You are on page 1of 23

Jika kamu dikehendaki menulis

sebuah cerita mengenai satu


rompakan…

… bagaimanakah permulaan kamu?


Arahan: Tuliskan sebuah karangan yang
mengisahkan tentang satu rompakan.

1
Pada suatu hari, ada seorang budak bernama Siti. Dia
sedang berjalan ke rumah seorang diri. Dia berasa takut
dan cuba berjalan dengan pantas. Ada seorang lelaki yang
mengikutnya dari belakang.

atau….
2
Siti memberikan renungan mendalam
kepada gambar-gambar itu. Semua orang
di dalamnya kelihatan berseri-seri,
terutama dirinya sendiri. Hari itu adalah
hari jadinya yang ke 16 dan dia sedang
memakai seutas rantai emas yang diukir
rapi di lehernya. Sambil dia menatapi
gambar itu, kenangan lalu bermain-main
di fikirannya…
Pastinya, Permulaan 1
memang tidak ada
kesilapan dari segi
bahasa.

Cuma, kalau dimulakan


dengan Permulaan 2,
tentu pembaca akan
lebih tertanya-tanya
apakah yang terjadi
dengan rantai emas
tersebut.
Mengapa pendahuluan
penting?
• Bahagian pertama yang dibaca oleh
pembaca (guru dan kawan).
• Menentukan mood cerita
(sedih, seram, gembira dan sebagainya)
• Permulaan seperti “Pada suatu hari,…”
dan “Pada minggu lalu,…” boleh
membosankan si pembaca.
Imbas
Dialog
Kembali

Cara-cara
memulakan cerita

Gambaran
(situasi/wata Klimaks
k)
Imbas
Dialog
Kembali

Cara-cara
memulakan cerita

Gambaran
(situasi/wata Klimaks
k)
1. Dialog
• Gunakan dialog untuk menggambarkan situasi yang
terjadi.

“Wah! Cantiknya baju ini,” kata Aisyah sambil


memusing-musingkan badannya di hadapan cermin
seperti seorang peragawati. Ibunya hanya dapat
memberikan senyuman melihat keletah anaknya.
……
1. Dialog
• Gunakan dialog untuk menggambarkan situasi yang
terjadi.

“Awak tentu akan menyesal satu hari nanti!” Faizal


memberi amaran dengan mukanya yang merah padam.
Dia pun terus beredar dari bilik itu. Semua orang yang
berada di situ tercegat dan tercengang menyaksikan
kejadian yang baru berlaku.
……
Imbas
Dialog
Kembali

Cara-cara
memulakan cerita

Gambaran
(situasi/wata Klimaks
k)
2. Imbas Kembali
• Bahagian penutup digunakan di pendahuluan.

Setiap kali Maya membuka diarinya, dia akan


ternampak gambarnya bersama ibu bapanya. Mereka
kelihatan sangat mesra dan saling berpelukan. Namun,
itu adalah dua tahun yang lalu. Apa yang terjadi kepada
ibu bapanya tidak dapat Maya lupakan.
Pada waktu itu,…
Imbas
Dialog
Kembali

Cara-cara
memulakan cerita

Gambaran
(situasi/wata Klimaks
k)
3. Gambaran (Situasi)
• Terangkan sesuatu kejadian atau acara.
• Kejadian – kebakaran, rompakan, kemalangan…
• Acara – Hari Sukan, hari lahir, perayaan…

Musim raya akan tiba lagi. Di sana sini kelihatan


sinaran lampu kelap-kelip yang menyinari jalan. Orang
ramai berpusu-pusu berbelanja di kedai-kedai yang
dihiasi cantik. Inilah masa yang paling seronok buat Amin
sekeluarga.
……
3. Gambaran (Watak)
• Terangkan mengenai sesuatu watak (‘character’).

Karim adalah seorang budak yang pelupa. Setiap


hari, ada sahaja perkara yang dilupanya. Hari ini tidak
terkecuali.
……
Imbas
Dialog
Kembali

Cara-cara
memulakan cerita

Gambaran
(situasi/wata Klimaks
k)
4. Klimaks
Haron menjadi cemas apabila ombak besar
menelannya ke dasar laut. Ini bukanlah gelombang kecil
seperti yang disangkanya.
……
Ingat…

• Gunakanlah permulaan yang kamu selesa


dan fahami penggunaannya.
• Jangan habiskan terlalu banyak masa
memikirkan permulaan.
• Permulaan yang hebat tentunya akan
membuat si pembaca ingin terus
membaca.
Aktiviti Mengarang

Arahan:
• Kamu telah pun membaca dan memahami
pelajaran hari ini.
• Sekarang, pilih salah satu cara permulaan
karangan yang telah kamu pelajari.
• Tulis seperenggan permulaan cerita berdasarkan
tajuk yang diberikan (20-30 patah perkataan).
• Taip hasil kerja kamu di dalam ruangan yang
disediakan di bawah dan tekan butang 'Submit'.

Tajuk
Tajuk:

Suatu Kejadian Yang Berlaku


Pada Waktu Rehat Di Sekolah

You might also like