You are on page 1of 7

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Objektif

1. Untuk membentuk , mewujudkan dan mengekalkan identiti negara


yang unik

2. Menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara


melalui kebuadayaan

Prinsip utama

1. Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras utama

2. Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama pembentukkan


kebudayaan kebangsaan

3. Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan

Strategi

1. Meninggikan taraf dan mutu kesenian

2. Memenuhi kepeluan sosiobudaya negara yang terdiri daripada


masyarakat majmuk

3. Mengamalkan toleransi agama dan budaya

4. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran


kebangsaan, kenegaraan dan nasiolisme Malaysia

--------------------------------------------------

Cabaran

Kementerian Kebudayaan dan Warisan dalam lamannya mengakui kerumitan


dan kesukaran melaksanaakan dan menjayakan dasar ini. Setelah lebih 50
tahun kita merdeka kita masih belum dapat melihat satu bentuk kebudayaan
Malaysian yang baru. Setiap kaum dan ethnik masih kuat menyuarakan dan
meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing-
masing.

Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum
yang ada di Malaysia masing-masing. Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan
yang masih wujud sehingga ini adalah terbahagi mengikut kaum dan ethnik
masing-masing. Apa yang sering dipertontonkan kepada kita dan dunia ialah
'Malaysia Negara Pelbagai Kaum' yang bebas mengamalkan budaya dan
adat resam masing-masing.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Latarbelakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan


penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana
keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke
arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah
tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan
masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti


di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan
perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup
yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus
menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa
dan ketahanannegara.

Rasional

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah


negara membangun dan yang mempunyai pendudukberbilang kaum
seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam
membentuk, newujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia
antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta


perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai
pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu
tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah
melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan
pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari
pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.
Dengan yang aemikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur
dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar
Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini Rantau ini
yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura,
Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik
(Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan
bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini
merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan
Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan
keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan
antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan
oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga
bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah,
kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu
pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran
keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan
satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan
rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan
Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah
melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip
ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi
pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat
dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan
dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada


tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip
Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan
kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi
negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan


Kebangsaan Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur
penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat
yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan
kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi
kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur
yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping
telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia
didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip
asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres
Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Objektif

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru


merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil
dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga
objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh


daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan


kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan
sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui


strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunankebudayaan ke arah


menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan
perhubungan budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-


usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak
kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran


kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan


(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan,


penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini.
Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan
Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan
pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.Peranan
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan
matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain
Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan
penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan
ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai
melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh
Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan
kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat
bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama
dengan badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan


berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi
dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.
Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian
diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan
menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat
organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program
atau projek-projek kebudayaan.

Pencapaian dan Masalah

Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat dasar ini. Secara
umumnya pencapaian matlamat dan objektif dasar telah menunjukkan
kejayaan yang boleh dibanggakan. Perlu diingat bahawa di dalam
pembentukan dan pewujudan satu Kebudayaan Kebangsaan, proses
penyerapan dan penerimaannya menambil masa yang lama, melangkaui
satu generasi ke satu generasi yang lain. Penggubalan dan pelaksanaan
dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya (iaitu sejak penerimaan
prinsip asas gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun
1971) namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan
nilai murni Islam telahpun dilaksanakan.

Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan


sejak kebelakangan ini. Identiti kewarganegaraan dan seni budaya
Malaysia juga didapati di dalam perayaan-perayaan antarabangsa dan
juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan sama ada di peringkat
rasmi atau tidak rasmi. Secara ringkas bolehlah dikatakan identiti
negara Malaysia telah dapat diwujudkan secara beransur-ansur.

Walau bagaimanapun, ada kalangan yang mempersoalkan sejauh mana


unsur-unsur kebudayaan lain telah diterapkan dalam proses penwujudan
Kebudayaan Kebangsaan itu. Sebenarnya persoalan ini tidak harus
ditimbulkan. Misalnya, Kerajaan Malaysia menyediakan pendidikan asas
percuma selama 6 tahun yang melibatkan sekolah-sekolah, guru-guru dan
buku-buku dalam bahasa Tionghua dan Tamil. Di peringkat menengah pula,
Kerajaan dikehendaki oleh undang-undang untuk menyediakan guru
bahasa Cina atau Tamil sekiranya ibu-bapa kepada 15 atau lebih orang
pelajar Cina dan India meminta kelas-kelas bahasa ibunda. Di peringkat
pengajian tinggi pula kerajaan telah lama menubuhkan jabatan-jabatan
pengajian Cina dan Tamil di Universiti Malaya. Program-program dalam
bahasa Cina dan Tamil kerap disiarkan oleh Radio dan Televisyen
Malaysia. Tidak ketinggalan juga Tahun Baru Cina, Deepavali, hari Wesak
dan Krismas telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am. Namun
demikian ukuran secara terperinci terhadap pencapaian dan kekesanan
pelaksanaan dasar ini adalah sukar dibuat memandangkan bahawa
pembentukan sesuatu budaya negara bukanlah dapat diusahakan dalam
satu atau dua dekad. Antara kelemahan-kelemahan pencapaian dan
masalah yang wujud kebelakangan ini adalah berpunca daripada
perkembangan sosioekonomi yang pesat di dalam suasana
perhubungan luar secara terbuka dan tidak terhad. Perkara ini jelas
kelihatan di dalam pencemaran bahasa yang tidak terkawal, penamaan dan
perancangan taman-taman perumahan, perbandaran, seni bina yang
tidak sepenuhnya mencerminkan identiti Malaysia, kemasukan unsur-unsur
seni dan muzik luar yang tidak ada kaitan langsung dengan seni budaya
asal rantau ini. Kejayaan pelaksanaan Dasar KebudayaanKebangsaan ini
adalah bergantung kepada peruntukan kewangan, kepakaran dan
kecekapan pengurusan yang mengendali dan melaksanakan dasar ini.
Sokongan secara langsung atau tidak langsung oleh semua adalah penting
bagi kejayaan program dan aktiviti-aktiviti dasar ini.

Penutup

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah


perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai
penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza.
Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta
mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti
negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya
adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.

Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu


tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan
keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan
dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang
dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-
batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kcbangsaan
Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

Sumber : Pejabat Perdana Menteri

You might also like