You are on page 1of 2

TAJUK KARANGAN:

KEPENTINGAN PELANCONGAN DOMESTIK


CONTOH PENDAHULUAN JENIS GABUNGAN
Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia,
Ayat menekankan bahawa kerajaan Malaysia berprakarsa untuk
Rangsangan mengembangkan dan memajukan sektor pelancongan domestik.
Menurut beliau, ‘tak kenal maka tak cinta’ kerana negara kita
memang kaya dengan flora dan fauna, warisan sejarah, pantai dan
Ayat pulau yang indah, taman negara yang mempesonakan, pusat beli-
Huraian belah yang moden, dan sebagainya. Ironinya, warga Malaysia begitu
ghairah untuk melancong ke Negara China, Thailand, Eropah, India,
Australia, dan lain-lain. Pada pandangan saya, fenomena ini berpunca
daripada terhakisnya semangat patriotik daripada lubuk sanubari
Persoalan yang tidak lekang daripada bibir kita ialah apakah
Ayat Arahan kepentingan sektor pelancongan domestik ini kepada negara, dan
bagaimanakah sektor ini dapat dimajukan agar menjadi pilihan utama
masyarakat tempatan?

CONTOH PERENGGAN ISI DEDUKTIF


Industri pelancongan Malaysia kini menjadi penyumbang kedua
Ayat Topik terbesar kepada ekonomi negara sekali gus menjadikan Malaysia
destinasi pelanongan yang terunggul.
Hal ini demikian kerana banyak pelancong, baik pelancong asing
Ayat mahupun pelancong domestic, yang memilih destinasi-destinasi
Huraian tempatan untuk bercuti. Secara tidak langsung, mereka
menyumbangkan pendapatan kepada ekonomi negara, mewujudkan
peluang-peluang pekerjaan, dan meningkatkan sosioekonomi rakyat.
Hal ini ditegaskan oleh mantan Menteri Pelancongan, Datuk Seri
Ayat Azalina Othman Said, ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal
Contoh/Bukt Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada sidang Dewan Rakyat.
i: Menurut beliau, industri pelancongan mencatat pulangan kedua
terbesar selepas sektor pembuatan pada tahun 2007 dengan
Ayat Tegasnya, industri pelancongan domestik merupakan pemangkin
Penyimpul kepada kemajuan ekonomi negara.

CONTOH PERENGGAN PENUTUP YANG MANTAP


Secara tuntas, sektor pelancongan domestik berpotensi untuk
Ayat dimajukan jika langkah-langkah proaktif dan pragmatik diambil dan
Kesimpulan dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan
bersungguh-sungguh, dan bukannya melepaskan batuk di tangga.
Namun demikian, usaha kerajaan sahaja tidak akan membuahkan
Ayat hasil, bak kata pepatah Malayu “tepuk tangan sebelah tidak akan
Cadangan berbunyi”. Maka, rakyat Malaysia hendaklah membudayakan aktiviti
pelancongan domestik secara terancang melalui pakej percutian yang
Dengan adanya kerjasama semua pihak, saya berharap bahawa
Ayat ekonomi negara kita bertambah maju dan setiap rakyat Malaysia
Harapan mendapat manfaat dalam jangka masa panjang.
Tegasnya, sektor pelancongan domestik mempunyai masa depan
Ayat yang cerah. Di mana kemahuan, di situ ada jalan!
Pendirian

You might also like