You are on page 1of 10

“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA” Kajian Tindakan Pembelajaran

(KPR5063)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN


IDRIS
KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM
PENDIDIDIKAN
(KUMPULAN D)

TUGASAN 2:
Menilai Laporan Kajian Tindakan

TAJUK KAJIAN:
“Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di
Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di
Empat Buah Negeri”

DISEDIAKAN OLEH:

NO. NAMA NO MATRIKS


1. AMIR AZROS BIN ABDUL L20092005563
AZIZ
2. SU MOU JANG L20092005562

(KURSUS PERDAGANGAN & PERNIAGAAN SESI JULAI


2009/2010)

DISEDIAKAN UNTUK:

ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF


“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA” Kajian Tindakan Pembelajaran
(KPR5063)

TAJUK: PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME


DI KALANGAN REMAJA DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH
MENENGAH DI EMPAT BUAH NEGERI

Kumpulan kami telah memilih satu topik berkenaan dengan masalah gejala gengsterisme
di kalangan remaja di beberapa buah sekolah menengah di empat buah negeri. Kami
akan menganalisa sejauh mana kajian yang dibuat mencakupi aspek-aspek yang
diperlukan dalam membuat sesuatu laporan kajian tindakan. Dalam kajian tindakan ini,
kami memilih tajuk “Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan
Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri” yang telah dikaji
oleh Prof. Madya Dr. Azizi Bin Haji Yahya dan Rosnah Bin Haji Buang. Kajian tindakan
ini telah dibuat di sekolah menengah dalam empat buah negeri iaitu Johor, Melaka,
Negeri Sembilan dan Selangor. Seramai 400 orang pelajar terdiri pelajar tingkatan empat
dipilih secara kelompok atas kelompok.

Pengenalan

Kajian yang bertajuk “Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di


Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri” adalah salah satu artikel dari
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kami telah memperolehi
artikel ini dari laman web yang beralamat www.solidpdf.com (diakses pada16 Ogos
2009). Tujuan kajian ini dipilih adalah kerana kami berasa kajian yang dijalankan akan
mendapat hasil dapatan yang berkesan dan amat sesuai digunakan untuk mengenalpasti
punca berlakunya masalah gejala gengsterisme di kalangan remaja.
“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA” Kajian Tindakan Pembelajaran
(KPR5063)

Penghargaan

Sebelum kajian penyelidikan dilihat, pihak penyelidik perlulah meletakkan penghargaan


bagi mana-mana pihak yang telah membantu penyelidik sepanjang kajian penyelidikan
dibuat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam kajian ini, pihak kami dapati
tiada penghargaan dibuat ke atas mana-mana pihak yang membantu sehingga terhasilnya
kajian penyelidikan ini.

Tajuk Kajian

Berdasarkan penilaian yang dibuat ke atas kajian penyelidikan yang dibuat oleh Prof.
Madya Dr. Azizi Bin Haji Yahya dan Rosnah Bin Haji Buang, pihak kami dapat
menyimpulkan bahawa tajuk tersebut telah ditentukan dengan melihat “Punca
Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah
Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri.” Penulis telah mencari dan mengenalpasti
punca berlakunya masalah gengsterime di kalangan remaja. Melalui tajuk kajian tindakan
yang dibuat, tajuk tersebut adalah ringkas, mengandungi hala tuju kajian, dan mempunyai
sasaran kajian iaitu 400 orang pelajar terdiri pelajar tingkatan empat dipilih secara
kelompok atas kelompok.

Nama Penyelidik

Tajuk kajian yang dibuat telah mengenalpasti Prof. Madya Dr Azizi Bin Haji Yahaya dan
Rosnah Binti Hj Buang yang membuat kajian tindakan berkenaan. Mereka telah
menyertakan nama penuh mereka untuk memudahkan pihak pengkaji-pengkaji lain
mengenalpasti penulis penyelidikan tersebut.
“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA” Kajian Tindakan Pembelajaran
(KPR5063)

Nama Sekolah

Penyelidik tidak menyertakan nama penuh sekolah yang telah dijadikan tempat
penyelidikan kajian mereka. Ini menunjukan kajian yang dijalankan boleh dipertikaikan
dalam pengambilan sampel di kawasan sekolah bagi mengenalpasti permasalahan yang
berlaku dalam masalah gengterisme. Jika dilihat melalui tajuk kajian, pengkaji telah
mengambil empat buah sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor sebagai
sampel kajian mereka tetapi mereka tidak menyatakan nama dan alamat sekolah yang
berkenaan. Ini merumitkan pembaca dan pengkaji lain untuk mengetahui tempat kajian
dijalankan sama ada sekolah di bandar atau di luar bandar.

Abstrak

Dalam penulisan abstrak, ia menekankan tentang tujuan kajian iaitu mengenalpasti punca
berlakunya masalah gejala gengterisme di kalangan remaja sekolah menengah di empat
negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Pengkaji telah mengambil
sampel seramai 400 pelajar Tingkatan Empat dari empat buah sekolah yang dipilih secara
kelompok atas kelompok. Pengkaji menggunakan instrument kajian yang diadaptasi
daripada soal selidik Gangs Activities Perception Questionnaire (FAPQ) dan Perception
Toward Youth Gangs.

Menurut kajian ini, punca utama berlakunya masalah gejala gengterisme di kalangan
remaja ialah pengaruh daripada rakan sebaya. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor gejala gengterisme dengan
pendapatan keluarga dan pretasi akademik. Di dalam kajian ini juga, penyelidik
menyatakan bahawa tahap faktor-faktor gejala gengsterisme di kalangan pelajar sekolah
menengah secara keseluruhan adalah berada pada tahap yang rendah.
“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA” Kajian Tindakan Pembelajaran
(KPR5063)

Metod Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengambil sampel seramai 400 pelajar Tingkatan Empat
dari empat buah sekolah yang dipilih secara kelompok atas kelompok di empat buah
negeri Johor, Selangor, Melaka, dan Negeri Sembilan. Manakala instrument kajian yang
digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah menggunakan instrument kajian set soal
selidik yang diubahsuaikan daripada soal selidik Gangs Activities Perception
Questionnaire (FAPQ) dan Perception Toward Youth Gangs. Pengkaji tidak
menggunakan instrumen kajian lain seperti ujian, temubual dan lain-lain yang digunakan
untuk mengumpul data.

Di dalam kajian ini, pengkaji menyatakan bahawa reka bentuk kajian ini adalah
berbentuk deskriptif di mana penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang
bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Jenis
penyelidikan ini adalah jenis tinjauan. Selain itu, penyelidik juga menyatakan analisis
dapatan dengan program SPSS menggunakan analisis deskriptif berbentuk min dan
sisihan piawai

Dalam kajian ini, pengkaji tidak menyatakan umur, jantina sampel dalam umur linkungan
berapa tahun serta tempoh kajian dilaksanakan juga tidak dinyatakan. Walaupun
instrumen untuk menjalankan kajian diberikan dengan jelas namun tiada penerangan
mengapa instrumen tersebut digunaka. Selain itu, pengkaji juga tidak menyatakan secara
terperinci kerelevanan serta kesesuain soal selidik digunakan untuk mendapatkan
maklumat mengenai masalah yang dikaji.

Di samping itu, kami juga mencadangkan supaya turut digunakan instrumen lain seperti
temubual dengan pelajar mengenai punca berlakunya masalah gengsterisme untuk
menambahkan lagi kepelbagaian hasil dapatan kajian.
“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA” Kajian Tindakan Pembelajaran
(KPR5063)

Dari segi reka bentuk kajian serta prosedur pula, penyelidik kajian ini memberi sedikit
penerangan tentang reka bentuk kajian serta prosedur yang pengkaji laksanakan dalam
menjalankan kajian ini. Pada pandangan kami, bahagian prosedur dalam metodologi
kajian ini adalah kurang lengkap. Penyelidik tidak menerangkan dengan terperinci
langkah-langkah yang dilakukan dalam menjalankan kajian tindakan seperti penentuan
fokus umur dan jantina, pengumpulan maklumat atau data, perancangan tindakan,
menjalankan tindakan serta langkah-langkah membuat refleksi atau penilaian tentang
tindakan yang dilakukan.

Kami juga berpendapat bahawa penerangan bahagian metodologi dalam laporan kajian
tindakan ini adalah tidak lengkap dan terlalu ringkas. Bahagian metodologi sepatutnya
perlu dihuraikan dengan jelas kerana ia merupakan bahagian terpenting dalam kajian
tindakan. Selain itu, bahagian ini penting dalam membantu pembaca untuk memahami
tentang cara persampelan kajian dilakukan, teknik pengumpulan data kajian dilakukan
serta langkah-langkah kajian dilaksanakan. Ini adalah penting untuk meningkatkan
kesahan terhadap kajian tindakan yang dijalankan dengan keputusannya diyakini dan
boleh dipercayai.
“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA” Kajian Tindakan Pembelajaran
(KPR5063)

Keputusan Kajian

Pengkaji kajian ini juga menyertakan keputusan kajian atau dapatan kajian di dalam kajian
mereka. Mereka telah menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan hasil keputusan kajian
mereka. Akan tetapi, daripada penilaian laporan kami mendapati pengkaji tidak menyatakan
masalah yang dihadapi semasa proses menganalisis data serta mengintepretasi data. Ini
menjadikan pembaca kurang jelas tentang sebab mengapa suatu dapatan itu memperolehi
skor sedemikian rupa dan sebaliknya.

Kami mencadangkan agar pengkaji turut memberikan pendapat atau pandangan mereka
berkaitan minskor yang berbeza-beza agar pembaca kajian tindakan ini akan maklum
tentang setiap perbezaan skor yang diperolehi bagi kategori yang berbeza.

Ini kerana penerangan konkrit terhadap setiap dapatan skor yang dikaji akan membantu
pembaca memahami dapatan kajian tindakan ini dengan lebih baik dan tidak
mempersoalkan dapatan yang pengkaji perolehi.
“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA” Kajian Tindakan Pembelajaran
(KPR5063)

Selain itu, kami juga mendapati bahawa segala dapatan kajian penyelidik ditunjukkan
dengan jelas dalam bentuk berjadual. Berikut adalah contoh jadual daripada kajian
tindakan tersebut.

Faktor Gengsterisme Min

Rakan Sebaya 2.63

Pengaruh Keluarga 2.93

Pengaruh Media 3.09

Pengaruh Kendiri 3.32

Jadual 1: Min Bagi Setiap Faktor Gengsterisme

Berdasarkan Jadual 1, faktor yang paling mempengaruhi perlakuan gengsterisme adalah


faktor pengaruh individu yang mencatatkan nilai min 3.32, diikuti faktor pengaruh media
dengan nilai min 3.09, faktor keluarga dengan nilai min 2.93 dan faktor paling rendah
adalah faktor rakan sebaya dengan nilai min 2.63.

Perbincangan
“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA” Kajian Tindakan Pembelajaran
(KPR5063)

Berdasarkan kajian yang dilakukan, faktor-faktor gengsterisme yang utama di sekolah


terdapat dari pengaruh rakan sebaya, pengaruh keluarga, individu dan pengaruh keluarga
berada di tahap sederhana. Dalam kajian perbincangan ini, pengkaji juga mencadangkan
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil beberapa langkah pencegahan seperti
menganjurkan bengkel, seminar serta kursus-kursus berhubung dengan masalah
gengsterisme yang perlu dihadapi oleh guru.

Dalam perbincangan ini, kajian menunjukkan kekerapan perlakuan gengsterisme di tahap


sederhana memandangkan perlakuan gengesterisme tidak hanya berlaku di dalam
kawasan sekolah sahaja. Maka kerjasama pihak luar seperti komuniti Pihak Polis dan
Berkuasa adahah perlu untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali semasa
dalam perjalanan ke sekolah dan pulang dari sekolah.

Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan ciri-ciri ahli kumpulan gengterisme
utama di kalangan pelajar sekolah dari aspek simbol, pakaian dan gaya adalah berada
pada tahap rendah. Ini memandangkan pengetahuan responden yang mendalam tentang
peraturan-peraturan sekolah yang dilarang dilakukan di sekolah. Justeru itu, ciri -ciri
gengsterisme sukar dilakukan kerana mudah dikesan oleh pihak berwajib.

Dalam aspek hasil kajian aktiviti-aktiviti gengsterime yang utama terdapat di sekolah dari
aspek peras ugut, menconteng dinding, melawan guru, mencemuh dan mencaci, ponteng
sekolah di empat buah negeri adalah di tahap rendah. Maka, dapat simpulkan
aktiviti-aktiviti gengsterisme di tahap rendah disebabkan responden dalam kajian ini
mempunyai tahap kesediaan pengetahuan tentang aktiviti -aktiviti gengsterisme.

Merujuk kepada bahagian perbincangan dalam kajian tindakan ini, kami mendapati
bahagian perbincangan telah membincangkan dengan jelas permasalahan tentang punca
berlakunya gengsterisme di kalangan pelajar sekolah dan pengkaji telah menyatakan
cadangan-cadangan yang boleh disarankan oleh pembaca atau pengkaji lain untuk
membanteras masalah tersebut.

Kesimpulan
“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA” Kajian Tindakan Pembelajaran
(KPR5063)

Penyelidik ada menyatakan bahawa dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai tahap
pengetahuan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi gejala gengsterisme di sekolah. Selain itu,
penyelidik juga berpendapat adalah normal bagi seseorang pelajar mempunyai pengetahuan dan
pendedahan tentang aktiviti-aktiviti sosial pada masa kini yang sering dipaparkan di media cetak
dan elektronik yang melibatkan pelajar.

Rujukan

Dalam kajian ini, penyelidik ada menyenaraikan bibliografi atau rujukan yang menjadi
garis panduan untuk membuat kajian penyelidikan ini. Tanpa rujukan yang sebenar,
kajian penyelidikan yang dibuat akan diragui kesahihannya dan boleh dipertikaikan sama
ada penyelidik meniru atau plagiat hasil kajian orang lain dan kajian diperolehi dari
sumber-sumber yang disangsikan kesahihannya.

Lampiran

Penyelidik tidak ada menyertakan semua bahan lampiran bahan aktiviti-aktiviti


pembelajaran yang digunakan untuk menyiapkan kajian. Dengan adanya lampiran
tersebut, pihak kami dapat melihat corak pengajaran dan pembelajaran yang ingin
disampaikan dalam kajian pihak penyelidikan. Walau bagaimanapun, oleh kerana pihak
penyelidik tidak menyertakan lampiran sumber rujukan yang dijadikan panduan kajian,
maka bahagian lampiran yang dibuat oleh penyelidik tidak mencapai tahap yang begitu
memuaskan.

You might also like