You are on page 1of 7

Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling

Contributed by Administrator
Monday, 22 October 2007
Last Updated Wednesday, 13 August 2008
PENGENALAN JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Melahirkan kaunselor sekolah yang
berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual; yang beretika dan bertauliah
untuk memenuhi
keperluan khidmat Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. SENARAI KURSUS UNIVERSITI DAN
PENDIDIKANKURSUS UNIVERSITI KURSUS UNIVERSITI KREDITTITAS 2Hubungan Etnik
2Bahasa Melayu
Profesional 2Communicative English I 2Communicative English II 2Pengantar Etika 2Pemikiran
Strategik dan Inovatif
2Bimbingan dan Penasihatan 2Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi 3Ko-Kurikulum
3Jumlah 22 KURSUS
PENDIDIKAN KURSUS PENDIDIKAN KREDITFalsafah Kurikulum Pendidikan 3Sosiologi
Pendidikan 3Psikologi
Pendidikan 3Pedagogi Pendidikan 3Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan
3Rekabentuk Instruksional dan Teknologi 3Jumlah 18 SENARAI KURSUS MAJOR DAN MINOR
KURSUS
MAJORKODKURSUS KREDITKKP 1013Pengantar Bimbingan dan Kaunseling 3KKT 1013Teori
Kaunseling 3KKT
1023Teori dan Perkembangan Personaliti 3KKH 1013Kaunseling Individu I 3KKG 2013Dinamika
Kelompok 3KKC
2013Pendidikan dan Perkembangan Kerjaya 3KKT 2013Kaunseling Keluarga 3KKH
3013Kaunseling Individu II
3KKA 3013Pengujian dan Pengukuran Dalam Kaunseling 3KKD 3013Pendidikan Pencegahan
Dadah 3KKG
3013Kaunseling Kelompok 3KKH 3023Konsultasi dalam Kaunseling 3KKS 3013Pendidikan
Silang Budaya 3KKR
3013Kaedah Penyelidikan Dalam Bimbingan dan Kaunseling 3KKP 4013Pengurusan
Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling 3KKP 4023Etika Kaunseling 3KKD 4013Psikologi Bilazim 3KKR 4013Latihan Ilmiah 3
KURSUS MINOR
KODKURSUS KREDIT KKD 2013Komunikasi Interpersonal 3KKS 2013
Psikologi Sosial 3KKD 2023Psikologi Perkembangan 3KKD 2033Penyelewengan Sosial 3KKT
3013Intervensi Dalam
Kaunseling 3KKT 3023
Kaunseling Menurut Perspektif Islam 3KKT 3033
Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak 3KKD 3033
Delinkuensi Kanak-kanak Dan Remaja 3KKD 4023
Modifikasi Tingkahlaku 3KKP 4033
Pengurusan Personalia Pelajar 3 UPR 40010
Praktikum 10 Jumlah88 Kursus Universiti 22Kursus Pendidikan 18Jumlah Keseluruhan 128
SINOPSIS KURSUS
KKP 1013PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3 KREDIT
Definisi bimbingan dan kaunseling; latar belakang dan sejarah pergerakan bimbingan dan
kaunseling di Amerika
Syarikat dan Malaysia, asas falsafah bimbingan dan kaunseling, pentingnya perkhidmatan
menolong, asas-asas dan
prinsip bimbingan dan kaunseling, pelopor dan aliran utama kaunseling, jenis khidmat
kaunseling.
KKT 1013
TEORI KAUNSELING
3 KREDIT Komponen utama teori kaunseling; pembinaan dan ciri-ciri teori kaunseling,
pengenalan kepada teori
psikologi dan kaitannya dengan kaunseling, teori utama dalam kaunseling; teori dikaji dengan
tumpuan kepada sifat
semulajadi manusia, permasalahan manusia; teknik-teknik teras kaunseling; model tahap-tahap
perkembangan proses
kaunseling; kes-kes akan dianalisis berdasarkan teori.
KKT 1023
TEORI DAN PERKEMBANGAN PERSONALITI
3 KREDITDefinisi personaliti; asas-asas personaliti; teori utama personaliti dibincang secara am;
tahap-tahap
perkembangan personaliti; teori personaliti sebagai menggambarkan beberapa aspek tertentu
mengenai personaliti; teori
personaliti bagi memahami permasalahan individu dalam kaunseling, kes-kes dianalisis mengikut
teori, isu-isu dalam
teori personaliti terutama dari perspektif Islam.
KKH 1013
KAUNSELING INDIVIDU I 3 KREDITMenentukan tahap kemahiran kaunseling mikro kendiri;
membina kendiri; membina
program pengukuhan kemahiran mikro/kemahiran asas komunikasi berdasarkan manual latihan
Gerad / Brammer /
Gazda / Inskipp (pelajar dikehendaki menjalani latihan ini sekurang-kurangnya 40 jam makmal);
aplikasi
kemahiran/teknik kaunseling yang asas kepada sesi kaunseling (sekurang-kurangnya 20 jam
makmal); pembinaan sikap
dan tingkah laku kaunselor; memahami kesan sikap dan perilaku kaunselor dan klien ke atas
perhubungan kaunseling;
mengenalpasti halangan-halangan dalam proses menolong.
KKG 2013
DINAMIKA KELOMPOK
3 KREDITJenis kelompok dan ciri-cirinya; fungsi kelompok dalam masyarakat; kelompok dan
proses pembelajaran;
kepimpinan dan kemahiran memimpin kelompok; perkembangan kelompok; pengendalian sesi
bimbingan kelompok
pendidikan; pengenalan kepada teori utama kelompok; menilai keberkesanan bimbingan
kelompok; aplikasi kelompok di
sekolah / agensi.
KKC 2013 PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN KERJAYA
3 KREDITMaksud pendidikan kerjaya; teori perkembangan; dunia pekerjaan; maklumat
mengenai pekerjaan; proses
pembinaan dan pelaksanaan program pendidikan kerjaya di sekolah; model, kaedah, strategi dan
teknik bimbingan dan
kaunseling kerjaya; pemilihan kerjaya; kemahiran membuat keputusan kerjaya; gaya hidup dan
kerjaya; teknologi
maklumat dan kerjaya. KKT 2013 KAUNSELING KELUARGA
http://fskpm.upsi.edu.my Powered by Joomla! Generated: 13 October, 2009, 18:59
3 KREDITInstitusi kekeluargaan; kemahiran keibubapaan, teori dan model komunikasi dalam
keluarga; psikologi orang
dewasa dan orang tua (gerontologi); konflik psikososial dalam keluarga; teori konflik dalam
kekeluargaan; Islam dan
institusi kekeluargaan; model-model kaunseling keluarga; isu-isu etika dalam pendidikan
keibubapaan. KKH
3013 KAUNSELING INDIVIDU II
3 KREDITSekurang-kurangnya 30 jam makmal bagi peneguhan dan pengkayaan kemahiran
asas kaunseling;
penyepaduan teori-teori dan teknik-teknik khusus kaunseling dengan tahap perkembangan sesi;
memahami batasan
kemampuan dan kemahiran diri; kemahiran membuat rujukan; intervensi krisis; memahami isu-
isu penentangan,
pindahan, dan pindahan balas; isu-isu etika; konsepsi kes; penyediaan laporan profesional. KKA
3013
PENGUJIAN DAN PENGUKURAN DALAM KAUNSELING 3 KREDITIni merupakan kursus
pengenalan kepada
pengukuran dan pentaksiran (asessment) psikologi dan penggunaannya dalam kaunseling.
Dengan itu konsep-konsep
asas psikologi seperti reliabiliti, vadiliti dijelaskan. Prinsip dan kaedah memilih dan menggunakan
ujian dan pengukuran
sebagai memahami klien dalam kaunseling; proses pentadbiran, pentafsiran dan penerapan hasil
tafsiran; isu etika
dalam penilaian psikologi. KKD 3013
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
3 KREDITPengertian dan pengkelasan dadah; penyalahgunaan dan pergantungan dadah; kesan
dadah; teori utama
penagihan; penyalahgunaan dan pergantungan dadah di kalangan remaja; program pendidikan
dan pencegahan di
sekolah dan di dalam masyarakat umum; kempen anti dadah; memahami konsep detoks,
pemulihan dan penyesuaian
penagih ke dalam masyarakat umum; kaunseling pencegahan dadah; memahami peranan
PEMADAM, pusat detoks dan
lain-lain. KKG 3013
KAUNSELING KELOMPOK
3 KREDITSekurang-kurangnya 30 jam makmal bagi peneguhan dan pengkayaan kemahiran
asas memimpin kelompok
seperti diberi dalam Dinamika dan Kemahiran Kelompok I; penyepaduan teori-teori dan teknik-
teknik khusus kaunseling
dengan tahap perkembangan sesi kelompok; memahami batasan kemampuan dan kemahiran
diri; kemahiran membuat
rujukan; intervensi krisis; memahami isu-isu penentangan, pindahan, dan pindahan balas; isu-isu
etika; konsepsi kes;
penyediaan laporan profesional. KKH 3023
KONSULTASI DALAM KAUNSELING
3 KREDITKonsep konsultasi dan perbezaannya dengan konsep kaunseling, peranan konsultan
dan konsulti sebagai
pembinaan kendiri secara berterusan; teori-teori konsultasi; pendekatan, teknik dan strategi
utama dalam konsultasi;
kemahiran asas diperlukan dalam konsultasi; jenis-jenis konsultasi; model-model konsultasi; isu-
isu etika dalam
konsultasi. KKS 3013
PENDIDIKAN SILANG BUDAYA 3 KREDITKomunikasi dalam konteks budaya berbeza;
kaunseling dalam budaya yang
pelbagai; faktor individu dan umum; peranan budaya etnik dalam perhubungan sosial dan proses
menolong; teori
kaunseling pelbagai budaya; percanggahan dan ketidaksesuaian teori kaunseling paradigma
barat dengan budaya
tempatan; ciri-ciri seperti prejudis, dan perkauman; isu-isu etika kaunseling pelbagai budaya.
KKR 3013 KAEDAH
PENYELIDIKAN DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3 KREDIT
Perancangan menyediakan kertas projek penyelidikan: 'literature review'; membina kemahiran
memecah, menganalisis
dan mengemukakan cadangan menghadapi masalah bimbingan dan kaunseling yang
dikenalpasti; kertas kerja atau
artikel hendaklah menekankan metodologi penyelidikan; menghasilkan penulisan untuk
dibentang dalam seminar, forum,
persidangan atau untuk diterbitkan dalam jurnal. KKP 4013 PENGURUSAN PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN
KAUNSELING 3 KREDITDefinisi pengurusan; prinsip-prinsip pengurusan program; pentaksiran
keperluan; pembinaan
program B&K sekolah yang memfokus kepada perkembangan pelajar; penyimpanan rekod;
pengendalian ujian-ujian
psikologikal; penilaian program B&K; prinsip pembinaan program B&K; isu etika dalam
pengurusan program. KKP 4023
ETIKA KAUNSELING
3 KREDITAsas-asas etika, etika, moral dan etika; etika, nilai dan perundangan; etika dan
pemikiran rasional; teori utama
etika; tanggungjawab dan etika profesional; etika sebagai isu etika gunaan; etika kaunselor; etika
untuk kaunselor
kelompok dan kaunselor pencegahan dadah; isu-isu etika dalam kaunseling dengan
menggunakan kes-kes. KKD
4013 PSIKOLOGI BILAZIM 3 KREDITPelajar diperkenalkan kepada konsep bilazim, teori-teori
perlakuan bilazim,
perlakuan salah laku/lencongan (“maladaptive/deviant behaviour”); klasifikasi
perlakuan bilazim mengikut
DSM-III dan IV, masalah remaja - ‘disorder’ yang biasa terdapat di kalangan
kanak-kanak dan remaja,
intervensi rawatan dan strategi menangani perlakuan bilazim/lencungan, kajian-kajian kes
mengenai perlakuanperlakuan
bilazim. KKR 4013 LATIHAN ILMIAH
3 KREDITKursus ini adalah lanjutan daripada Kaedah Kursus Penyelidikan dalam Bimbingan dan
Kaunseling (KKR
3013). Pelajar menulis laporan lengkap hasil penyelidikan di lapangan berpandukan format
penulisan penyelidikan
ilmiah. KKD 2013
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
3 KREDITKursus ini akan membincangkan definisi komunikasi, proses dan model komunikasi,
kecekapan lisan dan
kecekapan hubungan, proses interpersonal dan kecekapan peranan; membina sikap terbuka,
meningkatkan
‘mindfulness’ serta meningkatkan kecekapan kendiri (konsep kendiri dan
komunikasi) dan konteks
hubungan dalam keluarga dan komunikasi dengan kumpulan; latihan praktik membina kemahiran
dan kecekapan
berkomunikasi. KKS 2013
PSIKOLOGI SOSIAL
3 KREDITKursus ini mendedahkan kepada para pelajar tentang definisi dan falsafah dalam
psikologi sosial, persepsi
sosial, bahasa badan dan pembentukan impresi, proses kognitif sosial, kerangka mental dan
bagaimana pemikiran
membentuk perasaan dan perasaan membentuk pemikiran. Sikap, proses mengubah tingkahlaku
melalui pemujukan,
http://fskpm.upsi.edu.my Powered by Joomla! Generated: 13 October, 2009, 18:59
halangan kepada pemujukan, cognitif dissonance, identiti sosial, identiti kendiri dan kejantinaan,
diskriminasi dan
prejudis dan cara mengatasinya, tarikan interpersonal, kontak permulaan menyukai dan menjadi
mesra dan mewujudkan
persahabatan, perhubungan rapat – keluarga, sahabat, kekasih dan teman hidup,
pengaruh sosial –
bagaimana individu mengubah tingkahlaku orang lain dan sebaliknya, tingkahlaku agresif
– semulajadinya, sebab
dan kawalan professional dan kumpulan, dinamik kelompok, sokongan sosial, budaya sosial,
amalan kaunseling
komuniti dan silang budaya. KKD 2023 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN
3 KREDIT
Kursus ini akan membincangkan peringkat perkembangan serta peranan faktor genetik dan
persekitaran dalam
mempengaruhi perkembangan manusia bermula daripada sebelum lahir sehingga mati.
Penumpuan diberikan kepada
peringkat perkembangan kanak-kanak dan remaja dengan memberi fokus utama kepada aspek
perkembangan fizikal,
kognitif dan sosial di samping aspek pekembangan yang lain seperti perkembangan personaliti
dan moral. KKD 2033
PENYELEWENGAN SOSIAL 3 KREDITKursus ini adalah pengenalan kepada tingkahlaku
penyelewengan dalam
konteks norma masyarakat, sebab-sebab berlakunya tingkahlaku penyelewengan dan reaksi
masyarakat. KKT 3013
INTERVENSI DALAM KAUNSELING
3 KREDITKursus ini akan meninjau definisi intervensi dalam kaunseling. Ia juga akan melihat
intervensi kaunseling dari
pelbagai sudut teori seperti Psikodinamik, Gestalt, Pemusatan Insan, Kognitif, Tingkahlaku dan
Realiti. Teknik-teknik
yang sering digunakan dalam intervensi kaunseling turut dibincangkan. Konsep-konsep asas
intervensi dalam
kaunseling seperti eksperimen, pembolehubah, kumpulan rawatan, kumpulan kawalan, ujian pra,
ujian pasca merupakan
sub-topik yang akan juga dibincangkan di sini. Kekuatan dan kekurangan intervensi dalam
kaunseling merupakan antara
tajuk dalam kursus ini. KKT 3023
KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
3 KREDITPengenalan kepada kaunseling melalui perbincangan di bawah tajuk definisi, konsep,
matlamat dan keperluan
mengikut pandangan Islam dan membandingkan dengan teori-teori barat. Membincangkan
konsep manusia dan
personaliti dari beberapa teori kaunseling Barat dan menghuraikan secara terperinci pandangan
Islam serta menganalisa
persamaan dan perbezaan antara keduanya. Mengenalpasti ciri-ciri dan sikap kaunselor Muslim
dan menghuraikan jenis
pemikiran dan perlakuan yang perlu diubah oleh mereka yang bermasalah. Memberi kemahiran
kaedah, teknik dan
pendekatan kaunseling Islam. KKT 3033
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
3 KREDITKursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada konsep bimbingan dan
kaunseling; proses
kaunseling; kemahiran mengendalikan kaunseling; pendekatan dan teori kaunseling; model
kaunseling; aktiviti dan
program bimbingan dan kaunseling untuk kanak-kanak; peranan kaunselor yang pelbagai;
pengujian dan penilaian
psikologi; sistem sokongan di dalam perkhidmatan kaunseling di sekolah. KKD 3033
DELINKUENSI KANAK-KANAK DAN REMAJA
3 KREDIT Kursus ini akan melihat isu kenakalan kanak-kanak dan remaja dari pelbagai
perspektif. Ia akan cuba
meninjau faktor-faktor yang menyumbang kepada kenakalan kanak-kanak dan remaja dari sudut
pelbagai teori. Definisi
kenakalan kanak-kanak dan remaja juga akan dibincangkan di samping melihat kesignifikan tajuk
ini dalam konteks
pembangunan negara semasa. Kenakalan kanak-kanak dan remaja akan dilihat dari sudut
penyalahgunaan dadah,
keganasan remaja, cubaan membunuh diri, ponteng sekolah, gangsterisme dan pelacuran. Tajuk
seperti
intervensi/rawatan untuk menangani kenakalan kanak-kanak dan remaja akan turut disentuh.
KKD 4023 MODIFIKASI
TINGKAHLAKU
3 KREDIT
Ini merupakan kursus pengenalan kepada memahami tingkahlaku manusia serta kaedah dan
teknik mengubah
tingkahlaku dan memahami tingkahlaku bermasalah melalui penilaian fungsian; definisi
tingkahlaku manusia dan
modifikasi tingkahlaku, memerhati dan merekod tingkahlaku dan mengukur perubahan
tingkahlaku; prinsip asas
modifikasi tingkahlaku; prosedur mengurangkan tingkahlaku bermasalah; teknik penghapusan,
peneguhan berbeza,
manipulasi “antecedent”; hukuman positif, “habit reversal”, token
ekonomi dan lain-lain;
prosedur meningkatkan tingkahlaku diingini; prosedur latihan kendiri; isu tingkahlaku bermasalah
dan aplikasi teknik dan
prosedur modifikasi tingkahlaku. KKP 4033
PENGURUSAN PERSONALIA PELAJAR
3 KREDITDefinisi pengurusan; keperluan pengurusan pelajar; masalah dalam pengurusan
pelajar; prinsip dan organisasi
pentadbiran personel; pendekatan dalam program perkembangan pelajar; pengurusan program;
pembinaan program
bimbingan dan kaunseling sekolah yang memfokus kepada perkembangan pelajar; penyimpanan
rekod; pengendalian
dan penilaian program; prinsip pembinaan program; kedudukan guru-guru dalam perkhidmatan
personel pelajar. PR
1018/UPR 4000 PRAKTIKUM
10 KREDITPelajar akan menjalani praktikum di sekolah atau di agensi (6 kredit) dan latihan
industri (3 kredit). Wajib
bagi semua pelajar Sarjanamuda Pendidikan Bimbingan & Kaunseling : semasa praktikum
pelajar mengendalikan sesi
bimbingan dan kaunseling individu dan kelompok; pelajar dikehendaki terlibat dalam latihan;
pembinaan program
Bimbingan & Kaunseling dan segala aktiviti profesional seorang kaunselor; pelajar akan merekod
apa yang dilakukan di
sekolah/agensi; pada akhir semester pelajar wajib menyiapkan satu projek berkait dengan
pembinaan program
Bimbingan & Kaunseling dan menyerahkan projek itu kepada fakulti. UKB 1012
BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
2 KREDIT Kursus ini akan mendedahkan kepada para pelajar konsep pelaksanaan bimbingan
dan penasihatan kepada
semua guru-guru di sekolah. Pelajar didedahkan hubungan antara budaya sekolah, gejala sosial
dan isu-isu semasa
dengan keperluan dan kepentingan aspek bimbingan dan penasihatan. Pelajar akan menguasai
asas-asas kemahiran,
pendekatan, strategi dan teknik dalam bimbingan dan penasihatan kepada pelajar. Justeru,
selain tugas pengajaran,
http://fskpm.upsi.edu.my Powered by Joomla! Generated: 13 October, 2009, 18:59
bakal guru akan bertanggungjawab dan mampu menerokai, menganal pasti pelajar bermasalah
dan membimbing
mereka ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan tingkah laku. Pelajar juga akan
mengetahui had dan batasan
dalam bimbingan dan penasihatan serta prosedur merujuk pelajar bermasalah kepada pihak lain.
Sebagai pelengkap
pelajar akan menghayati nilai etika dalam amalan bimbingan dan penasihatan.
http://fskpm.upsi.edu.my Powered by Joomla! Generated: 13 October, 2009, 18:59

You might also like