You are on page 1of 27

OUMM3203 Professional Ethics

KANDUNGAN

1. Pengenalan 2
2. Latar Belakang 3
3 Definasi Etika 4-5
4. Isu Yang Dikemukakan 6
5. Etika Perguruan 7
5.1 Kod Etika Perguruan 8-9
5.2 Prinsip-prinsip Etika Perguruan 10
5.3 Kepentingan Etika Perguruan 11-12
6. Memupuk Etika Kerja 13-18
7. Peranan Pendidikan Dalam Menangani Rasuah 19
7.1 Kepentingan Pendidikan Rasuah 21-22
8. Kesimpulan 23
9. Cadangan 25
Appendix 26
Bibliografi 27

1. Pengenalan

Professional Ethics adalah salah satu bidang yang ditawarkan oleh pihak
Open University Malaysia dalam Program SMP dibawah kelolaan penuh Fakulti
Pengurusan Peniagaan. Bidang ini membincangkan persoalan-persoalan etika
yang di hadapi dalam setiap profesion pekerjaan hari ini dan masa akan datang.
Bidang kerja hari ini mempunyai masalah yang kritikal berkenaan dengan klien
dan masyarakat terutamanya. Masyarakat kini telah menukar peranan golongan
profesional dalam segala aspek dan bidang. Oleh yang demikian, kebanyakan

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 1


OUMM3203 Professional Ethics

masalah yang melibatkan etika ditanggani dengan professional oleh golongan


profesional dan masyarakat dengan baik.
Objektif dalam pembelajaran tentang Professional Ethics ialah pertama
dapat mengetahui kepelbagaian isu berkenaan dengan etika dalam bidang
perniagaan dan kerjaya yang profesional. Kedua ianya bertujuan untuk
mengetahui perbezaan antara etika dan teori perspektif atau pandang. Ketiga
ialah untuk mengetahui perundangan tentang penilaian moral. Seterusnya
bertujuan untuk pengurusan yang baik perkerja yang bagus dan dapat
memeprkembangan ekonomi berhubung kait dengan kepentingan pekerja.
Tajuk ini membincangkan berkenaan dengan Profesional Etika, Moral dan
Tanggungjawab Sosial, Kegunaan Etika dan Era Bisnes Moden, Pengurusan
Etika dan perlaksanan undang-undang serta Corak Dalam Organisasi dan yang
terakhir membincangkan tentang Aspek-aspek Moral dalam Sistem Ekonomi.
Tajuk-tajuk berkenaan membincangkan sepenuhnya tentang perihal
definasi dan teori-teori yang berkaitan dengan etika. Ianya juga menjurus
kepada pelbagai persoalan berkenaan dengan aspek-aspek yang perlu
ditekankan dalam pengurusan etika tidak kira dalam perniagaan malahan dalam
aspek-aspek kemasyarakatan.
Dapatlah dirumuskan pengetahuan dan pembelajaran berkenaan dengan
etika ini dapat membentuk individu dan masyarakat yang lebih berprinsip dan
berdisiplin dalam melaksanakan sesuatu perkara dalam setiap bidang yang
diceburinya.
2. Latar belakang

Tugasan ini akan menyentuh tentang perihal etika dan masalah rasuah
yang dihadapi pada masa kini. Perihal yang hendak ditekankan dalam tugasan
ini ialah kepentingan pencegahan rasuah dari peringkat awal pendidikan di
sekolah. Tugasan ini akan dibahagikan kepada topik-topik kecik yang akan
diperkatakan secara mendalam dan terperinci tentang peranan etika dalam
profesion perguruan.

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 2


OUMM3203 Professional Ethics

Topik-topik yang akan diperbincangkan dalam tugasan ini adalah


berkenaan dengan definasi etika profesional dan mengetahui berkenaan tentang
etika perguruan.Topik seterusnya menyentuh tentang kepentingan etika
perguruan di sekolah termasuk juga di intitusi pengajian tinggi. Seterusnya
tugasan ini akan membincangkan tentang etika individu sebelum menempuh
alam perkerjaan. Akhir sekali, tugasan ini membincangankan dan mengenalpasti
hubungan dan kepentingan antara pembelajaran dan penbelajaran di sekolah
dengan gejala rasuah yang berlaku masa kini.
Kesimpulan tugasan ini pula berkenaan dengan pengajaran etika di
sekolah mampu menangani gejala rasuah.

3. Definasi Etika

Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa
jua bidang sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin,
bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan
membentuk etika seseorang individu tersebut.
Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah
berasal daripada perkata greek ‘ethos‘ yang bermaksud perwatakan atau

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 3


OUMM3203 Professional Ethics

keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa


Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku
atau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak.
Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak.
Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai
disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta
menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.
Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika
sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara
hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam
melakukan sesuatu aktiviti. Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk
kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.
Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang
bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari
segi moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh
pihak masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak
membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan
sebagainya.
Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu
profesion dan bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan
keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab
berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran. Etika profesional pula
ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral,
profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang
bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang
berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat.
Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu
dalam masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 4


OUMM3203 Professional Ethics

tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu
menjadi seorang yang beretika tinggi.

4. Isu yang dikemukakan

“ Recent news coverage of corruption scandal at some of the nation’s corporate


giants has placed the spotlight on the importance of ethical teaching and training
in order to counter this form of unhealthy practices. One of the social scientist
had even proposed that the initial stage teaching and learning of ethics should

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 5


OUMM3203 Professional Ethics

start from primary schools until tertiary levels. The other stage should start from
the time when he/she joined the workforce”

Setiap hari kita sering membaca dan mendengar di media tulis atau
elektronik berkenaan dengan jenayah rasuah. Masyarakat kini sudah peka dan
mula memandang serius dengan tentang permasalah rasuah kerana sedikit
sebanyak akan menjejaskan ekonomi negara. Menurut badan yang
bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibat rasuah Badan Pencegah Rasuah
(BPR), terdapat tujuh takrifan berkenaan dengan suapan antaranya menerima
wang, ganjaran, pangkat dan kedudukan, pembayaran sesuatu yang berharga
atau menerima apa-apa jenis perkhidmatan itu adalah dianggap rasuah. Rasuah
kini bukan saja dalam bentuk wang malahan adakalanya berbentuk metial dan
sebagainya.
Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa
yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar
dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah
digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti “wang kopi”,
“undercounter payment” dan “duit pelincir.” Tidak dinafikan rasuah banyak
mempengaruhi budaya dan mencemar adat masyakat pada masa kini.
Kesimpulanya golongan saintis sosial berangapan pengenalan tentang
rasuah dan pendidikan berkenaan dengannya haruslah diterapkan semasa
individu berada di alam persekolah dan ianya akan berpanjangan sehinggalah
memasuki alam perkerjaan.

5. Etika Perguruan.

Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpaksikan kepada


Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Aspek-aspek yang mendukung matlamat
pendidikan di dala FPN ialah seperti berikut :

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 6


OUMM3203 Professional Ethics

“Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.”

Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara


ialah perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi
jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial. Tidak dinafikan disini tanggungjawab
seorang guru bukan hanya sebagai pengajar malahan ianya perlu mencakupi
setiap aspek membentukan generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak
untuk pembangunan bangsa dan negara.
Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar
bahawa mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru
bukan saya perlu mempertingkatkan profesionalisma mereka malahan guru juga
perlu peka dengan perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan
masa kini. Pada amnya, guru-guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua
aspek dan bidang. Guru-guru bukan sahaja memperkembangankan kemahiran
dengan ilmu pengetahuan sahaja malahan juga mencakupi disiplin, sikap dan
tingkah laku untuk menjaga nama profesion perguruan itu sendiri.

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia


(KPM) sehingga 30 Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di
sekolah rendah dan menengah manakala seramai 251,548 orang guru
perempuan yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di seluruh
negara. Tahun demi tahun terdapat peningkatan jumlah guru di seluruh negara,
oleh yang demikian Kementerian Pelajaran sejak dari dahulu lagi berusaha
memartabat profesion perguruan ini supaya menjadi satu profesion yang

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 7


OUMM3203 Professional Ethics

profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan


Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika
Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan
menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan seharian
sebagai guru.
Keberkesaan Etika Profesion Perguruan adalah berkait rapat dengan
usaha gigih guru-guru dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini
dapat dibuktikan dengan pendekatan yang digunakan oleh guru didalam kelas
membantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman
pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit
sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.

5.1 Kod Etika Profesion Perguruan


1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah
menjalankannya dengan jujur.
4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya.
Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain
seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap
muridnya.
6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak
kira bangsa dan agama dan kepercayaaan.

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 8


OUMM3203 Professional Ethics

7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk
membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang
diterima oleh masyrakat.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap
semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan
status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-
muridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka
dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat
sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi
lain yang tidak berkenaan.
11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang
boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan
murid-murid, masyarakat awam dan negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia
dan berguna.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang
baik terhadap murid-murid.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu
sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik
persendirian terhadap murid-muridnya.

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 9


OUMM3203 Professional Ethics

19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa
murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas
profesionnya.
20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah
menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion
perguruan.

5.2 Prinsip-prinsip Etika Perguruan


Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan
dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

1. Niat yang betul


2. Perlakuan yang baik
3. Pengerak ke arah kebaikan
4. Memperkotakan apa yang dikatakan
5. Berdisiplin dan beradab
6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

5.3 Kepentingan Etika Perguruan

Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam


sesebuah organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak
terkecuali mempunyai Etika kerja sendiri. Takrif yang diberikan oleh KPM
tentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika Kerja ialah panduan tingkah laku

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 10


OUMM3203 Professional Ethics

yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yang
mulia.
Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan
itu sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana :

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam


profesion perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untuk
dirujuk dan diamalkan oleh guru.

2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab


guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga
membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini


menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.
Perbezaan ini memberi guru-guru menilai dan melihat keunikan etika
yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini
dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi
sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion


perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata
masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat
dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.


Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang
diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama
dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi. (INTAN,
1991).

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 11


OUMM3203 Professional Ethics

Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-
prinsip etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role –model
kepada pelajar. Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan membantu
pembentukan modal insan pada masa akan datang. Kesimpulannya melalui
pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan pelajar berkenaan lebih
berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat
dengan garis panduan Etika Perguruan membantu memperkembangan
potensi pelajar ke arah satu pembentukan individu yang berjaya dan
menjadikan pelajar lebih cenderung kepada melakukan perkara-perkara yang
positif.

6. Memupuk Etika Kerja

Memasuki alam perkerjaan adalah satu pengalaman yang baru daripada


alam pembelajaran di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Alam pekerjaaan
mungkin menjadi pengalaman yang berbeza sekiranya individu tidak mendalami
etika kerja profesion yang diceburinya. Individu yang baru menceburi bidang

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 12


OUMM3203 Professional Ethics

pekerjaan perlulah memupuk nilai murni, disiplin dan etika kerja yang baik.
Individu perlu juga tahu teras dan ciri dalam etika kerja profesional. Antara teras
dan ciri-ciri yang perlu dipupuk setelah memasuki perkerjaan antaranya :

1.Cemerlang
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan
sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu
bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu
dilaksanakannya akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar
"melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia
menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha
mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah
hati atau mengaku kalah. Bagi mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja
itu mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja
dengan baik dalam semua keadaan.

2. Sikap Berinisitif

Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang


melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah
melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk
mengelakkanberlakunya kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan
memanglah boleh dimaafkan tetapi jika dilakukan berulang kali akan
menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang
yang mereka ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan
sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan syarikat di mana mereka
bekerja.Contohnya dalam bidang perniagaan pekerja akan berusaha untuk
mengembangkan perniagaan syarikat dalam bidang baru seperti keluaran atau
perkhidmatan yang baru.

3. Berniat

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 13


OUMM3203 Professional Ethics

Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan
bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja
yang dilakukannya. Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti
kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup. Berkerja bukan
hanya untuk menyara hidup semata mata malahan ianya berlulah merangkumi
pelbagai niat dan tujuan supaya perkerjaan yang dilakukan itu secara ikhlas dan
tidak seperti menunjuk-nunjuk. Pekerja perlulah meletakkan matlamat dalam
perkerjaan untuk mencapai tujuan atau niat yang lelah diazamkan.

4. Bertanggungjawab dengan masyarakat


Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap
masyarakat. Tidak wajar mementingkan kepentingan sendiri semata-mata tanpa
memikirkan akibat pekerjaan tersebut kepada masyarakat. Tidak kiralah dalam
kerjaya dan bidang apa sekalipun tanggungjawab terhadap masyarakat amat
penting kerana profesonalima adakalanya di nilai oleh masyarakat itu sendir.
Contohnya dalam kerjaya seorang doktor , sekiranya seorang doktor yang tidak
beretika dalam menjalankan tugas, masyarakat akan beranggapan kerjaya
seorang doktor itu adalah antara kerjaya yang tidak bermoral. “Kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga”.

5. Amanah Dalam Kerja


Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi
masyarakat atau pekerjaan. Jika sebuah institusi mempunyai seseorang pekerja
atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 14


OUMM3203 Professional Ethics

berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat


tersebut.
Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan
menghasilkan nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-
ketua bahagian atau majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak
amanah dalam kerja. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang
diberi dan melaksanakan tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan hanya melanda
pekerja biasa sahaja, malah tidak kurang juga majikan atau ketua sendiri yang
mengamalkan sifat tidak amanah ini.

6. Komited Terhadap Kerjaya.


Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang
diceburinya. Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan
bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat
menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang.
Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih
kecemerlangan dalam kerja. Komited dan bersungguh-sungguh dengan apa
yang dibuat mampu menjadikan seseorang itu lebih berjaya dan cemerlang.

7. Akhlak
Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak
mulia yang dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang
ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang
berpendidikan dan pangkat yang tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan
yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan
rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja.
Keperibadian yang baik dan akhlak yang mulia menjadi sesorang itu dipandang
mulia dan berkedudukan.

8. Jujur

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 15


OUMM3203 Professional Ethics

Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan


yang sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama
pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat
jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu
daya atau pun dusta. Sifat kejujuran pelu ada dalam setiap individu yang
memasuki alam pekerjaan.

9. Bersyukur
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan
yang diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa kejayaan yang
diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh
Allahdalam firman-Nya yang bermaksud :

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika


kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi
sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
(Surah Ibrahim Ayat 7)

Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah


menghadapinya dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Namun
apabila memperoleh pangkat dan kesenangan, mereka lupa diri dan Tuhan.
Inilah yang dinamakan ‘Kufur Nikmat’. Harus diingat bahawa Allah
boleh menarik balik nikmat yang telah dikurniakankepada hambaNya.

Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang


mengamalkan rasuah di dalam pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah
seolah-olah tidak bersyukur dan berasa cukup dengan apa yang dikurniakan
oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya
dan menguntungkan kedua-dua pihak (pemberi dan penerima rasuah) dengan

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 16


OUMM3203 Professional Ethics

cara yang mudah tetapi menyalahi undang-undang dalam bentuk imbuhan.


Imbuhan rasuahpada masa kini berbentuk wang, saham, wanita cantik dan apa
jua yang diatas nama sebagai hadiah.
Amalan rasuah akan melumpuhkan ekonomi negara kerana yang kaya
bertambah kaya manakala yang miskin semakin terbiar. Islam dengan tegas
melarang perbuatan rasuah kerana ia tergolong dalam dosa-dosa besar.

10. Pengurusan Masa


Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan
masa kerana salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan
masa yang berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu
meringankan beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja.
Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh
majikan. Dalam masa yang agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan
masa untuk makan, sembahyang dan berehat. Kadangkala kita terlalu asyik
berbualbual bersama rakan-rakan sekerja sambil menikmati hidangan sehingga
terlupa untuk menunaikan solat. Walhal waktu rehat tersebut jika bijak diuruskan
sudah semestinya amat mencukupi untuk kita berehat dan beribadat dengan
selesa.

11. Menilai Diri (Muhasabah)


Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang
telah kita lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang
telah kita lakukan sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu
menghisap diri di hujung minggu tentang apa yang telah kita laksanakan

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 17


OUMM3203 Professional Ethics

sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun untuk
mempastikan apa sebenarnya yang telah kita lakukan (untuk diri kita, keluarga
kita, bangsa kita, negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.
Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada
bangsa dan negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan
dan kewajipan sebagai anggota masyarakat. Jika muhasabah atau penilaian
semula itu hanya setakat mengukur kejayaan diri secara sempit, tanpa
mengambil kira sumbangan yang telah dapat dicurahkan kepada sanak saudara,
kepada masyarakat setempat, kepada bangsa dan negara, kepada agamanya, ia
belum lagi mencapai maksud sebenar.

7.Peranan Pendidikan Dalam Menangani Rasuah

Pendidikan adalah salah satu medium perantaaran yang dapat


mendedahkan tentang kepentingan dalam menangani gejala rasuah dalam
masyarakat. Intititusi pendidikan menjadi wadah penyampaian kepada pelajar-

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 18


OUMM3203 Professional Ethics

pelajar berkenaan dengan gejala rasuah ini. Pelajar-pelajar mungkin mempunyai


gambaran dan pengetahuan tentang isu rasuah, ianya boleh didalami lagi
dengan adanya pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau
melalui pencari mereka untuk menyiapkan sesuatu kerja kursus yang diberikan
Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah mengabaikan tentang
kepentingan pendidikan rasuah ini. Ini dapat dibuktikan dengan adanya Surat
Pekeliling Iktisas Bil 17/1998 Memasukkan Elemen Pencegahann Rasuah Dalam
Pendidikan Sekolah Dan Intitusi Pengajian Tinggi bertarikh 14 Ogos 2008.
Tujuan Surat Pekeliling ini dikeluarkan agar setiap sekolah dan intitusi pengajian
tinggi perlu memasukan elemen rasuah dalam kurikulum seperti mana yang
telah dipersetujui dalam MesyuaratJawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan
Pengurusan Kerajaan Bil.2/98.
Dalam perkara dua yang dinyatakan dalam pekeliling iktisas ini ialah untuk
meningkat dan mengukuhkan usaha penerapan nilai-nilai murni di kalangan
pelajar bagi mencegah gejala rasuah dan lain-lain salah laku. Sekolah-sekolah
hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut:
i. Memperkukuhkan penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum melalui
pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran;
ii. Memperkemas dan memperkukuhkan mata pelajaran Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral;
iii. Memasukkan tajuk-tajuk khusus mengenai keburukan rasuah dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu (peringkat menengah atas). Tajuk-tajuk yang boleh
dibincangkan adalah seperti berikut:
a. Definisi dan tafsiran rasuah;
b. Jenis-jenis rasuah dan punca rasuah;
c. Bahaya rasuah kepada diri, masyarakat dan negara;
d. Cara-cara menangani gejala rasuah;
e. Kesalahan dan hukuman rasuah.
Tajuk-tajuk ini boleh dikendalikan dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 19


OUMM3203 Professional Ethics

iv. Memperkukuhkan penanaman nilai-nilai murni dan pencegahan sebarang


salah laku melalui kegiatan kokurikulum;
v. Menentukan setiap guru di sekolah menjadi "role model" yang baik dan segi
amalan dan tingkah laku untuk dicontohi oleh pelajar.
Kini elemen rasuah telah diserapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) di dalam matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan
Tingkatan 4. Dalam matapelajaran ini pelajar-pelajar lebih ditekankan dengan
lebih terpeinci lagi berkenaan dengan etika dan elemen rasuah. Topik yang
membincangankan hal-hal ini ialah topik Cabaran Masa Depan. Ianya
merangkumi sub-sub topik yang menekankan tentang membina budaya kerja
yang cemerlang ke arah kemakmuran negara dari segi etika kerja dan rasuah
sifar. Guru-guru akan mengadakan aktiviti yang sesuai berkenaan dengan sub
topik yang diberikan dan aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar
mengetahui lebih lanjut tentang gejala rasuah dan etika kerja.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Badan
Pencegahan Rasuah saling berkerjasama bagi memastikan pelajar-pelajar di
sekolah memahami tentang bahaya jenayah rasuah. Menurut Ahmad Khusairi
Bin Yahya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu
Pejabat BPR dalam artikalnya bertajuk Melahirkan Generasi Muda Benci
Rasuah menyatakan Langkah pertama dianjurkan Kementerian Pelajaran ialah
memperkenalkan dasar penerapan elemen pendidikan pencegahan rasuah
dalam kurikulum di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi iaitu
memasukkan elemen berkenaan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral,
Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Ini bermakna KPM bersungguh-sungguh
dan serius dalam melaksanakan penerapan elemen pencegahan rasuah ini di
dalam bidang pendidikan.

Kerjasama antara BPR dan KPM tidak terhenti di situ, banyak seminar
dan bengkel yang dianjurkan kepada pengurusan sekolah dan guru-guru bagi
penerapan elemen rasuah ini. Bermula 2002, seramai 969 guru kaunseling
sekolah menengah dari seluruh negara dipilih mengikuti Seminar Peranan

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 20


OUMM3203 Professional Ethics

Kaunselor Dalam Pendidikan Pencegahan Rasuah di Peringkat Sekolah. Bukan


sahaja guru kaunselor didedahkan dengan elemen pencegahan rasuah ini ,
malahan pentadbir sekolah terdiri daripada pengetua dan guru besar turut
mengikuti seminar berkenaan. Pada 2003, 340 pengetua telah dipilih mengikuti
seminar yang sama, manakala 500 pengetua dan guru besar mengikuti program
yang sama. Kempen pendidikan pencegahan rasuah diperingkat sekolah ini
diteruskan pada 2004 menerusi Bengkel Penerapan Elemen Antirasuah Dalam
Pendidikan Sekolah yang dianjurkan Bahagaian Pendidikan Masyarakat BPR
dan Pusat Perkembangan Kukurikulum, Kementerian Pelajaran. Seramai 382
guru yang terdiri daripada jemaah Nazir Sekolah, pensyarah maktab perguruan,
pegawai Jabatan Pelajaran negeri dan guru pakar Pendidikan Moral, telah
mengikutinya. Pelajar sekolah juga mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh
KPM dan BPR antara aktiviti yang dianjurkan antaranya mengarang esei bagi
pelajar sekolah menengah dan pertandingan pidato dan perbahasan berkenaan
dengan pencegahan gejala rasuah.

7.1 Kepentingan Pendidikan Rasuah

Hasil daripada bengkel dan seminar yang dianjurkan banyak pandangan dan
dapatan yang dirumuskan oleh peserta-peserta bengkel dan seminar mengenai
elemen pencegahan rasuah diserapkan dalam kurikulum sekolah. Antara
faedah-faedah yang dinyatakan antaranya:-
1. Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran guru berhubung
kesalahan rasuah dari segi teori dan praktikal.
2. Menyediakan ruang dan peluang untuk berbincang dan bertukar-tukar
pandangan berhubung tatacara menerapkan elemen antirasuah dalam
kurikulum pendidikan.
3. Memberi peluang guru bertanyakan soalan, permasalahan dan kemusykilan
berhubung kesalahan rasuah dan mendapat maklumat tepat daripada
pegawai BPR.

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 21


OUMM3203 Professional Ethics

4. Forum untuk menjalinkan hubungan silaturrahim antara pendidik dengan


pegawai BPR serta saling bertukar maklumat.
5. Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan maklumat
berhubung kesalahan rasuah kepada pelajar.
6. Memperolehi bahan rujukan dan risalah bercetak sebagai maklumat
tambahan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Faedah-faedah yang dinyatakan tadi, sedikit sebanyak ianya memberi
gambaran yang menyeluruh kepada guru-guru berkenaan dengan gejala rasuah.
Guru-guru jugu dapat menyalurkan maklumat yang tepat dan betul dengan
adanya pengetahuan tentang permasalahan gejala rasuah ini. Guru-guru juga
menegtahui betapa peripentingnya menyampaikan pendidikan tentang rasuah
kepada pelajar-pelajar kerana ianya merosakkan identiti masyarakat itu sendiri.
.

8. Kesimpulan

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 22


OUMM3203 Professional Ethics

Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki
potensi sesetengah individu pada satu-satu masa. Sekiranya prinsip dan disiplin
sering kali diikuti ianya membantu individu berkenaan melangkah lebih jauh tidak
kira dalam apa jua bidang sekali pun.
Etika kerja yang digariskan bukan untuk membebankan individu, ianya
membantu setiap individu dalam bidang tertentu untuk lebih komited dan
memupuk akautebiliti dalam menjalankan sesuatu kerja yang dijalankan. Ini
dapat dihuraikan dengan adanya Kod Etika Perguruan, kod ini bukan untuk
membebankan guru-guru malahan ianya menjadi satu kayu ukur bagi guru-guru
memperbaiki tatasusila dan tingah laku sebagai penjawat awam.
Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para
profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran
dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Ini tidak dinafikan
bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk
menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Namun etika kerja ini perlu
mempunyai mekanisma yang tersendiri bagi mengawal tingkah laku individu
yang banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor kendiri, persekitaran dan sebagainya.
Etika ini juga perlu bertitik tolak dengan konsep pendidikan yang
dijalankan di rumah, di sekolah ataupun pusat pengajian tinggi. Corak pendidikan
dan pendekatan yang digunakan dapat mempengaruhi individu lebih beretika
dan bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan. Pendidikan perlulah
menjadi satu wadah pembentukan modal insan bagi melahirkan generasi yang
bermoral dan beretika. Ajaran agama juga penting dan ianya antara tunjang
utama pembentukan individu yang berjaya dan cemerlang. Masalah-masalah
yang tidak bermoral seperti gejala rasuah dapat diatasi dengan pendedahan
yang tepat dan betul tentang tingkah laku yang tidak bermoral.
Hilang akauntebiliti dan intergriti dalam organisasi juga menyumbang
kepada permasalahan etika. Kerjasama dan kerja berpasukan hendaklah
dipupuk dalam organisasi bagi memupuk satu budaya kerja yang komprehensif
dan berdaya saing antara satu sama lain. Sikap mementingkan diri sendiri
haruslah dibuang dan hindakan bagi menjaga nama baik organisasi dan

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 23


OUMM3203 Professional Ethics

masyarakat amnya. Pelakuan yang tidak bermoral yang ditunjukkan contohnya


rasuah ini perlu dihakis supaya ianya tidak merebak kepada generasi akan
datang.
Kepentingan etika ini kini menjadi penting dan perlu difamahi dan
dipelajari oleh setiap individu. Masyarakat kini sudah peka dan perihatin tentang
permasalahan yang berlaku melibatkan etika dan perbuatan yang tidak bermoral.
“Tepuk dada tanyalah selera atau tepuk dada tanyalah iman” ini semuanya
tertakluk kepada induvidu itu sendiri. Panduan dan prinsip-prinsip tentang etika
telah digariskan dan dirangka, sekiranya individu berkenaan tidak berubah ini
bermakna kod etika yang dirangka hanya sekadar diatas kertas sahaja dan ianya
tidak diperakui oleh setiap individu.
Bertepatanlah dengan Firman Allah “ Aku tidak mengubah sesuatu kaum
itu, sekiranya kaum itu tidak mengubah dirinya sendiri”. Ini bermakna setiap
individu perlu mengubah paradigma untuk menjadikan diri seorang yang
beretika, bermoral, berilmu dan beramal.

9. Cadangan

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 24


OUMM3203 Professional Ethics

Cadangan berkenaan dengan etika ini dapat dihuraikan kepada dua


bentuk iaitu alam pengajian dan alam pekerjaan.
Di dalam alam pengajian cadangan supaya diadakan penekanan yang
lebih kepada isu-isu yang tidak bermoral dan tidak beretika. Contohnya di
sekolah disiplin yang dirangka di sekolah mampu mengelak pelajar-pelajar ini
daripada berlakuan yang tidak bermoral. Sekolah kini tak menyelaraskan disiplin
dan undang di sekolah. Ada kadang kalanya ianya hanya sebuah buku disiplin
sahaja dan perlaksaannya masih tidak mencukupi. Cadangan agar penetapan
disiplin ini perlu diperbincangankan dan diselaraskan dahulu di semua sekolah
Penyelarasan disiplin dianjurkan olen Jabatan Pengajaran Negeri dan
digunapakai oleh negeri berkenaan serta dikawal selia oleh KPM. Dengan cara
ini membentukan disiplin dan prinsip etika itu dapat dipupuk dengan baik
dengan pelarasan yang dibuat itu tadi.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) juga berjaya memasukkan
elemen–elemen yang berkenaan dengan etika dan rasuah di dalam Pendidikan
Sivik dan Kenegaraan, namun ianya hanya melibatkan satu bab sahaja dan
aktiviti yang dicadangkan berkenaan dengan rasuah hanyalah gunting dan
tampal gejala-gejala rasuah. Cadangan agar PPK lebih merangka satu aktiviti
yang lebih mencabar contohnya membuat soal selidik ataupun kerja kursus yang
melibatkan etika dan gejala rasuah. Walaubagaimanapun, penghargaan perlu
diberikan kepada KPM dan PPK dalam mengenal pasti dan penerapan nilai-nilai
etika dalam kurikulum sekolah kini.
Dalam konteks alam perkerjaan pula, pendedahan tentang etika kerja
kepada pekerja baru harus ditekankan. Penekanan yang lebih berkenaan
dengan konsep intergriti dan akauntebiliti perlulah dititik beratkan oleh pihak
majikan dan organisasi . Pengenalan tentang perkara ini dapat membantu dalam
pembentukan satu pekerja yang beretika dan bertanggungjawab.

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 25


OUMM3203 Professional Ethics

Appendix

Bibliografi

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 26


OUMM3203 Professional Ethics

1. Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya: falsafah, nilai dan
etika dalam perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: INTAN.
2. Wan Sabri Wan Hussin (2004).Etika Dan Amalan Perniagaan.Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur
3. Dr Mohammad Diah Jurini. (2003). Profesional Ethics
4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4
5. Nota PTK Etika Kerja, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Bahagian
Pembangunan Dan Kompetensi Penilaian KPM.
6. www.bpr.gov.my (14.11.2008)

Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002 27

You might also like