You are on page 1of 2

BACAAN AL-RAUM

Menurut Nik Jaafar Nik Ismail (1997), bacaan Raum ialah suatu bacaan yang wajib
memperlahankan bunyi sekadar 1/3 dhammah Nun yang pertama tanpa dengung
dan tanpa berputus suara.

Dari segi bahasa, Raum ialah cuping telinga. Manakala dari sudut istilah pula,
Raum bermaksud melafazkan sebahagian harakat (1/3 harakat) dengan suara
perlahan ketika waqaf (Mohamad Abd Manaf, 2004).

Kata Imam Al-Syatibi:


“Dan raum itu memperdengarkan huruf yang berbaris dengan suara yang perlahan
ketika waqaf serta dapat didengari oleh mereka yang dekat (dengannya).

Manakala kata Imam Ibnu Al-Jazari pula:


“Dan raum itu medatangkan sebahagian daripada harakah.”

Abdul Rahman Abdul Ghani (2009) telah membahagikan Raum kepada dua
bahagian iaitu:

i. Raum Wajib

Terdapat satu tempat sahaja dalam Al-Quran yang wajib dibaca secara Raum (atau
Isymam) iaitu huruf Nun pertama pada kalimah   dalam Surah Yusuf, Ayat
11, Allah s.w.t berfirman:

           
Maksudnya: “Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai
ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal
sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?”

Hal ini dinyatakan oleh Imam Syatibi:


“Dan kalimah  diikhfa’kan (disembunyikan sebahagian barisnya iaitu bacaan
raum) lagi dipisahkan (antara dua Nun) bagi semua (Imam-imam Al-Qurra’) dan
sebahagian (perawi) meriwayatkan daripada mereka (Imam-imam Al-Qurra’) bahawa
dibaca secara idgham serta isymam.”

ii. Raum Harus

Menurut Abdul Rahman Abdul Ghani (2009), bacaan Raum juga diharuskan
apabila seseorang pembaca itu wakaf pada huruf-huruf yang berbaris bawah dan
hadapan. Contohnya wakaf pada ayat-ayat berikut:

a.    , Surah Al-Fatihah, Ayat 1.

b.    , Surah Al-Fatihah, Ayat 5.

Sebagaimana bacaan Al-Isymam, bacaan Al-Raum ini juga kadang-kala perlu


digunakan, terutamanya apabila seseorang pembaca Al-Quran itu waqaf pada pada
satu huruf yang berbaris bawah dan sebelumnya terdapat satu huruf mati yang
bukan huruf mad. Contohnya seperti  (Surah Al-Asr, Ayat 1) dan
seumpamanya. Ini disebabkan bacaan mati semata-mata adalah sangat sukar
disempurnakan.

Oleh kerana kurangnya pengetahuan mengenai cara bacaan Al-Raum atau


Al-Isymam, maka ramai pembaca Al-Quran yang waqaf pada sesuatu kalimah tanpa
membunyikan huruf yang di hujung. Ini merupakan suatu kesalahan yang besar
(nyata) yang tidak seharusnya dilakukan.

Kesimpulannya, bacaan Al-Isymam dan Al-Raum hanya diwajibkan pada satu


kalimah sahaja dalam Al-Quran. Oleh itu, para pembaca boleh memilih salah satu
cara bacaan tersebut. Di dalam Al-Quran Mushaf Uthmani, tanda Nun yang wajib
dibaca dengan Al-Isymam atau Al-Raum telah digantikan dengan tanda berupa
intan.

You might also like