P. 1
Modul 2 sistem bumi

Modul 2 sistem bumi

|Views: 4,357|Likes:

More info:

Published by: Rosnani binti Khalid on Oct 20, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/03/2013

pdf

text

original

Modul Ulangkaji 2 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan Enam

Isi Kandungan
BAB 1: SISTEM BUMI
1 a) b) 2 a) b) 3 a) b) c) 4 a) b) c) 5 a) b) c) 6 a) b) c)
7 a) b) c)

Walaupun jumlah tenaga matahari yang sampai ke sistem bumi sedikit tetapi sudah cukup untuk menggerakkan sistemsistem bumi. Jelaskan Nyatakan peranan tenaga suria dalam mempengaruhi proses luluhawa Pada musim tertentu sesetengah kawasan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam. Bincangkan pernyataan ini. Terangkan kepentingan tenaga suria kepada sistem bumi Huraikan secara ringkas tentang albedo Jelaskan proses-proses yang melibatkan bahangan matahari di kawasan laut, udara dan tumbuh-tumbuhan Terangkan bagaimana manusia boleh menjana haba daripada sumber-sumber semulajadi. Nyatakan jenis-jenis tenaga haba yang terdapat dalam sistem atmosfera bumi Mengapakah terdapat perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan bumi Bagaimanakah kadar penerimaan haba yang berbeza pada permukaan bumi mempengaruhi aktiviti manusia Bagaimanakah tenaga haba dipindahkan dari matahari ke permukaan bumi? Huraikan ciri-ciri yang terdapat dipermukaan bumi semasa terjadinya musim ekuinoks. Jelaskan kesan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem suria Huraikan empat sebab mengapa bumi mengalami empat musim yang berbeza Jelaskan tiga kesan peredaran bumi terhadap habitat haiwan
Apakah yang dimaksudkan dengan solstis musim sejuk? Huraikan perbezaan jangkamasa antara siang dan malam di kawasan latitud yang berbeza semasa solstis musim sejuk di hemisfera utara Jelaskan kesan penerimaan intensiti bahangan suria yang rendah semasa solstis musim sejuk terhadap aktiviti manusia di kaasan beriklim sederhana

[12 markah] [8 markah] [12 markah] [13 markah] [5 markah] [12 markah] [8 markah] [5 markah] [10 markah] [10 markah] [5 markah] [10 markah] [10 markah] [5 markah] [12 markah] [9 markah]
[5 markah] [8 markah] [12 markah]

7

SKEMA JAWAPAN MODUL 2 : SISTEM BUMI
1 a) 1. Sistem atmosfera: Tenaga matahari mempengaruhi imbangan haba sehingga mewujudkanperbezaan tekanan atmosfera dan ini berupaya menggerakkan edaran umum atmosfera/angin 2. Sistem hidrologi: Tenaga matahari menjana pelbagai proses menegak seperti sejat peluhan, susupan dan kerpasan serta proses mendatar seperti larian air permukaan, air bawah tanah dan alir lintang. 3. Sistem Geomorfologi: Tenaga matahari memanas dan memecahkan batuan melalui proses luluhawa dan melalui perantaraan air, angin dan tumbuhan akan menjana proses pergerakan jisim, hakisan, pengangkutan dan pemendapan 4. Sistem ekologi: Tenaga matahari digunakan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis dengan bantuan air dan karbon dioksida untuk meneruskan aliran tenaga dan pelbagai kitar nutrien. Peranan tenaga suria terhadap luluhawa melalui proses-proses seperti a. Tindakan pengembangan dan penguncupan akibat perubahan suhu yang ekstrem. Pada waktu siang pemanasan matahari menyebabkan lapisan luar batuan mengembang lebih cepat daripada bahagian luar batuan. Sebaliknya pada waktu malam suhunya rendah menyebabkan lapisan luar batuan menyejuk dan mengecut lebih cepat. Proses yang berulang-ulang akan menyebabkan lapisan luar batuan merekah dan pecah secara mengelupas selapis demi lapis. b. Penghabluran garam: Akibat suhu yang tinggi proses sejatan yang tinggi akibat panas yang melampau mampu menarik garam galian dari dalam bumi naik ke permukaan melalui daya tarikan kapilari. Larutan garam yang naik ke permukaan akan tersejat meninggalkan hablur garam yang keras dan banyak. Pembesaran hablur garam akan menimbulkan kuasa tekanan dan ketegangan atas dinding rekahan dan akhirnya pecah bersepai c. Proses pembasahan dan pengeringan: Di kawasan tropika lembab musim hujan dan kering yang nyata menyebabkan proses pembasahan akan menyebabkan batuan mengembang dan tenaga suria akan mengeringkan batuan dengan menyejat air menyebabkan batuan mengecut. Proses yang berulang akan menyebabkan batuan pecah d. Tindakan fros: Pada musim sejuk , air di celah batuan akan membeku dan isipadu bertambah 10% dan menambah kuasa tekanan pada dinding rekahan . Pada musim panas, tenaga suria akan mencairkan ais dalam rekahan dan berlaku kenduran pada dinding rekahan. Proses yang berulang akan menyebabkan rekahan bertambah luas dan akhirnya pecah Pada musim tertentu sesetengah tempat mengalami siang lebih panjang daripada malam kerana a. Peredaran bumi mengelilingi matahari pada solstis musim panas 21 Jun, matahari akan berada tegak di atas kepala di kawasan garis lintang sartan (23 ½ U)(1m). Pada masa ini kawasan yang terletak dalam lingkungan garis lintang ini mempunyai waktu siang dan malam yang tidak sama panjang. Di kawasan Hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam(2m). Manakala di kawasan Hemisfera Selatan pula mengalami malam yang lebih panjang daripada waktu siang(2m). Pada masa ini Hemisfera mengalami musim panas sementara Hemisfera Selatan mengalami musim

b)

2

a)

8

sejuk.(1m) b. Pada 22 Disember matahari berada tegak di Garisan Jadi (23 ½ S )(1m) . Hemisfera Utara mengalami waktu malam yang lebih panjang daripada waktu siang(2m) sementara di Hemisfera selatan kawasan ini mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam(2m). Pada masa ini Hemisfera selatan mengalami musim panas sementara Hemisfera utara mengalami musim sejuk.(1m) b) Kepentingan tenaga suria kepada sistem bumi a. Sistem atmosfera: semua proses dalam atmosfera bermula dengan adanya tenaga haba, tanpa tenaga haba, tindakan angin, hujan/kerpasan, ribut, taufan, petir dll tidak akan berlaku. Contohnya dalam kejadian hujan bermula dengan tenaga suria memanaskan permukaan bumi untuk membolehkan wap air tersejat ke udara. Semakin tinggi wap air naik ke udara proses kondensasi akan berlaku menunjukkan tenaga haba dalam jisim udara berkurangan dan suhu menjadi rendah sehingga wap air menjadi tepu dan akhirnya turun sebagai hujan. Syarat untuk angin bertiup apabila wujud perbezaan tekanan udara akibat perbezaan suhu antara dua tempat. b. Sistem geomorfologi: Dalam proses luluhawa fizikal tenaga suria diperlukan dalam proses pengembangan dan penguncupan batuan. Perubahan suhu yang ekstrem secara berulang akan menyebabkan batuan tersepai/pecah. Hakisan glasier berlaku dengan giat apabila musim panas apabila suhu meningkat untuk membolehkan glasier cair dan melakukan hakisan dengan giatnya. c. Sistem hidrologi: Untuk memulakan proses dalam kitar hidrologi sejumlah tenaga suria diperlukan untuk memulakan proses sejatan di permukaan air laut, tasik dan sungai. Begitu juga dengan proses sejat peluhan dari tumbuhan dan lembapan tanih yang memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasi bagi membolehkan wap air terbebas menerusi liang stomanya. d. Sistem Ekologi: Kepentingan tenaga suria kepada tumbuhan ialah kepada tumbesaran tumbuhan dalam ekosistem tersebut kerana tumbuhan sebagai pengeluar yang akan membekalkan makanan kepada pengguna seterusnya dalam rantaian makanan. Tanpa tenaga suria tiada proses fotosintesis untuk membuat makanan dan tiada tumbuhan untuk membekalkan makanan kepada pengguna seterusnya termasuk manusia. Albedo adalah pembalikan atau pantulan sebahagian daripada bahangan matahari yang sampai oleh sebarang permukaan ke atmosfera. Kadar albedo berbeza mengikut ciri permukaan dan sudut pancaran matahari Proses-proses yang melibatkan bahangan matahari mengikut kawasan a) Kawasan laut: i. Bahangan yang sampai ke permukaan laut akan memanaskan air laut menyebabkan perolakan air laut dan arus ii. Pemanasan permukaan air laut akan menyebabkan proses sejatan air laut kepada wap air ke atmosfera iii. Bahangan matahari yang sampai ke permukaan laut akan dibalikkan/dipantulkan semula ke atmosfera b) Udara: i. Bahangan matahari yang melalui udara akan dibalikkan atau dipantulkan oleh titisan air dalam awan dan hablur air dalam awan yang lebih tinggi ii. Proses penyerakan juga berlaku oleh wap air, gas dan partikel ampaian di udara 9

3

a) b)

iii.

Proses penyerapan oleh partikel di atmosfera dan stratosfera seperti wap air, karbon dioksida dan ozon. Kadar penyerapan hampir 15% daripada jumlah bahangan matahari

c) Tumbuh-tumbuhan: i. Bahangan matahari akan digunakan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan ii. Bahangan matahari juga akan berperanan dalam proses sejat peluhan tumbuhan untuk membebaskan wap air melalui liang stoma tumbuhan iii. Proses pembalikan/pantulan oleh tumbuhan juga berlaku

c)

Manusia boleh menjana haba daripada sumber-sumber semulajadi: a. Tenaga haba daripada matahari: Panel-panel atau sel-sel yang diperbuat daripada besi dan aluminium, dipasang di kawasan lapang/bumbung rumah untuk terima radiasi langsung matahari. Tenaga ini boleh digunkan untuk memanaskan air dan menghasilkan tenaga elektrik b. Tenaga haba daripada bahan api fosil: Pembakaran arang batu, petroleum dan gas asli akan menghasilkan tenaga haba untuk pelbagai kegunaan kilang dan sebagainya c. Tenaga haba daripada angin: Kincir-kincir angin dipasang di atas bumbung dan di kawasan pedalaman benua untuk menghasilkan tenaga untuk menggerakkan/mengepam air bawah tanah untuk minuman ternakan spt di Belanda d. Tenaga air mengalir/Hidroelektrik: Pembinaan empangan di kawasan hulu sungai yang deras alirannya untuk menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik e. Tenaga ombak/pasang surut: menggerakkan turbin duck untuk menghasilkan elektrik f. Tenaga geotermal: Tenaga daripada stim wap air panas untuk menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik g. Tenaga biojisim/biomass: Pembakaran bahan-bahan organik di dalam insinerator bagi menghasil tenaga haba h. Lain-lain mineral yang boleh menghasilkan tenaga spt uranium dan plutonium untuk menghasilkan tenaga nuklear Tenaga haba ialah tenaga kepanasan sesuatu jisim yang diukur dalam unit darjah celsius. Tenaga haba boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: i. Tenaga haba rasa: Iaitu tenaga yang terkena sesuatu permukaan sehingga permukaan tersebut menjadi panas. ii. tenaga haba pendam: iaitu tenaga yang terkandung dalam sesuatu jisim sehingga ia dibebaskan. Tenaga ini sebenarnya berasal daripada matahari Terdapat perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan bumi sebab: Terdapat perbezaan sifat permukaan bumi menyebabkan kadar penyerapan haba juga berbeza. Diantaranya ialah: i. Perbezaan warna: Permukaan bumi yang berwarna gelap seperti hutan, batuan dan permukaan bertar lebih banyak menyerap haba berbanding permukaan yang cerah seperti salji ii. Perbezaan tekstur : Muka bumi bertekstur kasar dan kasap seperti permukaan 10

4

a)

b)

iii. iv. v.

bertar dan dinding konkrit lebih banyak menyerap haba daripada permukaan bumi yang licin dan rata Perbezaan struktur batuan/susunan : Struktur muka bumi yang mendatar lebih banyak menyerap haba berbanding struktur muka bumi yang menegak Pengaruh aspek: Permukaan bumi atau cerun yang menghadap matahari lebih banyak menyerap haba berbanding permukaan/ cerun yang membelakangi/terlindung daripada pancaran matahari Permukaan daratan atau air: Jisim daratan atau air akan menentukan nilai haba tentu. Daratan memerlukan jisim haba tentu yang sedikit untuk dipanaskan berbanding air

c)

Kadar penerimaan haba yang berbeza akan mempengaruhi kegiatan ekonomi manusia yang berbeza iaitu: a. Pertanian: Tenaga suria yang diterima sepanjang tahun dgn min suhu 27 C membolehkan penanaman padi sawah, getah, kelapa sawit di tanam di kawasan Tropika spt Asia tenggara sementara tenaga suria yang sederhana membolehkan tanaman epar, fir, anggur, strawberry dan buah-buahan sitrus di kawasan sederhana. Tenaga suria yang tinggi dan suhu tinggi membolehkan tanaman tamar dan zaitun hidup subur di kawasan yang lebih panas. b. Pelancongan: Di Malaysia, kawasan bersuhu rendah dan sederhana spt di Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser dan genting menjadi destinasi pelancongan kerana suhunya sejuk. Di kawasan yang menerima sinaran suria sedikit , sejuk dan bersalji juga menjadi destinasi pelancongan spt di Switzerland. c. Perikanan: kawasan air laut yang bersuhu sederhana sekitar 20 C merupakan kawasan yang kaya dengan sumber perikanan dan menjadi kawasan yang produktif dengan aktiviti perikanan kerana suhu sederhana mewujudkan habitat yang sesuai untuk pembiakan plankton dan terumbu karang d. Perindustrian: Industri pengeringan ikan, batik memerlukan tenaga suria yang banyak. Penerimaan sinaran matahari yang banyak juga membangunkan industri tenaga misalnya penjanaan sumber tenaga solar. Sumber ini semakin dimajukan kerana lebih mudah, murah, bersih, mesra alam dan tidak akan kehabisan/berterusan. Tenaga suria dipindahkan dari matahari ke sistem bumi melalui 3 proses utama iaitu: i. Pengaliran ( Conduction) : Tenaga haba akan mengalir dari jisim panas ke jisim sejuk apabila berlaku pertembungan antara dua jisim tersebut. ii. Perolakan (Convection) : Berlaku apabila cecair yang mengalir bersentuhan dengan jisim pepejal atau jisim cecair yang berlainan suhu. Cecair boleh menambah atau mengurangkan haba di permukaan bersentuhan dengan cara percampuran di antara cecair yang lebih dingin atau panas iii. Sinaran( Radiation) : Berlaku dalam bentuk gelombang elektromagnet yang tidak memerlukan medium/perantaraan atau dikenali juga sebagai sinaran insolusi/bahangan Ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa ekuinoks: Musim ekuinoks: Siang dan malam adalah sama panjang di semua tempat Ciri-ciri: a. Pancaran matahari tengahari tepat di atas garisan Khatulistiwa pada 21 Mac dan 23 September 11

5

a)

b)

b. c. d. e. f. c)

Tenaga matahari maksimum diterima di kawasan Khatulistiwa Terjadinya musim bunga di kawasan iklim sederhana Terjadinya musim luruh di kawasan iklim sederhana Kedua-dua kutub menerima cahaya matahari Perubahan tekanan udara menyebabkan perubahan tiupan angin dan juga hujan

Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan peningkatan kemasukan pancaran ultraungu ke atmosfera dan kesan-kesannya ialah: a. Kesan kepada kulit iaitu kulit menjadi gelab dan terbakar. Pendedahan yang begitu lama boleh menyebabkan barah kulit b. Kesan kepada mata- merosakkan penglihatan manusia c. Melemahkan sistem pelalian manusia d. Menyebabkan kehilangan air badan secara berlebihan e. Mempengaruhi genetik manusia yang boleh menyebabkan kecacatan f. Kekurangan sumber makanan akibat perubahan dan kekurangan pembentukan plankton g. Menghadkan aktiviti luar rumah akibat pemanasan global Sistem suria merupakan salah satu daripada sistem-sistem yang terdapat di dalam galaksi Bima Sakti yang terdiri daripada planet-planet dan bintang-bintang yang mengelilingi matahari mengikut orbit yang berbeza pada satah yang rata.      Kecondongan paksi bumi Peredaran bumi mengelilingi matahari putaran bumi di atas paksinya – mempengaruhi jumlah jam siang dan malam mengikut musim keselarian paksi bumi ketika beredar mengelilingi matahari kesferaan bumi menyebabkan penerimaan sinaran matahari yang berbeza di permukaan Penghijrahan burung/haiwan Pembiakan Pencarian makanan Hibernasi- bertapa dalam sarang –musim sejuk

6

a)

b)

c)

   

7

a)

Apakah yang dimaksudkan dengan solstis musim sejuk? [5 Jawapan markah] Solstis musim sejuk ialah keadaan matahari berada tegak di garisan jadi (HS) pada 21 atau 22 Disember bagi musim sejuk di hemisfera utara. Huraikan perbezaan jangkamasa antara siang dan malam di kawasan latitud [8 yang berbeza semasa solstis musim sejuk di hemisfera utara. markah] Jawapan 1. di hemisfera utara, jangkamasa malam adalah lebih panjang dari siang 2. di hemisfera selatan, jangkamasa siang adalah lebih panjang daripada malam 3. ketidaksamaan antara malam dan siang bertambah dari khatulistiwa ke duadua kawasan kutub 4. Antara Garisan Artik (66 ½ darjah) utara dengan kutub utara keadaan malam

b)

12

24 jam 5. antara Garisan antartik (66 ½ darjah) selatan dengan kutub selatan keadaan siang 24 jam 6. Kawasan khatulistiwa mengalami malam dan siang yang sama panjang sepanjang tahun. c) Jelaskan kesan penerimaan intensiti bahangan suria yang rendah semasa [12 solstis musim sejuk terhadap aktiviti manusia di kaasan beriklim sederhana markah] Jawaapan 1. Aktiviti pertanian – tempoh masa menanam terhad, pertanian dalam rumah kaca 2. Aktiviti industri – kuantiti bahan bakar untuk penjanaan haba meningkat 3. Aktiviti pelancongan – aktiviti pelancongan terhad pada musim sejuk, pelancong bergerak ke kawasan lebih panas iaitu kawasan tropika 4. Aktiviti ternakan- pertanian intensif dalam kandang 5. Pindah ternak – ternakan dipindahkan mengikut tiupan angin chinook/ banjanran Rocky/ angin Fohn 6. Aktiviti pembalakan menebang balak pada musim sejuk 7. Perburuan meningkat pada musim sejuk 8. Aktiviti pelancongan sukan salji meningkat di kawasan iklim sederhana 9. Perikanan terhad

13

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->