You are on page 1of 7

Modul Ulangkaji 3 Geografi Alam sekitar Fizikal

Tingkatan Enam

Isi Kandungan

BAB 2: SISTEM GEOMORFOLOGI


1 a) Terangkan konsep sistem Geomorfologi [6 markah]
b) Huraikan taburan daratan dan taburan lautan di peringkat [10 markah]
global
c) Huraikan kepelbagaian jenis pulau yang membentuk [9 markah]
sebahagian komponen geomorfologi lautan

2 a) Nyatakan tiga jenis lapisan bumi [3 markah]


b) Bagi setiap jenis lapisan yang anda nyatakan di (a) di atas, [10 markah]
huraikan sifat-sifat fizikal dan kimianya
c) Terangkan ciri-ciri utama lapisan mantel dan jelaskan [12 markah]
peranan lapisan mantel kepada kerak bumi

3 a) Nyatakan lima jenis batuan igneus [5 markah]


b) Huraikan ciri-ciri utama batuan igneus [10 markah]
c) Bagaimanakah batuan igneus mempengaruhi pembentukan [10 markah]
pelbagai rupa bumi fizikal di sesebuah kawasan?

4 a) Nyatakan jenis-jenis batuan enapan [5 markah]


b) Jelaskan sifat-sifat fizikal dan kimia batuan enapan [10 markah]
c) Bincangkan bagaimana batuan enapan mempengaruhi [10 markah]
pembentukan pelbagai rupa bumi fizikal di sesebuah
kawasan

5 a) Terangkan perbezaan proses pembentukan batuan enapan [10 markah]


dengan batuan metamorfosis
b) Huraikan pengaruh pelbagai jenis batuan terhadap kegiatan [15 markah]
manusia

6 a) Huraikan secara ringkas konsep tenaga endogenik [5 markah]


b) Bagaimanakah tenaga endogenik mempengaruhi aktiviti- [10 markah]
aktiviti tektonik di lapisan kerak bumi?
c) Huraikan bukti-bukti yang menunjukkan kejadian hanyuran [10 markah]
benua pada zaman lampau.

7 a) Nyatakan lima plat tektonik yang utama pada masa kini [5 markah]
b) Apakah yang anda faham tentang Tektonik plat? [5 markah]
c) Bincangkan kesan-kesan hanyutan benua terhadap [8 markah]
pembentukan muka bumi

8 a) Jelaskan konsep hanyutan benua [5 markah]


b) Huraikan mengapa berlakunya hanyutan benua [10 markah]
c) Jelaskan lima kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi [10 markah]
muka bumi

14
SKEMA JAWAPAN: MODUL 3 SISTEM GEOMORFOLOGI
1 a) Sistem Geomorfologi ialah satu kajian sains bumi yang mengkaji interaksi
antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik.
Bidang kajian ini berkait rapat dengan bidang sains yang lain seperti
meteorologi, fizik, kimia, biologi, geologi dan pedagogi sebagai
pengetahuan asasnya manakala bidang kartografi dan matematik sebagai
kaedahnya.
b) Taburan daratan dan lautan pada peringkat global keseluruhannya ialah:
i. Keseluruhan benua/daratan ialah kira-kira 29% keluasan
keseluruhan muka bumi sementara 71% selebihnya ialah lautan
ii. Daripada keseluruhan daratan yang ada, 39.4% terletak di
Hemisfera utara sementara selebihnya 18.6% terletak di
Hemisfera selatan.
iii. Daratan utama terdiri daripada beberapa benua utama iaitu
Benua Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika,
Antartika dan Australia
iv. Lautan utama juga terdiri daripada beberapa lautan utama spt
Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Artik.
v. Namun begitu masih terdapat banyak lagi lautan-lautan yang
lebih kecil dan kepulauan-kepulauan kecil yang bertaburan di
permukaan bumi
vi. Saiz daratan dan lautan adalah berbeza-beza antara satu sama
lain.
c) Kepelbagaian jenis kepulauan yang membentuk sebahagian drp
komponen geomorfologi lautan ialah:
a. kepulauan bersaiz besar dan terletak hampir dengan benua dan
mempunyai struktur geologi yang sama dengan jisim benua
tersebut ialah Kepulauan British yang terletak hampir dengan
Benua Eropah
b. Gugusan pulau yang pelbagai saiz dan berbeza geologi spt
Kepulauan Jepun yang terletak dalam gugusan yang sama dengan
kepulauan Taiwan dan Hong Kong tetapi geologi berbeza
c. Pulau-pulau terpencil di tengah lautan san jauh dari daratan
biasanya dibentuk oleh aktiviti gunung berapi dan ada yang amat
aktif spt Kepulauan Hawaii, Mauritius, Galapagos, Fiji, Tonga dll

2 a) Tiga Jenis lapisan bumi


a. Kerak bumi
b. Mantel
c. Teras bumi
b) Sifat fizikal dan kimia setiap jenis lapisan
a. Kerak bumi
• Lapisan paling luar bumi
• Terdiri daripada kerak benua (Sial) dan kerak lautan (Sima)
• Batuannya terdiri drp jenis granit dan basalt
• Ketumpatan batuannya 2.3-3.0g/cm padu
b. Mantel
• Lapisan pertengahan dan merupakan lapisan tidak stabil

15
• Lapisan atasnya berada dalam bentuk batuan separa cair
dan sentiasa berolak
• Banyak batuan granit dan mineral olivin
• Ketumpatannya 5.5g/cm padu
c. teras bumi
• Lapisan paling dalam dan dipisahkan drp mantel oleh
ketakselanjaran gutenberg
• Terletak antara 2900-5150km dari permukaan
• Banyak kandungan besi dan nikel
• Ketumpatannya 10-13g/cm padu

c) ciri-ciri utama lapisan mantel dan peranan lapisan mantel kepada kerak bumi
Ciri-ciri utama lapisan mantel
• Isipadu mantel meliputi 68% daripada bumi dengan ketebalan kira-
kira 2830km
• Bahagian atas mantel ialah lapisan astenosfera yang berbentuk
separa cair dengan suhu 1400 C menyebabkan kerak bumi
terapung di atas lautan magma yang panas
Peranan lapisan mantel kepada kerak bumi ialah:
• Di lapisan mantel ini suhunya yang panas antara 800-1600 C
mempunyai banyak tenaga haba yang mampu mencairkan batuan
dan punca pelbagai proses di kerak bumi seperti gempa bumi,
letusan gunung berapi, gerakan tektonik, hanyutan benua,
perebakan dasar laut, lipatan kerak bumi dan gelinciran
• Batuan yang terdapat membeku didalam kerak bumi yang menjadi
sumber mineral utama manusia berpunca daripada lapisan mantel
• Proses pembentukan gunung berapi di permukaan bumi kesan
daripada timbunan magma dan lava yang membeku di permukaan
bumi
• Kesan perolakan magma di lapisan mantel telah menwujudkan
daya tegangan sehingga berlaku proses gelinciran kerak bumi
• Kesan perolakan magma di lapisan mantel juga mewujudkan daya
mampatan sehingga berlaku proses lipatan yang membentuk
pelbagai jenis gunung lipat di dunia
• Peranan lapisan mantel juga telah menyebabkan pergerakan
berlaku pada kerak bumi sehingga berlaku hanyutan benua

3 a) Lima jenis batuan Igneus


i. Granit
ii. Gabro
iii. Basalt
iv. Obsidian
v. Pumis
b) Ciri-ciri utama batuan igneus
1. Terbentuk drp penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak
bumi
2. Batuan Igenus terdiri daripada Batuan igneus rejahan dan batuan
igneus terobosan.
3. Batuan Igneus rejahan ialah batuan igneus yang terbentuk daripada
penyejukan dan pembekuan magma di dalam kerak bumi. Ia tidak

16
terdapat di pemukaan bumi.
4. Batuan Igneus rejahan terdiri daripada batuan plutonik dan batuan
hipabisal.
5. Batuan igneus terobosan terbentuk daripada penyejukan dan
pembekuan magma yang keluar di permukaan bumi
6. Batuan yang keluar dari aliran lava yang keluar tanpa letusan gunung
berapi secara senyap menghasilkan batuan berbijian halus dan tekstur
berkaca seperti basalt, riolit , tuff, pumis dan obsidian
7. Batuan piroklastik – batuan hasil pengumpulan bahan letupan gunung
berapi dan membeku sebelum mendarat seperti lava, debu, abu, lapili,
skoria dan pumis.

c) Batuan Igneus akan mempengaruhi pembentukan muka bumi sesebuah


kawasan kerana:
1. Batuan Igneus terobosan terbentuk daripada pembekuan lava yang
keluar ke permukaan bumi. Maka ia akan menjadi asas
pembentukan Penara basalt seperti Dataran Tinggi Deccan di
India, dan Dataran Tinggi Columbia. Selain itu sekiranya lava itu
keluar di dasar lautan akan membentuk pulau-pulau gunung berapi
di lautan seperti di Kepulauan Hawaii, Kepulauan Kuril dan
Kepulauan Ryukyu
2. Batuan igneus rejahan terbentuk apabila magma akan membeku di
dalam kerak bumi dalam pelbagai bentuk bumi jalar dalam seperti
daik, sil, lopolit dan pakolit yang menjadi asas kepada kawasan-
kawasan pergunungan dunia

4 a) Jenis-jenis batuan enapan


i. Batuan enapan jenis klastik spt batu pasir, konglomerat dan syal
ii. Batuan enapan kimia spt garam batuan dan gipsum batuan
iii. Batuan enapan organik seperti batu kapur dan batu arang

b) Jelaskan sifat-sifat fizikal dan kimia batuan enapan


Sifat-sifat fizikal batuan enapan
i. bersifat lembut
ii. Struktur batuan berlapis-lapis dan mengandungi fosil
iii. Mempunyai banyak rekahan dan ira spt batu kapur
iv. Batuannya poros
Sifat-sifat kimia batuan enapan
i. Batuan enapan klastik : terdiri drp bahan-bahan pasir, kelikir, batu
tongkol, kelodak dan lempung. Terbentuk daripada proses
pemadatan dan penyimenan bahan enapan.
ii. Batuan enapan kimia: terdiri daripada penguraian dan pemecahan
bahan mineral yang dilarutkan oleh air. Contoh garam batuan
terbentuk apabila air yang mengandungi garam(natrium klorida)
tersejat
iii. Batuan enapan organik: Terbentuk daripada lapisan bahan organik
berjuta tahun dahulu melalui proses pemadatan dan penyimenan.
Contoh batu kapur terdiri drp sisa cengkerang haiwan dan terumbu
karang
c) Batuan enapan mempengaruhi pembentukan pelbagai rupa bumi fizikal di
sesebuah kawasan
1. batuan enapan klastik seperti konglomerat biasanya akan membentuk

17
permatang dan gunung seperti di Pulau Redang. Sementara jenis batu
pasir akan membentuk tebing tinggi dan dataran tinggi seperti di Pulau
Langkawi. Syal akan membentuk kebanyakan tanah lembah dan tanah
pamah di sesuatu kawasan
2. Batuan enapan jenis kimia seperti batu garam dan batu gipsum akan
membentuk tasik-tasik cetek contohnya Laut Mati
3. Batuan enapan jenis organik seperti batu kapur akan membentuk
landskap karst yang banyak terdapat di Ipoh Perak sementara Batu
arang akan membentuk kawasan tanah pamah dan pinggir laut seperti
di Batu Arang, selangor dan Pahang
5 a) Perbezaan proses pembentukan batuan enapan dengan batuan metamorfosis
1. Cara pembentukan : Batuan enapan terbentuk dengan cara
pemendapan sementara batuan metamorfosis terbentuk melalui
peleburan dan penghabluran semula
2. bahan: Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan
kebanyakannya bahan mendakan. Sementara batuan metamorfosis
terdiri daripada batuan igneus atau enapan
3. Agen: Agen yang mempengaruhi pembentukan batuan enapan ialah
air, angin dan glasier sementara agen yang membentuk batuan
metamorfosis ialah suhu dan tekanan yang tinggi

b) Huraikan pengaruh pelbagai jenis batuan terhadap kegiatan manusia


1. Perlombongan: Kebanyakan batuan seperti bijih besi, petroleum,
arang batu, mika merupakan jenis mineral berharga yang akan
menggalakkan kegiatan perlombongan
2. Pembinaan: Batuan seperti granit, batu pasir dan kelikir digunakan
dalam industri pembinaan struktur tembok bangunan dan benteng
sungai serta pembinaan jalan raya.Batuan marmar biasanya berguna
untuk sektor pembinaan bangunan sebagai lantai dan perhiasan
dinding. Batu permata juga digunakan sebagai mata penggerudi pada
alat pemotong
3. Industri: Lempung dan kaolin digunakan dalam industri pembuatan
tembikar, Batu zamrud dan delima digunakan dalam industri barang
perhiasan wanita, Petroleum dan gas asli menjadi sumber tenaga
utama dalam pelbagai industri pembuatan dan pengangkutan. Batu
kapur pula penting dalam industri simen.
4. Pelancongan/rekreasi: Pandang darat karst seperti gua, stalagmit dan
stalagtit di gua batu kapur menjadi tarikan pelancong
5. Keagamaan/budaya:Kawasan gua batu kapur menjadi tempat ibadat
kepada kaum hindu contohnya Batu caves di Kuala Lumpur

6 a) konsep tenaga endogenik


Tenaga Endogenik ialah tenaga dalaman yang berpunca daripada dalam bumi
misalnya tenaga graviti bumi, tenaga radiogenik dan juga tenaga haba yang
amat penting untuk proses-proses tektonik pada kerak bumi seperti lipatan,
gelinciran, gempa bumi dan gunung berapi
b) Tenaga endogenik mempengaruhi aktiviti-aktiviti tektonik di lapisan kerak bumi
Punca utama yang paling penting mempengaruhi aktiviti tektonik ialah tenaga
haba yang wujud di dalam lapisan mantel atas bumi iaitu di astenosfera.
Lapisan ini berkeadaan separa cair dan sentiasa berolak mewujudkan arus-
arus perolakan yang boleh menggerakkan lapisan kerak bumi. Kesannya akan
menghasilkan lipatan dan gelinciran, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
i. Lipatan kerak bumi: daya mampatan yang wujud akibat arus

18
perolakan drp tenaga endogenik ini akan menghimpit kerak bumi
sehingga menyebabkan kerak bumi melengkung ke atas
membentuk antiklin atau gunung ganang.
ii. Gelinciran/sesar: Tenaga endogenik dari dalam kerak bumi akibat
tegangan akan bertindak terhadap lapisan batuan menyebabkan
batuan di lapisan kerak bumi merekah/retak . Sempadan yang
retak/merekah akan menyebabkan sebahagian blok lapisan kerak
bumi akan tergelincir/anjakan sama ada ke atas atau ke bawah,
kekiri atau ke kanan atau secara mendatar membentuk horst dan
graben.
iii. Hanyutan benua: kuasa endogenik dalam lapisan astenosfera
berupaya menggerakkan lapisan kerak bumi daripada kedudukan
asalnya sehingga membentuk taburan benua hari ini dan
pergerakan itu terus berlaku sehingga kini.

c) Bukti-bukti yang menunjukkan kejadian hanyutan benua pada zaman


lampau.
1. Bukti keselanjaran benua ; Garis-garis pantai benua memberikan
gambaran bahawa benua adalah jisim daratan yang wujud dari satu
blok yang serupa yang digelar pangea
2. Bukti geologi : melalui teknik radiometrik di dapati bahawa jaluran
orogenik di benua-benua di pinggir lautan Atlantik adalah sejajar. Ini
membuktikan bahawa benua-benua Amerika Selatan dan Afrika telah
berpecah dari satu blok. Bahan mendak lautan yang paling awal di
kedua-dua benua ini mempunyai usia yang sama
3. Bukti iklim paleo : taburan zon-zon iklim paleo memperlihatkan dari
ciri-ciri pengglasieran yg serupa di benua-benua selatan dalam zaman
permo-karboniferus terutama di benua India
4. Bukti fosil- Fosil Reptilia Triasik pernah hidup di kedua-dua benua
Afrika an Amerika Selatan iaitu jenis Mesosaurus telah dijumpai.

7 a) Lima plat tektonik yang utama pada masa kini


i. Plat Pasifik
ii. Plat Eurasia
iii. Plat Indo-Australia
iv. Plat Afrika
v. Plat Amerika Utara

b) Plat tektonik ialah pembahagian kerak bumi kepada kepingan-kepingan atau


plat. Plat ini sentiasa bergerak untuk mencapai ke seimbangan. Terdapat plat
benua dan juga plat lautan.
c) Kesan hanyutan benua terhadap pembentukan muka bumi
i. Proses lipatan : akan menghasilkan banjaran gunung dan juga
lembangan
ii. Proses gelinciran : akan menghasilkan lurah gelinciran dan juga
gunung bongkah
iii. Proses letusan gunung berapi : akan menghasilkan pulau-pulau,
arka pulau gunung berapi di tengah lautan

19
8 a) Konsep hanyutan benua
Satu benua tunggal(pangea) yang telah berpecah (laurasia dan Gondwana)
dan kemudian hanyut lalu membentuk benua-benua yang ada sekarang yang
berlaku berjuta-juta tahun dahulu.

b)  Ketumpatan lapisan bumi yang berbeza: benua-benua kerak bumi


yang mempunyai ketumpatan rendah terapung-apung di atas mantel
yang berketumpatan lebih tinggi
 Pergerakan arus perolakan: Pergerakan arus-arus perolakan dari teras
bumi ke kerak bumi akan memisahkan benua-benua atau
mencantumkannya
 Proses pergerakan plat:: berlaku dengan cara pertembungan,
pencapahan dan perselisihan
c)  Pemisahan benua-benua utama dalam konfigurasi yang
selanjar/pembentukan benua-benua
 Pembentukan jurang-jurang lautan berhampiran benua utama yang
hampir selari dengan daratan/benua
 Pembentukan garis pantai yang lebih panjang
 Pembentukan pulau-pulau
 Ciri-ciri khusus seperti fiord, tebing tinggi, banjaran gunung lipat dll
 Pembentukan laut dan selat

20

You might also like