You are on page 1of 14

PENDAHULUAN

Kebangkitan kuasa Jepun dibawah pembaharuan Meiji sebagai kuasa imperialis di rantau

Asia telah memperlihatkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1941. Kehadiran Jepun ini

adalah sama seperti imperialis lain iaitu mendapatkan bahan-bahan mentah untuk ekonomi

negara Jepun.Berbekalkan slogan “Asia untuk Asia” dan “ Menghapuskan Imperialisme Kuasa-

kuasa Barat” perjuangan Jepun pada awalnya dilihat murni oleh masyarakat setempat kerana

melambangkan kebangkitan masyarakat Asia. Malahan orang Melayu dan India mengalu-alukan

kedatangan orang Jepun yang melihat Jepun sebagai penyelamat dan penghalau penjajah British.

Penyerangan ke atas Tanah Melayu dilakukan pada 8 Disember 1941 di Kelantan dan menjelang

15 febuari 1942, pentadbiran British di Tanah Melayu dan Singapura telah menyerah diri.1

Maka, secara rasminya bermulalah zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan beberapa dasar pemerintahan

negara di ubah kepada sistem pemerintahan Jepun. Dasar pemerintahan dan pentadbiran Jepun

di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat Tanah Melayu . Kesan-

kesan tersebut dapat kita lihat dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dalam bidang sosial,

politik dan ekonomi. Malahan zaman pendudukan Jepun selama tiga tahun setengah di anggap

sebagai ‘Zaman Gelap Tanah Melayu’ oleh masyarakat kerana penderitaan yang mereka alami.

Jepun di Tanah Melayu meninggalkan kesan negatif tetapi pada sudut-sudut yang terpinggir

kedatangan Jepun tetap menyumbangkan kesan positif terutama dalam membentuk pemikiran

dan jati diri masyarakat. Ini bukan kesan yang kecil tetapi pengaruh impak dan pemikiran inilah

yang membentuk pemikiran matang dalam masyarakat Malaysia. Melalui esei ini saya akan

1
Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :Kumpulan
Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M (Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia, 1989) , ms. 17
1
membahaskan kesan pendudukan Jepun dalam bidang sosio-ekonomi terhadap masyarakat di

Tanah Melayu.

KESAN PENDUDUKAN JEPUN DALAM BIDANG EKONOMI

Semasa pendudukan Jepun telah memberikan impak yang besar terhadap kemelesetan

ekonomi Tanah Melayu. Kekurangan makanan dan keperluan kehidupan sehari-hari telah berada

pada satu tahap yang sangat meruncing. Perang dunia ke dua yang membabitkan Jepun di pihak

Axis menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan melumpuhkan ekonomi. Pada masa

peperangan ekonomi seperti perlombongan, pertanian dan perdagangan tidak dapat berjalan

lancar.2 Pada masa peperangan juga, perkapalan telah dihalang oleh kapal selam tentera British

dan ini menyebabkan barangan makanan dan kain tidak dapat diimport kerana sebelum perang,

Tanah Melayu telah bergantung kepada pasaran luar iaitu mengimport beras dan kain dari Thai,

Burma dan India.3 Dengan itu tidak hairanlah harga barangan makanan seperti beras, tepung,

gula, kain baju, minyak petrol, minyak masak dan sebagainya telah meningkat.

Akibat bekalan yang berkurangan, Jepun telah mengamalkan pemerintahan bersifat ‘Self

Sufficient’. 4 Dasar ini telah menyebabkan rakyat bergantung kepada kegiatan dalam negara bagi

tujuan memenuhi keperluan masing- masing. Pihak Jepun telah menggalakkan rakyat menanam

makanan sara diri seperti beras, ubi kayu, keledek, sayuran dan sebagainya. Hal ini berbeza

dengan zaman pemerintahan British yang menjalankan dasar buka pintu untuk perkembangan

ekonomi Tanah melayu. Malahan Jepun telah mengamalkan dasar ‘secukup makan’ ini dan

perusahaan getah diberhentikan untuk mengantikan tanaman getah dengan bercucuk tanam
2
Abdul Halim Saad et al, Malaysia Kita, (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia, 1991), ms. 474.
3
Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :Kumpulan
Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M (Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia, 1989) , ms. 7
4
Wan Noraini Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas
masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1986 ), ms. 44-45.
2
terutamanya ubi kayu dan bersawah padi. Dengan ini diharap dapat mengurangkan masalah

makanan tetapi malangnya masalah kekurangan makanan semakin meruncing. Malahan untuk

mengatasi masalah ketiadaan pakaian masyarakat terpaksa memakai baju yang diperbuat dari

guni pada zaman tersebut. Situasi ini dapat dilihat di merata tempat contohnya di Pulau Pinang

akibat kesukaran mendapatkan kain seperti berlaku di Kampung Kota Aur, Kepala Batas dan

Alor Setar, Kedah.5. Pentadbiran Jepun juga telah menggalakkan pertumbuhan industri tempatan

bagi tujuan menghasilkan tali melalui sabut kelapa sawit, menggantikan minyak pelincir dan

minyak gris dengan minyak kelapa sawit dan sebagainya.

Jepun telah memperkenalkan bank-bank perdagangan untuk menarik penduduk tempatan

menyimpan wang di Bank. Contohnya Jepun menubuhkan Yokohama Speci& Ltd, ‘Perak

People Park’ yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Johor, Singapura dan Pulau Pinang. 6 Tetapi

matlamatnya tidak berjaya. Malahan semasa pendudukan Jepun, tiada perusahaan berat

dimonopoli Jepun dan kebanyakan syarikat Jepun mengambil alih contohnya perusahaan besi di

kawasan estet Gunung Panjang, Ipoh iaitu The Nippon Seiteetsu Kabushki Kaisha dan The Tojo

Kabuski di Perak.7 Hal ini menyebabkan memberikan kesan negative terhadap perkembangan

ekonomi Tanah Melayu.

Inflasi berlaku dengan sangat buruk semasa pemerintahan Jepun. Pengeluaran wang

pokok pisang yang tidak terkawal menyebabkan nilai mata wang menjadi rendah dan barang-

barang melambung harganya. Pengeluaran barang utama dikawal dan permit telah dikenakan

bagi semua pengangkutan dan perdagangan. Setiap keluarga dihadkan 2 gantang beras sebulan

5
Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :Kumpulan
Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M (Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia, 1989) , ms. 114
6
Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 , ( Selangor: U.K.M, 1978),
ms.57.
7
Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 , ( Selangor: U.K.M, 1978),
ms. 57.
3
dan pembelian menggunakann kupon dari pejabat kawalan makanan dibandar.8 Malahan

kegiatan eksport dan import hanya berlaku di kawasan Asia Tenggara sahaja. Contohnya, Pulau

Pinang mengeksport getah dan bijih ke negara Jepun. Manakala Jepun membekalkan tentera,

perubatan, anak patung, rokok dan sebagainya tetapi separuh darinya dihantar ke pasaran gelap.9

Hal ini membantutkan dan melumpuhkan perjalanan ekonomi di Tanah Melayu.

Situasi kemelesetan ini, inflasi dan peningkatan harga serta kesukaran mendapatkan

makanan telah menyebabkan berlakunya penyeludupan, pasaran gelap, boker lintah darat dan

eksploitasi kegiatan haram yang berleluasa.10 Barang makanan hanya dapat dibeli di Pasaran

Gelap. Barang-barang yang diseludup di pasaran gelap adalah seperti gula, tepung, babi, rokok,

arak, beras, minuman keras, candu, ikan, petrol dan sebagainya.11 Penyeludupan ini berkembang

pesat akibat sikap pihak Jepun yang tidak campur tangan, mendiamkan diri, rasuah,

ketidakcekapan, pilih kasih dan orang Jepun sendiri terlibat dengan penyeludupan menjadikan

pasaran gelap dan penyeludupan bertambah.12 Selain itu orang Jepun telah merampas barang

makanan peniaga tanpa memberikan bayaran. Maka, tidak hairanlah masyarakat telah bertindak

menyorok bahan makanan mereka untuk dijual di pasaran gelap dengan harga yang lebih mahal

dan berbaloi. Contohnya di Kelantan pada awal 1942, para petani telah menyorok beras mereka

untuk diseludup ke negeri Terengganu dan Pahang dengan harga yang sangat tinggi iaitu antara

$10 hingga $13 bagi satu gantang berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 50 sen

8
Siti Zawiyah Zakaria, Zaman Pendudukan Jepun, (Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas,
1996), ms. 24.
9
T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M,
1973), ms. 261.
10
T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M,
1973), ms. 253.
11
Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (Kumpulan
Esei Oleh Pelajar-Pelajar USM), Universiti Sains Malaysia, 1989, ms. 38.
12
T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M,
1973), ms. 253.
4
bagi beras kelas pertama.13 Selain itu, penyeludupan petrol berlaku contohnya di Batu Pahat

yang telah menyeludupkan petrol untuk dijual kepada orang Indonesia untuk mengerakkan mesin

mereka seperti mesin tepung sagu dengan harga yang mahal.14

Kemelesetan ekonomi yang teruk ini telah memberikan kesan buruk terhadap masyarakat

tanah Melayu. Tetapi jika kita melihat semula segala pengalaman dalam pemerintahan Jepun ini

telah menyedarkan masyarakat terutamanya orang Melayu yang selama ini hidup dalam

bersenang-lenang kepada berfikir dan berjuang untuk meneruskan kehidupan. Mereka diajar

makna keberanian, kepercayaan diri, untuk terus hidup dan semangat spiritual dan mental yang

kuat. Mereka memanfaatkan setiap benda untuk dijadikan sumber ekonomi dan mengajar agar

berdiri di kaki sendiri, membuat baju, mencari alatan gantian untuk enjin dan tidak menyerah

kepada takdir. Orang Melayu telah mencipta sesuatu yang baru,contohnya senapang patah, tayar

basikal dari getah kasar atau sekerap, abu menggantikan sabun, gobek untuk mendapatkan api,

gula dari nira dan sebagainya.15 Semua ini seolah-olah membentuk jiwa masyarakat dan

pengalaman berharga yang mengajar masyarakat untuk berfikir dan berfikir dalam

memperjuangkan kehidupan mereka. Oleh itu, walaupun kehadiran Jepun melumpuhkan

ekonomi masyarakat Tanah Melayu tetapi dalam masa yang sama telah menerbitkan satu

pemikiran baru bahawa ekonomi boleh dijana dengan pelbagai cara dan mengajar masyarakat

agar berjimat cermat dan tidak sentiasa bersenang-lenang kerana musibah mungkin muncul

secara tiba-tiba. Malahan, memupuk sikap agar lebih berhati-hati dengan setiap pertolongan

kerana bayaran yang perlu kita bayar mungkin tinggi.

13
Wan Noraini Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas
masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1986 ), ms. 52-53.
14
Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :Kumpulan
Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M (Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia, 1989) , ms. 38.
15
Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-
1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 109.
5
SOSIAL

Jepun telah mengamalkan dasar yang berbeza-beza mengikut kaum di Tanah Melayu.

Kaum cina dikatakan sebagai kaum anti-Jepun akibat peperangan Jepun dengan China dan kaum

India dilihat lebih fokus terhadap perjuangan di negara India. Kaum melayu pula dikatakan

masih mengamalkan tradisi mereka sendiri.Oleh itu, Jepun telah menjalankan dasar berlembut

dengan orang Melayu untuk mendapatkan sokongan dan bantuan menentang kerajaan British

tetapi sebaliknya pada kaum Cina Jepun telah bertindak kejam dan kasar. Hal ini ditambah

dengan keyakinan Jepun bahawa orang Cina di Tanah Melayu telah memberi bantuan kerajaan

China semasa perang Jepun-China . Sikap Jepun yang kejam terhadap orang cina ini telah

menyebabkan orang Cina terpaksa lari ke hutan dan menubuhkan MPAJA.16 Kekejaman pihak

Jepun terhadap orang cina terbukti dengan pengenalan dasar Sook Ching iaitu ‘dasar

pembersihan’ yang telah menyebabkan beribu-ribu orang Cina mati yang diperkenalkan pada

secara sistematik 21 Febuari oleh Kawamura-Oishi.17 Malahan Jepun telah membuat penindasan

yang kejam dengan merompak, membakar rumah dan kampung, mengambil barang-barang

orang cina,memeras hasil orang cina, merogol gadis-gadis cina dan sebagainya. Contoh

kekejaman Jepun yang ketara pada masyarakat Cina ialah apabila Jepun telah menjalankan

operasi Sok Ching ke atas orang Cina di Bakar Kapur, Sungai Petani pada Febuari 1942. Mangsa

telah disuruh mengorek lubang kubur terlebih dahulu sebelum dibunuh. Sehingga Mav 1940,

seramai 40000 orang cina termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh.18 Hal ini
16
MPAJA telah ditubuhkan oleh orang cina untuk menentang Jepun dan melindungi
kepentingan orang Cina. Ini memandangkan tentera jepun bersikap kejam dan tidak
berperikamusiaan terhadap orang cina yang dianggap Jepun bersalah kerana membantu
orang Cina di China menentang Jepun. Menjelang akhir perang Dunia Kedua MPAJA telah pun
mempunyai cawangan di seluruh pelusuk Tanah Melayu dan kemudiannya menentang
British dengan tujuan menguasai Tanah Melayu.
17
Yoji Akashi, “Japanese Policy Towards The Malayan Chinese 1941-1945”, Journal of
Southest Asian History, ms. 68.
18
Abdul Halim Saad et al, Malaysia Kita, (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia, 1991), ms. 474.
6
menyebabkan orang Cina sangat membenci Jepun dan Orang Melayu kerana menganggap orang

Melayu sebagai penyokong Jepun terutama PETA. Oleh itu, selepas pemerintahan Jepun

berakhir, telah wujud permusuhan kaum antara kedua-dua kaum yang sangat hebat selama

tempoh 14 hari sebelum kedatangan British kerana tidak ada pemerintahan Sah. Gerila Bintang

Tiga telah bertindak membunuh orang Melayu dengan kejam di Muar dan Batu Pahat (Johor),

Sungai Manik (Perak), Titi (Negeri Sembilan) dan beberapa kawasan lain di Perak dan

Selangor.19 Pergaduhan kaum berlaku maha hebat apabila orang Melayu bangkit menentang

Bintang Tiga . Hal ini membuktikan pendudukan Jepun telah membawa kesan negatif terhadap

perhubungan kaum antara masyarakat dan menjejaskan perpaduan tetapi positifnya ialah

perpaduan dan kesatuan yang wujud dalam masyarakat melayu yang mula bangun

mempertahankan kedudukan mereka.

Selain itu, dari sudut kesihatan, pihak Jepun tidak menitikberatkan hal ini kerana

sepanjang pemerintahan Jepun keadaan kesihatan di Tanah Melayu sangat teruk. Ubatan-ubatan

yang terhad telah dibawa dari negara Jepun. Penyakit seperti bengkak badan, buncit perut, beri-

beri, kudis buta dan sebagainya merebak dan mengancam kesihatan masyarakat. Pihak Jepun

telah mewujudkan kelas iaitu kelas 1 dan kelas 2 untuk orang Jepun dan orang kenamaan yang

mendapat perubatan yang baik manakala kelas ketiga untuk orang awam yang perlu membayar

$1/2 sehari tetapi kurang diberi perhatian.20 Pada saat ini bayaran swasta sangat mahal dan

doktor swasta bertindak menjual ubat di pasaran gelap. Kebanyakan penyakit ini disebabkan

oleh kekurangan makanan.21 Di Melaka misalnya, tidak banyak perkhidmatan kesihatan di

19
Abdul Halim Saad et al, Malaysia Kita, (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia, 1991), ms. 476.
20
T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M,
1973), ms. 309
21
Siti Zawiyah Zakaria, Zaman Pendudukan Jepun, (Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas,
1996), ms.30.
7
sediakan, terdapat hospital di daerah Jasin tetapi tidak ada ubat untuk menampung penyakit yang

merebak.22 Di Johor, kematian akibat kekurangan alat perubatan adalah meningkat iaitu 10,296

kes pada 1942, 17895 kes kematian pada tahun berikutnya dan meningkat lagi kepada 23,134

kespada 1944.23Kebanyakkan masyarakat menggunakan kembali cara tradisional untuk

mengatasi masalah kesihatan dan keadaan ini kembali seperti zaman sebelum pemerintahan

British. Malahan sumber bekalan ubatan kebanyakannya adalah disalurkan terlebih dahul kepada

tentera Jepun. Hal ini menunjukkan bahawa penjajahan Jepun telah menyebabkan kesan negatif

terhadap kesihatan masyarakat di Tanah Melayu.

Masyarakat di Tanah Melayu juga sepanjang penjajahan Jepun telah kehilangan sikap

bekerjasama dan bersatu padu. Kaum Melayu sememangnya kuat perpaduan dan persaudaraan.

Mereka sentiasa bergotor-royong, bekerjasama dan bantu membantu. Tetapi pemerintahan Jepun

telah merubah semua ini apabila mereka mula mementingkan diri akibat kesempitan hidup dan

melupakan nilai-nilai yang baik.24 Sifat ingin tahu masalah dan cuba menyelesaikan masalah jga

tidak diperdulikan. Kesatuan yang wujud ini hancur dan masing-masing membawa diri dan

yang lemah pasti mati. Masyarakat tidak lagi mempunyai banyak masa berbual dengan kawan

kerana pada waktu pagi mereka perlu turun ke sawah dan pada waktu petang ke kebun untuk

menanam ubi kayu.25 Di Pulau Pinang, Penduduk akan ditangkap dan dijadikan buruh paksa

membuat jalan dan jalan kereta api sekiranya ditangkap bersembang dikedai kopi tanpa

22
Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-
1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms.34.
23
Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 , ( Selangor: U.K.M, 1978),
ms. 11
24
Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-
1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 109.
25
Siti Zawiyah Zakaria, Zaman Pendudukan Jepun, (Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas,
1996), ms. 24.
8
membuat kerja dan mereka yang balik awal dari bekerja akan ditampar oleh tentera Jepun.

Situasi ini menyebabkan nilai sosial masyarakat kian meruncing.26

Dari sudut Agama, Jepun dikatakan mengamalkan kebebasan terhadap semua agama di

Tanah Melayu. Orang Cina misalnya yang beragama Khatolik boleh ke gereja dan begitu juga

orang Buddha dan orang Thoist ke to’kong. Begitu juga kepada masyarakat India bebas

meraikan agama mereka tetapi perayaan Thaipusam tidak lagi disambut secara besar-besaran

seperti sebelum perang.27 Bagi masyarakat Melayu juga sama , Jepun membenarkan agama Islam

diamalkan tetapi tanpa sedar Jepun telah mencemarkan amalan agama Islam di Tanah Melayu.

Masjid tempat beribadat orang Islam telah terpinggir akibat orang Jepun menggunakannya untuk

makan, minum, tidur dan dijadikan kubu. Masyarakat juga tidak dapat menyambut hari

kebesaran Islam kerana tarikh, waktu tepat untuk sembahyang dan puasa tidak dapat ditentukan.

Malahan, hubungan yang terputus dengan ibu negeri dan kemelesetan ekonomi yang teruk

menyebabkan mereka yang berkeinginan untuk menunaikan haji terpaksa dilupakan.28 Jepun

juuga telah memaksa semua penduduk Tanah Melayu sujud kepada matahari terbit

melambangkan sujud kepada maharaja Jepun.29 Hal in bertentangan dengan akidah Islam yang

hanya sujud kepada Allah SWT. Paling menyedihkan, masyarakat Melayu yang pulang dari

sawah untuk bersembahyang Zohor dan menunaikan kewajipan agama telah ditampar Jepun

kerana menyangkakan mereka malas bekerja.30 Situasi ini mendorong kesan negatif terhadap

26
Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-
1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 21.
27
T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M,
1973), ms. 315.
28
Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-
1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 109.
29
Wan Noraini Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas
masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1986 ), ms. 71.
30
Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-
1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 21
9
pengukuhan keagamaan masyarakat. Sedangkan nilai-nilai agamalah yang membentuk moral

masyarakat.

Semasa pendudukan Jepun, masyarakat telah disogokkan dengan hiburan untuk

mengalihkan mereka daripada rasa sengsara dan menentang kerajaan Jepun di Tanah Melayu.

Hal ini menyebabkan keruntuhan moral masyarakat. Kerajaan Jepun telah menggalakkan

perjudian besar-besaran seperti Dice,pakau, berlaga ayam, daun terup, Mahjong, Lumba kereta.

Malahan Jepun juga telah menyediakan panggung wayang yang berpropaganda Jepun, tempat

berseronok, dewan tari contohnya di wembeley Park, Joget Penang dan Kelab perlumbaan di

Pulau Pinang. 31 Kesemua ini merupakan perkara yang tidak baik kerana gejala Judi dan hiburan

ini telah melalaikan masyarakat dan hanya memberi keuntungan kepada pihak Jepun yang

bertindak membuka dan mengutip cukai. Sedangkan, masyarakat yang sedia mengalami masalah

ekonomi semakin parah apabila menyertai Judi dan kalah.

Dalam masa pemerintahan Jepun untuk melaksanakan dasar yang dirancangkan bagi

kawasan-kawasan yang diduduki di mana pihak berkuasa Jepun akan mengawal sistem

perhubungan dan pengangkutan serta bekalan makanan.32 Oleh itu, banyak usaha dilakukan

untuk mencari kuli yang dikehendaki bahagian Pejabat Kerja Raya dan tugas mencarinya

diberikan kepada penghulu.Penghulu bertindak sebagai pencari kuli seperti pembinaan jalan

Keretapi, jalanraya , lapangan terbang. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada setiap buah rumah

dimestikan salah seorang akan dipilih menjadi kuli.33 Penduduk lari kehutan elak jadi kuli kerana

orang yang telah pergi tak kembali, berpisah dengan keluarga dan menjadi kuli pembinaan

31
T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M,
1973), ms. 305-306.
32
W.h.elsbree, Japan’s Role in Southest Asia Nationalist Movement, 1940-1945 ( New York
:Rusell& Russell ,1970), ms. 18-19.
33
Wan Noraini Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas
masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1986 ), ms. 26.
10
bererti menempah maut. Selain itu, perkembangan dalam sistem pengangkutan melalui

pembinaan jalan kereta api yang akan menghubungkan Tanah Melayu dengan negara Thailand.

Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang

orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris,

mereka tidak memberikan peluang yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara

akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang

diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik

lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu

dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia

sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan

semangat dan kesedaran nasionalisme. Ramai golongan guru yang pandai berbahasa Jepun dan

guru sejak pemerintahan Jepun telah pandai memperjuangkan sekolah kebangsaan, bahasa

kebangsaan dan keistimewaan orang Melayu dan memberi kesedaran nasionalisme.34 Malahan

Jepun telah menubuhkan sekolah Teknik yang mengajar kursus kejuruteraan mekanik, Jurutera

Major dan pembinaan kapal.35 Matapelajaran teknik sebelum ini tidak pernah diutamakan oleh

pemerintah Inggeris. Melalui pelajaran ini telah menambah kemahiran masyarakat di Tanah

Melayu.

Selain itu, pada zaman pendudukan Jepun ini, sesuatu yang amat menarik ialah jenayah

pada zaman ini dikatakan berkurangan kerana hukuman berat yang telah diperkenalkan oleh

pihak Jepun. Contohnya di Johor, bagi kesalahan mencuri, individu akan diberikan minum air

yang banyak kemudian sekeping papan diletakkan diatas perut dan dipijak beramai-ramai oleh
34
Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-
1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 46.
35
T.n.p, Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: USM, 1973),
ms. 269.
11
tentera Jepun. Hukuman yang paling berat ialah hukuman pancung.36Pendudukan Jepun juga

telah melatih individu yang terlibat dengan sistem pentadbiran Jepun dan tentera sukarela Jepun

telah dilatih dengan disiplin yang tinggi dan semangat cintakan Tanah Air yang tinggi . Paksaan

Jepun dan disiplin ini menjadikan semua kerja lancar dan licin. Penerapan disiplin ini membantu

membentuk peribadi masyarakat yang lebih baik.

KESIMPULAN.

Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu tidak dapat dinafikan sebagai zaman yang Gelap dan

tidak disukai oleh hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu ketika itu. Sesungguhpun begitu

tidak dapat juga dinafikan bahawa zaman ini membawa beberapa segi. Namun begitu, kesan

negatif merupakan kesan yang terbesar dimana kekejaman Jepun semasa penjajahan mereka

masih diingati dan disebut hingga ke hari ini.

36
Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-
1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 64.
12
BIBLIOGRAFI
Abu Talib Ahmad, 1988. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar
1986-1987. Penang: U.S.M.
Abdul Halim Saad et al. 1991. Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia.
Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad (peny.) .1989. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :
Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar USM. Penang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
Mohd Nor Long. 2001. Tun Hamdan Sheikh Tahir : His Life & Times as seen by himself &
Others. Seri kembangan :Percetakan Watan
Shu Yun Ts’iao dan Chu Ser Koon. 1984. Malayan Chinese Resistance to Japan 1941-1945:
Selected Source Materials. Singapore : Cultural & Historical Publishing House Pte. Ltd.
Siti Zawiyah Zakaria. 1996. Zaman Pendudukan Jepun, Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas.

T.N.P. 1973. Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1. Pulau Pinang:
U.S.M

W.h.elsbree. 1970. Japan’s Role in Southest Asia Nationalist Movement,1940-1945, New York
Rusell& Russell.
Yoji Akashi, Japanese Policy Towards The Malayan Chinese 1941-1945 dalam Journal of
Southest Asian History.
13
.

Latihan Ilmiah
Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun1941-1945. (BA, Tesis Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur,1978. )
Wan Noraini Wan Ahmad. Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan
ke atas masyarakat Melayu. (BA, Tesis, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang 1986)
.

14

You might also like