You are on page 1of 17

(a) Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam

Pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di
rujuk sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf ‘R’
adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin
tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau
tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’ keempat atau literasi asas
selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik
dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata
Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur


seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan
kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat
menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih
selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,
kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan
sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat
bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan
secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di
dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

(ii) Memupuk Nilai Kerjasama

Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak


dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur
kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan
berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi
yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui
deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin
perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai


dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal
yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan
keinginan diterima sebagai anggota kelompok.

Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok


dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni
Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi
melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan
aktiviti yang menarik.

Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan


suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan
rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa


dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan


sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum
diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun
begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman
meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan
dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai
idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan,
cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima


sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat
memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh
mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid
yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana
keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam
menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri
yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai
pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan
perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,


muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini
mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan
memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk
yang diajar.
(b) TIGA (3) contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalam
pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang
dipilih.

(i) Matapelajaran :Bahasa Melayu (Tahun 2)


Tajuk :Mari Bertani

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:

1) Muzik :Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’


2) Pergerakan :Membuat gaya membanting padi, merumput dan
menyemai.
3) Seni Visual :Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan


difahami, guru telah menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan
yang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam
tajuk mata pelajaran yang diajar.

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilih untuk menggunakan


cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran Bahasa
Melayu yang dipilih iaitu ‘Mari Bertani’. Dalam tajuk ini, guru memilih untuk
mengintegrasikan tajuk dengan Seni Visual dengan melakukan aktiviti melukis
dan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan meminta
murid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudian
murid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka tahu
menggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasi
dalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan
tajuk ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan.

Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk ‘Mari Bertani’


dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid
lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru boleh
memilih untuk menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ beramai-ramai
sambil membuat gaya pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih.

Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakan


dalam tajuk dan sekaligus memberi kecekapan psikomotor di kalangan murid-
murid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok untuk
mengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar.

Lirik lagu : Pak Mamat Tukang Kebun


Gubahan : Mazwan Mohd

Pak Mamat ada kebun


Luasnya luasnya...
Kebun Pak Mamat banyak sayur
Segarnya segarnya...
Setiap pagi ia ke kebun
Bersama dengan anaknya...
Pak Mamat ada kebun
Luasnya luasnya...

(ii) Matapelajaran :Sains (Tahun 4)


Tajuk :Bahagian-bahagian Pokok

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:

1) Muzik :Bunyi yang kuat....pokok tumbang


Bunyi yang lembut….daun augur, angin bertiup.
2) Pergerakan :Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang
berbeza fungsi, rendah dan berterbangan.
3) Seni Visual :Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti
gembira, marah dengan menggunakan sapuan berus
dengan pelbagai warna.

Integrasi Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk ‘Bahagian-bahagian Pokok’


bertujuan membantu mempertingkatkan kefahaman murid. Pengintegrasian
dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat mempertingkatkan daya
kreativiti murid-murid.

Dalam tajuk ’Bahagian-bahagian Pokok’, guru memilih untuk


mengintegrasikan tajuk dengan aktiviti Seni Visual iaitu melukis, mewarna dan
menamakan bahagian-bahagian pokok. Melalui aktiviti mewarna pula, murid
dapat mengekspresi perasaan seperti gembira, marah dan sebagainya melalui
warna yang digunakan. Integrasi dalam tajuk ini juga dapat meningkatkan lagi
pemahaman dan pengekalan ingatan isi tajuk yang diajar ke dalam minda pelajar
dengan melukis, mewarna dan menamakan bahagian pokok-pokok yang dilukis.

Selain itu, guru dapat mengintegrasikan seni muzik dalam tajuk ini dengan
meminta pelajar membuat bunyi pokok tumbang, bunyi desiran angin yang
bertiup daun gugur dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, secara tidak langsung
murid dapat menggunakan pengalaman sedia ada mendengar bunyi-bunyi
tersebut dan meniru bunyi-bunyi tersebut.

Di dalam tajuk ini juga, guru menggunakan pendekatan eksplisit dengan


menerapkan nilai-nilai menghargai alam sekitar yang diselitkan dalam tajuk yang
diajar. Guru akan memasukkan contoh-contoh keadaan semasa bagi
menggalakkan murid-murid berfikir tentang kesan-kesan yang akan berlaku jika
manusia tidak menjaga alam sekitar.
(iii) Matapelajaran :Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(Tahun 2)
Tajuk :Koordinasi

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:

1) Muzik :Nyanyian lagu ‘Jika Rasa Gembira’


2) Pergerakan :Murid bertepuk tangan, menepuk peha dan
menghentak kaki gabungan ketiga-tiga pergerakan.
3) Seni Visual :Melukis koordinasi antara anggota tubuh badan.

Dalam tajuk ‘Koordinasi’, guru menggunakan cara integrasi untuk


menekankan aspek psikologi. Ini bertujuan untuk memberi kesan dan impak
positif secara tidak langsung kepada minda dan tubuh murid-murid.

Seperti yang diketahui, matapelajaran PJK lebih memfokuskan kepada


aktiviti-aktiviti fizikal. Dalam tajuk ‘Koordinasi’ ini, guru akan menyuruh murid-
murid melakukan pergerakan fizikal seperti berlari, bertepuk tangan dan
menghentak kaki bersama-sama. Walaupun murid-murid melakukan pergerakan
secara bebas namun masih lagi di bawah pengawalan guru. Dengan melakukan
pergerakan-pergerakan tersebut, murid dapat belajar sambil bergerak.

Dalam tajuk ini, seni muzik dan seni pergerakan dapat diintegrasikan
bersama dengan menyanyikan lagu ‘Jika Rasa Gembira’. Selepas melakukan
aktiviti ini, murid dapat menyelaraskan pergerakan mengikut rentak muzik.
Melalui aktiviti ini juga, murid dapat bergerak, berfikir dan merasai sesuatu
secara langsung serta mempelajari pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif
dan afektif. Melalui pergerakan seperti ini, murid juga dapat mempelajari tentang
diri sendiri.
Melalui aktiviti menyanyi lagu ini, murid dapat menyanyi beramai-ramai,
murid berpeluang mewujudkan suasana yang harmonis. Suasana sedemikian
dapat mencetuskan perhubungan mesra di antara guru dengan murid dan murid
dengan rakan-rakannya.

Lirik lagu: Jika Rasa Gembira


Jika rasa gembira tepuk tangan (2 kali)
Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira tepuk tangan

Jika rasa gembira tepuk paha (2 kali)


Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira tepuk paha

Jika rasa gembira hentak kaki (2 kali)


Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira hentak kaki

Jika rasa gembira buat semua (2 kali)


Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira buat semua.
(c) SATU (1) Tema Berkaitan Dengan Kehidupan Seharian Murid Sekolah
Rendah Yang Sesuai Digunakan Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran.

Tema :Menghormati Ibu Bapa


Matapelajaran :Pendidikan Agama Islam Tahun 2
Tajuk :Kasih Ibu Bapa

1) Perkara penting yang dipilih : Menghormati Ibu Bapa

2) Aktiviti seni yang boleh dijalankan :

Muzik : Murid-murid menyanyikan lagu ‘Ayah Ibu’


Pergerakan : Murid melakonkan watak sebagai ibu, ayah
dan anak
Seni Visual : Murid melukiskan gambar ibu bapa mereka

Tema terbahagi kepada tiga kategori iaitu tema persekitaran, tema


masyarakat dan tema komunikasi. Tema yang telah dipilih ialah tema
masyarakat yang berkaitan dengan amalan seharian murid-murid iaitu
menghormati ibu dan ayah. Tema ini dipilih kerana sesuai digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula amalan menghormati ibu
dan ayah merupakan kewajipan yang sangat dituntut dalam Islam.

(i) Nyatakan perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih.

Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan


budaya. Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dapat membantu seseorang itu untuk lebih mendalami tentang masyarakat
bersama. Walau bagaimanapun, tema masyarkat yang dipilih ini lebih berfokus
kepada menghormati ibu bapa.
Tema ini dipilih kerana berkait rapat dengan kehidupan seharian murid
dan dapat memudahkan pemahaman murid secara menyeluruh mengenai tajuk
yang diajar. Tema ini menonjolkan hubungan kekeluargaan antara murid dengan
ibu bapa mereka. Melalui penghayatan dalam tema ini, murid mendapat
pendedahan tentang tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan seterusnya
membina kehidupan yang bahagia. Kepentingan pemilihan tema ini termasuklah
untuk menyemai nilai-nilai murni kekeluargaan dalam diri murid. Melalui tema ini,
murid berpeluang untuk meluahkan perasaan mereka terhadap ibu bapa
berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk
pergerakan, imej visual dan muzik berdasarkan tema tersebut. Pelaksanaan
aktiviti-aktiviti juga perlu dititikberatkan dan dilihat dari pelbagai aspek agar murid
peluang untuk menilai kefahaman konsep. Pemilihan tema ini juga adalah
bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa, kerana ibu bapa merupakan
kelompok terdekat dengan diri murid dan mereka akan mudah mengaitkan
perkara yang diajar dengan situasi yang sebenar.

Memandangkan tema ini berkait rapat dengan kehidupan seharian murid,


maka pemilihan dan proses mendapatkan bahan dan sumber juga mudah
didapati. Dengan itu, guru dapat mengajar dengan lebih efektif dan tidak sekadar
menyampaikan maklumat dengan cara bercerita sahaja tanpa memberi
pengalaman langsung kepada pelajar.
(ii) Nyatakan aktiviti muzik, pergerakan dan seni visual yang boleh
dijalankan dalam P&P.

a) Aktiviti Muzik

Tajuk Lagu : Ayah Dan Ibu


Pencipta : Othman Ali

Ayah Ibu Banyak Memberi


Baju Buku Itu Ku Dapati
Dengan Apa Aku Berterima Kasih
Dengan Doa Kepada Allah Hu Robbi ( Ulang 4 kali)

Di awal pengajaran, guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk pengajaran
iaitu ‘ Menghormati Ayah dan Ibu’ sebagi set induksi. Kemudian guru
mengedarkan lirik lagu yang bertajuk ‘Ayah Ibu’ kepada setiap murid dan
memasang kaset lagu ‘Ayah Ibu’ untuk diperdengarkan kepada murid-murid.
Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Aktiviti ini boleh
menimbulkan minat pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru
kerana murid berasa seronok. Fitrah kanak-kanak yang cenderung kepada
pembelajaran lebih menarik. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat bagi pelajar
yang mempunyai jenis kecerdasan pelbagai muzik. Kemudian, pelajar boleh
diberi peluang untuk bermain alat muzik yang mudah dan memainkan lagu-lagu
mudah yang bertemakan keluarga. Penggubahan lirik lagu yang masih
mengekalkan lagu-lagu pendidikan yang sama juga boleh membantu pelajar
menjadi semakin berminat terhadap pelajaran.

b) Aktiviti Pergerakan

Murid diminta melakonkan watak-watak dalam keluarga di hadapan bilik


darjah. Aktiviti ini mudah untuk dijalankan kerana menggunakan pengalaman
sedia ada murid-murid. Bagi mempelbagaikan situasi, guru boleh memberi
arahan kepada murid untuk memilih watak yang mereka mahu dan melakonkan
pelbagai gaya. Contohnya, melakonkan watak seorang ibu dalam pelbagai
situasi yang berbeza seperti sedang memasak di dapur, melakukan kerja-kerja
rumah, menggosok pakaian sambil melayan karenah anak-anak di rumah dan
sebagainya. Murid-murid tentunya akan lebih seronok apabila berjaya
melakonkan watak dengan baik dan mendapat peneguhan positif daripada guru.
Semasa berlakon, murid dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas
lagi di mana secara tidak langsung, ini akan dapat menjadikan mereka lebih
kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih
baik.

c) Aktiviti Seni Visual

Setelah menjalankan aktiviti muzik dan pergerakan, satu lagi elemen yang
tidak kurang pentingnya ialah seni visual. Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, guru boleh mengambil inisiatif dengan memberi
sekeping kertas kepada murid-murid dan meminta mereka melukis ahli keluarga
mereka. Lukisan mereka tidak perlu pengamatan yang sempurna, cukup sekadar
menunjukkan keprihatinan mereka terhadap bilangan ahli keluarga mereka. Ini
sudah cukup untuk menunjukkan hubungan interaksi sosial mereka bersama
keluarga. Lukisan yang kelihatan mesra menunjukkan perhubungan
kekeluargaan mereka yang memang erat dan terjalin kukuh. Penggunaan warna
dalam lukisan mereka juga menonjolkan keadaan keluarga mereka melalui
pandangan mereka sendiri.

iii) Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Melalui aktiviti yang dijalankan berdasarkan pendekatan bertema yang


dipilih dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya
kognitif, afektif dan psikomotor dalam pengajaran dan pembelajaran muzik, seni
visual dan pergerakan. Contohnya daripada tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’, murid-murid
dapat menghubungkaitkan tajuk dengan persekitaran dan kehidupan seharian
mereka melalui aktiviti seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.

Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan dapat
membantu murid-murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan
penghargaan melalui aktiviti lakonan yang dijalankan bersama rakan-rakan.
Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat memperolehi pendekatan yang
mendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain.
Contohnya aktiviti lakonan yang dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai murni
seperti nilai kemanusiaan, kerjasama dan saling menghormati antara satu sama
lain.

Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui aktiviti


muzik, pergerakan dan seni visual serta pendekatan bertema yang dipilih dapat
membantu murid-murid memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secara
berkesan.

iv) Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid
meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah
kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran dan
pembelajaran?

Guru perlu menyediakan alat dan bahan yang sesuai dengan tajuk dan
tema pelajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan lancar. Moldstat (1974) berpendapat media (alat dan bahan) jika
digunakan bersama pengajaran ala tradisional (guru, kapur dan tutur) akan
meningkatkan proses pembelajaran. Dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ ini, guru
menggunakan beberapa alat dan bahan bagi menyesuaikan penggunaannya
dengan tajuk tersebut.

Asas bahan yang digunakan bagi menyampaikan tajuk ini ialah Buku Teks
Pendidikan Islam Tahun 2. Guru meminta dua orang murid membaca teks dalam
tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ dan kemudian meminta murid-murid membaca teks
tersebut beramai-ramai. Guru boleh menanamkan konsep pemahaman daripada
teks yang dibaca melalui seni pergerakan iaitu dengan melakukan aktiviti
lakonan. Melalui aktiviti lakonan, murid cuba memahami sesuatu watak dengan
lebih jelas. Secara tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat menjadikan murid
tersebut seorang yang lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat
membina sosialisasi dengan lebih baik. Selain itu, penglibatan murid dalam
aktiviti ini juga dapat melatih murid lebih berkeyakinan diri.

Bagi melaksanakan aktiviti seni muzik, guru memilih untuk menggunakan


pemain CD Audio untuk memainkan lagu ‘Ayah Ibu’. Media audio adalah suatu
strategi pengajaran dan pembelajaran secara mendengar dimana bunyi suara
dan muzik direkod, disimpan, dan boleh dimainkan semula dengan
menggunakan alat perakam atau emain audio (Yusup Hashim, 1996). Dengan
memasukkan seni muzik dalam pembelajaran dapat memperkembangkan nilai
estetika, kreativiti dan ekspresi diri. Contohnya, murid-murid boleh menyanyi
sambil membuat gaya mengikut lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung, guru
telah memasukkan seni pergerakan dalam pengajarannya. Selain itu, murid-
murid juga dapat menikmati pengalaman muzik yang berbeza jika belum pernah
mendengar lagu tersebut sebelum ini.

Bagi melaksanakan aktiviti melukis bilangan ahli keluarga pelajar,


sebaiknya guru menyediakan kertas lukisan yang sesuai untuk murid. Guru juga
boleh meminta murid menyediakan alat tulis untuk melukis dan mewarna. Dalam
aktiviti seni visual ini, murid perlu menggunakan pengetahuan sedia ada mereka
untuk melukis gambar keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik
mereka mengikut ekspresinya sendiri. Ini membantu perkembangan murid dari
aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi fisiologi dan psikologi murid.
Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut
peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan,
kandungan, subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut peringkat
perkembangan untuk merangsang pengutaraan tampak kanak-kanak,
perkembangan kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-
kanak.

Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guru
atau pengajar itu mestilah memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran,
sifat murid, kebolehan penuntut dan menilai isi kandungan secara terperinci. Alat
dan bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
merangsang minat pelajar. Dengan menggunakan alat bantu mengajar, guru
akan mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan dengan
adanya pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru.

KESIMPULAN

Konsep integrasi pada Seni Dalam Pendidikan ke arah pembangunan


insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilaimurni dilakukan
secara bersepadu dan menyeluruh. Ini membolehkan pelajar memperolehi
kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang
dikehendaki. Ia juga memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan
serta hubung kait antara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu
kerangka ilmu.
BIBLIOGRAFI

Abdul Hafidz bin Haji Omar. (2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Haji Hishamuddin Haji Suhaimi (2000), KBSR: Pendidikan Islam Tahun 2, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Juriah Long. (2000). Bahasa Malaysia Tahun 2, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), KBSR: Buku Panduan Khas Tahap 2,


Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Modul HBEF 1403 : Seni Dalam Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia, Kuala
Lumpur.

Rujukan Peperiksaan, Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ), Aspek Kompetensi


Teras.

Prof. Madya Dr. Zurida Ismail (2003), Pendidikan Sains Prasekolah, PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd, Pahang Darul Makmur.

Ustaz Baharuddin Kulup Harun (1997), Pendidikan Islam Tahun 2, Sasbadi SDN
BHD, Selangor Darul Ehsan.

Yusup Hashim (1996), Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan,


Penerbit Fajar Bakti, Selangor Darul Ehsan.

Raja Sabaruddin Abdullah dan Suliman Miskon (1988), Panduan Teknologi


Pendidikan, Kuala Lumpur, Progressive Products Supply.
Jason Ohler (2000) “Art.becomes the 4th R” didapati pada 15 September 2006
dari www.jasonohler.com/fourthr

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), KBSM: Huraian Pendidikan Seni


Visual, didapati pada 15 September 2006 dari
(http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/seni/kbsm/hsp_pseni_f_infro.pdf#search
=%22seni%20dalam%20pendidikan%22

You might also like