P. 1
MODUL E4160 UNIT 6 MASUKAN/KELUARAN DAN PERANTARAMUKA

MODUL E4160 UNIT 6 MASUKAN/KELUARAN DAN PERANTARAMUKA

|Views: 2,845|Likes:
MASUKAN DAN KELUARAN
MASUKAN DAN KELUARAN

More info:

Published by: RAJA ARIF SHAH BIN RAJA OSMAN on Oct 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/23/2013

pdf

text

original

BAB 6.0 : MASUKAN/KELUARAN DAN PERANTARAMUKA 6.

1 Pengenalan

Di dalam sistem komputer mikropemproses akan berhubung (berantaramuka) dengan Ingatan Utama (RAM dan ROM) dan peranti luaran (I/O devices @ peranti persisian (peripheral devices) seperti keyboard, printer, relay dan seven segment display. Antara operasi yang terlibat ialah operasi menulis dan membaca dari ingatan utama, menulis dan membaca dari peranti luar, sampukan dan reset. Bagi membolehkan mikropemproses berhubung dengan peranti luar pengantaramukaan (interfacing ) diperlukan. Pengantaramukaan penting untuk mengatasi ketidakserasian di antara dua alat yang ingin disambungkan. Antara faktor-faktor yang menyebabkan ketidakserasian ialah : (i) pemasaan bagi pemindahan data (ii) spesifikasi kedua-dua peranti yang dihubungkan 6.2 • Kaedah Pemindahan Data tiga cara asas yang digunakan untuk pemindahan data dari sesuatu peranti persisian :

(i) Tinjauan (polling)
- Kaedah di mana mikropemproses memeriksa keadaan peranti I/O terlebih dahulu samada ia bersedia menerima arahan daripada mikropemproses

(ii) Sampukan (interrupt)
Sampukan ialah isyarat yang akan menyebabkan mikropemproses berhenti melaksanakan operasi/jujukan biasa lalu melaksanakan operasi sampukan - Terdiri daripada : a. sampukan perisian berlaku dengan menggunakan arahan melalui aturcara b. sampukan perkakasan berlaku apabila talian/pin sampukan pada mikropemproses diberi logik tinggi jenis-jenis isyarat sampukan : a. Sampukan bertopeng (maskable interrupt) Isyarat sampukan yang akan diterima atau tidak oleh pemproses -

o o

-

o

o

b. Sampukan tidak bertopeng (nonmaskable interrupt) Isyarat sampukan yang mesti diterima oleh pemproses kebaikan sampukan : a. benarkan peranti luar menyampuk pemproses supaya melaksanakan sampukan b. menjimatkan masa dan kos kerana sampukan dilakukan hanya apabila pemproses menerima isyarat sampukan bagaimana sampukan dilayan : a. apabila pemproses menerima isyarat sampukan, ia akan menyudahkan operasi kitaran terakhir sebelum melayan isyarat sampukan b. kandungan PC dan daftar-daftar akan disimpan dalam tindanan secara LIFO (last in first out). PC sekarang memegang alamat permulaan bagi jujukan sampukan lalu pemproses akan melaksanakan jujukan sampukan tersebut

-

1

-

c. selepas menyelesaikan jujukan sampukan, PC akan diisi semula dengan kandungan PC dan daftar-daftar yang telah disimpan di dalam tindanan d. pemproses kembali melaksanakan operasi program utama apakah yang akan berlaku apabila pemproses tiba-tiba menerima sampukan kedua yang lebih tinggi? a. Sekiranya ketika pemproses sedang melaksanakan jujukan sampukan, tiba-tiba berlaku sampukan kedua yang lebih tinggi keutamaannya, maka pemproses akan berhenti melaksanakan jujukan sampukan pertama. Kandungan PC jujukan sampukan ini akan disimpan dalam tindanan b. Mikropemproses akan melaksanakan jujukan sampukan kedua. Setelah selesai ia akan kembali melaksanakan jujukan pertama tadi. c. Sekiranya sampukan kedua lebih rendah keutamaannya berbanding sampukan pertama, maka sampukan kedua tidak akan dilayan

(iii) Ingatan capaian terus (Direct Memory Access) teknik pemindahan data dari memori komputer ke peranti luar tanpa melalui CPU dahulu - cara ini tidak memerlukan proses capaian data dan gelung arahan untuk memanggil setiap byte data - bas-bas data digunakan untuk memindahkan data antara memori dan peranti luar, tetapi menggunakan pengawal istimewa dipanggil DMA Controller (menggantikan CPU semasa proses pemindahan data berjalan) - peranti luar menggunakan sampukan untuk memberitahu DMA jika terdapat data yang hendak dipindahkan - teknik ini biasanya digunakan untuk pengantaramuka cakera keras di mana perhubungan data adalah pada keadaan terus 6.3 Perantaramukaan

6.3.1 Konsep Pengantaramukaan Mikrokomputer terdiri daripada CPU, memori dan I/O port. I/O port berfungsi mengawal pergerakan data antara komputer dan peranti persisian (peripherals devices) seperti keyboard, switches, display lamps, pen plotter, penukar analog ke digit converter (ADC) dan penukar digit ke analog (DAC) • Fungsi asas pengantaramukaan adalah untuk menyelaraskan pengaliran data antara pemproses dengan peranti persisian • Kombinasi Fungsi Antaramuka / Ciri –Ciri Pengantaramuka (i) Memberitahu status peranti I/O kepada CPU (ii) Mempunyai kebolehan sampukan (iii) Mengisyarat kepada CPU apabila tamat pengendalian I/O atau ralat (iv) Mengalir suruhan CPU ke peranti I/O (v) Menyedia storan sementara untuk data yang dihantar ke peranti I/O dari komputer dan sebaliknya. •

2

CPU

Keyboard interface

Abcdefghijklmnopqr stuvwxyz012345678 9

CRT display

interface
LED display

monitor

interface

88

Rajah 6.1 : Pengantaramuka dengan Peranti Persisian 6.3.2 Penghantaran data secara sesiri


Data binari dihantar melalui satu talian, satu bit setiap masa. Penghantaran data adalah lambat Biasanya digunakan bagi penghantaran data jarak jauh, contohnya apabila mikrokomputer perlu disambung kepada peranti persisian melalui talian telefon

Komputer A

Komputer B

Rajah 6.2 : Penghantaran data secara sesiri 6.3.3 Penghantaran data secara selari Setiap bit data mempunyai talian berasingan dan kesemua bit dihantar secara serentak Perpindahan data adalah segerak iaitu samada dalam bentuk byte, word atau longword Penghantaran data adalah lebih cepat Biasanya digunakan apabila kelajuan adalah penting Kaedah penghantaran selari digunakan bagi penghantaran data did lam komputer iaitu di antara: CPU dan memory CPU dan I/O devices Memory dan I/O devices (i) (ii) Keburukan Kos yang tinggi disebabkan banyak wayar dan daftar-daftar Terjana ‘noise’ (gangguan) jika penghantaran selari digunakan di antara komputer atau di antara komputer dengan peranti persisian • • • • • •

)

Komputer A

Komputer B

Rajah 6.3 : Penghantaran data secara selari 6.3.4 Cip pengantaramukaan sesiri

3

• • •

Dua contoh cip pengantaramukaan sesiri : ACIA (Asynchronous Communication Interface Adapter) dan UART (Universal Asynchronous Receiver Transmitter) ACIA merupakan pengkalan data siri dimana ia berfungsi sebagai pengantaramuka di antara data siri dan selari Data yang masuk ke ACIA adalah secara siri. Data ini akan disimpan di dalam daftar data sebelumnya dihantar secara serentak secara selari. Ini ditunjukkan seperti Rajah 6.4 data masukan sesiri

1

1

0

0

0

1

0

1

data masukan selari Rajah 6.4 : Masukan dan keluaran data ACIA • • • Dalam sistem komputer, ACIA diperlukan apabila isyarat dari peranti persisian adalah jenis siri. Oleh kerana pergerakan data dalam sistem mikropemproses adalah selari maka isyarat yang masuk ini perlulah ditukar ke bentuk selari sebelum diproses oleh CPU Begitu juga sebaliknya, jika data dihantar dari mikropemproses ke peranti persisian maka data tersebut akan ditukarkan dari selari ke sesiri Modem digunakan bagi menghantar atau menerima data dari talian telefon

Komputer

UART

Peranti Keluaran

Rajah 6.5 : Masukan dan keluaran data UART 6.3.5 Cip Pengantaramukaan Selari • Dua contoh cip pengantaramukaan selari ialah PIA (Peripheral Interface Adapter) dan PPI (Programmable Peripheral Interface) PIA digunakan bagi mengantaramukaan peranti persisian dengan CPU secara selari melalui data bus (contohnya 8 bit data bus) Ke semua talian data yang digunakan boleh diprogramkan sebagai masukan atau keluaran Contoh : PIA digunakan untuk perantaramuka peranti I/O dengan CPU


• •

Port A (output)

CPU

RAM

ROM

PIA

Port B (input)

Rajah 6.6 : PIA dalam sistem komputer • PIA 6821 - terdiri daripada dua bahagian iaitu ‘CPU side” dan “peripheral side”

4

-

-

-

CPU dan PIA dihubung oleh bas data, bas alamat dan bas kawalan 8 talian bas data dwiarah (bidirectional) D0 – D7 membenarkan data dihantar di antara CPU dan PIA PIA terdiri daripada dua pangkalan iaitu pangkalan A dan B (Port A dan Port B) Tiap-tiap pangkalan mengandungi 8 talian bas data (PA0 – PA& dan PB0 – PB7) yang boleh diaturcara menjadi input atau output PIA terkandung 6 daftar di dalamnya : (i) 2 daftar data (DRA dan DRB) (ii) 2 daftar arah daftar (DDRA dan DDRB) DDR menentukan samada pangkalan bertindak sebagai input atau output (iii) 2 daftar kawalan (CRA dan CRB)

6.3.6 Penukar analog ke digital (ADC) dan digital ke analog (DAC) (i) ADC - Mengubah nilai analog dari dunia luar kepada bentuk yang boleh diproses oleh komputer - Menerima masukan berbentuk bezaupaya elektrik dan menukarkan nilai kepada digit perduaan - Dua masukan : voltan masukan dan voltan rujukan - Keluaran adalah talian digit (nilai voltan yang telah ditukar) (ii) DAC Menukar data daripada komputer menjadi nilai analog Menerima masukan berdigit (perduaan) dan menukarkannya kepada keluaran arus elektrik Dua masukan : talian data dari CPU dan voltan rujukan

6.3.7 Penyambung RS-232

-

kabel ringkas yang menghubungkan komputer kepada peranti luar menggunakan piawaian RS-232 tetikus, papan kekunci dan peranti-peranti lain juga boleh disambung menggunakan kabel RS-232 (teknologi lama) Piawaian RS-232 merupakan penyambung 25-pin taip-D, yang biasa digunakan dalam penghantaran sesiri Kebanyakan perekabentuk komputer peribadi memilih untuk menggunakan hanya sebahagian sahaja daripada kesemua pin-pin piawaian yang ada Kelajuan penghantaran data melalui kadel RS-232 secara formalnya terhad kepada 20,000 bit persaat Terminologi Perantaramukaan

Jabat tangan (hand-shaking) - persetujuan untuk melaksanakan bersama sesuatu arahan antara pengantaramuka dan peranti luar. Contoh : pencetak yang lambat memerlukan jabat tangan (handshaking) dengan port bersiri bagi menyatakan bahawa penghantaran data perlu dihentikan dahulu agar pencetak dapat menerimanya mengikut susunan yang betul Bit Henti - bit yang akan dihantar pada penamat setiap bait yang dihantar untuk membolehkan penerimaan isyarat alatan untuk disegerakkan. Peranti elektrik biasanya menggunakan satu bit berhenti.

5

Bit Pariti - bit yang dihantar sekali untuk mengesan kesilapan dalam penghantaran Kelajuan pengantaramuka - satu bit kelajuan dari satu peranti kepada yang lain dalam bit persaat (bit/s)

6

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->