You are on page 1of 12

FORMAT KARANGAN JENIS UCAPAN (Ringkasan)

FORMAT KARANGAN JENIS UCAPAN

RINGKASAN FORMAT
KARANGAN
1. Pengenalan JENIS
UCAPAN sambutan iaitu tidak banyak
Dimulakan Dimulakan dengan kata-kata
berbeza daripada karangan jenis syarahan dan ceramah.
Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat
kedudukan masing-masing.
Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi.

1. Isi
Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan,
nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin.
Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan
dan disusuli dengan isi-isi ucapan.
Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti
hadirin yang dihormati sekalian.
Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau
peribahasa supaya ucapan itu menjadi lebih menarik.

1. Penutup
Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat .
Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan,kesimpulan
dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin
teristimewanya tokoh yang diraikan.
Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata indah

CONTOH SITUASI:

Anda telah diminta untuk memberi sebuah ucapan pada hari persaraan
salah seorang guru disekolah anda.Sediakan teks ucapan yang lengkap
untuk disampaikan pada hari tersebut

1. Pendahuluan
Kata alu-aluan kepada hadirin yang hadir
Contoh : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan
kepada Yang saya Hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha
Tuan Guru Besar,Yang Berusaha Guru-Guru Penolong Kanan,Yang
diraikan……………..guru-guru serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.

1. Isi

Ucapan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk


menyampaikan ucapan kepada guru yang akan bersara.

Isi-isi ucapan merangkumi :

– Latar belakang guru yang akan bersara.


– Pendidikan serta kursus-kursus yang pernah disertai.
– Pengalaman
– Pencapaian selama menjalankan tanggungjawab sebagai
seorang guru

Kata-kata penghadapan hendaklah disertakan ketika ingin


memulakan isi baru.

Contoh :

– Hadirin yang dihormati

– Sudara-saudari sekalian

1. Penutup

• Akhir sekali saya mendoakan agar Puan Ramlah Bahri sentiasa berjaya
dalam hidupnya dan mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang
dilakukannya.Saya akhiri ucapan saya ini dengan dua rangkap pantun ;

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Kalau ada sumur diladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.


Sekian,terima kasih.

Protokol Panggilan Hormat

PANGKAT/GELARAN CARA MENGALAMATKAN

Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka


baginda Yang Dipertuan Agong

Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama

Raja Muda/Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia

Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat

Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri Besar/Ketua Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri/Timbalan Menteri Yang Berhormat

Wakil Rakyat/Adun Yang Berhormat

Ahli Dewan Negara/Senator Yang Berhormat Senator


PANGKAT/GELARAN CARA MENGALAMATKAN

Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri Yang Berhormat

• Setiausaha Kerajaan Negeri

• Pegawai Kewangan Negeri

• Penasihat Undang-undang Negeri

Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tun/Tan


Sri/Datuk

Hakim Besar/Hakim Yang Amat Arif Tan Sri/Datuk

Mufti Sahibussamahah Tan Sri /Datuk

Kadi Sahibulfadilah Tuan Kadi

Haji/Hajjah Yang Mulia Tuan Haji/Hajjah

Ustaz/Ustazah Yang Berbahagia

Pengetua/Guru Besar Yang Berusaha

Profesor/Profesor Madya Yang Berbahagia


Contoh Karangan Jenis Ucapan

Yang saya muliakan saudari Pengerusi Majlis, Yang berusaha pengetua


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, guru-guru, para ibu
bapa dan hadirin hadirat yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum
warohmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur
ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita semua dapat
berkumpul dalam dewan yang permai ini bersempena dengan program
“anak dan masa depan”. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada semua warga sekolah kerana sudi menjemput saya
untuk menyampaikan ucapan mengenai sikap terlalu memilih kerjaya yang
mengundang kepada pengangguran.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Kemantapan pemikiran bergantung kepada keteguhan hati dan sikap


individu tersebut. Pengangguran yang kian bertambah seperti cendawan
tumbuh selepas hujan adalah berpunca daripada sikap keluarga itu sendiri.
Ibu bapa adalah asas sesebuah institusi kekeluargaan. Ibu bapa juga adalah
orang yang wajib kita hormati kerana tanpa mereka siapalah kita? Tanpa ibu
bapa yang mengasuh minda sejak kecil ke arah kebaikan, dapatkah kita
menikmati hidup sebagaimana kini? Majoroti penganggur amat tertekan
dengan sikap keluarga mereka yang terlalu menumpukan sesuatu perkara
tanpa memikirkan masa depan anak mereka sendiri. Ibu bapa yang terlalu
memaksa anaknya supaya mencari pekerjaan yang dipandang tinggi oleh
orang lain menyebabkan anaknya hilang daya untuk berfikir secara rasional.
Seperti yang kita maklum bahawa berfikiran secara rasional amat penting
dalam menjamin masa depan individu dan individu itu mampu mendukung
negara ke peringkat antarabangsa dan memartabatkan tanah air mereka.
Hari ini kesalahan jenayah yang melibatkan golongan penganggur mengikut
statistik polis meningkat dengan mendadak. Masalah ni sebenarnya
berpunca daripada sikap dan peranan ibu bapa mereka sendiri yang bulat
hati dalam memilih pekerjaan untuk anaknya.

Sidang hadirin yang penuh visi,

Selain itu, sistem politik negara juga menjadi punca kepada masalah
pengangguran. Melalui parti-parti politik yang ada dalam negara, ramai
graduan yang sanggup mengenepikan tawaran demi kepentingan parti
politik yang lebih senangi. Sistem politik sepatutnya tidak menyumbang
masalah kepada negara kerana ia hanyalah bertujuan untuk memantapkan
sistem pentadbiran dan menegakkan hak-hak rakyat. Individu tidak harus
terlalu taksub dengan bidang politik. Jika ramai individu pandai menjaga diri
dan membawa diri dalam bidang ini, sudah pasti dapat mengurangkan kadar
pengangguran yang sentiasa menjadi masalah bagi negara ini.

Hadirin yang saya hormati,

Masalah dalam revolusi ekonomi yang tidak menentu juga menjadi


penyebab kepada meningkatnya masalah pengangguran. Ekonomi negara
yang baik amat diutamakan untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
Pengurusan yang tidak sistematik boleh menyebabkan ramai orang ditimpa
masalah. Bak kata pepatah, “kerana nila setitik habis susu sebelanga”.
Majikan yang terlalu inginkan kemewahan sanggup mengenepikan graduan-
graduan yang mempunyai kreadibiliti yang tinggi dengan mengambil pekerja
asing. Sikap ini seharusnya dielakkan bagi memberi jalan kepada orang
tempatan yang dibaratkan seperti melukut di tepi gantang, walaupun berada
di negara sendiri. Kita sepatutnya berpegang kepada yang benar dan
hindarkan diri dari sikap tamak.

Marilah kita berfikir sejenak sambil menimbau kembali pada zaman


kita dijajah oleh orang asing disebabkan oleh sikap masyarakat pada zaman
dahulu yang kurang berpangetahuan. Adakah anda semua terfikir betapa
seksanya hidup di dalam negara sendiri tetapi ditadbir oleh masyarakat
asing. Ini amat berkaitan dengan sikap pihak pengurusan pekerjaan yang
mementingkan aliran wang masuk. Tidakkah kita berasa kecewa dengan
sikap segelintir orang seperti ini? Dapatkah anda rasakan semangat orang-
orang Melayu yang berikhtiar membebaskan diri daripada penjajah? Rujuk
semula kepada penganggur, dapatkah penganggur menempis semangat
putus asa dan menimba kembali semangat jati diri yang hampir dikaburi
permasalahan yang pelbagai? Tanpa gabungan peranan orang lain dan
penganggur itu sendiri, semangat tersebut amat sukar dicapai. Bak kata
pepatah, “kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga”.

Hadirin yang saya kasihi,

Selain itu, prosedur untuk mendapatkan pekerjaan juga amat


,menyusahkan bagi mereka yang tiada kecelakan hati. Sememangnya, kita
harus memandang ke hadapan dan tidak sama sekali menoleh ke belakang
kerana jika menoleh ke belakang walaupun hanya sekali dan untuk pertama
kali, kita akan berada jauh daripada apa yang diimpikan. Penganggur
seharusnya tidak mudah putus asa dan rajinlah seperti semut dalam mencari
perkerjaan.

Oleh itu, kita seharusnya mewujudkan persefahaman dan saling


bergantungan antara satu sama lain seperti dakwat dengan keras. Dengan
itu, wujudlah semangat cintakan negara dan apabila wujudnya semangat
tersebut, semestinya setiap individu itu tidak mahu negara mereka ditmpa
bencana.

Tuntasnya, saya berharap agar anda semua akan berusaha dengan


lebih tekun demi masa depan. Sebelum saya mengundur diri suka saya
sampaikan serangkap pantun.

Ramai penganggur hidup melata;

Kerana pendirian tidak tetap;


Sikap masyarakat bukan semata-mata;

Kerana banyak penyelesaian belum terungkap.

Sekian, terima kasih

Bibliografi

http://www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm

http://www.tutor.com.my/stpm/SukatanSTPM/sukatan_pelajaran_bahas

a_melayu_.htm

M. Isyah, R. A. Adnan, cetakan kedua, 2008, Contoh Karangan Bahasa

Malaysia Bahasa Malaysia PMR, Selangor.

S. Wahab, edisi kedua, 2005, Belajar Berucap, PTS Publication &

Distributors Sdn. Bhd, Pahang.


REFLEKSI

Assalamualaikum....

Alhmandullillah. Bersyukur saya kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah


rahmat daripada-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek Teras
Bahasa Melayu ini dengan baik. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada
Encik Mazri selaku pensyarah Teras Bahasa Melayu yang telah banyak
memberi idea dan tunjuk ajar yang menjadi panduan kepada saya dan
rakan-rakan dalam menyempurnakan tugasan ini. Pelbagai kesulitan telah
saya tempuhi sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Antaranya adalah
kesulitan dalam membezakan jenis-jenis ucapan berdasarkan situasi yang
berbeza. Selain daripada itu, saya juga megalami masalah dalam mencari
kelemahan dan kekuatan sesuatu ucapan. Dengan penghasilan kerja kursus
ini saya dapat menimba pelbagai ilmu baru yang amat berguna untuk masa
hadapan. Ini juga membantu saya dalam melakukan persediaan untuk
menempuh alam perguruan. Selain itu, daripada tugasan ini saya dapat
menerokai dangan lebih mendalam mengenaicara melafazkan ucapan
dengan betul dan membuat penyeusaian dengan sidang pendengar. Ini
membantu saya dalam memantapkan kefahaman dan ilmu pengetahuan
saya yang akan saya jadikan benteng untuk bertempur di medan
peperiksaan akhir semester. Kesimpulannya, tugasan ini banyak
memberikan manfaat kepada semua dalam menjalani kehidupan sebagai
anak Malaysia.

Yang ikhlas,

(SITI FARAH IDAYU BINTI MADI)

You might also like