You are on page 1of 6

Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat,


kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan
memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.
Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji,
mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu,
kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah


mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya
matematik, sains dan bahasa.

Jenis pendekatan induktif

• Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari siri


segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga.
• Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti
daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.
• Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya, mendapat
hukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayat-ayat bahasa.
• Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah
laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif

• Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus
menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid
membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk
membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.
• Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan
dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk
mendapat kesimpulan diri sendiri.
• Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri
yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.
• Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
• Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga
digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa.
• Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan
kesimpulan yang berkenaan.
• Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik
kepada umum.

1
Pendekatan

Mengikut pendapat Ahmad Mohd salleh dalam Pendidikan Islam,Falsafah,Pedagogi dan


Metadologi pendekatan ialah wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung
dengan Falsafah agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan
sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu pendapat,falsafah atau suatu
pengajaran tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam
sebarang pengajaran,kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang
menjadi prinsip amalan bilik darjah.

Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan pendekatan. Setiap pendekatan


hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat
pelajaran. Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan
asas yang akan dijadikan prinsip amalan bilik darjah.

Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan
kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori
pembelajaran,maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu
pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan
mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang
saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure
aksiomatik. Melalui pebdapt ibi dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus
berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran,

contohnya :-
a) konkrit kepada abstrak
b) mudah kepada kompleks
c) keseluruhan kepada bahagian
d) umum kepada spesifik (deduktif)
e) spesifik kepada umum (induktif)
f) dekat kepada jauh
g) diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan
sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori
pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
berdasarkan objektifnya.

2
Pendekatan Induktif

Takrif

Mengikut pendapat Ee Ah Meng (Pedagogi ii, Pelaksanaan Pengajaran) mengemukakan


pengertian iaitu akna cara mendekati sesuatu.Dalam konteks bilik darjah,pendekatan
merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam
satu-satu mata pelajaran.Biasanya berasaskan teori.

Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak diajar seuatu bahan
pengajaran secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan
pelajaran tersebut. Seterusnya mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya
sendiri serta mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian-kajian yang telah
dilakukan.

Konsep
Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum.
Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman
Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu
Cuba untuk mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan/susunan pemikiran
Membuat andaian munasabah daripada spesifik (khusus) kepada umum

Ciri-ciri

? Matlamatnya ialah pembentukan kebiasaan


? Guna pengantaraan deria untuk dapatkan pengetahuan
? Perlu kekerapan pengulangan dalam pelbagai konteks untuk kuasai sesuatu kemahiran
? Tekankan pengajaran berbentuk konkrit
? Beri peluang kepada murid belajar di bawah bimbingan guru
? Penglibatan murid secara aktif ditekankan
? Wujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan
? Bimbingan dan bantuan guru diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

Pendekatan Deduktif
Takrif

Suatu penagajaran yang dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari


peraturan-peraturan tertentu dan akan diaplikasikan menjadi suatu fakta.

Dalam pembelajaran di bilik darjah, murid akan dihadapkan dengan suatu masalah.
Kemudian mereka akan memilih prinsip, peraturan, kesimpulan atau generalisasi yang
sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Setiap jalan penyelesaian masalah yang dibuat oleh murid mestilah betul kerana ia akan
dirujuk kepada guru pada akhir sesi pembelajaran.

3
Konsep

? Pelajari sesuatu berdasarkan hokum


? Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum
? Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi
? Membuat satu penghuraian daripada umum kepada yng khusus

Prinsip

? Strategi penyoalan hendaklah diadakan supaya guru dapat menolong murid-murid


membentuk konsep dan seterusnya membuat generalisasi yang dikehendaki
? Mencuba dan menguji kemahiran intelektual murid
? Pengajaran yang terancang dan kepelbagaian aktiviti yang digunakan dapat menarik minat
murid
? Guru perlu menyediakan alat Bantu yang sesuai
? Bimbingan dan bantuan diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

Ciri-ciri
? Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh murid
? Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
? Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks
? Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan.
Teknik

Merujuk kepada pendapat Ahmad Mohd Salleh, teknik ialah apa yang kita lihat di dalam
bilik darjah.Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteks dengan kaedah yang
digunakan.Umpamanya menggunakan makmal bahasa untuk mengajar bahasa arab adalah
suatu teknik begitu juga membaca,menjawab dan sebagainya,yang penting ialah pemilihan
mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang berlandaskan sesuatu pendekatan pada akhirnya
keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan
pendekatan yang kukuh,mantap dan boleh dipercayai..
Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik
merangkumi aktiviti,pelaksanaan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran (Ee
Ah Meng, Pedagogi ii.)

Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia terkandung
dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang
digunakan dalam pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam
pengajaran. Contohnya dalam kaedah permainan, pelbagai teknik digunakan untuk
menjadikan permainan itu bermakna dan menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai
menggunakan teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam
setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan,
namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua
keadaan atau terbaik untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan hendaklah
bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta bahan pengajaran yang
hendak disampaikan.

4
Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif, antaranya ialah :-

a) Untuk menyampaikan bahan pengajarandengan cara yang boleh menarik minat murid-
murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka.
b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari
dengan mudah dan berkesan.

Teknik pengajaran bagi mata pelajaran akhlak islamiah mempunyai perbezaan dengan
pengajaran agama yang lain kerana ianya lebih menumpukan kepada perbincangan dan
pemahaman. Teknik yang biasa digunakan bagi pelajaran akhlak islamiah adalah seperti
berikut :-

i) Teknik bercerita
ii) Teknik berbincang
iii) Teknik penyelesaian masalah
iv) Teknik sumbangsaran
v) Teknik tunjuk cara
vi) Teknik main peranan
vii) Teknik bersoal jawab

Setiap teknik-teknik ini punya kelemahan dan kebaikan, namun untuk memilih yang benar-
benar terbaik adalah sukar untuk seseorang guru kerana minat murid adalah berbeza antara
satu sama lain. Jadi untuk menjamin keberkesanan sesuatu teknik hendaklah ianya sesuai
dengan isi pelajaran dan ianya mampu untuk dilaksanakan oleh murid. Selain itu
keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan juga bergantung atas asas-asas pengkaedahan
dan pendekatan yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai.

Oleh yang demikian teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam
mengelola dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia menekankan
kepada aspek bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang
langkah-langkah pengajaran.

Kaedah

Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh, kaedah ialah suatu perancangan yang sisitematik
secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia merupakan satu prosedur
melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui
pendekatan.Dengan itu sesuatu pendekatan,memugkinkan beberapa kaedah berbagai-bagai
faktur mempengaruhi persembahan bahan secara sisitematik umpamanya jenis pelajaran.
Dengan itu,berbagai-bagaikardah harus diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelbagai
golongan tadi.

Mengikut pendapat Ee Ah Meng, kaedah ialah suatu ciri tindakan guru yang sistematik serta
berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik,iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.Ia
juga membawa implikasi penyusunan,oleh itu,kaedah mengajar bererti cara mendekati
sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.

5
Kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara
teratur,kemas dan sistematik.Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat
pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi
mencapai sesuatu pelajaran.

Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran,guru-guru boleh


menggunakan kaedah yang sesuai,terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan
murid-murid.Oleh itu guru-guru sepatutnya dapat merancang prosedur.Mereka perlu dapat
menggambarkan dengan jelas dalam fikiran mereka ciri-ciri fikiran atau sifat-sifat sejati
kaedah berkenaan.

Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan melalui cara-cara berikut :

1. Kenal pasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.


2. Tetapkan bahan yang hendak disampaikan,mengikut peruntukan masa yang diperlukan.
3. Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang akan diperkenalkan.
4. Tetapkan alat bantu mengajar yang diperlukan.
5. Susunkan langkah-langkah secara berperingkat.

You might also like