You are on page 1of 19

1.0 KONSEP SYIRIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.

1.1 PENGENALAN

Tauhid dan syirik merupakan dua perkara yang saling bertentangan dan sama
sekali tidak boleh disatukan. Pengenalan kepada hakikat tauhid tidak sempurna
sekiranya tidak disertai dengan pengenalan kepada hakikat syirik. Ini kerana
pengenalan kita kepada sesuatu hakikat akan lebih sempurna jika kita turut mengenali
lawan yang sebaliknya. Mohd Sulaiman Yassin (1997), menyatakan bahawa dengan
mengenali kejahatan, maka seseorang itu akan berusaha menyelamatkan diri daripada
terjerumus ke dalamnya. Sayyidina Khudhayfah (r.a) misalnya merupakan salah
seorang sahabat Nabi SAW yang banyak bertanyakan tentang kejahatan berbeza
dengan kebanyakan sahabat yang lain, yang mana mereka lebih suka bertanyakan
kebaikan. Demikian juga dengan mengenali syirik, maka seseorang itu akan berusaha
sedaya upaya menyelamatkan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh
menjerumuskannya ke lembah syirik sekaligus merosakkan tauhidnya. Firman Allah:

∩⊇⊇∉∪ #´‰‹Ïèt/ Kξ≈n=|Ê ¨≅|Ê ô‰s)sù «!$$Î/ õ8Ύô³ç„ tΒuρ 4 â!$t±o„ yϑÏ9 šÏ9≡sŒ šχρߊ $tΒ ãÏøótƒuρ ϵÎ/ x8uŽô³ç„ βr& ãÏøótƒ Ÿω ©!$# ¨βÎ)

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan


(sesuatu) dengan-Nya, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu. Bagi siapa
yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat
sejauh-jauhnya". (QS. An-Nisa: 116).

Menyekutukan Allah jelas dianggap perbuatan syirik apatah lagi perbuatan


mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di
dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam. Justeru, sebagai
seorang muslim, kita perlu mengenali konsep syirik dalam Islam.

1
1.2 PENGERTIAN SYIRIK DARI SUDUT BAHASA DAN ISTILAH

Menurut Mardzelah Makhsin (2003), perkataan “Syirik” berasal daripada


perkataan Arab yang telah dimelayukan. Asal perkataan dalam bahasa Arab adalah
syirik, diambil daripada kata kerja “asyraka” yang bermaksud “sekutu” atau “kongsi”.
Kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga mentakrifkan syirik sebagai “perbuatan
menyekutukan Allah dengan yang lain seperti beribadah kepada selain Allah dengan
menyembah patung, tempat keramat dan sebagainya”. Manakala dari sudut istilah
syarak, syirik adalah dosa yang paling besar dan tidak diampunkan oleh Allah SWT di
Hari Akhirat. Orang yang melakukannya menjadi kafir serta kekal di dalam neraka
selama-lamanya.

∩∉∪ Ïπ−ƒÎŽy9ø9$# •ŽŸ° öΝèδ y7Í×‾≈s9'ρé& 4 !$pκŽÏù tÏ$Î#≈yz zΟ¨Ψyγy_ Í‘$tΡ ’Îû tÏ.Ύô³ßϑø9$#uρ É=≈tGÅ3ø9$# È≅÷δr& ôÏΒ (#ρãxx. tÏ%©!$# ¨βÎ)

Maksudnya: ”Sesungguhnya orang-orang Yang kafir dari ahli Kitab dan orang-orang
musyrik itu akan ditempatkan di Dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di
dalamnya. Mereka itulah Sejahat-jahat makhluk. (al-Bayyinah:6)

Mohd Sulaiman Yasin (1997) pula mentakrifkan syirik dari segi bahasa sebagai
mencampurkan atau menyekutukan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Manakala dari
segi istilah pula membawa maksud mensyarikatkan Allah SWT dengan makhluk atau
mensyarikatkan makhluk dengan Allah pada Zat-Nya, Asma-Nya dan sifat-Nya.

Manalaka Ahmad Mohd Salleh (2002) mentakrifkan syirik sebagai menyekutukan


Allah SWT dengan sesuatu makhluk atau mempercayai bahawa adanya kuasa yang
lebih berkuasa daripada Allah SWT. Secara kesimpulannya, syirik ialah menjadikan
Allah sekutu dengan sesuatu dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan,
perbuatan dan iktiqad.

2
Yusuf Qardawi (1986) menjelaskan seseorang yang menjadikan Allah SWT
sekutu dengan sesuatu yang berhak untuk Allah SWT. Seperti seseorang menjadikan
selain Allah satu tuhan atau beberapa tuhan lali disembah atau ditaati atau dipohon
pertolongan kepadanya atau mencintainya atau seumpamanya di mana itu sama sekali
tidak layak kecuali hanya untuk Allah sahaja.

1.3 DALIL AL-QURAN DAN AL-HADIS

Begitu banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menjelaskan tentang syirik
sama ada secara langsung atau pun melalui perumpamaan atau contoh-contoh
tertentu. Allah menyatakan bahawa tujuan penciptaan kita tidak lain tidak bukan adalah
untuk beribadah kepada-Nya, sebagaimana firman SWT:

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 āωÎ) }§ΡM}$#uρ £Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ

Maksudnya: “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
beribadah kepada-Ku.”
(Surah Adz-Dzariyaat: ayat 56)

Ibadah merupakan sesuatu yang dicintai dan diredhai oleh Allah SWT baik
berupa perkataan atau perbuatan, yang zahir mahupun yang batin. Ibadah ini harus
ditujukan hanya kepada Allah dan tidak kepada selain-Nya, sebagaimana firman Allah:

∩∈∪ ÚÏètGó¡nΣ y‚$−ƒÎ)uρ ߉ç7÷ètΡ x‚$−ƒÎ)

Maksudnya: “Hanya kepadaMu lah kami beribadah dan hanya kepadaMu lah kami
minta pertolongan.”
(Surah Al- Fatihah: ayat 5)

3
Dalam ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman:

“ttƒ öθs9uρ 3 °! ${6ãm ‘‰x©r& (#þθãΖtΒ#u tÉ‹©9$#uρ ( «!$# Éb=ßsx. öΝåκtΞθ™6Ïtä† #YŠ#y‰Ρr& «!$# Èβρߊ ÏΒ ä‹Ï‚−Gtƒ tΒ Ä¨$¨Ζ9$# š∅ÏΒuρ

∩⊇∉∈∪ É>#x‹yèø9$# ߉ƒÏ‰x© ©!$# ¨βr&uρ $Yè‹Ïϑy_ ¬! nο§θà)ø9$# ¨βr& z>#x‹yèø9$# tβ÷ρttƒ øŒÎ) (#þθãΚn=sß tÏ%©!$#

Maksudnya: "Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-


tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah,
adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.

(Surah Al-Baqarah: ayat 165)

Mahabbah dalam ayat ini merupakan cinta yang mengandungi unsur-unsur


ibadah iaitu cinta yang disusuli dengan ketaatan mutlak serta mengutamakan yang
dicintai daripada yang lainnya. Mahabbah seperti ini adalah hak istimewa Allah, hanya
Allah yang berhak dicintai seperti itu, tidak boleh diperlakukan dan disetarakan
dengan-Nya sesuatu apapun.

Syirik merupakan dosa besar yang paling besar. Abdullah bin Mas’ud r.a
berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah , “Dosa apakah yang paling besar di
sisi Allah?” Beliau s.a.w bersabda, “Engkau menjadikan sekutu bagi Allah, padahal
Dialah yang telah menciptakanmu.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Maka sudah selayaknya bagi kita untuk berhati-hati supaya ibadah kita tidak
bercampur dengan kesyirikan sedikit pun, dengan jalan mempelajari ilmu agama yang
benar agar kita mengetahui antara syirik dan tauhid. Kita hendaklah merasa takut
terjerumus ke dalam kesyirikan, kerana samarnya syirik ini adalah sebagaimana sabda
Nabi s.a.w, “Wahai umat manusia, takutlah kalian terhadap kesyirikan, kerana syirik itu
lebih samar dari (jejak) langkah semut.” (HR. Ahmad)

4
1.3 JENIS SYIRIK DAN CONTOH-CONTOHNYA

Syaikhul Islam Muhammad Abdul Wahhab (1979) berpendapat bahawa terdapat


pelbagai kemusyrikan telah menimpa umat Islam. Beliau membahagikan kemusyrikan
itu kepada dua perkara:
1. Syirik yang dapat menghapus tauhid iaitu syirik yang keluar dari garis agama.
Syirik yang demikian dinamakan syirik terbesar dan pelakunya harus dibunuh.
2. Syirik yang dapat menghapus kesempurnaan tauhid iaitu dosa besar dan wajib
dimusnahkan agar tidak menjadi jalan menuju kepada syirik yang besar.

Menurut Abu Mu’tashim Billah (1999), Syirik yang dapat membatalkan iman
terbahagi kepada tiga bahagian:

a. Syirik seseorang yang beriman kepada Allah tetapi dia menjadikan bagi-Nya
sekutu dalam kekuasaan dan pengendalian terhadap makhluk; seperti
menciptakan, menghidupkan, memberikan rezeki, mematikan, memberikan
manfaat dan mudarat.

Syirik ini ialah seperti syiriknya orang Nasrani dan orang Majusi kerana orang
Nasrani berkeyakinan bahawasanya Allah adalah tiga dan orang Majusi
berkeyakinan bahawa tuhan ada dua sedangkan Allah sendiri berfirman:

&óx« ¨≅à2 t,n=yzuρ Å7ù=ßϑø9$# ’Îû Ô7ƒÎŽŸ° …ã&©! ä3tƒ öΝs9uρ #Y‰s9uρ õ‹Ï‚−Gtƒ óΟs9uρ ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# à7ù=ãΒ …çµs9 “Ï%©!$#

∩⊄∪ #\ƒÏ‰ø)s? …çνu‘£‰s)sù

Maksudnya: ”Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak
mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaan(Nya), dan Dia
telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya
dengan serapi-rapinya. (Al-Furqan: 2)

5
b. Syirik seseorang yang menyifatkan dirinya atau selainnya dengan sifat
kesempurnaan atau orang yang telah menolak salah satu sifat kesempurnaan
Allah.
Salah satu contoh syirik ini ialah seperti kata Fir’aun:

∩⊄⊆∪ 4’n?ôãF{$# ãΝä3š/u‘ O$tΡr& tΑ$s)sù

Maksudnya: "Akulah Tuhanmu yang paling tinggi". (An-Naziat: 24)

Dan katanya juga dalam menolak salah satu sifat Allah:

∩⊄⊂∪ šÏϑn=≈yèø9$# >u‘ $tΒuρ ãβöθtãöÏù tΑ$s%

Maksudnya: “Fir'aun bertanya: "Siapa Tuhan semesta alam itu?" (as-Syu’ara:23)

c. Syirik bagi seseorang yang beribadah kepada selain Allah dengan segala bentuk
peribadatan. Allah SWT berfirman:

( $\↔ø‹x© ϵÎ/ (#θä.Ύô³è@ Ÿωuρ ©!$# (#ρ߉ç6ôã$#uρ

Maksudnya: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya


dengan sesuatupun.” (An-Nisa’: 36)

Oleh itu, melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan percaya kepada tempat
keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan
tangkal dan azimat, adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

6
Menurut Yusuf Al-Qardawi, syirik terdiri dari dua jenis, dikenali dengan syirik
akbar dan syirik asghar. Syirik Akbar ialah syirik yang tidak diampunkan Allah dan
pelakunya tidak akan dimasukkan sama sekali ke syurga. Manakala Syirik Asghar pula
adalah di antara dosa-dosa besar yang dikhuatiri orang yang melakukannya dan yang
berterusan melakukannya akan membawa kepada mati di dalam keadaan kafir jika
Allah tidak memberi pertolongan dengan rahmat-Nya sekiranya dia tidak bertaubat
sebelum mati.

1. Syirik Akbar Jali (terang) dan Khafi (tersembunyi)

Syirik Akbar terbahagi kepada dua iaitu Syirik Akbar Jali (terang) dan Syirik
Akbar Khafi (tersembunyi). Syirik akbar yang terang ialah beribadah kepada satu tuhan
atau beberapa tuhan di samping Allah SWT sama ada tuhan tersebut berbentuk objek
seperti matahari, bulan atau benda mati seperti berhala atau batu ataupun tuhan
tersebut berbentuk binatang seperti anak lembu atau bapak lembu atau tuhan yang
berbentuk manusia seperti Firaun yang mendakwa dirinya tuhan.

Ahmad Mohd Salleh (2002) menjelaskan syirik akbar ialah menyekutukan Allah
SWT dengan sesuatu makhluk dari aspek penciptaannya seperti mempercayai ada
kuasa lain selain daripada kuasa Allah SWT yang lebih berkuasa. Firman Allah SWT:

∩∠⊄∪ 9‘$|ÁΡr& ôÏΒ šÏϑÎ=≈©à=Ï9 $tΒuρ ( â‘$¨Ψ9$# çµ1uρù'tΒuρ sπ¨Ψyfø9$# ϵø‹n=tã ª!$# tΠ§ym ô‰s)sù «!$$Î/ õ8Ύô³ç„ tΒ …çµ‾ΡÎ)

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah,


Maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka,
tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.” (Surah Al-Ma’idah: 72)

Secara kesimpulannya, Syirik Akbar ialah mempersekutukan Allah dengan


sesuatu yang lain, dengan mempercayai dan menyembah sesuatu yang dianggap
mempunyai kuasa luar biasa, sama ada sebagai pengantara dengan Allah seperti

7
berhala, sebagai anak Allah, isteri, roh ataupun mempunyai kuasa tertentu yang hanya
milik Allah SWT. (Mardzelah Makhsin, 2003). Syirik akbar adalah syirik yang sebenar,
yang tidak diampunkan oleh Allah SWT dan orang Islam yang melakukannya boleh
dijatuhkan hukuman murtad.

Perkara ini dilakukan oleh orang-orang Quraisy kerana pada hakikatnya mereka
masih mempercayai kewujudan Allah dan bersumpah dengan nama Allah tetapi mereka
mensyirikkan Allah dengan mengambil berhala sebagai sembahan. Oleh itu mereka
disebut dalam al-Quran sebagai musyrikun atau kafirun. Begitu juga dengan orang-
orang yang beragama Kristian yang mengambil Isa a.s sebagai anak tuhan yang
disembah selain daripada Allah demi mendapatkan keampunan. Begitulah juga orang
Yahudi yang menganggap Uzair anak Tuhan dan bangsa Yahudi sebagai bangsa yang
terpilih di sisi Allah. Oleh kerana itu mereka melakukan syirik yang besar dan ini
mengeluarkan mereka daripada agama Tauhid yang dibawa oleh para Nabi, dan rasul
terakhir Muhammad SAW. Firman Allah SWT yang bermaksud,

tΑöθs% šχθä↔Îγ≈ŸÒム( óΟÎγÏδ≡uθøùr'Î/ Οßγä9öθs% šÏ9≡sŒ ( «!$# Ú∅ö/$# ßxŠÅ¡yϑø9$# “t≈|Á¨Ψ9$# ÏMs9$s%uρ «!$# ßø⌠$# í÷ƒt“ãã ߊθßγu‹ø9$# ÏMs9$s%uρ

∩⊂⊃∪ šχθà6sù÷σム4’‾Τr& 4 ª!$# ÞΟßγn=tG≈s% 4 ã≅ö6s% ÏΒ (#ρãxŸ2 tÏ%©!$#

Maksudnya: “ Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang-orang
Nasrani berkata: "Al-maseh itu putera Allah". Demikianlah itu Ucapan mereka dengan
mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati
Allah mereka , bagaimana mereka sampai berpaling?” (Surah at-Taubah: 30)

Bagi orang Islam, sesiapa yang mempercayai, meyakini, mentaati dan


menyembah apa sahaja perkara yang dianggap berkuasa ataupun menyamai sifat dan
keagungan Allah SWT, dia sudah melakukan syirik yang besar dan boleh dijatuhkan
hukuman murtad jika enggan bertaubat setelah diberikan penerangan serta peluang.
Antara contoh perlakuan syirik yang sering dilakukan dalam masyarakat adalah

8
memohon sesuatu daripada kubur orang yang meninggal dunia, memohon sesuatu
daripada makhluk jin dengan cara memuja dan mempersembahkan sesuatu kepada
mereka, memuja dan mempercayai ‘kekuasaan’ semua makhluk sama ada pokok,
bukit, gua, busut, matahari, bintang, bulan dan sebagainya.

Selain daripada syirik dalam bentuk pemujaan dan permohonan, terdapat juga
syirik dalam bentuk penghambaan dan ketaatan kepada selain daripada Allah SWT.
Perkara ini terjadi kerana seseorang ataupun sekumpulan orang mematuhi perintah
dengan menolak hukum Allah SWT. Perkara ini jelas dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Firman Allah SWT:

|MøŠŸÒs% $£ϑÏiΒ %[`tym öΝÎηÅ¡àΡr& þ’Îû (#ρ߉Ågs† Ÿω §ΝèO óΟßγoΨ÷t/ tyfx© $yϑŠÏù x8θßϑÅj3ysム4®Lym šχθãΨÏΒ÷σムŸω y7În/u‘uρ Ÿξsù

∩∉∈∪ $VϑŠÎ=ó¡n@ (#θßϑÏk=|¡ç„uρ

Maksudnya: “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga
mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan,
Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap
putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (Surah an-
Nisaa’ : 65)

Dalam ayat ini, Allah SWT menafikan iman bagi orang yang tidak berhukum
dengan hukum-Nya kerana manifestasi keimanan adalah menuntut ketaatan dan
kepatuhan kepada perintah-Nya. Keingkaran menggunakan hukum Allah serta
pengambilan hukum lain adalah perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang
lain dan ini adalah syirik yang nyata. Perkara ini jelas dalam ayat-ayat lain antaranya
firman Allah berkenaan ahli-ahli kitab yang mengambil ahli-ahli agama mereka sebagai
tuhan selain Allah. Ini kerana mereka patuh dan taat kepada ahli agama dalam
melakukan pendustaan pada agama Allah, “Mereka mengambil orang-orang alim dan
rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan al-Maseh Isa bin Maryam, sedang

9
mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah tuhan yang satu, tidak ada
tuhan selain dia, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan”. (Al-Furqan
43)

Allah juga menyifatkan orang yang patuh kepada hawa nafsunya pada
hakikatnya mengambil hawa nafsu tersebut sebagai tuhan yang disembah; Firman
Allah SWT:

yϑsù Zοuθ≈t±Ïî ÍνΎ|Çt/ 4’n?tã Ÿ≅yèy_uρ ϵÎ7ù=s%uρ ϵÏèøÿxœ 4’n?tã tΛsyzuρ 5Οù=Ïæ 4’n?tã ª!$# ã&©#|Êr&uρ çµ1uθyδ …çµyγ≈s9Î) x‹sƒªB$# ÇtΒ |M÷ƒutsùr&

∩⊄⊂∪ tβρ㍩.x‹s? Ÿξsùr& 4 «!$# ω÷èt/ .ÏΒ ÏµƒÏ‰öκu‰

Maksudnya: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah
Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah
(membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Surah al-
Jaatsiyah: 23)

2. Syirik Akbar Khafi

Syirik ini berlaku dalam bentuk percampuran antara amalan yang berunsurkan
kekufuran dengan amalan yang berunsurkan Islam serta dicampur dengan
kepercayaan karut marut berkaitan kekuasaan sesuatu benda yang menyerupai kuasa
Allah SWT. Percampuran ini menyebabkan kecelaruan dalam akidah seseorang kerana
hak-hak Allah SWT diberikan atau dikongsikan kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah
seperti kekuasaan, pengabdian, pertolongan perlindungan, keikhlasan, sifat-sifat
kesempurnaan dan sebagainya. Perkara-perkara ini jika tidak diteliti menyebabkan
seseorang terjerumus dalam perangkap syaitan dan dibimbangi pelakunya mati dalam
keadaan kufur kepada Allah SWT jika tidak sempat bertaubat.

10
Contohnya bersumpah dengan yang lain daripada Allah seperti bersumpah
dengan nama nabi, Kaabah, wali, orang-orang soleh dan sebagainya. Ini kerana
manusia hanya layak bersumpah dengan nama Allah sahaja. Bersumpah dengan
nama-nama makhluk adalah tidak layak bagi manusia kerana dikhuatiri ia menyamakan
makhluk dengan penciptanya. Manakala amalan-amalan yang turut membawa kepada
syirik akbar adalah seperti memakai tangkal dengan tujuan menolak kemudaratan atau
mendatangkan sesuatu keuntungan dengan pergantungan kepada tangkal tersebut,
menggunakan jampi mantera yang mengandungi permohonan pertolongan atau
perlindungan daripada selain Allah, mempercayai ramalan ahli nujum atau
mengamalkan ilmu nujum, bernazar kepada selain Allah, terlalu mengagungkan
sesuatu sama ada nabi, rasul, tempat-tempat tertentu atau objek tertentu sehingga
menyamai salah satu sifat Allah SWT dan amalan-amalan lain seumpamanya.

3. Syirik Asghar

Selain daripada syirik akbar terdapat pula jenis syirik yang lain yang diberi nama
syirik asghar. Ianya adalah di antara jenis-jenis dosa besar bahkan lebih besar di sisi
Allah daripada dosa-dosa besar yang lain.

Menurut Ahmad Mohd Salleh (2002), Syirik Asghar adalah syirik kecil atau syirik
amali. Syirik jenis ini tidak menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam.
Manakala menurut pendapat Mardzelah Makhsin (2003), syirik Asghar ialah
penyekutuan terhadap Allah dalam melakukan ibadat atau amalan kebaikan dengan
niat kerana yang lain daripada pengabdian diri kepada Allah SWT. Syirik asghar adalah
syirik yang tersembunyi kerana kadang kala tidak disedari oleh orang yang melakukan
perkara tersebut. Syirik ini banyak bersangkutan dengan amalan hati seseorang. Ia
terjadi apabila sesuatu amalan ketaatan dikerjakan dengan niat yang tidak ikhlas
kerana Allah SWT seperti hanya menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, mendapat
pujian dan sanjungan bagi sesuatu tujuan seperti perniagaan dan perkahwinan serta
tujuan-tujuan yang seumpamanya.

11
Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-
hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan
dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab; syirik kecil yang dimaksudkan ialah
riak dalam beramal.

Rasulullah SAW juga mengajar doa bagi meminta perlindungan Allah daripada
terlibat dengan syirik seperti ini dengan satu doa yang mahsyur. “Ya Allah, kami
berlindung dengan engkau daripada melakukan syirik yang kami ketahui dan kami
mohon ampun dari engkau daripada syirik yang kami tidak ketahui.”

Oleh itu, melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah
sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada
kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada
perbuatan syirik. Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala
riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-
muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam
kini.

12
1.4 KEBURUKAN DAN KEMUDARATAN SYIRIK

Syirik boleh membawa kepada pelbagai kemudaratan dalam kehidupan setiap individu
dan masyarakat. Menurut Yusuf Al-Qardawi (1986), di antara yang terpenting adalah:

1. Syirik Menjatuhkan Taraf Kemanusiaan

Syirik menjatuhkan kemuliaan dan darjat manusia. Manusia telah dilantik oleh
Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi ini dan telah dimuliakan, disediakan langit
dan bumi untuk kegunaannya. Selain dari itu, Allah menjadikan manusia sebagai ketua
kepada semua yang ada di alam maya ini tetapi sayangnya manusia itu sendiri jahil
terhadap kedudukan dirinya dan menjadikan sesetengah makhluk di alam ini sebagai
tuhan yang disembah. Padahal hanya Allah sahaja tuhan seluruh makhluk yang
sewajarnya ditaati. Firman Allah SWT:

βÎ) €∅ßγs)n=yz “Ï%©!$# ¬! (#ρ߉ß∨ó™$#uρ ̍yϑs)ù=Ï9 Ÿωuρ ħôϑ¤±=Ï9 (#ρ߉àfó¡n@ Ÿω 4 ãyϑs)ø9$#uρ ߧôϑ¤±9$#uρ â‘$yγ¨Ψ9$#uρ ã≅øŠ©9$# ϵÏG≈tƒ#u ôÏΒuρ

∩⊂∠∪ šχρ߉ç7÷ès? çν$−ƒÎ) öΝçFΖà2

Maksudnya: “Dan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang,
serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula
sujud kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu
hanya kepada-Nya sahaja menyembah.”
(Surah Fushshilat: ayat 37)

Ada di antara manusia yang menyembah lembu sedangkan lembu tesebut


dijadikan oleh Allah SWT kepadanya untuk digunakan dan dimakan ketika menjadi
sembelihan. Tetapi mereka menjadikan lembu itu sembahan suci bagi mereka. Al-
Quran menerangkan betapa dahsyatnya manusia ditewaskan oleh syirik:

13
∩⊂⊇∪ 9,‹Åsy™ 5β%s3tΒ ’Îû ßw†Ìh9$# ϵÎ/ “Èθôγs? ÷ρr& çŽö©Ü9$# çµàsÜ÷‚tFsù Ï!$yϑ¡¡9$# š∅ÏΒ §yz $yϑ‾Ρr(s3sù «!$$Î/ õ8Ύô³ç„ tΒuρ

Maksudnya: “Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah maka seolah-olah


dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang
jauh (yang membinasakan).”
(Surah Al-Hajj: ayat 31)

2. Syirik sebagai Sarang Khurafat

Syirik adalah sebagai sarang kepada pelbagai kebatilan dan khurafat. Hal ini
timbul apabila manusia beriktikad dan percaya adanya benda yang boleh memberi
kesan selain Allah di alam ini seperti jin atau roh, maka akal mereka ini terdedah
kepada pelbagai khuruafat serta membenarkan setiap kata pendusta. Oleh itu, mudah
untuk masyarakat syirik mempercayai kata-kata tukang tilik, ahli nujum, pendeta, ahli-
ahli sihir dan seumpamanya yang terdiri daripada mereka yang mendakwa mengetahui
perkara-perkara ghaib. Oleh itu, wujud golongan yang meletakkan tawakal kepada
azimat dan jampi yang berunsur syirik serta sihir, ilmu guna-guna dan seumpamanya.

Kerana itu jugalah Rasulullah SAW bersabda memberi amaran kepada umatnya,
sebagaimana riwayat Sayyidina Umar Al-Khattab R.A, maksudnya: “Janganlah kamu
terlalu memujaku (sehingga melampaui had sebagai seorang nabi dan rasul kepada
darjat ketuhanan dengan mengetahui perkara ghaib dan sebagainya) sebagaimana
kaum Nasrani memuja nabi Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku adalah seorang
hamba, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya.” [HR Bukhari dan Muslim].

Demikanlah amaran dan tegahan Rasulullah SAW akan perbuatan memuja dan
memuji manusia lebih daripada sepatutnya dengan membuat pelbagai gelaran dan
anggapan. Ini akhirnya boleh merosakkan diri orang yang dipuja itu sendiri. Marilah kita
sama-sama merenung kembali kepada perjalanan dan landasan yang kita lalui di dalam
urusan agama kita. Semoga amalan yang kita lakukan akan diterima oleh Allah SWT.

14
3. Syirik adalah Kezaliman yang Besar
Allah SWT berfirman:

∩⊇⊂∪ ÒΟŠÏàtã íΟù=Ýàs9 x8÷ŽÅe³9$# āχÎ) ( «!$$Î/ õ8Ύô³è@ Ÿω ¢o_ç6≈tƒ …çµÝàÏètƒ uθèδuρ ϵÏΖö/eω ß≈yϑø)ä9 tΑ$s% øŒÎ)uρ

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia


memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu
adalah satu kezaliman yang besar".

Daripada firman Allah tersebut, jelas menyatakan syirik adalah suatu kezaliman
yang besar iaitu zalim terhadap diri dan zalim terhadap orang lain. Kezaliman terhadap
diri sendiri iaitu dengan menjadikan dirinya sebagai hamba kepada makhluk yang
seperti dirinya atau seperti yang lain sedangkan Allah menciptakannya sebagai seorang
yang merdeka. Manakala kezaliman terhadap orang lain bererti menzalimi sesuatu
kerana ia memberikan hak yang tidak selayaknya kepada sesuatu tersebut.

Allah SWT berfirman:

(#þθßϑn=sß 7Θöθs% y^öym ôMt/$|¹r& ;ŽÅÀ $pκŽÏù 8xƒÍ‘ È≅sVyϑŸ2 $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θuŠysø9$# ÍνÉ‹≈yδ ’Îû tβθà)ÏΖム$tΒ ã≅sVtΒ

∩⊇⊇∠∪ tβθßϑÎ=ôàtƒ öΝßγ|¡àΡr& ôÅ3≈s9uρ ª!$# ãΝßγyϑn=sß $tΒuρ 4 çµ÷Gx6n=÷δr'sù öΝßγ|¡àΡr&

Maksudnya: “Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini
(sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara
yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri,
lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi
merekalah yang menganiaya diri sendiri.”
(Surah Al-Imran: ayat 117)

15
4. Syirik Punca Ketakutan

Muhammad Abdurrahman Al-Khumayyis (1995), orang yang melakukan


perbuatan syirik sebenarnya tidak lagi mempercayai Allah SWT dan tidak lagi
bertawakkal (bergantung) kepada-Nya. Orang seperti ini akan hidup terumbang-ambing
di antara keraguan dan khurafat. Akalnya menerima khurafat dan membenarkan segala
kebatilan. Ini akan menjadikannya takut kepada pelbagai perkara, takut kepada tuhan-
tuhan, penjaga-penjaga tuhan, prasangka-prasangka yang disebarkan oleh penjaga-
penjaga tuhan, tukang-tukang tilik dan pengikut-pengikut mereka.

Mereka juga sangat takut tentang nasib hidupnya, rezekinya, cubaan yang akan
dihadapinya dan segala-galanya tentang kehidupan. Dengan demikian tersebarlah
prasangka buruk dan merasa bimbang tanpa sebab yang jelas. Kecelaruan di dalam
jiwa seperti ini merupakan kesengsaraan hidup. Hal ini bertepatan dengan firman Allah:

}§ø♥Î/uρ 4 â‘$¨Ψ9$# ãΝßγ1uρù'tΒuρ ( $YΖ≈sÜù=ß™ ϵÎ/ öΑÍi”t∴ムöΝs9 $tΒ «!$$Î/ (#θà2uŽõ°r& !$yϑÎ/ |=ô㔍9$# (#ρãxx. šÏ%©!$# É>θè=è% ’Îû ‘É)ù=ãΖy™

∩⊇∈⊇∪ šÏϑÎ=≈©à9$# “uθ÷VtΒ

Maksudnya: “Akan kami isikan ke dalam hati orang-orang kafir itu dengan perasaan
gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak
menurunkan sebarang keterangan tentang itu. dan (dengan yang demikian) tempat
kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang
zalim.”
(Ali Imran: ayat 151)

16
5. Syirik Penghalang Kemahuan Manusia

Syirik adalah penghalang kepada kehendak-kehendak dan kerja-kerja manusia


yang berfaedah. Ia juga sebagai penghalang kepada keyakinan diri sendiri dan Allah
kerana syirik mengajar manusia supaya bertawakal kepada pemberi-pemberi syafaat
dan orang-orang perantaraan, lalu mereka lakukan dosa dan kemungkaran yang
membinasakan. Mereka percaya bahawa tuhan-tuhan mereka akan memberi
pertolongan kelak di sisi Allah SWT. Inilah pegangan yang pernah diiktikadkan oleh
musyrikin Arab terhadap tuhan-tuhan dan berhala mereka. Firman Allah SWT:

4 «!$# y‰ΨÏã $tΡàσ‾≈yèxä© ÏIωàσ‾≈yδ šχθä9θà)tƒuρ óΟßγãèxΖtƒ Ÿωuρ öΝè䕎ÛØo„ Ÿω $tΒ «!$# Âχρߊ ÏΒ šχρ߉ç7÷ètƒuρ

Maksudnya: “Dan mereka menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat
mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) dapat mendatangkan
kemanfaatan dan mereka berkata: "Mereka (yang kami sembah itu) adalah pemberi-
pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah".
(Surah Yunus: ayat 18)

Hal seumpama ini juga berlaku kepada orang-orang Nasrani di mana mereka
melakukan pelbagai kemungkaran yang dikehendaki oleh hawa nafsu mereka. Mereka
mempercayai bahawa tuhan mereka (al-Maseh) telah menghapuskan segala kesalahan
mereka ketika ia disalib dulunya dengan anggapan bahawa itu satu tebusan buat
manusia sejagat.

17
6. Akibat Syirik di Akhirat

Perkara-perkara yang telah dinyatakan sebelum ini merupakan kesan-kesan di


dunia, manakala kesan di akhirat pula cukup dengan balsan dan kemurkaan terhadap
dosa-dosa yang tidak terampun. Firman Allah SWT:

∩⊆∇∪ $¸ϑŠÏàtã $¸ϑøOÎ) #“uŽtIøù$# ωs)sù «!$$Î/ õ8Ύô³ç„ tΒuρ 4 â!$t±o„ yϑÏ9 y7Ï9≡sŒ tβρߊ $tΒ ãÏøótƒuρ ϵÎ/ x8uŽô³ç„ βr& ãÏøótƒ Ÿω ©!$# ¨βÎ)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan Dia akan
mengampunkan segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi sesiapa yang
dikehendakinya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang
lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”
(Surah An-Nisaa’: ayat 48)

Orang yang syirik ini kesudahannya tiada tempat lain kecuali dicampakkan ke
dalam api neraka, mereka ini diharamkan masuk ke dalam syurga. Firman Allah SWT:

∩∠⊄∪ 9‘$|ÁΡr& ôÏΒ šÏϑÎ=≈©à=Ï9 $tΒuρ ( â‘$¨Ψ9$# çµ1uρù'tΒuρ sπ¨Ψyfø9$# ϵø‹n=tã ª!$# tΠ§ym ô‰s)sù «!$$Î/ õ8Ύô³ç„ tΒ …çµ‾ΡÎ)

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah,


maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah
neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
(Surah Al-Maaidah: ayat 72)
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis shahih sebagaimana diriwayatkan oleh
Jabir r.a:

‫ﺭ‬ ‫ﺎ‬‫ﺧ ﹶﻞ ﺍﻟﻨ‬ ‫ﺩ‬ ‫ﻴﺌﹰﺎ‬‫ﺷ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﻙ ﹺﺑ‬ ‫ﺸ ﹺﺮ‬


 ‫ﻳ‬ ‫ﷲ‬
ُ ‫ﻲ ﺍ‬‫ﻦ ﹶﻟﻘ‬ ‫ﻣ‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang menemui Allah (mati) sedang ia mempersekutukannya
dengan sesuatu akan masuk neraka.”
(Riwayat Muslim)

18
Bibliografi

Abd. Ghafar Md. Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Selangor: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abu Mu’tashim Billah (1999). 77 Cabang Iman dan Pembatalannya. Selangor:


Pustaka Ilmi.

Ahmad Mohd Salleh (2002). Pendidikan Islam Asas Dinamika Guru Jilid II. Selangor:
Penerbit Fajar Bakti.

Mardzelah Makhsin (2003). Pendidikan Islam 2. Pahang: PTS Publications &


Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Sulaiman Yasin (1997). Aqidah Muslim (Mengenal Allah). Bangi: Yayasan
Salman.

Muhammad Abdurrahman Al-Khumayyis (1995). Syirik dan Sebabnya. Jakarta:


Gema Insani Press.

Muhammad Abdul Wahhab (1979). Mengikuti Aqidah (Muslim) Angkatan Pertama


Tentang Mengesakan Allah yang Menjadi Haq Allah atas Hamba-Nya (Ma’a
‘Aqiedatus Salaf Kitabut Tauhid Alladzi Huwa Haqqullah ‘Alal ‘Abied).
Diterjemahkan oleh Abd Moechid et. al. Surabaya: Penerbit PT Bina Ilmu. (Teks
asal dalam Bahasa Arab)

Muhammad Imaduddin Abdul Rahim (1994). Kuliah Tauhid. Kuala Lumpur: Berita
Publishing Sdn. Bhd.

Yusuf Al-Qardawi (1986). Pengertian Tauhid (Hakikatul Tauhid). Diterjemahkan oleh


Abdul Majid Abdullah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. (Teks asal dalam Bahasa
Arab)

19

You might also like