You are on page 1of 3

BACAAN AL-IMALAH

Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), istilah Imalah menurut bahasa ialah condong.
Manakala dari segi istilah, Imalah bermaksud menyebut (melafaz) baris fathah
cenderung kepada baris kasrah dan Alif cenderung kepada Ya’. Nik Jaafar Nik Ismail
(1997) pula mentakrifkan Imalah sebagai suatu bunyi bacaan mencondongkan bunyi
baris fathah lebih hampir kepada bunyi baris kasrah.

Di sisi ulama qiraat (tajwid), Ismail Tekan (1999) menyatakan istilah Imalah
didefinisikan sebagai membunyikan baris di atas (fathah) menjadi bunyi ‘e’ iaitu
antara bunyi ‘a’ dan ‘i’ yang dibunyikan menjadi “majreha”. Cara membacanya ialah
dengan memiringkan fathah ke dalam kasrah pada perkataan “majreha”, manakala
huruf Ra’ (lughat Imalah) harus dibaca tipis. (M. Abdurrahman H. R, 1991)

Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), Imalah terbahagi kepada dua iaitu
Imalah Kubra dan Imalah Sughra:

i. Imalah Kubra ialah bacaan antara fathah dengan kasrah atau antara Alif
dengan Ya’.
ii. Imalah Sughra iaitu bacaan antara fathah atau Alif dengan Imalah Kubra.
Imalah Sughra dikenali sebagai Taqlil.

Menurut Abdul Rahman Abdul Ghani (2009), antara imam yang banyak
membaca Imalah Kubra ialah Imam Abu Amru Al-Basri, Hamzah Al-Kufi dan Al-
Kisa’i Al-Kufi. Manakala riwayat Warasy Al-Madani dan Imam Abu Amru Al-Basri
pula merupakan dua orang imam qiraat yang banyak membaca Imalah Sughra
dalam bacaan qiraat mereka.

Menurut bacaan Imam Hafsh, terdapat satu tempat sahaja di dalam Al-Quran
yang wajib dibaca dengan bacaan Imalah (Kubra) iaitu pada kalimah  dalam
Surah Al-Hud ayat 41, Allah s.w.t berfirman:

             
Maksudnya: “Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya
yang beriman): “Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ‘Dengan nama Allah
bergerak lajunya dan berhentinya.’ Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Mengenai Imalah, telah dinyatakan oleh Imam Syatibi, kata beliau:


“Dan Hafsh membaca secara Imalah pada kalimah (  ) yang berada dalam
Surah Hud.”

Dalam petikan yang lain pula, beliau berkata:


“Imam Hafs bersepakat dengan (Abu Amru, Hamzah dan Al-Kisaie) membaca
dengan Imalah Kubra pada kalimah (  ) yang terdapat dalam Surah Hud.”

Bagi Al-Quran Mushaf Uthmani, di bawah huruf Ra’ pada kalimah (  )
diletakkan dengan tanda berupa intan ( ۪◌
) bagi menunjukkan bacaan Imalah fathah
huruf Ra’ kepada kasrah (mencondongkan bacaan baris di atas hampir kepada baris
di bawah) dan Imalah Alif kepada Ya’ (mencondongkan bacaan Alif Mad hampir
kepada Ya’ Mad). Menurut Abdul Qadir Leong (2003), pada asalnya Ulama’ An-
Nuqqat iaitu Ulama’ Tanda Titik telah meletakkan bulatan merah pada kalimah
tersebut tetapi kemudiannya telah ditukar dengan tanda berupa intan untuk
kemudahan percetakan.

Dalam qiraat Imam Warasy pula, setiap kalimah atau suku kata yang
memakai huruf Alif Maqshurah ( ‫ ) ﻯ‬seperti  atau  dan lain-lain
hendaklah dibaca secara Imalah; kecuali untuk nama-nama orang contohnya
seperti Musa ( ‫) ﻣﻮﺳﻰ‬, Isa ( ‫ )ﻋﻴﺴﻰ‬dan Yahya ( ‫) ﳛﲕ‬ tidaklah boleh dibaca dengan
Imalah seperti Muse, Ise dan Yahye (M. Abdurrahman H. R, 1991).

Mohamad Abd Manaf (2004) menyatakan perbincangan mengenai Imalah


adalah sangat luas. Secara umumnya, Imalah juga berlaku pada keadaan berikut:

(a) Ya’ yang berada di akhir kalimah sama ada:


i. Pada Isim. Contoh:  , Surah Al-A’raf: ayat 193.
ii. Pada Fe’el. Contoh:  , Surah Al-Insan: Ayat 1.

iii. Pada Harf. Contoh:  , Surah Al-Baqarah: Ayat 81.

(Bacaan Imalah bagi Imam Hamzah, Imam Al-Kisa’ie dan Imam Khalaf Al-
‘Aasyir manakala Imam Warsy membacanya secara Taqlil secara khilaf.)

(b) Alif pada Huruf Pembukaan Surah. Contoh:  , Surah Taahaa: Ayat 1.
(Bacaan Imalah bagi Syu’bah, Imam Hamzah, Imam Al-Kisaie dan Imam
Khalaf Al-‘Asyir. Manakala Warsy dan Imam Abu ‘Amru membaca Imalah
pada Ha’ sahaja.)

(c) Alif pada kalimah  apabila Sin berbaris kasrah. Contoh:  , Surah
An-Nas: Ayat 2.
(Bacaan Imalah bagi Duri Abu ‘Amru.)

(d) Alif yang berada sebelum Ra’ yang berada di hujung kalimah serta berbaris
kasrah asli. Contoh:   , Surah Al-Fath: Ayat 29.
(Bacaan Imalah bagi Imam Abu ‘Amru dan Duri Al-Kisa’ie.)

(e) Alif yang ditulis dengan Ya’. Contoh:  , Surah Al-Naaziaat: Ayat 39.
(Bacaan Imalah bagi Imam Hamzah, Al-Kisa’ie dan Imam Khalaf Al-‘Asyir.)

(f) Alif pada kalimah . Contoh:  , Surah Ali ‘Imran: Ayat 100.
(Bacaan Imalah bagi Imam Abu ‘Amru, Duri Al-Kisa’ie dan Ruwais manakala
Warsy membacanya secara Taqlil.)

(g) Alif pada kalimah  . Contoh:  , Surah Al-Maaidah: Ayat 22.
(Bacaan Imalah bagi Duri Al-Kisa’ie manakala Warsy membacanya secara
Taqlil secara khilaf.)

(h) Ha’ Ta’nith serta huruf sebelumnya ketika waqaf dengan syarat huruf sebelum
Ha’ Ta’nith tersebut bukannya Huruf Isti’la. Contoh:  , Surah Al-
Humazah: Ayat 6.
(Bacaan Imalah bagi Al-Kisa’ie)

You might also like