P. 1
FAKTOR KEJATUHAN TURKI UTHMANIYAH

FAKTOR KEJATUHAN TURKI UTHMANIYAH

3.0

|Views: 18,664|Likes:
Published by cnck

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: cnck on Oct 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/25/2015

pdf

text

original

PENGENALAN Kerajaan Turki Uthmaniyah (TU) telah diasaskan oleh Uthaman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal

daripada suku Qayi. Iaitu sebuah Kabilah Al-Ghuzz dari kalangan orang Islam Turki yang tinggal berdekatan laut Caspian. Beliau merupakan seorang pemimpin yang telah terlibat dalam memerangi kaum Monggol ketika memberi khidmatnya kepada kesultanan Salquq dan berjaya menumpaskan pihak Byzantine sehingga Sultan Ali al-Din mengangkatnya sebagai Amir dengan nama Bad al-Shah Al Uthman.1 Hal ini telah menyebabkan empayar tersebut telah dikenali berdasarkan namaya iaitu Empayar Uthmaniyah.2 Kehebatan Uthman yang memerintah Turki telah disambung oleh pemimpinpemimpin lain selepasnya yang mempunyai kekuatan peribadi dan moral yang tinggi iaitu seperti Sultan Murad I, Sultan Murad II, Sultan Bayazid I, Sultan Muhamad alFatih, Sultan Salim I dan mencapai tahap kegemilangannya pada zaman Sultan Sulaiman Qanuni (1520-1566). Pemerintahan yang hebat di kalangan pemimpin ini telah meletakkan empayar TU dalam keadaan yang sangat hebat sehingga mampu berkembang sehingga Afrika Utara disebelah barat daya dan Parsi di sebelah Timur. Kesultanan Uthamaniyah mempunyai lebih banyak taklukan di Eropah berbanding Asia.3 Ini membuktikan bahawa para pemimpin kerajaan TU lebih cenderung dalam memperluaskan kekuasaan mereka ke Eropah.

1

Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), Prospecta Printers, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 5. 2 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, Thinkers Librarys ,2000, hlm. 123. 3 Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm.56

1

TU mulai mengalami kemerosotan semenjak pemerintahan Sultan Salim II. Kekuatan TU tidak lagi mampu bertahan sehingga akhirnya tumbang sepertimana yang terjadi kepada pemerintahan khalifah lain terdahulu. Namun, kejatuhan TU bukan sekadar kerana kelemahan pemerintahnya tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti proses Tanzimat, Nasionalisme, Kelonggaran ketenteraan, Pengkhianatan dalaman dan Ancaman Luaran. Hal ini akan dibahaskan melalui esei ini. FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN TURKI UTHMANIYAH 1.0 Kelemahan Pemerintah Pada Awal abad ke-17, kerajaan TU berada dalam keadaan yang tidak stabil apabila pemerintahannya yang kerap bersilih ganti akibat kematian pemimpinnya. Hal ini mengakibatkan setiap kali pertukaran Sultan berganti polisi kerajaan juga bertukar dan kestabilan negara kerap goyah. Lima orang sultan pertamanya pada abad ke -17 meninggal sebelum menjangkau usia 35 tahun . Pada saat ini pemimpin sangat bergantung kepada para pegawai untuk menguruskan pentadbiran negara. 4 Kurun ini menyaksikan kelemahan ramai pemerintah TU. Terdapat ramai sultan yang tidak sekuat sultan-sultan terdahulu antaranya ialah Sultan Mustafa I (1617 M), Uthman II (1617-1621 M), Murad IV (1622-1640), Ibrahim bin Ahmad (1639-1648 M), Muhammad IV (1648-1687 M), Suleiman III (1687-1690 M), Ahmad II (1690-1694), Mustafa II (1694-1703 M), Ahmad III (1703-1730 M), Mahmud I (1730-1754 M), Ahman III (1754-1787 M), Mustafa III (1757-1773 M), dan Abdul Hamid I (1773-1788 M). 5

4 5

Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 69 Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, Pustaka AlKausar, 2003, hlm .403-425.

2

Sultan Utsman ke II misalnya telah menaiki takhta ketika baru berumur 13 tahun. Sultan hanyalah boneka dan kuasa pemerintah terletak ditangan golongan elit Turki. Sultan hanya menurut kehendak golongan tersebut yang berkepentingan peribadi. Sepanjang pemerintahannya selama setahun empat bulan penggantian Perdana Menteri telah berlaku sebanyak tujuh kali. 6 .Selain itu, kelemahan juga dapat dilihat semasa Sultan Murad V. Beliau telah dinaikkan oleh golongan Freemasonry (sebuah pertubuhan Yahudi) dan hanya sempat memerintah selama 93 hari kerana penyakit gila akibat terlalu takut. Beliau takut melihat kematian Sultan sebelumnya iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati dibunuh. Selain itu beliau adalah seorang yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan tidak berwibawa. 7Sultan pada kurun ke-18M juga berperibadi lemah dan terkenal dengan sikap zalim, ingin berlagak dengan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu. 8 Kelemahan Pemerintah mengawal golongan Harem dan pegawai tempatan juga menjerumuskan TU ke lembah kejatuhan. Pada kurun ke-16 telah menyaksikan kemasukan pengaruh perempuan dalam pemerintahan TU. Hal ini berikutan Sultan Uthamaniyah pada abad ke-16 sangatlah dipengaruhi oleh perempuan kerana mereka hidup terkurung di Istana Harem.9 Mereka dikurung bagi mengelakkan pergaduhan antara bakal waris takhta sehingga menyebabkan mereka lemah dan tidak pandai

memerintah kerajaan.10 Maka, kelemahan ini telah dimanfaatkan oleh intitusi Harem. Golongan Harem berusaha untuk menaikkan zuriat masing-masing untuk menjadi
6 7

Ibid., hlm. 404. Ibid., hlm 528-529. 8 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm.3. 9 Harem. merujuk kepada ruangan dalam rumah yang menjadi kediaman para wanita, iaitu yang terdiri daripada kelompok isteri dan gundik kepada tuan rumah. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm..4. 10 Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm.59.

3

sultan sehingga sanggup membunuh antara satu sama lain dan mengadakan pelbagai komplot agar cita-cita mereka tercapai. Akibatnya, berlakulah perebutan kuasa sehingga menyebabkan suasana politik lemah dan kepimpinan menurun dan pemerintah gagal mengawal situasi ini. Selain itu, sikap pegawai kerajaan TU juga berpecah-belah. Mereka sangat mementingkan kedudukan mereka dan sanggup melakukan apa saja untuk

mempertahankan kedudukan. Maka, berlakulah rasuah dan penyelewengan kuasa. Golongan istana tidak bersatu padu dan birokrat awam atau Kaleimiyyeh yang menjawat jawatan tinggi juga berpecah belah pada abad ke-18.
11

Kelemahan yang

wujud dalam pemerintahan ini dan pegawai yang mula berpecah belah dan mempunyai matlamat untuk kepentingan diri telah membawa kepada kejatuhan TU. Contohnya golongan pembesar daerah derebey yang menguasai kawasan-kawasan lembah

kerap kali mencabar kerajaan pusat dan mengistiharkan kemerdekaan sendiri.12 Selain itu, pembesar-pembesar tempatan yang cuba membebaskan diri daripada TU adalah seperti Mamalik di Iraq, Alu Al-Azim di Suriah, Al-Syihabiyun di Libanon, Zahir Al-Umar di Palestin dan sebagainya.13 Situasi ini membuktikan kelemahan pemerintah TU sehingga pembesar berani berpaling tadah dan melakukan pemberontakan yang makin melemahkan TU. 2.0 Proses Tanzimat

11

Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.166. 12 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan,, hlm.4. 13 Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, hlm. 712.

4

Tanzimat14 bermaksud mengatur, menyusun dan memperbaiki. Dalam sejarah TU, Tanzimat merupakan satu pergerakan pembaharuan atau reformasi yang dilakukan TU dalam tahun 1939-1876. Sayangnya pemodenan yang dibuat dalam konteks TU adalah pembaharuan yang berasaskan pembaratan. Situasi ini semakin membuatkan TU semakin parah dan terperangkap dengan situasi sehingga hancurnya empayar yang luas ini. Pemodenan yang dilakukan bermula dengan pengistiharan Hatt-i-Sarif atau dikenali Piagam Kamar Merah (1830) dan Hatt-I- Humayun (1856) oleh Sultan Abdul Majid dan Rasyid Ali dan Fuad Pasha.15 Piagam ini merangkumi pembaharuan pentadbiran, penyelarasan sistem cukai, sistem kerahan tenaga, persamaan hak individu dan pendidikan sekular menggantikan pendidikan islam. Proses ini telah menyebabkan kemasukan fahaman sekular yang membahayakan TU. Piagam Hatt-IHumayum lebih menegaskan tentang sekularisme iaitu dengan menggugurkan rujukan tentang syariat Islam. 16Sebenarya proses ini amat dinanti-nanti oleh dunia barat kerana reformasi ini menguntungkan mereka dan rakyat kristian yang berada di bawah TU. Dari sudut ekonomi, pembaharuan ini merangkumi pembinaan infrastruktur canggih seperti pembinaan Sistem Kereta api Eropah Barat menerusi Anatolia terus ke Baghdad.1718 TU berhutang sehingga menyebabkan tekanan daripada pihak Eropah
14

Al-Tanzimat ialah perkataan bahasa Arab yang telah memasuki bahasa Turki Uthmaniyah dalam istilah politiknya. Ia adalah gerakan pembaharuan dan penyusunan mengikut cara Eropah dan pihak Barat. Maknanya dari sudut sejarah pula ialah gerakan pembaharuan dalam TU pada kurun ke-13 Hijrah atau ke-19M mengikut institusi-institusi dan undangundang eropah. Lihat Eeman Mohamed Abas,Sultan Abd Al-Hamid II dan kejatuhan Khilafah Islamiah, hlm.39. 15 Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III, hlm.200. 16 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm.126127. 17 Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III, hlm.303 18 Ibid., hlm.200

5

yang mendesak agar Istanbul menghapuskan sekatan Import. Hal ini menyebabkan barangan daripada Eropah telah memenuhi pasaran TU dengan harga yang sangat murah sehingga menghancurkan ekonomi TU sendiri. Contohnya kemasukan

barangan luar secara berterusan, kain-kain yang dibuat di luar negeri , adalah daripada bahan mentah Syria mengancam dan memusnahkan industri Syria.19 Sultan Abd al-Aziz meneruskan Tanzimat sehingga empayar tersebut muflis

pada 1875 dengan pinjaman besar dari Eropah, membawa kepada tertubuhnya Pentadbiran Hutang Awam Kebangsaan Uthmaniyah, yang kerajaan dan pemilik bank eropah mengawal kewangan Uthmaniyah. Pada 1876, setelah Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta , hutang yang ditanggung oleh kerajaan TU ialah melebihi daripada 200 juta pound Sterling. Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomi

memberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi TU dan menghancurkan TU. Dari sudut sosial, Proses Tanzimat telah mewujudkan banyak sekolah-sekolah sekular menggantikan sekolah yang berpendidikan Islam. Pendidikan sekular ini

tertumpu kepada karya sastera tertentu, arena persuratan berkembang maju dan terjemahan daripada fiksyen barat.20 Malahan sistem pendidikan telah disusun semula dan pada 1866, sebuah Kementerian Pelajaran Umum ditubuhkan untuk menyelia sekolah sekular.21 Maka, sekolah sekular mula tumbuh seperti cendawan di TU. Malahan negara barat juga mengambil peluang ini untuk menyerapkan pendidikan mereka melalui beberapa institusi pendidikan seperti Amerika menubuhkan

19 20

Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 102. Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III,, hlm. 302. 21 Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 103.

6

Universiti Bosporus (1863) dan Maktab Protestan Syria ( 1866). Manakala Perancis mengasaskan Imprrimerie Catholique pada 1853 dan the Universitende St. Joseph pada 1875.22 Situasi ini makin menggalakkan penerapan idea nasionalisme, kapitalisme, imperialism terhadap masyarakat sehingga menyebabkan sentimen perkauman semakin menebal dan akhirnya idea-idea barat ini telah berjaya menjatuhkan kerajaan Islam TU. Malahan, pengenalan undang-undang barat juga telah dibawa masuk yang telah mengetepikan undang-undang Islam yang diguna pakai selama ini. Pada 1869 Menteri kehakiman TU telah menubuhkan makhamah sekular yang mengehadkan bidang kuasa mahkamah Syariah.23 Hal ini merupakan petanda masyarakat mula lebih memandang dunia dan mengetepikan undang-undang yang selama ini telah diguna pakai oleh TU dan mendorong kejatuhan TU. Dari sudut politik dan pentadbiran, kerajaan TU telah memperkenalkan pentadbiran ala barat yang bertunjangkan sistem demokrasi. Kementerian tertentu telah ditubuh seperti kementerian Pelajaran (1857), polis(1870) dan Majlis Tanzimat yang berperanan menasihati Sultan. Tetapi hakikatnya sultan hanya mengikut telunjuk golongan Pasha dan tanpa sebarang kuasa dalam menentukan dasar negara.24 Malahan, kuasa-kuasa Gabenor wilayah turut dikurangkan. kesultanan TU. 3.0 Kelonggaran Ketenteraan Situasi ini melemahkan

22 23 24

Ibid., hlm. 104 Ibid. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm.162.

7

Kekuatan TU ketika zaman keagungannya adalah dari segi ketenteraan dan ini terbukti dengan siri-siri perluasan kuasa yang dilakukan oleh Sultan-sultan terdahulu. Namun, disiplin ketenteraan yang mulai longgar apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal didalam kem dan bergaul dengan masyarakat, seperti dibenarkan berkahwin membuat kerja sampingan tertutama berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti minum arak, rasuah dan sebagainya. Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dalam kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadap tanggungjawab luaran mereka dan seringkali kekurangan latihan ketenteraan. 25 Selain itu, pasukan khas ini sering memberontak terhadap sultan.26 Malahan pasukan tentera telah diwarnai dengan unsur-unsur rasuah dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan. Kelemahan disiplin dikalangan pegawai atasan akibat penjualan jawatan dari peringkat atasan. Pada awalnya, pelantikan

adalah berdasarkan kemampuan berubah apabila peningkatan cukai secara tidak langsung telah menyebabkan wang menjadi segala-galanya untuk pengimbangan pendapatan.27 Disiplin ketenteraan merosot pada semua jentera pusat dan ini menggoyahkan kerajaan TU ketika menghadapi pemberontakan dalaman dan serangan luaran. Perlu saya tegaskan, bahawa TU adalah sebuah kerajaan yang luas dan bagi menampung keluasan ini sistem ketenteraan yang cekap amat penting. Tetapi, apabila keaadaan ketenteraan yang tenat, pengawalan kawasannya menjadi lemah dan TU mulai goyah dan secara perlahan-lahan menuju kejatuhan.

25 26

Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm 65. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm.4. 27 Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III, hlm. 150151.

8

Akibatnya, pembubaran unit Janissari telah dibuat dan ditentang hebat oleh golongan Janissari tetapi pembaharuan tetap dibuat oleh Sultan Mahmud II kerana menyedari kelemahan pasukan Janissari. Pemodenan tentera dibuat pada abad 19 dengan mengupah pakar asing dan menghantar pegawai kanan menjalani latihan di negara Barat. Sesiapa sahaja yang mempunyai kewarganegaraan boleh memasuki tentera berbeza dengan sebelum, ini yang hanya khusus untuk orang Islam sahaja dan kewajiban membayar cukai gantian yang dikenali ‘askariyyah’ kepada minoriti lain sebagai ganti perkhidmatan tentera. Sultan Mahmud II misalnya telah membeli senjata baru dan peralatan senjata kecil yang disembunyikan di Istananya.28 ini tetap tidak mampu menandingi negara Barat. Tetapi langkah

4.0 Pergerakan Nasionalisme TU kukuh dalam empayarnya kerana kesatuan yang wujud didalamnya. Namun, sejak fahaman sekular mulai meresap dalam nadi masyarakat yang berbilang kaum di bawahnya, perpecahan mula berlaku dan masing-masing bersaing sehingga

menjerumuskan TU ke jurang kejatuhan. nasionalisme yang diimport dari Barat ini merupakan senjata yang amat ampuh. Malahan, institusi pendidikan sekular dan perkhidmatan pos serta kemudahan perhubungan lain yang ada membolehkan ideologi dan pemikiran baru yang diterapkan Eropah termasuk konsep revolusi, nasionalisme dan imperialism telah menyuburkan semangat kebangsaan bangsa Arab dan sentimen memerdekakan tanah Arab dari Turki yang berkobar-kobar.29 Gerakan perkauman ini
28 29

Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 91. Hamedi Mohd. Adnan, Krisis Timur Tengah, Penerbit Amal, 1991, hlm. 17

9

merupakan faktor keruntuhan TU kerana ketiadaan sikap bersatu padu ini telah memulakan fasa penjajahan barat dalam memecahbelahkan TU. Malahan nasionalisme mengandungi bibit-bibit jahilliyah yang sama dengan semangat abasiyah yang diharamkan oleh Islam. Nasionalisme inilah yang mengasingkan umat Islam antara satu sama lain dan menyebabkan mereka terus dikuasai oleh Barat.30 Sentimen anti Turki wujud bermula abad ke-19. Contohnya di Arabia, telah

wujud pergerakan Wahabiyah yang bersifat anti Barat dan menentang dominasi Turki serta menentang amalan korupsi didalam TU. Golongan ini Berjaya menakluki Mekah tetapi seketika sahaja sebelum dikalahkan oleh Muhamad Ali Pasha pada 1810 dan pergerakan ini Berjaya menawan kembali Mekah pada 1924. Selain itu, masyarakat Maronite di Lubnan juga menjalankan sentiment anti-Turki akibat tidak berpuashati dianggap masyarakat kelas kedua. Sentimen ini kian memuncak apabila berlakunya gerakan kemerdekaan Kristian Lubnan pada 1860. Kewujudan sentimen perkauman antara masyarakat Turki dan Arab ini memuncak pada zaman Sultan Abdul Hamid apabila beliau telah mengenakan tindakan keras kepada masyarakat Arab dalam proses melumpuhkan gerakan pemberontakan tetapi sebaliknya tindakan itu ditafsir sebagai cubaan memenangkan bangsa Turki dan dasar anti-Arab. Sebenarnya,

gerakan kemerdekaan Arab ini telah di taja oleh Kristian Barat untuk menjatuhkan kesatuan dunia Islam. Selain itu, Syarif Husain telah memberontak terhadap kerajaan TU pada Jun 1916 melalui komplot yang didalangi British. Syarif Husain sanggup menjual kehormatan agama kerana terpengaruh dengan janji British. Pemberontakan yang
30

Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm. 56.

10

dilakukannya dikenali sebagai pemberontakan Arab dan Berjaya mengalahkan TU dengan bantuan pihak British. Kerajaan TU akhirnya runtuh kerana ketamakan Syarif Husain dan pihak British yang berjaya menguasai kerajaan tersebut.31 Nasionalisme Turki juga berperanan menjatuhkan kerajaan TU sendiri. Pertubuhan al-IIttihad wa al-Taraqqi telah membangkitkan semangat perkauman dikalangan masyarakat Turki. Pertubuhan ini menyeru kepada konsep baru seperti tanah air, perlembagaan, persamaan dan kebebasan. Matlamat persatuan ini ialah menggulingkan Abdul al-Hamid II dan menggantikannya dengan perlembagaan,

keadilan dan reformasi. Yang memalukan, matlamat persatuan ini digariskan oleh orang Yahudi dan Freemason yand secara terangannya cuba memecahbelahkan umat Islam.32 Akhirnya, hal ini menjadi kenyataan apabila terhapusnya khalifah Uthmaniyah pada 1924. Nasionalisme Arab dan Turki ini berterusan sehingga meletusnya perang dunia yang pertama. Kemunculan gerakan-gerakan seperti Turki Muda dan sebagainya telah menyebabkan berlakunya peperangan yang mengugat TU. Kerajaan ini tidak mampu bertahan dengan serangan dalaman dengan bantuan pihak Barat yang sentiasa menanti untuk membahagi-bahagikan wilayah TU. Pada akhirnya, selepas Barat menjajah negara Islam barulah pemimpin gerakan nasionalisme ini mengaku salah dan berpendapat kerajaan Islam dibawah TU adalah seribu kali lebih baik dari Barat. Malahan Nasionalisme yang diperjuangkan gagal merealisasikan slogan mereka iaitu pembaharuan, kebebasan dan keadilan. Nasionalisme Turki, Nasionalisme Arab seiring
31 32

Ibid., hlm. 70-71. Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm. 306.

11

dengan perancangan Barat dalam membangkitkan permusuhan dalaman TU ini berjalan lancar sehingga mengheret kerajaan TU ke lurah kehancuran. 5.0 Penyelewengan Islam Ajaran islam pada saat akhir kerajaan TU, telah dicemari oleh amalan kurafat dan tahayul yang melampaui batas.Masyarakat TU semakin lali dan mementingkan keduniaan. Hal ini terbukti apabila ramai menghiaskan diri dengan tangkal, azimat dan Jampi serapah untuk menghindar diri dari penyakit atau bala bencana. Malahan berlaku pemujaan kubur seperti memuja kubur wali atau orang yang dianggap keramat.33 Arak, Candu dan pelacuran semakin berleluasa dan melemahkan umat Islam. Selain itu, masjid telah lengang dan terdapat juga masyarakat TU yang berpuas hati dengan membilang tasbih tanpa melakukan tugas-tugas wajib seperti solat lima waktu. Terpesong dari ajaran Islam bermakna kelunturan nilai-nilai peribadi dan manusia berpaling ke arah dunia sehingga memporak-perandakan keadaan masyarakat yang sudah sedia tenat dalam kerajaan TU. Malahan, yang lebih menyedihkan adalah kemunculan para sufi yang menyimpang dari al-Quran dan al-Sunnah dan

bersekongkol dengan pihak tertentu dalam menjatuhkan umat Islam itu sendiri.34 Situasi ini diakui oleh Sultan Abdul Hamid II ketika memberi syarahan ketika merasmikan pembukaan sidang parlimen pertama pada 19 Mac 1877/ 4 Rabiul Awal 1294 H mengakui bahawa:
33 34

Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm. 5-6 Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, hlm. 733.

12

“ … sepanjang 600 tahun, kekayaan dan kebahagiaan negara dan rakyat jelata sentiasa meningkat menuju kemajuan dan perkembangan di bawah perlindungan keadilan dan kedaulatan undang-undang, namun setelah itu kita mulai mengalami kemerosotan secara berperingkat disebabkan kelemahan kita mengikut dan berpandu dengan syariat Allah. Lalu kekuatan tersebut digantikan dengan kelemahan.”35

Hal ini jelas membuktikan bahawa masyarakat TU yang telah meninggalkan syariat Islam dari pelbagai sudut ekonomi, sosial dan politik dan berpaling kepada konsep keduniaan melumpuhkan nilai-nilai rohani dan nilai-nilai positif dalam pembentukan jiwa dan diri seorang khalifah yang baik sehingga mendorong kemunculan pelbagai kemaksiatan yang akhirnya menjerat kerajaan TU.

6.0 Peranan golongan minoriti Golongan minoriti dalam TU turut berperanan dalam menjatuhkan kerajaan TU . Golongan tersebut ialah orang Yahudi dan Armenia. Orang Yahudi merupakan terdiri daripada golongan kaya yang terlibat dalam perniagaan, perubatan dan jawatan penting lain. Mereka memainkan peranan penting dari sudut sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi. Kaum Yahudi ini berperanan selama 400 tahun dalam menjatuhkan kerajaan TU. Sultan Abd Hamid pernah menyatakan bahawa baginda tidak bimbang pemberontakan dari pihak Rum, Armenia dan Albania kerana mampu

memadamkannya, kecuali orang Yahudi, kerana mereka orang-orang kaya dan sukar menghadapi mereka.36
35

Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm.97. 36 Ibid., hlm. 510.

13

Orang Yahudi terutama Yahudi al-Dunamah telah melakukan pelbagai cara dalam menjatuhkan TU termasuk seruan perkauman, sama ada perkauman Arab, Turki, Kurdi dan lainnya dan dengan mengajak menyertai pertubuhan sulit terutama Freemason. Mereka turut menggunakan propaganda dan akhbar-akhbar bagi meruntuhkan khilafah.37 Orang Yahudi mempunyai misi dalam mendapatkan Palestin tetapi terhalang oleh pemimpin-pemimpin TU yang tidak mahu menyerahkan bumi suci itu kepada kaum Yahudi. Kurusu, seorang peguam Yahudi iaitu wakil peribadi kepada Theodore Herzl, pemimpim utama Zionis bersumpah menggulingkan Abdul Hamid kerana sebelum itu enggan menyerahkan bumi Palestin kepada pihak Zionis.38 Hal ini membuktikan pihak Yahudi berperanan penting dalam menjatuhkan kerajaan TU dan melakukan pelbagai cara dalam menjatuhkan TU dan sanggup bersekongkol dengan pihak Barat dalam memastikan kejatuhan kerajaan TU. Seorang penganalisa sejarah Turki berkata: “Boleh dikatakan dengan tegas dan pasti bahawa revolusi Turki hampir semuanya adalah hasil konspirasi pihak Yahudi Freemason.39 Selain itu, bangsa Armenia juga berperanan dalam menjatuhkan kerajaan TU. Walaupun awalnya bangsa ini sangat setia dan berpuas hati dengan pemerintahan TU tetapi hasutan barat dan pendidikan sekular menjadikan mereka bangsa yang menentang TU. Mereka merupakan pengikut pelbagai Mazhab seperti Kristian, Khatolik, dan Protestan. Masyarakat Armenia Mempunyai jawatan dalam jabatan kerajaan, wilayah dan kedutaan pada zaman Sultan Hamid. Mereka telah bertindak mengkhianati TU dengan membantu Rusia menentang TU pada 1876 kerana
37

38
39

Ibid., hlm. 511. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm.163.

Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm. 436.

14

terpengaruh idea Nasionalisme yang telah diterapkan.40 Malahan mereka menubuhkan pergerakan bersenjata yang di pelopori pelajar Armenia yang mendapat pendidikan di Switzerland dan Perancis. Mereka mengeluarkan akhbar-akhbar sendiri seperti alJaridah dan pihak Inggeris dan Yahudi telah memberikan bantuan kewangan kepada mereka dalam pergerakan menjatuhkan TU. Semasa pemerintahan Sultan al-Hamid, bangsa Armenia mempunyai 9 akhbar yang mempunyai hubungan dengan negara Barat.41 Barat menggunakan bangsa ini sebagai boneka untuk menjatuhkan TU kerana mereka merupakan minoriti beragama kristian. Malahan pelajar-pelajar Armenia yang belajar ke Barat telah bersekongkol dan membuat perjanjian dengan para pemimpin Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi ( Satu persatuan Yahudi) untuk berjuang mengubah perlembagaan, menukar sultan dan lainlain. Para pemimpin ini membawa bersama mereka revolusi dan perkauman bagi

menentang TU.42Pengkhianatan dalaman yang dilakukan oleh masyarakat minoriti TU ini jelas membawa kepada keadaan kucar kacir dan berpecah-belah sehingga menjatuhkan kerajaan TU. 7.0 Campurtangan Kuasa Asing Pihak Barat sentiasa menanti peluang untuk menjatuhkan kerajaan TU. Oleh kerana soal keagamaan ( permusuhan Kristian dan Islam) dan ekonomi (Kedudukan dunia arab yang berada ditengah merupakan strategik untuk perdagangan), kerajaan TU seolah-olah menjadi sebuah kerajaan yang perlu dijatuhkan. Britain, Rusia,

40 41

Ibid., hlm.622. Ibid., hlm.639. 42 Ibid., hlm.640-641.

15

Perancis, Jerman dan Itali sentiasa memanfaatkan setiap situasi dalam negara TU untuk menjatuhkannya. Contohnya ketika bangsa Armenia enggan membayar cukai di wilayah Taflis telah menyebabkan kerajaan TU mengambil tindakan. Akhbar-akhbar eropah membuat serangan kepada kerajaan TU dengan menuduh Sultan Abdul alHamid melakukan pembunuhan besaran terhadap bangsa Armenia.43 Pihak Barat cuba campurtangan dengan propaganda palsu mempertahankan hak golongan minoriti, menyebarkan ilmu dan perubatan. Padahal dalam masa yang sama cuba menerapkan idea Nasionalisme dan hasutan serta membiayai pihak-pihak yang berjuang untuk menjatuhkan TU. Contohnya parti al-IIttihad wa al-Taraqqi (nasionalis Turki) telah dibantu oleh majlis Freemason (Yahudi antarabangsa), Vienna, Budapest, London, Paris dan Berlin.
44

Hal ini membuktikan bahawa Barat

sememangnya memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan TU sejak awal lagi iaitu dengan meniupkan idea Nasionalisme dan seterusnya apabila semangat nasionalisme berkobar-kobar mereka memberikan bantuan pula untuk menyemarakkan lagi perjuangan dalam matlamat menggulingkan kerajaan TU KESIMPULAN Melalui esei yang telah dibincangkan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa kejatuhan kerajaan TU bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan pemerintah-

pemerintah akhirnya tetapi juga didorong faktor lain seperti penyelewengan agama Islam, Nasionalisme kaum, pengkhianatan dalaman dan Ancaman luaran. Kesemua

43 44

Ibid., hlm. 638. Ibid., hlm. 436.

16

faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain sehingga mempercepatkan proses kejatuhan empayar Khalifah terakhir ini.

BIBLIOGRAFI Ali Muhammad Ash- Salabi. 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah. Jakarta: Pustaka Al-Kausar, Eeman Mohamed Abbas. 2002. Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), Kuala Lumpur: Prospecta Printers. Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam: Thinkers Librarys. Hamedi Mohd. Adnan. 1991. Krisis Timur Tengah. Kuala Lumpur: Penerbit Amal. Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.). 2004. Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil II., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohammad Redzuan Othaman. 1991.Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

.

17

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->