You are on page 1of 3

BACAAN AL-TASHIL

Menurut Nik Jaafar Nik Ismail (1997), Tashil bermaksud suatu bacaan yang
diringankan bunyi Hamzah kepada bunyi antara Hamzah dan Alif. Tashil pada
bahasa asalnya bererti mudah. Manakala dari sudut istilah, Tashil bermaksud
menyembunyikan huruf antara bunyi Hamzah dan Alif. (Mohamad Abd Manaf, 2004)

Hassan Mahmud al-Hafiz (1986) pula memberi pengertian Tashil secara


bahasa sebagai memberi kemudahan atau keringanan. Dalam segi istilah qiraat,
Tashil ditakrifkan sebagai membaca Hamzah kedua (dari dua Hamzah yang
beriringan) dengan bunyi leburan Hamzah dengan Alif contohnya kalimah  .

Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), secara umumnya, Tashil terjadi


apabila berhimpunnya dua Hamzah. Hamzah yang pertama berbaris fathah diikuti
hamzah kedua yang berbaris:

1. Fathah, contohnya:  (Surah Al-Baqarah, Ayat 6)

Sebahagian daripada para Imam Al-Qurra’ mentashilkan bacaan tetapi


terdapat juga perbezaan antara mereka iaitu:
(i) Tashil Hamzah kedua serta memasukkan Alif antara dua Hamzah tersebut
bagi Qalun, Imam Abu ‘Amru, Hisyam secara khilaf dan Imam Abu Ja’far.
(ii) Tashil Hamzah kedua tanpa memasukkan Alif antara dua Hamzah
tersebut bagi Warasy secara khilaf, Imam Ibnu Kathir dan Ruwais.

2. Kasrah, contohnya:  (Surah Al-Naml, Ayat 55)

Sebahagian daripada para Imam Al-Qurra’ mentashilkan bacaan tetapi


terdapat juga perbezaan antara mereka iaitu:
(i) Tashil Hamzah kedua serta memasukkan Alif antara dua Hamzah tersebut
bagi Qalun, Imam Abu ‘Amru dan Imam Abu Ja’far.
(ii) Tashil Hamzah kedua tanpa memasukkan Alif antara dua Hamzah
tersebut bagi Warasy, Imam Ibnu Kathir dan Ruwais.
3. Dhammah, contohnya:  (Surah Shad, Ayat 8)

Sebahagian daripada para Imam Al-Qurra’ mentashilkan bacaan tetapi


terdapat juga perbezaan antara mereka iaitu:
(i) Tashil Hamzah kedua serta memasukkan Alif antara dua Hamzah tersebut
bagi Qalun, Imam Abu ‘Amru secara khilaf dan Hisyam secara khilaf serta
Imam Abu Ja’far.
(ii) Tashil Hamzah kedua tanpa memasukkan Alif antara dua Hamzah
tersebut bagi Warasy secara khilaf, Imam Ibnu Kathir, Imam Abu ‘Amru
(wajah kedua) dan Ruwais.

Menurut riwayat Hafs, hanya terdapat satu tempat dalam Al-Quran yang wajib
dibaca secara Tashil iaitu pada kalimah  dalam Surah Fushilat ayat 44.
Cara membacanya ialah Hamzah yang pertama pada bacaan Tashil hendaklah
dibaca seperti biasa, manakala bagi Hamzah yang kedua pula hendaklah
disuarakan antara Hamzah dan Alif secara samar-samar antara Hamzah dan Alif.
Ini kerana antara sebabnya bagi orang Arab, terasa berat untuk melafazkan dua
Hamzah Qatha’ yang berurutan pada satu kalimah. Oleh itu, Tashil bertujuan untuk
meringankan bacaan tersebut. (M. Abdurrahman H. R, 1991)

Ini turut dijelaskan oleh Imam Al-Syatibi:


“Dan mentahqiqkannya (Hamzah Kedua) pada kalimah  dalam Surah
Fushshilat bagi Shuhbah (Syu’bah, Imam Hamzah dan Imam Kisa’ie). Dan telah
menggugurkan Hamzah Pertama bagi Hisyam.”

Mafhumnya, baki daripada Imam-imam Al-Qurra’ yang tujuh iaitu Imam Nafi’,
Imam Ibnu Kathir, Imam Abu ‘Amru, Ibnu Dzakuan dan Hafsh membaca secara
Tahqiq Hamzah pertama dan Tashil Hamzah kedua.

Kata Syeikh Ibrahim Al-Samnudi:


“Kalimah ditashilkan  (Hamzah) keduanya bagi Hafsh.”

Dalam Al-Quran Mushaf Rasm Uthmani, kalimah  diletakkan tanda


titik tumpuk (  ) di atas huruf Hamzah yang kedua sebagai ganti kepada tulisan
asalnya yang telah dihazafkan. Tanda tersebut menunjukkan Tashil (bacaan mudah)
dengan menyembunyikan suatu bunyi antara bunyian huruf Hamzah dan Alif. (Abdul
Qadir Leong, 2003)

Terdapat tiga jenis kalimah yang harus dibaca secara Tashil jika diulang
sebanyak dua kali. Pertamanya dibaca secara Mad Lazim dan yang keduanya
dibaca secara Tashil. Tetapi, jika dibaca sekali sahaja, maka hendaklah dibaca
secara Mad Lazim. Contohnya:

i.  (Surah al-An’am: Ayat 143 dan 144)


ii.  (Surah Yunus: Ayat 59 dan Surah Al-Naml, Ayat 59)

iii.  (Surah Yunus: Ayat 51 dan 91)

Kata Imam At-Tibi:


“Dan Hamzah Washal jika masuk atasnya (sebelumnya) Hamzah Qata’ maka
ibdalkan olehmu akannya serta tashilkan akan dia jika Hamzah Washal itu berada
sebelum Lam Ta’rif.”

Dan kata Imam Al-Syatibi:


“Dan sekiranya Hamzah Washal berada di antara Lam Sukun dan Hamzah Istifham
maka diibdalkan serta dipanjangkan ia (6 harakat), maka inilah yang lebih utama
bagi semua (Imam-imam Al-Qurra’). Dan dibaca pendek oleh mereka yang
mentashilkan akan kesemuanya seperti  .”

You might also like