You are on page 1of 33

FUNGSI MAKNA IMBUHAN

AWALAN peN- : ANALiSIS


RANGKA RUJUK Silang
oleh :
Nor Hashimah Jalaluddin
Ahmad Harith Syah B. Md. Yusuf

Program Linguistik
Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik
Fakulti Sains Sosial & Kemanusian
Universiti Kebangsaan Malaysia

1
PENGENALAN
 PeN- merupakan imbuhan awalan kata nama dalam
bahasa Melayu.

 PeN- mendokong penanda semantik tertentu


apabila digandingi dengan sesuatu kata dasar.
Pengimbuhan yang berlaku akan membentuk kata
nama terbitan.

 Misalnya :
 peN- + sapuKK = penyapuKN
 peN- + besarKA = pembesarKN
2
samb…

 Terdapat 6 alomorf :
 pe- (pelindung, perosak, perancang)
 pen- (pencuci, penutup, penawar)
 pem- (pembuka, pembesar, pembunuh)
 peny- (penyambung, penyerang, penyunting)
 peng- (penggerak, pengesan, pengadil)
 penge- (pengebom, pengecat, pengelap)

3
peN- : PANDANGAN PENAHU
 Pemerian penahu mengenai fungsi makna peN- lebih
kepada penyenaraian dengan huraian berdasarkan
struktur dan binaan, intuisi dan data tunggal.

 Maklumat konteks tidak dimasukkan dalam analisis


mereka.

 Misalnya :
◦ Penyapu akan diberi makna sebagai alat untuk
menyapu.
◦ Pencuri akan diberi makna sebagai orang yang
mencuri

4
Samb…
 Pelita Bahasa Melayu (Za’ba, 1965, 2000) –
- 4 fungsi makna.
 The Morphology of Malay (Abdullah Hassan, 1974)
– 5 fungsi makna
• Tatabahasa Bahasa Malaysia (Arbak, 1981)
- 7 Fungsi makna
 Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu (Abdullah Hassan , 1993)
– 7 fungsi makna
 Nahu Melayu Muktahir (Asmah Hj.Omar , 1993)
– 6 fungsi makna
 Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu (Hashim Musa , 1993)
– 6 fungsi makna.
 Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et.al , 1993)
– 6 fungsi makna
 Nahu Melayu Moden (Abdullah & Liaw, 1994)
– 3 fungsi makna 5
Makna Pelaku/ Pelaku / Penja- Orang/ Pen- Penye- Hasil Uku- Alat Abstrak
Orang Orang wat benda derita bab Per- ran
yang yang tugas yang buatan
melaku- gemar memiliki
kan akan sifat kata
sesuatu sesuatu dasar
Penahu

Za’ba, 1965,
2000 √ √ √ √
Arbak, 1981
√ √ √ √ √ √ √
Abdullah,
1974 √ √ √ √ √
Abdullah,
1993 √ √ √ √ √ √ √
Asmah, 1993
√ √ √ √ √ √
Hashim,
1993 √ √ √ √ √ √
Nik Safiah
Karim et al., √ √ √ √ √ √
1993
Abdullah &
Liaw, 1994 √ √ √
6
peN- : Penilaian Semula
 Penahu hanya memeri makna berdasarkan data
tunggal.

 Sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi tidak


pernah disentuh. Jika disentuh hanya sekadar
menyatakan sebagai gabungan makna yang
melibatkan dua fungsi makna.

 Misalnya gabungan makna antara pelaku dan


alat. Contohnya penapis (orang yang menapis
dan alat yang digunakan untuk menapis).

7
Samb…

 Penahu hanya menyenaraikan contoh yang mudah


untuk diberi maknanya. Misalnya pelari, penulis,
pembaca, dsb.

 Data seperti penyebab, penghubung, penggerak


dsb tidak dijadikan contoh semasa memeri makna
imbuhan ini. MENGAPA?

 Misalnya penyebab, bermaksud sesuatu yang


menyebabkan.

 Apa itu sesuatu yang menyebabkan?

 Adakah yang menyebabkan itu adalah manusia, alat


atau haiwan? 8
Samb…

 Contoh data :

 “…kepada pihak luar dengan mendakwa


mereka sebagai ***penyebab*** berlakunya
krisis…” – Rujukan manusia

 “... penyakit darah tinggi merupakan


***penyebab*** utama…” – Rujukan
penanda abstrak

9
Samb…

 Za’ba (1965, 2000), Asmah(1993), Abdullah Hassan (1974,


1993, 1994) Hashim Musa (1993), Nik Safiah (1993)
bersetuju menyenaraikan hanya tiga contoh data sahaja
yang merujuk kepada fungsi makna abstrak.

 Contoh yang diberikan : penyakit, pendapat dan


penunjuk.

 Persoalannya adakah fungsi makna abstrak ini


hanya melibatkan tiga contoh terbabit sahaja ?

 Data korpus (DBP-UKM) – daripada 25 contoh


leksikal yang menerima imbuhan peN- dipilih dalam
kajian ini, 12 contoh leksikal merujuk kepada fungsi
makna abstrak.
10
Samb…

 Contoh data :

 Imaginasi dianggap sebagai ***penghubung***


antara sedar dengan separuh sedar. Aktiviti
berlaku dalam fikiran atau yang disebut sebagai
daya ingatan.

 Sudah tentu bukan agama Islam yang menjadi


***penghalang*** kepada kemajuan.

 "Boleh aku ambil ideamu sebagai


***penutup*** kertas kerja aku?"
11
Rumusan
 Para penahu hanya membuat penyenaraian fungsi makna
berdasarkan data tunggal, struktur dan binaan serta intuisi.

 Berlaku pertindihan makna.

 Maklumat konteks tidak dimasukkan dalam penjelasan


mereka.

 Sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi tidak dihuraikan.

 Fungsi makna yang diutarakan penahu sememangnya boleh


digabungkan.

 Misalnya pelaku/orang yang melakukan sesuatu,


pelaku/orang yang gemar akan sesuatu, penjawat tugas
dan penderita boleh disatukan menjadi fungsi makna
manusia.
12
peN- : Perspektif Baru
 Kajian berfokuskan kepada fungsi makna imbuhan awalan kata
nama peN-.

 Data diambil daripada data korpus DBP-UKM yang berjumlah


5 juta patah perkataan.

 Data dikeluarkan dalam bentuk konkordans. Penggunaan peN-


dalam konteks tertentu dapat ditentukan.

 Pengaplikasiaan Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1985, 1995)


yang mementingkan 3 gagasan utama iaitu konteks, kesan
konteks dan usaha memproses maklumat.

 Konsep tambahan : konsep ad hoc (Barsalou,1987)

 Menerapkan analisis berdasarkan Rangka Rujuk Silang


(Kempson, 1986).
13
Rangka Rujuk Silang
 Rangka rujuk silang adalah sesuatu ujaran yang
tidak mempunyai anteseden yang dapat
mengaitkan ayat kedua dengan ayat pertama
dalam satu wacana bagi membantu pendengar
mentafsir ujaran tersebut. Anteseden yang
diperlukan tidak wujud langsung sama ada
daripada kandungan eksplisitnya mahupun
gambaran visualnya (Kempson,1986).

 Penganalisian rangka rujuk silang akan bergantung


kepada proses pengenalan anteseden dan ini akan
melibatkan konteks.
14
Konsep ad hoc
 Konsep ad hoc berusaha untuk menjelaskan
proses bagi dua binaan konsep pragmatik yang
kelihatan berbeza iaitu proses peluasan
(broadening) dan penyempitan (narrowing)
konsep.

 Binaan konsep pragmatik yang pada awalnya


dikomunikasikan oleh penutur sebagai
mendukung makna atau konteks yang spesifik,
setelah melalui proses penyempitan dan
peluasan, berubah menjadi makna atau konsep
yang bersifat ad hoc.
15
Data
Pelindung

 …keberanian dan keikhlasan pasukan polis sebagai penjaga keamanan dan


***pelindung*** orang ramai semasa darurat… - rujukan manusia

 …peralatan perladangan seperti jentolak (untuk membajak tanah), plastik


***pelindung***, baja dan benih. – rujukan alat/benda

 …Islam yang menjadi payung dan ***pelindung*** tidak dapat tidak


dilaksanakan kerana … - rujukan abstrak

 Semasa berada di atas pokok ... Ekor tersebut juga digunakan sebagai
***pelindung*** dari musuh … - rujukan haiwan

 Manggis juga boleh ditanam dalam bentuk pepagar (hedge) untuk


membentuk sempadan kepada ruang-ruang tertentu, dijadikan tabir
sebagai ***pelindung*** daripada … - rujukan tumbuhan

16
Pembunuh

 Tapi lelaki penipu, kejam dan seorang ***pembunuh***


bersiri yang terkenal … - rujukan manusia

 …ada pengguna yang menganggap bahawa ubat


***pembunuh*** serangga Ridsect mempunyai bau … -
rujukan alat/benda

 …30 peratus daripada kematian yang disahkan di negara


ini disebabkan penyakit kardiovaskular dengan penyakit
jantung koronari sebagai ***pembunuh*** utama. –
rujukan abstrak

 …pihaknya telah berkongsi maklumat dan data


mengenainya dengan semua pihak yang terbabit dalam
usaha mengesan virus ***pembunuh*** itu. - rujukan
haiwan
17
Pengesan

 Selain beberapa pasukan ***pengesan*** dan


pemusnah bom, satu pasukan pengurusan krisis
… - rujukan manusia

 …peralatan sokongan bagi tugas itu ialah lebih


20 set mesin X-Ray dan sejumlah alat
***pengesan*** bahan letupan dan logam. -
rujukan alat/benda

 …selepas diperiksa dengan bantuan dua ekor


anjing ***pengesan*** dadah, kenderaan itu
… - rujukan haiwan
18
Analisis
 Kata dasar yang menerima imbuhan peN-
boleh menghasilkan sekurang-kurangnya dua
rujukan makna atau lebih.

 Pengelompokkan kepada beberapa pola


mengikut fitur-fitur tertentu (menggunakan
fitur binari [+] dan [-]).

 Tiga fitur utama iaitu :


 [+/- nyawa]
 [+/- atribut]
 [+/-keterangan]
19
Boleh hadir sebelum dan selepas kata berimbuhan

[+Atribut] Membentuk frasa

Mengubah makna (membina konsep ad hoc)

Hadir selepas kata berimbuhan

Membentuk frasa
[+keterangan]
Tidak mengubah makna

Hanya menyatakan sifat khusus atau spesifik

20
 Data yang diperolehi membolehkan empat pola
dihasilkan untuk nilai fitur yang berbeza bagi
menghasilkan fungsi makna tertentu bagi imbuhan
awalan peN-. Berikut merupakan pola-pola terbabit :

 Pola 1 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [-atribut],


[+ nyawa] = Manusia

 Pola 2 : peN- + Kata Dasar dengan fitur


[+/-atribut],[-nyawa] = Alat/benda

 Pola 3 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [-atribut],


[-nyawa] = Abstrak

 Pola 4 : peN- + Kata Dasar dengan fitur


[+/-atribut],[+nyawa] = Haiwan&Tumbuhan
21
Pola 1 : peN- + Kata Dasar dengan fitur
[-atribut],[+nyawa] = Manusia
Pelindung
 …keberanian dan keikhlasan pasukan polis sebagai
penjaga keamanan dan ***pelindung*** orang ramai
semasa darurat…

Pembunuh
 Tapi lelaki penipu, kejam dan seorang
***pembunuh*** bersiri yang terkenal …

Pengesan
 Selain beberapa pasukan ***pengesan*** dan
pemusnah bom, satu pasukan pengurusan krisis …

22
 Pelindung , pembunuh dan pengesan merujuk
kepada manusia.

 Melalui rangka rujuk silang, pelindung dapat dipautkan


kepada pasukan polis. Leksikal yang dirujuk oleh kata
yang menerima imbuhan itu merupakan anteseden
kepada kata terbabit dalam membina konteks yang jelas
bagi ujaran tersebut.

 Pembunuh dan pengesan pula, pendengar hanya perlu


menginterpretasikannya pada makna harfiah di
peringkat logik iaitu manusia.

 Kehadiran leksikal bersiri dan orang ramai dalam


frasa“…pembunuh bersiri…” dan “…pelindung
orang ramai…” bersifat keterangan ([+keterangan])
kerana kehadirannya hanya menyatakan sifat khusus
dan tidak menghasilkan bentuk proposisi lain.
23
 Bagi frasa “…pasukan pengesan…” pula,
kehadiran leksikal pasukan sebelum
pengesan sebenarnya telah menjimatkan
usaha memproses maklumat. Di sini, pasukan
tidak bersifat keterangan ([-keterangan])
sebaliknya kehadiran leksikal pasukan
sebenarnya telah membolehkan kesan kognitif
dibina cukup tinggi.

 Ini kerana berdasarkan pengetahuan latar


belakang manusia, pasukan biasanya akan
digunakan bagi merujuk kepada sejumlah atau
sebilangan orang yang bersifat tidak tentu.
24
Pola 2 : peN- + Kata Dasar dengan fitur
[+/-atribut],[-nyawa]=Alat/benda
Pelindung
 …peralatan perladangan seperti jentolak (untuk
membajak tanah), plastik ***pelindung***, baja dan
benih.

Pembunuh
 …ada pengguna yang menganggap bahawa ubat
***pembunuh*** serangga Ridsect mempunyai bau

Pengesan
 …peralatan sokongan bagi tugas itu ialah lebih 20
set mesin X-Ray dan sejumlah alat ***pengesan***
bahan letupan dan logam.
25
 “…plastik ***pelindung***,…”
 “…ubat ***pembunuh*** serangga…”
 “…alat ***pengesan*** bahan letupan…”

 Kehadiran leksikal bersifat atribut ([+atribut]) plastik, ubat dan alat


yang masing-masing hadir sebelum kata pelindung , pembunuh dan
pengesan membolehkan ia membentuk frasa yang merujuk kepada
fungsi makna alat/benda.

 Ditafsir dengan cara menggabungkan maklumat konsep atribut dan kata


yang menerima imbuhan.

 Penggabungan makna konsep atribut dengan makna konsep kata


berimbuhan telah membina konsep ad hoc dengan cara menyempitkan
kedua-dua makna konsep tersebut.

 Serangga dan bahan letupan berfungsi sebagai keterangan


([+keterangan]) yang bertujuan menyatakan sifat khusus atau spesifik.

 Tanpa leksikal yang berfitur [+atribut], bentuk proposisi yang dihajati


tidak akan dapat ditafsir. 26
Pola 3 : peN- + Kata Dasar dengan fitur
[-atribut], [-nyawa] = Abstrak
 …Islam yang menjadi payung dan
***pelindung*** tidak dapat tidak
dilaksanakan kerana …

 …30 peratus daripada kematian yang


disahkan di negara ini disebabkan penyakit
kardiovaskular dengan penyakit jantung
koronari sebagai ***pembunuh***
utama.

27
 Dengan menggunakan rangka rujuk silang,
pelindung dan pembunuh masing-masing
dapat dipautkan kepada Islam dan penyakit
jantung koronari.

 Leksikal Islam dan penyakit jantung


koronari ini merupakan anteseden kepada
pelindung dan pembunuh yang menjadi
sebahagian daripada konteks.

28
Pola 4 : peN- + Kata Dasar dengan fitur
[+/-atribut],[+nyawa] = Haiwan&Tumbuhan
 Semasa berada di atas pokok ... Ekor tersebut juga digunakan
sebagai ***pelindung1*** dari musuh … - rujukan haiwan

 Manggis juga boleh ditanam dalam bentuk pepagar (hedge)


untuk membentuk sempadan kepada ruang-ruang tertentu,
dijadikan tabir sebagai ***pelindung2*** daripada … -
rujukan tumbuhan

 …pihaknya telah berkongsi maklumat dan data mengenainya


dengan semua pihak yang terbabit dalam usaha mengesan virus
***pembunuh*** itu. - rujukan haiwan

 …selepas diperiksa dengan bantuan dua ekor anjing


***pengesan*** dadah, kenderaan itu … - rujukan haiwan

29
 Rangka rujuk silang membolehkan pelindung1 dapat dipautkan
kepada ekor manakala pelindung2 dapat dipautkan kepada
manggis.

 Leksikal ekor dan manggis merupakan anteseden kepada


pelindung1&2 tersebut.

 Maklumat ensiklopedia yang tersimpan di dalam memori


pendengar membolehkan anteseden ekor dan manggis tersebut
diinterpretasikan dengan sempurna iaitu haiwan dan tumbuhan.

 Ekor merujuk kepada haiwan kerana hanya haiwan yang


mempunyai ekor dan tinggal di atas pokok manakala manggis
merupakan sejenis buah atau tumbuhan yang berbuah.

30
 “…virus ***pembunuh***…”
 “… anjing ***pengesan*** dadah…:

 Bagi pembunuh dan pengesan, terdapat leksikal yang mendahuluinya yang


berfungsi sebagai atribut ([+atribut]) iaitu virus dan anjing. Tanpa atribut,
rujukan haiwan tidak mampu untuk diinterpretasikan.

 Ditafsir dengan cara menggabungkan maklumat konsep atribut dan kata


yang menerima imbuhan.

 Penggabungan makna konsep atribut dengan makna konsep kata


berimbuhan telah membina konsep ad hoc dengan cara menyempitkan
kedua-dua makna konsep tersebut.

 Leksikal dadah yang hadir selepas pengesan berfungsi sebagai keterangan


([+keterangan]) yang bertujuan bagi menyatakan maksud khusus atau
spesifik.
31
Pengkategorian Semula
peN-

MANUSIA BUKAN MANUSIA


+Nyawa
-Atribut [+nyawa] [-nyawa]
+/- Keterangan

Organisma Hidup
(Haiwan dan Tumbuhan) Alat / Benda Abstrak
+/- Atribut +/- Atribut - Atribut
+/- Keterangan +/- Keterangan +/- Keterangan
Kesimpulan
 Analisis sebelum ini telah menyatakan sebanyak 10
fungsi makna yang berbeza. Kajian ini menawarkan
fungsi makna yang lebih ringkas dan padat dengan
mengemukakan dua kategori iaitu manusia dan
bukan manusia.

 TR dan RRS telah berjaya menjelaskan fungsi makna


peN- dengan baik dan berpada.

 Data korpus mampu menawarkan kita kepada


pemahaman yang lebih mendalam terutamanya bagi
memeri imbuhan dalam bahasa Melayu.
33

You might also like