You are on page 1of 12

KARANGAN FAKTA

Soalan-Permainan Tradisional semakin dilupakan dan dipinggirkan.


Nyatakan langkah-langkah bagi menghidupkan permainan
tradisional tersebut .
Setiap rakyat di dunia ini ada permainan tradisional masing-
masing .Begitu juga rakyat Malaysia .Permainan tradisional seperti wau
,gasing dan congkak yang popular suatu ketika dahulu kini semakin
dipinggirkan dalam arus perdana .Pelbagai langkah telah dilakukan bagi
mengembalikan kegemilangan permainan tradisional agar tidak lapuk dek
hujan dan tidak lekang dek panas .
Bagi mendekatkan rakyat dengan permainan tradisional , pelbagai
langkah dapat diadakan . Antaranya ,Kementerian Kebudayaan , Kesenian
dan Warisan mengadakan kempen dan promosi melalui media cetak dan
media elektronik . Lembaga Penggalak Pelancongan termasuk pihak
pengurusan hotel disaran mengedarkan brosur dan buku panduan
tentang permainan tradisional kepada para pelancong yang menginap di
hotel berkenaan .
Usaha seterusnya ialah menyediakan kawasan atau tapak khas
kepada rakyat untuk melakukan aktiviti permainan ketika hujung minggu
atau semasa cuti sekolah . Dengan adanya kawasan khas tersebut ,
golongan remaja dapat mempersembahkan permainan tradisional sekali
gus dapat menarik minat pelancong tempatan dan pelancong asing
mempelajari kaedah permainan berkenaan .
Untuk menyebarluaskan permainan tradisional Malaysia di peringkat
global , peranan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dapat membantu
pihak kerajaan . Sebagai contoh , MAS telah menggunakan permainan wau
sebagai logo korporat syarikat berkenaan . Langkah ini tentulah dapat
mmembantu mempromosi keunikan tradisional rakyat Malaysia .
Usaha-usaha mengetengahkan permainan tradisional memerlukan
kerjasama daripada semua pihak . Tanpa sokongan daripada pelbagai
pihak , permainan tradisional ini mungkin akan berkubur dan lupus
ditelan zaman .
KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI
Contoh Surat Kiriman Rasmi – Surat Aduan

Nazleen Bte Ahmad


No. 3 Jalan Bunga Matahari
Singapura 443420

Pegawai Perhubungan
Kementerian Persekitaran
7. Jalan Sentosa
Singapura 112999 26 SEPTEMBER
2007

Tuan,
Aduan Tentang Pantai Yang Tercemar
Merujuk perkara di atas, saya, Nazleen Bte Ahmad, seorang pelajar dari
Sekolah Menengah Tanjung Bunga ingin mengadu tentang pantai yang
terletak berdekatan sekolah saya yang kian tercemar. Saya juga ingin
memberi beberapa cadangan agar pihak tuan dapat mengambil langkah-
langkah yang sewajarnya bagi memajukan pantai ini sebagai destinasi
pelancongan.

2. Pantai yang saya sebutkan di atas, dahulunya merupakan sebuah


pantai yang indah dan bersih. Kebelakangan ini saya dapati terdapat
sebilangan pengguna yang telah mengubah keadaan pantai ini. Kini,
pantai tersebut penuh dengan sampah sarap. Sampah sarap ini boleh
sahaja didapati di tepian pantai, tetapi juga di laut. Akibat daripada hal ini,
banyak serangga dan binatang pemusnah sudah mula kelihatan
berkeliaran di sana sini, membuat pantai tersebut tidak sesuai untuk
aktiviti bersantai. Selain sampah, kerap juga air laut dicemari minyak yang
tumpah dari kapal-kapal besar.

3. Saya harap denda yang lebih ketat dikenakan kepada sesiapa yang
didapati bersalah mencemarkan kawasan pantai ini. Selain itu, pihak tuan
juga boleh menganjurkan satu kempen yang boleh menimbulkan
kesedaran di kalangan masyarakat negara ini tentang tanggungjawab
mereka menjaga kebersihan dan keindahan pantai tersebut.

4. Akhir sekali, pantai yang bersih boleh menjadi satu daya tarikan
para pelancong. Memandangkan ekonomi Singapura banyak bergantung
kepada industri pelancongan, pantai tersebut boleh dijadikan sebagai satu
daya tarikan pelancong. Selain daripada pantai yang bersih, saya
sarankan agar pantai tersebut dibangunkan. Kemudahan ataupun
perkhidmatan seperti sukan air mahupun pembinaan calet boleh
difikirkan. Tentu sekali dengan adanya kemudahan dan perkhidmatan
seperti ini, pantai ini dapat dimajukan lagi.

5. Saya amat berharap agar pihak tuan mengambil tindakan secepat


mungkin bagi mengatasi masalah pantai yang tercemar ini. Saya juga
berharap cadangan-cadangan yang telah saya berikan akan
dipertimbangkan.

Yang benar,
Nazleen
(NAZLEEN BTE AHMAD)
Pelajar Sekolah Menengah Tanjung Bunga

KARANGAN PENDAPAT
Soalan -Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada
musim perayaan . Berikan pendapat anda untuk mengurangkan
kemalangan jalan raya .
Menjelang musim perayaan , jalan raya di negara kita turut
menyaksikan angka korban yang semakin meningkat dari setahun ke
setahun . Peningkatan angka korban di jalan raya ada kaitannya dengan
peningkatan jumlah kenderaan yang memasuki lebuh raya dan jalan-jalan
utama untuk pulang ke kampung halaman . Justeru , suatu langkah
bersepadu perlu digerakkan oleh semua pihak .
Antara langkah yang perlu diambil ialah melalui pendidikan . Dalam
hal ini , para pengguna jalan raya perlu dididik tentang langkah-langkah
keselamatan seperti pemakaian topi keledar yang betul , disiplin di jalan
raya dan memupuk sikap prihatin terhadap orang lain .
Selain itu , pengambilan lesen memandu perlu lebih ketat . Tempoh
belajar memandu perlu melepasi tahap yang lebih lama di samping
pemantauan berterusan daripada tenaga pengajar yang bertauliah .
Dalam soal ini , sekolah-sekolah memandu perlu lebih bertanggungjawab
dan tidak memikirkan soal keuntungan semata-mata .
Seterusnya penguatkuasaan perlu lebih tegas . Pihak
penguatkuasaan tidak seharusnya mengambil enteng terhadap
kesalahan yang dilakukan oleh pengguna-pengguna jalan raya .
Kesalahan-kesalahan berat seperti memotong di garisan berkembar serta
tidak mematuhi lampu isyarat perlu dikenakan hukuman yang berat tanpa
tolak ansur .
Namun yang lebih penting , pengguna jalan raya perlu lebih
bertanggungjawab dan sayang akan diri sendiri . Sikap mementingkan diri
sendiri , tidak sabar dan menggunakan kemudahan jalan raya dengan cara
yang salah amat tidak wajar .
Kesimpulannya , kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan
melalui kerjasama semua pihak . Sikap pengguna yang mementingkan diri
sendiri seperti enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing
perlu dikikis agar jalan raya kita menjadi medan yang selamat kepada
semua pengguna .

KARANGAN JENIS SYARAHAN


Soalan – Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “ Vandalisme dan
Penyelesaiannya ”.
Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel hakim
yang bijaksana , dan hadirin yang saya hormati . Assalamualaikum dan
salam sejahtera saya ucapkan .Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan
ialah “ Vandalisme dan Penyelesaiannya ”.
Para hadirin yang saya muliakan ,
Tahukah anda , apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme ?
Menurut Kamus Dewan , vandalisme dapat didefinisikan sebagai
perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau
persendirian . Vandalisme merupakan suatu perbuatan yang tidak
bermoral dan kurang sihat . Lazimnya , perbuatan ini dilakukan oleh
golongan remaja yang bermasalah . Antara contoh-contoh vandalisme
ialah merosakkan pondok telefon , paip bomba serta menconteng dinding
bangunan , tandas , lif , dan juga perhentian bas .
Para hadirin sekalian ,
Banyak punca yang mengaitkan fenomena ini dengan tingkah laku
remaja . Hal ini demikian kerana golongan remaja merupakan golongan
yang kuat memberontak . Sebagai jalan keluar , mereka bertindak
merosakkan harta benda awam bagi melahirkan perasaan tidak puas hati
mereka . Golongan remaja ini biasanya terlibat dengan pelbagai gejala
sosial yang kurang sihat seperti menagih dadah , merokok , mencuri ,
melepak , dan ponteng sekolah .
Perbuatan vandalisme banyak menyusahkan pihak berkuasa dan
juga masyarakat . Semua kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan
perbelanjaan yang besar untuk dibaiki atau diganti dengan yang baru .
Orang ramai juga turut mengalami kesukaran untuk menggunakannya
terutama ketika kecemasan .
Bagi mengatasi masalah ini , kerjasama semua pihak amatlah
diperlukan . Masyarakat tidak boleh meletakkan beban ke bahu pihak
berwajib semata-mata . Ibu bapa perlulah mengawasi gelagat anak-anak
di samping menerapkan nilai moral dan agama kepada mereka .
Para remaja harus belajar mendidik diri mereka agar benci akan
perbuatan yang tidak berfaedah ini . Mereka perlu sedar tentang
kepentingan menjaga harta benda awam .
Hadirin yang dihormati ,
Pihak sekolah pula perlu mengadakan kempen antivandalisme dan
menyediakan pelbagai program untuk disertai oleh para pelajar di
sekolah . Dengan kerjasama semua pihak , sudah pasti gejala vandalisme
akan dapat dibendung .
Hadirin sekalian ,
Demikianlah syarahan saya untuk kali ini . Semoga perkara yang
telah saya katakana dapat dijadikan pedoman . Sekian , terima kasih .

KARANGAN JENIS PERBAHASAN


SOALAN:
Kamu mewakili kelas kamu dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk
“Belajar Komputer Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada
Keburukan”. Sebagai pencadang, kamu diminta menyediakan hujah-hujah
bagi menyokong tajuk yang diberi.
Sediakan hujah-hujah kamu selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru, barisan pembangkang dan rakan sekalian. Tajuk perbahasan saya
pada kali ini ialah “Belajar Komputer Banyak Mendatangkan Kebaikan
daripada Keburukan”.
Hadirin sekalian,
Belajar komputer banyak mendatangkan kebaikan. Hal ini kerana dengan
belajar komputer, kita dapat mempelajari pelbagai kemahiran. Antaranya adalah
kemahiran menaip, melukis, mengarang, dan sebagainya. Hasil kerja yang
dihasilkan dengan menggunakan komputer juga tentulah lebih kemas, bersih,
dan cantik.
Kita juga dapat menimba pelbagai pengetahuan dengan menggunakan
komputer. Kemudahan internet di komputer memudahkan kita memperoleh
maklumat dan pengetahuan berkenaan dengan pelajaran, pelancongan,
kesihatan, dan sebagainya. Dengan ini, ilmu pengetahuan kita akan bertambah
luas.

Hadirin yang dihormati,


Penggunaan komputer menyebabakan dunia bagai di hujung jari. Hal ini
demikian apabila peristiwa dan berita di luar negara atau di dalam negara dapat
diketahui dengan pantas melalui internet. Justeru itu, kita tidak lagi menjadi
katak di bawah tempurung.

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah agar tidak
terjebak dalam aktiviti yang negatif. Mempelajari komputer tidak akan merugikan
seseorang kerana komputer banyak menyumbang bakti kepada kita khususnya
murid-murid dalam pelajaran.
Justeru, benarlah bahawa belajar komputer banyak mendatangkan
kebaikan daripada keburukan. Sekian, terima kasih.
KARANGAN PERBINCANGAN
Contoh Karangan: Isu Dadah

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang


mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee
atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-
rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus
diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin,
kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan
“Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap
yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus
diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor
satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah
bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai
kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal,
ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan
mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami


masalah dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’
dan askar-askar Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai
kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak
ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat dalam penagihan
dadah merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negara dan
terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan mereka
bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat bahkan diri mereka
sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap
tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah-langkah
yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang
amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh
diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta
Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun
mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.
Oleh itu, kerajaan telah melancarkan kempen antidadah di seluruh
negara secara meluas. Namun demikian, tanggungjawab untuk
memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama.

Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan


penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini,
golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan
mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini,
mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk
disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan
menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat
sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat
harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor
dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini
dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan
dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah
matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk
menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda
untuk mewujudkan satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri


daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab
utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin
tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya,
tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat
kasih sayang ibu bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan,
sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana
dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah
melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun
ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar
sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak
pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi
itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih
dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak
15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu
bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program
pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini
mengulangi kegiatan mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan


penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini
kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila
merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja
dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan
beralih kepada heroin

dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam


memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk
mendapatkan dadah.

Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan


dadah. Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima
risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat
penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan
D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan
berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya
bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan
amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian
kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat
digeruni.

Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi


untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah
suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah
yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia.
Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada
setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”.

You might also like