You are on page 1of 5

Penyelidikan Tampak

Karya-karya pelajar ini telah


diinstalasikan oleh Pensyarah Muda
Farizal Puardi, Hazrul Mazran, Izzal
Khairi dan Mohamad Sarif

Proses Pengkajian Penyelidikan Tampak


Karya diatas adalah sebahagian dari projek rupa 2Dimensi dan garisan 3Dimensi.
Projek diatas merupakan antara projek teras yang perlu di hasilkan oleh pelajar
yang menduduki pengajian asas seni tampak semester satu.

Penulisan ini akan membincangkan proses penghasilan projek penyelidikan


tampak. Penyelidikan tampak adalah satu proses dimana imaginasi
diperkembangkan sehingga mencetuskan idea. Idea samada rekaan baru atau
radikal akan dihasilkan melalui kekuatan deria pengamatan, deria minda dan juga
deria intuitif. Gabungan ketiga-tiga deria diatas bersama rujukan literatur (kajian
lampau) dan dedikasi akan menghasilkan idea-dea baru yang tak pernah terfikir.

Ada bebrapa kaedah untuk mendapatkan idea yang baik. Pertama melalui kaedah
rujukan literatur. Dengan membuat rujukan terhadap idea-idea daripada buku
melalui rekaan-rekaan terdahulu kita boleh menjana idea baru. Biasanya bagi
pelajar baru inilah kaedah yang paling mudah untuk memulakan proses
penyelidikan tampak. Proses meminjam bentuk rekaan orang terdahulu, dengan
mengambil beberapa ciri rekaannya, lalu digubah menjadi bentuk baru juga
dibolehkan. Bahkan untuk tujuan pembelajaran kita juga dibolehkan untuk
membuat imitasi secara langsung bagi tujuan pengkajian bentuk, namun nama
pereka tersebut perlu diiktirafkan atau ditulis dalam pengkajian kita. Contohnya
selepas Karim Raslan (nama pereka tersebut).

Kaedah brain storming pula sesuai digunakan apabila kita kebuntuan idea. Proses
ini dilakukan dengan cara berfikir secara berjemaah. Ahli mestilah lebih dari
seorang. Contohnya apabila kita kebuntuan idea kita boleh meminta pandangan
rakan-rakan untuk menyuntik idea baru. Konsep keluar daripada tempurung atau
think out of the box ini akan menjana idea baru. Sebagai ahli jemaah brain
storming, kita mestilah membantu rakan memecahkan idea sejujur hati. Ada
pelajar yang tidak mahu terlibat dalam kaedah ini disebabkan takut ideanya
dicuri. Sebenarnya dalam proses keilmuan menolong rakan memecahkan idea
baru adalah salah satu kaedah yang sihat. Minda kita yang berfikir didalam kotak
akan berkembang, bahkan apabila kita membantu rakan mencetuskan idea
sebenarnya nueron otak kita kan berkembang berkali ganda, pendapat alim
mengatakan satu yang kita beri Alllah akan balas sepuluh.

Kaedah seterusnya menggunakan Thumb Nail sketches. Melalui buku lakaran kita
membuat lakaran kecil dengan membiarkan aliran minda kita bergerak secara
spontan dan tanpa tekanan. Kita membiarkan otak kita bekerja secara intuitif .
Intuitif atau pemikiran dibawah sedar dibiarkan bergerak bebas dengan
membiarkannya berjalan melalui hati ke fikiran dan dirakamkan kekertas melalui
tangan.

Kaedah akhir sekali diwaktu lapang atau dimasa kita berjalan atau di mana-mana
saja, kita aktifkan pemikiran penyelidikan tampak. Kadang-kadang dalam proses
mengaktifkan pemikiran tersebut kita akan merangsangkan otak sehingga
terpantul idea spontan. Dengan menggunakan buku lakaran kita hendaklah
segera melakarkan cadangan minda spontan tersebut. Jika kita biarkan minda
atau fikiran spontan tersebut berlalu, kemungkinan besar idea tersebut akan
hilang

Projek Rupa 2 dimensi

Terdapat berbagai jenis definasi rupa. Pengkajian ini menumpukan terhadap rupa
negatif, rupa positif dan rupa kabur (ambiguous). Rupa negetif atau positif
terhasil melalui pembentukan garisan luar (outline) sesuatu subjek. Garisan luar
yang membentuk sempadan sesuatu kawasan yang kemudiannya bertemu
dengan titik asal telah membentuk suatu kawasan rupa. Sifat rupa tidak berjisim
sebaliknya berlaku secara satah permukaan mendatar atau ruang mendatar (flat
space) . Sebagai contoh apabila cahaya matahari menyinari badan kita, bayang
yang terbentuk hasil dari lindungan kita tersebut adalah rupa.Sementara badan
kita yang berjisim tersebut dinamakan bentuk.

Rajah 1 : Rupa Positif dan Rupa negatif


Rajah 1 disebelah adalah contoh rupa seperti
penjelasan diatas. Rupa hitam berlatar
belakangkan putih dikenali sebagai rupa positif.
Sementara rupa putih diatas latar belakang hitam
dikenali sebagai rupa negatif.
Untuk menghasilkan rupa yang baik terutamanya
bagi pelajar baru kaedah melukis gariasan luar
melalui pengamatan ditekankan.

Ini disebabkan dengan mengambil subjek rujukan


sebenar (contohnya daun) proses penelitian
garisan kontur luar sehelai daun dilakukan. Ilmu
pengamatan adalah perlu untuk proses ini supaya
kadar banding dan skala sehelai daun tersebut
dilukis dengan betul. Lagi pula proses melukis
subjek sebenar akan melatih pemerhati
memantapkan skil.

Ada pelajar mengambil jalan mudah dengan membuat tekapan gambar daripada
buku. Kaedah tekapan ini akan membantutkan usaha anda untuk memantapkan
skil. Dalam ilmu rekaan kita mesti mantapkan skil terlebih dahulu barulah kita
boleh mengambil jalan lain.

Pemilihan subjek rujukan yang baik, unik dan berkarekter juga penting. Untuk
menghasilkan komposisi yang baik semestinya bermula dengan subjek yang baik
dan unik. Bahkan subjek rujukan yang unik akan menjana motivasi kita untuk
menghasilkan komposisi dan peraturan estetik yang menarik.
Rupa Kabur (ambiguous)

Rupa kabur terbentuk hasil dari dua tindanan rupa


asas. Rajah disebelah menunjukan subjek rujukan
seperti daun dan tetikus misalnya di tindan diatas
garisan grid berpusat membentuk beberapa rupa
negatif dan positif baru. Rupa baru yang dihasilkan
tersebut bersifat kabur dari kontek latar belakang
dan latar hadapannya. Mata pemerhati ditipu
misalnya dalam seranting daun terdapat beberapa
satah rupa yang dikaburkan latar hadapan dan latar
belakangnya.
Bahkan latarbelakang dan hadapannya diundurkan
dan dikehadapankan. Proses mengundurkan dan
menghadapankan latar menyebabkan mata kita
tidak dapat membezakan mana satu latar hadapan
dan mana satu latar belakangnya. Rupa kabur
digunakan secara menyeluruh didalam bentuk
estetika kesenian Islam.
Beberapa contoh rupa kabur
Posted by ASAS SENI VISUAL at 5:27 PM

You might also like