You are on page 1of 33

1.

1 PENGENALAN

Mempelajari isi kandungan Al-Quran dapat menambahkan perbendaharaan


baru, meluaskan pandangan dan pengetahuan, meningkatkan perspektif serta
menemukan sesuatu perkara baru. Selain itu, dengan mempelajari Al-Quran juga
dapat menambah keyakinan mereka yang mempelajarinya terhadap keunikan isi
kandungan Al-Quran yang jelas membuktikan bahawa Allah SWT Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang sebagai penciptanya.

Sehingga kini, pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengkaji isi kandungan
Al-Quran. Ternyata semakin banyak kita mengkaji dan membahaskannya semakin
menyedarkan kita betapa terbatasnya kemampuan manusia berbanding keagungan
dan kebesaran Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

Ï&Î#÷WÏϑÎ/ $uΖ÷∞Å_ öθs9uρ ’În1u‘ àM≈yϑÎ=x. y‰x Ζs? βr& Ÿ≅ö7s% ãóst6ø9$# y‰Ï uΖs9 ’În1u‘ ÏM≈yϑÎ=s3Ïj9 #YŠ#y‰ÏΒ ãóst7ø9$# tβ%x. öθ©9 ≅è%

∩⊇⊃∪ #YŠy‰tΒ

Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi


tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan
itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan
lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan".
(Surah Al-Kahfi: ayat 109)

Menurut Imam Jalaluddin as-Sayuthi, jika diteliti terdapat dua cara


pendekatan Al-Quran iaitu:

1. Pendekatan yang Tidak Didahului dengan Pertanyaan.

Pendekatan ini boleh dilihat dalam ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi


perintah secara langsung dan larangan kepada kaum mukminin. Biasanya
pendekatan ini menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang didahului dengan ayat seperti

1
(#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# $y㕃r'‾≈tƒ

iaitu “Wahai orang-orang yang beriman … ”. Orang yang merasa diseru melalui ayat
ini akan merasa terpanggil untuk mendengar seruan tersebut lalu tergerak hatinya
untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Contohnya firman Allah SWT:

… 3“sŒF{$#uρ Çdyϑø9$$Î/ Νä3ÏG≈s%y‰|¹ (#θè=ÏÜö7è? Ÿω (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# $y㕃r'‾≈tƒ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal)


sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang)
menyakiti …”

(Surah Al-Baqarah ayat 264)

Di samping seruan secara langsung atau larangan kepada kaum mukminin,


terdapat juga seruan yang ditujukan kepada Nabi SAW tetapi secara tersiratnya ayat
tersebut sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum muslimin sebagaimana firman
Allah SWT:

….. Ÿ ( öΝà6−/u‘ ©!$# (#θà)¨?$#uρ ( nÏèø9$# (#θÝÁômr&uρ €∅ÍκÌE£‰ÏèÏ9 £èδθà)Ïk=sÜsù u!$|¡ÏiΨ9$# ÞΟçFø)‾=sÛ #sŒÎ) ÷É<¨Ζ9$# $pκš‰r'‾≈tƒ

Maksudnya: “Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan
isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan
iddahnya dan hitunglah masa iddah itu (dengan betul) serta bertaqwalah kepada
Allah, Tuhanmu …”
(Surah At-Thalaq: ayat 1)

Walau bagaimanapun, terdapat juga pendekatan tanpa menggunakan


sebutan atau seruan yang khusus tetapi secara langsung menerangkan hukum,
perintah atau larangan. Contohnya sebagaimana firman Allah SWT:

2
ìì‹Ïÿxœ ª!$#uρ 3 Ĩ$¨Ψ9$# š÷t/ (#θßsÎ=óÁè?uρ (#θà)−Gs?uρ (#ρ•Žy9s? χr& öΝà6ÏΨ≈yϑ÷ƒX{ Zπ|Êóãã ©!$# (#θè=yèøgrB Ÿωuρ

∩⊄⊄⊆∪ ÒΟŠÎ=tæ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu
sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa,
serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah
Sentiasa Mendengar, lagi Sentiasa Mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 186)

Pendekatan yang tidak didahului dengan pertanyaan ini adalah wajib dipatuhi
dan dilaksanakan manakala larangan-larangannya hendaklah dijauhi tidak kiralah
sama ada ayat tersebut dimulai dengan seruan secara langsung atau ditujukan
kepada Nabi SAW ataupun yang tidak menggunakan kata seruan terutamanya
berhubung hal-hal syariat.

2. Pendekatan sebagai jawapan terhadap pertanyaan yang diajukan


kepada Nabi SAW.

a. Pertanyaan kaum muslimin yang ditujukan kepada Nabi SAW mengenai


perkara-perkara yang belum ada ketetapan daripada Allah SWT ataupun
sebagai penjelasan yang lebih lanjut terhadap sesuatu ketetapan yang masih
memerlukan penjelasan.

Contoh ayat seperti ini adalah seperti berikut:

(#θãΖÏΒ÷σã‹ø9uρ ’Í< (#θç6‹ÉftGó¡uŠù=sù ( Èβ$tãyŠ #sŒÎ) Æí#¤$!$# nοuθôãyŠ Ü=‹Å_é& ( ë=ƒÌs% ’ÎoΤÎ*sù Íh_tã “ÏŠ$t6Ïã y7s9r'y™ #sŒÎ)uρ

∩⊇∇∉∪ šχρ߉ä©ötƒ öΝßγ‾=yès9 ’Î1

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku


maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir
(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia

3
berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi
perintahku) dan hendaklah mereka beriman kepadaku supaya mereka menjadi baik
serta betul.”

(Surah al-Baqarah ayat 186)

Pertanyaan lain yang berkenaan dengan keajaiban alam yang dijawab oleh
Allah SWT dalam al-Quran seperti:

ÏΒ šVθãŠç6ø9$# (#θè?ù's? βr'Î/ •ŽÉ9ø9$# }§øŠs9uρ 3 Ædkysø9$#uρ Ĩ$¨Ψ=Ï9 àM‹Ï%≡uθtΒ }‘Ïδ ö≅è% ( Ï'©#ÏδF{$# Çtã štΡθè=t↔ó¡o„ *

šχθßsÎ=ø è? öΝà6‾=yès9 ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 $yγÎ/≡uθö/r& ôÏΒ šVθã‹ç7ø9$# (#θè?ù&uρ 3 4†s+¨?$# ÇtΒ §ŽÉ9ø9$# £Å3≈s9uρ $yδÍ‘θßγàß

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai


(peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu
menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat haji dan
bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya
(ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang
bertaqwa; dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah
kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."

(Surah Al-Baqarah: ayat 189)

Jawapan yang diberikan dalam Al-Quran adalah berhubung dengan


kepentingan umat-Nya sepanjang masa, baik yang berkenaan dengan ibadah,
pergaulan hidup, perdagangan, kebudayaan serta yang berkaitan dengan kehidupan
manusia seharian.

Selain daripada pertanyaan seperti ini, terdapat juga bentuk permohonan


fatwa kepada Rasulullah SAW. Di dalam Al-Quran disebutkan bahawa fatwa yang
diminta adalah berkaitan dengan kehidupan bekeluarga, perkahwinan dan masalah
waris. Contohnya firman Allah SWT:

4
‘yϑ≈tGtƒ ’Îû É=≈tGÅ3ø9$# ’Îû öΝà6ø‹n=tæ 4‘n=÷Fム$tΒuρ £ÎγŠÏù öΝà6‹ÏGø ムª!$# È≅è% ( Ï!$|¡ÏiΨ9$# ’Îû y7tΡθçGø tGó¡o„uρ

Èβ≡t$ø!Èθø9$# š∅ÏΒ tÏ yèôÒtFó¡ßϑø9$#uρ £èδθßsÅ3Ζs? βr& tβθç6xîös?uρ £ßγs9 |=ÏGä. $tΒ £ßγtΡθè?÷σè? Ÿω ÉL≈©9$# Ï!$|¡ÏiΨ9$#

∩⊇⊄∠∪ $VϑŠÎ=tã ϵÎ/ tβ%x. ©!$# ¨βÎ*sù 9Žöyz ôÏΒ (#θè=yèø s? $tΒuρ 4 ÅÝó¡É)ø9$$Î/ 4’yϑ≈tFu‹ù=Ï9 (#θãΒθà)s? χr&uρ

Maksudnya: “Dan mereka meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai


(hak dan kewajipan) kaum perempuan. Katakanlah olehmu: "Allah akan memberi
keterangan (fatwa) kepada kamu mengenai mereka dan juga (ada difatwakan
dalam) apa yang selalu dibacakan kepada kamu dalam Kitab (Al-Quran) ini
mengenai perempuan-perempuan yatim yang kamu tidak memberi kepadanya apa
yang telah ditetapkan menjadi hak mereka dan yang kamu suka berkahwin dengan
mereka dan juga mengenai anak-anak yang lemah (yang masih kecil lagi). Dan
(kamu juga diwajibkan) supaya menguruskan (hak dan keperluan) anak-anak yatim
dengan adil. Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu lakukan (kepada mereka),
maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya."
(Surah An-Nisa’ : ayat 127)

b. Di samping pertanyaan atau permohonan fatwa yang diajukan oleh kaum


muslimin, terdapat juga pertanyaan daripada orang-orang yang ingkar dengan
dakwah Rasulullah SAW. Pertanyaan seperti ini kebanyakannya terdapat
dalam ayat-ayat Makkiyah yang isi kandungannya adalah berkenaan dengan
perkara asas dalam agama. Pertanyaan-pertanyaan yang diajukan
mengandungi perlawanan dan penentangan seperti:

1. Masalah kiamat, terdapat dalam Surah al-A’raf ayat 187, al-Ahzab ayat 163
dan seluruh Surah al-Naziat.
2. Masalah roh, terdapat dalam Surah Al-Isra’ ayat 85.
3. Masalah kejadian masa lampau, terdapat dalam Surah al-Kahfi ayat 83.

Dengan gambaran yang telah disebutkan, jelaslah menunjukkan bahawa


ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan mempunyai latar belakang dan peristiwa yang
berbeza-beza. Allah SWT berfirman:
5
çµ≈oΨù=¨?u‘uρ ( x8yŠ#xσèù ϵÎ/ |MÎm7s[ãΖÏ9 y7Ï9≡x‹Ÿ2 4 Zοy‰Ïn≡uρ \'s#÷Ηäd ãβ#uöà)ø9$# ϵø‹n=tã tΑÌh“çΡ Ÿωöθs9 (#ρãx x. tÏ%©!$# tΑ$s%uρ

∩⊂⊄∪ Wξ‹Ï?ös?

Maksudnya: “Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-
Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran
diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan
hatimu (Wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu
dengan teratur satu persatu.”
(Surah Al-Furqaan, ayat 32

Oleh itu, untuk lebih memahami isi kandungan Al-Quran, kita perlu
mengetahui latar belakang sebab penurunannya atau dikenali sebagai “asbabul
nuzul”. Dengan mengetahui asbabul nuzul ayat-ayat Al-Quran kita akan lebih
memahami erti dan makna ayat tersebut. Dengan demikian, hilanglah keraguan
dalam mentafsirkan ayat-ayat tersebut.

1.2 PENGERTIAN ASBABUL NUZUL

Menurut Joni Tamkin Borhan dan Che Zarina Shaari (1995), kaedah bahasa
Arab menggariskan kata “Asbab al-Nuzul” terdiri daripada dua suku kata iaitu
“Asbab” dan “Nuzul”. Kata “Asbab” ialah kata jama’ daripada kata sebab yang bererti
“sebab”. Sementara kata “Nuzul” pula adalah kata benda (masdar) daripada kata
kerja (fi’il) “nazala” yang bererti “telah turun”. Oleh itu, frasa “Asbab al-Nuzul” bererti
“sebab-sebab turun” yang bermaksud “sebab-sebab turunnya ayat-ayat al-Quran
kepada Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT”.

Dari sudut istilah pula, para mufassirin mendefinisikan “Asbab al-Nuzul”


sebagai “apa-apa yang menyebabkan penurunan sesuatu ayat atau beberapa ayat
atau pemberian jawapan terhadap sebabnya ataupun menerangkan hukumnya pada
masa berlakunya peristiwa itu.”

6
Rosmawati Ali @ Mat Zin (1997) menyatakan pengertian “asbabul nuzul” dari
sudut bahasa membawa makna sebab-sebab turunnya ayat Al-Quran kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Manakala dari sudut istilah pula “Asbabul Nuzul” membawa
maksud apa-apa yang menyebabkan penurunan sesuatu ayat atau beberapa ayat
atau pemberian jawapan terhadap sebabnya ataupun untuk menerangkan
hukumnya pada masa berlakunya peristiwa itu.

Dalam kaedaan lain, ulama’ mentakrifkan “asbabul nuzul” sebagai penurunan


ayat untuk menjelaskan peristiwa yang berlaku atau menjawab pertanyaan yang
dikemukakan kepada Nabi Muhammad SAW atau memberi penjelasan hukum
terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.

Mengikut Dawud Al-Aththar (1994), “Asbabul Nuzul” ialah sesuatu yang


melatarbelakangi turunnya satu ayat atau lebih sebagai jawapan terhadap sesuatu
peristiwa atau menceritakan sesuatu peristiwa atau menjelaskan hukum yang
terdapat dalam peristiwa tersebut.

H. Aboe Bakar (1973), menjelaskan bahawa perkataan “nazala” dengan


segala bentuknya yang diterjemahkan dengan perkataan “turun” banyak dijumpai
sama ada dalam Al-Quran mahupun hadis Nabi SAW.

Allah SWT berfirman:

∩⊇⊃∈∪ #\ƒÉ‹tΡuρ #ZŽÅe³u;ãΒ āωÎ) y7≈oΨù=y™ö‘r& !$tΒuρ 3 tΑt“tΡ Èd,ptø:$$Î/uρ çµ≈oΨø9t“Ρr& Èd,ptø:$$Î/uρ

Maksudnya: “ Dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-
Quran dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami
mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi
orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang
ingkar).”
(Surah Al-Isra’ ayat 105)

Dalam sebuah hadis disebutkan yang mafhumnya, “Sesungguhnya Al-Quran ini


diturunkan dalam tujuh macam cara membacanya (qiraat).”
7
Selain itu, “nazala” bererti juga dalam Bahasa Arab menempati atau
memasuki sebagaimana firman Allah SWT:

∩⊄∪ t,Î!Í”∴ßϑø9$# çŽöyz |MΡr&uρ %Z.u‘$t7•Β Zωu”∴ãΒ Í_ø9Ì“Ρr& Éb>§‘ ≅è%uρ

Maksudnya: "Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tempatkanlah daku di


tempat yang engkau berkati dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat ."
(Surah Al-Mukminun ayat 29)

Kadang kala perkataan “nazala” juga membawa maksud “turun dari atas ke
bawah” sebagaimana firman Allah SWT:

∩⊇∪ Í‘ô‰s)ø9$# Ï's#ø‹s9 ’Îû çµ≈oΨø9t“Ρr& !$‾ΡÎ)

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam


Lailatul Qadar.”
(Surah Al-Qadr ayat 1)

Maka dengan ayat ini, Malam Nuzul Al-Quran itu dinamakan Malam Lailatul Qadar.

1.3 CONTOH-CONTOH ASBABUL NUZUL

Terdapat beberapa contoh sebab-sebab turunnya ayat yang telah dijelaskan


oleh Imam Jalaluddin As-Sayuthi, antaranya ialah:

i. Ayat 107 dan 108, Surah At-Taubah


Allah SWT berfirman:

ôyϑÏj9 #YŠ$|¹ö‘Î)uρ šÏΖÏΒ÷σßϑø9$# š÷t/ $K)ƒÌø s?uρ #\ø à2uρ #Y‘#uŽÅÑ #Y‰Éfó¡tΒ (#ρä‹sƒªB$# šÏ%©!$#uρ

öΝåκ¨ΞÎ) ߉pκô¶tƒ ª!$#uρ ( 4o_ó¡ßsø9$# āωÎ) !$tΡ÷Šu‘r& ÷βÎ) £à Î=ósuŠs9uρ 4 ã≅ö6s% ÏΒ …ã&s!θß™u‘uρ ©!$# šUu‘%tn

βr& ‘,ymr& BΘöθtƒ ÉΑ¨ρr& ôÏΒ 3“uθø)−G9$# ’n?tã }§Åc™é& î‰Éfó¡yϑ©9 4 #Y‰t/r& ϵ‹Ïù óΟà)s? Ÿω ∩⊇⊃∠∪ šχθç/É‹≈s3s9

8
∩⊇⊃∇∪ š̍Îdγ©Üßϑø9$# =Ïtä† ª!$#uρ 4 (#ρ㍣γsÜtGtƒ βr& šχθ™7Ïtä† ×Α%y`Í‘ ϵ‹Ïù 4 ϵ‹Ïù tΠθà)s?

Maksudnya: “Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang
membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam),
dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan
orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang
yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka
yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang
kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-
mata ". padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya
Masjid (Qubaa' Yang Engkau bina Wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas
dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya.
Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat)
membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang
membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”
(Surah At-Taubah, ayat 107-108)

Ada dikemukakan dalam suatu riwayat bahawa ketika Rasulullah SAW


sedang bersiap-siap untuk berangkat ke Perang Tabuk, datanglah segolongan
orang-orang yang membangunkan Masjid Dhirar. Mereka berkata, “Ya Rasulullah!
Kami telah membina sebuah masjid untuk orang sakit serta untuk menunaikan
sembahyang malam pada musim sejuk dan musim hujan. Kami mengharapkan tuan
untuk sembahyang dan mengimami kami.”

Rasulullah SAW menjawab, “Aku sudah bersiap sedia untuk pergi dan jika
kami pulang insya-Allah kami akan datang untuk mengimami kalian semua.”

Ketika baginda pulang dari Tabuk, baginda berhenti sebentar di Zi Awan iaitu
satu tempat jaraknya sejam dari Madinah. Maka turunlah ayat berikut:

9
ôyϑÏj9 #YŠ$|¹ö‘Î)uρ šÏΖÏΒ÷σßϑø9$# š÷t/ $K)ƒÌø s?uρ #\ø à2uρ #Y‘#uŽÅÑ #Y‰Éfó¡tΒ (#ρä‹sƒªB$# šÏ%©!$#uρ

šχθç/É‹≈s3s9 öΝåκ¨ΞÎ) ߉pκô¶tƒ ª!$#uρ ( 4o_ó¡ßsø9$# āωÎ) !$tΡ÷Šu‘r& ÷βÎ) £à Î=ósuŠs9uρ 4 ã≅ö6s% ÏΒ …ã&s!θß™u‘uρ ©!$# šUu‘%tn

Maksudnya: “Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang
mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (kepada orang-orang
mukmin), dan kerana kekafirannya serta untuk memecah-belahkan perpaduan
orang-orang yang beriman, dan menunggu kedatangan orang-orang yang telah
memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Dan (apabila tujuan mereka yang
buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami
kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ".
Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”
(Surah At-Taubah: ayat 107)

Ayat tersebut melarang Rasulullah SAW untuk bersembahyang di Masjid


Dhirar kerana masjid itu didirikan untuk memecahbelahkan umat. Lalu baginda
memanggil Malik bin ad-Dakhsyin dan Ma’nu bin Adi atau saudaranya Ashim bin Adi
dan bersabda: “Berangkatlah kalian semua ke masjid yang dihuni oleh orang-orang
zalim dan hancurkan serta bakar masjid tersebut.” Lantas mereka berdua
melaksanakan perintah Rasulullah SAW.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih daripada Ibnu Ishaq daripada Ibnu Syihab
az-Zuhri daripada Ibnu Akimah al-Laitsi daripada Abi Rahmin al-Ghifari yang
mendengar bahawa Abi Rahmin termasuk di antara para sahabat yang menyertai
Bai’ah Ridwan).

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa setelah sekian lama
Rasulullah mendirikan Masjid Quba, terdapat beberapa orang Kaum Ansar yang
berdekatan dengan Masjid Quba di antaranya ialah Yakhdad mendirikan Masjid
Nifaq. Bersabdalah Rasulullah SAW kepada Yakhdad: “Celaka engkau Yakhdad,
engkau bermaksud melakukan sesuatu yang aku pun tahu maksudnya.” Yakhdad
menjawab, “Saya tidak bermaksud apa-apa kecuali mengharapkan kebaikan.”

10
Maka turunlah ayat 107, Surah At-Taubah sebagai penjelasan bahawa
terdapat orang-orang yang mendirikan masjid dengan maksud untuk memecah
belahkan umat. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Marduwaih daripada al-
Ufi daripada Ibnu Abbas).

×Α%y`Í‘ ϵ‹Ïù 4 ϵ‹Ïù tΠθà)s? βr& ‘,ymr& BΘöθtƒ ÉΑ¨ρr& ôÏΒ 3“uθø)−G9$# ’n?tã }§Åc™é& î‰Éfó¡yϑ©9 4 #Y‰t/r& ϵ‹Ïù óΟà)s? Ÿω

∩⊇⊃∇∪ š̍Îdγ©Üßϑø9$# =Ïtä† ª!$#uρ 4 (#ρ㍣γsÜtGtƒ βr& šχθ™7Ïtä†

Maksudnya: “Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya kerana


sesungguhnya Masjid (Qubaa' yang engkau bina Wahai Muhammad), yang telah
didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau
sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka
(mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-
orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”
(Surah At-Taubah ayat 108)

Dalam suatu riwayat ada dikemukan bahawa Amir berkata kepada


sebahagian kaum Ansar yang sedang mendirikan masjid; “Teruskanlah dirikan
masjidmu dan aku akan berangkat ke Kaisar Raja Rom dan kembali membawa
tentera Rom untuk mengusir Muhammad dan sahabat-sahabatnya.”

Ketika masjid itu selesai didirikan, mereka datang menghadap Nabi SAW dan
berkata: “Kami telah selesai mendirikan masjid kami dan kami sangat
mengharapkan agar tuan sembahyang di masjid kami itu.”

Maka turunlah ayat 108, Surah at-Taubah yang melarang Nabi SAW untuk
sembahyang di masjid yang didirikan untuk menghancurkan umat Islam.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih daripada Ali bin Abi Thalhah daripada Ibnu
Abbas).

Manakala dalam riwayat yang lain, ada dikemukakan bahawa kaum munafik
mendirikan masjid untuk menandingi masjid Quba dengan harapan Abi Amir ar-
Rahib akan menjadi imam mereka di masjid itu apabila dia berkunjung ke sana.
11
Setelah masjid itu selesai didirikan mereka datang menghadap kepada Rasulullah
SAW dan berkata, “Kami telah selesai mendirikan masjid, oleh kerana itu kami
mengharapkan agar tuan sembahyang di masjid kami.”

Maka turunlah ayat ini (Surah At-Taubah ayat 108) sebagai larangan kepada
Rasulullah SAW untuk bersembahyang di Masjid Dhirar iaitu masjid yang didirikan
untuk menghancurkan umat Islam. (Diriwayatkan oleh Al-Wahidi daripada Saad bin
Abi Waqas).

ii. Surah An-Naba

Allah SWT berfirman:

∩⊄∪ ÉΟ‹Ïàyèø9$# Î*t6¨Ζ9$# Çtã ∩⊇∪ tβθä9u!$|¡tFtƒ §Νtã

Maksudnya: “Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita yang besar


(berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya)”
(Surah An-Naba’ ayat 1-2)

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim daripada Al-Hasan bahawa
ketika Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai seorang rasul mereka bertanya
tentang berita yang dibawa oleh Rasul mengenai Hari Kiamat. Maka penurunan ayat
di atas adalah berhubung dengan peristiwa tersebut.

iii. Ayat 55, Surah Al-Maidah

tβθãèÏ.≡u‘ öΝèδuρ nο4θx.¨“9$# tβθè?÷σãƒuρ nο4θn=¢Á9$# tβθßϑ‹É)ムtÏ%©!$# (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$#uρ …ã&è!θß™u‘uρ ª!$# ãΝä3–ŠÏ9uρ $uΚ‾ΡÎ)

Maksudnya: “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta


orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat,
sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).”

(Surah Al-Maidah, ayat 55)

12
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa seorang peminta sedekah
telah datang kepada Ali bin Abi Talib ketika dia sedang bersembahyang sunat. Lalu
dia menanggalkan cincinnya dan diserahkan kepada si peminta sedekah tersebut.
Maka turunlah ayat ini:

tβθãèÏ.≡u‘ öΝèδuρ nο4θx.¨“9$# tβθè?÷σãƒuρ nο4θn=¢Á9$# tβθßϑ‹É)ムtÏ%©!$# (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$#uρ …ã&è!θß™u‘uρ ª!$# ãΝä3–ŠÏ9uρ $uΚ‾ΡÎ)

Maksudnya: “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta


orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat,
sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).”
(Surah Al-Maidah, ayat 55)

Hadis ini saling diperkuatkan oleh hadis-hadis yang berikut:


1. Diriwayatkan oleh Abdul Razak daripada Abdul Wahab bin Mujahid daripada
bapanya daripada Ibnu Abbas.
2. Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Marduwaih melalui perawi lain daripada Ibnu
Abbas.
3. Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih daripada Ali.
4. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Mujahid daripada Ibnu Abi Hatim
daripada Salamah bin Kuhail.

Contoh-contoh asbabul nuzul ayat yang telah dinyatakan tadi menunjukkan


bahawa asbabul nuzul itu tidaklah dalam satu bentuk sahaja, sebaliknya ada
kalanya ia berupa pujian terhadap sesuatu sikap, pemecahan masalah, jawapan
kepada sesuatu pertanyaan, menerangkan kesalahan dalam sesuatu kejadian,
penjelasan terhadap suatu hukum atau yang lainnya sesuai mengikut keperluan.
(Dawud Al-Aththar, 1994).

1.4 KEPENTINGAN DAN FAEDAH MENGETAHUI ASBABUL NUZUL

Mempelajari dan mempunyai pengetahuan tentang ilmu asbabul nuzul


memberi banyak faedah kepada seseorang individu dan kelompok masyarakat.
Antara kelebihan dan kepentingan ilmu tersebut ialah:

13
1. Penegasan Bahawa Al-Quran Benar-benar dari Allah SWT.

Menurut Muhammad Shaleh Al-‘Utsaimin (1989), kadang kala Nabi


Muhammad SAW apabila ditanya tentang sesuatu perkara, Baginda SAW akan
berdiam diri tanpa sebarang jawapan sehingga turun wahyu dari Allah SWT.
Mungkin kerana masalah yang ditanyakan adalah berhubung dengan perkara-
perkara yang hanya Allah sahaja mengetahuinya seperti hal-hal ghaib dan
sam’iyyat, oleh itu Baginda SAW memerlukan kepastian jawapan daripada Allah
SWT. Contoh firman Allah SWT yang menjawab beberapa persoalan ialah :

∩∇∈∪ WξŠÎ=s% āωÎ) ÉΟù=Ïèø9$# zÏiΒ ΟçFÏ?ρé& !$tΒuρ ’În1u‘ ̍øΒr& ôÏΒ ßyρ”9$# È≅è% ( Çyρ”9$# Çtã štΡθè=t↔ó¡o„uρ

Maksudnya : “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu
termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan
sedikit".

(Surah al Isra’, ayat 85)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa pada suatu hari Nabi SAW
berjalan di sekitar Madinah dengan bertongkat bersama dengan Ibnu Mas’ud dan
lalu di hadapan kedua-duanya segolongan kaum Yahudi. Lantas salah seorang di
antara mereka berkata: “Mari kita bertanya kepadanya.” Mereka pun berkata:
“Terangkan kepada kami tentang roh.” Kemudian Nabi SAW berdiri dan mengangkat
kepalanya ke langit dan terlihat Baginda sedang diberi wahyu. Maka turunlah ayat ini
(Surah al Isra’, ayat 85) berhubung dengan peristiwa tersebut. (Diriwayatkan oleh al-
Bukhari daripada Ibnu Mas’ud)

Manakala dalam riwayat yang lain, dikemukakan bahawa kaum Quraisy


berkata kepada kaum Yahudi: “Ajarkan kepada kami akan sesuatu yang ditanyakan
kepada orang ini (Muhammad). “Berkatalah orang Yahudi: “Tanyalah kepadanya
tentang roh”. Kemudian mereka bertanya kepada Nabi mengenai perkara itu. Maka
turunlah ayat ini (Surah al-Isra’, ayat 85) sebagai jawapan terhadap pertanyaan
tersebut. (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi daripada Ibnu Abbas).
14
Ibnu Katsir ada mengemukakan bahawa perkara yang disebutkan ini sebagai
berikut: Dari kedua-dua kejadian ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa ayat ini
turun pada kedua peristiwa itu. Demikian juga mengikut pendapat al-Hafiz Ibnu Hajar
tetapi dengan penambahan bahawa Nabi SAW mendiamkan diri ketika ditanya oleh
Yahudi adalah untuk menunggu penjelasan yang lebih jauh tentang itu. Sekiranya
bukan kerana menunggu penjelasan yang lebih jauh, tentu apa yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari itu lebih sahih.

Menurut pendapat Imam Sayuthi apa yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
itu adalah lebih sahih kerana perawinya hadir pada waktu peristiwa itu terjadi
sedangkan Ibnu Abbas tidak hadir dalam peristiwa tersebut.

2. Membantu untuk Memahami Makna Ayat, Tafsirannya dan


Menghilangkan Kekeliruan Tentang Maksud Sesuatu Ayat.

Firman Allah SWT:

∩⊇⊇∈∪ ÒΟŠÎ=tæ ììÅ™≡uρ ©!$# āχÎ) 4 «!$# çµô_uρ §ΝsVsù (#θ—9uθè? $yϑuΖ÷ƒr'sù 4 Ü>̍øópRùQ$#uρ ä−̍ô±pRùQ$# ¬!uρ

Maksudnya: “Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja
kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang
diredhai Allah; Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat dan limpah kurniaan-Nya),
lagi Sentiasa Mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 115)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Ibnu Umar membaca ayat ini dan
kemudian menjelaskan persitiwanya iaitu ketika Rasulullah SAW dalam perjalanan
dari Mekah ke Madinah, Baginda SAW telah menunaikan sembahyang sunat di atas
kenderaan mengadap bersesuaian dengan arah tujuan kenderaannya. (Diriwayatkan
oleh Muslim, Tarmizi dan Nasa’i daripada Ibnu Umar).

15
Dalam riwayat lain pula dikemukakan bahawa turunnya ayat 115 Surah Al-
Baqarah membolehkan kita untuk menunaikan sembahyang sunat di atas kenderaan
menghadap sesuai dengan arah tujuan kenderaan. (Diriwayatkan oleh Al-Hakim
daripada Ibnu Umar. Hadis ini sahih menurut syarat Muslim terutama isnadnya.)

Manakala dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Rasulullah SAW


berhijrah ke Madinah, Allah SWT telah memerintahkan untuk menghadap ke arah
Baitul Maqdis sebagai kiblat ketika menunaikan sembahyang. Maka gembiralah
kaum Yahudi, Rasulullah SAW telah melaksanakan perintah itu untuk beberapa
belas bulan lamanya tetapi di dalam hati Baginda SAW tetap ingin menghadap ke
kiblat Nabi Ibrahim (Kaabah Mekah).

Oleh itu, Baginda selalu berdoa kepada Allah SWT sambil menghadap muka
ke langit menanti turunnya wahyu. Maka turunlah ayat “qad nara taqalluba wajhika
fis-sama-i” hingga ke akhir ayat surah 144, Surah Al-Baqarah. Kaum Yahudi menjadi
bimbang dengan turunnya ayat ini sehingga mereka berkata: “Apakah yang
menyebabkan mereka membelok dari kiblat yang mereka hadapi selama ini?” Maka
Allah SWT menurunkan ayat 115 Surah Al-Baqarah ini sebagai jawapan ke atas
pertanyaan orang Yahudi. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Abi Hatim daripada Ali
bin Abi Thalhah daripada Ibnu Abbas. Isnadnya kuat dan ertinya pun membantu
sehingga dapat dijadikan asas turunnya ayat tersebut.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Rasulullah SAW mengutus suatu


pasukan perang di antaranya Jabir. Pada suatu malam yang gelap gelita mereka
tidak mengetahui arah kiblat. Berkatalah satu golongan di antara mereka: “Kami tahu
arah kiblat iaitu arah ini (sambil menunjuk ke arah utara).” Maka mereka
sembahyang dan membuat garis sesuai dengan arah sembahyang mereka.

Pada keesokan harinya setelah matahari terbit garisan yang mereka buat itu
tidak menunjukkan arah kiblat yang sebenarnya. Apabila sampai di Madinah,
mereka bertanya kepada Rasulullah tentang perkara tersebut. Selepas itu, Baginda
terdiam. Maka turunlah ayat ini sebagai penjelasan di atas peristiwa tersebut.

16
(Diriwayatkan oleh ad-Daraquthni dan Ibnu Marduwaih daripada al-Arzami daripada
‘Atha daripada Jabir).

Menurut riwayat yang lain pula dikemukakan bahawa Rasulullah SAW telah
mengirimkan suatu pasukan perang. Mereka diliputi oleh kabus yang tebal sehingga
tidak mengetahui arah kiblat yang sebenar. Namun mereka tetap menunaikan
sembahyang. Ternyata setelah terbit matahari sembahyang mereka tidak
menghadap kiblat. Oleh itu, apabila tiba kepada Rasulullah SAW, mereka
menceritakan perkara tersebut. Maka Allah SAW menurunkan ayat ini yang
membenarkan ijtihad mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih daripada Al-Kalbi
dari Abi Salleh daripada Ibnu Abbas.)

Dalam riwayat lain pula dikemukakan bahawa ketika turun ayat: “Ud’uni
astajib lakum” (Surah Ghafir, 60) yang bermaksud: “Berdoalah kamu kepada-Ku
nescaya Aku perkenankan doamu”. Maka para sahabat bertanya: “Ke mana kami
menghadap?”. Maka turunlah ayat Surah Al-Baqarah ayat 115 sebagai jawapan
terhadap pertanyaan mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Mujahid)

Kesimpulannya, jika dilihat dari segi zahir ayat ini, ia menunjukkan bahawa
umat Islam boleh menghadap ke arah mana sahaja ketika menunaikan solat. Tidak
menjadi kewajipan untuk menghadap ke arah kiblat sama ada ketika musafir atau
pun tidak, ketika solat fardhu atau pun solat sunat. Walau bagaimanapun, hal ini
ternyata sangat bercanggah dengan dalil-dalil yang mewajibkan umat Islam
menghadap ke arah Masjidil Haram ketika bersembahyang. Oleh itu, dengan
mengetahui asbabul nuzul sebenar ayat tersebut, pastinya tidak akan timbul
sebarang kekeliruan dan percanggahan. Dengan ini jelaslah bahawa pengetahuan
terhadap asbabul nuzul sangat penting dalam memahami makna ayat, tafsirannya
dan menghilangkan kekeliruan tentang maksud sesuatu ayat.

17
3. Dapat Mengetahui Hikmah Diperundangkan Sesuatu Hukum.

Ÿ tβθä9θà)s? $tΒ (#θßϑn=÷ès? 4®Lym 3“t≈s3ß™ óΟçFΡr&uρ nο4θn=¢Á9$# (#θç/tø)s? Ÿω (#θãΨtΒ#u tÏ%©!$# $pκš‰r'‾≈tƒ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri


sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu
sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan…”
(Surah An-Nuur, ayat 43)

Imam Jalaluddin As-Sayuthi menyatakan bahawa Asbabul Nuzul ayat


tersebut sebagaimana dijelaskan dalam suatu riwayat bahawa Abdur Rahman bin
Auf telah menjemput Ali dan sahabat-sahabatnya makan di rumahnya. Kemudian dia
menghidangkan mereka dengan minuman arak sehingga mereka mabuk. Apabila
tiba waktu sembahyang, Ali telah diangkat untuk menjadi imam. Pada waktu itu, Ali
membaca dengan keliru ayat ini, “qulya ayyuhal kafirun, la a’budu mata’ budu, wa
nahnu na’budu mata’ budu”. Maka turunlah ayat 43, Surah An-Nisa’ sebagai
larangan menunaikan sembahyang pada waktu mabuk. (Diriwayatkan oleh Abu
Daud, Tirmizi, Nasa’I, al-Hakim daripada Ali).

Di samping mengetahui hikmah diperundangkan sesuatu hukum,


pengetahuan tentang asbabul nuzul juga dapat menjelaskan perhatian syarak
terhadap kepentingan umum dalam menghadapi kesemua peristiwa yang terjadi ke
atas manusia. Perhatian yang diberikan ini menunjukkan Allah menyayangi umat-
Nya serta menyediakan sesuatu yang terbaik kepada mereka.

4. Mengetahui Bahawa Asbabul Nuzul Tidak Akan Terkeluar daripada


Sesuatu Hukum yang Umum Walaupun Ada Dalil Lain yang
Mengkhususkannya.

Joni Tamkin Borhan dan Che Zarina Shaari (1995) menjelaskan apabila
sesuatu lafaz diturunkan dalam bentuk umum dan terdapat pula dalil tentang
pengkhususannya, maka pengetahuan melalui ilmu asbab al-nuzul akan dapat

18
membantu para mufassirin membatasi pengkhususan tersebut. Sebagai contoh,
firman Allah SWT :

ë>#x‹tã öΝçλm;uρ ÍοtÅzFψ$#uρ $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû (#θãΖÏèä9 ÏM≈oΨÏΒ÷σßϑø9$# ÏM≈n=Ï ≈tóø9$# ÏM≈uΖ|ÁósãΚø9$# šχθãΒötƒ tÏ%©!$# ¨βÎ)

∩⊄⊂∪ ×ΛÏàtã

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan


yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang
kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan,
mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar.”
(Surah An-Nuur, ayat 23)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Khasif bertanya kepada Said
bin Jubair; “Manakah yang lebih besar dosanya, zina atau menuduh orang berzina?”
Said menjawab, “Zina.” Khasid bertanya lagi: “Bukankah Allah telah berfirman dalam
ayat ini (Surah An-Nuur, ayat 23) yang menjelaskan bahawa orang yang menuduh
orang lain berzina akan dilaknati Allah di dunia dan akhirat. Said berkata: “Ayat ini
diturunkan khusus berkenaan dengan kejadian Aisyah. (Diriwayatkan oleh at-
Tabarani daripada Khasif. Dalam sanadnya terdapat Yahya al-Hamani yang dhaif)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ayat ini turun khusus berkenaan
dengan isteri-isteri Nabi. (Diriwayatkan oleh at-Tabarani daripada ad-Dhahhak bin
Muzalim)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ayat ini turun khusus
berkenaan dengan peristiwa Aisyah. (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Hatim
daripada Said bin Jubair daripada Ibnu Abbas)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa Aisyah dituduh dan beliau
sendiri tidak mengetahuinya dan kemudiannya baru diketahui setelah ada yang
menyampaikan adanya tuduhan itu.

19
Ketika Rasulullah SAW berada di tempat Aisyah, turunlah wahyu sehingga
baginda SAW membetulkan duduknya serta menyapu mukanya. Setelah itu,
Rasulullah SAW bersabda: “Dengan memuji syukur kepada Allah dan bukan kepada
tuan.” Kemudian Rasulullah SAW membacakan ayat ini (Surah An-Nuur, ayat 23-
26). (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Aisyah).

Ayat ini diturunkan secara khusus menceritakan tentang peristiwa yang


menimpa Aisyah atau ia adalah berkenaan Aisyah dan isteri-isteri Baginda SAW
yang lain. Kenyataan ini bersandarkan riwayat yang dibawa oleh Ibnu Abbas
mengenai firman Allah SWT, “Sesungguhnya orang yang menuduh…”, itu turun
berkenaan dengan Aisyah secara khusus.

Sementara itu, Ibnu Abbas juga meriwayatkan, “Ayat tersebut adalah


berkenaan Aisyah dan isteri-isteri Rasulullah SAW. Allah tidak akan menerima
taubat orang yang melakukan perkara itu (menuduh mereka berzina). Tetapi
menerima taubat orang yang menuduh seorang perempuan yang beriman selain
isteri-isteri Nabi SAW. Kemudian Ibnu Abbas membaca:

(#θè=t7ø)s? Ÿωuρ Zοt$ù#y_ tÏΖ≈uΚrO óΟèδρ߉Î=ô_$$sù u!#y‰pκà− Ïπyèt/ö‘r'Î/ (#θè?ù'tƒ óΟs9 §ΝèO ÏM≈oΨ|Áósßϑø9$# tβθãΒötƒ tÏ%©!$#uρ

¨βÎ*sù (#θßsn=ô¹r&uρ y7Ï9≡sŒ ω÷èt/ .ÏΒ (#θç/$s? tÏ%©!$# āωÎ) ∩⊆∪ tβθà)Å¡≈x ø9$# ãΝèδ y7Í×‾≈s9'ρé&uρ 4 #Y‰t/r& ¸οy‰≈pκy− öΝçλm;

∩∈∪ ÒΟ‹Ïm§‘ Ö‘θà xî ©!$#

Maksudnya: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada


perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan
empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah
kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah
orang-orang yang fasik. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari
kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah An-Nuur, ayat 4-5)

20
Berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah An-Nuur ayat 4 dan 5 tersebut,
orang yang menuduh perempuan-perempuan yang beriman (kecuali isteri-isteri
Nabi) berzina akan mendapat pengampunan sekiranya mereka bertaubat.
Penerimaan taubat orang yang membuat tuduhan ini walaupun merupakan
pengkhususan kepada keumuman firman Allah SWT dalam Surah An-Nuur ayat 23-
25, tidak pula merangkumi orang-orang yang menuduh Aisyah dan isteri-isteri Nabi
yang lain kerana ayat 23-25 tersebut tidak pernah menyebut soal penerimaan
taubat. Oleh itu, sesiapa yang menuduh isteri-isteri Nabi melakukan perbuatan zina
tidak akan mendapat pengampunan.

5. Mengkhususkan Sesuatu Hukum yang Dinyatakan dalam Lafaz yang


Umum.

Faedah ini adalah bagi mereka yang berpandangan bahawa sesuatu hukum
itu diambil kira berdasarkan sebabnya yang khusus dan bukannya dari lafaznya
yang umum. Sebagai contoh, firman Allah SWT:

zÏiΒ ;οy—$x yϑÎ/ Νåκ¨]u;|¡øtrB Ÿξsù (#θè=yèø tƒ öΝs9 $oÿÏ3 (#ρ߉yϑøtä† βr& tβθ™6Ït䆨ρ (#θs?r& !$yϑÎ/ tβθãmtø tƒ tÏ%©!$# ¨t|¡øtrB Ÿω

∩⊇∇∇∪ ÒΟŠÏ9r& ë>#x‹tã öΝßγs9uρ ( É>#x‹yèø9$#

Maksudnya: “Jangan sekali-kali engkau menyangka (Wahai Muhammad, bahawa)


orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka
pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau
menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab
yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah Ali ‘Imran, ayat 188)

Menurut suatu riwayat, Marwan berasa ragu-ragu dengan maksud ayat ini
kerana lafaznya yang umum. Lalu Marwan berkata kepada penjaga pintunya: “Hai
Rafi’, berangkatlah kamu menuju ke tempat Ibnu Abbas dan katakanlah kepadanya
bahawa sekiranya orang akan diseksa kerana merasa gembira dengan apa yang
diperolehinya dan ingin dipuji atas apa yang mereka tidak kerjakan, pasti kita semua

21
akan diseksa.” Maka berkatalah Ibnu Abbas: “Apakah yang menjadi masalah bagi
kalian semua tentang ayat ini (Surah Ali ‘Imran, ayat 188).”

Penurunan ayat ini adalah berkenaan dengan ahli kitab. Ketika Nabi SAW
bertanya kepada mereka tentang sesuatu, mereka menutupinya dengan
memberikan jawapan yang tidak munasabah dengan pertanyaan tersebut.
Kemudian mereka keluar dan memberitahu kepada kawan-kawan mereka bahawa
mereka telah menjawab pertanyaan Rasulullah SAW dengan jawapan yang tidak
ada sangkut paut dengan pertanyaan tersebut dengan harapan mendapat pujian di
atas perbuatan tersebut. (Diriwayatkan oleh as-Syaikani dan yang lainnya daripada
Hamid bin Abdur Rahman bin Auf).

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa apabila Rasulullah SAW
pergi berjihad, tinggallah beberapa orang munafik yang tidak turut serta dalam jihad
tersebut dan mereka gembira kerana dapat melakukan pekerjaan seharian mereka.
Namun begitu setelah Rasulullah SAW kembali daripada peperangan dengan
membawa kemenangan, mereka meminta maaf dengan memberikan pelbagai
alasan sambil bersumpah dengan harapan perbuatan itu dipuji walaupun mereka
tidak ikut serta dalam jihad tersebut. Maka turunlah ayat 188 dari Surah Ali ‘Imran.
(Diriwayatkan oleh as-Syaikani daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam riwayat yang lain pula ada dikemukakan bahawa ketika Rafi’ bin
Khudaij dan Zaid bin Thabit sedang duduk bersama dengan Marwan, berkatalah
Marwan: “Apakah sebabnya penurunan ayat ini (Surah Ali ‘Imran, ayat 188)?”. Rafi’
menjawab, “Penurunan ayat ini adalah berkenaan dengan sebahagian daripada
orang-orang munafik. Apabila Rasulullah SAW akan pergi berjihad, mereka meminta
izin untuk tidak serta dengan memberitahu bahawa mereka sesungguhnya ingin
turut serta tetapi urusan seharian yang menghalangnya untuk menyertainya. Maka
turunlah ayat ini berkenaaan dengan keadaan mereka.”

Marwan seolah-olah tidak percaya kepada Rafi’ sehingga Rafi’ merasa


bersalah. Maka berkatalah Rafi’ kepada Zaid bin Thabit “Demi Allah saya bertanya
kepada engkau, apakah engkau mengetahui kejadian yang aku katakan tadi?” Zaid
22
menjawab: “Ya”. (Diriwayatkan oleh Abdu dalam tafsirnya daripada Zaid bin Aslam
dan diriwayatkan juga oleh Abi Hatim daripada beberapa tabi’in seperti itu juga).

Menurut pendapat Ibnu Hajar: berdasarkan kepada kedua hadis tersebut


dengan menggunakan kaedah tariqatul jam’i dapatlah dibuat kesimpulan bahawa
penurunan ayat tersebut (Surah Ali ‘Imran, ayat 188) adalah berkenaan dengan
kedua peristiwa tersebut yang hampir sama kejadiannya.

Seterusnya Ibnu Hajar ada mengemukakan bahawa al-Farra’ menceritakan


bahawa sebab penurunan ayat ini adalah berkenaan dengan kaum Yahudi yang
tidak mengakui Muhammad sebagai rasul dengan berkata, “Kami Ahli Kitab yang
pertama, sembahyang dan taat.”

Dijelaskan pula oleh Ibnu Jarir bahawa penurunan ayat ini (Surah Ali ‘Imran,
ayat 188) adalah berkenaan dengan semua kejadian yang telah disebutkan.

1.5 CARA MENGETAHUI SEBAB NUZUL

Menurut Rosmawati Ali @ Mat Zin (1997), untuk mengetahui sebab nuzul
tidak boleh hanya dengan melalui akal atau pendapat iaitu Bi al-Ra’yi tetapi mestilah
dengan riwayat yang sahih, pendengaran, juga hendaklah mereka menyaksikan
sendiri ayat tersebut diturunkan atau pun mereka yang mengetahui sebab-sebabnya
dan mengkaji tentangnya yang terdiri daripada sahabat, tabi’in dan mereka yang
bertungkus-lumus mengkaji ilmu ini yang terdiri daripada kalangan para ulama’ yang
ternyata boleh dipercayai.

Jelaslah dari situ, untuk mengetahui Asbab Nuzul bukanlah perkara yang
mudah dan boleh diketahui cukup atau sekadar dengan membuat penelitian dan
kajian semata-mata, namun ia mestilah dengan berdasarkan panduan dan riwayat
yang sahih. Untuk itu, ulama’ salaf dan ahli Tafsir begitu teliti dan sangat berhati-hati
dalam perkara ini, di mana ulama mengetahui Asbab Nuzul dan perkara yang
berkaitan dengan sebab penurunan Al-Quran dengan melalui riwayat para Tabi’in
dan para sahabat atau juga melalui riwayat yang secara sah berasal daripada Nabi.

23
Apa yang jelas dan pastinya, walaupun dalam setengah keadaan, ulama
mengetahui Asbab Nuzul dengan berdasarkan riwayat daripada tabi’in dan sahabat,
namun riwayat yang diterima itu bukanlah sebagai pendapat biasa tetapi ia
merupakan riwayat yang marfu’ iaitu riwayat yang berdasarkan kepada Nabi, maka
ia dapat diterima sebagai riwayat yang sahih.

Berkaitan dengan pentingnya riwayat yang sah berdasarkan kepada Nabi


atau riwayat yang marfu’ itu, adalah untuk diterima sebagai hukum atau sah. Hak
tersebut sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Wahidi, “Adalah tidak sah
menyatakan sesuatu pendapat berkaitan dengan Asbab Nuzul, kecualilah dengan
bersandarkan kepada riwayat yang sah ataupun dengan mendengar sendiri secara
langsung daripada mereka yang menyaksikan turunnya ayat, mengetahui sebabnya
serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menelitinya”.

Untuk itu, ulama salaf begitu teliti untuk memperkatakan atau mengeluarkan
pendapat berkaitan dengan Asbab Nuzul, kecualilah dengan riwayat dan
pengetahuan yang jelas. Hal tersebut dapat dilihat sebagaimana yang dinyatakan
oleh Muhammad Ibnu Sirin seorang tokoh ulama besar dari kalangan tabi’in yang
meninggal dunia pada tahun 110H. Beliau berkata, “ketika aku bertanyakan kepada
‘Ubaidah mengenai sebuah ayat Al-Quran, maka mereka yang mengetahui tentang
Al-Quran itu diturunkan semuanya telah meninggal dunia”.

Daripada kata-kata ‘Ubaidah tersebut menjelaskan tentang para sahabat


yang arif dan mengetahui berkaitan dengan Al-Quran dan Asbab Nuzul semuanya
telah meninggal dunia, antara lain para sahabat sahaja yang memang mengetahui
berkaitan dengan Asbab Nuzul. Dari situ juga kita fahami bahawa pendapat dan
riwayat yang dijadikan pegangan berkaitan dengan Asbab Nuzul adalah riwayat dan
ucapan para sahabat yang secara pastinya menunjukkan kepada Asbab Nuzul.

Keadaan lain, Imam As-Suyuti berpendapat bahawa pendapat dan riwayat


daripada tabi’in juga boleh diterima apabila pendapat dan riwayat itu jelas
menunjukkan Asbab Nuzul , walaupun riwayat itu adalah bertaraf Mursal atau Hadis
24
Mursal. Imam As-Suyuti berhujah di mana Tabi’in juga merupakan kalangan mereka
yang thiqah dan tergolong daripada kalangan mereka yang menerima riwayat
daripada para sahabat dan dikenali umum sebagai orang yang teliti dan ahli Tafsir.
Selain daripada itu, tidak mungkin dan tidak munasabah ulama tabi’in yang begitu
warak, bertaqwa dan berilmu serta dikenali sebagai seorang yang thiqah sanggup
melakukan pendustaan terhadap Nabi atau Al-Quran. Contohnya antara mereka dari
kalangan tabi’in ialah Mujahid, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair.

1.6 PANDANGAN ULAMA TERHADAP ASBAB NUZUL

Banyak ulama yang menganggap bahawa betapa pentingnya mengetahui


Asbab Nuzul sesuatu ayat. Oleh kerana itu, pelbagai usaha telah mereka jalankan
untuk mengkaji dan mengumpulkan bahannya. Mereka itu terdiri daripada Imam Al-
Wahidi, Ibnu Daqiequl’ied dan Ibnu Taimiyyah.

Imam Al-Wahidi berpendapat bahawa untuk mengetahui tafsir sesuatu ayat


Al-Quran, tidak mungkin tanpa mengetahui, latar belakang peristiwa dan kejadian
tentang penurunannya. Sementara Ibnu Daqiequl’ied pula berpendapat bahawa
keterangan tentang kejadian turunnya ayat merupakan cara yang kuat untuk
memahami makna ayat Al-Quran.

Ibnu Taimiyyah pula berpendapat bahawa mengetahui Asbab Nuzul ayat,


menolong kita memahami makna ayat, kerana mengetahui kejadian turunnya itu
memberikan kita asas untuk mengetahui penyebabnya.

Pernah terjadi dalam sejarah, para ulama salaf mengalami kesulitan di dalam
mentafsir beberapa ayat Al-Quran. Akan tetapi setelah mereka mengetahui asbab
nuzulnya, hilanglah kesulitan tersebut.

Imam Al-Wahidi berpendapat bahawa perbincangan mengenai “Asbabul


Nuzul Quran” tidak dibenarkan tanpa mengetahui riwayatnya atau mendengar
secara langsung daripada orang-orang yang menyaksikan turunnya serta
mengetahui sebab-sebabnya dan mendalami ilmunya.
25
Dalam sejarah dikemukakan bahawa Muhammad bin Sirrin pernah bertanya
kepada Ubaidah tentang makna suatu ayat di dalam Al-Quran. Ubaidah menjawab:
“Bertaqwalah kepada Allah serta mengakulah dengan jujur bahawa orang yang
mengetahui sebab-sebab diturunkan ayat itu kembali.”

Oleh kerana itu, untuk mengungkap kembali kejadian tersebut, perlu mengkaji
dengan mendalam riwayat tentang penurunan ayat tersebut, berdasarkan hadis-
hadis Rasulullah SAW.

Menurut Al-Hakim dalam kitab “Ulumul Hadis”, apabila seorang sahabat yang
menyaksikan penurunan wahyu dan ayat-ayat Al-Quran berkata bahawa ayat ini
diturunkan tentang si fulan dapatlah dibuat kesimpulan bahawa hadis itu adalah
“musnad”. Orang yang sependapat dengan beliau ialah Ibnu Shalah.

Ibnu Taimiyyah berpendapat bahawa kadang-kadang terdapat suatu riwayat


yang menceritakan maksud sesuatu ayat yang mana dalam ayat tersebut telah jelas
maksudnya. Hadis seperti ini menerangkan ayat tersebut dan bukannya mengenai
asbab nuzulnya.

Kadang-kadang terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama tentang


ucapan para sahabi, apakah ia termasuk di dalam asbab nuzul atau tafsir. Al-
Bukhari memasukkannya ke dalam musnad (seperti istilah musnad Imam Ahmad)
sedangkan para ulama lain tidak menganggapnya sebagai musnad kecuali apabila
di belakangnya menyebut sebab turunnya ayat tersebut.

Az-Zarkasyi menyebut di dalam kitabnya Al-Burhan: “Daripada adat para


sahabat dan tabi’in dapat diketahui apabila salah seorang berkata, “Turunnya ayat
ini di dalam perkara ini maka maksud kata-kata ini adalah bahawa ayat tersebut
mengandungi hukum-hukum tentang sesuatu dan bukan sebagai Asbab Nuzulnya.

Imam Sayuti pula berpendapat bahawa asbab nuzul sesuatu ayat bukan
sekadar menceritakan sesuatu ayat itu turun disebabkan oleh kejadian tertentu
(seperti riwayat Al-Wahidi tentang Surah Al-Fiil). Riwayat yang dikemukakan oleh Al-
26
Wahidi itu sekadar memberitahu kejadian yang lalu sebagaimana sejarah Nabi Nuh,
kaum ‘Aad, Kaum Thamud, sejarah mendirikan Baitullah dan sebagainya.

1.7 PENUTUP

Al-Quran yang diturunkan berfungsi sebagai sumber rujukan utama umat


Islam supaya tidak tersasar. Di dalamnya terkandung pelbagai peristiwa yang boleh
dijadikan iktibar dan pengajaran kerana kandungannya menceritakan tentang
peristiwa yang telah berlaku, semasa dan akan berlaku. Jelaslah bahawa Al-Quran
bukanlah ciptaan manusia kerana hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui tentang
sesuatu yang berlaku. Akal manusia yang terbatas tidak mampu untuk mencipta
sesuatu yang setanding dengan Al- Quran mahupun seumpamanya. Mempelajari
asbab nuzul sesuatu ayat merupakan salah satu usaha kita untuk mendalami al-
quran selain daripada membacanya. Apabila kita mengetahui tentang asbab sesuatu
ayat, keyakinan kita kepada Allah SWT dan dienullah ini pasti meningkat.

Namun begitu, tidak semua ayat al-Quran mempunyai asbab nuzul kerana
terdapat juga ayat-ayat yang turun bertujuan untuk menceritakan kisah-kisah yang
berlaku pada masa dahulu sebagai pengajaran dan teladan kepada manusia.
Antaranya seperti kisah nabi-nabi yang terdahulu, kejadian, perkara-perkara ghaib,
peristiwa hari akhirat, nikmat syurga serta azab neraka dan lain-lain. Walau
bagaimanapun, kesemuanya mampu memberi manfaat yang tidak terhingga kepada
manusia dalam melayari hidup di dunia yang penuh dengan cabaran ini.

27
2.0 SAMBUTAN NUZUL QURAN DI MALAYSIA

Peristiwa penurunan Kitab Suci Al-Quran atau Nuzul Al-Quran merupakan


peristiwa agung dalam sejarah umat Islam. Al-Quran diturunkan pada bulan
Ramadhan dari Luh al-Mahfuz ke Bayt al-'Izzah di langit dunia secara keseluruhan
(jumlatan wahidatan), kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada
Rasulullah SAW selama 23 tahun. Perkara ini berdasarkan firman Allah SWT:

4 Èβ$s%öà ø9$#uρ 3“y‰ßγø9$# zÏiΒ ;M≈oΨÉit/uρ Ĩ$¨Ψ=Ïj9 ”W‰èδ ãβ#uöà)ø9$# ϵŠÏù tΑÌ“Ρé& ü“Ï%©!$# tβ$ŸÒtΒu‘ ãöκy−

Maksudnya: “Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi


sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”
(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Sambutan Nuzul Al-Quran telah lama menjadi tradisi di kalangan masyarakat


Islam, khususnya di Malaysia. Malah sebahagian negeri di Semenanjung Malaysia
iaitu Kelantan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu dan Selangor telah
mengisytiharkan cuti pada setiap 17 Ramadhan sempena sambutan Nuzul Al-Quran.
Sambutan ini bertujuan memperingati tarikh mulanya wahyu (ayat-ayat Al-Quran)
diturunkan dan rahmat kepada seluruh alam.

Nuzul Al-Quran merupakan hari yang penuh rahmah di mana umat manusia
mendapat petunjuk dengan diturunkan Kitab Suci Al-Qur'an sebagai panduan hidup.
Bagi mengimarahkan sambutan Nuzul al-Quran dan mengembalikan kehebatan Al-
Quran, gerakan bersepadu dari semua pihak perlu digembleng termasuklah pihak
media, kerajaan dan masyarakat. Pelbagai program direncana sebagai pengisian
pada hari tersebut sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, kampung dan
sekolah-sekolah dengan pelbagai program dan aktiviti keagamaan seperti tadarus,
ceramah agama dan marhaban.

28
Saban tahun apabila tibanya bulan Ramadhan, timbullah polemik berhubung
isu bidaah menyambut Nuzul Al-Quran kerana masih tidak ditemukan dasarnya secara
jelas di dalam Al-Quran mahupun Hadis Nabi SAW. Namun sehingga kini, kebanyakan
pihak terus mengamalkannya malah ia menjadi kebiasaan yang sudah berurat nadi dan
menjadi suatu tradisi yang baik. Apatah lagi kerajaan pusat dan negeri telah
memperuntukkan wang bagi menampung perbelanjaan program-program yang
dijalankan bagi menyambut Nuzul Al-Quran di pelbagai peringkat.

Di masjid-masjid besar selalunya akan diadakan iftar jama’ie atau berbuka


puasa beramai-ramai diikuti dengan Solat Maghrib dan Isyak berjemaah, Solat
Tarawikh. Selain itu, tokoh-tokoh ilmuwan agama yang terkenal juga akan dijemput
untuk memberi ceramah agama perdana mengenai Nuzul Al-Quran. Majlis-majlis ini
selalunya akan diakhiri dengan Tadarus Al-Quran beramai-ramai. Program-program
ini akan diadakan pada setiap malam dan biasanya digiatkan menjelang sepuluh
malam terakhir Ramadhan. Di samping program-program berbentuk pengisian
rohani, pada hari tersebut juga umat Islam biasanya akan bergotong-royong
menyediakan juadah berbuka puasa pada sebelah petang. Di masjid-masjid
misalnya, aktiviti memasak bubur lambuk untuk disedekahkan kepada orang ramai
sudah tidak asing lagi.

Di peringkat institusi pendidikan dan sekolah pula, program-program yang


dijalankan tidak kurang bezanya dengan program-program yang dianjurkan di
peringkat kebangsaan dan negeri. Doa selamat turut dibacakan pada hari tersebut
bagi memohon keberkatan Ilahi. Selain itu, terdapat aktiviti-aktiviti yang boleh
disertai oleh pelajar-pelajar sekolah bagi meraikan sambutan Nuzul Quran ialah
pertandingan-pertandingan yang bersesuaian dengan mereka seperti pertandingan
hafazan, tafsir, tilawah, nasyid, syarahan dan lain-lain. Suasana sambutan di
sekolah lebih meriah kerana murid-murid berasa seronok dan bersemangat
menyambut hari tersebut. Pelbagai program dianjurkan seawal bulan Ramadhan lagi
seperti pertandingan nasyid, menyampaikan khutbah, bercerita, melukis dan
mewarna, dan sebagainya. Pertandingan seperti ini bukan sahaja dapat mengasah
bakat murid-murid, malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka
terhadap sejarah dan pengetahuan Islam secara tidak langsung.
29
Sambutan Nuzul Al-Quran di negara ini dilihat lebih meriah dengan
penglibatan daripada media massa seperti radio dan televisyen. Rancangan-
rancangan yang pelbagai telah disusun berunsurkan keagamaan khususnya
berkaitan dengan al-Quran untuk menarik minat umat Islam di samping menjadi
contoh kepada orang yang bukan Islam. Sambutan Nuzul Al-Quran diimarahkan lagi
dengan pelbagai majlis keagamaan seperti forum-forum, ceramah-ceramah, tadarus
al-Qur'an dan sebagainya. Meskipun penganjuran majlis-majlis seumpama ini dilihat
masih belum mencukupi, namun apa yang lebih penting dan utama, umat Islam
seharusnya memahami, menghayati dan mengamalkan segala isi yang terkandung
di dalam al-Quran agar dapat dijadikan pegangan dan pedoman dalam menjalani
kehidupan seharian.

Selain bertujuan memperingati tarikh mulanya wahyu (ayat-ayat Al-Quran)


diturunkan, sambutan Nuzul Al-Quran juga bertujuan menguatkan keyakinan umat
terhadap kebenaran Al-Quran sebagai Wahyu Allah yang luar biasa dan mengajak
umat untuk mengamalkan isinya. Umat Islam harus memiliki keyakinan bahawa
Islam itu hadir membawa rahmat yang sekaligus memancarkan keindahan agama
yang suci. Rahmat yang hadir bersama terutusnya junjungan besar Nabi
Muhammad SAW 1400 tahun lalu. Oleh itu, sempena sambutan Nuzul Al-Quran,
perkara-perkara khusus yang boleh dilakukan ialah:

- Memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW.


- Mengamalkan sunnah Baginda SAW.
- Melaksanakan semua suruhan dan menjauhi larangan Allah SWT.
- Mengikut agama Islam sepenuhnya.
- Mengamalkan cara kehidupan yang digariskan oleh Islam.
- Sentiasa ingat dan berselawat ke atas Nabi junjungan SAW.
- Mengamalkan adab kehidupan Baginda SAW ketika susah atau senang.
- Memandang berat perkara yang bercanggah syariah.
- Membaca Al-Quran dan sentiasa beriman kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

30
Bagi membuktikan kasih sayang terhadap Kitab Suci Al-Quran, umat Islam
hendaklah mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah SWT. Mentauhidkan Allah
adalah bukti paling kukuh menunjukkan kita mengikuti ajaran Al-Quran dan Sunnah
Rasul-Nya. Sambutan Nuzul Al-Quran bukan sahaja perlu disambut pada malam 17
Ramadhan semata-mata sebaliknya penghayatan terhadap Al-Quran merupakan
proses sepanjang kehidupan. Untuk merealisasikan makna mencintai Al-Quran,
umat Islam perlulah berusaha mempelajari, memahami dan mengamalkan isi
kandungan Al-Quran serta menyebarkan pengajaran yang terkandung di dalamnya
kepada seluruh umat manusia. Oleh itu, perkara-perkara yang perlu dilakukan
walaupun selepas berlalunya sambutan Nuzul Al-Quran ialah:

1. Mempelajari Al-Quran, memahami dan mengamalkan serta menyebarkan


ajarannya. Antara tanda mencintai Rasulullah SAW adalah dengan
memanfaatkan Al-Quran yang menjadi mukjizat Baginda SAW dalam segala
aspek kehidupan seharian.

Ibnu Mas'ud berkata: ”Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya,


kecuali Al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah
dan Rasul-Nya.”

2. Al Quran hendaklah sentiasa dibaca dan ditadabbur (dihayati).


Firman Allah SWT:

∩⊄∪ É=≈t6ø9F{$# (#θä9'ρé& t©.x‹tFuŠÏ9uρ ϵÏG≈tƒ#u (#ÿρã−/£‰u‹Ïj9 Ô8t≈t6ãΒ y7ø‹s9Î) çµ≈oΨø9t“Ρr& ë=≈tGÏ.

Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu


(dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah dan
manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayat-
Nya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil
iktibar. “

(Surah Shod, ayat 29)

31
3. Al Quran mestilah sentiasa dipelajari dan dilaksanakan.

Hal ini telah diperingatkan dalam Al-Quran, firman Allah SWT:

.tã š‚θãΖÏFø tƒ βr& öΝèδö‘x‹÷n$#uρ öΝèδu!#uθ÷δr& ôìÎ7®Ks? Ÿωuρ ª!$# tΑt“Ρr& !$yϑÎ/ ΝæηuΖ÷t/ Νä3ôm$# Èβr&uρ

3 öΝÍκÍ5θçΡèŒ ÇÙ÷èt7Î/ Νåκz:ÅÁムβr& ª!$# ߉ƒÌãƒ $uΚ‾Ρr& öΝn=÷æ$$sù (#öθ©9uθs? βÎ*sù ( y7ø‹s9Î) ª!$# tΑt“Ρr& !$tΒ ÇÙ÷èt/

∩⊆∪ tβθà)Å¡≈x s9 Ĩ$¨Ζ9$# zÏiΒ #ZŽÏWx. ¨βÎ)uρ

Maksudnya: “Dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka


dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (hukum di dalam al Quran) dan
janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-
jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah
diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan
menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah Hanya Allah mahu menyeksa
mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya
kebanyakan dari amat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.”

(Surah al Maaidah, ayat 49)

Walaupun sambutan Nuzul Al-Quran di semua peringkat adalah


memberangsangkan tetapi masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki.
Ini bertujuan agar segala program yang dijalankan mendapat keberkatan daripada
Allah SWT. Berbeza dengan sambutan peristiwa-peristiwa lain, Nuzul Al-Quran
berkait rapat dengan sejarah Islam itu sendiri. Oleh itu, seharusnya umat Islam lebih
menumpukan kepada program-program yang boleh mencetuskan kesedaran dan
keinsafan dalam diri.

Begitu juga dengan perbelanjaan yang digunakan, perlu dielakkan daripada


berlakunya pembaziran. Ini kerana perbuatan membazir ini merupakan perkara yang
disukai syaitan laknatullah sebagaimana firman Allah SWT :

32
∩⊄∠∪ #Y‘θà x. ϵÎn/tÏ9 ß≈sÜø‹¤±9$# tβ%x.uρ ( ÈÏÜ≈u‹¤±9$# tβ≡uθ÷zÎ) (#þθçΡ%x. tÍ‘Éj‹t6ßϑø9$# ¨βÎ)

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-


saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada
Tuhannya”.
(Surah al-Isra’, ayat 27)

Sebagai mukmin sejati, kita seharusnya mengelakkan perkara-perkara yang


boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT dan rasul-Nya kerana apa yang penting
di sisi Allah SWT adalah ketakwaan dan keikhlasan seseorang hamba-Nya. Oleh itu
marilah kita sama-sama menghayati sambutan Nuzul Al-Quran sebagai suatu
peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Sempena Nuzul Al-Quran pada
tahun-tahun akan datang marilah sama-sama kita berazam untuk terus beriman
dengan Al-Quran dengan cara membaca, menghafaz dan mengamalkan suruhan
serta meninggalkan segala larangan Allah SWT sebagaimana yang terkandung di
dalam Kitab Suci Al-Quran.

33

You might also like