You are on page 1of 15

DASAR WAWASAN 2020

Pengenalan

Latarbelakang

Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28

Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan

satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan"

yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai

matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun

2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".

Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi

merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial

dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan

antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.

Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan

dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil

dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan

ditempuh oleh negara.

Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan

sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun

2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang

ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek

kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan


dan kebudayaan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka

akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu

berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati

kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang

demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing,

dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara

bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan

caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak

negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan

ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur

dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah

ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna

dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi

oleh negara-negara lain.

Cabaran

Cabaran

Objektif

Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia

dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan

yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan


sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai

matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti

menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat

wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama

sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa

Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi

kepada negara;

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan

maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga

dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi

pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat

dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar

semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan

dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang

matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang

matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang

boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan

beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai

agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika

paling tinggi;
(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur,

rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan

dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang

sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,

mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke

depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi

tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa depan;

(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,

iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat

lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan

tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di

sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan

kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud

perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam

perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak

akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan

fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi

berdasarkan kaum; dan

(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi


bersaing, dinamik, giat dan kental.
Perspektif
Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan

beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan

Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:-

(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.

Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam

kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang

rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum,

keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara

bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan

kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran

terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk

kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi

konsep ini istilah seperti perpaduan negara,

kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi

perlulah difahami dan diamalkan.

(ii) Negara Perindustrian

Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan

kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian

adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020

berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses

transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka

lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di


pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan

sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan

bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan

perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong

oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang

tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau

mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta,

menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara

perindustrian pertumbuhan ekonomi yangamat pesat

amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan

sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara

langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing,

kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan

menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan

sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi

jentera Pertumbuhan.

(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial

Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang

ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal

sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi

penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah

kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud


keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-

galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.

Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan

semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta

perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan,

keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara

wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar

bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya

telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir

terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum

golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah

menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki

ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap

keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke

dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan

dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan

Malaysia Keenam.

(iv) Moral dan Etika

Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang

yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-

Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang

kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan

kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah


penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai

moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan

dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak

membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni

(seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam)

akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak

menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.

(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.

Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem

sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat

bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat

dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini

membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah

negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan

masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana

keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang

mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan

pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang

merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk

masyarakat penyayang dan budaya menyayangi)

sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini

hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan

rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam


memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu

bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna.

Penutup

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan

ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan

pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara

perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih

daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara

berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti

pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika,

kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan

lain-lain.

Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi

ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action

bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu

bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar

maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut

memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah

kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan,

perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan

teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih


dinamik.
www.vlib.unitarklj.edu.my
gurudasar.blogspot.com

Wawasan 2020
Dasar yang menjadi rujukan untuk menjadikan Malaysia maju menjelang 2020
dengan gaya dan acuan sendiri. Dasar ini dirangka agar Malaysia menjadi negara
yang setanding dengan negara membangun lain di dunia dengan mengekalkan
identiti, etika dan nilai ketimuran

Cabaran Wawasan 2020

9 cabaran:

1. Melahirkan masyarakat yang makmur dari segi ekonomi dan mempunyai


daya saing dengan negara-negara maju yang lain.
2. Melahirkan masyarakat penyayang dan mengamalkan budaya penyayang
3. Melahirkan masyarakat yang progresif, saintifik, maju dan perpandangan
jauh seta dapat melahirkan tamadun yang berasaskan sains dan teknologi
4. Melahirakan masyarakat yang bertolak ansur, liberal dan bebas serta
dapat mengamalkan adat, budaya dan agama masing-masing
5. Mewujudkan "A United Malaysia" dengan acuan tersendiri dan
mempunyai matlamat bersama
6. Melahirkan masyarakat yang adil dan makmur melalui pengagihan
kekayaan negara tanpa mengira kaum
7. Melahirkan masyarakat yang bermoral, beretika, berpegang teguh kepada
nilai-nilai agama dan kerohanian.
8. Membangunkan masyarakat yang demokratik, matang serta mempunyai
satu persefahaman untuk kebaikan dan kemakmuran negara,
9. Melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas, maju dan tenteram serta
mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri serta tabah menghadapi
masalah dan bangga dengan kejayaan sendiri
www.wikipedia.org

definisi wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi
sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang
dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-
bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial,
antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik,
sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga
keyakinan.

[sunting] Matlamat utama

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada
Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat
utama Wawasan 2020:

1. Mewujudkan negara
Malaysia bersatu
yang mempunyai
matlamat yang
dikongsi bersama:
Malaysia mesti
menjadi sebuah
negara yang aman,
berintegrasi di
peringkat wilayah
dan kaum, hidup
dalam keharmonian,
bekerjasama
sepenuhnya secara
adil, dan terdiri
daripada satu bangsa
Malaysia yang
mempunyai
kesetiaan politik dan
dedikasi kepada
negara.
2. Mewujudkan sebuah
masyarakat yang
berjiwa bebas,
tenteram dan maju,
dengan keyakinan
akan keupayaan
sendiri, berbangga
dengan apa yang
ada, dengan apa
yang telah dicapai,
cukup gagah
menghadapi pelbagai
masalah. Masyarakat
Malaysia ini mesti
dapat dikenali
melalui usaha
mencapai
kecemerlangan, amat
sedar akan semua
potensinya, tidak
mengalah kepada
sesiapa, dan
dihormati oleh
rakyat negara lain.
3. Mewujudkan dan
membangunkan
masyarakat
demokratik yang
matang, yang
mengamalkan satu
bentuk demokrasi
Malaysia yang
mempunyai
persefahaman
matang, berasaskan
masyarakat yang
boleh menjadi
contoh kepada
beberapa banyak
negara membangun.
4. Mewujudkan
masyarakat yang
sepenuhnya bermoral
dan beretika, dengan
warganegaranya
teguh dalam nilai
agama dan
kerohanian dan
didukung oleh nilai
etika paling tinggi.
5. Mewujudkan
masyarakat liberal
dan bertolak ansur,
dengan rakyat
Malaysia pelbagai
kaum bebas
mengamalkan adat,
kebudayaan, dan
kepercayaan agama
mereka dan pada
masa yang sama
meletakkan kesetiaan
mereka kepada satu
negara.
6. Mewujudkan
masyarakat saintifik
dan progresif,
masyarakat yang
mempunyai daya
perubahan tinggi dan
berpandangan ke
depan, yang bukan
sahaja menjadi
pengguna teknologi
tetapi juga
penyumbang kepada
tamadun sains dan
teknologi masa
depan.
7. Mewujudkan
masyarakat
penyayang dan
budaya menyayangi,
iaitu sistem sosial
yang mementingkan
masyarakat lebih
daripada diri sendiri,
dengan kebajikan
insan tidak berkisar
pada negara atau
orang perseorangan
tetapi di sekeliling
sistem keluarga yang
kukuh.
8. Memastikan
masyarakat yang adil
dalam bidang
ekonomi. Ini
merupakan
masyarakat yang
melaksanakan
pengagihan
kekayaan negara
secara adil dan
saksama, dengan
wujudnya
perkongsian
sepenuhnya bagi
setiap rakyat dalam
perkembangan
ekonomi.
9. Mewujudkan
masyarakat makmur
yang mempunyai
ekonomi bersaing,
dinamik, giat dan
kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya


menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang.
Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa
berkenaan.

[sunting] Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi


ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak
5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama
Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an,
akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam
nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun
yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah
tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi
Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion
dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini
memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun
untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan
penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat
kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran
masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK
Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.

You might also like