P. 1
EFF312. Assignment.fonetik.fonologi.jan.2014

EFF312. Assignment.fonetik.fonologi.jan.2014

|Views: 286|Likes:
Published by Cikgu Hem Sem

More info:

Published by: Cikgu Hem Sem on Mar 05, 2014
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/14/2014

pdf

text

original

1

TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

School of Education and Cognitive Science

EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Tugasan

2
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Pengenalan Panduan ini menerangkan dengan terperinci Tugasan untuk kursus ini. Tujuan panduan ini ialah untuk memastikan bahawa semua pelajar serta Fasilitator Akademik mempunyai maklumat yang sama tentang apa yang dikehendaki. Tugasan ini merupakan salah satu komponen penaksiran yang telah ditetapkan untuk kurusus ini. Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi; iaitu kebolehan anda mengaplikasai prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaian sesuatu masalah, menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan menghasil sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada. Panduan ini juga mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan Fasilitator Akademik menilai hasil kerja anda.

Penulisan Akademik Penulisan akademik adalah penulisan ilmiah atau saintifk yang menjawab secara sistematik dan teliti sesuatu persoalan. Penulisan akademik berasaskan kepada idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong dengan bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak terpengaruh dengan pegangan sendiri (kecuali tajuk menggalakkan penulis memberi pandangan atau merupakan sesuatu refleksi peribadi), gunakan data yang diperolehi untuk menyokong sesuatu soalan atau hipotesis. Secara ringkas sesuatu Penulisan Akademik mempunyai ciri-ciri berikut:  Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.  Penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.  Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.  Penulisan tidak boleh memutar-belitkan fakta atau melebih-lebihkan sesuatu.  Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan.

Plagiarisme Apa itu PLAGIARISME? Plagiarisme ialah apa jua bahan tulisan (esei, projek) yang diserahkan dengan tujuan menipu tentang kebolehan, pengetahuan atau sumbangan oleh seseorang pelajar. Selaras dengan Seksyen 14.0 Academic Offence, dalam Buku Panduan Peraturan Universiti, Asia e University, seorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaa orang lain yang bermaksud seperti berikut:

3
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Memetik atau meniru sebulat-bulat hasil kerja orang lain tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan, dan mendakwah bahawa ia adalah hasil ciptaan sendiri. Menulis atau mengolah idea orang lain tanpa membuat rujukan. Memang diakui bahawa kita kerap kali mengambil idea orang lain dan ini adalah tidak salah jika kita membuat rujukan dan mengakui sumber, Suatu cubaan untuk menonjolkan dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Ini termasuk gambaraj, lukisan, klip video & audio, gambar dan sebagainya. Penyerahkan satu esei yang sama untuk memenuhi syarat dua atau lebih kursus.

Bagaimana saya boleh elak daripada PLAGIARISME?
    Pastikan setiap frasa, ayat atau perenggan yang anda petik mempunyai rujukan yang berkaitan dan dinyatakan sumber dalam kurungan. Tulis semula ayat atau perenggan dan pastikan rujukan dinayatakan dalam kurungan. Gunakan format APA (American Psychological Association) untuk membuat

segala rujukan.
Pastikan anda mengkaji dengan mendalam tentang isu hak cipta dan apa yang anda boleh gunakan tanpa hak cipta.

c) Rujukan Semua sumber yang anda telah rujuk mesti disenaraikan diakhir tugasan anda di bawah seksyen RUJUKAN. Berikut ini ialah kaedah membuat Rujukan. Daripada Jurnal DuFour, R. (2002). The learning-centred principal: Educational Leadership, 59(8). 12-15. Daripada Online Jurnal Evnine, S. J. (2001). The universality of logic: On the connection between rationality and logical ability [Versi Elektronik]. Mind, 110, 335-367. Daripada laman Web atau laman Sesawang National Park Service. (2003, February 11). Abraham Lincoln Birthplace National Historic Site. Diperolehi February 13, 2003, from http://www.nps.gov/abli/

4
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Daripada Buku Naisbitt, J. and Aburdence, M. (1989). Megatrends 2000. London: Pan Books.

Daripada Bab dalam Buku Nickerson, R. (1987). Why teach thinking? Dalam J. B. Baron & R.J. Sternberg (Eds), Teaching thinking skills: Theory and practice. New York: W.H. Freeman and Company. 27-37. Daripada Akhbar Holden, S. (1998, May 16). Frank Sinatra dies at 82: Matchless stylist of pop. The New York Times, pp. A1, A22-A23.

5
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Perincian Tugasan

Pemberatan: 40% Jawab TIGA soalan berikut: Soalan 1 (10%) Dalam transkripsi fonetik (atau transkripsi sempit) pengkaji cuba memberi lambang fonetik yang setepat-tepatnya dan terperinci dengan bunyi yang diucapkan atau tulisan yang dipindahkan ke dalam transkripsi fonetik. Tugas; Salin semula lirik (atau senikata) lagu BUNYI GITAR dan GETARAN JIWA oleh P. Ramlee dalam bentuk TRANSKRIPSI FONETIK.

Garis Panduan:   Rujuk kepada halaman 7-8 pada Tugasan ini untuk memperolehi lirik lagu “Bunyi Gitar” dan “Getaran Jiwa” oleh P.Ramlee. Tranksripsikan kedua-dua lirik lagu mengikut kaedah transkripsi fonetik yang anda pelajari dalam Bab 3. Anda juga boleh merujuk kepada Unit 8 Transkripsi – Bahan Tambahan yang dikepilkan di MyPLS untuk kursus ini. Juga rujuk kepada contoh yang diberikan. Gunakan tanda diakritik untuk memberi ketepatan bagi bunyi sebenar yang dihasilkan oleh lirik lagu tersebut. Gunakan abjad fonetik antarabangsa untuk membuat transkripsi fonetik.

 

6
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Soalan 2 (15%) – kira-kira 6-7 halaman
Tulis satu esei bertajuk: “Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi Perhatian Di Sekolah Rendah”

Garis Panduan:     Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Bahasa baku digunakan dengan meluas di sekolah anda. Adakah penggunaan bahasa baku diabaikan? Temubual DUA guru Bahasa Melayu untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang penggunaan bahasa baku. o Keutamaan yang diberi kepada penggunaan bahasa baku o Pandangan mereka tentang penggunaan bahasa baku – bila digunakan o Masalah yang dihadapi dengan penggunaan bahasa baku - contoh o Lain-lain maklumat o Pendapat mereka adalah bukti untuk menyokong esei anda. o Anda tidak perlu menyebut nama mereka tetapi boleh melaporkan seperti berikut: Guru X: Saya kurang memberi penekanan ............. Esei anda hendaklah terdiri daripada pemerhatian anda, pendapat guru yang anda temu bual, pendapat pakar dan rumusan.

PERHATIAN: Anda tidak perlu mengikuti soalan-soalan yang dikemukakan atau urutan soalansoalan berkenaan. Ia merupakan panduan semata-mata dan anda digalakkan mendapatkan maklumat tambahan. Soalan 3 (15%) – 6 halaman Baca dengan teliti artikel “Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula” oleh Adi Yasran Abdul Aziz dan ringkaskannya dengan berpandukan seperti berikut:    Tujuan kajian dan kaedah pengumpulan data (1 halaman) Dapatan kajian (4 halaman) Kesimpulan (1 halaman)

Gunakan perkataan sendiri [Artikel disertakan dalam MyPLS]

7
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Format Tugasan   Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing) Gunakan Font New Times Roman, saiz 12

Penyerahan Tugasan   Hantar Tugasan pada Tutorial ke 3 Jangan lupa menulis NAMA dan NOMBOR MATRIK pada halaman pertama.

BUNYI GITAR oleh P.Ramlee Oh bunyi gitar Irama twist Tidak sabar Si gadis manis Dengar lagu rancak gembira Hatinya rindu tergoda Ingin dapat teman Menari suka ria Sungguh merdu Lagu ini Siapa mahu Boleh menari Pilih satu teman sendiri Ataukah si hitam manis Kalau sudi mari, kita menari twist Oh gitar berbunyi Menawan hati sedang berahi Oh rancaknya irama Dapat mikat sukma Gadis dan teruna Mari cari teman gembira Gitar solo Dan melodi Ikut tempo

8
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Kalau menari Sila adik, sila cik abang Marilah kita berdendang Irama gembira Hati jadi riang

GETARAN JIWA oleh P.Ramlee Getaran jiwa Menlanda hatiku Tersusun nada Irama dan lagu Walau hanya sederhana Tetapi tak mengapa Moga dapat membangkitkan Sedarlah kamu wahai insan Tak mungkin hilang Irama dan lagu Bagaikan kembang Sentiasa bermadu Andai dipisah Lagu dan irama Lemah tiada berjiwa Hampa

----oooo----

9
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Muka Hadapan:

TUGASAN JANUARI 2014 SEMESTER
KOD KURSUS EFF 312

NAMA KURSUS

FONETIK DAN FONOLOGI

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->