You are on page 1of 55

Undang-Undang

dan Penulisan

Pusat Pengajian Umum

maharam@ukm.my
http://maharamdotcom.blogspot.com
03-89216924
50 Dalil Shit Hadis
Mengapa Satu
Anwar . . . Shahnon
Penilaian
Ahmad Semula
Khalid Jefri
Kassim Ahmad
Aurad
Cinta Muhammadiah
The Malay
100 Ela Ashaari Dilemma
Muhammad
Raja Azmi Mahathir
Mohamad
Pengenalan

• Undang-undang tidak bezakan penulis dengan rakyat lain dan


tidak memberikan sebarang keistimewaan kepada mereka.
• Undnag-undang wujud secara langsung atau tidak langsung.
Kaitan langsung ialah kesan sesuatu undang-undang itu amat
rapat dengan hasil penulisan seseorang penulis seperti
undang-undang hakcipta.
• Kaitan tidak langsung seperti kesalahan menghasut (akan
didakwa di bawah undang-undang hasutan).
• Hak penulis juga dijamin oleh undang-undang.
• Kebebasan menulis dalam Perlembagan Malaysia.
• Penulis dilindungi jika tulisan disiarkan atau diterbitkan dan
ini terjamin dalam undang-undang kontrak.
Undang-undang yang mengawal
Penulisan dan Penerbitan

Akta Hasutan
1948
Akta Fitnah
1957
Akta Keselamatan
Dalam Negeri
(ISA) 1960
Akta Kontrak Akta Rahsia
1950 Rasmi (OSA)
1972
1. Undang-undang Hakcipta
Ia dikenali sebagai Akta Hakcipta 1987 yang
memansuh dan menggantikan Akta Hakcipta 1969.

Hakcipta ialah hak ekskusif yang diberikan oleh


undang-undang kepada pencipta atau penerima
haknya untuk kawal pengeluaran semula atau
berbagai-bagai bentuk penggunaan karya bagi
sesuatu tempoh. Akta ini tidak melindungi idea tetapi
pernyataan idea tersebut.
Undang-undang
Hakcipta
• Contohnya, jika seseorang itu menemui sesuatu
idea baru, maka undang-undang hakcipta tidak
melindunginya tetapi jika dinyatakan dalam bentuk
tulisan, ia akan dilindungi.
• Tujuannya untuk melindungi penulis dan pencipta
daripada pengeluaran semula karya tanpa
kebenaran berdasarkan nilai ekonomi dan hak
moral.
• Nilai ekonomi untuk memberi ganjaran
kepada penulis, manakala nilai moral adalah
sebagai ransangan kepada penulis untuk
terus menulis dan mendapat peniktirafan.
• Adalah sesuatu yang menyediahkan apabila
hasil tulisan diciplak atau dicetak rompak
tanpa kebenaran dari penulis.
• Pelanggaran hakcipta boleh berlaku dalam
tiga keadaan iaitu

i. Apabila penerbit lain menerbitkan salinan hasil penulisan


seseorang penulis yang telah diterbitkan oleh sesebuah
penerbit dalam bentuk yang serupa atau hampir serupa.
ii. Apabila seseorang penulis meniru bulat-bulat atau
sebahagian besar hasil penulisan seseorang penulis lain.
Iii. Melalui terjemahan atau adaptasi.
• Karya yang layak mendapat perlindungan apabila memenuhi;
a. usaha yang cukup untuk lakukan karya asli, tidak lakukan
plagiat, terjemahan, saduran dan lain-lain.

b. Karya ditulis, direkodkan dan dalam bentuk bahan seperti


buku dan cd. Sekiranya bahan belum bercetak, manuskrip
sudah boleh dianggap sebagai bahan. Walaupun begitu,
syarahan, khutbah yang tidak ditulis tidak mendapat hak
cipta.

c. Orang yang berkelayakan, sama ada individu warganegara


atau pemastautin tetap, pertubuhan atau perbadanan yang
ditubuhkan di malaysia dan guna pakai undang-undang
Malaysia dan bukan warganegara apabila menerbitkan
karya buat pertama kali di Malaysia.
• Hakcipta wujud semasa hayat penulis hingga
50 tahun kematiannya.
• Sekiranya karya terbit semasa hidup, hak cipta
wujud hingga 50 tahun dari permulaan tahun
diterbitkan
• Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak
melebihi RM10000 bagi setiap salinan atau
penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi
5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 7(1) Akta ini menetapkan karya-
karya berikut adalah layak untuk
mendapat hak cipta:
• karya sastera
• karya muzik
• karya seni
• filem
• rakaman bunyi
• siaran
karya sastera

• Novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, syair dan


penulisan lainnya.
• Lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip
siaran, karya kareografi dan pantomin. Filem diberi hak
cipta secara berasingan.
• Treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel.
• Ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain.
• Surat, laporan dan memorandum.
• Syarahan, ucapan, kutbah dan karya-karya lain yg sama
sifat.
• Jadual @ penyusunan, sama ada dlm bentuk perkataan, angka @
simbol sama ada dlm bentuk tampak.

• Program komputer @ penyusun program komputer , tidak


termasuk teks rasmi kerajaan @ badan berkanun yang bersifat
perundangan @ peraturan, ataupun keputusan-keputusan
kehakiman.
karya muzik

Seksyen 3 akta hak cipta tafsirkan muzik


sebagai:
Apa-apa karya muzik termasuk karya yang
digubah untuk iringan muzik.

Lagu: karya muzik


Lirik: karya sastera.
Keduanya dilindungi di bawah karya muzik.
karya seni

• Karya grafik, fotograf, seni ukir atau kolaj,


tanpa mengira kualiti seni.

• Karya senibina dlm bentuk bangunan atau


model bagi bangunan
• Karya pertukangan seni
filem

• Filem: apa-apa penetapan sesuatu siri gambaran pandangan


pada bahan daripada apa-apa perihalan, sama ada lutcahaya
atau tidak, supaya boleh dengan menggunakan bahan itu
dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu rekaan:
i. Ditunjukkan sbg gambar bergerak, atau
ii. Dirakamkan pada bahan lain, termasuk bunyi yang berkaitan
dengan sesuatu filem.

• Bunyi latar, fotograf dianggap sebagai sebahagian drpd


filem.
rakaman bunyi

• Hak cipta melindungi rakaman bunyi,


bukannya alat tersebut contoh: bunyi yang
terdapat dalam cakera padat, kaset atau
album.
• Pemunya hak cipta: penerbit rakaman
bunyi tersebut.
siaran

• Siaran: pemancaran melalui wayar, wayarles


sesuatu imej tampak, bunyi atau maklumat lain:
1. Boleh diterima dengan sah oleh orang awam, atau
2. Dipancarkan bagi persembahan kepada orang
awam
• TV1 & TV2: kerajaan Malaysia
• TV3, Ntv7, TV8, TV9: Media Prima
• Astro
• Terdapat kelonggaran dalam Akta Hakcipta iaitu seseorang boleh
melakukan perbuatan yang dilarang oleh akta jika perbuatan itu:

 Untuk maksud penyelidikan yang bukan mencari


keuntungan, pengajian sendirian, kritikan atau pelaporan
semasa.

 Untuk maksud mengajar dan bersesuaian dengan amalan


yang wajar dan sumber atau nama pencipta yang terdapat
pada karya yang digunakan disebut.

 Untuk rakaman yang dibuat di sekolah, universiti atau


institusi pendidikan untuk kegunaan tempat-tempat itu
sahaja. Oleh itu, bagi tujuan pendidikan, membuat salinan
ke atas beberapa helai dalam buku adalah wajar tetapi
membuat salinan keseluruhan buku adalah satu kesalahan.
kelonggaran dalam
Akta Hakcipta
 Untuk pembacaan atau pengucapan oleh seseorang kepada
awam terhadap cabutan karya tertentu dan disertai perakuan
yang mencukupi.

 Untuk kegunaan Arkib Negara, Perpustakaan Negara dan


Negeri melalui perintah kerajaan yang digunakan untuk
kepentingan awam dan tiada keuntungan yang diperolehi atau
tiada bayaran masuk dikenakan bagi penyampaian kepada
awam.

 Untuk maksud prosiding mahkamah.

 Menggunakan petikan karya yang sudah diterbitkan dengan


sumber dan nama pencipta yang terdapat pada karya tersebut.
Contoh Kes

• Terdapat beberapa contoh kes yang melibatkan


undang-undang ini. Antaranya ialah Bellwood
Sdn. Bhd., tuan punya pusat membeli-belah Crown
Square, dituduh bersubahat membenarkan Syarikat
Perniagaan Ng Say Cheong menjual cakera padat
cetak rompak. Tuduhan itu dibacakan bersama di
bawah Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang jika
sabit kesalahan boleh didenda maksimum
RM2,000 bagi setiap salinan langganan.
Akta Hasutan 1948

Ia dikenali sebagai Akta hasutan 1948 (semakan 1969).


Hasutan: apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan
menghasut ke arah menggugat ketenteraman negara dan
pemerintah.

Aktiviti menghasut meliputi;


a. Melakukan atau cuba menghasut, berpakat dan berkecenderungan
untuk menghasut.
b. Menyebut perkataan menghasut sama ada secara lisan atau
bertulis.
c. Mencetak, menerbitkan, menjual,menawarkan untuk dijual,
diulang cetak apa-apa penerbitan menghasut.
d. Mengimport apa-apa penerbitan yang menghasut.
e. Mendatangkan perasaan benci, penghinaan atau tidak suka terhadap
mana-mana Raja atau kerajaan
f. Mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum
g. Membangkitkan rakyat supaya mengubah apa-apa juga yang
tertubuh menurut undag-undang
h. Mendatangkan perasaan benci, penghinaan atau tidak suka terhadap
pentadbiran.
i. Mempersoal apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan,
kedaulatan iaitu kewarganegaraan, bahasa kebangsaan dan hak
istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Contoh Kes

• Begitu juga dalam kes Pendakwa Raya Lawan Ooi


Kee Saik yang menerbitkan artikel ‘Alliance
Policy of Segregation, Evidence Galore’ juga
dikatakan mempunyai kecenderungan menghasut
kerana artikel itu banyak menyentuh tentang hak
istimewa orang Melayu. Ini sudah tentunya
bertentangan dengan kesejahteraan awam dan ia
terjumlah dalam kecenderungan menghasut
Hukuman:
• Mereka yang disabitkan kerana menulis, mencetak, menerbit,
mengedar, mengimport atau menjual bahan-bahan penerbitan
yang mempunyai kecenderungan menghasut akan dihukum
penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM5 ribu,
atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
• Mahkamah berkuasa menggantung penerbitan, dan bagi
akhbar, penggantungan boleh mencapai sehingga setahun.
Akta Fitnah 1957

• Akta ini digubal utk. melindungi kepentingan,


maruah dan imej seseorang atau organisasi yang
rosak atau tercemar akibat sesuatu tulisan yang tidak
betul.

• Kebebasan bersuara adalah dijamin dan orang ramai


masih bebas bersuara asalkan tidak mencemarkan
nama baik orang lain dengan membuat fitnah.
Akta Fitnah 1957 . . .

• Fitnah mengikut tafsiran akta ini ialah


tuduhan yang boleh merendahkan
kedudukan seseorang di mata masyarakat
umum sehingga ia dibenci, dihina atau
diperbodoh-bodohkan.

• Akibat fitnah tersebut nama baiknya


terjejas dalam pekerjaan, perniagaan atau
kerjayanya.
Sesuatu penerbitan dianggap memfitnah sekiranya:
1. Mencela atau merosakkan nama baik seseorang
2. Penerbitan itu menyebabkan seseorang itu dibenci, dihina atau
dianggap bodoh oleh masyarakat
3. Akibat fitnah yg diterbitkan, seseorang itu disingkir daripada
masyarakatnya
4. Fitnah menjejaskan nama baik seseorang dalam pekerjaan, perniagaan
dan kerjayanya
5. Taraf pemikiran yang digunakan ialah orang ramai yang berfikiran waras.
6. Tidak perlu reputasinya benar-benar rosak sekadar tuduhan itu
mempunyai unsur fitnah.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 2 tahun atau denda atau kedua-
duanya sekali
• Terdapat empat pembelaan di bawah
undang-undang fitnah iaitu:
– Kefitnahan yang tidak disengajakan dan perlu
memohon maaf.
– Justifikasi atau kebenaran yang berlandaskan
fakta dan fakta itu mestilah benar.
– Komen berpatutan untuk memberi pandangan
yang berasaskan kebenaran.
– Keistimewaan yang dibuat di Parlimen dan
perbicaraan di mahkamah.
Contoh Kes

• Begitu juga dengan kes Vincent Tan Chee


Yioun telah menuntut gantirugi dari Star
Papyrus Printing Sdn. Bhd. berjumlah
RM200juta berhubung satu artikel yang
disiarkan oleh AWSJ pada 21 Disember
1998.
Akta Kontrak 1950

• Hubungan kontrak timbul apabila ada perjanjian


sama ada secara bertulis atau lisan di antara
pengarang dengan penerbit.

• Kebanyakan penerbit mempunyai surat perjanjian


penerbitan untuk ditandatangani oleh pengarang dan
penerbit.
Akta Kontrak 1950

Dalam perjanjian itu:

Pengarang membenarkan penerbit menerbitkan


karyanya,

pada masa yang sama penerbit bersetuju untuk


menerbitkan-nya dan membayar royalti kepada
penulis mengikut kadar yang dipersetujui.
• Akta ini menyentuh mengenai kontrak yang
wujud dalam keadaan:
• wujud niat antara pihak mewujudkan
hubungan kontraktual
• wujud tawaran dan penerimaan
• wujudnya balasan
• pihak adalah layak disisi undang-undang
• kontrak tidak dimasukan perkara yang
menyalahi undang-undang
Dalam perjanjian, terma-terma berikut biasanya didapati:
• Lesen mutlak menerbitkan karya.
• Hak meringkaskan dan lain-lain.
• Hak menterjemahkan
• Perlangaran hak cipta
• Royalti
• Jaminan iaitu karya asal penulis
• tarikh penerbitan karya
• naskah percuma kepada penulis
• penyuntingan
• menghabiskan stok.
Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) 1960

Tujuan akta:

membuat peruntukan demi keselamatan dalam


negeri Malaysia, tahanan pencegahan,
pencegahan perbuatan subversif, penahanan
kekerasan yang dirancangkan terhadap orang
dan harta di kawasan-kawasan tertentu di
Malaysia, dan bagi perkara-perkara berkaitan
‘Tahanan pencegahan’ dan ‘pencegahan perbuatan
subversif’ ada hubungannya dengan penerbitan.
Menteri Dalam Negeri berkuasa menahan sesiapa
sahaja jika penahanan itu perlu bagi mencegahnya
daripada bertindak mengancam keselamatan
negara.
Jika seseorang itu berkecenderungan untuk
memudaratkan keselamatan negara, maka Menteri
mempunyai kuasa untuk menahannya sebagai
langkah pencegahan.
Di bawah kuasa-kuasa khas berhubungan dengan
penerbitan subversif, Menteri mempunyai kuasa untuk
melarang sesuatu percetakan, penerbitan, penjualan,
pengeluaran, pengedaran atau pemilikan dokumen atau
penerbitan yang:

1. Mengandungi apa-apa pengapian kepada keganasan.

2. Mengesyor keingkaran kepada undang-undang atau


kepada apa-apa perintah yang sah.
3. Dimaksudkan untuk atau mungkin menyebabkan
pecah keamanan, atau mengembangkan perasaan
permusuhan antara kaum atau golongan
penduduk yang berlainan.

4. Mendatangkan mudarat kepada kepentingan


negara, ketenteraman awam atau keselamatan
negara.
Kuasa Menteri boleh diperluaskan dalam penerbitan
berkala, melarang penerbitan, penjualan,
pengeluaran, pengedaran, pemilikan atau
pengimportan apa-apa keluaran yang telah lalu atau
yang akan datang.

Namun orang tahanan mempunyai hak menggunakan


proses rayuan melalui prinsip habeas Corpus atas
alasan penahanan itu menyalahi undang-undang
atau mala fide.
Contoh Kes

• Contohnya, seorang lagi lelaki ditahan di bawah Seksyen 28


Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyebarkan
khabar-khabar angin berunsur perkauman menerusi khidmat
pesanan ringkas (SMS).
• Begitu juga dengan penulis blog di mana kerajaan akan
mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog yang
menyentuh perkara sensitif termasuk menghina Yang di-
Pertuan Agong dan agama Islam. Tindakan boleh diambil ke
atas mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA), Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 121b Kanun
Keseksaan.
Akta Rahsia Rasmi 1972
Akta ini memberi perlindungan terhadap maklumat-
maklumat rasmi yang disifatkan sebagai rahsia
kerajaan.

Dokumen ini termasuklah semua suratan rekod


keputusan dan pertimbangan Jemaah Menteri
termasuk suratan, rekod keputusan, dan
pertimbangan jawankuasa di bawah Jemaah
Menteri serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Akta Rahsia Rasmi 1972

Akta ini juga memberi kuasa kepada pegawai awam


mengelaskan dokumen atau benda rasmi sebagai ‘paling
rahsia’, ‘rahsia’, ‘sulit’, atau ‘terhad’.

• Menjadi kesalahan jika seseorang itu:


1. Menyampaikan suatu maklumat atau rahsia kepada
sesebuah negara asing atau sesiapa juga yang dia tidak
diberi kuasa untuk menyampaikannya.
2. Menggunakan rahsia rasmi untuk faedah negara asing.

3. Menyimpan dalam milik atau kawalannya dokumen rahsia


yang dia tidak mempunyai hak menyimpannya.

4. Tidak menjaga dengan cara berpatutan atau bertingkah laku


sehingga membahayakan keselamatan atau rahsia sesuatu rahsia
rasmi.
Pesalah boleh dihukum penjara mandatori tidak kurang satu tahun,
dan tidak melebihi 7 tahun.
• Siapakah yang boleh memerintahkan
diklasifikasikan berita itu di bawah rahsia rasmi?
• Seorang Menteri.
• Seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.
• Sebarang pegawai awam yang dilantik di bawah
S2B oleh Menteri atau oleh Menteri Besar dan
Ketua Menteri melalui satu sijil yang
ditandatanganinya. Keperluan pangkat atau
kekananan dalam perkhidmataan tidak
diperuntukkan.
• Siapakah yang boleh membuang klasifikasi
tersebut?
• Seorang Menteri.
• Seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri
• Seorang pegawai awam yang dipertanggungjawab
berkaitan dengan seorang menteri, jabatan atau
sebarang perkhidmatan awam.
• Pegawai utama yang bertanggungjawab dengan
soal-soal pentadbiran sesebuah negeri.
Contoh Kes

• Contoh kes ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR)


mendakwa parti itu memiliki dokumen perjanjian
konsesi tol. Berikutan pendedahan itu, kerajaan
boleh mengambil tindakan sekiranya dokumen itu
diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi
(OSA). Hal yang sama juga bagi pesalah yang
membocorkan kertas peperiksaan kepada umum
boleh didakwa mengikut Akta Rahsia Rasmi
(OSA).
• Terdapat juga pembelaan di bawah akta ini
iaitu:
• Maklumat tidak dikelaskan oleh seorang
pegawai di bawah S2B dan tidak diliputi
oleh takrif rahsia rasmi di bawah S8.
• Keadaan istimewa misalnya keistimewaan
Parlimen dan imuniti berkaitan dengan
prosiding mahkamah.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
• Ia

• Tujuan: mengawal semua jenis penerbitan sama ada yang


dicetak dalam negeri atau yang diimport dari luar negeri.

• Lesen percetakan mesti dipohon dari Menteri Dalam Negeri


dan mengikut budi bicara beliau, beliau boleh meluluskan
suatu lesen atau menolaknya, membatal atau menggantung
lessen percetakan.
• Kesalahan seperti penerbitan lucah, mengandungi hasutan
sehingga boleh membawa kepada kekacauan dalam
masyarakat dan lain-lain adalah satu kesalahan.

• Penerbitan juga perlu kepada permit dari Menteri Dalam


Negeri dan Menteri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan
permit, membatal atau menggantungnya. Kesalahan seperti
penerbitan yang membawa kepada bahaya kepada
masyarakat adalah suatu kesalahan.
• Antara keperluan penting di bawah akta ini
ialah:
• Larangan tentang penulisan berita yang tidak benar.
• Keputusan Menteri Dalam negeri mengenai
peruntukan akta ini muktamad dan tidak boleh
dipersoalkan dimana-man mahkamah.
• Pihak yang tidak berpuashati mengenai tindakan
kerajaan tidak boleh diberi pendengaran.
• Akta ini mentakrifkan “penerbitan” sebagai yang
termasuk:
– Dokumen, akhbar, buku dan majalah berkala.
– Semua bahan bertulis atau bercetak dan segala-galanya
sama ada sifatnya yang serupa dengan bahan bertulis
atau bercetak atau tidak mengandungi apa-apa gambaran
yang boleh dilihat.
– Apa-apa juga yang mengikut rupa bentuknya atau
dengan apa juga cara boleh membayangkan kata-kata
atau idea-idea.
– Rakaman suara iaitu apa-apa bahan yang padanya
direkodkan suara manusia atau muzik instrumental atau
bunyi-bunyi lain dan termasuklah piring hitam, pita dan
cakera laser.
Contoh Kes

• Contoh yang lain di mana, Khalid Jafri,


didakwa di bawah Seksyen 8A (1) Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang
membawa hukuman maksimum penjara tidak
lebih tiga tahun atau denda tidak lebih
RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika
sabit kesalahan sebagai penulis dan penerbit
buku ''50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh
Jadi PM''.
Akta Kawalan Penerbitan yang Diimport 1958.

• Tujuan: melarang pengimportan apa-apa


penerbitan yang memudaratkan ketenteraman
awam, moral atau keselamatan awam.

• Bahan penerbitan yang boleh memudaratkan


ketenteraman awam, Menteri boleh melarang
diimport ke Malaysia
Undang-Undang Siber

• Berikut adalah lima undang-undang siber


yang diluluskan oleh Parlimen dalam tahun
1997 dan 1998 iaitu:
– Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
– Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Mutimedia 1998.
– Akta Tandatangan Digital 1997.
– Akta Jenayah Komputer 1997.
– Akta Teleperubatan 1997.
Sekian . . .

Terima kasih

You might also like