You are on page 1of 14

1.

1 PENGENALAN

Waqaf dan ibtida’ merupakan salah satu cabang daripada Ilmu Tajwid. Tidak
sempurna bacaan seseorang melainkan dengan mengetahui waqaf dan ibtida’. Hal
ini disebut oleh Ibnu Al-Anbari, kata beliau: “Sebahagian daripada kesempurnaan
memahami Al-Quran itu ialah dengan mengetahui tempat waqaf dan ibtida’.
Sesungguhnya bab waqaf amat besar kadarnya dan tinggi bahayanya (kalau tidak
tahu) kerana tidak mungkin memahami makna Al-Quran serta mengambil dalil
syar’ie melainkan dengan mengetahui tempat penceraiannya (waqaf).”

Seseorang yang mempelajari waqaf dan ibtida’ lazimnya dapat merasakan


keindahan Al-Quran yang mempunyai pelbagai makna yang berlainan. Bahkan
mereka juga pastinya mengkagumi betapa mukjizatnya lafaz Al-Quran sebagai
kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya hanya
Baginda s.a.w yang amat memahami makna yang tersurat dan tersirat.

Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), keindahan Al-Quran melalui waqaf dan
ibtida’ dapat dilihat dalam kebanyakan ayat-ayat Al-Quran, antaranya:

1. Firman Allah s.w.t:

               

 

Maksudnya: “Sesungguhnya diharamkan kepada mereka (umat Nabi Musa a.s)


memasuki tanah suci (Palestin) selama empat puluh tahun, mereka sesat di padang
pasir selama masa tersebut, maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum
yang fasiq itu.”

(Surah Al-Maidah: ayat 26)

18
Ayat ini memberi dua makna yang berlainan, jika diwaqafkan di antara dua tempat:

i. Jika diwaqafkan pada kalimah (  ) membawa makna “bahawa mereka


diharamkan memasuki tanah suci (Palestin) selama-lamanya dan di dalam
masa tersebut mereka akan tersesat di padang pasir selama empat puluh
tahun”.

ii. Jika diwaqafkan pada kalimah (  ) membawa makna “Bahawa mereka
diharamkan memasuki tanah suci selama empat puluh tahun dan di waktu
yang sama mereka sesat di padang pasir.”

2. Firman Allah s.w.t:

            

Maksudnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad), berdukacita dengan sebab


kata-kata mereka itu, sesungguhnya segala kemuliaan itu hanyalah bagi Allah s.w.t
yang Maha Mendengar lagi Amat Mengetahui.”
(Surah Yunus: Ayat 65)

Jika diwaqafkan pada kalimah (  ) maka pendengar akan memahami


bahawa orang kafir yang berkata, “Sesungguhnya segala kemuliaan itu hanyalah
bagi Allah s.w.t” bahkan fahaman ini adalah salah kerana jika kata-kata tersebut
daripada orang kafir kenapa Nabi Muhammad s.a.w berdukacita, sedangkan Allah
s.w.t melarang Nabi Muhammad s.a.w bersedih di atas kata-kata mereka yang
mencela Baginda s.a.w.

Oleh itu, wakaf di atas kalimah (  ) adalah menjadi kesalahan yang
besar. Sepatutnya qari mewaqafkan bacaannya pada kalimah (  ). Ini
membezakan di antara kata-kata orang kafir dan kata-kata Allah s.w.t. Maka waqaf
pada kalimah (  ) dikenali sebagai Waqaf Tam (sempurna).

19
3. Firman Allah s.w.t:

              

           

Maksudnya: “Tidak benarlah kata mereka itu, bahkan sesiapa yang melakukan
kejahatan dan ia diliputi oleh dosa-dosa, maka mereka adalah ahli neraka yang
kekal di dalamnya, dan sesiapa yang melakukan amal yang soleh mereka itulah ahli-
ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.”
(Surah Al-Baqarah: ayat 81-82)

Jika diwakafkan pada kalimah (  ) maka ia menyalahi firman Allah s.w.t
dan janji-janjinya, kerana maknanya ialah “bahawa orang-orang yang melakukan
kejahatan dan ia meliputi dosa-dosa besar maka ia adalah ahli neraka, kekal di
dalamnya dan orang-orang beriman.”

Ini menunjukkan bahawa orang-orang beriman juga dimasukkan ke dalam


neraka. Makna yang sedemikian ini menyalahi janji-janji Allah s.w.t dan firman-Nya.
Oleh itu, wajib bagi qari mewakafkan pada ( 
  ) untuk membezakan tempat
yang didiami oleh orang-orang mukmin dan orang-orang yang berdosa.

4. Firman Allah s.w.t:

            

            

            

20
Maksudnya: “Dan demikianlah juga ketetapan janji Allah s.w.t, Tuhanmu terhadap
orang-orang yang kafir kerana sesungguhnya mereka ialah ahli neraka, malaikat
yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji
Tuhan-Nya.”
(Surah Al-Mu’min: ayat 6-7)

Jika diwakafkan pada kalimah (  ) membawa makna bahawa malaikat


yang memikul Arasy juga di kalangan ahli neraka. Oleh kerana itu, wajib diwaqafkan
pada kalimah (  ) iaitu di akhir ayat dan maknanya yang membezakan di antara
ahli neraka dan para malaikat yang tidak berdosa dengan Tuhannya.

Menurut Mohd Rahim Jusoh (2001), tidak terdapat waqaf yang wajib ataupun
haram di dalam Al-Quran kecuali waqaf tersebut memberi makna yang tidak
dikehendaki syara’ maka ianya menjadi wakaf wajib dan haram. Ini kerana hukum
waqaf pada asalnya adalah selagi mana tidak ada perkara yang menegah atau
melazimkannya. Hal ini telah dijelaskan oleh Imam Ibnu Al-Jazari: “Dan tiada di
dalam Al-Quran itu daripada waqaf yang wajib dan tiada juga yang haram melainkan
sesuatu yang mempunyai sebab.”

Sebaliknya, hukum mempelajari waqaf adalah wajib mengikut kata


sesetengah para ulama’. Mereka berdalilkan kata Sayyidina Ali ketika ditanya
tentang makna “Tartil” dalam firman Allah s.w.t:

      

Maksudnya: “Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan


Tartil."
(Surah Al-Muzammil: ayat 4)

Lalu jawab Sayyidina Al Imam 'Ali Bin Abi Talib Karamallah Wajhah yang
mafhumnya bermaksud “Tartil iaitu mentajwidkan setiap huruf serta mengetahui
segala (jenis) waqaf.”

21
Perkara ini turut dikukuhkan lagi dengan kata-kata ulama’ antaranya Imam
Ibnu Al-Jazari pernah berkata: “Dan setelah kamu mentajwidkan setiap huruf maka
tidak dapat tidak (mesti) mengetahui akan segala waqaf.” Manakala Imam Abu
Hatim Al-Sajistani menegaskan, “Barangsiapa yang tidak mengetahui hukum (cara-
cara) waqaf maka ia dianggap jahil mengenai Al-Quran.”

1.2 PENGERTIAN WAQAF

Waqaf dari sudut bahasa ialah menahan atau berhenti. Manakala dari segi istilah,
waqaf bermaksud memutuskan bacaan atau menghentikannya pada suatu kalimah
dengan tempoh satu pernafasan sebagai ukurannya, serta masih berniat
menyambung bacaan itu setelah mengambil nafas. Sekiranya tiada niat untuk
meneruskan bacaan, maka ia tidak dinamakan waqaf sebaliknya qat’u. (Abu Najihat
Al-Hafiz, 2002)

1.3 BAHAGIAN WAQAF

Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), para ulama’ qurra’ telah


membahagikan waqaf kepada empat bahagian iaitu:

1.3.1 Waqaf Ikhtiari (‫ﺇﺧﺘﻴﺎﺭﻱ‬ ‫)ﻭﻗﻒ‬


Waqaf ikhtiari adalah waqaf pilihan yang boleh dilakukan oleh pembaca tanpa
sebarang tempat tertentu. Menurut Abdul Qadir Leong (2003), para ulama’
qurra’ berselisih pendapat pada bilangan dan namanya, pendapat yang
termasyhur dan paling adil telah diterangkan oleh Imam Abu ‘Amr Al-Dani dan
Ibnu Al-Jazari iaitu:

(i) Waqaf Tam (‫ﺗﺎﻡ‬ ‫)ﻭﻗﻒ‬ - Berhenti yang Sempurna

Iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai hubungan dengan kalimah
yang selepasnya dari segi lafaz dan makna.

Contoh:      (Surah Al-Baqarah: Ayat 5)

22
Apabila seseorang pembaca Al-Quran bertemu dengan waqaf jenis ini, lebih
elok jika ia berhenti dan kemudian meneruskan semula bacaannya dengan
kalimah yang selepasnya.

(ii) Waqaf Kafi (‫ﻛﺎﰲ‬ ‫)ﻭﻗﻒ‬ - Berhenti yang Memadai

Iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai hubungan dengan kalimah
selepasnya dari segi lafaz tapi mempunyai hubungan dari segi makna.

Contoh:       (Surah Al-Baqarah: Ayat 6)

Sekiranya bertemu dengan waqaf ini ketika membaca Al-Quran, lebih elok
jika ia berhenti. Walau bagaimanapun, sekiranya ia ingin memulakan semula
bacaannya, hendaklah ia mengulangi semula kalimah sebelumnya atau pada
kalimah ia berhenti kecuali jika ia berhenti pada hujung ayat, maka lebih elok
ia meneruskan dengan kalimah yang berikutnya.

(iii) Waqaf Hasan (‫ﺣﺴﻦ‬ ‫)ﻭﻗﻒ‬ - Berhenti yang Baik

Iaitu waqaf pada kalimah yang boleh memberi faham akan maknanya yang
jelas tetapi mempunyai hubungan dengan kalimah atau ayat selepasnya dari
segi lafaz.

Contoh:      (Surah Al-Fatihah: Ayat 2)

Apabila bertemu dengan waqaf ini semasa membaca ayat Al-Quran, maka
lebih elok jika berhenti dan meneruskan semula bacaannya dengan kalimah
yang selepasnya seperti keadaan Waqaf Tam.

(iv) Waqaf Qabih (‫ﻗﺒﻴﺢ‬ ‫)ﻭﻗﻒ‬ - Berhenti yang Tidak Baik

Iaitu waqaf pada kalimah yang tidak memberi faham akan maknanya kerana
berhubung kuat dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna. Tidak
harus waqaf padanya kecuali darurat dan (jika berlaku) wajib memulakan
dengan kalimah sebelumnya.

23
Contoh: Waqaf pada kalimah  daripada    
(Surah Al-Fatihah: Ayat 2)

Wakaf ini tidak diharuskan dan seseorang pembaca Al-Quran itu dikira
berdosa serta boleh jatuh kufur jika ia melakukannya dalam keadaan sengaja
dan mengetahui maknanya. Sebaliknya, jika terpaksa berhenti pada kalimah
tersebut, maka hendaklah diulangi semula kalimah yang sebelumnya apabila
hendak memulakan atau meneruskan bacaan.

1.3.2 Waqaf Idhtirari (‫ﺇﺿﻄﺮﺍﺭﻱ‬ ‫)ﻭﻗﻒ‬


Waqaf Idhtirari adalah waqaf terpaksa (darurat) yang dilakukan oleh pembaca
kerana kehabisan nafas, terbersin, menguap dan sebagainya. Hukum
bernafas di tengah kalimah adalah haram kerana ia merosakkan bacaan.
Walau bagaimanapun, bagi seseorang yang kesempitan nafas maka
hendaklah ia memilih akhir kalimah tertentu dan waqaf padanya serta
bolehlah bernafas kemudian menyambung semula bacaan dengan menjaga
ibtida’ (permulaan) yang betul.

1.3.3 Waqaf Intidzari (‫ﺇﻧﺘﻈﺎﺭﻱ‬ ‫)ﻭﻗﻒ‬


Waqaf Intizhari adalah waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca kerana
membaca wajah (qiraat) yang lain daripada wajah-wajah bacaan yang
diterima. Diharuskan ketika seseorang itu sedang bertalaqqi dengan gurunya
dengan membaca bacaan-bacaan Qiraat tujuh atau sepuluh. Cara untuk
memulakan semula bacaan adalah sama seperti Waqaf Idhtirari dan Waqaf
Ikhtibari iaitu dengan mengulangi semula kalimah yang sebelumnya atau
pada kalimah yang diberhentikan jika sesuai dengan maksudnya.

1.3.4 Waqaf Ikhtibari (‫ﺇﺧﺘﺒﺎﺭﻱ‬ ‫)ﻭﻗﻒ‬


Waqaf Ikhtiari adalah waqaf pengetahuan yang dilakukan oleh pembaca
bertujuan untuk menerangkan perbezaan antara maqtu’ dan maushul, ithbat
dan mahdzuf, menyoal dalam peperiksaan atau mengajar orang ramai. Untuk
memulakan bacaan, seseorang itu perlu mengulangi semula kalimah yang
sebelumnya atau pada kalimah yang ia berhenti.
24
1.4 TANDA-TANDA WAQAF DALAM RASM UTHMANI

1.4.1 (‫)ﻻ‬ : ‫ﺇﺷﺎﺭﺓ ﻋﺪﻡ ﺍﻟﻮﻗﻒ‬


Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), tanda waqaf (‫ )ﻻ‬bermaksud Waqaf Mamnu’
(‫)ﻭﻗﻒ ﳑﻨﻮﻉ‬ iaitu waqaf yang dilarang sekiranya sengaja waqaf padanya. Walau
bagaimanapun, dimaafkan bagi pembaca Al-Quran jika waqaf padanya ketika
darurat. Tanda waqaf (‫)ﻻ‬ ada dua keadaan iaitu:

(a) Jika (‫)ﻻ‬ di tengah ayat bermaksud La Taqif (‫)ﻻ ﺗﻘﻒ‬ iaitu dilarang waqaf.
Contohnya dalam firman Allah s.w.t:

            

            

    

Maksudnya: “Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah


diturunkan Allah iaitu Kitab dan menjualnya dengan harga murah, mereka
hanya menelan api neraka ke dalam perutnya, dan Allah tidak akan menyapa
mereka pada Hari Kiamat dan tidak akan menyucikan mereka. Mereka akan
mendapat azab yang sangat pedih.”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 174)

(b) Jika (‫)ﻻ‬ di hujung ayat bermaksud La Taqta’ (‫)ﻻ ﺗﻘﻄﻊ‬ iaitu dilarang qata’
(berhenti terus). Contohnya dalam firman Allah s.w.t:
‫ﻻ‬
        
Maksudnya: “Maka celakalah orang-orang yang bersolat.”
(Surah Al-Ma’un: Ayat 4)

Menurut Abdul Qadir Leong (2003), dalam Al-Qur’an Rasm Uthmani, tanda
waqaf (‫)ﻻ‬ menunjukkan jenis berhentinya adalah Waqaf Qabih (‫ )ﻭﻗﻒ ﻗﺒﻴﺢ‬. Oleh
itu, tidak elok berhenti ketika bertemu dengan waqaf ini. Jika diteruskan juga
25
bacaan, akan menyebabkan pembaca Al-Quran menghentikan bacaan pada
rangkai kata yang tidak sempurna maknanya. Ini kerana makna dan lafaznya
masih terikat dengan kata-kata berikutnya. Sekiranya berhenti juga disebabkan
tidak cukup nafas atau bersin, maka hendaklah dimulakan semula bacaan dengan
mengulang dari kalimah sebelumnya hingga akhir ayat.

Manakala Nik Jaafar Nik Ismail (1997) menegaskan pembaca Al-Quran


hendaklah berhenti ketika bertemu dengan tanda-tanda waqaf dari jenis Waqaf
Qabih. Ini kerana melakukan waqaf pada mana-mana kalimah atau ayat tidak
sempurna atau tergantung, boleh mencacatkan kalimah atau mengubahkan
kefahaman makna ayat yang dikehendaki.

1.4.2 (‫)ﺝ‬ : ‫ﺇﺷﺎﺭﺓ ﻭﻗﻒ ﺟﺎﺋﺰ‬


Mengikut Mohamad Abd Manaf (2004), tanda waqaf (‫)ﺝ‬ merupakan Waqaf Jaiz
(‫)ﻭﻗﻒ ﺟﺎﺋﺰ‬ iaitu waqaf yang harus sama ada hendak berhenti untuk waqaf atau
meneruskan bacaan untuk washal. Contohnya tanda waqaf (‫)ﺝ‬ yang terdapat
dalam firman Allah s.w.t:

     

Maksudnya: “Dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu
melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti) itu?”
(Surah Al-Dzariat: Ayat 21)

Menurut Nik Jaafar Nik Ismail (1997), Waqaf Jaiz berlaku pada mana-mana
ayat yang telah sempurna pada lafaz (i’rab) tetapi masih ada hubungan pada makna
(cerita) dengan ayat yang berikutnya. Abdul Qadir Leong (2003) menjelaskan Wakaf
Jaiz adalah tanda harus berhenti untuk waqaf pada mana-mana rangkai kata yang
tidak sampai merosakkan maknanya. Oleh itu, seseorang pembaca Al-Quran harus
hukumnya untuk memberhentikan bacaan padanya atau meneruskan bacaannya.

Dalam Al-Quran Rasm Uthmani, tanda waqaf (‫)ﺝ‬ boleh dilihat dalam Surah
Al-Bayyinah, ayat 5, Allah s.w.t berfirman:
26
              

  

Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah


Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan
supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian
itulah agama yang benar.”

Maka harus bagi pembaca Al-Quran menghentikan bacaan pada kalimah


 lalu harus memulakan bacaan pada kalimah  .

1.4.3 (‫)ﻡ‬ : ‫ﺇﺷﺎﺭﺓ ﻭﻗﻒ ﻻﺯﻡ‬


Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), tanda waqaf (‫)ﻡ‬ bermaksud Waqaf Lazim
(‫)ﻭﻗﻒ ﻻﺯﻡ‬ iaitu waqaf yang dibiasakan atau dimestikan (ulama’ melazimkan
waqaf padanya). Contohnya dalam Surah Al-Qamar, ayat 6, Allah s.w.t berfirman:

         

Maksudnya: “Oleh itu, berpalinglah dari mereka (Wahai Muhammad dan janganlah
dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat)
kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah).”

Selain dinamakan Waqaf Lazim, ia juga dinamakan Waqaf Tam (‫)ﻭﻗﻒ ﺗﺎﻡ‬
iaitu berhenti sempurna. Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna
maknanya; tidak terikat lafaz (dari segi i’rab) dan maksudnya dengan kata-kata yang
berikutnya. (Abdul Qadir Leong, 2003)

Nik Jaafar Nik Ismail (1997) menjelaskan Waqaf Lazim ialah waqaf pada
mana-mana ayat yang telah sempurna pada lafaz dan pada makna. Di mana jika
diwasalkan ianya boleh menghubungkan maksud makna yang dikehendaki.
27
Hukumnya elok diwaqafkan dan dimulakan dengan ayat yang berikutnya. Makruh
jika diwasalkan. Contohnya:

            

Maksudnya: “Hanyasanya orang-orang yang menyahut seruanmu itu ialah mereka


yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran); sedang orang-orang yang mati
Allah bangkitkan mereka semula (pada Hari Kiamat kelak), kemudian mereka
dikembalikan kepadanya untuk menerima balasan.”
(Surah Al-An’am: Ayat 36)

Maka bolehlah menghentikan bacaan pada kalimah  lalu memulakan


bacaan dari kalimah  .

1.4.4 ( ) : ‫ﻗﻴﻞ ﻭﻗﻒ ﺃﻭﱃ‬



Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), tanda waqaf ( ) bermaksud Waqaf Aula iaitu
(‫ )ﻭﻗﻒ ﺃﻭﱃ‬waqaf 
lebih utama. Nik Jaafar Nik Ismail (1997) menyatakan bertajwid
pada membaca Waqaf Aula atau dinamakan juga Waqaf Kafi (‫)ﻭﻗﻒ ﻛﺎﰲ‬ adalah
sama seperti Waqaf Jaiz dari segi hukumnya iaitu harus jika hendak diwasalkan
tetapi adalah lebih baik jika diwaqafkan. Contohnya terdapat Surah Al-Nahl, ayat 30:

                 

       

Maksudnya: “Dan kemudian dikatakan kepada orang yang bertaqwa, “Apakah yang
telah diturunkan oleh Tuhanmu?, Mereka menjawab, “Kebaikan”. Bagi mereka yang
berbuat baik di dunia mendapat (balasan) yang baik. Dan sesungguhnya negeri
Akhirat pasti lebih baik. Dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertaqwa.”

Dalam Al-Quran Rasm Uthmani, tanda ( ) menunjukkan jenis berhenti Waqaf


Kafi dan adalah lebih utama untuk berhenti padanya. Ini kerana Wakaf Kafi 
bermaksud menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna dari segi

28
lafaznya tetapi maknanya masih terikat dengan kata-kata berikutnya. Contohnya
dalam Surah Yaasin, ayat 52, Allah s.w.t berfirman:

             

Maksudnya: “Mereka berkata, “Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami


dari tempat tidur kami (kubur)?” Inilah yang dijanjikan (Allah) Yang Maha Pengasih
dan benarlah Rasul-rasul-Nya.”

Maka boleh menghentikan bacaan pada kalimah  lalu memulakan


bacaan pada  .

2.4.5 ( ) ‫ﻭﺻﻞ ﺍﻭﱃ‬



Mohamad Abd Manaf (2004) menyatakan tanda ( ) bermaksud Washal Aula iaitu

(‫ )ﻭﺻﻞ ﺃﻭﱃ‬washal lebih utama. Walau bagaimanapun, diharuskan waqaf tetapi lebih
baik diwashalkan. Tanda waqaf ini dalam Al-Quran Rasm Uthmani menunjukkan
jenis berhentinya adalah Waqaf Hasan (‫)ﻭﻗﻒ ﺣﺴﻦ‬. Contohnya dalam ayat berikut:

               

     

Maksudnya: “Dan barangsiapa menentang Rasulullah s.a.w (Muhammad) setelah


jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin.
Kami biarkan dia dalam kesesatan yang telah dilakukannya itu dan akan Kami
masukkan dia ke dalam neraka jahannam dan itu seburuk-buruk tempat kembali.”
(Surah An-Nisa’: Ayat 115)

Menurut Abdul Qadir Leong (2003), Waqaf Hasan ialah menghentikan bacaan
pada rangkai kata yang sempurna makna pada dirinya tetapi makna dan lafaznya
masih terikat dengan kata-kata yang berikutnya. Oleh itu, adalah lebih utama untuk

29
pembaca Al-Quran menyambung bacaan tanpa berhenti waqaf apabila bertemu
dengan tanda ini. Contohnya:

         

Maksudnya: “Mereka berkata: Demikianlah Tuhanmu berfirman, (Kami hanya


menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha
Mengetahui".

Maka dibolehkan menghentikan bacaan pada kalimah  tetapi lebih baik
sekiranya pembaca Al-Quran itu mengulangi bacaan dari kalimah  hingga akhir
ayat. Ini kerana walaupun pada dasarnya ayat yang bertanda ( ) dan dikategorikan

sebagai Waqaf Hasan telah sempurna (boleh difahami) tetapi masih ada hubungan
dengan lafaz dan makna ayat yang berikutnya. (Nik Jaafar Nik Ismail, 1997).

1.5 PENUTUP

Sememangnya tidak terdapat sebarang dalil khusus daripada Al-Quran dan As-
Sunnah yang menyentuh tentang hukum wajib mahupun haram melakukan waqaf
pada mana-mana ayat di dalam Al-Quran. Ini kerana pada zaman Rasulullah s.a.w
ilmu yang menerangkan tentang waqaf dan ibtida’ tidak diperlukan kerana sebarang
masalah yang berhubung dengan pembacaan Al-Quran akan terus dirujuk kepada
baginda s.a.w. Berbeza situasinya pada masa kini, di mana seseorang pembaca Al-
Quran perlu mengetahui kedudukan waqaf yang sesuai agar ayat yang dibaca
membawa makna yang selaras dengan kehendak syara’. Hal ini sebenarnya telah
dipermudahkan dengan kewujudan tanda-tanda tertentu di dalam Al-Quran Mushaf
Rasm Uthmani yang menunjukkan kedudukan dan hukum sesuatu waqaf.

Kesimpulannya, Al-Quran hendaklah dibaca secara `tartil' iaitu bacaan yang


terang, jelas dan betul mengikut ilmu tajwid. Memperelokkan suara ketika membaca
Al-Quran dapat menyentuh perasaan sesiapa yang mendengar sekaligus bacaan itu
mampu menusuk ke dalam jiwa pendengarnya. Namun begitu, di sebalik seni
bacaan Al-Quran, kita hendaklah sentiasa meneliti makna ayat, memahami
kandungan dan pengertian yang disampaikan daripada Al-Quran itu sendiri.
30
Al-Quran juga hendaklah diajarkan kepada seluruh umat Islam iaitu dengan
disebarkan seluas-luasnya agar umat Islam dapat terus melaksanakan
tanggungjawab untuk mengamal dan memelihara Kitabullah ini. Manakala
mempelajari Al-Quran dan seterusnya mengajarkannya pula merupakan sunnah
Rasulullah s.a.w yang amat dituntut kepada seluruh umat Islam sebagaimana sabda
Baginda s.a.w yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah mereka yang
mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."

Sebagai umat Islam, kita wajib bersyukur kepada Allah s.w.t kerana
dikurniakan nikmat petunjuk Al-Quran. Justeru, kita perlu menjadikan Al-Quran
sebagai pegangan hidup demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Usah biarkan
jiwa dan hidup ini kosong tanpa pedoman Al-Quran. Sabda Rasulullah s.a.w dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi daripada Ibnu Abbas, maksudnya:
"Sesungguhnya mereka yang tidak mempunyai sedikit Al-Quran dalam jiwanya
samalah seperti rumah yang hampir roboh."

Jelaslah daripada hadis daripada Rasulullah s.a.w ini menunjukkan bahawa


Al-Quran diturunkan untuk dihayati dan diamalkan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa
istiqamah dalam membaca Al-Quran dan berusaha untuk menghafaznya. Dengan
membaca al-Quran, kita dapat menambahkan ketenangan, keimanan dan
ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Bahkan dengan membaca Al-Quran, kita mampu
membersihkan jiwa, sekaligus mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah
s.w.t sebagaimana maksud Rasulullah s.a.w: "Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia
akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya."

31

You might also like