You are on page 1of 8

Tarikh : 29 Mac 2006

Masa : 7.50 pagi hingga 8.30 pagi


Bilangan Pelajar : 39 orang
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5
Tajuk Pengajaran : Unit 8.5 : Keselamatan Jalan Raya

Pengetahuan Sedia Ada :


Pelajar menggunakan jalan raya setiap hari untuk ke sekolah dan selalu
diingatkan oleh ibu bapa mereka supaya berhati-hati semasa menggunakan
jalan raya. Pelajar juga pernah terdedah kepada iklan-iklan tentang keselamatan
jalan raya di kaca televisyen dan di dalam akhbar/majalah.

Objektif Pengajaran :
Objektif yang perlu dikuasai oleh murid-murid ialah :

Dominan Objektif Pengajaran


Pembelajaran
Dominan 1. murid-murid dapat mengenal pasti tanda-tanda di
kognitif jalan raya dan mengetahui maksud setiap tanda tersebut.
2. murid-murid dapat mengetahui apakah peraturan-
peraturan yang patut dipatuhi semasa di jalan raya.
3. murid-murid dapat mengetahui apakah kesalahan-
kesalahan yang tidak patut dilakukan semasa di jalan raya.

Dominan 1. murid-murid boleh menggunakan peraturan keselamatan


psikomotor jalan raya yang dipelajari itu dalam situasi sebenar.
2. murid-murid dapat mengenal pasti tanda-tanda jalan raya
yang dilihat di persekitarannya dan melakukan tindak balas
yang sesuai dengan tanda jalan raya itu
Dominan afektif 1. murid-murid sedar akan tanggungjawab mematuhi
peraturan jalan raya.
2. Murid-murid akan mengubah sikap yang negatif dan tingkah
laku yang tidak sepatutnya dilakukan semasa
menggunakan jalan raya.

Isi Pelajaran :
Tanda-tanda jalan raya :

Tempat menunggu bas

Berhenti dan beri laluan

Kenderaan di larang masuk

Kawasan larangan berbasikal

Larangan pejalan kaki

Dilarang membelok ke kanan


Peraturan jalan raya yang mesti dipatuhi oleh setiap pengguna jalan raya untuk
mengelakkan berlakunya kemalangan. Apabila menggunakan jalan raya juga,
kita mestilah berhati-hati dan sentiasa berdisplin. Antara contoh peraturan jalan
raya ialah :
1. Pandang kiri dan kanan sebelum melintas jalan.
2. Menggunakan tempat lintasan jalan raya yang dikawal oleh pegawai
lalulintas.
3. Berjalan kaki di sebelah tepi kanan jalan raya yang bertentangan dengan
arah kenderaan bergerak.
4. Menggunakan lorong pejalan kaki sekiranya anda berjalan.
5. Menunggu bas di tempat khas yang disediakan.
6. Menggunakan jejantas ketika menyeberangi jaan raya yang sibuk.

Kita selalu membaca berita atau melihat kemalangan jalan raya berlaku setiap
hari sama ada melalui akhbar atau televisyen.Ini adalah akibat kecuaian atau
sikap yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.Oleh itu, kita mestilah mematuhi
segala peraturan jalan raya kerana sekiranya kita tidak mematuhi peraturan jalan
raya, ia boleh mengakibatkan kemalangan. Contoh-contoh kesalahan yang perlu
dielakkan ialah :
1. Memboncengkan orang lain di atas basikal anda.
2. Melintas jalan raya ketika lampu isyarat berwarna merah
3. Menunggang basikal secara bersaing-saing.
4. Bermain atau bergurau di tepi jalan raya.
5. Berbual-bual ketika hendak melintas jalan raya
6. Berjalan bersaing-saing ketika di jalan raya
7. Melintas di antara kereta yang diletak.

Nilai-nilai murni :
1. Menanam sikap berhati-hati ketika di jalan raya
2. Berdisplin ketika menggunakan jalan raya
3. Bertanggungjawab untuk menjag keselamatan diri dan orang ramai
4. Rasa sayang kepada diri dengan menjaga keselamatan diri ketika di
jalan raya.
5. Menanam perasaan hormat-menghormati pengguna jalan raya yang lain

Alat Bantu Mengajar :


1. Cakera padat tentang peraturan jalan raya
2. LCD
3. Laptop
4. Layar putih

Bahan rujukan :
1. Idris Mohamad, Shamsudin Mohd Shariff dan Jamaluddin Ahmad. (2003)
Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Langkah Keselamatan :
1. Memastikan semua aktiviti dilakukan diawasi
2. Memastikan alat bantu mengajar seperti LCD, laptop dan cakera padat
dikendalikan dengan baik dan berfungsi
3. Memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana
yang kondusif dan menyeronokkan.
4. Memastikan interaksi murid terkawal.

Induksi Set ( 5 minit) :


Menayangkan video tentang kemalangan jalan raya serta menanyakan kepada
murid-murid bagaimana mereka datang ke sekolah. Setelah itu, guru mengaitkan
jenis-jenis kenderaan dengan keselamatan jalan raya yang perlu dipatuhi.
Walaupun menaiki jenis kenderaan yang berbeza, murid-murid masih lagi
mengikuti peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

Langkah Penyampaian:
Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian
1 Menerangkan tentang maksud a. Guru menayangkan
(10 minit) setiap tanda jalan raya.Contohnya : tanda-tanda jalan raya
1. Tempat menunggu bas menggunakan slaid
power point.
b. Guru menjelaskan
maksud setiap tanda
jalan raya kepada
murid-murid.
c. Guru sekali lagi
2. Berhenti dan beri laluan menunjukkan gambar
tanda jalan raya kepada
murid dan meminta
murid-murid
menjelaskan maksud
tanda jalan raya dengan
tepat.
Peraturan-peraturan jalan raya yang d. Guru memberitahu
perlu dipatuhi oleh setiap pengguna tentang peraturan jalan
jalan raya. raya yang mesti dipatuhi
Contohnya : oleh murid-murid
2 1. pandang kanan dan kiri semasa di jalan raya
(17 minit) sebelum melintas jalan raya e. Guru juga
2. Menggunakan tempat menunjukkan gambar
lintasan jalan raya yang yang berkenaan dengan
dikawal oleh pegawai peraturan jalan raya
lalulintas dll. dengan menggunakan
Slaid Power Point.
f. Guru menyuruh murid-
murid supaya
menyenaraikan
peraturan jalan raya
yang mereka ketahui
melalui perbincangan di
dalam kumpulan yang
terdiri daripada 4 orang
murid bagi setiap
kumpulan.
Menerangkan tentang kesalahan- a. Guru menerangkan
kesalahan jalan raya yang perlu kesalahan jalan raya
dielakkan. Contohnya : yang perlu dielakkan.
3 1. Melintas jalan raya ketika b. Guru bertanya kepada
(10 minit) lampu isyarat berwarna murid-murid apakah lagi
merah kesalahan-kesalahan
2. Menunggang basikal secara jalan raya yang
bersaing-saing. biasanya dilakukan oleh
pengguna jalan raya.
Memberikan semua tugasan a. Mengedarkan kertas
berkenaan dengan keselamatan aktiviti kepada semua
jalan raya iaitu: murid.
1. menyuai padan tanda jalan b. Memberi penjelasan
4 raya dengan maksudnya. bagaimana
(3 minit) 2. menganalisis kelakuan menyelesaikan tugasan
pengguna jalan raya yang diberikan.
semaada betul atau salah. c. Memberitahu bilakah
3. membina satu slogan tarikh akhir perlu
berkenanan keselamatan menghantar tugasan
jalan raya dengan iaitu 2 hari selepas
mengguntingkan huruf-huruf tarikh tugasan
yang diperolehi dari diberikan.
akhbar/majalah dan
menampalnya di dalam folio.
Kesimpulan :
Guru menjelas semula apa yang telah dipelajari pada hari tersebut. Murid-murid
juga diminta supaya menerangkan semula apa yang mereka fahami dan dapati
daripada proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

Penilaian :
Murid-murid dapat mengetahui dan memahami apakah peraturan semasa
menggunakan jalan raya. Murid-murid juga dapat mengenal pasti apakah
kesalahan-kesalahan yang sepatutnya dielakkan ketika di jalan raya yang boleh
mengakibatkan kemalangan atau perkara yang tidak diingani berlaku. Murid-
murid juga dapat mengetahui apakah kesan buruk sekiranya tidak mematuhi
peraturan jalan raya.

Tugasan :
1. Menyuruh murid-murid menyuai padankan gambar tanda jalan raya
dengan maksudnya dalam bentuk kertas aktiviti.
2. Menyuruh murid-murid menandakan ( √ ) bagi tempat/ cara yang betul
dan ( X ) bagi tempat/cara melintas yang salah dengan memberikan
kertas aktiviti yang mengandungi gambar kelakuan yang salah dan betul
ketika melintas jalan raya.
3. Menyuruh murid-murid menguntingkan huruf-huruf daripada
majalah/akhbar dan susunkan huruf-huruf itu berdasarkan slogan tentang
keselamatan jalan raya yang dibina oleh murid-murid itu sendiri. Slogan
itu ditampalkan di dalam folio.

Ulasan diri :
Isi pelajaran dapat disampaikan dengan baik dan jelas. Walaupun terdapat
sesetengah murid-murid yang berkelakuan mengganggu murid-murid lain, tetapi
proses pengajaran dan pembelajaran masih dapat dikawal dengan baik. Saya
telah memberikan peneguhan negatif untuk menghentikan kelakuan murid-murid
yang tidak diingani itu.

You might also like