You are on page 1of 11

PENDAHULUAN

Esei ini akan membincangkan mengenai kejayaan Laporan Razak 1956

untuk mencapai objektif utamanya iaitu perpaduan. Laporan Razak (LR) telah

dihasilkan oleh satu jawatankuasa terdiri daripada 15 orang yang dipengerusikan

oleh Tun Abdul Razak bin Dato’Hussein dan ahlinya dilantik oleh kerajaan

perikatan yang memenangi pilihanraya 1955.1

Pada pendapat saya, Saya bersetuju 70% bahawa bahawa LR sebagai asas

pendidikan nasional telah Berjaya meletakkan asas mencapai objektif utamanya

untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“ Bahawa objektif akhir dasar pendidikan didalam negara


ini mestilah menyatupadukan kanak-kanak dari semua bangsa
dibawah satu sistem pelajaran kebangsaan yang berbahasa
pengantar kebangsaan. Walaupun kita faham kemajuan kearah
matlamat ini boleh dipercepatkan dan mestilah beransur”.2
Perpaduan didefinisikan sebagai satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat

agar dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan

bangga terhadap tanah air. Menyedari wujudkan implikasi buruk semasa

pemerintahan British di Tanah Melayu yang memecah belahkan perpaduan kaum,

maka satu penyeragaman untuk membaiki hubungan antara kaum adalah perlu

dilakukan. Oleh kerana, melentur buluh perlulah bermula dari rebungnya maka

1
Musa Daia, Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan ( Kelantan: Pustaka Aman
Press, 1976) ms. 209.
2
Haris Md Jadi, Etnik , Politik dan Pendidikan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1990)
ms. 72.

1
pendidikan merupakan acuan terbaik untuk menyatukan pemikiran masyarakat

pelbagai kaum ini.

SATU KURIKULUM MENYATUPADUKAN RAKYAT

Satu Kurikulum satu negara Berjaya menyatupadukan masyarakat

berbilang kaum. Pada zaman pemerintahan British, pihak kerajaan British sengaja

mengasingkan kaum Melayu, Cina dan India dalam kawasan berbeza dan sistem

pendidikan yang berbeza. Orang Cina dan India yang merupakan kaum pendatang

ketika itu diajar berdasarkan sukatan pelajaran negara China dan India sehingga

tidak wujud semangat patriotik dan munculnya sifat prejudis antara kaum. Pendek

kata, pendidikan zaman British, terlalu condong kea rah negeri asal.3

Sekolah-sekolah yang wujud pada zaman British sesuai untuk sesuatu

kaum sahaja , tiada bahasa pengantar tunggal, kedudukan geografi yang berbeza

menghadkan pergaulan, serta kurikulum yang tidak sehala. Pendek kata, pihak

British tidak menitikberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajaran .4

Wujudnya sistem pendidikan pelbagai kaum ini menghasilkan fenomena benih-

benih perpecahan, malahan tidak wujud perkongsian dan persamaan antara kaum

di Tanah Melayu. Masing-masing bergerak dengan urusan masing-masing.

Namun, setelah LR diperkenalkan ianya bejaya menyatupadukan masyarakat

3
Sejarah perkembangan pendidikan dan persekolahan, Ms. 202
4
Omar Hashim, Pengisisian Misi Pendidikan (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991)
hlm.75

2
berbilang kaum ini melalui kurikulum yang seragam yang dibina adalah untuk

mendukung cita-cita negara mewujudkan perpaduan berpandukan rukun negara

sehingga ke hari ini.

Hubungan Kurikulum dengan perpaduan negara adalah sangat rapat,

selain memberi ilmu pengetahuan, kurikulum membentuk keperibadian dan

perwatakan murid yang baik yang boleh membawa kepada sikap toleransi dan

perpaduan. Murid dari semua kaum mengikuti kurikulum seragam melalui

sukatan pelajaran yang sama kandungannya, kegiatan luar bilik darjah dan

pengambilan peperiksaan awam yang sama.5 Oleh itu, pelajar-pelajar lebih

terbuka dalam memahami masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini.Murid-

murid dari semua kaum diajar berdasarkan Kurikulum seragam yang berfokuskan

Tanah Melayu. Melalui kurikulum yang sama ini, Lepasan sekolah Kebangsaan

memiliki ciri seperti pengalaman sekolah yang sama, menerima jenis pendidikan

yang sama dan mempunyai orientasi dan pandangan dunia yang sama.6 Hal ini

mewujudkan semangat patriotik kepada Tanah Melayu dan sikap saling bertolak-

ansur dan memahami kepelbagaian kaum dan pemahaman bahawa perkongsian

dalam negara yang berbagai kaum adalah perlu bagi menjamin keamananan

negara tercinta.

5
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, (Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia,1980) .ms.67
6
Ibid, ms. 69

3
PENGGUNAAN BAHASA MELAYU MENYATUPADUKAN RAKYAT

Kedua, objektif LR untuk perpaduan tercapai melalui Bahasa Melayu

(BM) sebagai pengantar di sekolah-sekolah. LR dan diikuti Penyata Rahman

Talib 1960 menegaskan BM sebagai bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan

rakyat beraneka rupa dan pemikiran.7 Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar secara langsung berkait rapat dengan usaha pembinaan negara. Bahasa

Melayu digunakan dalam konteks untuk membantu perpaduan kebangsaan dan

menjadi wahana yang berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan

masyarakat pelbagai dialek. Selain itu, Bahasa Melayu juga dapat membantu

pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi

yang mudah difahami. Penggunaan BM tidak menimbulkan isu penghapusan

penggunaan Bahasa Cina dan Tamil untuk memelihara peerpaduan kaum. Hanya

di sekolah menengah Kebangsaan sahaja penggunaan BM dipraktikan dengan

tujuan memupuk perpaduan antara kaum.

Penggunaan BM mampu mewujudkan perhubungan dan persefahaman

antara kaum tanpa menimbulkan rasa curiga dari mana-mana pihak. Langkah ini

akan mempercepatkan perpaduan dan keharmonian. Pada tahun 1970, selepas

tragedi kaum 1969 penekanan BM sebagai pengantar dan Bahasa Kebangsaan di

perkuatkan dan dijalankan dengan cara yang paling berkesan. Kementerian

7
Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan, ms 174.

4
Pelajaran Malaysia telah menegaskan penggunaan BM disemua peringkat

bermula dengan aliran sastera kerana banyak buku BM berbanding sains.8

Dari hari ke sehari BM semakin meluas penggunaannya dan Majoriti

rakyat Malaysia boleh bertutur dalam BM. Kini BM menjadi bahasa pengantar

utama disemua peringkat sekolah. Menjelang 1983, semua kursus tahun pertama

di universiti tempatan mengunakan BM sebagai bahasa Pengantar.9 Dengan ini,

soal satu bahasa pengantar, satu sistem pelajaran dan satu sukatan pelajar telah

tercapai.10

Tanpa penggunaan dan pengenalan BM sebagai bahasa pengantar dan

kebangsaan, sudah pasti proses pewujudan masyarakat yang bersatu padu tidak

mampu dibina kerana tunjang dan asasnya yang tiada. Hal ini kerana sebelum LR,

masyarakat pelbagai kaum dinegara ini cenderung melakukan tugas sendiri tanpa

mempedulikan kaum lain. Malahan komunikasi tidak wujud akibat masalah

bahasa. Seolah-olah itik bercakap dengan ayam. Tidak memahami antara satu

sama lain dan mewujudkan sikap prejudis. Jika saling tidak mampu

berkomunikasi dengan baik bagaimananakah perpaduan harus tercapai?. Dengan

itu, BM berperanan sebagai alat menyatupadukan rakyat dalam proses untuk


8
Mohd Yunus Mohd Nor,”Seminar Kebangsaan Penilaian Pelaksanaan KBSR : Prinsip, Konsep
dan Rasional KBSR. 21-25 (Mei 1990) , ms.7
9
Pengisian misi pendidikan. ms.104
10
Mohd Yunus Mohd Nor,”Seminar Kebangsaan Penilaian Pelaksanaan KBSR” Prinsip, Konsep
dan Rasional KBSR, ms.1-10.

5
mencapai perpaduan negara yang dicita-citakan. Sesuai dengan matlamat ini BM

dijadikan satu matapelajaran wajib di semua peringkat dan jenis sekolah dan

kelulusan matapelajaran ini adalah dijadikan syarat utama untuk mendapatkan

kelulusan dalam peperiksaan awam seperti SRP/LCE, SPM/MCE dan

SPVM/MCVE.11

SEKOLAH KEBANGSAAN MENYATUPADUKAN RAKYAT

Ketiga, kewujudan sekolah Kebangsaan mencapai objektif perpaduan

kaum. Kewujudan sekolah kebangsaan seperti yang disyorkan oleh LR telah

menggalakkan penyatuan pelbagai jenis kaum dalam satu sekolah. Situasi ini

membantu perpaduan kaum apabila pelajar mula bersahabat dan beraktiviti

bersama dibawah satu bumbung dan menggunakan semua kemudahan sekolah

yang sama tanpa ada diskriminasi.12 Bermula dari titik ini, pelajar dapat

memahami adat, budaya, pemikiran dan perkara-perkara sensitif yang tidak boleh

diungkit dalam sesebuah kaum. Malahan pelajar juga dapat memupuk semangat

kekitaan ataupun spirit de corps antara murid yang mempunyai latar keturunan

yang pelbagai.13

Tidak dinafikan bahawa kewujudan sekolah-sekolah jenis Kebangsaan

tetap wujud, tetapi sekolah-sekolah ini juga bersifat terbuka kerana pelajarnya

11
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran, ms. 84
12
Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan, ms 174
13
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. ms.91

6
bukan sekadar daripada satu-satu kaum sahaja malahan terdapat juga kaum lain

walaupun secara minoriti bersekolah disekolah terbabit. Malahan, sekolah-

Kebebasan diberikan kepada para pelajar untuk memilih tempat mereka yang

mereka ingini serta mempelajari subjek yang seragam.

Walaubagaimanapun, LR tetap mempunyai kelemahannya tertentu dalam

memperjuangkan perpaduan kaum. Tekanan yang wujud pada saat itu menjadikan

LR sebuah laporan yang terlalu berhati-hati untuk menjaga sensitiviti kaum.

‘Laporan Razak adalah satu langkah kebelakang kalau


dibandingkan dengan kenyataan Barnes yang telah mencadangkan
supaya hanya diadakan sekolah nasional dalam Bahasa Inggeris
dan Melayu….laporan ini kurang berterus terang mencadangkan
supaya dihapuskan sekolah –sekolah lain seperti dibuat oleh
kenyataan Barnes’14
Malahan, para pelajar Cina dan India juga akan mengalami masalah dalam

menyesuaikan diri menggunakan BM memandangkan mereka bersekolah di

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan masing-masing yang mengekalkan bahasa

Ibunda masing-masing sehinggakan Kelas Peralihan diwujudkan namun masih

gagal mengatasi masalah tersebut. Kegagalan untuk menyesuaikan diri ini akan

menyebabkan ketinggalan dalam pelajaran terutama bagi kaum India.15

Guru-guru sekolah Melayu telah menentang LR kerana tidak wujud

ketegasan dalam pelaksanaan untuk mengangkat Bahasa kebangsaan. LR yang

14
Ibrahim saad, Pendidikan dan Politik di Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1986), ms. 44
15
R Santhiram. Education of Minorities: The Case of Indians in Malaysia, CHILD.1999.

7
ada masih mengamalkan sistem persekolahan pelbagai bahasa. Kaum bukan

melayu, terutama persatuan Guru-guru sekolah Cina tidak berpuas hati dengan LR

kerana pendidikan, bahasa dan kebudayaan Cina telah diabaikan.

Bantahan ini memaksa kerajaan untuk membuat jawatankuasa yang baru

bagi mengkaji semula LR. Pada 1960, laporan jawatankuasa ini telah siap dan

dinamakan Laporan Rahman Talib sempena nama pengerusi jawatankuasa dan

Menteri pelajaran ketika itu iaitu Abdul Rahman bin Talib. Pada asasnya, Laporan

Rahman Talib (LRT) ini hanya bertujuan untuk memperteguhkan serta

memperbaiki matlamat, konsep dan sistem pendidikan yang terkandung dalam

LR. Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh LRT telah termaktub menjadi

Akta Pelajaran 1961.

Kesimpulannya, LR adalah asas kepada dasar pendidikan nasional yang

berterusan hingga ke hari ini walaupun masih banyak kelemahan dalam

pelaksanaannya namun ianya cuba ditangani dengan pelbagai dasar lain yang

diperkenalkan selepasnya seperti Akta Pelajaran 1961 dan laporan Jawatankuasa

Kabinet 1979. Kedua-dua dasar ini masih meneruskan dasar perpaduan LR

dengan meletakkan BM sebagai prasyarat utama dan kurikulum yang sama.

Banyak kesan positif LR terhadap perpaduan yang wujud di negara ini setelah

ianya diperkenalkan yang membantu mengurangkan jurang antara kaum dan sikap

prejudis.

8
BIBLIOGRAFI
Francis Wong Hong Kee & Ee Tiang Hong. 1974. Pendidikan di Malaysia.
Singapura: Heinemann ediucational Books.
Haris Md Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim saad. Pendidikan dan Politik di Malaysia .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1986), ms. 44

9
Mohd Yunus Mohd Nor,”Seminar Kebangsaan Penilaian Pelaksanaan KBSR :
Prinsip, Konsep dan Rasional KBSR. 21-25 Mei 1990 : 1-10.
Musa bin Daia. 1976. Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan.
Kelantan: Pustaka Aman Press.
Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.1980.


Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

10
11

You might also like