You are on page 1of 14

BAB 5

ANALISIS

5.1 Pengenalan analisis data.

Semua data yang dikumpul adalah diambil dari tiga syarikat penyelenggaraan
bangunan dinegara ini. Data-data yang diperolehi hanyalah tertumpu kepada data jadual
cara penyelenggaraan bangunan yang melibatkan bekalan elektrik sahaja. Walaupun
kajian ini melibatkan dua masalah yang memberi kesan kepada pelaksanaan
penyelenggaraan bangunan iaitu pengurusan organisasi penyelenggaraan bangunan dan
pengunaan kaedah jadual kerja tetapi hanya kaedah jadual sahaja yang dianalisis kerana
kebanyakan syarikat penyelenggaraan bangunan menggunakan carta organisasi yang
sama seperti yang ditunjuk kan diawal kajian ini.

Kebanyakan syarikat penyelenggaraan bangunan terpaksa mematuhi piawaian


yang telah ditetapkan oleh Suruhan Jaya Tenaga negara ini untuk menyelenggara semua
peralatan elektrik dan bangunan mereka. Contoh orang yang bertanggungjawab keatas
bilik TNB hanyalah mereka yang mempunyai kelayakan jurutera elektrik sahaja dan
semua latarbelakang pendidikan kakitangan yang bekerja ke atas peralatan elektrik
hendaklah dikemukakan kepada Suruhan Jaya Tenaga untuk disimpan dan dijadikan
71

rujukan apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak di ingini kelak seperti berlaku
kebakaran dan sebagainya. Oleh itu semua syarikat penyelenggaraan bangunan dinegara
ini selalunya mempunyai carta tenaga kerja yang sama.
Berlainan dengan cara menyelenggarakan alatan elektrik Sehingga sekarang
tiada satu cara yang seragam digunakan dan kajian ini cuba untuk mengkaji jadual kerja
yang diperolehi dari tiga buah syarikat penyelenggaraan bangunan iaitu Pensera Sdn.
Bhd, Syarikat Bandar Baru Uda (S.B.B.U) Sdn. Bhd dan Syarikat Daya Urus Sdn Bhd.
(SDUSB) Semua data-data yang diambil dianalisis berdasarkan catatan yang dilakukan
oleh penyelenggara-penyelenggara yang dipertanggungjawabkan keatas bilik elektrik
dan dibandingkan dengan jadual arahan kerja yang dikeluarkan oleh pihak IKRAM Bhd.
Semua kerja-kerja tersebut telah diringkaskan dan cuma yang melibatkan bilik kawalan
elektrik utama dalam sesebuah bangunan sahaja dianalisis. Ini adalah kerana dalam
sesebuah bangunan bilik kawalan elektrik seperti bilik alatubah tenaga, bilik MSSB dan
bilik TNB adalah ibarat nyawa kepada sesebuah bangunan. Kerana di sinilah semua
punca tenaga elektrik dihasilkan dan dari tenaga itu maka dapatlah bekalan elektrik
disalurkan ke sesebuah bangunan tersebut.

Semua bangunan di negara ini mempunyai syarikat penyelenggaraan bangunan


mereka sendiri. Tidak kiralah samada pemilik bangunan itu sendiri yang menyelenggara
bangunannya ataupun diserahkan segala urusan penyelenggaraan kepada syarikat swasta
yang lain.

Dalam kajian ini semua data yang diperolehi adalah berdasarkan kepada jadual
kerja yang dilakukan dilapangan diantaranya ialah:

(i) Syarikat Pensera Sdn. Bhd.


Syarikat penyelenggaraan banguan ini adalah sebuah syarikat
penyelenggaraan bangunan yang menjalankan tugas-tugas
penyelenggaraan dikebanyakan bangunan yang besar di negara ini.
Contohnya bangunan Menara Petronas (KLCC), bangunan Bank Industri
72

dan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terletak


di Jalan Ampang Kuala Lumpur.
(ii) Syarikat Bandar Baru Uda Sdn. Bhd.
Syarikat penyelenggaraan banguan ini adalah sebuah syarikat
penyelenggaraan bangunan yang menjalankan tugas-tugas
penyelenggaraan dikebanyakan bangunan di Negeri Johor.

(iii) Syarikat Daya Urus Sdn. Bhd. (SDUSB)


Syarikat penyelenggaraan banguan ini adalah sebuah syarikat
penyelenggaraan bangunan yang menjalankan tugas-tugas
penyelenggaraan dibangunan nya sendiri. Berbanding dengan syarikat
penyelenggaraan bangunan yang lain Lembaga Pemasaran Pertanian
Malaysia (FAMA) telah melakukan sendiri segala perkhidmatan
penyelenggaraan banguan milik mereka sendiri.

Data-data yang diperolehi pula dibandingkan dengan data yang diperolehi dari
Institut Kerja Raya Malaysia yang memang terkenal dan mempunyai sistem
penyelenggaraan yang yang agak terancang. Semua kandungan data yang diperolehi dari
pihak IKRAM ada dikemukakan sekali dalam lampiran yang disertakan. Rujuk lampiran
yang disertakan.

5.2 Jenis Maklumat dan Data Yang di Perlukan.

Maklumat dan data yang diperlukan dalam kajian kes ini adalah dari maklumat
yang berdasarkan kepada penyelenggaraan alatan elektrik yang terdapat didalam
sesebuah bangunan ataupun premis sahaja. Di negara ini boleh dikatakan semua
bangunan yang dibena mengunakan punca elektrik yang dibekalkan oleh Tenaga
Nasional Berhad (TNB).
73

Bekalan tenaga elektrik lazimnya diperolehi dari TNB melalui pencawang yang
berhampiran. Jenis bekalan yang diberikan oleh TNB ialah bekalan arus ulangalik (A.C),
tiga fasa, 50Hz. Voltan yang dibekalkan ialah seperti berikut:

(i) Voltan tinggi 11KV, 33KV

(ii) Voltan rendah 3 fasa, 415V, 3 wayer (Red, Yellow, Blue)

(iii) Voltan rendah 3 fasa 415V, 4 wayer (Red, Yellow, Blue, Neutral)

(iv) Voltan rendah 1 fasa, 240V, 2 wayer (Live, Neutral)

Bekalan 3 fasa yang disambung secara Delta atau Star. Bekalan diterima melalui kabel
bawah tanah atau kabel talian atas.

Bekalan 3 fasa yang disambung secara Delta menggunakan tiga wayar tanpa mempunyai
wayar Natural. Sambungan ini selalunya digunakan untuk system penghantaran dimana
satu fasa tidak diperlukan.

Bekalan 3 fasa yang disambung secara Star pula menggunakan 4 wayar dimana wayar
keempat ialah wayar Neutral. Sistem ini digunakan untuk bekalan kepada pengguna
yang majoritinya menggunakan bekalan satu fasa 240V.
74

PENCAWANG TNB

11KV Kabel Bawah Tanah

PENCAWANG
PENGGUNA

415KV Kabel Bawah Tanah

PAPAN SUIS UTAMA


(MSB)

415KV Kabel Bawah Tanah


Atau Kebel Dalam
Bangunan
PAPAN SUIS KECIL
(SSB)

415V / 210V Kabel PVC atau PVC/PVC

PAPAN AGIHAN
(DB/DFB)

415V / 240V Kabel PVC atau PVC/Pvc

BEBAN ELEKTRIK
(LAMPU, KIPAS, MOTOR,
SOKET, DLL)

Rajah 5.2 Punca tenaga elektrik yang disalurkan dari punca tenaga utama TNB
seterusnya diproses untuk kegunaan pengguna.
Semua maklumat yang diperolehi adalah merupakan maklumat yang diambil dari
data jadual kerja yang telah diambil dari beberapa buah syarikat penyelenggaraan
75

bangunan yang beroperasi dinegara ini. Dan jadual kerja yang diperolehi itu
perbandinggan akan dikakukan keatas beberapa perkhidmatan yang penting sahaja.
Contoh beberapa perkhidmatan yang penting adalah seperti penyelenggaraan yang
dilakukan didalam bilik elektrik. Ini adalah kerana isi kandungan jadual kerja yang telah
diperolehi banyak menyatakan berkenaan dengan penyelenggaraan alat-alat elektrik
yang terdapat didalam bilik elektrik sahaja.
Contoh alat-alat elektrik yang ada didalam bilik elektrik adalah seperti alatubah
kuasa (transfomer), janakuasa elektrik (gen-set) dan papan agihan utama (MSB). Semua
maklumat bagaimana bekalan elektrik dibekalkan kedalam sesebuat bangunan ada
dinyatakan seperti diatas.
Dengan adanya jadual kerja tersebut akan dapat dikesan apakah yang perlu
dilakukan semasa kerja-kerja penyelenggaraan alat elektrik itu dan apakah tugas-tugas
yang perlu dilakukan oleh setiap orang yang bertanggung-jawab didalam bidang
tugasnya. Siapakah yang perlu melakukan kerja-kerja tersebut dan kakitangan mana
yang akan menyemak kerja-kerja yang telah dilakukan oleh kakitangan bawahannya.

5.3 Analisis data.

Setelah dibuat perbandingan kepada dua buah syrikat penyenggaraan bangunan iaitu
Syarikat Penyenggaraan Bangunan Pensera Sdn. Bhd., Syarikat Daya Urus Sdn. Bhd.
Dan Syarikat Bandar Baru Uda Sdn. Bhd. Saya dapati tiga-tiga buah syrikat yang terlibat
dalam perkhidmatan penyenggaraan bangunan ini tidak menggunakan satu sistem atau
format yang sama. Banyak perbezaan dari segi kekerapan penyenggaraan dan masa yang
diperlukan untuk melakukan sesuatu perkhidmatan penyenggaraan bangunan.
Kebanyakan kajiaan yang dilakukan sebelum ini juga berkaitan penyenggaraan
bangunan belum ada yang memperincikan lagi kajian atau pun membuat cadangan bagi
menyediakan satu borang yang seragam dalam membuat pemeriksaan keatas sesebuah
bangunan.
76

Setelah dikaji setiap jadual pemereksaan yang telah disediakan oleh tiga buah
syarikat penyelenggaraan bangunan iaitu Pensera Sdn. Bhd, Syarikat Bandar Baru Uda
(S.B.B.U) Sdn. Bhd dan Lembaga Syarikat Daya Urus Sdn. Bhd. (SDU) maka dapatlah
diringkaskan jadual penyelenggaraan seperti berikut.

Jadual 5.3 Menunjukkan perbezaan aktiviti tiga buah syarikat penyelenggaraan


bangunan
Aktiviti Pemeriksaan
Harian Mingguan Bulanan Tahunan
1 Pemeriksaan Transformer

A Syarikat Pensera Sdn. Bhd. X

B Syarikat Bandar Baru Uda Berhad (SBBU) X

C Syarikat Daya Urus Sdn. BhdMalaysia (SDU) X

2 Pemeriksaan Gen-Set

A Syarikat Pensera Sdn. Bhd. X

B Syarikat Bandar Baru Uda Berhad (SBBU) X

C Syarikat Daya Urus Sdn. BhdMalaysia (SDU) X X

3 Pemeriksaan L.V. Room

A Syarikat Pensera Sdn. Bhd. X

B Syarikat Bandar Baru Uda Berhad (SBBU) X

C Syarikat Daya Urus Sdn. BhdMalaysia (SDU)


77

Aktiviti Pemeriksaan
Harian Mingguan Bulanan Tahunan
4 Pemeriksaan HT Room

A Syarikat Pensera Sdn. Bhd. X

B Syarikat Bandar Baru Uda Berhad (SBBU) X

C Syarikat Daya Urus Sdn. BhdMalaysia (SDU)

5 Pemeriksaan Sistem Lampu

A Syarikat Pensera Sdn. Bhd. X

B Syarikat Bandar Baru Uda Berhad (SBBU) X

C Syarikat Daya Urus Sdn. BhdMalaysia (SDU) X

6 Pemeriksaan Capasitor Bank

A Syarikat Pensera Sdn. Bhd. X

B Syarikat Bandar Baru Uda Berhad (SBBU) X

C Syarikat Daya Urus Sdn. BhdMalaysia (SDU) X

5.3.1 Pemeriksaan
7 Pemeriksaan Switch Alatubah
Board Kuasa (Power Transformer)

A Syarikat Pensera Sdn. Bhd. X

B Syarikat Bandar Baru Uda Berhad (SBBU) X

C Syarikat Daya Urus Sdn. BhdMalaysia (SDU) X

8 Pemeriksaan Sistem Pencegah Kebakaran

A Syarikat Pensera Sdn. Bhd. X

B Syarikat Bandar Baru Uda Berhad (SBBU) X

C Syarikat Daya Urus Sdn. BhdMalaysia (SDU) X


78

Alatubah kuasa (Power Transformer) menerima bekalan voltan tinggi 11Kv


melalui kabel bawah tanah dan menurunkan voltan tersebut kepada 415V. Gelong voltan
tinggi alatubah disambung secara Delta manakala gelung bahagian voltan rendah
disambung secara Star dan titik Star dibumikan .

Hasil dari kajian kepadsa ketiga-tiga syarikat yang menyediakan kerja-kerja


penyelenggaraan bangunan didapati Pensera Sdn. Bhd dan S.B.B.U. Sdn. Bhd. telah
melakukan pemerksaan alatubah tersebut secara mingguan manakala Lembaga Syarikat
Daya Urus Sdn. Bhd. membuat pemereksaan cecara harian. Pemereksaan bilik alatubah
termasuklah memastikan bilik tersebut bersih dari segala habuk, debu dan sentiasa
dalam keadaan kering. Seperti-mana yang diketahui bilik alatubah mestilah sentiasa
dalam keadaan kering dan bersih dari segala habuk yang akan memungkinkan alatubah
tersebut akan mengalami kerosakan. Jika dilihat dari segi kepentingannya alatubah kuasa
ini maka dapatlah diandaikan pemereksaan mingguan sudah mencukupi kerana alatubah
kuasa ini adalah terletak didalam bilik TNB. Seperti mana yang dinyatakan didalam
buku manual penyelenggaraan keluaran Syarikat Ikram Sdn. Bhd. Bilik alatubah kuasa
hanya perlu dibersihkan dalam masa mingguan sahaj. Kebiasaannya bilik TNB
dilengkapi dengan kipas pelawas, sudah cukup untuk memastikan bilik itu bersih dan
selamat digunakan.

5.3.2 Pemeriksaan Papan Suis Utama (PSU)

PSU secara lazimnya menerima bekalan 415V dari alat ubah atau janakuasa dan
seterusnya mengagihkannya melalui beberapa pemutus litar keluaran (outgoing), ia juga
mengawal dan memberi perlindungan kepada keseluruhan pemasangan.
Alat-alat utama yang terdapat didalam PSU ialah:
79

(i) Pemutus Litar Udara (ACB)


(ii) Pemutus Litar Teracu (MCCB)
(iii) Bus tie / bus coupler
(iv) Changeover contactor
(v) Fius Suis
(vi) Suis Fius
(vii) Pengasing (Isolator)
(viii) Busbar
(ix) Metering
(x) Geganti (Relay)
(xi) Battery charger

PSU hendaklah ditempatkan didalam bilik yang sesuai saiznya serta


kedudukannya hendaklah jauh dari punca-punca air. Pintu bilik PSU hendaklah mudah
diakses dari luar supaya kerja-kerja senggaraan mudah dilakukan. Papan tanda
DILARANG MASUK dan BAHAYA hendaklah dipasang di tempat yang sesuai
mengikut kehendak peraturan.

Dari kajian kepada ketiga-tiga syarikat penyelenggaraan bangunan didapati


syarikat Pensera Sdn. Bhd. dan SSUB memeriksa capasitor bank secara mingguan
manakala SDU memeriksa secara bulanan. Mengikut Manual Penyelenggaraan Elektrik
Berjadual yang diperolehi dari IKRAM Sdn. Bhd. pemeriksaan capasitor bank boleh
dilakukan hanya secara bulanan iaitu secara pemeriksaan satu bulan sekali. Pemeriksaan
yang dilakukan adalah hanya untuk memastikan capasitor bank berfungsi dangan baik
terhadap tiga wayar utama (merah, Kuning dan biru).

Fungsi utama capasitor bank adalah untuk menyimpan voltan tenaga elektrik
yang berlebihan dari alatubah tenaga dan disalurkan kembali ke papan suis utama
apabila voltan tenaga elektrik berkeadaan normal. Ianya juga bolehlah dikelasifikasikan
sebagai satu alat penjimatan tenaga elektrik.
5.3.3 Pemeriksaan Switch Board.
80

Syarikat SDU dan SSUB Snd. Bhd. menjalankan pemeriksaan switch board
secara mingguan manakala Syarikat Pensera Sdn. Bhd. menjalankan pemeriksaaan
secara bulanan. Menurut buku manual penyelenggaraan yang dikeluarkan oleh Syrikat
IKRAM Sdn. Bhd. pemeriksaan switch board bolehlah dilakukan secara bulanan dalam
jangka masa enam bulan sekali bergantung kepada cara pemeriksaan yang dilakukan.
Diantara pemeriksaan dan selenggaraan yang dilakukan adalah pemeriksaan semua jenis
lampu penunjuk, suis pemilih, meter voltan, meter Ampiar, meter faktur kuasa, Ketatkan
semua sekeru sesentuh terminal tamatan dan merekodkan bacaan voltan arus faktor
kuasa. Semua penyelengaraan tersebut hendaklah dilakukan secara bulanan manakala
pemereksaan penamatan kebel daripada kesan-kesan kepanasan yang berlainan
dilakukan pada enam bulan sekali. Cara ini lebih berkesan kerana pecahan dari
pemeriksaan ini dapat meminimumkan kos dan masa berbanding dengan
penyenglenggaraan yang dilakukan oleh Syarikat Pensera, Syarikat SSUB dan SDU
tidak memberikan pemeriksaan terpeinci berkenaan dengan pemeriksaan switch board.

5.3.4 Sistem Lampu.

Pemeriksaan sistem lampu adalah pemeriksaan yang melibatkan pemeriksaan


dan penukaran unit lampu yang tidak berfungsi dengan baik. Memang tidak dinafikan
dalam satu sistem elektrikal didalam sesebuah bangunan, lampu adalah diperlukan untuk
meneranggi sesuatu kawasan yang tidak mensapat pencahayaan yang mencukupi baik
diwaktu siang mahupun malam.
Terdapat beberapa jenis lampu biasa yang digunakan iaitu:

(i) Jenis Filamen


(ii) Jenis discharge (fluorescent, SL, PL, sodium, mercury)
(iii) Energy saving tube
81

Jenis filamen sangat mudah binaannya, hanya menggunakan tungsten untuk


mengeluarkan cahaya tetapi penghasilan cahayanya tidak begitu terang dan warnanya
tidak cantik. Ia juga tidak cekap menggunakan tenaga elektrik dimana banyak haba
terbuang.

Mankala jenis discharge memerlukan cok (chock), ballast, starter atau ignitor dan
tiub yang berisi gas seperti raksa, sodium, argon dsb. Lampu jenis discharge balah
menghasilkan cahaya terang dengan warna yang cantik, Kehilangan habanya adalah
rendah.

Dari data yang diperolehi ketiga-tiga Syarikat Pensera, SSUB Sdn. Bhd dan SDU
telah melakukan semakan sistem lampu dalam masa satu bulan sekali. Menurut
Menurut buku manual penyelenggaraan yang dikeluarkan oleh Syrikat IKRAM Sdn.
Bhd. pemeriksaan lampu samada lampu itu berfungsi atau tidak berfungsi tidaklah
memberikan satu tempoh masa yang ditetapkan. Ia bergantung kepada keadaan lampu
itu sendiri, jika tidak berfungsi dengan baik bolehlah ditukar kepada lampu yang
berfungsi dengan baik. Tetapi semua Syarikat Pensera, Syarikat SSUB dan SDU ada
mencatatkan bilangan lampu yang ditukar dan melakukan rekod yang bersesuaian
dengan kegunaan mereka. Tujuan merekodkan bilangan lampu yang telah ditukar tadi
adalah bertujuan untuk memudahkan syarikat-syarikat tersebut membuat tuntutan kerja
bayaran apa yang telah dilakukan.

5.3.5 Sistem Pencegah Kebakaran

Sistem ppencegah kebakaran yang terdapat didalam bilik MCCB dan bilik TNB
adalah dari jenis sembur Co2 sistem. Alat ini akan berfungsi apabila berlaku sebarang
kejadian kebakaran didalam bilik elektrik. Apabila lebihan arus elektrik dialirkan ke
82

alatubah kuasa atau arus elektrik yang berlebihan diterima dari alatubah kuasa,
kemungkinan akan berlaku percikan bunga api. Percikan bunga api tadi akan
menghasilkan haba, alat pengesan haba mahupun alat pengesan asap yang terdapat
didalam bilik alatubah kuasa dan bilik TNB akan mengesan kejadian tersebut lalu
secara outomatik alat penyembur Co2 akan diaktifkan. Semburan Co2 akan menghalag
kebakaran dari terus berlaku. Dalam bilik yang melibatkan banyak alatan elektrik seperti
alatubah kuasa, generator dan main switch board alat pemadam api yang berasaskan air
adalah tidak sesuai kerana memang diketahui alat-alat elektrik tersebut memang terlalu
sensitive dengan kehadiran air. Jika alat pemadam api yang berasaskan air digunakan
kemungkinan letupan akan terjadi oleh itu alat pemadam api Co2 adalah alat yangb
paling sesuai digunakan. Alat pemadam api Co2 juga dapat melindunggi alatan elektrik
yang lain dari turut musnah jika kebakaran hanya melibatkan satu alatan elektrik sahaja.

Setelah dianalisis dari jadual yang dikumpul dari tiga buah syarikat iaitu
Syarikat Pensera, Syarikat SSUB dan SDU didapati ketiga-tiga syariakat penyelenggara
bangunan berkenaan ada melakukan pemeriksaan alat pencegah kebakaran. Diantara
jenis-jenis penyelenggaraan yang dilakukan adalah:

(i) Memstikan bateri yang terdapat didalam peti amaran kebakaran berada di
dalam keadaan yang baik. Pemeriksaan dan penambahan air suling perlu
dilakukan jika elektrilite di dalam bateri berada di tahap minimum.

(ii) Mencuci sambungan kepala bateri dari habuk dan kotoran. Jika perlu
buka sambungan kepala bateri dan gosok dengan kertas pasir dan
pasangkan semula ddengan kekuatan ikatan yang mencukupi.

(iii) Pastikan pengecas bateri dalam keadaan baik

(iv) Melakukan pemereksaan lampu-lampu penunjuk dan amaran. Tukar


mentol-mentol yang terbakar.
83

Pada dasrnya ketiga-tiga syarikat yang melakukan penjelenggaraan dalam kajian


ini ada melakukan penyelenggaraan keatas alatan pencegah kebakaran dan telah
mematuhi apa-apa jua kehendak dalam Buku Manual Arahan Kerja yang diterbitkan
oleh pihak IKRAM Sdn. Bhd.

Hasil dari analisis jadual kerja yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan


bangunan iaitu Pensera Sdn. Bhd, Syarikat Bandar Baru Uda (S.B.B.U) Sdn. Bhd dan
Lembaga Syarikat Daya Urus Sdn. Bhd. (SDU) hanya bahagian-bahgian yang penting
sahaja diperbandingkan seperti penyelenggaraan dibilik alatubah kuasa, papan MSSB
dan bilik genset diambil kira dan diperbandingkan dengan kerja-kerja yang telah
dilakukan oleh pihak IKRAM Sdn.Bhd. Hasil dari kajian data-data tersebut didapati
ketiga-tiga buah syrikat yang melakukan kerja penyelenggaran ada melakukan
penyelengaraan kerja keatas semua latan elektrik tersebut. Cara penyelenggaraan juga
berbeza-beza diantara syarikat penyelenggaraan lain dengan syarikat penyenggaraan
yang lain. Daripada analisis tersebut dapatlah dinyatakan disni bahawa cara
penyelenggaraan dibilik elektrik dilakukan berdasarkan pengalaman pengurus atau
orang yang bertanggung jawap keatasa bilik elektrik tersebut.

You might also like