombinasi ibu dan bapa yang tinggal serumah atau pun lebih anak. Lebih jelas
lagi, keluarga adalah satu unit sosial yang terdiri daripada ibu bapa dan anak.
Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang
terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Faktor keluarga
merupakan penyumbang tertinggi dalam peningkatan tingkah laku agresif dan
antisosial. Kajian yang telah dijalankan pada tahun 1993, menunjukkan bahawa
81.03 peratus pelajar melakukan kesalahan kerana faktor kekeluargaan (Dewan
Masyarakat, April, 1995).

Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini sebahagian besarnya


berpunca dari institusi keluarga remaja itu sendiri. Jika dilihat kepincangan yang
wujud dari institusi keluarga tersebut akan membawa kepada pelbagai kesan
negatif terhadap remaja tersebut. Sebagai contoh, Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri Terengganu mendapati keruntuhan institusi keluarga adalah punca utama
kepada peningkatan masalah moral di kalangan remaja bawah umur di negeri
tersebut. Kegagalan keluarga dalam berinteraksi secara berkesan dengan anak-
anak akan menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan tingkah laku
antisosial. Kekurangan komunikasi yang berkesan dan kasih sayang dalam
keluarga turut memainkan peranan dalam pembentukan personaliti remaja.
Perkembangan personaliti negatif dan tingkah laku agresif adalah hasil daripada
kegagalan dalam ikatan kekeluargaan. Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan
anak-anak juga dilihat sebagai salah satu faktor berlakunya tingkah laku agresif.
Latar belakang tingkah laku antisosial adalah kesan daripada kekurangan,
ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsisten semasa kanak-kanak.
Kebanyakan tingkah laku antisosial remaja juga berpunca daripada
kegagalan cara gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga (Jacobvitz et al.,
1996). Ibu bapa juga didapati banyak menyumbang kepada masalah tingkah laku

7
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

anak-anak. Ia dapat dilihat apabila terdapat segelintir ibu bapa yang gagal
menunjukkan tingkah laku yang baik di hadapan anak-anak mereka, di samping
mengabaikan ajaran agama. Contohnya, anak-anak yang mempunyai ibu bapa
yang mengambil alkohol dan mengalami kekecewaan didapati lebih bermasalah
tingkah laku berbanding ibu bapa yang tidak mengambil alkohol dan sihat. Jika
tingkah laku ibu bapa lebih banyak ke arah yang kurang baik dan negatif, maka
anak-anak khususnya remaja juga akan terdidik dengan sifat-sifat yang negatif
dan kurang baik. Ini akan memberi kesan yang negatif terhadap perkembangan
personaliti remaja tersebut.

Terdapat juga tingkah laku agresif di kalangan remaja disebabkan oleh


konflik dan tekanan psikologikal. Remaja yang terlibat dengan melakukan tingkah
laku agresif ini juga mengalami konflik dalam keluarga mereka sendiri. Hal ini
terjadi apabila mereka gagal melihat keluarga adalah satu persekitaran yang sihat
dan boleh memberikan kebahagiaan serta rasa seronok kepada mereka.
Kebanyakan mereka adalah lelaki, berlatar belakang keluarga yang berpendapatan
rendah dan sebahagian besarnya datang dari keluarga yang ibu bapa bercerai serta
berpecah belah. Selain daripada itu, konflik dalam keluarga juga boleh menjadi
faktor penyebab ketidakstabilan emosi yang boleh membawa kepada tingkah laku
agresif. Emosi yang tidak stabil seperti marah, geram, tertekan dan dendam akan
mendorong pelajar untuk melepaskan geram dengan melakukan pelbagai tingkah
laku agresif. Ini adalah bertujuan untuk melepaskan rasa tertekan mereka.
Tingkah laku agresif juga turut sering dikaitkan dengan ketidakstabilan emosi
remaja kesan dari layanan keluarga terhadap mereka. Golongan ibu bapa yang
amat berkemungkinan untuk mendera emosi anak-anak mereka, iaitu terdiri
daripada ibu bapa yang hidup dalam keadaan sosial dan menunjukkan hubungan
serta pergaulan dengan orang lain yang tidak memuaskan dan ganas. Garbarino, et
al. (1986) memberi lima kategori tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dikira
sebagai mendera emosi anak-anak, iaitu penolakan, pengasingan, menakutkan,
sikap tidak peduli dan merasuah fikiran.

8
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

2.2.1 Penolakan
Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang sengaja
enggan menolong anaknya ataupun enggan mengakui bahawa anak
tersebut memerlukan pertolongan sehingga secara tidak langsung tidak
mengakui kehadirannya. Tingkah laku lain yang menunjukkan ada
penolakan anak termasuklah memanggil anak dengan kata-kata yang hina,
kesat, melabelnya sebagai orang yang dikutuk dan dengan sengaja
menjatuhkan air muka dan harga diri anak itu di khalayak ramai. Perkara
ini sering dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga apabila dalam keadaan
marah. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu mengaku dan
menerima anak mereka sebagai anak juga merupakan salah satu bentuk
penolakan. Ini jelas dilihat apabila anak mereka melakukan tindakan yang
memalukan mereka atau keluarga, maka mereka tidak akan mengakui
bahawa itu adalah anak mereka. Bagi mereka, tindakan anak mereka itu
telah memalukan mereka dan menyebabkan masyarakat disekeliling
memandang serong dan hina kepada mereka kerana tidak mendidik anak
mereka dengan sempurna.

2.2.2 Pengasingan
Ini melibatkan tindakan ibu bapa atau penjaga yang sengaja
mengasingkan anak dengan menguncikan anak di dalam almari atau bilik
dalam jangka masa yang panjang. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang
langsung tidak membenarkan anak mereka bergaul dan berinteraksi
dengan rakan sebaya atau orang lain juga ditakrifkan sebagai pengasingan.
Perkara ini sering berlaku dalam usaha ibu bapa mengawal pergerakan
anak atau dalam usaha mendisiplin anak yang melampaui batas. Akibat
takut anak mereka berkelakuan tidak senonoh atau negatif, secara tidak
langsung, tindakan yang diambil oleh ibu bapa ini akan menyebabkan
kesan yang lebih negatif terhadap anak-anak kerana remaja akan tertekan
apabila dilayan sebegitu rupa.

9
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

2.2.3 Menakutkan
Ini bermaksud tindakan mengancam untuk mencedera, membunuh,
mengabai dan meninggalkan anak sekiranya anak tidak mengikut kata atau
tidak menunjukkan tingkah laku yang diharapkan. Tindakan ini termasuk
ancaman oleh ibu bapa, penjaga atau orang lain untuk mendedahkan anak
kepada keganasan yang akan dilakukan kepada orang yang disayangi oleh
anak itu. Ini bertujuan supaya anak itu akan tinggal bersendirian apabila
orang yang anak itu sayangi cedera atau mati atau dipisahkan dari mereka
dengan sengaja. Tingkah laku menakutkan ini sering berlaku kepada anak-
anak yang didera secara seksual dan juga kepada anak-anak yang
mempunyai ibu bapa yang melalui proses penceraian.

2.2.4 Sikap Tidak Peduli - Menolak Tindak Balas Emosi


Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dengan
sengaja tidak mempedulikan usaha anak untuk mendapat belaian kasih
sayang daripada mereka. Ibu bapa sebegini melayan anak mereka secara
mekanikal sahaja. Mereka langsung tidak mempunyai perasaan terhadap
anak. Mereka tidak memberikan kasih sayang dan jauh sekali mencium
anak dan merapati anak. Cara mereka berkomunikasi dengan anak adalah
dengan cara perbuatan melupakan atau dengan tidak melakukan apa-apa.
Dalam erti kata lain, mereka tidak berminat untuk menjalinkan emosi
dengan anak. Tingkah laku ini sering terjadi pada kanak-kanak yang
dianaktirikan. Selain daripada itu, kesibukan ibu bapa juga menyebabkan
situasi seperti ini berlaku. Akibatnya anak-anak mereka akan merasai
seperti tidak disayangi oleh kedua ibu bapa dan kerana itulah mereka lebih
gemar mencari keseronokan di luar rumah.

10
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

2.2.5 Merasuah Fikiran Dan Mengeksploitasi Anak


Ini menunjukkan tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang
menggalakkan, mengajar dan membiarkan anak melakukan kegiatan
antisosial seperti melakukan maksiat dan jenayah. Juga ibu bapa yang
menyimpan anak dalam rumah dengan niat menjadikannya sebagai hamba
atau penjaga kepada anak-anak lain, walhal dia sepatutnya pergi ke
sekolah. Terdapat juga ibu bapa yang menggalakkan anak terlibat dengan
pornografi juga dianggap mengeksploitasi anak. Ibu bapa yang
mempunyai tingkah laku buruk dan tidak bermoral, dan dicontohi oleh
anak merupakan satu perbuatan merasuah fikiran anak, terutama sekali
terhadap anak yang dipaksa melakukan perbuatan keji sedangkan anak-
anak itu enggan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka. Penjelasan di
atas tidak termasuk aspek amalan dalam sebarang budaya yang mungkin
menganggap salah satu tingkah laku yang tersenarai di atas sebagai satu
amalan normal mereka.

Selain daripada 5 kategori yang dinyatakan di atas, terdapat juga ibu bapa
yang mengamalkan gaya asuhan authoritarian. Gaya Asuhan authoritarian ini pula
menjelaskan bahawa ibu bapa mempunyai sifat kawalan yang tinggi, tetapi
kurang dalam tanggungjawab. Melalui gaya asuhan seperti ini, anak-anak yang
dibentuk akan mempunyai ciri-ciri seperti berfikiran negatif, sering memberontak,
pendendam, bimbang, cemas, khuatir, pendiam, pemalu, konsep kendiri rendah
dan kurang motivasi untuk berdikari. Mereka akan bertindak bermusuhan
sekiranya dikecewakan. Gaya keibubapaan ini menggambarkan ciri-ciri kesan
negatif terhadap konsep kendiri anak kerana anak akan mempunyai kemahiran
sosial yang lemah, menjadi individu yang terlalu agresif atau terlalu pasif serta
mempunyai mood yang tidak menentu.

11
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

Terdapat kajian mendapati bahawa anak-anak yang seringkali dihukum


dan seringkali menyaksikan tingkah laku agresif dalam keluarga mempunyai
risiko yang tinggi dan menghadapi kesukaran dalam penyesuaian kendiri. Ada
remaja yang agresif berasal daripada keluarga di mana ibu bapa mereka
menggunakan hukuman fizikal secara berlebihan untuk menegakkan disiplin
kepada anak-anak. Selain daripada itu, terdapat remaja yang diberi kasih sayang
terlalu keras atau tidak ambil peduli, autokratik, pasif serta diskriminasi oleh ibu
bapa. Ini akan menyebabkan terhasilnya anak-anak remaja yang bermasalah,
memberontak dan menuju tingkah laku yang terpesong dan menyeleweng.

Selain itu, gaya asuhan permisif pula adalah merujuk kepada ibu bapa
mesra dan bertanggungjawab, tetapi lemah dalam kawalan dan akan
mengakibatkan anak-anak terlalu bergantung, mempunyai permintaan yang tinggi
dan impulsif. Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan permisif juga tidak
mengambil berat terhadap anak-anak dan ini akan melahirkan sikap kecewa di
kalangan anak-anak. Mereka merasakan ibu bapa lebih mementingkan hal
peripadi ibu bapa berbanding urusan menguruskan anak-anak. Cara pembesaran
ini dicirikan oleh corak komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang
menekankan tingkah laku yang baik pada anak-anak.

Seperti sedia maklum, kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang
permisif kebiasaannya cenderung bersifat tidak dapat mengawal diri, impulsif,
kurang berdikari dan kurang menjelajah. Anak-anak mereka sentiasa tidak
berminat dalam segala aktiviti, bertingkah laku menolak dan selalu merasa
kekurangan dari semua aspek kefungsian psikologi. Antaranya, peranan dan gaya
asuhan yang kurang dan tidak sesuai oleh ibu bapa adalah punca fenomena ini
berlaku.

12
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

Remaja yang agresif berasal daripada keluarga yang mengamalkan corak


disiplin yang terlalu ketat. Ibu bapa dari keluarga sebegini sering menggunakan
hukuman fizikal secara berlebihan sebagai cara untuk mendisiplinkan anak-anak.
Di samping itu corak gaya asuhan yang terlalu longgar juga turut dikatakan
menjadi faktor remaja bertingkah laku agresif. Keluarga sebegini biasanya tidak
mengambil peduli tentang apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka dan
membiarkan sahaja anak-anak bertindak sesuka hati tanpa sebarang sekatan serta
kawalan.

Remaja akan mudah terpengaruh dan suka mengabaikan pelajaran jika


tidak dikawal atau kurang perhatian. Akhirnya ini akan menghasilkan remaja
yang tidak produktif seperti melepak, mencuri, ponteng sekolah dan terlibat
dengan pelbagai gejala sosial. Mengikut Hoffman (1996), keluarga telah
membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh
yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam
dewasa. Hubungan kekeluargaan yang longgar, keluarga berpecah dan kurang
perhatian daripada keluarga atau ibu bapa akan menyebabkan kesan yang negatif
wujud di dalam diri anak-anak itu sendiri. Sebahagian remaja juga sangat suka
menafikan bahawa mereka ada masalah, suka mengelak diri dari mengambil
tanggungjawab di atas tindakan mereka dan seterusnya suka menyalahkan orang
lain apabila mereka mendapat kesusahan. Rumusannya, jelaslah bahawa saiz
keluarga, bilangan anak dan status keluarga mempengaruhi tingkah laku antisosial
dan tindakan agresif oleh remaja pada masa kini.

13
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

2.3 FAKTOR RISIKO RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya ialah mereka yang sama umur kronologi atau hampir sama
umur dengan seseorang individu. Kegagalan untuk mengaplikasikan konsep
kendiri dan personaliti terhadap remaja dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terjadi kerana remaja itu sendiri lebih mudah terpengaruh kepada
persekitaran seperti pengaruh rakan sebaya sekiranya tiada pengawasan dan
perhatian daripada guru khususnya daripada ibu bapa. Sebagaimana yang
diketahui, remaja lebih gemar menghabiskan masa lapang mereka bersama rakan-
rakan termasuklah dalam waktu persekolahan. Pada waktu ini, remaja sedang
mencari-cari identiti sebenar mereka. Mereka lebih gemar meniru yang dilihat
perwatakan yang dilihat oleh mereka seharian seperti watak dalam filem kesukaan
mereka, majalah dan rakan sebaya mereka sendiri. Masalah untuk
mengaplikasikan konsep kendiri dan personaliti dalam proses pengajaran dan
pembelajaran juga terganggu kerana mereka yakin remaja lebih suka meniru gaya
dan penampilan artis-artis pada masa sekarang.

Dalam kawasan sekolah, pelajar-pelajar juga dipengaruhi oleh rakan


sebaya mereka. Sebagaimana yang diketahui, pengaruh rakan sebaya merupakan
sumber yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap seseorang apabila
pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak. Kanak-kanak
atau remaja yang berasal dari keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan
tersendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Mereka
akan membuat sesuatu yang di luar jangkaan untuk menarik perhatian orang lain.
Pengaruh rakan biasanya lebih menjurus kepada remaja yang terabai daripada
penjagaan, perlindungan dan perhatian keluarga adalah yang berisiko tinggi untuk
dipengaruhi rakan sebaya. Lebih memburukkan lagi keadaan, apabila rakan
sebaya bermasalah atau rakan yang terlibat dengan kes juvana. Contohnya zaman
kini, sebahagian daripada penagih dadah adalah hampir separuh daripada jumlah
tersebut melibatkan remaja.

14
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

2.4 FAKTOR RISIKO HUBUNGAN DENGAN SEKOLAH

Sekolah merupakan sebuah organisasi, di mana merupakan terhimpunnya satu


kerjasama untuk mencapai satu tujuan dan matlamat yang sama. Unsur-unsur yang
dimaksudkan adalah pengetua, guru-guru, staf dan pelajar. Tanpa ada kombinasi unsur-
unsur ini, maka satu matlamat yang ingin dicapai takkan diperolehi. Keberhasilan suatu
sekolah pada hakikatnya terletak pada keefisyenan dan keaktifan penampilan seorang
pengetua, guru-guru, pentadbiran dan pelajar. Sekolah sebagai lembaga pendidikan
bertugas menyelenggarakan proses pendidikan dan proses belajar mengajar dalam usaha
untuk mencerdaskan kehidupan anak bangsa. Sekolah juga merupakan tempat yang
paling berpengaruh dalam merubah sifat manusia. Hal ini kerana pelajar banyak
menghabiskan waktunya di sekolah. Pada peringkat awal, pelajar mudah terpengaruh
dengan apa yang dialami di sekolah kerana pemikirannya masih dalam rangka mencari
sesuatu yang dia sendiri belum tahu untuk menentukan apa sebenarnya yang sedang di
cari atau apa yang dia inginkan.

Selain itu sekolah juga merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian
daripada masyarakat yang lebih luas. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah mempunyai
ciri-ciri tersendiri yang sesuai dengan ciri-ciri organisasi moden. Sebagai organisasi
formal, sekolah mempunyai struktur kepimpinannya yang tersendiri. Pengetua atau Guru
Besar bertanggungjawab memimpin guru-guru,kakitangan am dan pelajar. Guru-guru
juga berperanan sebagai pemimpin dalam konteks masing-masing. Peringkat paling asas
ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah. Selain itu, guru juga berperanan sebagai
pemimpin aktiviti-aktivitiak akademik serta kokurikulum seperti persatuan, sukan, kelab
dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru semakin hari semakin
mencabar. Kini, guru tersepit dalam menghadapi kerenah pelajar bermasalah yang datang
daripada pelbagai latar belakang dan corak pendidikan ibu bapa. Pelajar menghabiskan
banyak masa di sekolah, maka wajarlah dilihat juga pengaruh sekolah ke atas
pembelajaran remaja. Sekolah yang bagus dapat mendorong pelajar untuk terus maju
dalam pelajaran.

15
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

Sekolah yang bagus juga mempunyai ciri-ciri seperti mengekalkan suasana yang
teratur dan tidak terlalu menekan pelajar, mempunyai pengetua yang aktif dan bertenaga
serta mempunyai guru yang berkuasa dalam membuat keputusan penting di sekolah.
Pengetua sekolah merupakan seseorang yang diberi tugas untuk memimpin sekolah,
bertanggung jawab atas tercapainya tujuan sekolah. Pengetua diharapkan menjadi
pemimpin dan fasilitator di sekolah. Oleh sebab itu, kualiti kepemimpinan pengetua
adalah signifikan bagi keberhasilan sekolah baik secara kualitatif mahupun kuantitatif
yang diukur dalam rangka membantu tercapainya tujuan sekolah. Penampilan
kepemimpinan pengetua ditentukan oleh faktor kewibawaan, sifat dan keterampilan,
pengalaman, latihan dan pengetahuan yang professional, perilaku mahupun fleksibaliti
pemimpin. Sebagai pemimpin pendidikan, ia bertanggungjawab dalam menciptakan suatu
situasi belajar mengajar yang kondusif sehingga guru-guru dapat melaksanakan
pembelajaran dengan baik dan pelajar dapat belajar dengan tenang. Di samping itu
pengetua dituntut untuk dapat bekerjasama dengan orang bawahannya. Kepimpinan
pengetua yang terlalu berorientasikan pada tugas meningkatkan prasarana dan kurang
memperhatikan guru dalam melakukan tindakan, akan menyebabkan guru sering
melalaikan tugas sebagai pengajar dan pembentuk nilai moral.
Selain itu, ciri guru-guru di sekolah juga memainkan peranan. Pembelajaran
remaja boleh meningkat jika mempunyai guru-guru yang meletakkan matlamat yang
tinggi tetapi masih boleh dicapai oleh pelajar, memantau prestasi pelajar dan lebih
menekankan aktiviti akademik berbanding aktiviti kokurikulum. Sering kedengaran
rintihan ibu bapa yang tidak lagi boleh membentuk dan mendidik anak-anak mereka, lalu
merayu dan meminta guru untuk membetulkannya. Pelajar inilah yang sukar ditangani
kerana mereka juga turut tidak mendengar nasihat dan teguran guru. Dalam pada itu, kes-
kes guru diserang oleh ibu bapa atau ahli keluarga pelajar sudah cukup mengajar guru
untuk tidak bertindak menyelesaikan pelajar yang bermasalah. Namun, kemuliaan jiwa
guru jelas terbayang apabila mereka tetap meneruskan usaha melalui pelbagai cara dan
pendekatan guru berdasarkan pengalaman dan pengatahuan mereka untuk membentuk
sahsiah pelajar supaya menjadi insan yang bermoral tinggi walaupun menyedari kesan
negatif yang mungkin menimpa diri.

16
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

Seseorang guru seharusnya menjadi contoh kepada pelajarnya, contoh di sini


lebih memberatkan tentang perwatakan dan nilai-nilai murni. Pelajar menganggap guru
sebagai idola mereka. Apabila guru memberikan contoh yang kurang baik maka pelajar
tidak boleh dipersalahkan apabila mereka mewarisi ciri-ciri seseorang yang devian atau
delinkuen. Sebagai seorang guru yang tidak mempunyai nilai murni adalah tidak
munasabah apabila pelajar disabitkan dengan kesalahan yang guru itu sendiri tidak
mengamalkannya. Contoh yang paling ketara dalam dunia hari ini ialah merokok. Adalah
tidak wajar bagi seseorang guru disiplin mengenakan sekatan kepada pelajar yang
merokok, sedangkan guru itu sendiri dilihat merokok di kantin sekolah dan sebagainya.

Faktor lain yang tidak kurang pentingnya adalah sikap guru yang tidak
menghormati pelajar. Terdapat pepatah Inggeris yang mengatakan “give respect and take
respect”. Hormat menghormati merupakan salah satu nilai murni yang perlu diamalkan
oleh setiap individu tanpa mengira had umur, darjat, keturunan dan agama. Apabila kita
menghormati seseorang, maka sudah tentu kita akan dihormati. Ini merupakan proses
interaksi sosial yang biasa dalam sesebuah masyarakat. Andainya terdapat guru yang
tidak menghormati pelajarnya sebagai seorang pelajar yang mempunyai hak tersendiri,
maka pelajar tersebut akan bertindak balas untuk memenuhi kehendak nalurinya
membalas dendam dan ini akan ditafsirkan sebagai tingkah laku devien dan delinkuen.
Sebagai contoh, apabila pelajar A lewat tiba ke sekolah kerana mempunyai masalah
dalam perjalanan ke sekolah, tidak diberi peluang langsung untuk membela diri dan
memberi penjelasan, sebaliknya terus didenda oleh guru. Ini akan meninggalkan kesan
yang mendalam dalam jiwa pelajar A, ketika dia memerlukan seseorang guru untuk
mendengar penjelasan, sebaliknya terus didenda oleh guru. Ia akan meninggalkan
bibit-bibit hitam dan menyimpan rasa dendam terhadap guru tersebut. Hal ini akan
berlarutan dan apabila dalam situasi lain pelajar A tidak menghormati guru berkenaan
ianya akan dikategorikan sebagai tingkah laku devian dan delinkuen.

17
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

3.0 LANGKAH PENYELESAIAN ANTISOSIAL DAN TABIAT AGRESIF

3.1 PERANAN KELUARGA

Pengukuhan institusi kekeluargaan amat dipentingkan. Bekas Perdana Menteri,


Tun Abdullah Ahmad Badawi sering menegaskan agar ibu bapa mengambil iktibar dari
kemelut dan krisis yang berlaku khususnya di negara-negara maju dengan terus membina
kekuatan dalam diri dan belajar untuk menghadapi realiti kehidupan dengan lebih kritis
dan arif berasaskan pegangan agama, nilai-nilai dan budaya yang utuh. Keluarga
merupakan institusi sosial yang paling penting dalam pembentukan tingkah laku kanak-
kanak. Ibu bapa sebagai peneraju keluarga merupakan orang yang terpenting dalam
sesebuah sistem keluarga. Mereka memainkan peranan utama dalam mencorak masa
depan anak-anak, khususnya anak remaja.

Oleh yang demikian, penekanan terhadap cara gaya asuhan amat penting sekali.
Gaya asuhan ibu bapa merupakan satu elemen yang paling penting dalam usaha
membentuk perwatakan pelajar yang positif. Cara bagaimana ibu bapa perlu memainkan
peranan dalam membentuk dan mendidik remaja terletak di tangan mereka sendiri.
Hubungan dan ikatan mesra antara ibu bapa dan anak-anak remaja adalah penting dalam
pembentukan sahsiah dan moral serta tingkah laku remaja. Ibu bapa juga perlu
memberikan kasih sayang, perhatian dan keperluan yang secukupnya terhadap anak
mereka, agar mereka merasakan disayangi dan dihargai. Selain itu, aspek asuhan dan
didikan disiplin turut perlu diberikan penekanan yang sewajarnya dalam hal-hal
pengsosialisasian remaja agar mereka menjadi individu yang berfikiran positif. Kajian-
kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa persekitaran keluarga memainkan
peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dan sistem
kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja.

18
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

Di samping itu, persekitaran keluarga juga menjadi medan kepada proses


perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di dalamnya. Kajian oleh Sham Sani
Salleh (1994) menyatakan bahawa tingkah laku agresif dan antisosial turut dikaitkan
dengan tingkah laku dan struktur keluarga itu sendiri. Secara logiknya keluarga telah
membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat
besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Di
samping itu, setiap keluarga juga mengamalkan corak gaya asuhan dan pemantauan
tersendiri yang berbeza terhadap ahlinya dan dengan ini akan memberi impak terhadap
sahsiah dan moral para remaja dan pelajar berkenaan. Kajian ini juga turut meninjau
sejauh manakah corak gaya asuhan tertentu mempengaruhi pelajar remaja bertingkah
laku agresif.

Terdapat banyak hasil kajian yang boleh membantu ibu bapa untuk mengenal
pasti tindak-tanduk anak mereka. Mereka juga dapat melihat personaliti dan tingkah laku
anak mereka sama ada bertingkah laku positif atau negatif. Ini dapat dilakukan dengan
pemerhatian sama ada di dalam mahu pun di luar sekolah. Hasil kajian ini diharapkan
dapat membantu ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran bagi menjauhi
tingkah laku agresif di kalangan anak-anak mereka agar menjadi individu yang bersikap
positif demi kesejahteraan masa depan mereka. Menurut Kamus Dewan (2003), gaya
asuhan didefinisikan sebagai tindakan mendidik, peliharaan, penjagaan, tunjuk ajar dan
bimbingan. Gaya asuhan juga dapat didefinisikan sebagai sikap yang ada pada ibu bapa
berkaitan dengan membesarkan anak, seperti yang digambarkan melalui interaksi mereka
dengan anak mereka. Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau orang dewasa yang
menjadi contoh kepada anak-anak. Secara umumnya istilah corak asuhan memberi
maksud mendidik, menjaga dan mengawal anak-anak.

19
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

Selain daripada itu, pendekatan keibubapaan dalam mengawal dan menyokong


disatukan dan membentuk tiga gaya asuhan iaitu autoritarian, autoritatif dan permisif.
Dalam konteks ini gaya asuhan bermaksud tanggungjawab mendidik dan mengawal
melalui interaksi yang dilakukan oleh seseorang ibu bapa terhadap anak-anak
berdasarkan corak gaya asuhan yang tertentu. Cara pembesaran yang bersifat autoritatif
adalah ibu bapa yang mengenakan peraturan ataupun had-had batasan tingkah laku
tertentu tetapi membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka. Anak-anak diberi
kebebasan membuat keputusan sendiri dalam perkara-perkara tertentu.

Ibu bapa, sebagai pengurus dan pentadbir dalam sesebuah keluarga merupakan
model utama yang diikuti oleh anak-anak. Apa sahaja tingkah laku yang dilakukan oleh
ibu bapa di hadapan anak-anak baik dari segi verbal mahu pun perbuatan akan
diperhatikan oleh anak-anak dan tidak mustahil anak-anak akan terikut-ikut dengan
tingkah laku tersebut. Sekiranya tingkah laku tersebut baik dan positif, maka anak-anak
akan turut menjadi sedemikian. Dalam Islam, ibu bapa bertanggungjawab untuk
mendidik anak-anak untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna kepada keluarga,
agama dan bangsa. Sama ada ibu bapa itu senang atau susah, sama ada keluarga itu ada
ibu dan bapa atau hanya ada ibu atau bapa sahaja, penjaga tidak terkecuali dari tugas ini.
Cuma mungkin dalam keadaan kemiskinan dan keluarga induk, masa untuk mendekati
dan mendidik anak dengan nilai-nilai yang murni dan mulia agak terbatas. Namun jika
kajian menunjukkan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk
menjauhkan anak dari jenayah maka pastinya usaha untuk mencari masa dan mendidik
anak-anak dengan apa yang mereka perlu tahu bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Di samping itu, ibu bapa memainkan peranan penting di dalam membentuk


kehidupan anak-anak dengan pendidikan formal moral dan agama yang sempurna bagi
mengelakkan anak bertindak secara agresif. Ibu bapa seharusnya membekalkan didikan
agama dan moral yang sempurna kepada anak-anak. Di samping itu, ibu bapa harus
menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Anak-anak memerlukan perhatian
yang lebih dari ibu bapa terutama bagi pelajar peringkat remaja kerana mereka mudah
terjerumus ke jalan yang salah disebabkan oleh pelbagai faktor.

20
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

3.2 PERANAN SEKOLAH DAN GURU

Menurut kajian Bandura dalam Teori Pembelajaran Sosial atau Teori


Modeling, seseorang dapat mempelajari sesuatu tingkah laku yang ingin ditirunya
dengan memberikan sepenuh perhatian kepada tngkah laku model. Contohnya,
pelajar suka meniru tingkat laku guru yang lebih tua daripadanya sebab dalam
fikirannya dia berasa tingkah laku guru itu mengikut piawai atau diterima
masyarakat. Sekolah merupakan tapak asas bagi memperkembang tingkah laku
positif remaja. Pelajar menghabiskan banyak masa di sekolah, maka wajarlah
sekolah dan guru memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah
tingkah laku remaja. Sekolah yang bagus dapat mendorong pelajar untuk terus
maju dalam pelajaran. Sekolah yang bagus dapat juga mempunyai ciri-ciri seperti
mengekalkan suasana yang teratur dan tidak terlalu menekan pelajar, mempunyai
pengetua yang aktif dan bertenaga serta mempunyai guru yang berkuasa dalam
membuat keputusan penting dalam sekolah. Guru-guru di sekolah memainkan
peranan yang penting dalam menangani masalah tingkah laku remaja dengan
memantau aktiviti akademik prestasi pelajar dan aktiviti kokurikulum pelajar.

Sekolah haruslah memastikan semua guru mestilah mempunyai


pengetahuan tentang selok belok dan punca penyebab berlakunya masalah
antisosial. Pendidikan pencegahan melalui KBSR dan KBSM harus dilaksanakan,
serta melaksanakan program pendidikan pencegahan gejala sosial di Tadika/Pra
sekolah. Selain itu, sekolah haruslah memastikan semua guru mempunyai
kemahiran untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah. Antara
program-program yang boleh dilaksanakan adalah seperti; program intelek asuhan
rohani (pintar), kem pintar, latihan tenaga pengajar, program untuk PIBG/guru,
program sekolah anak didik kami, ujian saringan air kencing, seminar, ceramah,
pameran, tayangan video, program kampus sejahtera dan menubuhkan skuad anti
masalah sosial di Institusi Pengajian Tinggi.

21
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

Sekolah perlulah menyediakan persekitaran bilik darjah yang selesa dan


tidak membosankan supaya pelajar akan menyukai bilik darjah. Ini adalah penting
kerana dapat melahirkan minat pelajar untuk belajar dan menjauhkan mereka
daripada aktiviti yang tidak sihat. Strategi menangani masalah tingkah laku agak
berbeza dengan strategi pembelajaran berkesan kerana strategi penyelesaian
tingkah laku bukan sahaja melibatkan pencapaian tetapi juga melibatkan
kemahiran emosi, sosial dan perlakuan fizikal. Antara strategi yang perlu
dimainkan oleh sekolah dan guru adalah :

3.2.1 Memberikan Peneguhan Kepada Pelajar

Dalam menangani masalah tingkah laku antisosial, guru haruslah memberi


peneguhan kepada pelajar. Peneguhan positif diberikan kepada perkembangan
tingkah laku yang positif manakala peneguhan negatif diberikan kepada tingkah
laku yang tidak diingini. Tingkah laku antisosial haruslah diberi teguhan negatif
oleh guru supaya pelajar dapat tahu bahawa apa yang mereka buat itu adalah tidak
betul dan salah. Ini adalah penting kerana dapat menghalang pelajar daripada
terus salah dengan lebih mendalam dan menjadi lebih buruk tingkah laku
antisosial. Peneguhan negatif dapat membetulkan tingkah laku negatif pelajar dan
membawa mereka kembali ke keadaan tingkah laku yang betul. Peneguhan positif
haruslah diberikan kepada pelajar yang tingkah laku positif. Ini adalah penting
supaya pelajar dapat tahu bahawa tingkah laku positif mereka mendapat perhatian
atau pujian daripada orang lain.

22
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

3.2.2 Mempelbagaikan Strategi Pengajaran

Strategi yang berkesan sangat diperlukan dalam pengajaran dan


pembelajaran. Secara umumnya, strategi pengajaran dibahagikan kepada tiga
jenis, iaitu strategi pemusatan kepada guru, remaja atau pada bahan. Pemilihan
strategi pengajaran oleh guru bergantung pada situasi remaja. Pemusatan strategi
yang diplih adalah tidak tetap kerana boleh berubah-ubah mengikut keadaan
semasa remaja. Guru akan menentukan strategi pengajaran mengikuti keadaan
yang sesuai. Selain daripada itu, guru haruslah menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kaedah pengajaran untuk menarik minat
pelajar untuk belajar dan menjauhi pelajar daripada aktiviti yang antisosial. Ini
kerana terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dapat menarik perhatian pelajar untuk
belajar dan pelajar tidak akan berasa bosan dan mengantuk dalam kelas.

Guru perlulah juga diberikan kemahiran yang mencukupi untuk


menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Keupayaan seseorang guru
untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran bukan berlaku secara automatik.
Oleh itu, adalah penting bagi guru untuk membuat persediaan awal yang
mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk
menggabungkan ICT dalam pengajaran. Dengan mempelbagaikan strategi
pengajaran oleh guru, maka ia dapatlah menarik minat pelajar untuk belajar dan
menjauhi pelajar daripada melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak baik dan
antisosial.

23
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

3.2.3 Merancang Kepelbagaian Penyampaian

Kepelbagaian penyampaian bermakna guru menggunakan segala


kebolehan dan bakat sebagai guru semasa berhadapan dengan remaja. Guru
perlulah menggunakan semua pancainderanya seperti tepuk tangan, fokus
pandangan, gerakan kepada dan gerakan fizikal guru yang berbagai-bagai.
Dengan mempelbagaikan variasi, rangsangan mampu menarik perhatian remaja.
Contohnya remaja yang mengantuk secara tiba-tiba akan terjaga apabila
mendengar tepukan tangan guru. Remaja yang suka menganggu rakan akan
berhenti menganggu rakan apabila guru bergerak menghampirinya. Guru perlu
menukar antonasi penyampaiannya supaya remaja benar-benar terhibur serta tidak
bosan dengan pembelajaran yang berlangsung. Di samping itu, guru juga harus
menceritakan serba sedikit benda atau cerita yang lucu semasa pengajaran bagi
menarik minat pelajar untuk belajar dan pelajar tidak akan berasa bosan dalam
kelas. Ini kerana banyak kajian menunjukkan remaja tidak berminat belajar
disebabkan oleh persembahan pengajaran guru yang tidak memberangsangkan
dan seterusnya mengakibatkan pelajar mempunyai kecederungan diri yang tinggi
dalam penglibatan aktivti-aktiviti antisosial.

3.2.4 Menghubungi Keluarga

Tingkah laku remaja kadangkala berbeza dengan apa yang dipamerkannya


di sekolah dan di rumah. Oleh itu, guru perlu bersedia menjalinkan hubungan
yang baik dengan keluarga remaja untuk berkongsi mengenali tingkah laku
remaja. Kemampuan guru berkomunikasi dengan keluarga ibu bapa akan
membantu sama ada guru atau ibu bapa mengenali remaja dengan lebih
mendalam. Contohnya ibu bapa pelajar dapat tahu bagaimana prestasi akademik
anak mereka di sekolah. Selain itu dengan menghubungi keluarga ibu bapa,
sekolah juga dapat tahu sama ada seseorang pelajar itu ponteng sekolah atau tidak
dan terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat serta antisosial. Sekiranya sekolah dan
guru tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga, maka ibu bapa tidak
akan tahu bagaimana tingkah laku anak meraka di sekolah dan sebaliknya.

24
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

3.2.5 Meningkatkan Penghargaan Dan Kepuasan Diri Remaja

Sebelum bermulanya proses pembelajaran, guru digalakkan


mengemukakan soalan yang berkaitan dengan pembelajaran yang lepas. Hal ini
akan membentuk personaliti ego kerana remaja akan berusaha mengingat,
mengamati apa-apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum ini untuk tujuan
menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru. Apabila persoalan yang
dikemukan dapat dijawab dengan lancar, mereka akan berasa puas walaupun
jawapan yang diberikan tidak menepati kehendak guru. Sebagai kesimpulan, guru
akan memberikan jawapan yang tepat dan sebagai remaja mereka akan mengambl
iktibar yang baik untuk mengawal tingkah laku mengikut peraturan
bermasyarakat. Jadi, dengan meningkatkan penghargaan dan kepuasaan diri
remaja maka remaja dapatlah menjauhi diri daripada terlibat dalam aktiviti-
aktiviti yang antisosial.

3.2.6 Memperbaiki Kendiri Yang Lemah

Sebagai guru yang bersifat fleksibel, guru boleh menggunakan pendekatan


pembelajaran di hadapan kelas iaitu setiap pelajar diberi peluang untuk
menampilkan diri mereka dengan melakukan pembentangan. Bagi remaja yang
mempunyai personaliti yang pendiam dan pemalu tetapi cerdik, mereka perlulah
diberi peluang menonjolkan diri untuk memberikan keyakinan, memotivasikan
diri dan mengurangkan sifat malu yang terdapat dalam diri mereka. Di samping
itu, mereka akan rasa lebih bersemangat untuk belajar dan memberikan tumpuan
yang sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlangsung. Ini kerana sekiranya remaja tidak diberi peluang untuk memperbaiki
kendiri yang lemah oleh guru, maka kendiri yang lemah ada pada diri remaja
tidak dapat diperbaiki selama-lamanya dan akhirnya akan mengakibatkan remaja
itu mengasingkan dirinya daripada remaja-remaja lain dan seterusnya mendorong
remaja itu kepada masalah-masalah antisosial. Oleh itu, memperbaiki kendiri
yang lemah oleh guru dapat menangani masalah-masalah antisosial.

25
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

3.2.7 Meningkatkan Tahap Kecerdasan Remaja

Menurut Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg, kecerdasan adalah sesuatu


yang berkait dengan pemprosesan informasi. Beliau mengkaji bagaimana
informasi diterap ke dalam minda dan berubah mengikut lingkungan kepeluannya.
Analisis yang dilakukan oleh Sternberg akhirnya muncul sebagai model
kecerdasan berbentuk tiga (triarchic). Bentuk-bentuk yang dinyatakannya adalah
analitik (componential), pengalaman (experiential) dan praktikal (contextual).
Sternberg mengakui bahawa seseorng tidak semestinya mempunyai satu
kecerdasan sahaja. Terdapat individu yang mempunyai gabungan ketiga-tiga
bentuk kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi.

Secara umumnya, remaja memang berbeza dari segi kebolehan mental


atau intelek untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Dari sudut tumbuhan
dan perkembangan, mungkin kebolehan remaja adalah sama, namun apabila
diukur terdapat perbezaan dari segi intelek dalam kalangan mereka. Kebolehan
mental kanak-kanak juga dapat diketahui berdasarkan cepat atau lambatnya
mereka menyelesaikan sesuatu masalah yang diberi. Remaja berkemampuan
dalam menaakul, berfikiran kritis dan kreatif menyelesaikan masalah, berfikiran
logik, kebolehan berbahasa dan mengira. Perbezaan-perbezaan ini telah diteliti
oleh ramai ahli psikologi kognitif melalui pendekatan kajian kecerdasan. Remaja
perlu dilatih untuk memahami pengajaran guru dalam masa yang singkat. Remaja
yang berfikiran tajam mempunyai harapan untuk menjadi remaja yang kritis dan
kreatif. Mereka dapat memanfaat semua fakta, peristiwa dan bukti. Manakala
remaja yang tidak berfikiran tajam hanya akan menerima fakta, peristiwa dan
bukti secara berasingan. Kemampuan menyelesaikan masalah merupakan tahap
kecerdasan peringkat tertinggi.

Dalam konteks bilik darjah di negara ini, rata-rata di dalam sebuah bilik
darjah terdapat remaja yang pintar, cerdas, sederhana dan lembab. Kadangkala
sesebuah sekolah telah mengasingkan tahap kecerdasan remaja mengikut kelas
dengan mengubah nama kelas kepada nama bunga atau nama tokoh tertentu.
Pengasingan kelas mengikut tahap kecerdasan bukanlah satu langkah yang baik
26
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

dari perspektif psikologi. Hal ini kerana remaja yang pintar tidak semestinya
kreatif kerana Woolfolk telah membuktikan hubungan antara remaja pintar
dengan remaja kreatif tidak signifikan, iaitu dalam banyak kes, remaja yang
kreatif lebih tinggi nilainya daripada remaja yang pintar.

Oleh itu, guru haruslah berhati-hati dalam melakukan pengasingan


individu yang dibuat atas dasar kepintaran semata-mata. Hal ini kerana kemajuan
individu tidak berdasarkan satu aspek sahaja.

3.2.8 Memerhati Emosi stabil

Kawalan emosi perlu dilatih oleh setiap remaja. Kesan emosi akan
mempengaruhi tingkah laku pelajar. Mengawal emosi memerlukan skil dan skil
mengawal emosi seperti bertoleransi dapat mengurangkan perasaan cepat marah
apabila rakan-rakan mengusiknya. Emosi yang stabil ialah emosi yang seronok
dan melibatkan daya tarikan kepada sesuatu objek seperti bergembira,
berkeinginan, berkasih sayang dan bercinta serta mengelakkan emosi tidak
seronok yang melibatkan kecenderungan menjauh seperti bersedih, kecewa, takut,
marah, benci, duka, merajuk dan dendam.

Keadaan emosi bergantung kepada sejauh mana tindak balas seseorang


terhadap situasi yang dialaminya. Contohnya, sekiranya seseorang remaja sering
dipersalahkan oleh guru, berkemungkinan menyebabkan remaja tersebut takut
kepada guru itu. Cuba perhatikan emosi seseorang, iaitu individu yang mencapai
keperluan dihajati, sudah tentu dia akan bergembira dan berasa puas. Dalam
situasi bilik darjah, mungkin terdapat pelbagai keadaan emosi yang ditunjukkan
oleh remaja. Guru perlu sensitif memerhatikan perbezaan emosi pelajar. Bagi
guru yang peka, mereka dapat meramalkan bentuk emosi seseorang remaja.
Kebolehan meramal emosi juga dikenali sebagai kemahiran pengajaran melalui
air muka. Oleh itu, guru haruslah tahu memerhatikan perbezaan emosi pelajar.

27
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

3.2.9 Mengembang Minat Cemerlang

Minat merupakan satu anugerah. Setiap orang dilahirkan dengan


membawa bakat yang tersendiri. Pembawa minat yang dimaksudkan adalah
seperti kebolehan menyanyi, melukis, membaca dan berlakon. Bakat merupakan
anugerah semula jadi. Seseorang yang berbakat, memudahkan pengajar
menyampaikan ilmu yang disukai oleh individu tersebut. Manakala minat pula
merupakan kecenderungan individu yang tinggi terhadap sesuatu aktiviti atau
bijak. Oleh itu minat seseorang perlu berkembang bagi menuju kecemerlangan.
Jadi, guru haruslah cuba sedaya upaya untuk mengembangkan minat atau bakat
pelajar ke tahap yang paling tinggi.

3.2.10 Berkreativiti

Kreativiti sebenarnya tidak bergantung sepenuhnya kepada tahap


kecergasan. Sering terjadi remaja yang lemah tetapi mampu menghasilkan sesuatu
yang menakjubkan. Malah kajian menunjukkan pelajar sederhana lebih kreatif
daripada pelajar pintar. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa remaja
yang tinggi tahap kecerdasannya mudah menjadi kreatif.

Kita dapat membuat andaian bahawa seseorang yang mempunyai


kecerdasan yang tinggi tidak semestinya berminat terhadap sesuatu aktiviti yang
berbentuk kreatif. Begitu juga seseorang yang mempunyai daya kreatif yang
tinggi serta memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat dan negara
tidak semestinya seorang remaja yang berkecerdasan tinggi. Perbezaan jelas
kelihatan antara remaja di sekolah rendah dengan remaja di sekolah menengah,
iaitu setiap individu mempunyai kreativiti yang tersendiri. Mereka perlu diberi
galakan yang positif bagi mengembangkan kreativiti mereka. Seringkali berlaku
apabila remaja yang pada peringkat awalnya seorang kreatif tetapi dalam proses
pembesaran menjadi orang yang tidak mampu mengembangkan ideanya. Oleh itu
guru perlu meneliti tahap kreativiti yang dimiliki oleh remaja dan mencari jalan
untuk mengembangkannya.

28
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

3.2.11 Menghapuskan Rasa Rendah Diri

Menurut Teori Personaliti Alfred Adler (1870-1937), Adler percaya


manusia bermotivasi untuk menyesuaikan diri, memperbaiki diri dan menangani
cabaran dan ingin mencapai kecemerlangan adalah fitrah manusia semula jadi.
Menurut Adler, semua manusia terlibat dalam proses kompensasi dalam usaha
mengatasi perasaan rendah diri sebenar atau dalam imaginasi. Sekiranya perasaan
rendah diri seseorang melampau, dia akan mengalami kompleks rendah diri.
Kajian menunjukkan faktor sosioekonomi merupakan faktor besar yang
mempengaruhi perkembangan seseorang. Harus diingatkan bahawa setiap remaja
yang berhadapan dengan guru mempunyai jurang perbezaan kehidupan yang
besar. Jurang perbezaan mereka sukar dikenalpasti sekiranya pemerhatian tidak
dilakukan secara mendalam.

Remaja akan terbawa-bawa tabiat tingkah laku yang dipengaruhi oleh latar
belakang mereka ke sekolah. Dijangkakan remaja yang berketurunan Cina akan
membentuk cara hidup seorang Cina. Begitu juga remaja yang datang daripada
etnik melayu akan mempraktikkan kehidupan seperti seorang Melayu. Perbezaan
antara seorang remaja dengan seorang remaja yang lain juga ketara dari aspek
tahap ekonomi keluarga masing-masing. Remaja yang berada mempamerkan
tingkah laku yang superior dan berkeyakinan. Manakala remaja yang datang
daripada keluarga miskin akan mempamerkan tingkah laku yang suka merendah
diri. Perbezaan juga ketara bagi remaja yang datang daripada kalangan keluarga
yang berbeza tahap pendidikannya. Remaja yang mempunyai ibu bapa yang
berpendidikan rata-rata menunjukkan sikap suka belajar dan membaca.
Sebaliknya kebanyakan remaja-remaja yang datang daripada ibu bapa yang
rendah pencapaian pendidikannya tidak begitu minat belajar dan membaca.

Oleh itu tahap rasa rendah diri yang berlainan memerlukan penelitian guru
sebagai pendidik. Sekiranya guru terlepas pandang, hal ini boleh mengakibatkan
tindakan guru akan menyinggung hati remajanya. Bagi remaja yang terdiri
daripada keluarga berpendapatan tinggi, nilai wang sebanyak itu tidak
membebankan, manakala bagi remaja yang datang daripada keluarga yang
29
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

miskin, nilai sebegini adalah tinggi. Sekiranya guru tidak menyedari hal ini,
kemungkinan remaja yang tidak mampu membeli buku akan berasa kecil hati
serta berkemungkinan besar menjauhkan diri daripada rakan dan guru.

3.4 PERANAN KERAJAAN

3.4.1 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Peranan pihak kerajaan memperkenalkan Program Latihan Khidmat


Negara (PLKN) adalah satu langkah bijak dalam usaha menangani masalah
antisosial pelajar. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dapat melahirkan
semangat patriotisme di kalangan pelajar. Selain itu, Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) dapat juga memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
Pelajar yang menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dapat
membentuk perwatakan yang positif menerusi nilai-nilai murni berbanding
dengan pelajar yang tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), ia dapat
menyemarakkan semangat kesukarelaan di kalanagan pelajar. Di samping itu,
dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), ia dapat juga
melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh dengan keyakinan
diri. Oleh itu, langkah kerajaan dalam menangani masalah tingkah laku antisosial
di kalangan pelajar dengan memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) adalah satu langkah yang bijak dan berkesan.

3.4.2 Kementerian Pelajaran Malaysia


Pihak Kementerian Pelajaran juga haruslah mewajibkan semua pelajar
sekolah menengah menyertai pasukan beruniform/seragam dan aktiviti
kokurikulum. Ini kerana dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
pelajar akan mendapat pelbagai manfaat dan menjauhkan diri mereka daripada
terlibat dalam aktiviti antisosial. Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu
prihatin terhadap profesional perguruan dalam menangani isu berkaitan dengan
cara guru menangani masalah disiplin pelajar. Ini adalah amat penting dalam
memenangi masalah tingkah laku antisosial pelajar. Sekiranya cara guru
30
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

menangani masalah adalah tidak betul maka ia akan menyebabkan masalah


tingkah laku antisosial tidak dapat dicegah dan dibanteras.

Kementerian Pelajaran haruslah menjalankan tanggungjawab dengan


sepenuhnya bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program
serta aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial
di peringkat sekolah. Institusi Latihan Guru perlu mewujudkan pemikiran
generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif
berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan
mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci.

3.4.3 Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Kerjasama berterusan yang diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)


dalam menangani jenayah di sekolah dan luar sekolah seharusnya mendapat
sokongan dan bantuan masyarakat Malaysia. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
boleh menjadikan sekolah mempunyai kadar kejadian jenayah yang tinggi
‘sekolah angkat’ dengan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh keluar
masuk demi memastikan disiplin pelajar terkawal. Dengan bantuan darpada Polis
Diraja Malaysia (PDRM) yang kerap masuk ke sekolah membuat rodaan dan
pemeriksaan sama ada pelajar membuat aktiviti jenayah atau tidak. Maka ia
dapatlah menangani masalah tingkah laku antisosial pelajar.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan yang besar dalam


mengawal pencegahan kes-kes jenayah di seluruh Malaysia. Sumbangan besar
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan negara
membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman damai. Sifat amanah, ikhlas,
integriti dan pengorbanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan
tanggungjawab dalam menangani masalah tingkah laku pelajar adalah amat
diperlukan bagi membanteras aktiviti antisosial pelajar ke tahap yang paling
minimum.

31
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

3.4.4 Kempen, Ceramah & Seminar

Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah


tingkah laku antisosial pelajar dengan mengadakan kempen, ceramah dan seminar
secara besar-besaran kepada pelajar di sekolah mahupun di luar sekolah. Ini
adalah penting kerana melalui kempen, ceramah dan seminar yang diadakan itu,
ia akan dapat mewujudkan kesedaran kepada pelajar tentang keburukan antisosial
serta dibenci oleh masyarakat. Melalui penganjuran ceramah, seminar dan
kempen oleh kerajaan yang berkaitan dengan aktiviti antisosial seperti keburukan
penglibatan diri dalam kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit
sebanyak dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-
pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah serta aktiviti lain yang
berkaitan dengan antisosial.

3.4.5 Status Sosioekonomi

Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar yang


datang daripada keluarga yang rendah status sosioekonomi. Kerajaan haruslah
memberikan bantuan dalam bentuk biasiswa, pengecualian yuran sekolah dan
memberi buku rujukan kepada pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga yang
rendah status sosioekonomi. Dengan bantuan biasiswa, pengecualian yuran
sekolah dan memberi buku rujukan yang diberikan oleh kerajaan, maka pelajar
yang datang daripada keluarga yang rendah status sosioekonomi dapatlah
meneruskan pelajaran mereka hingga ke manara gading atau Universiti. Kajian
menunjukkan bahawa lebih ramai remaja yang datang daripada keluarga yang
rendah status sosioekonomi gagal menamatkan pengajian pada tahap prauniversiti
ataupun menjejakkan kaki ke menara gading. Sekolah yang terdiri daripada
majoriti pelajar miskin juga menduduki tempat yang rendah dari segi pencapaian
pelajar, kedatangan pelajar dan peratusan pelajar yang menamatkan sekolah.
Status sosioekonomi yang rendah menyebabkan tekanan dari segi kewangan
kepada keluarga remaja. Hal ini mendorong pelajar remaja untuk ponteng atau
berhenti terus daripada sekolah dan bekerja untuk membantu menyara keluarga.
Jadi, peranan kerajaan dalam memberi bantuan biasiswa, pengecualian yuran
32
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

sekolah dan memberi buku rujukan kepada pelajar yang datang daripada keluarga
yang rendah status sosioekonomi dapatlah menangani tingkah laku pelajar
antisosial.

3.5 PERANAN MASYARAKAT

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah


seseorang daripada terlibat dengan dadah, budaya melepak, ponteng sekolah, keganasan,
samseng dan sebagainya. Sungguhpun masalah ini bermula dengan masalah individu
tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat
sekitarnya. Masalah dadah berkait rapat dengan masalah jenayah, keganasan,
keselamatan dan HIV/AIDS di satu-satu kawasan. Oleh itu semua pihak mestilah
mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya dadah di samping merangsang
penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi dadah. Setiap individu,
keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan haruslah bekerjasama dan mempunyai
peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada
gejala sosial ini. Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani
masalah antisosial ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika
dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu
dikikis di kalangan masyarakat. Oleh itu, setiap individu, keluarga dan masyarakat
haruslah bekerjasama dan bergading bahu untuk menangani masalah pelajar-pelajar
antisosial dan tabiat agresif.

4.0 KESIMPULAN

33
KPP 5052 (Applikasi Asas Psikologi Pendidikan)
”Pelajar-Pelajar Antisosial dan Tabiat Agresif”

Remaja merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan generasi
pengganti pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, perubahan tingkah laku remaja ke
arah positif adalah amat baik. Sebelum mengubah tingkah laku pelajar remaja ke arah
kebaikan, terlebih dahulu kita sebagai guru perlulah mengetahui sikap pelajar tersebut
dan dari situ kita akan mula memahami kenapa seseorang pelajar itu berkelakuan buruk
dan seterusnya langkah modefikasi haruslah dijalankan. Proses modifikasi yang
dilakukan melalui kaedah peneguhan merupakan satu proses yang amat penting dalam
usaha mengubah tingkah laku remaja. Oleh kerana terdapat peneguhan untuk mengubah
tingkah laku maka usaha itu dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Penyediaan program
yang terancang akan lebih berkesan dalam mengubah tingkah laku remaja.

Para guru boleh mengaplikasikan kaedah modifikasi, peneguhan dan teori


behaviorisme dalam bilik darjah. Hal ini dapat membantu guru dalam mengawal susunan
dan keadaan dalam kelas agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Kebaikan dari mengubah tingkah laku ini melalui pelbagai aspek iaitu individu,
masyarakat, dan sebagainya. Oleh sebab proses pengubahan tingkah laku remaja
memerlukan perhatian yang serius, maka penglibatan semua lapisan masyarakat seperti
ahli politik, ahli agama, penduduk dan semua kumpulan selain daripada guru amat
diperlukan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah


pelajar-pelajaran antisosial dan tabiat agresif ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi
mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan, langkah drastik daripada
semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan
membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.

34

You might also like