You are on page 1of 2

Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah.

Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkan


aplikasi penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan. ICT merujuk kepada Information
And Communication Technologies. ICT telah digunakan secara meluas dalam aspek ekonomi,
sosial, pentadbiran dan pendidikan. Tidak dapat tidak, warga pendidik perlu mengaplikasikan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa.
Setiap anjakan perubahan yang dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang
perlu diselesaikan secara bersama. Tidak dinafikan, wujud masalah-masalah dalam
pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Namun,
kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasi
masalah-masalah yang timbul.

Masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik
untuk menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang
cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza dengan generasi selepas
era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal penggunaan ICT. Masih terdapat
guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial
untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word! Kelemahan sebilangan guru ini
menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
terbantut.

Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru
menerusi program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam
pengajaran dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP,
guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan
emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja
dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif
sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT.

Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia
dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar
bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini
menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus
digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini
tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaan
telah mengambil langkah menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh negara
untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurang
pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal
komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi.

Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD
dan laptop, perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah guru yang tidak cekap
mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses
pengajaran. Sebagai akibat, masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja memandangkan guru
terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang disediakan pihak sekolah.

Isu penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma di sekolah juga


diperkatakan. Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di
sekolah untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran seperti laman sosial MySpace, Friendster dan sebagainya. Penyalahgunaan
seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah intenet yang sukar dikawal.

You might also like