You are on page 1of 3

Tugasan 3

Nurul Ain Fathihah Bt Mohd Roshidan


D20081032381

Self esteem ditakrifkan sebagai kemampuan individu untuk melakukan penilaian


terhadap diri sendiri yang akan membawa kepada pembentukan tingkah laku dan aksi mereka
pada masa akan datang. Sesetengah ahli psikologi menakrifkan self esteem sebagai yakin diri
atau maruah diri. Self esteem dikaitkan dengan kualiti perhubungan antara seorang individu
dengan individu yang lain mahupun individu dengan alam sekeliling. Selain itu, self esteem
sangat memberi kesan kepada kepuasan hidup seseorang individu itu. Self esteem ini
mempengaruhi imej kendiri seseorang secara langsung, cara individu itu berfikir dan
memandang diri sendiri. Hal ini penting kerana self esteem memberi kesan kepada cara
individu berfikir, perlakuan dan tingkah laku individu dan impaknya kepada orang sekeliling.
Ianya juga mempengaruhi potensi seseorang untuk berjaya dalam kehidupan. Self esteem
yang rendah bermakna individu tersebut kurang keyakinan diri dan berfikiran negatif dalam
pandangannya mengenai suatu hal. Self esteem yang tinggi bermakna individu itu mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dan selalu berfikiran positif dan optimis terhadap kehidupannya.

Semasa individu melalui fasa umur remaja iaitu sembilan hingga 21 tahun, dia dikatakan
sedang membina dan mencari harga dirinya sendiri. Ketika fasa penting ini, remaja akan
mengalami kekeliruan mengenai self esteem dalam akademik, self esteem dalam perhubungan
dan self esteem skil. Mereka juga tercari-cari siapa diri mereka dan apa yang mereka akan jadi
dalam tempoh sepuluh atau dua puluh tahun akan datang. Selain itu, remaja juga akan
meletakkan individu dewasa di sekelilingnya untuk dijadikan idola dalam proses dia mencari
siapa dirinya. Pada peringkat ini, remaja akan mengalami perubahan self esteem dan
merupakan tempoh yang genting dalam pembentukan self esteem. Hal ini kerana remaja
sedang menuju ke alam dewasa dan mereka mula berfiikir akan tanggungjawab dan peranan
mereka sebagai orang dewasa. Remaja yang mempunyai self esteem yang tinggi mampu
menilai diri mereka dan mengetahui sama ada perbuatan mereka akan memberi manfaat
ataupun merugikan diri mereka sendiri. Mereka dapat mengawal diri mereka sendiri dan
mengendalikan kehidupan mereka. Sebaliknya remaja yang mempunyai self esteem yang
rendah lebih mudah terjerumus dengan dengan masalah sosial, akademik dan kesihatan
mental akibat tidak percaya pada diri sendiri, selain dipengaruhi oleh pelbagai faktor
sekeliling yang menambahkan lagi kekeliruan minda remaja yang sudah sedia celaru.
Proses pembentukan self esteem remaja tidak berlaku secara mendadak. Ianya dipengaruhi
oleh pelbagai faktor. Antara faktor penting pembentukan self esteem remaja adalah cara
didikan ibubapa dan latar belakang keluarga. Ibubapa yang mengamalkan cara didikan
bersifat authoritative cenderung membentuk anak mereka menjadi seorang individi yang
mempunyai harga diri dan keyakinan diri yang tinggi. Manakala ibubapa yang mengamalkan
cara didikan bersifat permisive dan authoritarian berpotensi melahirkan individu yang tidak
yakin pada diri sendiri dan mempunyai self esteem yang rendah. Sebagai contoh, remaja yang
datang daripada institusi keluarga yang lengkap dan setiap ahli keluarga memainkan peranan
masing akan menjadi seorang yang yakin diri dan berasa dirinya berharga. Manakala remaja
yang datang daripada keluarga porak peranda, mangsa penceraian ibubapa, sering diherdik
dan diperbodohkan akan menjadi individu yang pesimis terhadap kehidupannya.

Selain faktor keluarga, taraf pendidikan juga memberi kesan kepada pembentukan self esteem
remaja. Remaja yang menonjol pencapaian akademiknya dan mempunyai tahap pendidikan
yang tinggi selalunya mempunyai nilai self esteem yang tinggi. Remaja ini juga yakin
terhadap kemampuan diri sendiri dan percaya dirinya bernilai. Sebaliknya, remaja yang lemah
pencapaian akademik dan tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi pula
cenderung untuk merendah diri secara keterlaluan. Mereka ini sering berasa dirinya tidak
berguna, tidak memberi manfaat pada sesiapa dan mempunyai masalah untuk berkomunikasi
dengan baik dengan pihak lain.

Pelbagai kaedah dapat dilakukan untuk meningkatkan self esteem remaja. Institusi keluarga,
institusi pendidikan dan masyarakat sekeliling harus berganding bahu dan sama-sama
mengolah idea supaya self esteem remaja dapat ditingkatkan. Pihak ibubapa wajar
memainkan peranannya bermula daripada rumah dengan memberi kepercayaan kepada anak
remaja dan menyerahkan tanggungjawab tertentu kepada anak supaya mereka dapat
merasakan diri mereka berperanan seterusnya meningkatkan keyakinan dirinya. Selain itu,
pihak sekolah dengan kerjasama guru kaunseling dan guru lain boleh membantu
meningkatkan self esteem remaja dengan mengadakan kem motivasi. Kem motivasi yang
dikendalikan oleh kaunselor terlatih dapat merangsang minda remaja dan meniupkan
semangat mereka untuk berusaha menjadikan diri lebih baik. Tambahan lagi, interaksi dengan
rakan sebaya dan dorongan guru-guru dapat menaikkan lagi nilai yakin diri pada remaja.
Rujukan :

http://www.emeraldinsight.com/Insight/viewPDF.jsp?
contentType=Article&Filename=html/Output/Published/EmeraldFullTextArticle/Pdf/142095
0202.pdf (circles of self esteem)

http://www.emeraldinsight.com/Insight/viewPDF.jsp?
contentType=Article&Filename=html/Output/Published/EmeraldFullTextArticle/Pdf/029107
0907.pdf (human resources self esteem)

You might also like