You are on page 1of 20

Penghargaan

Saya, Crystal Cassandra Paul, pemegang maktab 06136 ingin


merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru Pendidikan Jasmani,
Cikgu Vincent dan Cikgu Nazri yang telah pun memberi tunjuk ajar kepada
saya untuk menyiapkan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada ahli-ahli keluarga saya yang juga banyak membantu saya untuk
menyiapkan folio ini. Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada rakan-
rakan kelas saya yang telah pun bertungkus-lumus bersama saya untuk
menyiapkan folio ini.
Isi kandungan
Pengurusan stres dan konflik

Stres dan konflik adalah dua factor yang bertimbal balas dan kerap
menganggu perjalanan hidup remaja. Bentuk stress dan konflik adalah
berbeza-beza antara remaja dengan remaja yang lain. Perbezaan ini banyak
dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan dalaman seperti emosi, sosio
ekonomi, persekitaran, rakan sebaya dan lain-lain.

Remaja yang dilanda stres dan konflik tidak dapat mengawal diri dan
sering mengambil keputusan negative yang akhirnya merosakkan diri
sendiri. Mereka biasanya mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan
masalah sehingga menyebabkan meeka terjebak dalam pelbagai masalah
sosial seperti penyalahgunaan bahan, seks bebas, jenayah rogol dan
sebagainya. Antara faktor utama yang menyebabkan permasalahan ini ialah
kekeliruan dan ketidakfahaman remaja untuk menangani stres dan konflik.
Oleh itu, saya telah memilih bab ini untuk mendedahkan cara untuk
menguruskan stres dan konflik dengan kaedah yang betul.
Stres

Stres ialah suatu reaksi yang tidak spesifik oleh tubuh badan
seseorang ke atas tekanan yang diterima. Stres berlaku disebabkan oleh
kesan tindak balas seseorang terhadap ‘stressor’. Stres terbahagi kepada
dua iaitu:

Eustres – Stres yang baik atau positif seperti Berjaya mendapat anugerah
pelajar terbaik peringkat negeri.

Distres – Stres yang tidak baik atau negative seperti gagal dalam
peperiksaan pertengahan tahun.

Kedua-dua stres ini dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman.


Contoh faktor luaran ialah tempat belajar, keluarga, persekitaran dan
masyarakat. Contoh faktor dalaman pula ialah imej diri dan pengurusan diri.
Walau bagaimanapun, penerimaan seseorang terhadap stres adalah
berbeza-beza. Perkara yang menimbulkan stres pada seseorang dianggap
perkara biasa oleh seseorang yang lain. Oleh itu, setiap orang perlu bijak
mengendalikan sesuatu perkara agar tidak mendapat stres.
Tanda-tanda stres

Reaksi perasaan
Perasaan cepat marah, kecewa, dan suka menyendiri adalah tanda-
tanda stres negatif. Kita akan cepat marah akibat tekanan yang diterima.
Keadaan ini sekaligus menyebabkan mood berubah-ubah iaitu keadaan diri
atau perasaan tidak stabil, suka dan duka bersilih ganti. Selain itu,
perubahan sikap kepada agresif ketika menghadapi sesuatu situasi juga
adalah stres negatif.

Sukar membuat keputusan

Keadaan ini terjadi apabila kita menghadapi gangguan baru. Hal ini
disebabkan fikiran tidak tenang dan bercelaru yang menyukarkan kita
membuat keputusan.

Sakit fizikal

Kadang kala akibat terlampau memikirkan sesuatu masalah kita


mungkin hilang selera makan dan sukar tidur. Keadaan ini boleh
menyebabkan kita mendapat penyakit seperti sakit kepala, gastrik dan
sebagainya. Kita juga mungkin akan kelihatan lesu dan sugul.

Perubahan perlakuan

Kita mungkin akan berubah sikap atau perlakuan jika menghadapi


stres. Kadang kala kita menjadi murung dan penyedih, adakalanya kita boleh
menjadi pemarah dan hilang sabar. Kita juga sering melengah-lengahkan
kerja.
Faktor Penyebab Stres
Stres boleh disebabkan faktor luaran dan dalaman.

Faktor luaran

Tempat belajar

Persekitaran tempat pembelajaran terutama di sekolah memberi


impak yang besar kepada seseorang. Keadaan sekolah yang bersih,
hubungan baik antara guru dan pelajar serta kemesraan hubungan sesama
rakan akan membantu mengurangkan stres.

Keluarga

Kebahagiaan keluarga adalah faktor penting bagi mengelakan stres di


kalangan remaja. Kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak
dan kemesraan sesama ahli keluarga adalah tunggak kepada keluarga
bahagia. Kegagalan institusi keluarga memikul tanggungjawab yang diberi
menjadi punca stres yang menyebabkan remaja bermasalah.

Masyarakat

Situasi masyarakat masa kini banyak mempengaruhi remaja. Masalah


sosial seperti kejadian jenayah, penyalahgunaan bahan dan tiada hubungan
baik sesama jiran tetangga boleh mengakibatkan stres. Dalam kehidupan
bermasyarakat, kerukunan sesama jiran haruslah dijaga agar kehidupan
lebih harmoni dan selesa.
Faktor dalaman

Imej kendiri

Tekanan dalam diri yang sering dialami remaja berlaku akibat rasa
rendah diri yang keterlaluan dan berasa diri tidak disukai. Contohnya bentuk
fizikal, status sosio ekonomi dan pencapaian akademik boleh mempengaruhi
imej kendiri seseorang.

Pengurusan diri yang lemah

Kita tidak dapat menjadi pelajar yang cemerlang sekiranya kita gagal
atau tidak dapat menguruskan masa dengan baik dan tiada perancangan
diri. Sebagai contoh, kegagalan menyiapkan kerja-kerja sekolah,
menyebabkan kita takut untuk berjumpa guru. Keadaan ini boleh
menimbulkan stres.
Strategi Menangani Stres
Stres perlu ditangani agar kita dapat hidup selesa dan gembira. Antara cara
menangani stres ialah:

Kemahiran pengurusan diri

Kita perlu membuat perancangan diri yang sistematik supaya tidak


menghadapi sebarang masalah yang boleh menimbulkan stres. Justeru, kita
perlu menetapkan matlamat, menyenaraikan matlamat dan seterusnya
membuat perjadualan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Kemahiran membuat keputusan

Apabila menghadapi masalah, kita perlu menyenaraikan segala


tindakan yang boleh diambil. Kita perlu mengkaji kebaikan dan keburukan
setiap tindakan dan memilih tindakan yang paling sesuai. Oleh yang
demikian, kita boleh menyelesaikan masalah tersebut tanpa mengikut
emosi.

Hubungan yang baik

Jalinkan hubungan yang baik dengan jiran dan rakan-rakan untuk


menjamin kehidupan yang lebih harmoni. Hormat-menghormati , tolong-
menolong, dan bertolak ansur ialah sikap terpuji yang perlu diamalkan tanpa
mengira perbezaan umur, pangkat, bangsa dan agama.
Kecergasan fizikal

Kita mesti mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam selalu


dan ,mendapat rehat yang mencukupi untuk mendapat kecergasan fizikal
yang optimum. Kecergasan fizikal yang optimum dapat mengurangkan stres.

Menilai semula pegangan hidup

Kita perlu menilai semula pegangan hidup dan falsafah hidup kita.
Pegangan agama dan nilai moral diri yang kuat akan membantu kita
mengkaji sikap positif dan negatif yang ada dalam diri.
Konflik
Konflik ialah percanggahan pendapat dalam membuat sesuatu
keputusan. Konflik boleh berlaku di dalam diri sendiri (interpersonal) atau
dengan orang lain (intrapersonal). Contoh konflik diri sendiri ialah kesukaran
memilih sesuatu perkara apabila diberi dua pilihan berbeza ketika membuat
keputusan. Contoh konflik dengan orang lain pula adalah apabila memiliki
pandangan atau pendapat yang berbeza dengan orang lain. Konflik boleh
berlaku pada semua peringkat umur.

Ketika zaman remaja, kita akan menghadapi kedua-dua konflik yang


dinyatakan di atas. Walaupun konflik adalah normal, tetapi ia akan
membebankan seseorang secara mental atau emosi. Oleh itu, konflik perlu
ditangani dengan bijak agar tidak berpanjangan. Konflik yang berpanjangan
akan dibelenggu dengan sikap kemurungan dan sentiasa berasa tidak puas
hati terhadap orang lain. Untuk menyelesaikan konflk, kita perlu mengenal
pasti faktor penyebab dan strategi menanganinya.

Faktor Penyebab Konflik


Sikap tidak yakin dalam membuat keputusan

Membuat keputusan tentang sesuatu perkara perlu diteliti dengan


bijak bagi mengelakkan daripada membuat keputusan yang salah. Sebagai
contoh, pemilihan kursus atau jurusan yang perlu kamu ambil ketika ingin
melanjutkan pelajaran boleh menimbulkan konflik dalam diri sendiri
(interpersonal). Mereka yang lulus Sijil Pelajaran Malaysia perlu mendapat
pandangan kaunselor dan guru bagi memastikan program di institusi
pengajian tinggi sesuai dengan minat serta kelayakan mereka. Pemilihan
program yang tidak sesuai akan menyebabkan kita sentiasa berada dalam
keadaan tertekan dan tidak berpuas hati, malah gagal untuk mengikuti
program tersebut dengan baik.

Sikap agresif

Sikap agresif seperti suka bertengkar, menyalahkan orang lain , suka


mengkritik dan menghina orang lain boleh mengakibatkan konflik. Sikap
agresif yang suka merandah-rendahkan kebolehan orang lain boleh
mengakibatkan konflik. Kita akan sentiasa berbalah dan bertengkar dengan
orang lain. Sebagai contoh, kamu akan menuduh orang lain melakukan
kerosakan walaupun dianggap salah oleh rakan-rakan. Keadaan tidak mahu
mengalah ini boleh mengakibatkan suasana menjadi keruh dan konflik
terjadi dalam diri kamu.

Sikap mengelak

Sikap seperti tidak mengendahkan sesuatu masalah, membisu, dan


berharap masalah akan selesai dengan sendiri boleh menimbulkan konflik.
Remaja yang suka mengelak daripada menghadapi masalah boleh
mengakibatkan konflik berlanjutan. Sebagai contoh, pelajar yang tidak
mempedulikan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru bleh
mengakibatkan konflik apabila guru ingin memeriksa buku-buku latihan
mereka. Akibatnya, stres akan timbul dalam diri mereka kerana dimarahi
oleh guru atau terpaksa memikirkan tentang kerja rumah yang tertanggung.

Sikap pasif

Sikap pasif ialah menafikan kehendak sendiri untuk memuaskan pihak


lain. Contoh sikap ini ialah tidak tahu menolak permintaan orang lain dan
sentiasa mengalah atas kehendak diri sendiri. Memiliki sikap sebegini boleh
menyebabkan kamu berada dalam konlik kerana kerja yang kamu lakukan
bukan mengikut kehendak diri sendiri.

Perbezaan individu

Perbezaan individu adalah perbezaan dari segi personaliti, minat, sosio


eknomi dan akademik. Berada di dalam kumpulan rakan yang mempunyai
perbezaan tersebut boleh mendatangkan konflik kepada seseorang.
Contohnya, berkawan dengan rakan yang mempunyai minat yang berlainan
akan menimbulkan konflik kepada kita kerana terpaksa melakukan sesuatu
yang tidak diminati. Perbezaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan
kamu mempunyai percanggahan minda dan pendapat.

Strategi Menangani Konflik


Konflik perlu ditangani sebelum ia berlarutan menjadi stres. Remaja
perlu mencari strategi yang sesuai dengan diri, persekitaran dan keadaan
mereka. Berikut adalah langkah-langkah untuk menangani konflik:

Bersikap toleransi

Kamu perlu sentiasa mempunyai sikap bertolak ansur atau


berkompromi terhadap sesuatu isu. Contohnya, walaupun kamu tidak
bersetuju dengan pendapat rakan kamu, kamu tidak cepat mengatakan
bahawa pandangan kamu betul tetapi lebih gemar bertolak ansur. Strategi
ini boleh membuatkan seseorang itu lebih bersikap toleransi kerika
menangani konflik.

Bersikap terbuka

Seseorang yang bersikap terbuka boleh menerima pandangan, teguran


atau pendapat orang lain. Sekiranya mengamalkan sikap ini kamu tidak akan
mudah marah apabila dikritik. Kamu boleh menerima teguran atau
pandangan orang lain dengan hati terbuka. Kamu juga bersedia mengubah
pendapat kamu setelah mendengar pendapat orang lain yang lebih bernas.
Dengan memiliki sikap terbuka, konflik dapat diselesaikan dengan cara yang
baik.

Terima hakikat

Menerima hakikat ialah menerima sesuatu keadan atau perkara yang


berlaku. Sebagai contoh, sekiranya kamu gagal dalam peperiksaan kamu
tidak akan menyalahkan orang lain. Hal ini kerana kamu oleh menerima
hakikat bahawa kegagalan itu berpunca daripada kesilapan sendiri.
Sekiranya kamu boleh menerima hakikat sesuatu keadaan, tidak ada konflik
yang akan timbul dalam diri kamu.

Berbincang dengan sahabat karib, ibu bapa, guru atau kaunselor

Perbincangan dengan orang yang kamu percayai seperti sahabat karib,


ibu bapa, guru atau kaunselor sekolah boleh meringankan beban kamu
dalam menghadapi konflik. Pandangan dan pendapat mereka yang bernas
boleh membantu kamu dalam menyelesaikan konflik yang timbul.

Bersemuka untuk menyelesaikan masalah

Kamu perlu berani berhadapan dengan seseorang yang telah


menimbulkan konflik dalam diri kamu. Misalnya, bersemuka untuk
menyelesaikan masalah, percanggahan pendapat atau untuk mengetahui
keadaan situasi yang sebenar. Dengan cara ini, kedua-dua belah pihak akan
cuba mencari kata putus atau jalan penyelesaian tentang isu yang
menyebabkan berlaku konflik antara kamu dengan pihak yang satu lagi.

Teknik relaksasi

Relaksasi penting sebagai langkah mengelakkan stres yang


diakibatkan oleh konflik. Berikut adalah beberapa teknik untuk
mengurangkan konflik:

1.Bersenam – Dapat menenangkan fikiran


2.Imageri – Penggunaan konsep imageri mampu membantu memperbaiki
cara seseorang

bertindak.

3. Meditasi – Aktiviti meditai melalui kegiatan yoga mampu mengurangkan


kekusutan jiwa yang

dihidapi.

4.Sembahyang – Tingkatkan keimanan melalui aktiviti sembahyang kerana ia


mampu

mengurangkan rasa gelisah seseorang.

5. Pernafasan – Menggunakan teknik pernafasan yang betul dan


mengamalkan pernafasan

panjang boleh membantu dalam mengurangkan tekanan.

Maklumat tambahan

Ramai guru berpenyakit akibat stres


KUALA LUMPUR 28 Mac - Ramai guru di Malaysia kini menghidap penyakit barah payu dara, darah tinggi, sakit
jantung malah sedang mendapat rawatan psikiatri kerana semakin stres akibat bebanan tugas yang meningkat.

Guru wanita lebih ramai dihidapi penyakit berbanding dengan guru lelaki malah guru muda juga tidak terkecuali
dalam mendapatkan penyakit-penyakit tersebut.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Loke Yim Pheng berkata, andaian ini
adalah berdasarkan tuntutan insurans yang telah dibuat oleh guru-guru sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, setiap tahun sebanyak RM2 juta tuntutan insurans telah dibuat oleh hampir 50 guru dengan nilai dari
RM44,000 hingga RM120,000.
``Punca penyakit yang dihadapi oleh guru-guru ini dipercayai disebabkan oleh bebanan kerja yang membawa
kepada stres sehingga menjejaskan kesihatan guru dan ini diakui oleh guru-guru melalui pertemuan dengan
kesatuan.

``Sebagai kesatuan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan guru, perkara ini perlu ditangani kerana jika guru
tidak sihat dan produktiviti menurun, bagaimana untuk meneruskan tugas mengajar anak bangsa,'' katanya kepada
pemberita pada Persidangan Pendidikan Malaysia ke-10 di sini hari ini.

Menurut Loke Pheng, guru-guru yang mengajar di bandar-bandar besar seperti terutama Kuala Lumpur dan di
kawasan pedalaman adalah bilangan yang banyak diserang stres sehingga ada yang perlu mendapatkan rawatan
psikiatri.

``Sebagai contoh, ada seorang guru akan keluar kelas setiap kali hujan semata-mata untuk melihat hujan sehingga ia
berhenti dan satu lagi kes ialah ada guru yang tidak suka pergi ke sekolah,'' jelasnya.

Tambah beliau, bagaimanapun, kedua-dua kes itu telah pun dirujukkan ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk
mendapatkan kaunseling.

``Satu kajian telah dibuat oleh NUTP pada tahun lalu mengenai stres di kalangan kakitangan perguruan.

``Sebanyak 9,328 orang telah memberi maklum balas yang terdiri daripada guru kelas, pengetua, pensyarah dan
pegawai Jabatan Pelajaran di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

``Daripada kajian itu, sebanyak 69 peratus responden bersetuju bahawa mereka bekerja dalam keadaan stres,''
katanya.

Menurut beliau lagi, faktor tertinggi yang menyebabkan stres ialah tekanan daripada ibu bapa dan pelajar yang
sering menimbulkan masalah sehingga ada yang ingin menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah.

Tambah beliau, faktor lain ialah bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi iaitu daripada
320,000 guru, hanya 40,000 kekosongan sahaja untuk kenaikan pangkat.

``Oleh kerana peluang kenaikan pangkat terlalu sedikit, maka ramai guru yang kecewa sehingga ada yang menjadi
guru kelas biasa sehingga bersara.

``Begitu juga dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua sedangkan prestasi guru cemerlang.

``Apabila guru stres, maka perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku seperti meluahkan kemarahan kepada
pelajar atau mendenda pelajar bagi melepaskan perasaan tertekan tersebut,'' ujarnya.

Yim Pheng berharap kementerian melihat perkara ini secara serius kerana kini guru melakukan pelbagai kerja
sehingga membawa kemudaratan kepada kesihatan dan mental.
Kendali emosi atasi stres pekerjaan
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Sejak kebelakangan ini, setiap kali pulang ke rumah,


Iskandar Haron, 40 hanya mendiamkan diri dan
berkurung di dalam bilik. Isteri dan anak-anaknya berasa TIDAK mendapat sokongan daripada rakan sekerja juga boleh
menyebabkan stres. – Gambar hiasan
hairan melihat perubahan tersebut.

Jika dahulu, dialah suami yang sering membantu isteri


sebaik sahaja pulang ke rumah dan bapa yang bermesra dengan anak-anak. Tetapi sekarang telah berubah.

Isterinya risau, begitu juga anak-anak yang sering bertanya mengenai bapa mereka. Isterinya pernah bertanya
masalah yang dihadapi tetapi Iskandar hanya mendiamkan diri.
Situasi ini bukan sahaja berlaku kepada Iskandar tetapi berjuta-juta orang yang bekerjaya. Mereka tidak dapat
menghindarkannya kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan dan alam pekerjaan. Semuanya berpunca
daripada stres yang tidak dapat dibendung.

Perasaan stres terbit daripada naluri semula jadi tubuh. Ia suatu keadaan di mana kekuatan fizikal, mental dan emosi
diuji melampaui keupayaan tubuh dan minda yang tidak mampu menahan dan menanggungnya.

Dalam kes Iskandar, dengan gaji yang tidak setimpal dengan tugas yang diberi dan tekanan untuk menyiapkan
projek secepat mungkin tanpa mendapat kerjasama dengan rakan sekerja menjadikannya menjadi tertekan.

Ditambah lagi dengan kos kehidupan masa kini yang rata-ratanya semuanya meningkat, membuatkannya menjadi
tidak tentu arah bagi menanggung perbelanjaan keluarga.

Punca stres yang dialami oleh Iskandar adalah hanya sekelumit bagi golongan yang bekerja, sedangkan banyak lagi
yang menjadi puncanya. Antaranya ialah:

- Objektif dan struktur organisasi yang kurang jelas


- Perkembangan kerjaya, status dan gaji yang tidak memuaskan
- Peranan yang berkonflik
- Tugas yang membosankan dan tidak bermakna
- Kerja yang terlalu banyak atau terlalu sedikit
- Waktu bekerja yang terlalu panjang dan tidak anjal
- Kurang sokongan daripada rakan sekerja atau pihak atasan
- Konflik interpersonal
- Konflik di antara tuntutan kerja dan rumah

Langkah menangani stres pekerjaan

1. Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja

- Menjalinkan tali persahabatan sesama rakan sekerja.


- Berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai.

2. Praktikkan pemikiran yang rasional dan positif

Pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali menyebabkan salah faham.
Sekiranya keadaan ini berlaku:

- Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda.


- Pastikan tafsiran anda tentang sesuatu situasi sepadan dengan fakta.
- Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih munasabah.

3. Berkomunikasi secara berkesan


- Jadilah pendengar yang baik
- Berkomunikasi secara bersemuka
- Luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas.
- Hormati pandangan orang lain.
- Gunakan fakta dan bukannya mengikut perasaan.

4. Tangani kritikan dengan baik

Apabila anda dikritik:

- Bertenang
- Tentukan apa yang anda boleh percaya

Sekiranya kritikan itu bersifat membina dan benar:

- Terima
- Ambil langkah yang sewajarnya

Sekiranya kritikan itu tidak benar dan menyinggung perasaan anda:

- Dapatkan lebih maklumat


- Betulkan tanggapan yang salah itu.

5. Tangani kemarahan secara berkesan

Tiga langkah yang penting:

- Berhenti
- Akui bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang.
- Berfikir
- Rancang fikiran anda.
- Bertindak
- Gunakan daya tindak yang berkesan.

6. Atasi masalah dengan berkesan Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknik IDEAL:

- I - Kenal pasti masalah (Identify the problem)


- D - Huraikan pilihan yang ada (Describe possible options)
- E - Nilaikan akibat setiap pilihan, kelebihan dan kelemahan (Evaluate pros and cons)
- A - Bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik (Act based on the best possible action)
- Belajar dan semak semula (Learn)

Jika anda menganggap sesuatu situasi itu tidak boleh diubah, kendalikan emosi anda secara positif dengan
berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai, berdoa dan lain-lain.
7. Praktikkan pengurusan masa yang berkesan

- Akuilah anda hanya ada 24 jam sehari


- Senaraikan tugas-tugas anda dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan.
- Delegasikan tugas anda secara berkesan.

8. Amalkan cara hidup sihat

- Bersenam selalu.
- Makan secara sihat.
- Tidak merokok.
- Luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi
- Belajar teknik relaksasi (muzik, meditasi dan lain-lain)
Name:Crystal Cassandra Paul
No.maktab:06136
Kelas: 4 ar-Razie
Guru Subjek: Cikgu Vincent / Cikgu Nazri

You might also like