P. 1
Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

Kebaikan Sistem Takaful Berbanding Dengan Insurans Konvensional

4.71

|Views: 37,938|Likes:

More info:

Published by: Shazana Binti Muhamed Sa'ad on Oct 17, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

11/24/2015

Takaful Keluarga

Takaful Am

Kombinasi perlindungan dan tabungan
jangka panjang, biasanya untuk tempoh
lebih dari setahun

Perlindungan jangka pendek, biasanya
untuk tempoh setahun

Pembayaran caruman berkala –
bulanan, suku-tahunan, setengah-
tahunan atau tahunan

Pembayaran caruman sekaligus

Memberi manfaat kewangan sekiranya
peserta ditimpa musibah serta memberi
keuntungan pelaburan

Menyediakan perlindungan terhadap
apa-apa kerugian atau kerosakan ke
atas harta benda atau barang-barang
kepunyaan peserta

Perlindungan termasuklah:
• Kematian dalam tempoh polisi
• Penyakit atau hilang upaya
• Pendapatan tetap ketika persaraan

Perlindungan termasuklah:
• Kecurian atau kerosakan harta benda
• Liabiliti yang berpunca daripada
kerosakan yang disebabkan oleh diri
sendiri ke atas pihak ketiga
• Kematian atau kecederaan akibat
kemalangan ke atas pihak ketiga

Produk utama:
• Pelan Keluarga Biasa (gadai janji,
kesihatan, pendidikan dan ‘rider’)
• Pelan Anuiti (pendapatan tetap ketika
persaraan)
• Pelan Berkaitan Pelaburan

Produk utama:
• Pelan Motor
• Pelan Kebakaran / Empunya Rumah /
Isi Rumah
• Pelan Kemalangan Diri

28

3.1.5 PRINSIP ASAS TAKAFUL

i. Peserta mestilah mempunyai kepentingan kewangan yang sah dalam subjek

yang berkenaan untuk menyertai pelan takaful.

ii. Kontrak takaful adalah berdasarkan prinsip penuh percaya mutlak (amanah)

yang memerlukan peserta mendedahkan semua maklumat semula yang

berkaitan. Sekiranya mereka gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi

atau pelan mereka mungkin tidak sah dan mereka tidak akan dilindungi ke atas

sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami.

iii. Peserta hanya boleh memperolehi nilai kerugian kewangan mereka dan bukan

mendapat keuntungan berikutan sesuatu kerugian yang boleh ditentukan

nilainya.

iv. Dalam menentukan pampasan, pengendali takaful akan mengenal pasti punca

kerugian tersebut.

v. Setelah peserta menerima pampasan bagi kerugian tersebut, pengendali takaful

berhak menuntut daripada pihak ketiga yang bertanggungjawab terhadap

kerugian tersebut.

vi. Sekiranya sesuatu kerugian ditanggung oleh lebih daripada satu pelan takaful

atau polisi insurans, pengendali takaful yang telah membuat pembayaran kepada

peserta boleh meminta pengendali takaful atau syarikat insurans lain yang

terbabit untuk menyumbang mengikut kadar bahagian masing-masing.

29

3.2 INSURANS KONVENSIONAL

Insurans umumnya difahami sebagai pemindahan risiko daripada seseorang

individu atau sesebuah organisasi kepada syarikat insurans. Individu atau organisasi

tersebut kemudiannya dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan

menerima bayaran daripada pemegang polisi dalam bentuk premium dan sekiranya

pemegang polisi ditimpa sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan

membayar pampasan kepada pemegang polisi tersebut.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->