You are on page 1of 51

Panduan Mencetak Tshirt

Menggunakan Teknik Silk Screen

Penulis
Idham Effendi Abd Wahab
Pernyataan Hakcipta:
Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian Ebook ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak Cetaktshirt.com.
Pihak Kami boleh mengambil tindakan tegas melalui saluran undang-undang
jika didapati anda melanggar hakcipta ini.

Penafian Penulisan:
Pihak penerbit (penulis) berusaha sedaya upaya memastikan buku (Ebook)
yang diterbit ini mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti daripada
segi subjek yang dibincangkan. Penerbit Ebook ini tidak boleh dianggap
memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat profesional
yang lain kepada pembaca. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan,
sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional daripada pakar yang
berkelayakan.

Bantuan Teknikal:
Segala permasalahan teknikal anda ketika melakukan teknik yang diberikan
didalam Ebook ini haruslah di hantar ke idhamtshirt@gmail.com

Kandungan
Pengenalan
Teknik Cetakan Silk Screen
Jaring Sutera
Bingkai Blok
Cara-cara Menyediakan Bingkai Blok
Memasang Jaring Sutera
Saiz Bingkai Blok
Squeege
Teknik Stensil
Cara Memotong Corak
Teknik Photo Emulsion
Apa Itu Photo Emulsion
Emulsion bancuhan untuk setiap kali kegunaan

1
Cara Menanggalkan Photo Emulsion
Menampal Emulsion Yang Berlubang
Menampal Selotape
Dye ( Bahan Pewarna)
TC Dye
Rubberise FD
Emboss Dye
Florecents Dye
Proses Mencetak
Kaedah Penyediaan Pencetakkan
Meja Cetak
Teknik Meletak Blok Pada T-shirt
Cara Mencetak
Mencuci Blok
Seterika
Kemahiran Membancuh Warna

2
Pengenalan
Mencetak menggunakan teknik Silk Screen adalah satu teknik yang telah lama
digunakan sebelum terciptanya mesin cetak yang moden. Walaupun sekarang
sudah ada mesin cetak yang moden, tetapi teknik ini masih lagi digunakan
secara meluas kerana ia adalah kaedah yang jauh lebih murah dan amat
sesuai bagi usahawan kecil yang ingin mula menceburi bidang pencetakkan t-
shirt. Malah ia juga boleh digunakan sebagai hobi sahaja. Teknik Silk Screen ini
bukan sahaja boleh digunakan untuk mencetak t-shirt sahaja malah ia boleh
digunakan diatas bahan lain seperti mug, papan tanda, banner, tuala, kulit,
dan bahan lain yang berkesesuaian.

Proses cetakan Silk Screen pada t-shirt adalah mudah tetapi memerlukan
ketelitian dan sedikit panduan supaya hasil yang diperolehi adalah berkualiti.
Bagi yang berniat untuk menjadikan ia sebagai perniagaan, ia memang suatu
perniagaan yang menguntungkan malah ia boleh dikembangkan sehingga
mendapat hasil yang berlipat ganda. Perlu saya ingatkan supaya jangan putus
asa, kerana percubaan awal mungkin mengecewakan (berdasarkan
pengalaman saya) tetapi ia tidak lama, hanya dalam masa tidak sampai
seminggu, saya sudah boleh menjual hasil cetakkan t-shirt saya!. Di saat itu
anda akan merasa sendiri kepuasan di atas hasil usaha anda sendiri.

Teknik Cetakan Silk Screen


3
Sebenarnya terdapat dua kaedah mencetak pada t-shirt iaitu mencetak
dengan mengunakan photo emulsion dan dengan menggunakan kaedah
stensil. Kaedah stensil adalah kaedah yang mudah dan murah tetapi ada
kelemahannya dan saya akan terangkan lebih lanjut pada bab seterusnya.

Sebelum mencetak menggunakan photo emulsion, perkara asas terpenting


yang perlu anda ketahui adalah cara mengendalikan jaring sutera (silk screen)
dan memasang bingkai blok. Tekniknya adalah mudah tetapi anda perlu
melakukannya dengan teliti dan ikuti nasihat dan tips yang saya berikan.

Sebelum memulakan proses memasang jaring sutera kepada bingkai blok,


anda perlu menyediakan peralatan-peralatan asas berikut:
1. Jaring Sutera
2. Kayu bersaiz 2”x1” (panjang 16”)
3. Kayu bersaiz 2”x1” (panjang 12”)
4. Stepler Gun
5. Pisau
6. Paku dan penukul (hammer)
7. Gam kayu

Jaring Sutera
Terdapat pelbagai jenis jaring sutera yang ada dipasaran sekarang, antaranya
Swiss Balting Cloth, American Silk, Japanese Silk, Swiss Taffena, Nylon, dan
Vinyon Silk. Walaubagaimanapun beberapa perkara perlu diberi perhatian di
dalam menentukan jenis jaring sutera yang hendak digunakan.

Jaring sutera yang baik adalah lebih halus, lembut, dan apabila diregangkan
pada regangan yang kuat ia tidak akan koyak. Jaring sutera yang lain boleh
juga digunakan untuk pencetak t-shirt yang baru belajar dan ia boleh
digunakan masih boleh menghasilkan cetakkan yang baik. Hanya ia berbeza

4
dari segi harganya. Jaring sutera yang halus tentu lebih mahal harganya dan ia
digunapakai oleh pengusaha pencetakkan t-shirt yang mengutamakan kualiti
cetakkan yang tinggi.
Jaring sutera dikeluarkan dalam beberapa gred. Grednya ditentukan melalui
bilangan benangnya di dalam 1” persegi. Contohnya ialah TG 800, TG 1000 dan
TG 1200. Ini bermakna lebih tinggi gred adalah lebih baik, halus dan lebil mahal
harganya.

TG 800 Jaringnya agak kasar dan jarang digunakan oleh pencetak-pencetak


profesional tetapi ia sesuai untuk Teknik Stensil.

TG 1000 Ia lebih baik dari TG 800. Kehalusannya sederhana dan boleh


digunakan pada teknik photo Emulsian (akan diterangkan nanti). Untuk imej
yang besar atau kasar, jaring ini sesuai digunakan.

TG 1200 Jaring ini paling popular digunakan di dalam industri percetakkan t-


shirt. Sangat sesuai digunakan pada teknik Photo Emulsion. Hasilnya sangat
bermutu tinggi terutama imej yang halus.

Bingkai Blok
Bingkai blok berbentuk 4 segi yang diperbuat daripada kayu berketebalan
2”x1”. Pemasangan kayu yang baik adalah penting supaya ian tidak
mengeleding apabila jaring sutera diregangkan pada bingkai. Kayu pula
hendaklah dipastikan kualitinya supaya blok digunakan adalah rata dan tidak
mengeleding, senget dan tertanggal.

Ada juga pengusaha kedai yang menjual bingkai blok yang siap dipasang
dengan jaring sutera (ready made). Tetapi untuk menjadi seorang pencetak t-
shirt yang profesional anda perlu tahu untuk memasangnya sendiri kerana ia
kan menjimatkan kos anda.

5
Contoh Bingkai Blok

Saiz panjang dan lebar bingkai blok adalah bergantung kepada saiz imej yang
hendak dicetak. Jika imej yang hendak dicetak adalah kecil, maka bingkai
yang kecil digunakan untuk penjimatan. Saiz bingkai yang biasa digunakan
adalah 18’x13’. Saiz ini biasanya akan dapat menjangkau keseluruhan ruang t-
shirt.

Cara-cara Menyediakan Bingkai Blok


Untuk membuat sebuat bingkai blok bersaiz sederhana, anda perlu
menyediakan beberapa bahan seperti berikut:
1. 2 batang kayu bersaiz 2”x1”, panjang 16”
2. 2 batang kayu bersaiz 2’x1” , panjang 12”
3. Gam kayu
4. Paku dan penukul

Langkah 1
Setiap hujung tepi kayu yang hendak disambung perlulah di gam terlebih
dahulu dan biarkan ia kering terlebih dahulu. Proses ini penting kerana apabila
ia dipakukan, ia akan memastikan ketepatan sambungan kayu tersebut dan
tidak lari daripada kedudukkan yang dikehendaki.

6
Setiap Tepi Hujung Diletak Gam Kayu dan Dibiarkan Kering

Langkah 2
Apabila gam sudah kering maka bolehlah diasambungkan sesemua kayu
tersebut menjadi empat segi panjang. Teknik penindihan kayu bergantung
kepada anda. Disini saya cadangan 2 teknik penindihan kayu:

Apa pun teknik yang digunakan, pastikan kayu yang dipasang berada dalam
keadaan kukuh.

Langkah 3
Setelah semua kayu disambungkan ia akan berbentuk empat segi panjang.
Maka mulalah dilakukan proses terakhir iaitu memaku hujung kayu. Gunakan
paku bersaiz 2”.

Pastikan bingkai blok anda tidak mengeleding. Sila letakkan pada permukaan
yang rata untuk memastikan blok anda sempurna. Blok yang tidak rata akan
menjejaskan kualiti cetakkan.

Apabila bingkai blok anda sudah sempurna, maka proses seterusnya adalah
memasang jaring sutera pada bingkai blok.
7
Memasang Jaring Sutera
Bingkai blok mestilah dipasang dengan jaring sutera. Jaring sutera yang
dipasang mestilah berkeadaan tegang dan kemas. Sebelum memasang jaring
sutera, sila sediakan 2 peralatan asas iaitu:

1. Stepler Gun
2. Pisau atau gunting

Potong jaring sutera lebih besar sedikit darpada keluasan saiz bingkai blok.
Jaring sutera mesti lebih kurang 2” atau 3” lebih daripada bingkai blok kerana
jaring sutera tersebut akan diregangkan dan di-stepler-kan.

8
Untuk memudahkan anda memahami, kita namakan setiap bahagian kayu
dengan A, B, C, dan D.

Langkah 1
Tegakkan blok itu kemudian dengan menggunakan stepler gun, stepler-kan
pada bahagian A. Mulakan dahulu pada bahagian tengah kayu kemudian
barulah di-stepler-kan sepanjang kayu dengan jarak lebih kurang 2”. Stepler
perlulah dalam keadaan senget sedikit seperti dalam gambarajah di bawah.

Langkah 2
Lakukan kaedah yang sama pada bahagian B pula. Pada bahagian in, jaring
sutera perlu ditarik hingga regangan yang maksima. Pastikan jaring sutera
benar-benar tegang dan sekata. Perlu diingatkan, jika jaring sutera ditarik
terlaku kuat ia akan koyak atau merekah. Oleh itu perlu berhati-hati ketika
menarik jaring sutera. Pastikan hanya ia menegang pada regangan yang perlu
sahaja.

Langkah 3

9
Lakukan kaedah yang sama pada bahagian C dan seterusnya pada bahagian
D. Untuk menguji sama ada ia menegang dengan baik sila jentik sedikit pada
jaring sutera dan ia akan berbunyi seperti gendang. Jaring sutera yang tidak
dipasang dengan baik berkeadaan beralun dan akan menjejaskan sedikit
kualiti cetakkan

Maka terhasillah sebuah bingkai blok dan ia boleh digunakan untuk mencetak
diatas t-shirt. Bingkai blok bersama jaring sutera ini boleh digunakan dengan
menggunakan teknik stensil atau photo emulsian dan ia boleh digunakan
berulangkan kali. Cara penggunaan dan penjagaan blok akan diterangkan di
dalam topik yang berikutnya.

Apabila ia telah siap, buangkan lebihan jaring sutera di bahagian sisi blok
dengan cutter atau gunting.

Saiz Bingkai Blok


Saiz yang biasa saya gunakan berbeza-beza bergantung kepada imej yang
hendak dicetak.
1. 18”x14” panjang - paling besar
2. 13”x11” panjang - sederhana
3. 8”x10” panjang – paling kecil

10
Saiz blok sebenarnya bergantung kepada keperluan anda. Anda boleh
mengubahnya mengikut keperluan dan keselesaan. Harus diingat saiz tersebut
haruslah besar sedikit daripada panjang squeege yang hendak digunakan.
Pastikan squeege boleh muat di dalam blok.

Squeege
Squeege adalah penyapu dye yang digunakan ketika menyapu dye di atas
photo emulsion. Ia diperbuat daripada getah yang berbentuk tirus tajam dan
bahagian pemegangnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pelbagai
saiz dan saiznya dibezakan pada panjang squeege. Saiz squeege yang biasa
saya gunakan adalah 5”, 8” dan 12”.

Squeege boleh didapati dipasaran dengan harga yang murah. Gambar di


bawah adalah contoh squeege yang pelbagai saiz.

11
Teknik Stensil
Teknik stensil adalah suatu proses pencetakkan dengan hanya menggunakan
kertas untuk membentuk imej yang hendak dihasilkan. Ia adalah teknik yang
murah tetapi memerlukan ketelitian kesabaran. Walaubagaimanapun tidak
semua imej boleh menggunakan teknik ini. Bagi corak yang halus dan rumit
tidak boleh sama sekali menggunakan teknik stensil.

Teknik stensil hanya boleh digunakan bagi imej yang besar dan mudah. Teknik
ini memerlukan sebilah pisau yang tajam. Terdapat dua jenis pisau yang biasa
digunakan melaui kaedah ini. Iaitu cutter dan swivel cutting

Berikut adalah contoh corak atau imej yang boleh menggunakan kaedah
stensil:

Berikut adalah contoh corak atau imej yang tidak boleh menggunakan kaedah
stensil:

12
Teknik stensil memerlukan kita memotong sepanjang tepi imej yang hendak
dicetak. Oleh sebab itu adalah mustahil untuk kita memotong untuk imej yang
halus. Jika anda lakukan juga untuk imej yang halus, kertas tersebut akan putus
kerana lembab.

Kaedah ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja. Apabila sudah digunakan
kertas tersebut tidak boleh digunakan lagi. Ia berbeza dengan teknik photo
emulsion dimana ia boleh digunakan berulang kali. Jika anda ingin mencetak
menggunakan teknik stensil lebih dua kali, anda terpaksa memotong imej yang
digunakan sebanyak mana yang anda perlukan kerana ia adalah kaedah
pakai dan buang.

Kertas yang digunakan perlu diberi perhatian kerana jika anda menggunakan
kertas yang agak nipis ia mudah terkoyak. Tetapi jangan pula anda
menggunakan kertas yang terlalu tebal.

Cara Memotong Corak

13
Selepas proses melukis dan memotong selesai, kertas yang dipotong itu
hendaklah dilekatkan diatas permukaan blok dengan menggunakan gam
sembur (Spray mount). Jika anda tiada spray mount, anda boleh juga
menggunakan glue stick. Pelekat sebegini digunakan kerana kita memerlukan
pelekat yang boleh ditanggal, bukan pelekat kekal yang lain.

Ketika anda menyembur gam atau meletakkan glue stick ke atas kertas,
pastikan gam tersebut kena pada seluruh bahagian kertas terutama di tepi
potongan dan di tepi kertas.

Jangan lupa kertas tiga segi dibahagian tengah huruf A itu, ia juga perlu
diletakkan gam dan ditampal atas blok pada kedudukkan asalnya. Ketika
menampal serpihan itu, pastikan ia berada pada kedudukkan yang tepat
supaya ia tidak mencacatkan rupabentuk imej cetakkan.

14
Maka anda sudah berjaya menyiapkan blok untuk mencetak t-shirt. Ia umpama
acuan untuk menghasil corak yang kita kehendaki. Selepas ini anda perlu tahu
cara-cara menyapu dye pada t-shirt. Sebelum itu, saya akan terangkan pula
teknik menyediakan bingkai blok menggunakan teknik photo emulsion.

Teknik Photo Emulsion


Teknik ini agak rumit tetapi mudah difahami. Ia adalah teknik yang paling efektif
digunakan oleh pencetak-pencetak profesional. Teknik ini jauh lebih canggih
daripada teknik stensil. Ia boleh mencetak apa sahaja termasuk gambar foto.
Disini saya akan memberi penerangan yang panjang dan detail tentang proses
pencetakkan menggunakan photo emulsion kerana anda perlu memahami
konsep dan bahan-bahan yang diperlukan semasa proses pencetakkan ini.

Modal yang diperlukan tidaklah besar. Jika anda berniat mahu menjadikan
bidang pencetakkan t-shirt sebagai perniagaan kecil-kecilan, anda jangan
takut membelanjakan sejumlah kecil wang sebagai modal. Hasil yang akan
diperolehi sangat lumayan. Hanya bergantung kepada usaha anda.

Apa Itu Photo Emulsion


15
Photo emulsion adalah sejenis bahan kimia berbentuk cecair pekat berwarna
biru dan apabila dibancuh dengan sentisizer ia akan berubah menjadi hijau.
Photo emulsion sangat sensitif kepada cahaya. Cara penyimpanannya perlu
diambil berat. Ia perlu disimpan ditempat gelap selepas digunakan. Ia boleh
juga disimpan di dalam peti sejuk.

Terdapat tiga jenis photo emulsion dalam pelbagai jenama di dalam pasaran.
1. Emulsion bancuhan untuk setiap kali kegunaan
2. Emulsion sekali bancuhan
3. Emulsion terus Guna

Emulsion bancuhan untuk setiap kali kegunaan


Selalunya Emulsion jenis ini adalah buatan tempatan dan harganya tidaklah
terlalu mahal. ia adalah cecair pekat yang berwarna biru dan perlu dibancuh
bersama sentisizer yang berwarna jinga kekuningan.

Sentisizer adalah bahan kimia jingga kekuningan yang akan mengeraskan


photo emulsion. Biasanya ia dijual bersama dengan photo emulsion di dalam
botol kecil. Ia perlu disimpan di dalam bilik gelap.

16
Untuk sebuah blok sederhana besar, nisbah bancuhannya ialah 6 : 1 iaitu 6
bahagian photo emulsion dan 1 bahagian sentisizer. Anda boleh
menggunakan sudu untuk menyukat bancuhan tersebut.

Ketika membancuh bahan-bahan tersebut, sila gunakan bekas yang bersih


dari habuk. Pastikan juga ia adalah bekas yang keras dan sebaik-baiknya
dapatkan bekas yang berwarna hitam. Bekas yang berwarna hitam sekurang-
kurangnya dapat melindunginya daripada cahaya.

Kacau campuran photo emulsion dan sentisizer sehingga ia berubah menjadi


warna hijau. Apabila anda yakin ia sudah sebati, maka ia boleh digunakan.

Perhatian : campuran tersebut biasanya hanya boleh bertahan selama 4 jam


sahaja sebelum ia mengeras. Oleh itu sebaik sahaja campuran itu dihasilkan,
jangan tunggu terlalu lama dan perlu disapu ke atas blok dengan kadar
segera.

Emulsion sekali bancuhan


Emulsion jenis ini adalah keluaran luar negeri. Ia sangat popular dan amat
digemari oleh pencetak-pencetak professional. Ia berwarna ungu atau coklat
muda.

Ia sangat mudah digunakan berbanding dengan Emulsion bancuhan untuk


setiap kali kegunaan. Ia tidak perlu dibancuh dengan sentisizer apabila setiap
kali mahu digunakan. Ia hanya dibancuh sekali sahaja. Ia dipasarkan bersama
dengan botol sebtisizer yang berbentuk serbuk atau cecair ringan.

Sentisizer itu perlu dicampurkan dengan air suam. Kemudian campurkan ia


dengan emulsion dan kacau supaya ia betul-betul sebati. Tutup dengan kemas
dan biarkan ia di dalam peti sejuk selama 24 jam (1hari) supaya tindak balas

17
kimia akan dapat terhasil. Setelah itu bolehlah anda menggunakannya pada
bila-bila masa tanpa mencampurkan dengan sentisizer lagi.

Selepas digunakan, simpan kembali di dalam peti sejuk. Emulsion yang telah
dicampur dengan sentisizer boleh tahan selama 1 hingga 2 bulan manakala
emulsion yang belum dicampur dengan sentisizer dapat bertahan lebih
daripada 1 tahun.

Emulsion guna terus


Emulsion jenis ini adalah keluaran terbaru. Ia diimport dari luar negara dan
jenama yang terkenal ialah DIRASOL 125 buatan Jerman.

Dengan emulsion jenis ini, anda tidak perlu lagi mencampurkannya dengan
sentisizer kera ia telah siap sedia dicampur dengan sentisizer oleh pengeluar.
Anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Ia kelihatan lebih mudah
daripada jenis 1 dan 2. hasilnya kelihatan lebih berkualiti lagi.

Teknik Photo Emulsion


Anda sudah memahami apa itu photo emulsion dan anda juga sudah
memahami kegunaannya. Disamping itu anda sudah tahu bagaimana
menghasilkan blok dengan kaedah stensil. Sekarang tibalah masanya untuk
anda mengetahui proses-proses yang perlu dilalui untuk menghasil sebuah blok
yang menggunakan photo emulsion pula dan seterusnya mencetaknya.
Kaedahnya lebih panjang daripada teknik stensil.

Proses persiapan
1. Membuat reka corak
2. Memasang jaring pada bingkai blok
3. Membancuh photo emulsion

18
Proses penting
1. Menyapukan photo emulsion pada blok
2. Mengeringkan photo emulsion
3. Mendedahkan pada cahaya (expose)
4. Daveloping dan pengeringan

Proses akhir
1. Memasang cover tape
2. Memasang pelapik pada t-shirt
3. Mencetak

Membuat Reka Corak


Pemilihan reka corak yang baik akan menghasilkan t-shirt yang cantik dan
menarik perhatian. Faktor warna, saiz, kesesuaian konsep dan perletakkan perlu
diambil kira dalam proses merekabentuk. Sebenarnya proses merekabentuk
sesuatu corak tidak menjadi suatu masalah yang besar kerana biasanya
pelanggan sudah mempunyai motif yang mereka mahukan sendiri. Anda
hanya perlu menentukan perletakkan dan kesesuaian warna sahaja.

Kemahiran atau bakat melukis tidak diperlukan sangat kerana anda boleh
menggunakan komputer terutama bagi menghasilkan tulisan yang menarik.
Terdapat banyak perisian rekabentuk grafik yang boleh anda gunakan.
Antaranya Adobe Photoshop, Paint, Micromedia Firework dan banyak lagi.

19
Screenshoot Perisian Micromedia Firework 8

Screenshoot Perisian Paint

Anda juga boleh mendapatkan corak-corak menarik yang banyak terdapat di


dalam majalah-majalah design atau seumpamanya. Corak tersebut boleh
anda sunting mengikut citarasa yang dikehendaki. Kaedah lain yang saya
gunapakai ialah dengan mencari di internet. Anda boleh menggunakan
20
Search Engine Google atau Yahoo dalam bahagian image. Ia akan memberi
banyak ilham untuk anda untuk menghasilkan imej yang sesuai.

Tidak dapat dinafikan kemahiran menggunakan komputer terutama perisian


grafik diperlukan didalam proses untuk menyiapkan blok untuk dicetak. Jika
anda tidak mempunyai kemahiran tersebut bolehlah mengupah seseorang
melakukannya. Jika anda ingin menggunakan secara manual juga ia jauh
terlalu lambat dan ketepatannya akan terjejas.

Proses Menyediakan Imej Grafik


Untuk corak yang mempunyai lebih daripada satu warna, maka anda perlu
menyediakan salinan mengikut jumlah warna yang ingin dicetak.

Di atas adalah contoh pengasingan imej mengikut warna yang dikehendaki.


Imej 1 mewakili warna biru. Imej 2 mewakili warna hitam. Imej 3 mewakili warna
kuning.

Setelah melakukan proses pengasingan imej tersebut sila warnakan dengan


warna hitam di atas sehelai kertas. Anda tidak perlu menggunakan kertas
tracing paper. Anda hanya perlu lakukannya diatas kertas biasa sahaja. Anda
tidak perlu lakukan secara manual tetapi boleh lakukan dengan menggunakan
mesin cetak(printer) atau mesin fotokopi.

Jika anda memerlukan imej yang lebih besar daripada saiz A4 anda boleh
fotokopi imej tersebut mengikut saiz yang dikehendaki. Tetapi harus diingat,
hasil imej tersebut hendaklah dipastikan benar-benar hitam.
21
3 warna bermakna 3 blok diperlukan untuk cetakkan. Untuk mencepatkan
proses cetakkan anda boleh sediakan 3 blok secara serentak, tetapi anda
boleh gunakan kembali blok yang telah digunakan berlang kali.

Walaubagaimanapun terdapat imej yang membolehkan anda menggunakan


hanya satu blok sahaja untuk beberapa warna. Ia akan diterangkan kemudian.

Menghasilkan Kertas Lutsinar


Sepatutnya imej tersebut haruslah dipindahkan di atas kertas lutsinar seper
tracing paper atau tracing film. Tetapi saya telah menemui kaedah yang
mudah, murah dan efisyen. Iaitu dengan menyapu kertas dengan minyak
masak.

Proses penyapuan hendak berhati-hati dan tidak terlalu kasar dan pastikan ink
pada kertas benar-benar kering. Sapu dengan menggunakan kain yang bersih
atau bahan yang lembut yang lain.

Hanya sebeberapa ketika sahaja kertas anda sudah menjadi lutsinar dan boleh
terus digunakan walaupun dalam berkeadaan lembab. Anda tidak perlu risau
kerana ia langsung tidak menjejaskan kualiti imej.

22
Selotape
Dalam proses menyediakan imej pada blok, proses expose dan juga mencetak
kita menggunakan selotape lutsinar bersaiz 2” lebar. Penggunaan selotape
sangat perlu dan kita terpaksa menggunakan banyak selotape. Maka dengan
itu anda perlu menyediakan simpanan bekalan selotape yang mencukupi.

Menyapu Photo Emulsion Pada Blok


Anda telah mengetahui bagaimana menyediakan bingkai blok bersama
dengan jaring sutera. Anda juga telah mengetahui bagaimana menyediakan
imej di atas kertas lutsinar. Maka proses seterusnya adalah proses expose
bingkai blok tersebut di bawah cahaya lampu.

Sebelum anda melakukan proses expose anda perlu menyapu photo emulsian
di atas blok dan biarkan ia kering. Setelah ia kering barulah anda boleh
melakukan proses expose. Gambarajah di bawah diharap dapat membantu
anda memahami langkah-langkah proses menyediakan blok sebagai acuan
pencetakkan.

Apabila ketiga-tiga langkah tersebut sudah dilakukan maka anda bolehlah


melakukan proses expose dibawah cahaya lampu florecent. Disini saya akan

23
mengajar anda cara-cara menyapu photo emulsion di atas blok. Ia perlu
dilakukan dengan teknik yang betul dan berhati-hati.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk proses ini adalah


1. bancuhan photo emulsion bersama sentisizer
2. pembaris panjang tebal (ia tidak mudah melentik)

perhatian: pembaris panjang tersebut berukuran 12” atau lebih dan tebal. Ia
digunakan untuk melarik atau menyapu photo emulsion di atas blok. Anda
boleh menggunakan bahan plastik yang seumpamanya asalkan ia tebal
mudah dipegang dan rata.

Sebelum menyapu photo emulsion pada blok, anda perlulah memastikan jaring
sutera yang telah diregangkan itu berada dalam keadaan bersih dan tiada
kotoran. Jika terdapat kotoran basuhkan ia dengan air dan keringkan dengan
pengering rambut pastikan juga tidak terdapat habuk atau rambut yang
melekat pada jaring. Setelah anda pasti tiada sebarang objek yang menutup
jaring sutera, maka bolehlah anda melakukan proses menyapu photo emulsion
pada blok.

Langkah 1
Tuangkan lebih kurang 4 sudu bancuhan photo emulsion di sepanjang tepi
bahagian blok. Sukatannya bergantung kepada saiz blok dan pastikan
sukatannya akan dapat menutupi keseluruhan blok.

24
Langkah 2
Tegakkan blok itu dan sendengkan sedikit. Ambil pembaris dan mula menyapu
emulsion tersebut dari bawah naik ke atas. Saya tidak galakkan anda
menggunakan squeege untuk menyapu emulsion kerana getahnya lembut dan
akan menjadikan masalah kepada ketebalan emulsion.

Langkah 3
Anda akan dapati bahawa photo emulsion yang disapu itu tidak dapat
menutupi keseluruhan ruang pada blok. Anda tidak perlu menambah lagi
photo emulsion. Jangan risau, langkah seterusnya balikkan blok iaitu sebelah
dalam menghadap keluar dan lakukan perkara yang sama iaitu menyapu
photo emulsion dari bawah ke atas.

25
Perhatian: jika terdapat bahagian yang masih tidak menutupi jaring sutera,
jangan tambah lagi photo emulsion tetapi letakkan hanya sedikit di tempat
yang masih berlubang itu dengan menggunakan berus halus. Kemudian
sapukan sekali lagi dengan pembaris tebal sehingga ia benar-benar rata.

Mengeringkan Photo Emulsion


Terdapat pelbagai cara untuk mengeringkan photo emulsion. Teknik
pengeringan bergantung kepada keperluan masa dan bilangan t-shirt yang
hendak dicetak. Berikut adalah teknik yang biasa dilakukan oleh pencetak-
pencetak t-shirt:

1. dengan membiarkannya kering dengan sendiri. Biasanya ia memakan


masa selama 5 hingga 6 jam.
2. mengeringkannya dengan menggunakan pengering rambut. Ia adalah
kaedah yang popular.
3. mengeringkannya di dalam kotak pengering. Teknik ini dilakukan untuk
mengeringkan blok dalam jumlah yang banyak dan memerlukan
sejumlah modal.

Kaedah 1 : mengering dengan sendiri


Cara ini tidak mengeluar apa-apa modal. Ia boleh dilakukan jika anda
mempunyai banyak masa kerana proses pengeringan akan memakan masa
selama 5 hingga 6 jam. Jika anda masih belum mempunyai peralatan yang
26
cukup, bolehlah melakukan kaedah ini. Lakukan kaedah ini di dalam bilik yang
betul-betul gelap. Pastikan kawasan pengeringan bebas daripada habuk.
Lindungi blok anda kerana habuk dan rambut amat mudah melekat pada
blok.

Kaedah 2 : mengering dengan menggunakan pengering rambut.


Cara ini amat digemari oleh pencetak-pencetak profesional secara kecil-
kecilan kerana ia pantas. Ia tidak memerlukan modal yang besar.

Kaedah 3 : mengering di dalam kotak pengering


Teknik ini lebih profesional dan memerlukan modal yang agak besar. Ia biasa
digunakan oleh pengeluar t-shirt bercetak yang menjalankan perkhidmatan
mencetak t-shirt dalam bilangan yang besar. Ia adalah kaedah yang pantas
dan malah dapat mengeringkan bilangan blok yang banyak secara serentak.
gambarajah di bawah adalah gambaran asas tentang penggunaan kaedah
ini.

27
Menentukan Blok Benar-benar Kering
Semasa emulsion basah ia kelihatan seperti agar-agar dan berkilat seperti
cermin. Manakala tanda-tanda yang menunjukkan emulsion sudah kering
adalah ianya sedikit pudar dan sedikit lutsinar dan apabila menyentuhnya, ia
terasa tegang seperti gendang dan tidak melekit.

Proses Expose (mendedahkan pada cahaya)


Emulsion yang sudah dipastikan kering akan di-expose bersama lukisan imej
lutsinar tadi. Proses dan konsep expose perlu difahami dengan betul.

Gambarajah dibawah adalah suatu gambaran mudah untuk menerangkan


tentang konsep expose.

Konsep expose adalah cahaya akan mengenai kertas lutsinar. Kemudian ia


akan menembusi kertas tersebut dan terus ke atas blok. Cahaya yang di halang
oleh dakwat hitam tidak akan terkena kepada photo emulsion. Photo emulsion
yang didedahkan kepada cahaya dalam jangkamasa tertentu akan
mengeras. Jadi, photo emulsion yang tidak mengenai cahaya tidak akan

28
mengeras dan akan tertanggal apabila dibasuh dengan air. Maka terhasil imej
yang dikendaki.

Di dalam proses sebenar expose ini, kita memerlukan meja expose yang boleh
dibuat sendiri. Cahaya akan diletakkan di bahagian bawah dan blok di
bahagian atas.

Membina Meja Expose


Meja expose adalah sebuah kotak besar yang diperbuat daripada kayu yang
digunakan untuk proses expose. Meja expose mempunyai lampu florecent di
bahagian dalam dan cermin lutsinar di bahagian atas.

Anda tidak perlu risau jika anda tidak tahu menukang. Anda boleh mengupah
orang untuk melakukannya. (seperti yang saya lakukan). Anda hanya perlu
menentukan spesifikasi yang anda perlukan sahaja.

29
Cara- cara membuat meja expose
Buat satu kotak plywood empat segi dalam ukuran;
tinggi : 2 kaki
panjang : 2 kaki 4 inci
lebar : 1 kaki 6 inci

Plywood itu hendaklah dicat dibahagian dalam dengan warna hitam supaya
cahaya dapat menumpu terus ke bahagian cermin
Dibahagian atas diletakkan cermin lutsinar yang sederhana tebal.

Di dalam meja expose tersebut dipasang dua batang lampu florecent .


(florecent light). Yang bersaiz pendek ( 2 kaki)

30
Jarak antara cermin dan lampu adalah penting. Jika jarak lampu terlalu jauh
maka proses pengerasan photo emulsion akan menjadi lama. Jika lampu terlalu
dekat, photo emulsion akan menjadi terlalu keras dan sukar untuk ditanggalkan.
Disini saya mencadangkan jarak yang sesuai adalah antara 6 hingga 8 inci.
Untuk mendapat jarak yang paling efektif adalah dengan menggunakan
kaedah try and error. anda terpaksa melakukannya berulang kali untuk
mendapatkan hasil yang berkualiti.

Pasangkan suiz lampu di luar meja . anda boleh mengubah rekabentuk meja
mengikut kesesuaikan dan kreativiti anda.

Proses Expose (pendedahan)


Apabila anda sudah berjaya menyiapkan meja expose maka anda bolehlah
melakukan proses expose.

Ambil kertas lutsinar yang anda telah lukis dan hitamkan tadi dan lekatkan
pada cermin meja expose dengan menggunakan selote. Biasanya apabila

31
kertas tersebut dalam keadaan lembab kerana minyak, ia tiada masalah untuk
melekat rapat dengan cermin expose.

Perhatian: jangan terbalikkan kertas anda. Pastikan ia tidak senget. Pastikan ia


benar-benar rapat dengat cermin.

Ambil blok yang telah anda sapu dengan photo emulsion tadi dan letakkan di
atas kertas lutsinar itu tadi.

32
Letakkan objek yang berat dan rata di atas blok contohnya buku berat atau
bata. Pastikan ia dapat mengenai seluruh imej. Proses ini bertujuan supaya imej
yang hendak di-expose benar-benar rapat. Ini penting supaya imej yang
terhasil akan jelas dan tepat.

Buku berat atau bata sebenarnya berfungsi sebagai medium untuk menghimpit
rapat kertas dan blok. Jadi, tepian imej tidak akan merekah dan jelas. Anda
boleh letakkan apa sahaja asalkan ia berfungsi sebagai pemberat tetapi
pastikan ia objek yang rata.

Setelah dipastikan semuanya dalam keadaan sempurna barulah dipasangkan


lampu. Semasa memasang lampu anda perlu setkan jangka masa yang
diperlukan.

Jangkamasa Expose

33
Jangkamasa yang betul dan tepat akan menghasilkan blok yang bermutu
tinggi. Jangka masa expose sebenarnya tidak dapat dipastikan ketepatannya
kerana ia bergantung kepada banyak faktor. Oleh itu, jangkamasa expose
anda berkemungkinan berlainan daripada jangkamasa expose saya. Anda
perlu menentukannya secara berulang-kali untuk mendapatkan jangkamasa
yang tepat.

Pelbagai faktor yang menentukan jangkamasa expose. Antara faktor tersebut


adalah:
1. kuasa lampu – jika lampu tersebut mempunyai kuasa yang tinggi ia akan
mencepatkan proses pengerasan photo emulsion

2. ketebalan emulsion – emulsion yang nipis dan sekata akan mengeras


dengan lebih cepat. Anda perlu konsisten terhadap ketebalan photo
emulsion yang di sapu pada blok.

3. jarak lampu – lampu yang dekat akan mengeraskan photo emulsion


dengan lebih cepat berbanding lampu yang jauh. Tetapi jarak lampu
perlu diberi perhatian supaya cahaya tersebut dapat mengenai
keseluruhan ruang blok.

4. kehitaman dakwat – dakwat yang cukup hitam sangat penting supaya


dapat menghalang photo emulsion daripada mengeras. Perbezaan
pengerasan photo emulsion akan memudahkan penangalan semasa
menyiram dan menghasilkan blok acuan yang berkualiti tinggi.

5. jenis emulsion – penentuan jenis photo emulsion akan memberi


perbezaan terhadap jangkamasa expose. Tidak semua photo emulsion
adalah sama kerana ia mungkin dari pengeluar yang berbeza.

34
Anggaran Jangkamasa Expose
Walaupun jangkamasa expose sukar dianggarkan, di sini saya memberi sedikit
panduan kepada anda untuk menganggarkan sendiri jangkamasa yang
diperlukan untuk meja expose anda.

Emulsion guna terus,


2 lampu florecent
Jarak 20 cm hingga 30cm
Jangkamasa anggaran : 3 minit hingga 10 minit

Emulsion guna terus


Lampu sport light 800-1000watt.
Jarak 80 cm
Jangkamasa anggaran : 60 saat hingga 1 minit

Emulsion bancuh untuk sekali kegunaan


2 lampu florecent
Jarak 15 cm hingga 30 cm
Jangkamasa anggaran : 10 minit hingga 25 minit

Anda boleh menentukan jangkamasa expose dengan menentukan kualiti


kekerasan photo emulsion. Jika photo emulsion disiram dengan air sukar
mengembang dan ditanggalkan itu bermakna jangkamasa expose adalah
terlalu lama.

Jika photo emulsion mudah tertanggal dan bahagian yang diperlukan juga
tertanggal itu bermakna jangkamasa expose adalah terlalu pendek.
Kualiti blok yang kita mahukan adalah apabila disiram dengan air ia akan
mengembang dan disiram sekali lagi ia mudah tertanggal dan photo emulsion
yang diperlukan mengeras dengan baik dan tidak terjejas walau sedikitpun.

35
Menanggalkan Photo Emulsion Pada Blok
Setelah blok di-expose mengeras dengan baik, maka perlulah disiram atau
disembur dengan air. Konsep ini perlu anda fahami dimana photo emulsion
yang dihalang daripada terkena cahaya tidak akan mengeras manakala
photo emulsion yang terkena cahaya akan mengeras.

Di sinilah proses dimana anda dapat menentukan kualiti expose yang telah
dilakukan tadi. Jika photo emulsion yang dihalang daripada cahaya tidak
mengeras dan photo emulsion yang terkena cahaya mengeras dengan baik
maka anda sudah berjaya menghasilkan blok acuan dengan kualiti yang
tinggi.

Cara Menanggalkan Photo Emulsion

36
Setelah blok di-expose, ia perlu disembur dengan air untuk mengeluarkan
photo emulsion yang tidak dikehendaki lalu membentuk imej yang diperlukan
untuk pencetakkan.

Teknik 1 (menyembur)
Bawa blok tersebut dalam bilik air yang terang dan siram blok tersebut dengan
kelajuan air yang perlahan. Kemudian biarkan ia mengembang selama 1
hingga 2 minit. Ia sebenarnya adalah proses untuk memudahkan photo
emulsion itu ditanggalkan apabila ia kembang. Blok itu hanya perlu
disandarkan pada dinding.

Setelah photo emulsion itu kembang, barulah disembur dengan air pada
tekanan sederhana. Harus diingat jangan menyembur blok anda pada
tekanan yang terlalu tinggi ia akan merosakkan photo emulsion.

Imej yang dikehendaki akan terbentuk pada blok tersebut dan anda dapat
melihat jaring yang terbentuk di pada blok. Jika masih terdapat photo emulsion
yang masih degil untuk dikeluarkan (mungkin kerana ketebalan, jangkamasa
dan sebagainya) anda perlu menyapu dengan kain lembut yang bersih secara
perlahan-lahan dan berhati-hati.

37
Perhatian : jangan biarkan blok anda mengembang terlalu lama sebelum
disembur. Ia mungkin akan mencacatkan imej pada blok kerana mudah
tertanggal, merekah atau lompong.

Teknik 2 (merendam)
Ini adalah suatu teknik yang untuk menanggalkan photo emulsion yang saya
pelajari daripada pengusaha pencetakkan t-shirt. Ia dalah cara yang yang
agak efektif dan menjimatkan ruang dan air. Tetapi anda memerlukan
ketelitian dan berhati-hati.

Caranya mudah sahaja dimana anda hanya perlu menyediakan sebuah bekas
empat segi yang boleh memuatkan blok tersebut. Kemudian merendamkan
blok tersebut sehingga photo emulsion itu mengembang (1 hingga 2 minit).

Setelah photo emulsian itu sudah dipastikan kembang, maka proses seterusnya
adalah menggosok dengan kain yang lembut di atas blok. Ia perlu dilakukan
dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Gosok dibahagian yang ingin
dikeluarkan sahaja. Anda akan dapati ia mudah untuk dikeluarkan tetapi
jangan menggosok terlalu kasar.

Mengeringkan Blok
Terdapat pelbagai cara untuk mengeringkan blok.

Cara 1 : dengan mengeringkan di bawah cahaya matahari

38
Cara 2 : dengan menggunakan kipas angin
Cara 3 : dengan menggunakan pengering rambut

Jika blok anda banyak dan mahu mengeringkannya secara serentak anda
bolehlah menggunakan cara 1 atau

Jika blok anda sedikit bilangannya, maka anda bolehlah menggunakan cara 2
atau cara 3. atau kedua-dua sekali. Jadi terpulanglah kepada anda.

Menampal Emulsion Yang Berlubang


Sesudah blok anda kering, anda hendaklah memastikan tidak terdapat lubang
kecil pada blok tersebut. Berkemungkinan lubang tersebut disebabkan oleh
habuk yang melekat semasa proses pengeringan atau habuk yang melekat
semasa proses penyapuan photo emulsion. Sapuan yang tidak sempurna juga
adalah penyebab masalah ini.

Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk menutup lubang tersebut:
1. meletakkan sedikit photo emulsion dengan menggunakan berus lukisan
yang kecil dan halus. Kemudian keringkan sahaja dengan pengering
rambut
2. dengan menggunakan selotape. Tampalkan sahaja bahagian yang
berlubang tersebut dengan selotape.
39
Jika anda ingin menggunakan blok secara berulang kali saya sarankan anda
menggunakan kaedah 1.

Jika anda tidak manggunakan blok secara berulang-ulang saya sarankan


anda menggunakan kaedah 2. kaedah menampal dengan selotape lebih
mudah dan cepat tetapi biasanya perlu di tukar apabila digunakan secara
berulang bagi menjamin kualiti cetakkan.

Menampal Selotape
Tepian blok perlu ditampal dengan selotape besar (2”lebar) supaya semasa
proses penyapuan, dye tersebut tidak terkeluar di celah tepi blok tersebut.
Sebenarnya selepas menyapu photo emulsion pada blok anda pasti akan
mendapati terdapat ruang kosong atau lubang di bahagian tepian blok.
Ruang yang tidak menutupi jaring sutera inilah yang perlu ditampal. Sila tampal
seluruh ruang tepi.

Anda boleh juga menampal di bahagian dalam blok jika perlu. Selepas anda
mencetak berkali-kali anda akan dapati selotape tersebut akan menjadi
lembab dan mula tertanggal. Jadi anda perlu membuang selotape tersebut
dan menggantikan dengan selotape yang baru.
40
Dye ( Bahan Pewarna)
Dye adalah cecair pekat berperanan sebagai pewarna kepada t-shirt. Dye
yang dikhususkan untuk pencetakkan t-shirt adalah fabric dye.

Terdapat 4 jenis dye yang biasa digunakan untuk mencetak t-shirt:


1. TC Dye
2. Rubberise FD
3. Emboss Dye
4. Florecent Dye TC / FD

TC Dye
Ia dikenali sebagai dye biasa atau water base dye (dye air). Dye jenis in hanya
sesuai untuk baju yang berwarna putih sahaja. Untuk baju baju yang berwarna
hitam tidak boleh digunakan sama sekali. Warna pada benangnya mudah
luntur. Oleh yang demikian ia perlu dipanaskan dengan seterika selepas
dicetak. Ia bertujuan supaya dye pada benangnya akan melekat dengan kuat
pada benang (mati di benang).

Dye jenis ini banyak dijual dipasaran. Ia boleh didapati di kedai alat tulis. Anda
dinasihatkan mencari dye yang berkualiti dengan mendapatkan terus
daripada pembekal dye t-shirt.

Bagi yang baru atau ingin mencuba mencetak t-shirt, dye jenis ini adalah sesuai
untuk anda. Ia mudah digunakan dan harganya murah. Kualitinya juga tidaklah
mengecewakan.

Rubberise FD

41
Dye jenis inilah yang selalu digunakan secara meluas oleh pencetak-pencetak
t-shirt. Ia digunakan oleh pencetak mahir dan separuh mahir kerana biasanya
ia tidak akan dapat dibeli dalam jumlah yang sedikit. Biasanya dijual di dalam
botol plastik 1 kg.

Ia diperbuat daripada dye getah dan memberikan kesan menarik dan juga
kelihatan seperti sticker apabila dicetak di atas t-shirt. Ia tidak ada masalah
untuk digunakan di atas t-shirt terang atau gelap.

Anda perlu mencetaknya sebanyak dua kali. Cetakkan pertama perlulah


dicetak dengan dengan warna putih iaitu sebagai base dan diikuti dengan
cetakkan kedua iaitu mencetak dengan warna yang anda kehendaki. Jika
anda mahu imej berwarna putih maka anda perlu mencetak dye putih
sebanyak dua kali juga.

Ada juga pengusaha pencetakkan t-shirt yang menggunakan dye berwarna


yang sama sebagai base. Sebagai contoh jika mahukan imej berwarna merah,
maka mencetak dye merah sebanyak dua kali. Menurut kajian yang saya
lakukan, jika meletakkan base putih pada t-shirt adalah lebih terang dan
menarik. Anda boleh lakukan sendiri untuk kepastian dan lihatlah
perbezaannya.

Walaubagaimanapun penggunaan base warna yang sama tidak memberi


perbezaan yang terlalu ketara. Ia masih boleh diterima. Cuma pengusaha
pencetak t-shirt amat gemar menggunakan kaedah ini kerana ia mudah dan
menjimatkan masa kerana tidak perlu untuk menukar warna. Proses petukaran
warna memerlukan kita mencuci dye putih pada blok sebelum menyapu dye
warna lain pada blok. Jadi terpulanglah kepada anda untuk menentukanya.

Emboss Dye

42
Mungkin anda pernah melihat t-shirt yang mempunyai imej yang timbul. Ia
sebenarnya menggunakan emboss dye. Ia memberikan kesan yang menarik
tetapi pencetak t-shirt akan cuba meminimakan penggunaanya kerana
harganya lebih mahal daripada rubberise dye.

Ia adalah sejenis dye getah juga tetapi telah dicampurkan dengan bahan
kimia dimana apabila dipanaskan dengan seterika ia akan memberi kesan
timbul. Ia juga tidak mempunyai masalah untuk digunakan pada t-shirt yang
cerah atau gelap.

Florecents Dye
Dye jenis ini terdapat didalam dua jenis iaitu TC dan Ruberise. Ia kelihatan lebih
terang dan bersinar (stricking). Dye jenis ini sudah amat kurang digunakan.

Anda boleh mengadunkan ke semua jenis dye ini di dalam suatu t-shirt untuk
menghasilkan cetakkan yang lebih menarik dan kreatif.

Proses Mencetak
Sebelum melakukan pencetakkan pastikan anda menyediakan keperluaan
yang diperlukan. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1. pisau (cutter)
2. table glue (sejenis gam khas untuk t-shirt) jika tiada bolehlah
menggunakan spray mount.
3. kotak tebal bersaiz 15 inci x 20 inci. Ia digunakan sebagai pelapik.
Sebaiknya guna plywood. Mounthing board juga boleh digunakan.

Kaedah Penyediaan Pencetakkan


Ambil kotak pelapik . pastikan saiznya boleh muat untuk dimasukkan ke dalam
t-shirt. Sebenarnya saiz kotak tersebut biarlah sepadan dengan saiz t-shirt. Jika t-
shirt untuk kanak-kanak maka gunakan kotak yang kecil sedikit.

43
Bentangkan kotak pelapik tersebut. Sapu dengan table glue atau
menggunakan spray mount. Kemudian masukkan kotak pelapik tersebut ke
dalam t-shirt yang hendak dicetak.

Perhatian: gam tersebut hendaklah menghadap ke atas dan jangan menarik t-


shirt terlalu tegang. Biarkan ia terletak dengan sekata.

Meja Cetak
Penyediaan meja cetak yang sesuai adalah diperlukan. Bagi yang baru
mencuba anda boleh menggunakan meja makan sebelum anda
menyediakan meja cetak yang sesuai untuk pencetakkan t-shirt. Di sini saya
akan tunjukkan ciri-ciri meja cetak yang sesuai untuk pencetakkan.

Baju t-shirt yang dicetak biasanya akan dibentangkan sebaris dalam jumlah
yang maksima. Jadi jika anda dapat menyediakan meja yang lebih panjang,
maka kerja mencetak akan menjadi lebih cepat.

Kerja mencetak dilakukan satu-persatu tetapi ia dilakukan dengan


menggunakan blok yang sama dan perlu diletakkan sebaris bagi memudahkan

44
keja mencetak. Maka anda perlu menyediakan kotak pelapik dalam jumlah
yang diperlukan.

Teknik Meletak Blok Pada T-shirt


Semasa hendak mencetak, pastikan blok tersebut tidak senget sebelum anda
mencetak. Pastikan permukaan blok adalah rata dan tidak terjongket dan
pelapik dapat menutuoi keseluruh ruang t-shirt.

Satu masalah yang mungkin timbul apabila mencetak t-shirt dalam jumlah yang
banyak adalah kedudukan imej pada t-shirt tidak berada pada kedudukan
yang sama. Adalah sukar untuk mengagak kedudukan blok yang tepat pada
setiap t-shirt. Satu teknik yang saya gunakan adalah dengan meletakkan
measuring label pada t-shirt untuk mendapatkan kedudukan blok yang
konsisten pada setiap t-shirt walaupun ia berbeza saiz.

Anda boleh menggunakan sendiri cara yang mudah bagi anda menentukan
ketepatan blok. Saya menggunakan sehelai kertas sebagai measuring lebel.
Pada t-shirt yang pertama, perlu ditanda jarak antara blok dan kolar baju.
Maka kertas tersebut akan digunakan pada t-shirt yang seterusnya sebagai
measuring lebel.

45
Walaubagaimanapun semasa menentukan kedudukan dan ketepatan imej
pada t-shirt, ia memerlukan juga sedikit ketelitian dan kemahiran individu dalam
memastikan kesempurnaan hasil produk.

Cara Mencetak
Sekarang sampailah masanya proses yang ditunggu-tunggu, iaitu kerja
mencetak t-shirt. Pastikan anda sudah menyediakan peralatan yang cukup
sebelum kerja menyapu dye diatas t-shirt. Jangan lakukannya di dalam bilik
atau ruang yang gelap kerana ia memerlukan kita untuk memastikan bahawa
dye yang disapu benar-benar serata dan tidak terlalu nipis.

Langkah 1:
Letakkan dye di tepi bahagian atas blok. Dye yang diletakkan itu biarlah
dirasakan cukup dan yakin ia akan mengenai seluruh bahagian imej pada blok
yang ingin dicetak. Dye yang berlebihan boleh diguna pakai lagi tetapi dye
yang yang tidak cukup akan mendatangkan masalah kepada hasil cetakkan.
Jadi, anda tidak akan rugi atau membazir jika dye yang digunakan agak
banyak.

46
Langkah 2:
Tangan disebelah kanan memegang squeege manakala tangan disebelah kiri
menekan blok. Pegang dengan kemas dan kuat. Pilih squeege dengan saiz
yang betul dan sesuai. Pegang squeege dengan kedudukan menegak.

Langkah 3:
Tarik squeege ke arah anda dengan perlahan-lahan. Pastikan semua bahagian
imej yang dikehendaki dilalui oleh dye. Lakukannya sebanyak dua kali bagi
memastikan kualiti kepadatan yang memuaskan. Tarikan yang kedua dilakukan
dalam arah yang berlawanan.

Perhatian: selepas kerja menarik squeege selesai, anda harus memastikan dye
yang mengenai t-shirt dalam keadaan sekata (dilalui dye kesemua imej yang
dikehendaki) dan dye pada t-shirt tidak terlalu nipis. Pada pengalaman saya

47
dye kuning agak cair berbanding dye berwarna lain dan anda harus
memastikan dye tersebut tidak terlalu nipis pada t-shirt. Anda boleh boleh
menarik squeege sekali lagi sehingga anda berasa ia memuaskan.

Mencuci Blok
Kerja mencuci blok dilakukan selepas kerja mencetak selesai. Jangan biarkan
blok terlalu lama kerana apabila dye kering pada blok, ini akan menyebabkan
lubang pada jaring sutera akan tertutup dan mutu blok tentunya akan terjejas.

Blok yang tetah dicuci itu bolehlah dibiarkan kering pada cahaya matahari
atau dengan mengunakan pengering rambut. Jangan sekali-kali
menggunakan blok yang betul-betul kering kerana ia akan merosakkan stensil
pada blok.

Apabila menyimpan blok yang sudah tidak digunakan, jangan meletakkan


sebarang objek diatas jaring sutera kerana regangan pada blok akan
mengendur.

Seterika
Langkah terakhir adalah memanaskan kain yang telah dicetak dengan
seterika. Apabila dye pada t-shirt dipastikan kering maka kerja
memanaskannya dengan seterika perlu dilakukan. Kerja ini penting kerana ia
akan memastikan dye pada t-shirt akan kekal kukuh pada benang t-shirt. Dye
yang dipanaskan akan mengembang dan apabila kembali sejuk ia akan
mencengkam pada kain t-shirt. Ia kan tahan lebih lama walaupun dicuci
berulang kali.
Terdapat 3 teknik untuk memanaskan t-shirt dengan menggunakan seterika ini:
1. Anda boleh memanaskan secara terus seterika tersebut di atas dye
tetapi pastikan kepanasan yang di letakkan adalah dalam keadaan

48
sederhana panas. Jika kepanasan seterika terlalu tinggi, dye tersebut
akan melekat pada seterika.
2. Anda boleh memanaskan dye terbebut dengan meletakkan seterika di
bahagian belakang t-shirt dalam keadaan sederhana panas. Jika
seterika terlalu panas, dye tersebut akan melekat pada t-shirt.
3. Anda boleh memanaskan dye tersebut dengan melapik t-shirt dengan
kain kemudian gunakan seterika dalam keadaan cukup panas. Ia bagi
mengelak dye
melekat pada seterika. Jangan menggunakan seterika yang terlalu panas
kerana apabila dye melekat pada kain pelapik ia akan terkena pada t-shirt.

Walau apapun teknik yang anda ingin lakukan pastikan anda menggunakan
kepanasan seterika yang sesuai. Pastikan dye yang anda panaskan benar-
benar panas. Ia boleh dipastikan dengan menyentuh sedikit pada dye tersebut.

Kemahiran Membancuh Warna


Cara membancuh warna yang betul adalah sangat penting bagi memastikan
pelanggan berpuashati dengan warna yang dikehendaki.

Anda tidak perlu membeli banyak warna untuk mendapatkan warna yang
dikehendaki, tetapi hanya menyediakan warna asas dan membancuhnya
untuk mendapatkan warna yang di kehendaki. Saya pasti anda sudah
mempelajari semasa di sekolah dahulu tentang tonne warna ini.

Warna asas:
1. merah
2. kuning
3. biru
4. hitam
5. putih

49
Sebagai contoh mudah, untuk mendapatkan warna oren, anda perlu
mencampurkan warna merah dan kuning. Hijau = biru dan kuning. Ungu =
merah dan biru.

Warna hijau bukanlah warna asas, tetapi kita boleh menghasilkan pelbagai
kombinasi warna hijau dengan menggunakan 4 warna asas iaitu kuning,
biru, putih dan hitam.

Sekian Terima Kasih


Jika anda mempunyai masalah atau pertanyaan sila hubungi saya melalui
email:
idhamtshirt@gmail.com

50

You might also like