You are on page 1of 58

Disediakan oleh Mohd Faidz Hj Ibrahim

( Moderator Blog Insan Istimewa Permata Hati )

Sumber diperolehi daripada MS Powerpoint slide:

Profesor Madya Dr. Sharifah Zainiyah Bt. Syed Yahya

(i)Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan,


Universiti Putra Malaysia

(ii)Mantan Presiden
Persatuan Sindrom Down Malaysia
Keperluan Khas dan
Pendidikan Anak-Anak
dengan Sindrom Down
Profesor Madya Dr.
Sharifah Zainiyah Bt.
Syed Yahya
(i) Jabatan Kesihatan
Komuniti, Fakulti
Perubatan & Sains
Kesihatan, Universiti
Putra Malaysia
Tajuk Penyampaian

• Pengenalan
• Kategori OKU
• Keperluan Pendidikan bagi
Anak-Anak Sindrom Down
• Memahami Anak-Anak Sindrom
Down
Sambungan

• Cara Penambahbaikan
Pengajaran & Pembelajaran
Untuk Kanak-Kanak Dengan SD
• Keperluan Khas Murid dengan
SD
Sambungan

• Keperluan Khas Keluarga


• Keperluan khas Prasarana
Sekolah
• Keperluan Khas Guru
Sambungan

• Keperluan Khas
Kurikulum/Bahan
Pengajaran/Teknik Pengajaran
• Keperluan Khas Pentaksiran
• Inspirasi Peluang pada Masa
Hadapan
Pengenalan
• Mengikut Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), 5% - 10% dari
penduduk sesebuah Negara terdiri
dari Orang Kurang Upaya (OKU)

• Malaysia mempunyai lebih kurang


1.3 juta – 2.6 juta OKU
Pengenalan-sambungan
• Pada masa dahulu tidak banyak
pendedahan mengenai OKU & juga
sindrom Down
• Pendapat bahawa tidak banyak
dapat dilakukan apabila seseorang
anak dilahirkan kurang upaya
• Ibu-bapa mempunyai perasaan
negatif – malu, sedih, rendah diri,
lalu menyorok anak mereka dari
pengetahuan umum
Sambungan
• Ramai dari anak-anak kurang upaya ini
diserahkan kepada Institusi JKM untuk
penjagaan selanjutnya

• Jika tidak, anak-anak ini akan dihantar ke


Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
dan tidak ke sekolah
Sambungan
• Hanya pada tahun 1990an banyak
perubahan berlaku
• Pada tahun 1995, Program Khas
Bermasalah Pembelajaran diperkenalkan
di sekolah - sekolah Aliran Perdana
• Pada mulanya suasana kurang
memuaskan – semua murid pelbagai
kategori bermasalah pembelajaran
ditempatkan bersama
Kategori OKU mengikut
JKMM
• Kurang Upaya Penglihatan
• Kurang Upaya Pendengaran
• Kurang Upaya Fizikal
• Masalah Pembelajaran
• Cerebral Palsy
• Lain-Lain
Masalah Pembelajaran
• Sindrom Down
• Autisma
• Attention Deficit Hyperactive
Disorder
• Lembam (Slow Learner)
• Dyslexia
Bilangan OKU Berdaftar
Dengan JKMM sehingga
Disember 2005
Kurang Upaya Penglihatan - 16,302
Kurang Upaya Pendengaran - 26,294
Kurang Upaya Fizikal - 56,738
Masalah Pembelajaran - 66,130
Cerebral Palsy - 623
Lain-Lain - 4,368
JUMLAH - 170,455
Keperluan Pendidikan
bagi Anak-Anak Sindrom
Down
Tafsiran OKU mengikut Rang
Undang-Undang Orang Kurang
Upaya 2008:
“ OKU termasuklah mereka yang
mempunyai kekurangan jangka
panjang fizikal, mental, intelektual,
atau deria yang apabila
berinteraksi dengan pelbagai
halangan, boleh menyekat
penyertaan penuh dan berkesan
mereka dalam masyarakat ”
Rang Undang-Undang
OKU 2008

• Bahagian IV – Penggalakan dan


Pembangunan Kualiti Hidup dan
Kesejahteraan OKU – Bab 1
Kebolehaksesan
Akses kepada
Pendidikan – 28 (1), (2)
& (3)
28.(1): OKU tidak boleh dikecualikan
daripada sistem pendidikan umum atas
asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak
kurang upaya tidak boleh dikecualikan
daripada pendidikan pra-sekolah, rendah,
menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan
dengan orang atau kanak-kanak upaya,
termasuk latihan vokasional dan
pembelajaran sepanjang hayat
Akses kepada
Pendidikan 28 (2)
• Kerajaan & penyedia pendidikan swasta
hendaklah, bagi membolehkan orang & kanak-
kanak kurang upaya melanjutkan pelajaran,
menyediakan penyesuaian munasabah yang
sesuai dengan keperluan orang & kanak-kanak
kurang upaya dari segi, antara lain, prasarana,
kelengkapan & bahan pengajaran, kaedah
pengajaran, kurikulum & bentuk sokongan lain
Memahami Kanak-Kanak
Sindrom Down
• SD adalah sindrom kongenital yang
paling kerap berlaku
• Ia juga merupakan kelainan kromosom
yang paling kerap menyebabkan
kecacatan intelektual/akal
• Di Malaysia ia berlaku lebih kurang 1
dalam setiap 1000 kelahiran (KKM, 2003)
– Lebih kurang 50,000 individu dengan
SD
Sambungan

• Dinamakan sempena nama


seorang doktor Inggeris Dr. John
Langdon Down yang pertama
kali membuat penemuan ciri-ciri
pada tahun 1866
3 Jenis Sindrom Down
- Trisomy 21 (95%)
- Translocation (4%)
- Mosaicism (1%)

• Kesemua kanak-kanak dengan SD


mengalami kelambatan pertumbuhan
secara keseluruhan
• Umur biologikal tidak sama dengan
umur akal (jurang 3-4 tahun)
Mengikut Fungsi:

• Highly Functional
• Moderately Functional
• Low Functional
Ciri-Ciri Lain SD:
Mereka juga mungkin mempunyai
komplikasi perubatan lain:

• kelainan jantung(50%)
• Masalah mengeluarkan perkataan(Speech
Production Difficulties) –paling ketara
• Sistem pencernaan (Imperforated Anus)
Sambungan..
• Komplikasi pada penglihatan contohnya
Rabun Jauh (Short sighted), nystagmus,
cataract
• Komplikasi pada pendengaran – “Glue
Ear”
• Kanser Darah contohnya leukemia (1%)
• Penyakit Alzheimer’s

• IQ di antara 35 - 70
Kromosom Manusia
Karyotype sindrom Down
Bayi dengan SD yang baru
lahir mempunyai ciri-ciri
fizikal berikut:
 Ton otot yang lembik (muscle hypotonia)
 Profil muka yang leper, hidung kecil (flat facial profile,
including a somewhat depressed nasal bridge and small
nose)
 Mata melonjak ke atas (upward slant to the eyes)
 Telinga berbentuk tidak normal & kecil (abnormal shape
and small size of the ears)
 Satu garis dipermukaan telapak tangan(single deep crease
across the center of the palm - simian crease)
 Berkeupayaan lebih untuk menggerakkan sendi (excessive
ability to extend the joints)
 Lipatan kecil kulit di tepi sebelah dalam mata (epicanthic
folds)
 Kelebihan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua
(excessive space between large and second toe)
 Lidah lebih besar dari mulut (enlargement of tongue in
relationship to size of mouth)
Epicanthic folds

Hypotonia
Abnormal shape and small size of the ears (dysplastic ears)
Tingkahlaku Kanak-
Kanak SD
• Mempunyai kesukaran berkomunikasi
• Mempunyai kesukaran mengurus diri –
umur biologikal & umur akal juga latihan di
rumah mempengaruhi
• Sistematik yang biasa disalah fahami
sebagai degil
• Lambat di dalam proses melakukan
sesuatu aktiviti
Sambungan…
• Kerapkali bercakap bersendirian seolah-olah
berkomunikasi dengan seseorang

• Dari segi emosi, mempunyai perasaan serta


memahami setiap perbualan

• Mempunyai pemikiran yang mudah & sukar


memikir secara abstrak atau berbeli-belit
Sambungan…
• Menuntut apa yang dijanjikan kepadanya

• Kanak-Kanak SD yang telah menjalani


Program Pemulihan (Occupational
Therapy, Speech Therapy & Physio-
Therapy) dapat mencapai lebih dari
kanak-kanak SD yang tidak menjalani
program tersebut
Sambungan…
• Perlu dikawalselia dan kawasan mesti
selamat. Mesti memastikan pintu
pagar rumah sentiasa dikunci.
Contoh kes-kes yang hilang
• Mesti dilatih menjaga maruah diri &
memberitahu apa yang tidak boleh
dilakukan. Umpamanya memakai
tuala semasa mandi
Tingkahlaku Murid SD…
• Dapat menguruskan diri serta melakukan
apa sahaja sekiranya dilatih dan dididik
dengan nilai-nilai murni umpamanya
mencium tangan, bersalam, makan
sendiri, ucapkan terima kasih, minta maaf

• Belajar melalui pemerhatian - contoh


Cara Penambahbaikan
Pengajaran & Pembelajaran
Untuk Kanak-Kanak Dengan
SD:
• Umur biologikal tidak sama dgn umur
akal;

• Otak manusia berkembang pesat


dalam masa 0-2 tahun. Oleh itu
kanak-kanak dgn SD perlu menjalani
ISP pada tahap umur 0-3 tahun dan
EIP dari 3 – 6 tahun sebelum menjalani
pendidikan khas di sekolah
Sambungan…
• Setiap orang dari mereka mempunyai
kelebihan dan kelemahan berlainan. Oleh itu
memerlukan RPI yang bersesuaian
• Memerlukan bahan pengajaran yang
berpandukan deria penglihatan dan bukan
deria pendengaran
• Mempunyai kesukaran mengeluarkan kata-
kata (tidak dapat bertutur sebagaimana
beliau memahami pertuturan)
Sambungan…
• Program Pemulihan perlu berjalan
seiring disekolah – Pemulihan
Pertuturan, Pemulihan Cara-Kerja dan
Fisioterapi (Pusat Perkhidmatan
Pendidikan Khas- 3PK);
• Kelambatan penguasaan bahasa
menyebabkan mereka mempunyai
pengetahuan am yang kurang jika
dibanding dgn murid biasa;
Sambungan…
• Mereka mempunyai daya ingatan yang
singkat dan pengajaran perlu diulangi;
• Perlu diberi peluang untuk menggunakan
respon motor umpamanya menggunakan
isyarat tangan;
• Pengajaran & pembelajaran perlu
menyeronokan untuk mereka mengikuti
secara aktif.
Keperluan Khas Murid
dengan SD

• Kasih Sayang dan Penerimaan Keluarga


dan Masyarakat
• Sokongan Padu dari setiap Ahli Keluarga
• Menjalani Program ISP, EIP dari lahir
• Menjalani Program Pemulihan – Terapi
Pertuturan, Terapi Pekerjaan (OT)
Sambungan…
• Menjalani Ujian Saringan Penglihatan &
Pendengaran sebelum Mendaftar ke Sekolah
• Mendapat Pendidikan Pra-Sekolah, Rendah,
Menengah, Vokasional
• Peluang Pekerjaan & Penjanaan Pendapatan
• Hidup Berumah-Tangga – Surjit & Carrie
• Kesejahteraan Hidup di Usia Emas
Keperluan Khas Keluarga
• Menerima Hakikat & Reda dengan
Kurniaan Tuhan
• Sabar
• Sokongan Padu sesama Ahli
Keluarga, Keluarga Terdekat &
Masyarakat
• Mendapat Maklumat Bagi
Membesarkan Anak dengan SD
• Menjadi Ahli Persatuan
Keperluan Khas
Prasarana Sekolah
• Suasana Selamat – Pintu masuk di kunci
pada waktu persekolahan
• Masyarakat Sekolah – Pengetua, Guru,
Murid & Staf Pentadbiran & Keselamatan
yang prihatin & memahami tingkahlaku
murid SD
• Asesibiliti kelas yang sesuai – Tiada
longkang besar, penempatan yang
sentral, tingkat bawah
Keperluan Khas Guru
• Sabar, Penyayang & Passionate
• Memahami Tingkahlaku murid SD
dan bagaimana untuk menangani
sekiranya timbul masalah
• Mendapat latihan secukupnya
mengenai RPI(Student-Based) dan
Teknik Mengajar yang bersesuaian
Sambungan…
• Garispanduan untuk perlaksanaan
kurikulum dibekalkan kepada Guru
• Bantuan & Khidmat Bantu dari JPN &
JPK
• Kreatif di dalam Pengajaran &
Pembelajaran
• Bekerjasama dengan Ibu-Bapa Murid
SD bagi kesinambungan P&P
Keperluan Khas
Kurikulum/Bahan
Pengajaran/Teknik
Pengajaran
• Kurikulum Alternatif
• Bahan Pengajaran – Buku Teks & Buku
Latihan perlu dicetak dalam huruf besar
• Teknik Membaca & Menulis
menggunakan kaedah phonetik /e-Extra
• Bahan Pengajaran yang sesuai untuk
visual learners umpama Alat Bantu
Mengajar, Softwares, Picture
Enhance Communication System.
Sambungan…
• Teknik Pengajaran yang kreatif
& Cross-Curricular
• Menggalakkan penampilan idea-
idea kreatif & inovatif dalam
perlaksanaan pembelajaran dari
kalangan guru-guru melalui
forum atau simposium berkala
Keperluan Khas
Pentaksiran
• Pentaksiran serta pensijilan
alternatif yang berasaskan
pencapaian kemahiran dan
diiktirafkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia &
Kementerian Sumber Manusia

• Pentaksiran berbentuk formatif


dan bukan summatif
Inspirasi Peluang pada
Masa Hadapan…
Rumah PSDM
79 Lingkungan U Thant
55000 Kuala Lumpur
Sekian, Terima Kasih

You might also like