You are on page 1of 18

PRINSIP-PRINSIP

PEMBINAAN UJIAN
DISEDIAKAN OLEH:
AMALINA BT BUJANG NARAWI
LAURA AK JAMES JIMMY
NORAZIAH BT BARMAWI
SHAH HARITA BT SAHARI
SITI ZALEHA BT AWG MOHAMAD
KESAHAN
• Membawa maksud sejauh mana
sesuatu alat pengukuran berguna
untuk membuat keputusan yang
relevan.

• Ia membawa maksud keberkesanan


alat ujian mengukur apa yang telah
dipelajari.
a) Kesahan kandungan (kesahan isi)

• Sesuatu ujian dianggap mempunyai


kesahan isi yang tinggi apabila ia
menguji apa yang telah dipelajari.
• Oleh itu untuk memastikan sesuatu ujian itu
mempunyai kesahan isi yang tinggi, maka seseorang
guru hendaklah membina ujian berdasarkan:
 Kurikulum yang telah ditentukan
 Kandungan sukatan pelajaran
 Apa yang telah dipelajari
 Jadual Penentuan Ujian
 Tahap pelajaran yang telah diajar
 Kefahaman murid
 Objektif mata pelajaran
 Perimbangan antara markah yang diberi dengan isi
kandungan mata pelajaran dan masa yang
diperuntukkan
 Bilangan item dengan masa ujian
b) Kesahan kriteria
 Serentak
• Bermaksud dua ujian yang berlainan tetapi
mempunyai aras kesukaran yang sama.

 Ramalan
• Bermaksud ketepatan ujian itu meramal
kebolehan sebenar dalam ujian sebenar pada
masa akan datang.
• Terdapat koefisien korelasi yang tinggi antara
ujian ramalan dengan ujian yang sebenar.
 Kesahan gagasan
• Dikaitkan dengan kebolehan sesuatu
ujian itu menguji gagasan, idea, teori
dan hipotesis yang dikemukakan.
• Untuk menentukan kesahan gagasan
ini, kita boleh menggunakan teknik
pemerhatian, soal selidik, temu bual
dan eksperimen
 Kesahan muka
• Merupakan kesahan luaran sesuatu ujian
• Sesuatu ujian dianggap mempunyai kesahan
muka yang tinggi apabila disediakan dengan
teliti dan tahap profesionalisme yang tinggi
dengan tidak ada kesalahan ejaan, arahan yang
jelas, tidak tersilap cetak, tulisan yang terang,
bahasa yang jelas dan sebagainya.
KEBOLEHPERCAYAAN
• Ia didefinisikan sebagai sejauh
manakah ujian itu dapat mengukur
dengan tepat apa yang hendak
diukur.
• Ujian yang boleh dipercayai akan
memberi markah yang sama apabila
menguji kebolehan murid yang
sama.
• Terdapat beberapa faktor kebolehpercayaan
iaitu:
i. Faktor ujian
Ujian objektif lebih tinggi kebolehpercayaan
daripada ujian subjektif

ii.Faktor murid/guru
Jika murid mengambil ujian sambil lewa, kita
tidak akan dapat mengukur
kebolehpercayaan ujian itu secara tepat.
iii.Pentadbiran ujian
Jika arahan tidak jelas, masa tidak cukup,
penyelia panas baran, maka ujian yang
dijalankan itu diragui
kebolehpercayaannya atau mungkin tidak
ada kebolehpercayaan langsung.

iv. Persekitaran
Suasana bilik yang panas, kurang cahaya,
berdebu dan sebagainya mungkin
mempengaruhi kebolehpercayaan
sesuatu ujian yang dijalankan
v. Pemarkahan
Biasanya soalan-soalan subjektif
akan diberi markah yang berbeza
antara seorang pemeriksa dengan
seorang pemeriksa yang lain. Jika
ini berlaku, maka kebolehpercayaan
ujian itu diragui.
• Ukuran kebolehpercayaan dilakukan
dengan:

a)Uji-Ulang Ujian (Test-Retest Method)


Ujian yang sama dikendalikan dua
kali pada masa yang berlainan
kepada kumpulan murid atau pelajar
yang sama
b) Ujian Setara
Dua ujian yang dibina dan ditadbir
dalam bentuk yang sama.

c) Ujian Bahagi Dua


Menguji dua bahagian yang sama
bagi sesuatu ujian
KEOBJEKTIFAN
• Merujuk kepada perihal pemeriksa
menilai atau membuat interpretasi
kepada sesuatu ujian itu.
KEBOLEHTADBIRAN
• Membawa maksud cara sesuatu ujian
itu dijalankan atau ditadbir.
KEBOLEHTAFSIRAN
• Bermaksud mudah atau payah sesuatu
ujian itu dianalisis dari aspek:
a)Boleh atau membandingkan antara
seseorang individu dengan individu yang
lain atau satu objek dengan objek yang lain
b)Keputusan peperiksaan (antara satu
peperiksaan dengan satu peperiksaan
yang lain)
c) Perbandingan antara satu konsep,
prosedur dengan konsep dan
prosedur yang lain
d) Menilai punca kelemahan
TERIMA KASIH

You might also like