You are on page 1of 17

LOCAL AGENDA 21

1.0 PENDAHULUAN

Agenda 21 merupakan Pelan Tindakan Global ke Arah Pembangunan Mampan Untuk


Abad ke-21. Ia dihasilkan melalui deklarasi Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil pada
tahun 1992 yang dihadiri oleh 178 buah Negara termasuk Malaysia. Pelan Tindakan
Global tersebut mengandungi 40 bab yang menghuraikan langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan kearah pembangunan mampan. Agenda 21 merupakan komitmen dunia
terhadap pembangunan yang berpusat pada manusia, mengembangkan sebuah konsep “
berfikir global, bertindak local”. Local Agenda 21(LA21)Bab ke-28 Agenda 21
menekankan peranan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) dalam melaksanakan
pembangunan mampan di peringkat tempatan menerusi Program Local Agenda
21(LA21). Oleh yang demikian LA21 adalah Agenda 21 yang dilaksanakan di peringkat
tempatan. Local Agenda 21 merupakan suatu program yang menekankan penglibatan tiga
pihak, iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta bekerjasama untuk merancang dan
menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti
hidup yang lebih tinggi.
Melalui LA21 masyarakat tempatan boleh melibatkan diri utnuk mengenalpasti
dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk
menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu Pendekatan asas
program ini ialah pendekatan bottom-up, atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna,
penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan
bagi kawasan masing-masing Sebagai contoh, penduduk tempatan terlibat scara langsung
mengenai perbincangan, bengkel atau aktiviti berkaitan dengan isu-isu tempatan. Antara
contoh isu yang boleh dibangkitkan adalah seperti isu banjir dan sistem perparitan, isu
pencemaran alam sekitar, isu pengangkutan dan lalulintas, isu perumahan dan isu sosial
dalam komuniti serta isu-isu lain

2.0 PELAKSANAAN PROGRAM LA21 DI MALAYSIA

1
Projek Perintis LA21(2000) ini dimulakan pelaksaannya di Malaysia pada tahun 2000
melalui Projek Perintis LA21 yang melibatkan 4 buah PBT, iaitu Majlis Perbandaran
Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ), Majlis Bandaraya Miri(MBM),
dan Majlis Daerah Kerian(MDK). Projek Perintis ini dilaksanakan oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kejasama Unit Perancangan Ekonomi(EPU),
Jabatan Perdana Menteri dan United Nations Development Programme(UNDP). Projek
perintis LA21 telahpun dilancarkan oleh YB. Dato Seri Ong Ka Ting, Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 17 Oktober 2000 di Dewan Sivik, Majlis
Bandaraya Petaling Jaya. Program LA21 Fasa 2(2002) merupakan kesinambungan
kepada Projek Perintis LA21 dan ia telah pun dilancarkan di MS Garden, Kuantan,
Pahang pada 11 Jun 2002 oleh YB. Datuk Peter Chin Fah Kui, Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program LA21 Fasa 2 ini akan melibatkan seluruh
Dewan/Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran di Negara ini. Buku Panduan LA21
mempunyai dua buah buku panduan LA21, iaitu Buku Panduan dan Kajian Kes LA21
Malaysia dan Manual Latihan LA21 Malaysia telahpun dihasilkan melalui Projek
Perintis LA21. Kedua-dua buku panduan ini akan menjadi panduan utama kepada PBT
untuk melaksanakan Program LA21 masing-masing.PROSES-PROSES
PELAKSANAAN LA21 PRINSIP-PRINSIP LA21 Penyertaan dan Ketelusan:
Melibatkan PBT, masyarakat dan sektor swasta serta agensi kerajaan yang lain seperti
Jabatan Kerja Raya(JKR), Jabatan Parit dan Saliran(JPS), Pejabat Daerah, Pejabat
Pendidikan dan lain-lain. Maklumat mengenai pembangunan mampan mestilah sentiasa
terbuka kepada masyarakat tempatan. Usahasama: Wujudkan usahasama dan
tanggungjawab bersama antara semua pihak berkepentingan ataupun stakeholders di
semua peringkat. Kebertanggungjawaban: Memastikan bahawa semua rakan usahasama
bertanggungjawab kepada keputusan dan tindakan yang diambil. Pendekatan Yang
Menyeluruh: Menangani punca-punca masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan
cara bersepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan. Peka Kepada Keupayaan
Alam Sekitar: Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan adalah selaras dengan
keupayaan alam sekitar. Kesaksamaan: Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat
tempatan tanpa membezakan kaum, usia, status sosioekonomi dan latarbelakang diwakili.
Mementingkan Masa Hadapan: Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini

2
dan masa hadapan diambilkira dalam semua peringkat perancangan ataupun
pelaksanaan.Hasil Yang Nyata: Membuahkan hasil yang nyata supaya faedahnya dapat
dilihat dengan jelas bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan. FAEDAH
LA21 KEPADA ANDA KEPADA PBT/AGENSI KERAJAAN· Meningkatkan
kesefahaman, sokongan dan kerjasama dengan masyarakat dan sektor swasta dalam
program-program yang telah dirancang ataupun yang akan dilaksanakan.· Imej sebagai
badan kerajaan yang mengamalkan tadbir urus yang baik ataupun good governance yang
bercirikan penyertaan awam ataupun ketelusan, kepekaan, kesepakatan, kecekapan dan
kebertanggungjawaban dapat ditingkatkan.KEPADA MASYARAKAT · Pendapat dan
sumbangan anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program yang
bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup.
· Meningkatkan rasa tanggungjawab, cinta, bangga terhadap alam sekitar dan rasa sense
of belonging.
· Kualiti hidup dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang lebih bersih, selesa, nyaman
dan selamat.KEPADA SEKTOR SWASTA/SYARIKAT
· Peluang untuk memberi bantuan, sumbangan dan khidmat bagi sama-sama menjayakan
program yang telah dirancang.
· Imej syarikat sebagai sebagai sebuah badan korporat yang bertanggungjawab dan peka
terhadap alam sekitar dankeperluan masyarakat dapat ditingkatkan.
· Juga memberi peluang untuk mempromosikan produk-produk keluaran syarikat melalui
tajaan ke atas aktiviti-aktiviti dalam Program LA21.

3.0 Pemuliharaan alam sekitar

Perlindungan alam sekitar merupakan agenda kerajaan pada masa kini iaitu abad
yang ke 21, ia sebenarnya melibatkan 4 bidang utama iaitu tanah, udara, sungai dan laut.
Di samping itu isu alam sekitar juga membabitkan perlindungan kepada kepelbagaian
biologi (biodiversity) kerana ia juga mempunyai kaitan secara langsung dengan 4 bidang
.Hasil dari pelbagai kajian yang telah dijalankan oleh badan-badan Kerajaan dan bukan
Kerajaan di seluruh dunia berhubung perlindungan alam sekitar mendedahkan beberapa
fakta yang sangat membimbangkan. Antaranya adalah seperti berikut:-

3
a. Lebih kurang 20% kawasan tanah hijau dirosakkan oleh aktiviti penternakan
dan pertanian manakala hakisan tanah dianggarkan berjumlah 25 bilion tan setahun.

b.Kadar kepupusan hutan dianggarkan melebihi 14.6 juta hektar iaitu bersamaan
saiz keluasan negara Nepal.

c.Lebih 220 juta hektar hutan tropika dirosakkan akibat aktiviti pengeluaran
makanan yang tidak diurus dengan baik.

d.Sebanyak 80 negara meliputi 40% penduduk dunia menghadapi kekurangan air


yang serius pada pertengahan tahun 1990an. Dianggarkan pada tahun 2025, sebanyak 2/3
daripada penduduk dunia akan tinggal di negara yang menghadapi masalah air yang
serius.

e.Lubang ozon semakin membesar sehingga mencecah saiz 3 kali ganda negara
USA pada September 2000.

f.Lebih kurang 30-40% kes penyakit asma dan 20-30% penyakit berkenaan
pernafasan telah dikaitkan dengan pencemaran udara.

g.Lebih kurang 1/3 daripada terumbu batu karang akan lenyap daripada muka
bumi dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Apa yang amat mendukacitakan ialah kebanyakan fenomena ini berpunca


daripada aktiviti yang dilakukan oleh manusia sendiri. Keghairahan dan sifat tamak serta
rakus manusia yang berselindung di sebalik nama pembangunan telah memusnahkan
kebanyakan warisan alam sekitar yang sangat berharga. Sesetengah bencana alam seperti
tanah runtuh dan banjir kilat berkait rapat dengan sifat kegelojohan manusia yang
berterusan merubah bentuk semula jadi muka bumi. Kilang-kilang melepaskan asap dan
gas “rumah hijau” ke udara mengakibatkan peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.
Ini diikuti dengan penghijrahan besar-besaran penduduk desa ke bandar besar bagi
menyahut arus pembangunan yang menyebabkan bukit digondol bagi membina rumah
kediaman. Air sungai dan laut mula tercemar oleh sisa toksik menyebabkan kemusnahan
sumber flora dan fauna. Tidak dapat dinafikan proses perindustrian ini merupakan
keperluan untuk tamadun manusia. Malangnya usaha pemodenan ini tidak diseimbangkan
dengan pemuliharaan alam sekitar.

4
Tanggungjawab bagi memulihara alam sekitar perlu penglibatan dan komitmen
semua pihak daripada peringkat Kerajaan, sektor swasta, pertubuhan dan juga individu.
Ianya mesti dilakukan dengan pembentukan budaya dan penghayatan nilai mesra alam
dan mewujudkan keadaan yang saling memerlukan di mana setiap pihak memainkan
peranan masing-masing. Di Malaysia, Kerajaan telah menerajui tanggungjawab ini dan
merupakan agenda utama dengan mengambil tindakan proaktif menggalakkan
penglibatan sektor swasta di samping meningkatkan penguatkuasaan undang-undang.
Antara langkah yang telah

diambil Kerajaan adalah seperti berikut:-

a.Meningkatkan usaha menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar;

b. Menggubal Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1998; Dasar Alam Sekitar


pada Oktober 2002 dan Dasar Tanah Lembap Kebangsaan 2004;

c.Menambah peruntukan kewangan untuk mengatasi masalah alam sekitar;

d.Meningkatkan program kesedaran tentang pentingnya pemuliharaan alam


sekitar.

e.Penglibatan aktif dalam persidangan/konvensyen peringkat antarabangsa


mengenai alam sekitar.

Walaupun berbagai usaha dijalankan oleh pihak Kerajaan namun kesedaran dan
komitmen pihak-pihak tertentu dalam menangani masalah ini masih rendah. Saban hari
kita membaca dan melihat di kaca televisyen perbuatan seperti membuang sampah dan
sisa toksik di merata tempat, penebangan pokok balak secara haram yang menjejaskan
laluan air dan tanah runtuh serta pembakaran sampah secara terbuka. Ketidakberkesanan
penguatkuasaan undang-undang.

4.0 Kesan perbincangan agenda kerajaan (Pemuliharaan alam sekitar)

Manusia juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Penggunaan


kenderaan dan jentera yang menggunakan bahan api fosil(petrol dan diesel)
menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Hasil pembakaran bahan api fosil
menghasilkan gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Kilang-kilang

5
yang didirikan boleh menghasilkan sisa toksik(beracun) seperti bahan buangan radioaktif
dan merkuri. Dalam industri pertanian pula, penggunaan racun yang berleluasa boleh
mengancam keselamatan alam sekitar. Insektisid(racun serangga) seperti DDT boleh
masuk ke rantai makanan. Sumber makanan seperti daging dan ikan mengandungi DDT
yang seterusnya akan di makan oleh manusia. Jika hendak disenaraikan punca
pencemaran, amatlah banyak sehinggakan website ini tak cukup untuk menampung
senarai tersebut. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan punca pencemaran adalah
disebabkan oleh aktiviti manusia. Akibat pencemaran yang teruk, pelbagai isu berkaitan
dengan alam sekitar timbul. Antaranya ialah :-

a. Pemanasan Global (Global Warming) - dimana suhu bumi kita meningkat akibat
daripada peningkatan gas karbon dioksida diatmosfera. Gas ini memerangkap
haba dan menyebabkan suhu di bumi meningkat. Fenomena ini juga dikenali
sebagai "Kesan Rumah Hijau" (Green House Effect).

b. Penipisan Lapisan Ozon (Depletion of Ozone Layer) - Gas Klorofluorokarbon


(CFC) yang digunakan dalam peti sejuk dan aerosol bertindak balas dengan
lapisan ozon dan seterusnya menipiskannya. Penipisan ini menyebabkan sinaran
U/V matahari menembusi atmosfera dan menyebabkan penyakit kulit.

Selain daripada masalah pencemaran, kehidupan juga sedang diancam oleh


kekurangan sumber alam. Makanan, air, logam dan bahan api merupakan sumber alam
yang kian berkurangan akibat daripada penuaian berleluasa dan penggunaan yang tidak
terancang. Hutan ditebang untuk mendapatkan balak, kemudian ditinggalkan begitu
sahaja. Begitu juga usaha carigali bijih timah, besi, dan emas. Usaha mengambil tetapi
tidak memberi ini menyebabkan keadaan iklim berubah. Selain masalah banjir, hakisan
juga berlaku.Kawasan baru pula dibuka untuk dibina kilang. Pembinaan kilang
perindustrian ini bukan sahaja memusnahkan alam semula jadi kawasan berkenaan tetapi
juga menyebabkan pencemaran seperti pencemaran air. Sisa dari kilang yang dialirkan ke
sungai menyebabkan air sungai berkenaan tercemar malah hidupan di air seperti ikan
akan mati. Dalam pada itu, kereta yang meluncur laju di jalan dan menerbitkan asap dan
bunyi, mencemarkan keadaan suhu di sesuatu kawasan itu tinggi.Contohnya: " Peristiwa
tentang pencemaran udara di kawasan Lembah Kelang."

6
Pembangunan pesat yang berlaku di Lembah Klang telah menimbulkan
kegelisahan di kalangan penduduk. Hal ini kerana, pembangunan ini diiringi dengan
pencemaran udara, bunyi, dan air. Kesan pencemaran ini bukan sahaja dialami oleh
manusia, tetapi haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan jirim. Daripada kajian yang dibuat,
pencemaran yang berlaku sekarang ini, melebihi tahap yang dihadkan.Contohnya:Di
kawasan Lembah Kelang, punca utama berlaku pencemaran alam ialah banyaknya
kenderaan dan pembinaan kilang yang begitu pesat. Menurut kajian pada 1975, jumlah
pencemaran tahunan ialah 121 430 tan. Daripada jumlah ini, 90 peratus disebabkan oleh
kenderaan dan industri. Punca seperti kuari, kerja pembinaan, stesen janakuasa elektrik,
dan pembakaran sampah-sarap.Sementara itu, bagi memenuhi keperluan penduduk,
empangan dibina untuk dijadikan kawasan tadahan dan bekalan elektrik. Membina
empangan memerlukan kawasan yang luas. Akibatnya, berlaku pemusnahan sebahagian
besar kawasan hutan, spesies haiwan, dan tumbuh-tumbuhan.Kawasan yang luas juga
diperlukan untuk membina lebuh raya. Pembinaan bertujuan memperbaiki sistem
perhubungan. Bagaimanapun, kesan sampingannya tidak dapat dielakkan iaitu
sebahagian kawasan hutan terpaksa dimusnahkan dan lereng bukit dipotong.Melalui
krisis tenaga terutamanya tenaga nuklear,ianya banyak menimbulkan masalah kepada
manusia.Ini kerana sumber tenaga ini boleh membahawa kehancuran kepada tamadun
yang dibangunkan oleh umat manusia. Meskipun penemuannya masih baru, sekitar
pertengahan abad kedua puluh, tetapi amat ditakuti oleh manusia yang cintakan
kedamaian, sebaliknya disukai oleh manusia yang ingin menunjukkan kekuatan. Kajian
menunjukkan tenaga nuklear mula ditemui pada tahun 1941. Penciptaannya di atas
inisiatif Dr. Leo Szilard dan dibantu oleh Albert Einstein.Pada waktu itu Hitler, dengan
kekuatan nuklear Jerman, bercita-cita ingin menguasai dunia. Negara lain mula bimbang
akan nasib masing-masing. Oleh kerana tiada jalan lain untuk menyekat kemaraan tentera
Hitler, pakar atom Britain bekerjasama dengan pakar atom lain seperti Niels Bohr, Joseph
Rotblat, dan Enrico Fermi mencipta bom atom.

Tindakan yang dilakukan oleh British inilah menyebabkan negara lain semakin
dilanda kebimbangan. Dalam waktu yang singkat, bukan sahaja Jerman menjadi musuh,
tetapi juga Britain. Akhirnya, langkah pembikinan tenaga nuklear semakin berlipatganda.
Dalam waktu yang sama, Jepun pula bercita-cita mahu menguasai Asia dengan slogan
"Asia Untuk Asia". Untuk menyekat kemaraan tentera Jepun, bom atom yang pertama

7
digugurkan di Hiroshima, kemudian di Nagasaki. Kesan pengguguran bom atom ini,
seluruh bandar Hiroshima musnah. Mereka yang terselamat menderita sepanjang hayat
kerana kesan pancaran radioaktif.Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, perlumbaan
mencipta tenaga nuklear antara negara maju semakin giat dijalankan. Amerika Syarikat
dan Rusia mendahului negara lain kerana teknologi yang mereka punyai lebih canggih.
Negara yang lain khuatir arah masa depan yang akan ditunjukkan oleh Amerika Syarikat
dan Rusia.Rasa bimbang dan curiga-mencurigai bukan sahaja di kalangan negara kecil,
malah Amerika Syarikat dan Rusia sendiri. Masing-masing takut negara lain lebih kuat.
Sebagai contoh, Jabatan Pertahanan Amerika kerap mengintip kekuatan tenaga nuklear
Rusia, begitu juga sebaliknya. Oleh kerana keinginan menjadi jaguh, perlumbaan
mencipta senjata daripada tenaga nuklear tidak henti-henti dilakukan.

5.0 Perlaksanaan kerajaan dalam aspek pemuliharaan Alam Sekitar

Malaysia ialah sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat.


Pembangunan yang pesat ini menyebabkan kualiti alam sekitar juga turut terjejas. Oleh
yang demikian, langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk melindungi kualiti
alam sekitar.Terdapat tiga cara utama yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk
melindungi kualiti alam sekitar. Cara yang dimaksudkan ialah :

a.Perundangan

Kementerian Sains dan Alam Sekitar melindungi alam sekitar melalui


penguatkuasaan undang-undang dan akta ke atas orang raamai. Undang-undang
mengenai pelbagai jenis pencemaran harus memberi panduan tentang langkah-langkah
yang perlu dijalankan untuk mengawal kadar pencemaran, terutamanya dari kilang-kilang
perindustrian.Contohnya: Kerajaan Malaysia telah menggubalkan pelbagai undang-
undang, peraturan dan akta untuk melindungi dan mencegah pencemaran alam sekitar.
Malalui Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1984 (pindaan) dijalankan iaitu bermatlamat :-

i.mula dikuatkuasa pada 1 April 1988.

ii.Berkaitan dengan udara bersih, kelapa sawit, getah, gas kenderaan, kumbahan,
efluen industri dan juga bahan-bahan buangan kilang.

iii.Penguatkuasaan dibuat oleh Jabatan alam Sekitar.

8
b.Penggunaan Teknologi

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencernaran alam sekitar


adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin
untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa
pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca
dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan
oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.Bahan-bahan buangan industri
pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai
contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan
metana.Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan
dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian.
Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan
teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang
bahaya kepada kesihatan manusia.Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai
pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan
pencemaran alam sekitar.Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-
mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

c.Pendidikan

Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul
oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.Untuk
memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan.
Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap
positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia
akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini
kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu
perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.Pendidikan
alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia.
Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat

9
ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi
Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan
melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah
surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan
swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Adalah penting manusia menggunakan
kebijaksanaan untuk mengurus sumber alam ini supaya ia kekal lebih lama untuk
digunakan oleh generasi yang akan datang. Beberapa langkah yang praktikal ialah :-

a. Menghadkan aktiviti pembalakan dengan menuai kayu balak yang matang sahaja.
Kayu kayan yang tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi tidak harus
ditebang.

b. Mengharamkan penggunaan pukat harimau yang boleh merosakkan terumbu


karang (coral reef).

c. Mengawal pembukaan tanah baru dengan melakukan kajian terperinci berkaitan


kesannya kepada alam sekitar sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

d. Menghadkan aktiviti perlombongan dan mencari idea baru untuk menggunakan


bekas lombong.

Kehidupan manusia akan lebih sejahtera jika hidup dalam alam sekitar yang bersih
dan sihat. Ini dapat dicapai jika manusia mengubah sikap sendiri. Sebagai contoh kita
hendaklah mengitar semula plastik dan kertas supaya kita tidak perlu menuai hasil
petroleum dan kayu-kayan. Setiap orang yang inginkan kehidupan yang lebih sejahtera
harus memainkan peranan yang proaktif. Dalam usaha memburu pembangunan, manusia
tanpa disedari telah merosakkan alam sekitar, sedangkan alam sekitar amat penting dalam
kehidupan . Contohnya.Ramai penduduk di kota besar mengeluh kerana keadaan
persekitaran yang merimaskan. Bagi mengatasi masalah ini, pohon yang rendang di
tanam di sepanjang jalan. Namun masalah ini tidak juga berkurangan. Meskipun harapan
itu cuma impian, warga kota selalu menginginkan persekitaran yang menghijau. Bagi
mereka, hidup akan menjadi kering dan lesu apabila alam sekitar musnah.Namun, mereka
tiada pilihan lain untuk mencapai kemajuan. Suasana kampung yang damai tidak dapat
diwujudkan di bandar besar. Oleh kerana itu, setelah penat bekerja, pada waktu
kelapangan, warga kota bersama keluarga akan bersiar-siar di taman. Sesetengahnya pula
memilih Taman Negara yang kaya dengan pelbagai jenis kehidupan sebagai tempat untuk

10
berehat. Dengan cara ini, mereka dapat melepaskan ketegangan emosi dan fikiran yang
membelenggu diri mereka.Contohnya: Daripada statistik jabatan Alam Sekitar, kiraan
kenderaan berdasarkan kegunaan bahan api terdapat pada 880 188 kenderaan. Mengikut
purata mingguan, lebih kurang 1025 juta perjalanan telah dibuat. Kenderaan ini
mengeluarkan karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida, iaitu pencemaran
udara yang boleh mengurangkan kesuburan tumbuh-tumbuhan, mengganggu penglihatan,
kesihatan, warna mudah luntur, dan besi mudah karat.

Alam sekitar yang bersih dapat membekalkan oksigen kepada semua hidupan.
Dengan keadaan iklim yang stabil, orang ramai akan berasa selesa dan bahagia. Udara
yang bersih amat penting kepada kesihatan seseorang.Hutan yang keadaan semula
jadinya masih terpelihara, menjadi sumber rezeki kepada para petani. Selain bergantung
hidup kepada hasil pertanian, petani boleh menambahkan hasil pendapatan mereka
dengan menjual rotan dan akar kayu untuk membuat ubat tradisional, yang banyak
terdapat di hutan.Namun, alam yang sebegini indah, yang dicipta untuk manusia,
malangnya manusia juga yang merosakkannya. Oleh kerana keseimbangan alam sekitar
penting kepada kehidupan manusia dan pembangunan juga perlu selaras dengan tuntutan
semasa, maka langkah yang wajar perlu dilakukan. Keghairahan dalam mengejar sesuatu
yang dihajatkan hendaknya jangan sampai merosakkan sesuatu yang perlu dipertahankan.

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-


langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini
bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua
pihak.Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar.
Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Tindakan yang tegas
patut diambil ke atas mereka yang melanggar undang-undang ini.Sebagai pengusaha
terutama sekali pengusaha kilang, dia patutlah memikirkan kesan jangka masa panjang
aktiviti yang dijalankan olehnya. Jangka masa panjang di sini bukan bererti 30 atau 50
tahun tetapi jangka masa 100 tahun, ataupun 200 tahun. Kebanyakan pengusaha cuma
mengambil kira kesan dalam jangka masa 30 hingga 50 tahun. Ini sebenarnya adalah
tidak mencukupi kerana banyangkan jika beratus-ratus kilang sebegitu didirikan. Tentu
kadar pencemarannya adalah jauh lebih tinggi. Para pengusaha terutama pengusaha
kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar
sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan.

11
Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah
pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih
barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan
terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula
menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita
sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.Jika
semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi
akan di panjangkan usianya.Antara lain aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah

a.Pameran - Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang
berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan
juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi
isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat
untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan
keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada
berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh
meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

b.Kempen-kempen - Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar


adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi
alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan
sebagainya.Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-
pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar trntang pentingnya
menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya
mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar.Selain itu, kempen kitar
semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar
semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.Sahabat
alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga,
membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan
mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat ,menapis debu
yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan
kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.Kempen cintai sungai
telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain

12
membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang
kepentingan sungai.

c.Pertandingan - Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar


boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam
sekitar. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran.
Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin
akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa
kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar.Pertandingan melukis poster yang berkaitan
pencemaran juga adalah abik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja
tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai.Selain pertandingan yang telah
disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran
kepada orang ramai.

d.Projek Riadah Alam Sekitar - Salah satu cara yang paling berkesan untuk
meningkatkan kesedaran tentang pencemaran ialah melalui Projek Riadah Alam Sekitar
( PRIAS ). Projek ini telah memberi kesan yang hebat.Melalui projek ini, mereka boleh
membuat kajian yang mendalam tentang pencemaran udara, pencemaran air, penipisan
ozon, kesan rumah hijau, sisa toksik, sisa pepejal dan kitar semula.Mereka yang terlibat
menjadi lebih peka kepada isu-isu semasa dunia terutamanya yang berkaitan dengan
pencemaran. Oleh itu, saya rasa projek ini memang satu projek yang baik dan patut
diteruskan.

e.Pendedahan Media Massa - Pada hari ini media massa memainkan peranan
yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan
adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan
berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang
paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat
khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini tetapi adalah berkurang.

6.0 Kesan dan laporan Alam Sekitar diperingkat global

Menyedari mengenai kepentingan penglibatan masyarakat dan orang awam dalam


pemuliharaan alam sekitar, ASEAN telah bertindak untuk mempertingkatkan

13
pengetahuan pakar dan kepopularan alam sekitar, di samping memperbaiki perlidungan,
pemuliharaan dan kesinambungan penggunaan serta pengurusan alam sekitar. Laporan
Keadaan Alam Sekitar ASEAN Pertama, dengan dana yang ditanggung oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Rancangan Alam Sekitar, telah diterbitkan pada tahun
1997. Laporan berkenaan meliputi tajuk yang luas seperti mengenai daratan, udara, air,
pertanian, perindustrian, tenaga, pengangkutan, perdagangan antarabangsa dan
pelancongan, perundangan, institusi dan orang. Ia juga menentukan hala tuju yang telah
diambil oleh ASEAN dalam menangani kepentingan cabaran-cabaran dan menyediakan
sukat-sukat bagi mengukur prestasi ASEAN dalam penggunaan berterusan sumber alam
semula jadi dan juga pemuliharaan alam sekitar. Laporan Alam Sekitar Kedua telah
diterbitkan pada tahun 2003. Usaha berkenaan juga menerima sokongan dari Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Rancangan Alam Sekitar. Tahun Alam Sekitar ASEAN _
Tahun Alam Sekitar ASEAN telah dilancarkan pada 4 April 2000 di Bandar Seri
Begawan. Rancangan ini dibentuk sedemikian rupa untuk meningkatkan kesedaran awam
mengenai isu-isu alam sekitar dan juga rancangan-rancangannya. Di setiap ibu negara
anggota-anggota ASEAN, aktiviti-aktiviti Tahun Alam Sekitar ASEAN 2000 adalah
antara lain memaparkan seminar-seminar, sesi latihan, bengkel-bengkel dan juga
pameran-pameran serta peraduan-peraduan yang memperlihatkan penglibatan ASEAN
terhadap pemuliharaan alam sekitar dan juga keperluan bagi satu tindakan bersepadu
untuk menangani cabaran-cabaran alam sekitar.

Rancangan Tindakan ASEAN Bagi Pendidikan Alam Sekitar ASEAN _ Menteri-


menteri Alam Sekitar ASEAN telahpun meluluskan Rancangan Tindakan ASEAN Bagi
Pendidikan Alam Sekitar ASEAN (AEEAP) pada bulan Oktober 2000 yang mana
meliputi pendidikan formal dan tidak formal, pembinaan keupayaan tenaga kerja,
rangkaian kerja bersepadu dan berhubungan. Inisiatif berkenaan telah menjadi kenyataan
dengan bantuan kewangan daripada Yayasan Hanns Seidil dan juga Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu Bagi Rancangan Alam Sekitar. Perlaksanaannya memerlukan komitmen
dan sumber dari kedua-duanya dari ASEAN dan agensi dana dari luar. Pengharmonisan
Undang-undang dan Piawaian _ Satu lagi komponen yang terpenting dalam Kerjasama
ASEAN Mengenai Alam Sekitar ialah pengharmonisan undang-undang alam sekitar dan
piawaian dalam rantau ini. Negara-negara anggota ASEAN secara individu telah
merangka undang-undang yang menyeluruh untuk memberikan dasar rangakaian kerja

14
kebangsaan bagi tindakan ke arah kesinambugan pembangunan. Rangkaian Kerja
Perundangan Alam Sekitar dalam negara-negara ASEAN mengandungi beberapa unsur
yang bersamaan.

i.Unsur pertama ialah pengiktirafan peralatan yang boleh dipasarkan sebagai alat
utama bagi kelanjutan pemuliharaan alam sekitar melalui insentif bagi sektor awam. Idea
berkenaan menyediakan asas bagi dasar-dasar inovatif yang membenarkan firma-firma
perniagaan dan kerajaan untuk bekerjasama bagi mengurangkan pencemaran dengan
lebih berkesan dan menjimatkan.

ii.Unsur kedua, dalam kebanyakan perundangan negara-negara anggota ASEAN


ialah pemusatan tanggungjawab bagi alam sekitar untuk setiap kerajaan. Badan pusat
berkenaan diberikan pelbagai fungsi yang meliputi asas dasar, perancangan,
perlaksanaan, pemantauan dan juga tindakan-tindakan susulan.

iii.Unsur ketiga ialah untuk mengawal pencemaran air. ASEAN telah berusaha
mencari jalan bagi menguasai undang-undang pemantauan dan pengawalan yang akan
memantau perlaksanaan aktiviti-aktiviti tertentu untuk melindungi alam sekitar dan
memastikan keselamatan orang awam. Tindakan ini akan menentukan had terhadap
kualiti pengeluaran sisa air kumbahan yang ditentukan dalam komposisi standard
terhadap pencemar-pencemar tertentu. Setiap pelanggaran adalah tertakluk kepada
sekatan-sekatan yang ditentukan oleh peraturan-peraturan berkenaan, nilai piawaian
berasaskan kepada jenis atau tujuan penggunaan yang dihasratkan terhadap air yang
ditentukan dalam perundangan yang membenarkan.

Mengenai pencemaran udara, negara-negara anggota ASEAN telah menentukan


peraturan dan had tertentu terhadap pengeluaran daripada sumber seperti asap gas
daripada kilang-kilang, loji-loji bergerak dan statik dan juga sumber pencemar yang lain.
Had pengeluaran asap adalah berasaskan kepada pengeluaran pencemar udara yang
kritikal seperti partikel yang terapung di udara, sulfur dioksida, karbon monoksida,
plumbum dan yang lain. Kebanyakan negara-negara ASEAN juga telah mengambil
langkah untuk mengatasi dan mengawal pencemaran berakibat daripada kenderaan
bermotor. Contohnya:Menteri-menteri Alam Sekitar ASEAN yang bersidang di Kota
Kinabalu, Malaysia pada 7 Oktober tahun 2000 dalam Mesyuarat Menteri-menteri
ASEAN Mengenai Alam Sekitar Ke-8, menilai semula kemajuan kerjasama alam sekitar

15
di bawah Pelan Tindakan Strategik dan memutuskan bahawa beberapa kemajuan telah
dicapai tetapi isu-isu alam sekitar semakin kompleks dan mencabar. Untuk menangani
cabaran-cabaran berkenaan, ASEAN perlu memperkukuh keupayaan institusi dan
pertubuhannya; menggalakkan pemindahan teknologi; mempercepat maklumat rangkaian
kerja dan menangani kesan-kesan negatif pensejagatan.

7.0 Kesimpulan

Penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar merupakan satu perkara yang tidak
boleh dipandang ringan oleh masyarakat, dan perlu dilakukan dan ditangani dengan
penuh tanggungjawab dan komitmen oleh setiap individu agar agenda yang diwawarkan
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Kebersihan dan keindahan adalah merupakan
dua aspek yang amat dititikberatkan oleh Islam dan tidak terbatas kepada tubuh badan
sahaja, malahan juga melewati keseluruhan tempat dan keadaan termasuk rumah
kediaman, alam persekitaran yang merangkumi sungai, jalan raya, bandar, taman
rekreasi, tempat awam dan sebagainya. Islam menggesa penganut-penganutnya supaya
menjaga kebersihan tempat-tempat tinggal dan alam persekitaran mereka daripada segala
kekotoran sama ada daripada sisa-sisa makanan, sampah sarap dan sebagainya supaya
tidak menjadi pembiakan binatang-binatang dan serangga yang menjadi punca penyakit.

8.0 Rujukan

1. Abdullah Haji Samsudin,1994.Isu-isu Semasa Dalam Geografi,Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka.

2. Derek Gregory & Rex Walford,1989.Horizon in Human Geografi. Hong

Kong: Mac Milan.

3. Guy M. Robinson, 1998; Methods and Techniques in Human Geography,

Wiley.

16
4. Katiman Rostam,2002; Prinsip Asas Persekitaran Manusia,Penerbit UKM.

5. Les Rowntree et.al, 2000; Diversity Amid Globalization in ASEAN:

Worlds Region,Environment, Development. Prentice Hall.

6. Woods, R, 1979, Population Analysis in Geography, London : Longman.

7. http://www.jpbdjohor.gov.my/pautan_info/LocalAgenda21.pdf

8. http://www.environment.gov.au/esd/la21/index.html

9. http://www.gdrc.org/uem/la21/la21

17

You might also like