You are on page 1of 1

BACAAN AL-SILAH

Menurut Abdul Rahman Abdul Ghani (2009), Silah Ha’ Al-Dhamir atau Mad Silah
dalam Al-Quran dibaca dengan cara menyambungkan huruf Ha’ Dhomir dengan
huruf mad (Ya’).

Menurut Riwayat Hafs, hanya terdapat satu tempat sahaja dalam Al-Quran
yang wajib dibaca dengan Silah iaitu pada kalimah   yang terletak dalam
Surah Al-Furqaan, ayat 69, Allah s.w.t berfirman:

        

Maksudnya: “Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula
akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan.”

Ini kerana pada hakikatnya, apabila huruf sebelum Ha’ Ad-Dhamir bertanda
sukun dan huruf selepasnya berbaris, maka tidak boleh dipanjangkan bacaannya
(sama ada dengan Wau Kecil atau Ya’ Kecil), contoh kalimah   (Surah
Al-Furqaan, ayat 43). Sebaliknya, kalimah   yang terdapat di dalam surah
Al-Furqan, ayat 69 dikecualikan dalam masalah ini dan wajib dibaca dengan silah.
Caranya adalah dengan menyambungkan Ha’ Dhamir yang berbaris kasrah dengan
Ya’ huruf mad pada kalimah  yang menjadikan bacaan   dengan
kadar panjang dua harakat sahaja (Nik Jaafar Nik Ismail, 1997).

Dalam hal ini Imam Hafs sama bacaannya dengan Ibnu Katsir, iaitu membaca
Shilah Ha’ (panjang). Alasannya diketahui bahawa Ha’ adalah huruf lemah
sebagaimana juga Hamzah, sehingga ketika Ha’ dikasrahkan, maka sebagai ganti
dari Wau sukun adalah Ya’ untuk menguatkan Ha’.

Manakala bagi para ulama qurra’ yang lain pula, mereka kurang senang
menggabungkan dua huruf sukun yang dipisah oleh huruf lemah yaitu Ha’, sehingga
mereka membuang huruf mad setelah Ha’ dan inilah Mazhab Imam Sibawaih
(Hassan Mahmud al-Hafiz,1986).

You might also like