P. 1
Perbezaan Carl Jung & Freud

Perbezaan Carl Jung & Freud

|Views: 3,559|Likes:
Published by mazrie

More info:

Published by: mazrie on Oct 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/15/2013

pdf

text

original

1.

0 PENDAHULUAN Teori membolehkan kita mengorganisasi pemerhatian dan mengendalikannya dengan cara yang paling bermakna berdasarkan maklumat yang sudah ada. Jika pemerhatian tidak diorganisasikan dengan sempurna fakta atau data yang diperolehi menjadi kucar-kacir dan tidak berguna. Teori juga membolehkan kita melihat perhubungan antara fakta dengan implikasi yang terselindung antara data yang bertaburan. Seterusnya teori dapat merangsang kemunculan persoalan-persoalan mengenai pelbagai aspek tingkahlaku manusia yang tidak mudah untuk difahami. Dari segi fungsi atau kegunaan teori, ia membawa kepada pengumpulan atau pemerhatian perhubungan empirikal yang relevan. Teori merupakan andaian-andaian yang mengandungi beberapa idea untuk menjelaskan sesuatu kejadian atau fenomena.

Terdapat pelbagai teori yang diperkenalkan oleh beberapa orang tokoh psikologi dalam usaha untuk mengenal pasti personaliti individu. Setiap orang tokoh mempunyai pandangan yang tersendiri dan biasanya kajian atau dapatan dan pandangan tokoh tersebut adalah merujuk kepada apa yang dilalui dan dialami oleh mereka sendiri semasa kecil sehinggalah ke dewasa. Dalam psikologi terdapat empat pandangan personaliti iaitu teori dan orientasi pandangan psikodinamik, pandangan ketingkahlakuan, pandangan humanistik dan pandangan biologikal. Atas hakikat ini terdapat pelbagai teori yang berbeza dalam bidang psikologi. Apa yang menarik teori yang berbeza ini dapat digunakan bagi mengkaji dan memahami tingkahlaku yang sama tetapi dilihat serta ditafsir dari perspektif yang berbeza.

1

2.0 LATAR BELAKANG TEORI Teori Carl Jung merupakan teori lanjutan daripada teori asas yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Kedua-dua teori ini dikenali di bawah satu teori iaitu Teori Psikodinamik. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perselisihan antara kedua-dua teori ini berdasarkan beberapa aspek Teori Psikoanalisa yang dipelopori oleh Sigmund Freud yang tidak dipersetujui dan disenangi oleh Carl Jung. Sebelum perbezaan kedua-dua teori ini dibincangkan adalah wajar untuk melihat latar belakang kedua-dua teori ini sebagai pencetus kepada mencari perbezaan kedua-dua teori ini.

2.1 TEORI CARL JUNG Carl Jung dilahirkan di Kesswill, Switzerland pada tahun 1875. Jung menerima pendidikan dalam bidang perubatan di School of Basil dan meneruskkan pengajiannya dalam bidang psikologi di Paris. Kemudian beliau menjadi pembantu di Zurich dan selepas itu menjadi pensyarah dalam psikiatri. Dalam tahun 1912, beliau menubuhkan sekolah psikologinya sendiri di Zurich dan menjadi profesor dalam psikologi di Federal Polytechnical University of Zurich. Umum mengetahui bahawa Carl Jung merupakan seorang rakan karib dan pengikut Sigmund Freud. Amir Awang (1987), Jung menolak penekanan yang berlebihan oleh Freud kepada peranan seks dalam perkembangan personaliti. Ia juga menolak pandangan Freud yang begitu pesimistik dan deterministik. Ia beranggapan bahawa manusia bukanlah mangsa kepada warisan baka dan persekitaran. Malah, Jung menganggap manusia adalah aktif dalam menentukan corak hidupnya.

2

Amir Awang (1987) Jung berpendapat manusia mempunyai tujuan dan matlamat dalam hidupnya. Tingkah laku manusia bukan sahaja ditentukan oleh masa lampau tetapi juga dengan mementingkan masa hadapan. Bagi Jung, manusia sentiasa berusaha untuk terus berkembang bagi mencapai nirwana kendiri. Ia melihat manusia sebagai makhluk yang kreatif dan optimistik.

2.2 TEORI PSIKOANALISA SIGMUND FREUD Sigmund Freud adalah pengasas Teori Psikoanalisis. Dilahirkan pada 1856 dalam keluarga yang sederhana tetapi memastikan beliau mendapat pendidikan yang terbaik. Beliau memilih bidang perubatan sebagai kerjayanya. Frued pernah mengalami kecelaruan emosi dan fobia. Beliau menganalisis serta meneroka mimpi-mimpinya dan akhirnya beliau menemui celik akal tentang dinamika perkembangan personaliti manusia. Sebagai ahli neurology klinikal, Frued mendekati psikologi melalui fisiologi. Frued telah mengasaskan apa yang dikatakan sebagai teori personaliti pertama yang konprehensif. Psikoanalisis bukan sahaja satu teori tetapi juga satu kaedah terapi. Teori Frued dijelaskan dalam bukunya The Interpretation of Dreams (1890). Selepas Freud memperkenalkan teorinya, ramai ahli-ahli teori personaliti lain yang muncul hasil tintik tolak daripada teorinya. Teori Psikoanalisa adalah merupakan hasil daripada pengalaman-pengalamannya semasa zaman kanakkanaknya.

3

3.0 TEORI CARL JUNG Vs TEORI PSIKOANALISA SIGMUND FREUD Untuk melihat perbezaan antara kedua-dua teori ini beberapa aspek difikirkan perlu dilihat seperti aspek pandangan teori terhadap manusia dan struktur personaliti menurut kedua-dua teori ini.

3.1 PANDANGAN TEORI TERHADAP MANUSIA Sigmund Freud berpandangan manusia dilahirkan dengan naluri-naluri kebinatangan yang bersifat jahat. Kehidupan manusia telah ditentukan oleh nalurinaluri ini. Lantaran dorongan-dorongan dari naluri-naluri ini manusia boleh bertindak secara tidak rasional dan tidak logik. Manusia dianggap sebagai satu sistem tenaga yang berfungsi sebagai system hidrolik. Sistem yang mempunyai paling banyak tenaga akan berkuasa mengawal tingkahlaku dan kehidupan manusia. Tenaga Eros dan tenaga Thanatos bertanggungjawab terhadap tingkah laku manusia. Manakala Jung berpendapat bahawa manusia mempunyai tujuan dan matlamat dalam hidupnya sendiri. Tingkah laku manusia bukan sahaja ditentukan oleh peristiwa-peristiwa masa lampau sepertimamna yang ditekankan oleh Freud bahkan juga oleh impian-impian dan cita-cita masa hadapan. Kedua-dua ini disebut sebagai teleology dan causality oleh Hall dan Lindzey dalam Amir Awang (1987). Bagi Jung, manusia sentiasa berusaha untuk terus berkembang bagi mencapai nirwana kendiri. Beliau melihat manusia sebagai makhluk yang kreatif dan optimistik. Walaupun Jung mementingkan masa hadapan, tidaklah pula ia mmengabaikan langsung masa lampau. Malah kalau dibandingkan cara ia melihat

4

masa lampau lebih tersusun yang mana dua komponen utama iaitu personal unconscious dan collective unconscious.

3.2 STRUKTUR PERSONALITI MENURUT TEORI Sigmund Freud membahagikan sistem personaliti mengandungi tiga sistem iaitu id (biologi), ego(psikologi), dan superego (sosial dan nilai moral) yang berinteraksi antara satu sama lain bagi menghasilkan tingkah laku yang tertentu yang dengannya Freud simpulkan sebagai personaliti seseorang itu. Frued sangat mementingkan unsur tidak sedar kerana bahagian tidak sedar adalah sebahagian besar emosi yang memberikan kawalan ke atas tingkah laku sedar. Bahagian tidak sedar menjadi penentu kuat tingkah laku manusia atau asas personaliti. Justeru itu, pandangan tentang tingkah laku yang menekankan proses sedar di anggap tidak lengkap.

Mengikut Frued, tingkahlaku manusia diarah oleh faktor luar kawalan. Ini bermakna tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor baka (blue print atau rangka tindakan yang unik). Tingkah laku dipengaruhi oleh pengalaman lampau iaitu konflik-konflik yang tidak selesai. Frued melihat keseragaman atau

kesamaan antara tingkah laku individu dan mengutamakan atau mementingkan kestabilan ciri-ciri personaliti atau interaksi ketiga-tiga sistem personaliti tersebut.

Kerisauan terhasil seandainya ego gagal mengawal kehendak id atau gagal menyalurkan kehendak id menurut batasan-batasan realiti dan nilai-nilai moral.

5

Dalam keadaan inilah ego akan didenda kerana gagal. Dengan kata lain, kerisauan terhasil semasa interaksi ketiga-tiga sistem tenaga iaitu id, ego, dan superego. Dalam proses menapis, mengawal dan memenuhi kehendak-kehendak id, ego akan risau jika gagal sebaliknya akan tenang jika berjaya. Menurut Frued, ada tiga jenis kerisauan yang boleh dialami oleh individu iaitu kerisauan realiti iaitu ancaman nyata atau ancaman yang dijangka dari persekitaran, kerisauan moral iaitu daripada hati nurani atau conscience seseorang dan kerisauan neurotic iaitu rasa bimbang tidak dapat mengawal naluri sehingga melakukan sesuatu yang di luar kawalan. Freud memperkenalkan helah bela diri digunakan bertujuan untuk mengurangkan penderitaan ego yang tidak dapat mengawal id dengan baik dan juga mempertahankan ego dari cemuhan dan kutukan superego. Freud mengemukakan lima peringkat perkembangan personaliti indvidu iaitu peringkat oral, peringkat anal, peringkat falik, peringkat latensi dan

peringkat syahwat. Freud percaya bahawa peringkat-peringkat perkembangan personaliti seseorang dinamakan seperti itu kerana kepuasan seks yang diperolehi oleh seseorang individu semasa ia berkembang berkisar di kawasan-kawasan berahi yang berkenaan. Bahagian-bahagian badan yang memberikan kepuasan ini dinamakan zon-zon erotik malah bagi Freud semua tingkah laku manusia adalah berasaskan motif seks sahaja. Apa sahaja yang dilakukan mestilah bagi memenuhi keperluan tenaga seks. Manakala Jung menyatakan personaliti seseorang terdiri daripada sembilan sistem yang berlainan tetapi saling bergantungan di antara satu sama lain. Sistem-sistem ini dinamakannya sebagai ego, personal unconscious,

6

collective unconscious, persona, anima dan animus, bayangan, sikap, fungsi dan kendiri. Ego merupakan pusat bagi alam sedar, personal unconscious merupakan alam tidak sedar peribadi yang mana pengalaman-pengalaman yang menyakitkan ditekan ke alam tidak sedar dan kadang kala ia mengganggu individu dan boleh menjelma ke alam sedar. Collective unconscious merupakan pengalamanpengalaman yang berkisar mengenai bangsa, keturunan ataupun kaum yang diwarisi zaman berzaman. Pengalaman-pengalaman yang terkumpul ini dinamakan arkitaip dan antara arkitaip yang terpenting dalam teori Jung adalah persona iaitu satu bentuk arkitaip yang merupakan topeng yang dipakai oleh setiap individu untuk memenuhi kehendak masyarakat. Anima dan animus merupakan arkitaip bahawa seorang lelaki dan perempuan mempunyai ciri-ciri kelelakian dan keperempuanan. Orang lelaki yang mempunyai ciri-ciri keperempuanan dinamakan anima dan sebaliknya dinamakan animus. Bayangan merupakan arkitaip yang jauh sekali terpendam dalam lubuk collective unconscious dan mempunyai dua sifat utama iaitu ciri-ciri primitif dan kebinatangan yang ingin kita nafikan dan juga ciri-ciri kreatif yang jika tidak dihidupkan akan termusnah. Kendiri merupakan arkitaip yang terpenting kerana ia merupakan kesatuan, keseluruhan dan kesepaduan personaliti. Arkitaip seterusnya adalah sikap iaitu semasa individu berkembang ia dipengaruhi oleh dua jenis sikap yang berbeza iaitu ekstroversi dan introversi. Personaliti yang bersikap ekstroversi suka bergaul, bersifat terbuka dan peramah manakala personaliti yang bersikap introversi mempunyai ciri-ciri seperti pemalu, pendiam dan suka bersendirian.

7

Akhir sekali, Jung mengemukakan arkitaip fungsi iaitu memikir, merasa, deria dan intuisi. Dengan arkitaip ini, individu dapat berfikir untuk membuat tindakan secara logik dan menghadapi sesuatu situasi dengan tenang, objektif dan rasional. Individu juga boleh merasa nilai-nilai dan aspek-aspek subjektif dan melalui deria individu dapat mengamati segala-galanya melalui sistem deria ini. Instuisi pula menyatakan bahawa individu sentiasa bersedia untuk menghadapi semua kemungkinan dalam sesuatu situasi.

Teori personaliti yang dikemukakan oleh Carl Jung menunjukkan terdapatnya beberapa perbezaan berbanding teori yang dikemukakan oleh Freud. Antara perbezaan tersebut adalah Freud menyatakan seks mempengaruhi personaliti manusia dan perlakuan neurotik adalah kesan kekecewaan pada kehendak seks yang tidak dipenuhi namun Jung tidak menafikan pengaruh seks tersebut. Walaupun begitu Jung memberi penjelasan yang mendalam tentang libido sebagai tenaga yang membentuk personaliti. Libido ialah tenaga psikik dan seks hanya memainkan peranan kecil dalam libido. Pada pendapat Freud manusia dipenjarakan oleh peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa lampau. Manusia adalah mangsa kepada peristiwa-peristiwa tersebut. Jung pula menyatakan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh peristiwaperistiwa yang berlaku dan juga aspirasi kita pada masa hadapan. Pembentukan personaliti seseorang individu bukan sahaja akibat daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa zaman kanak-kanak tetapi juga ramalan-ramalan kejadian ataupun aspirasi kita pada masa depan.

8

Shahabudin & Rohizani (2002) perbezaan hujah yang ketara antara Freud dan Jung berkisar kepada pengalaman bawah sedar. Jung tidak mengurangkan isiisi penting dalam huraian Freud mengenai pengalaman bawah sedar seperti dilakukan oleh setengah-setengah pengkritik teori personaliti. Jung memberi penekanan yang panjang lebar mengenai perkara tersebut. Beliau menambahkan dua dimensi baru iaitu pengalaman warisan dan pengalaman pramanusia. Maksudnya, Sigmund Freud menimbulkan faktor-faktor phylogenetic sebagai faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti iaitu pengaruh pengalaman primal yang bersifat keturunan. Jung memasukkan unsur pengalaman bawah sedar sebagai sistem asas dalam pembentukan personaliti individu. Untuk memantapkan hujahan beliau mengenai pembentukan personaliti manusia, kombinasi idea-idea daripada bidang ilmu yang lain seperti bidang sejarah, mitologi, keagamaan dan antropologi digabungjalinkan dalam hujahan beliau.

4.0 KESIMPULAN

Walaupun Carl Jung membangunkan teori yang baru dan pada dasarnya bersetuju ataupun menentang pandangan Freud dalam teori yang dikemukakan Jung sebenarnya tetap berhutang dengan Freud. Engler dalam Shahabudin dan Rohizani (2002), adalah sukar untuk membangunkan teori personaliti yang baru tanpa memahami terlebih dahulu teori personaliti yang dikemukakan oleh Freud. Sistem personaliti yang disuburkan oleh Freud perlu didalami, bukan sahaja kerana aspek pensejarahannya, tetapi juga pengaruhnya yang masih hangat hingga ke hari

9

ini. Walaupun teori Freud kelihatan terlalu abstrak dan sukar diterapkan dalam dunia nyata namun sumbangannya perlu dihargai dalam aspek kefahaman yang diberikan kepada kita tentang dinamika-dinamika yang sering berinteraksi dalam jiwa kita sehingga membawa kepada kerisauan. Peringkat-peringkat perkembangan personaliti dan masalahmasalah yang berkaitan dengannya dan sifat semula jadi manusia yang sering didorong oleh nafsu semata-mata tidak dapat disangkalkan. Sebagai teori yang menjadi pelopor kepada teori-teori psikologi yang lain adalah wajar untuk diterima kerana teori yang lahir dahulu semestinya mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan sumbangannya yang begitu besar dalam era perkembangan personaliti dan ilmu psikologi di dunia ini. Teori yang dikemukakan oleh Carl Jung sudah tentulah lebih kompleks daripada yang dipelopori oleh Freud. Terdapat pelbagai penambahbaikan daripada apa yang telah dikemukakan oleh Freud. Saya melihat hanya terdapat sedikit sahaja perbezaan seperti yang telah dinyatakan di atas antara kedua-dua teori ini selebihnya hanyalah penambaikan dan perluasan teori yang dibuat Jung tentang apa yang telah dikemukakan oleh Freud dalam sumbangannya terhadap Teori Psikodinamik ini.

10

RUJUKAN Andrew Barrows. Carl Jung. Diperoleh September 8, 2008 daripada

http://www.mnsu.edu/emuseum/information/biography/fghij/jung_carl.html Amir Awang .(1987). Teori dan Amalan Psikoterapi. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia. Schultz Duane P. (2001). Theories of personality. Belmont : Wadsworth Thomson Learning

11

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->