You are on page 1of 5

SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Aktiviti 3.2

Sigmund Freud terkenal sebagai ahli psikologi yang memperkenalkan konsep id,
ego dan superego dalam analisis personaliti

a. Huraikan makna konsep-konsep id, ego dan superego.

b. Bandingkan pandangan ahli psikologi Freud dengan pandangan sosiologi


tentang pembentukan tingkah laku.

Jawapan.

a) Menurut Sigmund Freud (SF) teori perkembangan psikoseksual dipengaruhi


oleh faktor seksual yang merupakan pendorong untuk tingkah laku manusia dan
mempengaruhi perkembangan personalitinya. (suppiahms53). SF mengatakan teori
perkembangan personaliti terbentuk dari tiga komponen iaitu id, ego dan superego.

Komponen pertama ialah ID. Menurut SF id merupakan bahagian personaliti


yang mengandungi naluri seksual dan agresif. Id diwarisi sejak lahir dan beroperasi
atas prinsip keseronokan (pleasure principle). Id bagi SF amat mementingkan
kepuasan serta merta di mana ID mengandungi libido, iaitu tenaga seksual yang
menggerakkan kebanyakan daripada tingkah laku manusia.(supiah57) Libido juga
dianggap sebagai keinginan seksual seseorang individu. Menurut SF libido perlu
dikawal bagi mengelakkan sebarang konflik yang boleh mendatangkan kesan
tindakan yang tidak buruk dari seseorang individu.Seseorang yang tidak dapat
mengawal libidonya tidak akan dapat berfikir secara waras di mana nafsu menjadi
keutamaan dalam melakukan sesuatu tindakan. Justeru itu, peranan ego diperlukan
bagi mengawal libido seseorang bersesuaian dengan matlamat asal teori
psikoseksual iaitu untuk mengawal id seseorang dan mengurangkan
kebergantungan terhadap peranan ego. http://en.wikipedia.org/wiki/Libido

Secara umumnya, tahap id seseorang boleh dikurangkan secara psikologi dan


fizikal. Melalui psikologi tahap id seseorang boleh dikurangkan jika individu
mengalami situasi seperti kehilangan tahap “privicay” ,tekanan, gangguan seksual
semasa kecil, trauma, tahap seksual dan sebagainya. Manakala melalui faktor fizikal
pula seperti tahap testoren dalam aliran darah seseorang, kesan pengambilan
ubat – ubatan , gaya hidup, kekurangan keinginan seksual dan lain –lain lagi.
Namun demikian, menurut SF tahap id yang dapat dikawal atau dikurang tidak
bermakna akan mempengaruhi tahap kesuburan dan menyebabkan mati pucuk
seseorang.

Komponen kedua ego. Ego berdasarkan SF dianggap sebagai faktor yang


penting mengawal ID. Menurut SF ego berfungsi sebagai pengawal kehendak yang
tidak dapat dipuaskan oleh id. Kewujudan ego dalam diri seseorang bertentangan
dengan id disebabkan ego wujud dan berkembang melalui proses berperingkat dan
beroperasi di atas prinsip realiti. Prinsip realiti bermaksud peranan ego yang cuba
untuk mengawal dan membawa id berdasarkan tindakan yang realistik yakni
tindakan yang membawa kebaikan bukan keburukan. Menurut SF ego berperanan
sebagai orang tengah di antara ID dan superego. Peranan ego bertujuan untuk
menyeimbangkan permintaan antara id dan superego. Hakikatnya, ego berperanan
memastikan supaya ID and superego atas prinsip realiti yakni pertimbangan akal
fikiran manusia dan persekitaran manusia sama ada logik atau tidak logik.
Pertimbangan ego menurut SF berdasarkan pemikiran yang intelektual, justeru itu
ego akan menggunakan 2 kaedah apabila menghadapi situasi kecemasan iaitu
menggunakan pengalaman serta kekuatan pemikiran yang berdasarkan prinsip
realiti. Menurut SF...”The ego is that part of the id which has been modified by the direct
influence of the external world ... The ego represents what may be called reason and common
sense, in contrast to the id, which contains the passions ... in its relation to the id it is like a
man on horseback, who has to hold in check the superior strength of the horse; with this
difference, that the rider tries to do so with his own strength, while the ego uses borrowed
forces [Freud, The Ego and the Id (1923)]

Berdasarkan petikan di atas SF freud mengibaratkan ego dan id seperti penunggang kuda
dan kuda. Ego diibarat seperti penunggang kuda manakala id sebagai kuda. Justeru itu, walaupun
kuda tersebut bebas bergerak namun penunggang kuda akan mengawal mengikut perjalanan
yang betul. Walaupun kuda tersebut enggan mengikut penunggang kuda tersebut akan
menggunakan paksaan untuk memastikan kuda tersebut mengikut haluan yang betul.
Konsep ketiga ialah super ego. Tujuan utama super ego adalah untuk mencapai
kesempurnaan. Di mana super ego akan bertindak mengikut norma -norma masyarakat yang
akan cuba untuk menahan desakan id dan memujuk ego supaya memilih matlamat yang bermoral
dan realistik. (supiah58) Super ego wujud dalam diri seseorang sejak lahir lagi hasil didikan
untuk menjadi seseorang individu yang bermoral selaras dengan kehendak – kehendak masyarkat
yang bermoral. Secara umumnya, super ego mempunya 2 ciri utama iaitu “conscience” suara hati
dan “ego ideal” keunggulan ego. Suara hati diperolehi hasil daripada pelaksanaan hukuman oleh
ibu bapa ke atas anaknya manakala keunggulan ego diperolehi apabila ganjaran diperolehi
daripada seseorang apabila berjaya melakukan sesuatu. Contohnya ibu bapa yang memberikan
hadiah kepada anaknya selepas berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Soalan b. Bandingkan pandangan ahli psikologi freud dengan pandangan sosiologi


tentang pembentukan tingkah laku.

Ahli psikologi freud seperti Herrikson dan sebagainya kebanyakkan membincangkan tentang
perubahan tingkah laku berdasarkan suatu model yang jelas. Selain itu, pandangan ahli freud
dalam membincangkan pembentukan tingkah laku berkisar daripada proses pembentukkan
tingkah laku seorang kanak – kanak. Bagi ahli psikologi freud zaman kanak – kanak merupakan
suatu zaman yang amat penting di mana asas tingkah laku seorang manusia bermula daripada
zaman kanak – kanak lagi. Ini bermakna sekirannya proses pembentukkan tingkah laku
seseorang individu mempunyai masalah pada peringkat tersebut maka ini akan mempengaruhi
bukan saja tingkah laku yang buruk malahan minda individu tersebut.

Salah seorang ahli psikologi freud ialah Herrikson. Herrikson sebenarnya banyak
dipengaruhi oleh pandangan freud dalam mebicarakan soal teori perkembangan. Herrikson
melalui karyanya yang bertajuk Childhood and society telah mendapat pengiktirafan daripada
konferen kanak – kanak white house. Melalui karya ini, beliau telah memgemukakan teori
perkembangan Psikososial. Berdasarkan teori ini Herrikson telah memgemukakan 8 peringkat
yang perlu dilalui seseorang kanak – kanak di mana setiap peringkat tersebut mempunyai
masalah ? krisis yang perlu diatasi atau pun diselesaikan oleh kanak – kanak tersebut. Jika
kanak – kanak tersebut tidak dapat mengatasi masalah pada suatu peringkat maka dia akan gagal
pada peringkat – peringkat berikutnya. Ini secara langsung dapat digambarkan kanak – kanak
yang gagal pada tahap tersebut akan menjadi seseorang insan yang tidak sempuran bukan sahaja
dari tingkah laku malahan daripada mindanya. Herikkson telah membahagikan peringkat ini
kepada 8 tahap berdasarkan rajah di bawah.

Tahap Peringkat Umur Ciri – Ciri


Pertama 0 hingga 1 tahun Pembentukan perasaan percaya ( basic trust) lawan tidak
percaya (mistrust)
Kedua 1 hingga 3 tahun Tahap autonomi (autonomy) lawan rasa malu dan sangsi
(shame and doubt)
Ketiga 3 hingga 6 tahun Tahap inisiatif (initiative) lawan rasa bersalah (guilt)
Keempat 6 hingga 12 tahun Tahap industry (industry) lawan rasa rendah diri (inferiority)
Kelima 12 hingga 20 tahun Tahap identity (identity) lawan kekeliruan peranan (role
confusion)
Keenam 20 hingga 40 tahun Tahap intimasi (intimacy) lawan pengasingan diri (isolation)
Ketujuh 40 hingga 65 tahun Tahap generativity lawan pemusatan kendiri (stagnation)
Kelapan 65 tahun ke atas Kesepaduan ego (ego intergrity) lawan putus asa (despair)
(usia tua)

Sumber: Supaih

Berdasarkan jadual di atas setiap tahap amat penting khususnya dalam membina tingkah
laku seseorang kanak – kanak. Jika diperhatikan rajah di atas peranan ibu bapa amat penting
dalam memastikan seorang kanak-kanak dapat melalui setiap tahap dengan jaya. Tahap satu
hingga 5 menuntut peranan ibu bapa dalam mendidik kanak – kanak tersebut. Hasil yang
diperolehi jika berjaya akan memastikan kanak – kanak tersebut dapat mengatasi tahap keenam
hingga kelapan di mana tahap ini akan banyak dipengaruhi oleh peranan masyarakat kerana pada
tahap ini kanak – kanak tersebut telah hidup dalam masyarakat yang kompleks. Berdasarkan
jadual di bawah menunjukan sifat yang wujud berdasarkan 8 tahap

Tahap sifat
Satu Menanam Sifat Sabar
Dua Membina keazam yang kental
Tiga Membina perasaan bermakna - perasaan melakukan yang baik
Empat Membina persaingan dalam diri
Lima Membina keyakinan diri untuk hidup dalam masyarakat
Enam Kekuatan psikososial (kasih sayang)
Tujuh Memikirkan hidup berkeluarga
Lapan Mewujudkan rasa kesepaduan bagi mengelakkan perasaan putus asa.

Pandangan ahli freud dalam pembentukan tingkah laku pula berbeza dengan pandangan
ahli sosiologi yang lain. Misalnya Karl max yang merupakan tokoh yang radikal di Eropah
ketika itu. Karya beliau Das kapitalis merupakan hasil daripada cetusan idea dan pandangan
beliau terhadap situasi masyarakat di Eropah ketika itu. Malahan das kapitalis merupakan salah
satu faktor kewujudan republik komunis Russia selepas kematian beliau. Bagi Karl Max
pembentukan tingkah laku seseorang ataupun tingkah laku sebuah masyarakat dimulai dengan
teori konflik. Teori konflik berdasarkan Amir Hassan mengatakan bahawa teori konflik
membicarakan mengenai peranan stuktur sosial. Bagi Max yang juga merupakan pengasas
kepada aliran max mengatakan sesuatu perubahan dalam masyarakat sama ada yang berkaitan
dengan perubahan dalam ekonomi, politik dan sebagainya mestilah dimulai dengan konflik. Di
mana dalam konflik ini sudah pasti akan mewujudkan satu perubahan tingkah laku dan
pemikiran masyarakat. Misalnya konflik di antara kelas yang membabitkkan kelas sosial tinggi
dan rendah membabitkan isu ketidakseimbangan pembahagian kekayaan menyebabkan rakyat
menentang golongan kelas atasan dan akibatnya boleh dilihat dalam revolusi boslshenik di Rusia
ketika itu di mana golongan petani bangkit untuk menentang golongan atasan atas ketidupuasan
hati. Tindakan radikal yang tercetus sinonim dengan pandangan Max bahawa konflik boleh
berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada berbentuk revolusi ataupun adaptasi dan konflik tidak
akan berubah dan pasti berlaku di mana akan wujudnya pihak yang menang dan pihak yang
kalah. Perubahan tingkah laku akibat teori konflik ini secara langsung menyumbang kepada
perubahan sosial secara menyeluruh. Misalnya kesan penubuhan republik komunis China di
mana kelas sosial tidak wujud, kekayaan dikongsi bersama antara pihak pemerintah dengan
rakyat. Selain itu, tingkah laku masyarakatnya mestilah berpandukan prinsip – prinsip dan
ideologi komunis.

Kesimpulannya, pandangan ahli psikologi freud dengan pandangan ahli sosiologi jelas
mempunyai perbezaannya. Setiap ahli sosiologi mempunyai asas atau pandangan yang
berbeza –beza terhadap pembentukan tingkah laku seseorang individu. Namun demikian, titik
kesamaan Pandangan ahli – ahli freud dan sosiologi dapat dilihat dari segi faktor masyarakat
yang memberikan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku manusia.

You might also like