You are on page 1of 10

Penyeliaan Dalam Kaunseling

Oleh:
Mohd. Zarawi bin Mat Nor
zmnjip@yahoo.com
Jabatan Ilmu Pendidikan

Pengenalan

Di sesebuah sekolah satu profesion yang memberi perkhidmatan yang penting kepada para
pelajar adalah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (Fong, 1990). Perkhidmatan
kaunseling di sekolah-sekolah menjadi semakin penting kerana kaunselor dan guru
bimbingan dan kaunseling sekolah bertanggungjawab mewujudkan dan mengekalkan
persekitaran yang sihat dan sesuai kepada semua murid di sekolah berkenaan (Griffin.D.C,
2007). Selain itu dikatakan juga bahawa mereka (kaunselor) adalah pihak pertama yang
bertanggungjawab menghindari tekanan emosi dan akademik yang mungkin dihadapi oleh
para pelajar (Henderson, 1994). Hari ini masalah-masalah yang semakin rumit telah mula
menular di sekolah. Antaranya termasuklah masalah jenayah, masalah serangan fizikal dan
seksual, kemiskinan, lari dari rumah dan krisis-krisis lain yang semakin menjadi-jadi. Justeru
persekitaran sekolah menjadi semakin agak berkecamuk. Memang banyak cara yang boleh
diambil untuk membendung masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah.
Sebahagian daripada tindakan untuk mengurangkan masalah ini ialah melalui perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling.

Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan


jawatan kaunselor sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah dan jawatan guru bimbingan
dan kaunseling di sekolah-sekolah rendah seluruh negara. Kaunselor dan guru bimbingan dan
kaunseling dikatakan mempunyai kedudukan tersendiri kerana dari segi organisasinya
kaunselor bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengetua atau guru besar (Pekeliling KPM,
1996). Para kaunselor tidak diberikan tugas mengajar mata pelajaran akademik sebaliknya
dikehendaki memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti dan program pembangunan diri
pelajar (KPM,1996). Manakala, guru bimbingan dan kaunseling yang bertugas di sekolah-
sekolah rendah seluruh negara merupakan jawatan separuh masa kerana selain menjalankan
tugas mereka juga dikehendaki melaksanakan tugas-tugas pengajaran di dalam kelas.

Kaunselor sekolah yang profesional merupakan suatu jawatan unik dan tersendiri
kerana mereka bekerja untuk memastikan perkembangan diri, bimbingan dan perkembangan
kerjaya kepada pelajar-pelajar mereka. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menyenaraikan tujuh bidang perkhidmatan kaunseling di sekolah untuk menjelaskan peranan
dan tanggungjawab kaunselor dan guru bimbingan dan kaunseling. Bidang-bidang
perkhidmatan kaunseling di sekolah menengah ialah bidang akademik, kerjaya, psikososial
dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pendidikan pencegahan dadah/inhalan/rokok dan
HIV dan motivasi serta kepimpinan. Seseorang kaunselor harus bijak dan cekap dalam semua
aspek untuk menjayakan bidang perkhidmatan ini. Masalah utama yang dihadapi oleh
seseorang kaunselor adalah kurangnya keyakinan diri dan tidak mahir dalam menjayakan
tugas-tugas profesional mereka. Justeru, dalam konteks ini penyeliaan memainkan peranan
penting bagi memantapkan perkembangan perkhidmatan kaunseling dan perkembangan
personal dan profesional kaunselor itu sendiri.

Di Malaysia, kaunselor-kaunselor sekolah hanya diselia oleh pentadbir dan personal


lain. Masalahnya, mereka ini tidak mempunyai kepakaran dalam selok-belok penyeliaan yang
berkesan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pentadbir sekolah dilatih untuk menyelia
guru akademik tetapi amalan penyeliaan guru akademik tidak sama dengan penyeliaan dalam
kaunseling. Seseorang itu harus memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai
integriti yang tinggi sepanjang perkhidmatan mereka bagi melahirkan seorang kaunselor
yang berkaliber dan profesional. Mereka memerlukan satu sistem latihan dan melalui
kurikulum yang mantap untuk memastikan kaunselor sekolah memiliki ciri-ciri penampilan

1
dan sahsiah yang dinyatakan. Seseorang bakal kaunselor itu harus menjalani latihan
praktikum secukupnya. Mereka mesti diselia oleh kaunselor lain yang lebih berpengalaman
dan bersedia menjalankan tugas penyeliaan dengan sebaik mungkin sekiranya mereka mahu
menjadi seorang kaunselor cemerlang,.

Keperluan Penyeliaan

Keperluan kemahiran personal dan profesional dalam mana-mana profesion tidak


dapat disangkal. Kemahiran ini termasuk profesion perubatan, perundangan, kehakiman dan
profesion lain dalam senarai kerjaya manusia masa kini. Demikian juga profesion kaunselor
yang menjalankan perkhidmatan kaunseling di pelbagai setting termasuk kaunselor dan guru-
guru bimbingan yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Di sekolah, kaunselor sepenuh masa memerlukan suatu penyeliaan yang amat


bermakna untuk meningkatkan perkembangan personal dan profesionalisme seterusnya bagi
meningkatkan tahap kecekapan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas memberi
perkhidmatan bimbingan dan melaksanakan program-program kaunseling di sekolah (Tan
Soo Yin, 1999). Oleh sebab itu, bidang perkembangan dan latihan kaunselor menjadi fokus
utama dalam literatur sejak dua dekad yang lalu (Barnes, 2004).

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga ada menjalankan penyeliaan ke atas


prestasi guru bimbingan dan kaunseling di sekolah (KPM, 1997). Hasil penyeliaan terhadap
guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan
latihan dari sudut kaunseling (Schmidt, 1990). Sehubungan itu, penyeliaan kaunseling perlu
dilakukan oleh kaunselor berdaftar supaya keselarasan tugas dan pelaksanaan sesi tidak
menyimpang daripada sempadan yang ditetapkan (Faizah Ghani & Tan Soo Yin, 2005).

Dalam penulisan ini penulis akan memfokuskan perbincangan kepada perkara-


perkara berikut ; konsep penyeliaan dalam kaunseling, senario aktiviti penyeliaan
kaunseling, model-model dalam penyeliaan kaunselor, jenis-jenis penyeliaan dan ke
kepentingan aktiviti penyeliaan.

Konsep Penyeliaan

Bradley dan Ladany (2001) secara umumnya mendefinisikan penyeliaan sebagai suatu proses
memberi latihan dan bimbingan kepada pihak lain. Manakala dalam konteks penyeliaan
kaunseling beliau memberi makna penyeliaan sebagai satu proses perkembangan personal
dan profesional iaitu para penyelia akan mencabar, menggalak dan menyuntik semangat
untuk menggalakkan kaunselor mencapai tahap kecekapan yang maksimum .

Majlis Akreditasi Program Kaunseling (CACREP) pula mendefinisikan penyeliaan


sebagai suatu bentuk arahan dalam mana penyelia mengawal pengalaman beraktiviti dan
pembelajaran kemahiran yang berlaku semasa latihan praktikum dan intership (CACREP
Standards, 2001). Bagi memastikan seseorang kaunselor pelatih mendapat penyelia yang
berpengalaman dan berkesan, disyaratkan bahawa seseorang penyelia itu mempunyai
pengalaman sebagai kaunselor profesional selama paling kurang dua tahun sebelum
dibenarkan menjalankan tugas-tugas penyeliaan (CACREP, 2001).

Seseorang kaunselor yang bertindak sebagai seorang penyelia harus memiliki


kemahiran dalam metodologi penyeliaan bagi menggalakkan dan melatih kaunselor supaya
mencapai tahap perkembangan yang tinggi. Dalam mana-mana organisasi kaunseling,
menjalani latihan praktikum menjadi satu syarat utama kepada pelatih-pelatih dalam bidang
kaunseling. Sebagai contoh, Majlis Akreditasi Program kaunseling (CACREP) telah
menetapkan bahawa pelatih mesti menerima penyeliaan sebagai sebahagian daripada syarat
semasa menjalani latihan praktikum. Latihan yang diberikan itu haruslah mencukupi dan

2
mencapai standard latihan yang sebenarnya untuk memastikan sesuatu penyeliaan itu
bermakna.

Senario Aktiviti Penyeliaan Kaunselor

Sepanjang tempoh kewujudan aktiviti penyeliaan kaunselor, aktiviti ini telah mengalami
pelbagai tranformasi. Melalui masa, perubahan telah berlaku pada aspek fokus dan
keutamaan penyeliaan. Walau bagaimanapun matlamat asalnya tidak berubah iaitu untuk
membantu kaunselor menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada klien mereka
(Aasheim, 2007).

Penyeliaan kaunselor bermula antara tahun 1925 dan 1930 melalui pengenalan teori
psikoanilitik (Leddick & Bernard, 1980). Pengaruh teori terhadap penyeliaan melalui konsep
yang popular iaitu proses selari yang merujuk satu proses keselarasan tingkah laku supervisee
tergambar dalam sesi kaunseling (Eckstein & Wallerstein). Kesannya proses penyeliaan
benar-benar sama dengan proses psikoterapi itu sendiri (Kaiser, 1997); Stolberg & Delworth,
1987). Penyelia menjalankan tugas atau tanggungjawab membimbing dan memberi arahan
dalam proses penyeliaan psikoterapi (Leddick & Bernard, 1980). Fokus utama sesi
penyeliaan ialah proses meneroka intra dan interpersonal sebagai satu fungsi hubungan
teraputik (Davy, 2002). Para penyelia memberi perhatian terhadap peranan proses
perhubungan interaksi dan tidak disedari oleh kaunselor semasa berinteraksi dengan klien
(Casment, 1985). Kebanyakan pengkaji/penyelidik berjaya menyumbang ke arah
mengurangkan kekeliruan peranan dan fungsi seseorang penyelia di peringkat permulaan
timbulnya aktiviti penyeliaan ini (Carroll, 196; Yegdich, 1999).

Pada tahun 1950-an fokus penyeliaan berubah secara drastik sebagai perasaan
psikoanalisis daripada menyokong (Davy, 2002). Pada masa ini perkembangan aktiviti
penyeliaan bersepadu dengan teori dan model amalan teraputik (Freeman & McHenry, 1996).
Sebahagian daripada model penyeliaan ini adalah jelas sejajar dengan teori-teori utama
kaunseling (Friedlander, Siegal, & Brenock, 1989). Penekanan bidang penyeliaan ini telah
berubah daripada analisis kepada perkembangan latihan kemahiran dan perkembangan
profesional (Truax & Carkhuff, 1967; Holloway, 1995).

Pada tahun 1970-an, berlaku gelombang perubahan dalam penyeliaan yang


membawa bersama kerangka teori dan praktikal yang memberi penekanan kepada tugas
(task), peranan dan tahap perkembangan profesionalisme kaunselor (Caroll, 1996; Hess,
1986).

Antara tahun 1970-an dan 1980-an pula berlaku perubahan dalam aktiviti
penyeliaan kaunselor apabila munculnya teori dan kerangka penyeliaan yang memberi
tumpuan kepada tugas, peranan, latihan dan tahap perkembangan penting dalam
perkembangan profesionalisme kaunselor (Caroll, 1996; Hess, 1986). Pada tahun-tahun
tersebut beberapa model perkembangan penyeliaan telah diperkenalkan. Satu daripadanya
ialah Model Kompleksiti (SCM) (Watkins, 1997). Di samping itu Model Perkembangan
Bersepadu turut diperkenalkan (Stoltenberg, McNeil, & Delworth, 1998). Model ini memberi
tumpuan dalam kajian literature. Seterusnya Model Peranan Sosial (Scial Role Model) turut
disentuh dalam kajian literatur (Kadushin, 1985). Peranan teori-teori ini adalah untuk
menjelaskan peranan dan fungsi penyeliaan (Aashim, 2007). Teori Diskriminasi Bernard
(1979) menjelaskan tiga peranan utama penyelia dalam hubungan dengan kaunselor pelatih.
Tiga peranan itu ialah; pendekatan guru-murid (berasaskan dapatan Walz & Roeber, 1962,
yang mengkaji reaksi supervisor dalam satu interview kaunseling), pendekatan kaunselor-
klien dan pendekatan konsultasi (berasaskan Model pembinaan kemahirana Pra-Praktikum).

Pada tahun 1980-an pula aktiviti akademik para sarjana berkisar pada amalan dan
teori penyeliaan klinikal. The Counseling Psychologist telah menerbitkan dua isu yang

3
memberi fokus kepada penyeliaan kaunselor (Aashim, 2007). Teori-teori perkembangan telah
muncul dalam bidang penyeliaan klinikal (Freeman & McHenry, 1996). Para pengkaji telah
menyemak dan memerhati dengan teliti teori-teori ini (e.g.,Holloway,1988; Worthington,
1987) dan aktiviti perbahasan dalam kalangan sarjana mengenai beberapa teori boleh didapati
dalam beberapa penerbitan seperti Profesional Psychology: Research and Pratice (1987).
Sehubungan dengan itu ACES (Assocation for Counselor Educators and Supervisor) telah
mewujudkan satu program untuk mengenalpasti teras kecekapan penyelia kaunselor (Borders
1989).

Tahun 1990-an pula menunjukkan perbezaan pandangan para sarjana; pengkaji


mengalih fokus mereka kepada menyelidik struktur proses menyelia, perkara berkaitan
dengan hubungan dan keberkesanan amalan penyeliaan (Bernard & Goodyear, 1992;
Holloway & Caroll,1996; Holloway & Neufeldt, 1995). Hal ini merupakan fokus tambahan
terhadap kewujudan dan penerimaan penyeliaan kaunselor sebagai satu profesion yang
istimewa (Dye &Borders, 1990). Seterusnya penyelia dan pendidik kaunselor telah mengalih
perhatian kepada kepentingan amalan budaya kaunseling dan penyeliaan kaunselor (Ive,
Ivey & Simek-Morgan,1997; Pope, 1995). Daniels, D Andrea and Kim (1999) telah
menyiapkan satu kajian kes yang mengkaji bahaya penyeliaan silang budaya dengan seorang
penyelia yang gagal untuk berbincang tentang perbezaan budaya dalam penyeliaan secara
berkumpulan. Dinsmore dan England (1996) telah memperluaskan kajian dalam latihan
kaunselor pelbagai budaya yang berlaku di CACREP. Manakala dalam tahun-tahun 2000
(Aashi, 2007) berlaku trend ke arah menerima penyeliaan sebagai suatu profesion yang
berterusan.

Magnuson, Norem dan Wilcoxon (2000) menjelaskan bahawa penyeliaan dalam


abad ini telah berkembang pesat dalam menjelaskan amalan-amalan penyeliaan. Mereka telah
menghasilkan jurnal-jurnal sarjana seperti Counselor Education and Supervision dan The
Clinical Supervisor sebagai sumber utama kepada mereka yang mempraktikkan amalan
penyeliaan. Usaha untuk membudaya dan meningkatkan profesionalisme serta
mempiawaikan amalan penyeliaan dengan menerbitkan buku panduan untuk penyeliaan
(Borders & Brown, 2005) dan perbahasan berterusan para sarjana dalam budaya penyeliaan
kaunselor (Davy, 2002; Powell, 2005) telah kelihatan.

Dalam abad-abad terakhir ini , penyeliaan kaunselor terbina dalam satu bidang
pengajian yang unik, yang lengkap dan tersendiri serta menerima pentauliahan kebangsaan
(Borders & Brown, 2005). Walaupun bidang penyeliaan ini berkembang pesat beberapa
dekad terakhir, namun amalannya masih lemah.

Tujuan Penyeliaan Dalam Kaunseling

Umumnya penyeliaan kaunselor mempunyai tiga tujuan utama iaitu melatih


memperkembangkan ciri-ciri personal dan perkembangan profesional kaunselor,
meningkatkan kecekapan kaunselor dan meningkatkan rasa kebertanggungjawaban dalam
menyediakan program (Bradbley 1989). Manakala Bernad & Goodyear (2004) menjelaskan
bahawa penyeliaan mempunyai dua tujuan iaitu mempercepatkan perkembangan
profesionalisme kaunselor dan memastikan kebajikan para klien.

Berasaskan kepada tujuan penyeliaan yang dijelaskan di atas, dapat ditegaskan


bahawa fungsi penyeliaan kaunseling adalah untuk memberi sokongan, khidmat konsultasi,
kaunseling, arahan dan latihan dan penilaian kepada para kaunselor (Bradley & Ladany,
2001).

4
Model-Model Penyeliaan Kaunseling

Tinjauan literatur menunjukkan bahawa terdapat beberapa jenis model yang sering ditemui
atau diguna pakai dalam proses penyeliaan kaunselor. Bradley dan Ladany (2001) telah
mengenalpasti tiga model penyeliaan. Tiga model tersebut ialah; Model Integrasi, Model
Perkembangan dan Model Psikoterapi.

Model-Model Integrasi

Model integrasi merupakan model penyeliaan yang menggabungkan teori dan teknik. Model
ini menggunakan teknik teori daripada pelbagai disiplin ilmu. Antaranya ialah:

Model Diskriminasi Bernard

Model ini adalah suatu model yang unik. Model ini memberi fokus kepada pemahaman
konseptual, penguasaan kemahiran intervensi dan dinamika, dalam dan luar yang berlaku
dalam kaunseling dan penyeliaan (Dunca. K, 2003). Mengikut Bernard, teori ini lebih
memberi fokus kepada tindakan kaunselor daripada realiti dalam seseorang kaunselor.
Seterusnya beliau menyatakan bahawa matlamat model ini adalah untuk melahirkan lebih
ramai kaunselor yang cekap dan berwibawa. Justeru mengikutnya lagi model ini memberi
tumpuan kepada kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang kaunselor.
Kemahiran-kemahiran tersebut ialah; kemahiran proses, kemahiran mengkonsepkan tema
sesi, kemahiran personalisasi dan kemahiran tingkah laku profesional.

Kemahiran proses adalah strategi dan teknik yang digunakan dalam sesi kaunseling
yang merangkumi kecekapan memulakan sesi, kemahiran mendengar, refleksi, penjelasan,
konfrantasi, prafrasa, penjelasan masalah, rumusan dan komunikasi tanpa lisan (Bernard,
2000). Semua aspek ini merupakan elemen-elemen yang boleh diperhatikan oleh penyelia
dalam sesi penyeliaan. Mengikut Bernard (1979) lagi apabila penyelia menilai mengikut
perspektif model ini pelaksanaan kemahiran-kemahiran yang diyatakan di atas akan dinilai.

Kemahiran mengkonsepkan tema sesi merupakan kemahiran dan kemampuan


kaunselor bertindak balas dan menganalisis kes menggunakan pemikiran semasa dan selepas
pertemuan sesi. Termasuk dalam kemahiran ini ialah mengenalpasti mesej, tema dan
perubahan yang diingini oleh klien. Sebenarnya kemahiran ini agak sukar diperhatikan oleh
seseorang penyelia (Bradley & Ladny, 2001).

Kemahiran personalisasi merujuk kepada kesedaran dan penerimaan kaunselor


terhadap perasaan, kepercayaan dan nilai klien dan juga kaunselor itu sendiri , termasuk juga
keupayaan kaunseling yang dimiliki oleh kaunselor. Ini termasuklah kesediaan kaunselor
untuk menerima maklum balas terhadap cabaran-cabaran yang diterima oleh seseorang
kaunselor (Bernard 1979).

Kemahiran tingkah laku profesional pula merujuk kepada perkembangan dan


penampilan profesionalisme seseorang kaunselor semasa melaksanakan tugas sebagai
seorang kaunselor. Ini termasuk aspek pakaian, persekitaran kerja dan intergriti diri sebagai
seorang profesional. Dalam soal etika ini, seseorang kaunselor haruslah patuh kepada garis
panduan dan etika yang telah ditetapan oleh lembaga kaunselor (Bernard, 2000).

Bernard (1979) menjelaskan bahawa apabila penyeliaan dilakukan berdasarkan


model ini, seseorang penyelia memainkan tiga peranan utama iaitu; peranan sebagai guru,
peranan sebagai kaunselor dan peranan sebagai konsultan (perunding). Dalam memainkan
peranan sebagai seorang guru, penyelia membimbing dan memberi panduan dalam
menentukan tindakan-tindakan kaunselor bagi menjamin ke arah kecekapan kaunselor itu
sendiri (Bradley & Ladany, 2001). Dalam konteks ini, perlakuan kaunselor menjadi
tanggungjawab kepada penyelia. Penyelia harus memastikan kaunselor mempelajari
kemahiran tertentu yang diperlukan.

5
Penyelia membantu kaunselor memeriksa atau meninjau tindak balas personal dalam
bentuk kesan yang diterima oleh seseorang kaunselor ke atas hubungan kaunselor–klien
dalam menjalankan peranan sebagai kaunselor. Tugasan ini merupakan satu proses menilai
bagaimana pengalaman semasa kaunselor dan kesannya ke atas kerja (Ducan, K, 2003).
Penyelia seterusnya banyak berperanan sebagai pendorong ke arah mempertingkatkan nilai
dan profesionalisme sebagai seorang kaunselor.

Dalam menjalankan peranan sebagai seorang perunding, penyelia banyak membantu


kaunselor membincangkan tentang kaedah, model-model dan teknik yang mungkin
digunakan dalam sesi kaunseling mereka. Ini merupakan satu seni untuk mewujudkan situasi
pembelajaran yang merujuk kepada usaha memberitahu bagaimana untuk melakukan sesuatu
perkara (Bernard, 1997).

Bradley, Gould, and Parr (2001) telah menyatakan bahawa model ini mempunyai
kekuatan dan kelemahan tersendiri. Kekuatannya ialah model ini boleh digunakan bersama
dengan teori-teori dan teknik-teknik lain. Manakala satu kelemahan teori ini tiadanya satu
teknik dan intenvensi yang khusus dan ini mungkin sukar untuk digunakan oleh seseorang
penyelia yang baharu.

Model Adaptasi Penyeliaan Dalam Latihan kaunselor (ASICT)

Model adaptasi penyeliaan dalam latihan kaunselor ini menyediakan penyelia berasaskan
kepada empat gaya penyeliaan. Gaya-gaya penyeliaan ini bergantung kepada gaya tingkah
laku yang berasaskan kepada matlamat untuk meningkatkan kesediaan kaunselor dalam
menjalankan tugas-tugas secara khusus dalam proses kaunseling keseluruhannya. Empat gaya
penyeliaan adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut :

Supportive Mentor Teaching Mentor


(Mentor Sokongan) (Mentor Pengajar)
Arahan rendah Arahan tinggi
Sokongan Tinggi Sokongan Rendah
Kaunselor mempunyai kesediaan Kaunselor mempunyai
yang tinggi kesediaan yang rendah

Delegating Colleague Technical Diretor


Rakan kerjasama) (Pengarah teknikal)
Arahan Rendah Arahan Tinggi
Sokongan rendah Sokongan redah
Kaunselor mempunyai kesediaan Kaunselor mempunyai
yang tinggi kesediaan rendah

Perbezaan gaya-gaya penyeliaan ini bergantung kepada darjah sokongan dan arahan
yang diberikan oleh penyelia kepada kaunselor dan ini pula bergantung kepada kesediaan
oleh kaunselor. Empat gaya penyeliaan tersebut ialah; pengarah teknikal, mentor pengajar,
mentor sokongan dan rakan kerjasama.

Dalam amalan penyelia sebagai pengarah teknikal, penyelia lebih bersifat mengarah
dan mengurangkan sokongan kepada kaunselor. Hal ini selaras dengan tahap kesediaan
kaunselor yang kurang baik kesan daripada kurang yakin diri, kurang pengalaman dan

6
kurangnya kemahiran. Justeru penyelia lebih banyak memain peranan memberi arahan
kepada kaunselor. Lama kelamaan, kemahiran dan pengalaman kaunselor akan meningkat
dan seterusnya membantu meningkatkan keyakinan diri kaunselor semasa menjalankan sesi.
Pada tahap ini penyelia sudah mula mengalihkan peranannya sebagai mentor pengajar.

Penyelia memberi banyak arahan dan sokongan kepada kaunselor dalam


menjayakan gaya mentor pengajar. Langkah ini bertujuan mewujudkan keyakinan dan
menambahkan pengalaman kepada kaunselor yang diselia. Apabila keadaan ini berterusan,
akhirnya tahap keyakinan kaunselor semakin tinggi dan peranan penyelia beralih kepada gaya
mentor sokongan.

Gaya mentor sokongan ditunjukkan dengan ciri penyelia memberikan arahan yang
rendah dan sokongan yang tinggi kepada kaunselor yang diselia. Dalam gaya ini, kaunselor
barangkali menjadikan penyelia sebagai tempat meluahkan perasaan tentang aktiviti
kaunseling yang diamalkan. Penyelia mungkin memaparkan pelan intervensi dan perspektif
proses kaunseling kepada yang diselia. Penyelia memainkan peranan sebagai pihak yang
mengesahkan konseptual kes yang disediakan oleh kaunselor. Kesannya tahap kemahiran
kaunselor semakin bertambah dari masa ke masa dan pada masa ini peranan penyelia bertukar
gayanya kepada menjadi seorang rakan kerjasama.

Gaya rakan kerjasama pula dicirikan dengan arahan dan sokongan yang diberikan
kepada kaunselor pada tahap rendah. Penyelia berperanan mengesahkan status dan kemajuan
kaunselor. Penyelia mungkin bertanya tentang kejayaan terapi oleh kaunselor, fungsi klien
dan perkembangan kaunselor itu sendiri.

Model Penyeliaan Perkembangan Stoltenberg

Mengikut Leddick, 1994, model perkembangan penyeliaan adalah satu idea yang
mementingkan perkembangan secara berterusan. Model penyeliaan jenis perkembangan ini
merupakan model penyeliaan yang utama dikaji di Amerika Syarikat (Hawkins & Shohet,
1989). Model ini menggangap bahawa perkembangan supervisee adalah berlaku sepanjang
masa (Bradley & Ladany, 2001). Perkembangan penyeliaan dibahagi kepada beberapa tahap
iaitu tahap permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Perkembangan tahap-tahap ini adalah
berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang diterima sepanjang masa (Leach, Stoltenberg,
McNeill, & Eichenfied). Tahap permulaan lebih berbentuk membina interaksi antara penyelia
dengan kaunselor yang diselia. Pada tahap ini dikatakan bahawa penyelia menilai kecekapan,
latihan yang diterima dan memantau pengalaman pada peringkat awal. Justeru dikatakan
bahawa matlamat tahap perkembangan awal ini adalah untuk mewujudkan hubungan dan
kemesraan antara penyelia dengan kaunselor (Bradley & ladany, 2001). Pada tahap ini juga
penyelia menggunakan peluang kekuatan dan kelemahan kaunselor dalam melaksanakan
tanggungjawab dan kerja-kerja mereka, seterusnya penyelia akan menggunakan input yang
diperoleh untuk membina matlamat penyeliaan bersama-sama dengan kaunselor. Ini berlaku
kerana kaunselor pada tahap ini tidak berpengalaman, berasa bimbang dan tidak selamat
terhadap peranan dan kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri. Pemerhatian secara
langsung bersama dengan respon akan disampaikan oleh penyelia (Haynes, Corey &
Mouiton, 2003). Kesannya diharapkan keyakinan dan kemahiran kaunselor semakin
meningkat pada tahap-tahap yang seterusnya.

Tahap pertengahan model perkembangan merupakan tahap pertukaran tahap


kebergantungan (Bradley & Ladany, 2001). Kaunselor mengkonseptualkan kes dan intervensi
lebih bebas. Namun demikian maklum balas masih disediakan oleh penyelia, tetapi keputusan
lebih banyak dibuat secara koloboratif (Nelson & Johnson, 1999). Pada tahap ini rasa
kebertanggunjawaban sudah mula berpindah kepada kaunselor. Secara langsung kaunselor
telah mula menunjukkan tahap keyakinan dan autoriti yang tinggi dan sudah mula bersedia
untuk menerima kehadiran klien.

7
Tahap akhir model perkembangan ini dikatakan berlaku apabila kaunselor
sepenuhnya bersedia sebagai seorang yang profesional dalam melaksanakan tugasnya sebagai
seorang kaunselor (Bradley & ladany, 2001). Galakan dan sokongan diberikan oleh penyelia
dan sesi penyeliaan menjadi satu persekitaran yang menyediakan satu perkongsian untuk
menyelesaikan masalah dan mengkonseptualkan sesuatu kes antara penyelia dengan
kaunselor. Pada tahap ini keyakinan kaunselor berada pada tahap tinggi dan berjaya
menyesuaikan diri dengan klien. Kaunselor sudah bersedia untuk berkembang pada tahap
seterusnya.

Model ini mempunyai kekuatan tersendiri apabila dikatakan sebagai satu model
yang praktikal dan menyediakan garis panduan yang konkrit kerana kaunselor dapat
mengikut tahap-tahap perkembangan dengan sebaik mungkin (Nelson & Johnson, 1999).
Walau bagaimanapun model ini juga mempunyai kelemahan kerana mengikut Neson &
Johnson, 1999) kerana model ini kurang fleksible dan agak kompleks untuk diaplikasikan
semasa proses penyeliaan.

Bidang-bidang atau Aspek-aspek Dalam Penyeliaan Kaunseling

Bradley dan Ladany (2001) telah menyenaraikan dua bidang atau jenis penyeliaan
yang sesuai dalam menjelaskan aspek atau bidang penyeliaan kaunseling iaitu; penyeliaan
pentadbiran dan penyeliaan klinikal. Beliau seterusnya menjelaskan bahawa penyeliaan
pentadbiran merujuk kepada proses penyeliaan yang dilakukan untuk membantu kaunselor
yang diselia mencapai matlamat organisasi manakala penyeliaan klinikal memberi fokus
kepada pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai oleh kaunselor untuk berhadapan dengan
klien. Dengan kata lain, penyeliaan pentadbiran memberi kesan secara langsung kepada
organisasi dan penyeliaan klinikal memberi kesan secara langsung kepada perkembangan
dan kemahiran personal dan profesional kaunselor dalam konteks hubungan dengan klien.
Hal ini menggambarkan bahawa aktiviti penyeliaan sangat penting kepada mana-mana
kaunselor termasuk kaunselor yang bertugas di sekolah-sekolah, malangnya tidak ramai
kaunselor sekolah yang menerima proses penyeliaan (Crutchfield & Borders, 1997). Ini
menimbulkan masalah kerana penyeliaan klinikal amat diperlukan oleh kaunselor sekolah
sebagai sokongan bagi peningkatan kecekapan kaunselor itu sendiri (Crutchfield & Borders,
1997) dan penyeliaan ini sendiri memang sesuatu yang diperlukan oleh kaunselor (Roberts &
Borders, 1994). Tambahan pula banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa
penyeliaan yang dijalankan berjaya menyediakan peluang perkembangan kemahiran klinikal
secara berterusan, berlakunya perbincangan berhubung dengan undang-undang dan etika dan
aktiviti bertindak sebagai mekanisme sokongan profesional yang boleh mengelak tekanan dan
rasa jemu dalam kalangan kaunselor (Herlihy, Gray & McCollum, 2002).

Kepentingan Penyeliaan Dalam Kaunseling

Penyeliaan klinikal adalah suatu komponen penting dalam proses perkembangan dan
kemajuan berterusan (Bernard, 1997; Borders & Leddick, 1998; Drapela,1983; Gabbay,
Kiemei & Maguire, 1999; Powel, 2004). Selain itu penyeliaan klinikal juga akan
memperkuatkan kecekapan klinial seseorang kaunselor (Bernard & Goodyear, 2004;
Campbell, 2006).

Kesimpulan

Penyeliaan dalam bidang kaunseling merupakan suatu bidang penting dalam usaha
membangunkan tahap kecekapan kaunselor.Justeru tulisan ini sedikit sebanyak dapat
membantu memberi panduan kepada para pendidik kaunselor, kaunselor dan bidang
profesioan kaunseling itu sendiri.Adalah amat baik seandainya aspek penyeliaan ini diberi
tumpuan khusus oleh pihak-pihak tertentu dengan menjalankan kajian khusus tentang
kepentingan, gaya-gaya penyeliaan dan elemen-elemen lain yang boleh membantu
meningkatkan aspek penyeliaan dan pembangunan profesion kaunseling itu sendiri.

8
Rujukan

AasheimL.L (2007). A Descriptive analysis of the Tasks & Focus of Individual


Supervission in an Agency Setting. Disertasi Doktor Fasafah Oregon State
University.

Bernard, J.M, & Goodyear, R.K. (1998). Fundamentals of clinical supervision (2nd ed.),
Needham Heihts, MA: Allyn & Bacon.

Bernard J.M & Goodyear R.K , (2004). Fundamentals of Clinical Supervision. (Cetakan
ke 3) Pearson Education. Inc.

Borders, L.D. (1989). Developmental cognitions of first practicum supervisees. Journal


of Counseling Psychology, 36, 163-169

Borders. L.D, & Brown, L.L (2005). The new handbook of counseling supervision.
Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Bradley, L.J. (1989). Counselor supervision: principles, process and pratice. Munice, IN:
Accelerated Development.

Bradley, L.J. & Ladany, N. (2001). Counselor supervision: principles, process and
pratice. (Cetakan ke 3). Philadelphia; Brunner-Routledge.

Bernard J.M. (1979). The Discrimination Model.In C.E Watins, Handook of


psychothreraphy supervision. New York: Wiley 310-327

Borders, L.D & Leddick, G.R (1998). A nationwide survey of supervision training.
Counselor Education and Spervision, 27, 271-283

Carroll, M. (1996). CounselinG supervision: Theory, skills and pratice. London: Cassell

Campbell, J. (2006). Essentials of Clinical Supervision.New Jersey: Wiley & Sons.

Duncan.K (2003), Perceptions of The Importance and Utilization Of Clinical


Supervision Among Certified South Dakota Scholl Counselors. Desertasi
University Of South Dakota, Vermillion, SD.

Davy J. (2002). Discursive reflections on a reash agenda for clinical supervision.


Psychology and Psychtherapy: Theory, Research and Pratice, 75, 221-238.

Freeman, B. & McHendry, S. (1996). Clinical supervisin of counselors-in-training: A


nationwide survey of idea delivery,goals and theoretical inflences. Counselor
Education and Supervsion, 36(2), 144-158

Friedlander M.L. Siegel, S.M, & Brenock, K. (1989). Parallel process in counseling and
supervision: A case study. Journalf counseling Psychoogy, 36,149-157.

Hawkins, P. & Shohet, R. (1989). Supervision in the helping professions. Great Britain:
Biddels Limited, Guildford and Kings Lyn.

Holloway, E.L., & Acker, M. (1998), May).Engagement and power in clinical


supervision. Workshop presented at the Oregon Association of Counselor
Education and Supervision, Corvallis, Oregon.

9
Holloway, E.L., & Carroll, M. (1996). Reaction to the special section on supervision
research: Comment on Ellis et al. (1996), Landany et. Al (1996). Neufeldt et al.
(1996), and Worthen and McNeill (1996). Journal of counseling Psychology 43
(1), 51-55.

Leeddick, G.R & Bernard, J.M (1980). The history of Supervision: A critical Rivew
.Counselor Education and Supervision, 19, 186-196

Stoltenberg, C.D. & Delworth, U. (1987). Supervisin Counselrs and therapist. San
Francisco, CA: Jossey-Bass.

10

You might also like