You are on page 1of 3

BACAAN AL-ISYMAM

Menurut Nik Jaafar Nik Ismail (1997), Isymam ialah suatu bunyi bacaan yang
wajib memuncungkan dua bibir mulut, isyarat kepada dhammah Nun yang telah
diidghamkan, di samping dengung yang tegas, sebelum menyebut Nun yang kedua.

Mohamad Abd Manaf (2004) menjelaskan Isymam dari segi bahasa ialah
cium. Manakala dari segi istilah sebagaimana yang telah dijelaskan, Isymam
bermaksud memuncungkan dua bibir ke hadapan sejurus selepas mematikan huruf
sebagai isyarat baris dhammah serta dibiarkan sedikit lubang di antara dua bibir
tersebut kerana mengeluarkan nafas tanpa suara. Cara bacaannya ialah Nun yang
berharakat fathah disuarakan antara fathah dan dhammah (mencampurkan bunyi
dhammah dengan bunyi fathah) dengan kedua bibir menonjol ke depan (M.
Abdurrahman H. R, 1991).

Menyentuh tentang Isymam, Imam Al-Syatibi menyatakan, “dan Isymam itu


memuncungkan dua bibir (ke hadapan) sejurus selepas dimatikan (huruf tersebut)
tanpa suara, maka di sinilah ia terhasil.” Manakala Imam Ibnu Al-Jazari pula
menyatakan, “Isymam bagi mereka (Imam-imam Al-Qurra) iaitu satu isyarat
bukannya harakah (baris).”

Secara umumnya, Isymam dibahagikan kepada empat keadaan iaitu:

i. Harus Isymam bagi semua Imam Al-Qurra’ menghimpunkan dua bibir selepas
dimatikan huruf.
Contohnya:  (Surah Al-Fatihah, Ayat 5)

ii. Bacaan Isymam bagi semua Imam Al-Qurra’ menyembunyikan baris antara
baris dan huruf mati. Hanya Imam Abu Ja’far yang membacanya dengan
Idgham semata-mata (Idgham Madhi).
Contohnya:   (Surah Yusuf, Ayat 11)
iii. Mencampurkan huruf dengan huruf seperti mencampurkan Shad dengan Zai
seperti bunyi Zha’ bagi Khalaf.
Contohnya:  (Surah Al-Fatihah, Ayat 7)

iv. Mencampurkan baris dengan baris seperti mencampurkan kasrah dengan


dhammah bagi Hisyam, Imam Al-Kisa’ie dan Ruwais.
Contohnya:  (Surah Al-Baqarah, Ayat 11)

Namun begitu, mengikut riwayat Hafsh, hanya satu tempat sahaja dalam Al-
Quran yang wajib dibaca sama ada secara Isymam atau Raum iaitu pada kalimah
  yang terdapat dalam Surah Yusuf ayat 11, Allah s.w.t berfirman:

           

Maksudnya: “Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai
ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal
sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?”

Isymam yang terdapat pada kalimah   dapat didengari (beserta suara)
kerana ia terjadi di tengah kalimah.

Sebagaimana dijelaskan oleh Imam Al-Jazari:


“Kalimah  dibaca Isymam serta raum bagi mereka semua (Imam-imam Al-
Qurra’) adapun Imam Abu Ja’far membacanya secara idgham semata-mata.”

Manakala Imam Syatibi pula menyatakan:


“Kalimah  semua qiraat membaca dengan menyembunyikan baris Nun
pertama (Ikhtilas atau Raum). Dan dibaca dengan Idgham serta Isymam oleh
sebahagian daripada mereka.”

Tanda berupa intan yang diletakkan sebagai tanda bacaan Imalah dalam Al-
Quran Rasm Uthmani turut diletakkan pada kalimah   (Surah Yusuf, Ayat 11)
iaitu di atas antara huruf Mim dan Nun bersabdu bagi menunjukkan bacaan Isymam
(memuncungkan bibir mulut ke hadapan). Isyarat pada pada huruf Nun berbaris
hadapan ( ‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬ ) telah dihazafkan tanda baris hadapannya, kemudian diidghamkan
pada huruf sama jenis berikutnya, di mana tidak dizahirkan bunyi bacaan tanda
hadapannya.

Menurut Abdul Rahman Abdul Ghani (2009), dalam keadaan yang lain,
bacaan Al-Isymam diharuskan apabila seseorang pembaca Al-Quran waqaf pada
sebarang huruf yang berbaris hadapan. Contohnya seperti:

a. ,  , Surah Al-Fatihah, Ayat 5.

b.      , Surah An-Nasr, Ayat 1.

Walaupun bacaan Al-Isymam hanya diharuskan sahaja pada tempat-tempat


tersebut dan seumpamanya, namun ia juga sangat perlu dipelajari dan diketahui
oleh pembaca Al-Quran kerana ada keadaan yang tertentu mereka terpaksa
menggunakan bacaan ini, terutamanya apabila berhenti pada satu huruf sukun yang
berbaris hadapan dan sebelumnya terdapat satu huruf sukun yang bukan huruf mad.
Contohnya seperti  dan seumpamanya.

You might also like